Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, September 4, 2008

Majlis Kesyukuran Doa Selamat Peringkat DUN PAKATAN RAKYAT Juasseh & Bahagian KeADILan Parlimen Kuala Pilah Dan Perginya Pejuang Kemerdekaan

Pakatan Rakyat
3 September 2008 Terkini dari Kota Kinabalu.(10.00 malam)
Member blogger, Budak Sayong Reformasi melaporkan bahawa Pak Lah sudah berada di Kota Kinabalu sejak petang tadi untuk membuat perbincangan dengan komponen-komponen BN disana. Peserta lompat sudah memulakan warm-up, hanya menunggu wisel dibunyikan.
————————————————–
Sorry Bos!! Bukan gua pecah lubang. Sorry Brader! Gua tarak cerita sama sapa-sapa itu rahsia. Tapi sekarang orang sudah banyak tau. Ini hari, gua terima SMS, betui-betui serupa sama itu rahsia you suruh simpan. So, sekarang….rahsia terbuka. 5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.9 September: Sidang tergempar Parlimen.10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.





Selang dua hari cahaya kemenangan Wira Rakyat di Permatang Pauh, maka serentak itu Parlimen Bahagian Kuala Pilah dan DUN PAKATAN RAKYAT JEMAPOH/JUASSEH telah mengadakan majlis kesyukuran. Di Pejabat keADILan Kuala Pilah di hadhiri para reformis2 di samping bersyukur meraikan jentera2 yg selamat kembali dari bertugas sewaktu di Permatang Pauh tempohari. Berbagai2 cerita yg di dengar sejak penamaan calon hingga lah keputusan rasmi di umumkan oleh SPR. Pematang Pauh banyak mengajar erti sebuah kemerdekaan dan ini menguatkan lagi kemantapan Pakatan Rakyat dengan menyusun semula pentadbiran pejabat dengan lebih kemas. Syabas untuk Kuala Pilah. Moga keinginan untuk merangkum 5 DUN ini dengan satu wadah dan satu pejabat Parlimen akan terlaksana. Jangan kita terlalu membiarkan Dato' Seri Anwar seorang diri mengatur kerja2 parti. Harapan kami sebagai para reformis, bekas2 calon ini berkumpul dan mempersiapan khidmat didalam satu " track" PAKATAN. Sementara itu, satu majlis di Juaseh pula bertempat Permai Catering di hadiri oleh Kepimpinan PAS,PKR malah tidak ketinggalan Bro Sabaruddin (setiausaha Perhubungan PKR NS) dan YB Chan Tong Chai (ADUN PD). Para reformis telah hadir sebelum Maghrib lagi. Sementara menunggu Solat Maghrib dan doa selamat, mereka sibuk dengan persiapan penyediaan makanan para tetamu. Tayangan Video oleh Bro Mizan dan Shidee bermula selepas Isyak. Jelas para2 tetamu yg tak kesempatan berada di Permatang Pauh, terharu akan sambutan yg cukup meriah dan teruja oleh penduduk2 di sana termasuk ratusan ribu yg berkampong di Permatang Pauh. Pengerusi Pakatan Rakyat Dun Juasseh dan YB PD sempat memberi taklimat kemenangan dan berharap Parlimen KP 5 dun akan merasa nikmat kemenangan satu hari kelak jika momentum yg ada di Permatang Pauh berpanjangan. Al-Fatihah, kembalinya ke rahmatullah seorang pejuang Negara Tan sri A Samad Ismail sebentar tadi. Beliau sempat di kunjungi oleh DSAI dan keluarga serta Syed Hussin Ali sahabat beliau hari ahad kelmarin ketika sedang tenat. Bekas wartawan yg pernah di masukan ISA memperjuangkan kemerdekaan dari Jepun dan British melaluiKesatuan Melayu Muda. Arwah TS Samad menghembuskan nafas yg terakhir si Hospital Pantai KL dan jenazahnya akan di bawa balik kerumahnya No 2 Jln 16/7 C PJ. Sama2 lah kita hadhir perkebumian Allahyarham esok hari. Dan berita yg baru di terima: BN cuba halang pembentukan Kerajaan Pakatan 16 sept ini. Back Bencher Club telah mengeluarkan arahan paksa kesemua MP BN wajib hadhir retreat di lokasi rahsia luar negara dari 7-19 sept ini. Moga dgn ujian ini cahaya kemenangan dan keadilan akan terbit jua. Inilah ketakutan Kerajaan BN menjelang kejatuhan pemerintahan sejak 50 tahun lagi di awal 16 sept ini. Kepada para reformais2. Kiranya track yg sedang di atur oleh DSAI ini belum jadi kenyataan, bukan bermakna kita harus kecewa dan gundah gelana. Semenjak beliau bebas sangkar besi, terlalu banyak kerja2 yg tertangguh perlu di dahulukan. Kekuatan jiwa dan erti reformasi perlu di perkuatkan oleh setiap dalaman kita. Dan terlalu ramai pula diantaranya yg di panggil pejuang di waktu awalnya tidak tahan akan ujian. Samada yg di panggil pemimpin atau pengikut sering ketakutan dan bertaburan terutama jeriji besi masih menjadi kediaman DSAI. Kini, roh perjuangan ini telah mula kembali, menyemarak dan lalui lah dgn jiwa yg matang. suburkan dengan doa2 keikhlasan. 16 sept itu sesungguhnya hanya hari penentu kekuatan dalaman dan persediaan rohani kita yg lebih adil. Takbir, reformasi

2 comments:

HAZMAN said...

Tahniah kepada anda di Pakatan Rakyar DUN Juasseh. Harap maklumat sampai kepada masyarakat disini khususnya. Target kita selepas ini tawan Kuala Pilah, itu agenda utama. Oleh itu bersama kita persiapkan jentera, gelombang P. Pauh harus disemarakkan disini. Terus berjuang. Hazman SU ADIL KP

Anonymous said...

kepada semuo ni ha...den updatekan gambar2 pejuang2 PR Joseh maso kek P44 marin..mintak maaf lambat update..sibuk skit...