Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, July 30, 2009

1hb Ogos 2009 Akan tercatit sejarah Negara


Maka akan tercatat lah sejarah Negara, satu perhimpunan besar-besar akan berlansung esok. Anjuran dari badan NGO dan akan di sertai oleh pelbagai lapisan dari badan-badan politik.

Memorundum penghapusan akta ISA (Penahanan Tanpa Bicara) yg telah di bentuk agak sekian lama oleh pihak penjajah British ini akan diserahkan kepada DYM Yg DiPertuan Agong.

Akta ini digunakan oleh british untuk memenjara pihak-pihak yg berhaluan kiri yang menentang penjajahan mereka terhadap negara satu masa dulu. Negara dlm ketakutan dan wajib di takutkan, dan hasil rompakan kekayaan negara ini di hantar ke bumi British.

Kini ISA masih di guna pakai dan dipertahankan oleh Umno BN dlm sistem kerajaan terhadap parti-parti pembakang dan pihak2 yg tidak bersetuju dalam beberapa dasar negara.

Mantan PM Abdullah Badawi turut menyuarakan pendapat, Abdullah: K'jaan berani hapus ISA (klik) bahawa akta zalim ini harus dimansuhkan. Beliau cukup tahu akta zalim ini, malah seluruh pemimpin negara cukup faham kezaliman akta ini. Tapi akta ini wajib di pertahankan oleh beberapa pemimpin negara demi mengekalkan kedudukan dan melindungi salahlaku mereka dari di bicarakan oleh pihak2 tertentu.

Sebagai persiapan terakhir, semua penyokong-penyokong yg cintakan kedamaian dan keadilan, hari ini diseru untuk mengadakan Solat Hajat di Masjid, Surau atau di Markas Parti masing-masing.

Seluruh rakyat digesa turut hadir dengan memakai baju Hitam Merah, sebagai lambang soladariti dan sokongan moral kepada mangsa2 ISA.

Dan yang tidak berkemampuan untuk hadir, doakan perjuangan ini demi Islam, keadilan negara dan anak-anak cucu perwaris negara.
@Bro Luv@

ADUN PAS PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA..



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.
Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.
Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.
Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.
"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," petikan dari harakahdaily...
AL-FATIHAH....

ir pening....

Hanya Sejarah Menilai Dan Menghukum Mahathir ??


Kami percaya, hanya sejarah yang berhak menghargai dan menghukum Dr. Mahathir Mohamad.

Selama hampir 20 tahun, kami — dan generasi seangkatan —hanya mengenali Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Selama 22 tahun, Mahathir itu adalah Malaysia; dan Malaysia itu Mahathir. Selama 22 tahun, semuanya tentang Mahathir.

Kami sekali-kali tidak akan pernah menafikan sumbangan Dr. Mahathir selama 22 tahun beliau mentadbir Malaysia. Ya, selama 22 tahun diurus Mahathir, Malaysia mencapai kemajuan material yang bukan sedikit.

Mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah menyatakan bahawa beliau ingin menjadi ‘Mahathir’ di Thailand. Awas! –Untuk menjadi ‘Mahathir’, Thailand bukanlah negara yang sesuai. Lihat apa kesudahan Thaksin hari ini. Saksikanlah bagaimana rakyat menghukum Thaksin.

Kami percaya, ramai di kalangan anak-anak muda sezaman cukup mengagumi Dr. Mahathir sewaktu di bangku sekolah dahulu. Kami masih ingat, sewaktu ditanya oleh guru tentang siapa tokoh yang disanjungi, maka tiada jawapan lain yang terlintas selain ‘Mahathir’.

Tanggal 2 September 1998 mengubah segala persepsi tentang Mahathir. Negarawan dan wira Dunia Ketiga ini mulai dilabel sebagai diktator gila kuasa dan seorang kuku besi yang sanggup melakukan apa saja demi mempertahan legasi dan kekuasaannya.

Lebih dari itu, umum mulai didedahkan dengan dakwaan penyelewengan dan salahguna kuasa yang melibatkan usaha beliau untuk melindungi kepentingan ekonomi ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Sejak dari itu, demonstrasi jalanan mulai jadi resam warga Kuala Lumpur. Setiap hujung minggu, tanpa gagal, Kuala Lumpur menyaksikan ribuan rakyat bersuara mendesak agar pemimpin yang selama ini diagung-agungkan oleh mereka agar berundur dan meletak jawatan.

Dan ketika itu, wajah sebenar Dr. Mahathir tersingkap. Polis diperkuda dan dikerah menjadi pelindung segelintir elit politik yang mabuk kuasa. Institusi kehakiman, mahkamah dan badan-badan perundangan dicabul sewenang-wenangnya.

Dunia memandang Malaysia penuh sinis. Kecaman demi kecaman diterima sehingga ke peringkat di mana Naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Al Gore memboikot majlis makan malam yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir bersempena Persidangan Ekonomi Asia Pasifik yang diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober 1998 sebagai tanda protes atas pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.

Populariti Dr. Mahathir merosot teruk, terutamanya di kalangan orang Melayu. Ini jelas dibuktikan menerusi keputusan Pilihanraya Umum (PRU) pada tahun 1999 yang menyaksikan kekalahan UMNO di Kelantan dan Terengganu. Bilangan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Alternatif (gabungan PAS, DAP dan PRM) di peringkat DUN dan Parlimen bertambah.

Barangkali setelah menyedari bahawa dirinya sudah tidak relevan lagi dalam arus politik UMNO, Dr. Mahathir menguji pasaran dengan mengumumkan perletakan jawatan sebagai presiden UMNO, pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada November 2002.

Umpan Dr. Mahathir mengena dan majoriti perwakilan dengan dikepalai oleh Abdullah Badawi menolak perletakan jawatan tersebut. Pelan peralihan kuasa dirangka antara Dr. Mahathir dengan Abdullah dan keputusan dicapai melalui penetapan 31 Oktober 2003 sebagai tarikh rasmi penyerahan kuasa membabitkan dua pemimpin terbabit.

Tempoh setahun sebelum tarikh peralihan telah digunakan sepenuhnya oleh Dr. Mahathir untuk memperbaiki imejnya yang tercalar. Media-media milik UMNO secara agresif berperanan membentuk persepsi positif terhadap Dr. Mahathir menjelang hari-hari akhir beliau sebagai Perdana Menteri.

Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam tahun 2003 sememangnya sesuatu yang amat dinantikan oleh Dr. Mahathir. Gelanggang kedua-dua persidangan ini telah digunakan sebaik mungkin oleh beliau untuk memperbaiki reputasinya di peringkat antarabangsa dengan penonjolan dirinya sebagai wira negara-negara Dunia Ketiga dan hero umat Islam.

Kecaman beliau terhadap bangsa Yahudi di hadapan pemimpin-pemimpin negara OIC — beberapa hari sebelum persaraannya —cukup signifikan dalam usaha terakhirnya untuk dilihat sebagai tokoh Islam yang punyai keberanian dan kewibawaan. Ya, hasilnya cukup menguntungkan kerana rata-rata kebanyakan media antarabangsa menjadikan kecaman beliau itu sebagai bahan berita dan topik perbincangan utama pada keesokan harinya.

Dunia Arab memuji Dr. Mahathir manakala Barat mengecam beliau sebagai anti-semitik. Umat Islam di Malaysia — yang cukup sensitif dan bersentimen dalam isu ini — mulai menghitung nasib mereka seandainya Dr. Mahathir bersara kelak sehingga ada yang bertanya: Siapa lagi yang mampu membela kita?

Nostalgia 22 tahun mulai dicanang oleh media-media milik UMNO. Segala sumbangan dan kejayaan yang telah dicetuskan oleh Dr. Mahathir diulang-ulang saban hari dalam membangkitkan mood kesedihan dan rasa terhutang budi rakyat terhadap beliau.

Sebaik sahaja Abdullah mengambil alih tampuk pentadbiran negara, rakyat merasakan seolah-olah muncul sinar baru di Malaysia. Kejayaan Barisan Nasional meraih mandat besar dalam PRU 2004 membuktikan harapan tinggi rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Abdullah selaras dengan manifesto beliau yang sarat dengan pelbagai agenda perubahan.

Tindakan Abdullah yang tidak mahu dilihat berada di bawah bayangan Dr. Mahathir menimbulkan rasa tidak senang bekas Perdana Menteri itu. Imej bersih yang dimiliki Abdullah cuba digugat oleh Dr. Mahathir dengan mulai menyerang beberapa dasar dan keputusan yang diambil oleh kabinet antaranya keputusan membatalkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

Dr. Mahathir — sama ada kita sedar atau pun tidak —secara sistematik menyerang Abdullah dengan menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai modal politik. Khairy dicanang sebagai individu oportunis yang berada di belakang Abdullah dalam merencana pentadbiran negara dan banyak mempengaruhi Abdullah berhubung beberapa keputusan penting kabinet.

Pembebasan Anwar Ibrahim pada September 2004 turut memberikan tamparan hebat kepada Dr. Mahathir. Rakyat menyambut baik keputusan mahkamah membebaskan Anwar dan menaruh harapan agar suasana politik negara akan kembali stabil setelah apa yang terjadi pada tahun 1998. Tindakan Abdullah yang menyatakan bahawa beliau tidak mencampuri keputusan mahkamah membebaskan Anwar dibaca oleh umum sebagai tanda bahawa Abdullah tidak mahu mewarisi ‘kezaliman politik’ yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Anwar.

Tahun lalu negara dikejutkan dengan pendedahan Anwar berhubung rakaman video yang menunjukkan seorang peguam terkenal, VK Lingam sedang berbual melalui telefon bimbitnya dengan bekas Ketua Hakim Negara yang pada ketika itu merupakan seorang hakim kanan dalam merancang untuk mempengaruhi Dr. Mahathir berhubung urusan pelantikan hakim.

Skandal ini mendapat perhatian meluas media tempatan dan antarabangsa sehingga memaksa Majlis Peguam berdemonstrasi menuntut agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan dan dakwaan dalam rakaman video tersebut.

Imej Dr. Mahathir semakin terjejas kerana beliau turut diheret sama ke mahkamah bagi memberi keterangan berhubung dengan penyiasatan klip video tersebut. Sepanjang sejarah, ini merupakan kali pertama seorang tokoh yang pernah bergelar Perdana Menteri disapina ke mahkamah untuk didengar keterangannya.

Hasil siasatan suruhanjaya ini menyatakan bahawa ada kemungkinan berlaku kesalahan di sisi undang-undang membabitkan individu yang disebut dalam laporan berkenaan, termasuk Dr. Mahathir sendiri. Menurut Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, suruhanjaya tersebut telah mengenal pasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih serta mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenal pasti dan telah dikatakan melakukan kesalahan tertentu bersabit dengan kandungan rakaman video tersebut.

Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac yang lalu sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh Dr. Mahathir. Sebaik saja keputusan rasmi diumumkan, Dr. Mahathir tidak menunggu lama untuk mengecam dan menyalahkan Abdullah atas apa yang berlaku. Secara terbuka, beliau menyeru agar Abdullah mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan teruk Barisan Nasional dengan meletakkan jawatan.

Kekalutan yang menimpa UMNO selepas Mac 2008 telah dimanfaat sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim yang mengetuai gabungan parti-parti pembangkang melalui entiti Pakatan Rakyat. Anwar secara terbuka mendakwa bahawa beliau telah memiliki bilangan ahli-ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan yang baru menjelang tanggal 16 September 2008.

Ancaman Anwar ini menimbulkan keresahan di kalangan para pemimpin UMNO termasuk Dr. Mahathir sendiri. Beliau menggesa agar peralihan kuasa dalam UMNO disegerakan dan Najib Razak mengambil alih kepimpinan dalam usaha untuk menyatupadukan semula UMNO dan Barisan Nasional. Melihatkan tindakan Najib yang perlahan dan kurang bersungguh, Dr. Mahathir mengumpan sokongan terhadap bekas pesaingnya, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon paling ideal menggantikan Abdullah.

Tekanan yang dihadapi oleh Abdullah memaksa beliau mengumumkan tempoh peralihan kuasa yang akan berlaku pada pertengahan tahun 2010. Pun demikian, rata-rata ahli-ahli UMNO bimbang dengan tempoh yang agak lama dan ramai yang mendesak agar ianya dipercepatkan lagi. Tindakan Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mendesak agar proses peralihan tersebut dipercepatkan disambut secara baik oleh ramai pimpinan UMNO.

Abdullah sekali lagi terpaksa akur dan tunduk dengan tekanan ini. Pada bulan Oktober yang lalu, Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan mengundur diri pada bulan Mac 2009 dan akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Najib.

Kegagalan Anwar merealisasikan 16 September merupakan penawar kepada UMNO terutamanya dalam menghadapi proses pemilihan parti pada bulan Mac. Dr. Mahathir mulai menyatakan sokongan kepada Najib dan turut menzahirkan hasratnya untuk ikut campur tangan sebagai penasihat kepada bakal Perdana Menteri itu.

Apa yang pasti, Najib merupakan harapan terakhir Dr. Mahathir dalam usahanya untuk membersihkan reputasinya yang tercemar dengan segala tindakan bobroknya selama beliau memimpin Malaysia. Menjelang hari-hari tua beliau sebagai antara tokoh yang paling berpengaruh di Malaysia, Dr. Mahathir pastinya mahu mengekalkan legasi yang dibina sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Seperti yang dikatakan, hanya sejarah yang berhak menghargai dan menghukum Dr. Mahathir.

@bro Luv@

Sunday, July 26, 2009

Fakta Tepat lagi Betul Untuk UMNO..UMNO TIDAK KETEPIKAN BUMIPUTERA..


INI DIA CONTOH PENIAGA BUMIPUTERA YANG SEDANG DIBANTU - TAK CAYA KE ?










SIAPA KATA SAYA TAK TOLONG BUMIPUTERA??CUBA TGK KAT ATAS TUH...??CONTOH KAUM BUMIPUTERA YANG BERJAYA.....ADUSSSSS....APO LAA NAK JADI...???HANYA NAJIB DAN HASAN MALIK SERTA 5 DUN PILAH YO YANG TAK NOLONG BUMIPUTERA KEK PILAH NI....TOMPEK LAIN SEMUA NAJIB TOLONG BUMIPUTERA....
OII PILAHH...TOLONG2 LAA BUMIPUTERA PILAH NI...TOLONG ORANG ISLAM DAN MELAYU....TOLONG ORANG CINO DAN INDIA...TOLONG SEMUO SEKALI.....BUKAN TOLONG UNTUK ORANG UMNO YO...
HASAN MALIK & RAZI KAIL.tu JAMBATAN RUNTUH DARI JEMAPOH NAK KER JOSEH tu bilo nak betul kan..???nak tunggu PRU13 ker???ker nk tunggu kroni2 masuk tender..??ker nak tunggu berapa percent masyukkk dlm poket dulu baru awarded???ker nak tunggu kementerian terlibat meeting..??meeting pospon sbb tender murah...duit tak masyukk????rakyat dah bosan....jemu...tunggu..punya tungu punya tungguu...jambatan tak repair-repair....ingat talian hayat masih bernyawa lagi...insyaALLAH PRU13 kita lawan hingga menang.....takbirrrr...
STATEMENT SHAFIE BEDAL.....Rakyat dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakyah sesetengah pihak bahawa UMNO sudah mula melaksanakan dasar yang dilihat mengabaikan bumiputera.Naib Presiden UMNO Mohd. Shafie Apdal berkata, kesungguhan Najib Razak yang juga Presiden parti dalam membantu bumiputera tidak pernah berubah melalui beberapa dasar yang diumumkan.
(Diatas ini adalah beberapa orang peniaga bumiputera yang tersenyum gumbira kerana telah berjaya mendapatkanlot di kawasan Batu Road dan Masjid India untuk membuka warong Ramadan.)..paste dr tt.





Saturday, July 25, 2009

Gelombang Pertama MIC Sudah Bermula















Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam bersama adiknya, yang juga Ketua MIC Cawangan, hari ini mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kedua-dua mereka merupakan Ketua Cawangan dalam Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ia diumumkan oleh mereka pada satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan di sini petang tadi. Turut hadir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya menyertai PKR bukan kerana jawatan, saya sudah rasai jawatan yang secukupnya... saya bukan sertai kerana wang, saya ada wang secukupnya tapi saya sertai kerana suasana politik semasa," kata Subramaniam, 63, yang juga bekas Ahli Parlimen Segamat.

Beliau merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Subramaniam berkata, beliau sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menyertai PKR.

"Sudah lama sokong PKR, dasar-dasar... baru sekarang berani untuk keluar," katanya.

Subramaniam berkata, beliau akan memaklumkan MIC tentang keputusannya.

"Keputusan muktamad untuk keluar MIC hanya dibuat baru-baru ini," kata beliau ketika ditemui wartawan sambil menambah bahawa "keputusan mereka tidak dipengaruhi semangat adik-beradik."

Turut sertai PKR hari ini ialah adik Subramaniam, Dr. Streram Sinnasamy yang merupakan Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa.

Subramaniam merupakan Pengerusi MIC Cawangan Taman Perangsang.
Kedua-dua merupakan antara 12 pengerusi cawangan dalam Petaling Jaya Selatan yang mengumumkan keluar MIC hari ini.

Turut mengumumkan keluar ialah Ketua MIC Cawangan Pekan Meru.
Kesemua 13 cawangan itu turut dibubarkan dengan keahlian lebih kurang 2,500.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PKR, S. Manikavasagam berkata, "apa yang berlaku hari ini cuma gelombang pertama.""Selepas pemilihan MIC 12 September ini, akan ada peringkat kedua dan peringkat ketiga pemimpin MIC akan menyertai PKR," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kapar.

@Bro Luv@

Wednesday, July 22, 2009

SEKITAR PROGRAM CERAMAH DI KUALA PILAH..

1) CERAMAH PAS / PR
TAJUK : MANSUHKAN ISA
TARIKH : 29 JULAI 2009
HARI : RABU MALAM KHAMIS..
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN PEJABAT PAS KAWASAN KUALA
PILAH ( JPJ LAMA JALAN MELANG)
PENCERAMAH : USTAZ DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN (NAIB PRESIDEN PAS
PUSAT)
: CHEGUBARD (AHLI MPT PKR)
: USTAZ KHAIRIL ANUAR WAFA (KETUA PEMUDA PAS N9)


2) CERAMAH PAS / PR
TAJUK : ISU-ISU SEMASA
TARIKH : 5 OGOS 2009
HARI : RABU MALAM KHAMIS
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : PEJABAT PAS MTD JOHOL.

PENCERAMAH : SDR MAZLAN ALIMAN (PAS)
TN HJ KAMARUDDIN (YDP PAS KAW KP)



3) CERAMAH PKR / PR
TAJUK : ISU LIWAT, SPRM, ISU-ISU SEMASA.
TARIKH : 11 OGOS 2009
HARI : SELASA MALAM RABU
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : KAWASAN PERINDUSTRIAN DIOH, SG DUA, KUALA PILAH

PENCERAMAH : DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (KETUA UMUM PKR)
: DATUK SERI CHUA JUI MING (BEKAS NAIB RESIDEN MCA, AHLI
BARU PKR)
: SDR SAMSUL ISKANDAR (AMK)
: PENCERAMAH PAS (AKAN DI BERITAHU)

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.............TAKBIRRRR...

Rahsia anak muda sokong Pakatan Rakyat...

Selepas tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, iklim politik di Malaysia terus panas dan menyaksikan penyertaan aktif rakyat dalam politik. Perkembangan ini semakin rancak apabila beberapa siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu bermula di Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu dan kemudian Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan MU.
Krisis politik di Perak dan isu penentangan terhadap dasar kontroversi PPSMI ibarat "menyimbah petrol" ke api yang sedang marak. Golongan muda tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pergolakan politik tanah air. Setakat ini, majoriti anak muda di Malaysia lebih condong untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding BN.
Perkembangan ini diakui sendiri oleh pimpinan-pimpinan BN apabila parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan saluran pengundian 3 dan 4 yakni saluran pengundi muda dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa siri pilihanraya kecil. Ramai penganalisis melihat kencenderungan golongan muda(KUALA PILAH) bersama Pakatan kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat alternatif di internet, berbanding golongan tua (YG TAKUT PENCEN KONO TARIK...TAKUT PROJEK TAK DAPEK....) yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar (UTUSAN MALAYAU..BERITA HAIRAN) atau televisyen...(ORANG DAH TAK TENGOK TV...ORANG SEMUO BUKAK INTERNET BACO BERITA DARI INTERNET...MAKLUMAT DI HUJUNG JARI...DUNIO INFORMASI TANPA SEMPADAN....ORANG UMNO PILAH/JEMAPOH MANO TAU BUKAK INTERNET..)...
Memang satu faktor yang tidak dapat dinafikan, internet memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang lalu. Sebab itulah ramai pemimpin-pemimpin BN membuka blog sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 (HASAN MALIK DAN KUNCO-KUNCO NYA YG LIMO DUN TU ADO KO BLOG SEMASING??) diumumkan kerana menyangka bahawa mereka kalah teruk oleh kerana tidak mempunyai blog! Mereka ini terlupa bahawa jika semua pemimpin BN mempunyai blog atau laman web sekalipun, ia menjadi tidak berguna jika idea yang disampaikan tidak berbeza daripada apa yang boleh dibaca di Utusan Malaysia dan Berita Harian. Maklumat basi ini tidak akan berdaya menarik minat dan selera orang muda, jauh sekali mampu mengubah trend sokongan golongan muda terhadap BN.
Sifat melawan atau “rebel” memang tersemat dalam diri golongan muda. Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana golongan mudalah yang bangkit untuk melawan sesuatu regim atau kediktatoran. Di negara jiran Indonesia, kita dapat melihat bagaimana golongan muda yang majoritinya mahasiswa memimpin rakyat untuk menumbangkan regim Soeharto yang telah memimpin selama lebih 30 tahun. Dalam sejarah gerakan reformasi di Malaysia sejak 1998, kita dapat melihat bagaimana berbondong-bondong mahasiswa dan anak-anak muda bersama-sama rakyat dalam demonstrasi-demonstrasi anti-Mahathir Mohamad pada ketika itu.
Penentangan golongan muda terhadap regim BN bertambah hebat pada hari ini oleh kerana Pakatan berjaya meyakinkan golongan ini bahawa mereka (baca: Pakatan) adalah alternatif yang terbaik bagi BN. Jika Pakatan terus bersatu dan bertambah kukuh sehingga pilihanraya umum akan datang, sokongan kuat golongan muda akan semakin meningkat berikutan pertambahan jumlah pengundi muda dalam daftar pemilih. BN yang ditubuhkan oleh perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein pada 1973 sebagai menggantikan Perikatan telah memerintah Malaysia dengan begitu lama. Jika dikira dengan zaman pemerintahan Perikatan, mereka telah mentadbir negara bermula dari tarikh kemerdekaan sehinggalah hari ini. Apabila sesuatu parti politik memerintah dengan begitu lama dan tambahan lagi sentiasa dalam keadaan kuat (mempunyai majoriti 2/3 di parlimen) sebelum ini, maka lahirlah satu sifat "kerajaan sentiasa betul".
Seperti apa yang dikatakan oleh bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim.., bahawasanya presiden Umno itu seseorang yang paling berkuasa di dunia. Zaid membandingkan kuasa yang ada pada presiden Umno berbanding dengan presiden Amerika Syarikat. “Jika di Amerika, Obama perlu menjawab kepada Dewan Senat, Parti Demokrat dan media, di Malaysia presiden Umno (perdana menteri) boleh berbuat sesuka hatinya tanpa perlu menjawab kepada sesiapa berhubung dengan tindakannya" katanya dalam sebuah forum yang bertajuk 'Can Najib Deliver His Reform Promises?' bulan lalu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Dr Mahathir(PASAL DIO NI LAH UMNO HANCUR...SEKARANG ANAK MURID EH NAIK...AL JIBAB WAL NAJIB....MMG HANCUS...) pada 1993 telah menjadikan perdana menteri Malaysia begitu berkuasa apabila raja-raja boleh diseret ke mahkamah khas. Oleh kerana itu, lahirlah sifat angkuh dan sombong pimpinan-pimpinan Umno dan BN. Apabila Umno dan BN merasakan mereka terlalu kuat dan tidak mampu dicabar oleh kumpulan-kumpulan lain, maka mereka menjadi sukar untuk menerima idea-idea baru atau bertentangan. Mereka mahu paksakan kepada golongan muda untuk mengikut cara mereka dan tidak menerima segala kritikan yang diberi.
Lihatlah apa yang terjadi kepada orang muda seperti Khairy Jamaluddin di dalam Umno? Walaupun beliau telah menang sebagai ketua Pemuda Umno menewaskan Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir, beliau tidak dilantik untuk menganggotai kabinet baru Najib Razak - antaranya kerana Khairy tidak mengikut "acuan" yang diinginkan banyak "warlord" Umno. Khairy tidak dimahukan lagi oleh Umno oleh kerana beliau tidak bercakap dalam bahasa Umno. Sikap politiknya yang liberal dan tindakannya mempertahankan media alternatif seperti Malaysiakini atau The Malaysian Insider apabila diharamkan untuk membuat liputan dalam perhimpunan agung Umno bukanlah ketua Pemuda yang dimahukan oleh pembesar-pembesar Umno. Pembesar-pembesar Umno mahukan ketua Pemuda yang boleh bercakap dalam bahasa Umno seperti "Umno perlu kuat", "ISA untuk mempertahankan hak Melayu" dan "media alternatif adalah agen asing".
Kenyataan-kenyataan seumpama ini hanya boleh dituturkan oleh Khir Toyo atau Mukhriz Mahathir yang mempunyai ideologi "ultra Umno". Umno menganjurkan pelbagai demonstrasi apabila berlakunya krisis Perak. Kita boleh lihat berapa ramai golongan muda yang menyertai mereka berbanding dengan puluhan ribu yang hadir di kediaman MB Perak untuk mendengar ucapan Nizar Jamaluddin yang dirampas kuasanya. Propaganda Umno untuk mengajak anak muda menentang Nizar yang dikatakan "menderhaka" kepada Sultan Perak tidak mendapat sambutan. Propaganda yang mengatakan bahawa Nizar adalah agen DAP juga tidak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi di saluran 3 dan 4 yang majoritinya memberikan undi kepada Pakatan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, awal April lalu.
Oleh kerana BN sudah terlalu lama berkuasa, mereka sering memandang rendah kepada tahap keintelektualan rakyat terutamanya golongan muda. Lihatlah bagaimana TV3 cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan propaganda-propaganda tahun 1960-an. Meluat dengan apa yang merek saksikan telah mendorong anak muda beramai-ramai untuk membantu Pakatan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau upah.
Buah fikiran dan tenaga yang diberi dianggap sebagai satu tanggungjawab yang wajib dilakukan walaupun mereka tidak dipaksa oleh mana-mana pihak. Di Bukit Gantang, saya terjumpa dengan sekumpulan penulis blog anak muda (RAMAI MEMBER YG GUA BARU KENAL MASO TUH DI BG).. yang telah berkampung di kawasan parlimen tersebut untuk memastikan kemenangan Nizar Jamaluddin. Ada yang telah berada di Perak semenjak berlakunya krisis politik di negeri tersebut dan telah berbulan-bulan tidak pulang ke rumah. Mereka mencari dana sendiri dan beroperasi siang dan malam untuk melaporkan perkara sebenar yang berlaku di negeri Perak dan menjawab propaganda-propaganda BN di alam siber. Melihat ketabahan dan semangat mereka menyebabkan saya berasa terharu.
Pakatan sangat beruntung kerana mempunyai sokongan yang begitu kuat daripada golongan muda yang merasakan melawan BN sebagai satu tanggungjawab berbanding dengan penyokong-penyokong BN yang sentiasa mengharapkan wang dan upah.
Jika Pakatan terus membawa api perjuangan dan agenda perubahan, saya yakin golongan muda akan sentiasa bersama mereka. Saya bersetuju dengan Abdullah Ahmad (Dollah Kok Lanas) yang menyatakan dalam temubual majalah Off The Edge bahawa Najib hanya mampu menjadi PM selama tiga tahun sebelum pilihanraya umum ke-13 dengan syarat Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang terus duduk bersama dan Pakatan kukuh. Jika Pakatan berpecah dan pemimpinnya sentiasa bergaduh sesama sendiri, harapan, buah fikiran dan tenaga golongan muda yang membantu kemenangan mereka akan menjadi sia-sia. Malaysia tidak akan menemui perubahan sehingga sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang.
Ayuh bangkit lah anak2 mudo PR Kuala Pilah(joseh, johol, SM, senaling, pilah).....kito lawan sehingga menang....pastikan PRU13 kito berjaya MENGUASAI DAN MENGATASI UBN DI PARLIMEN KP BESERTA 5 DUN.....
sekian...ir pening....

Akhirnya Najib Akur Desakan Rakyat

Selasa 22hb Julai 2009

Kabinet Tubuh Suruhanjaya Diraja

Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.
Pada sidang media itu, Najib berkata satu inkues yang diketuai oleh majistret juga akan diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

"Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu langkah ini untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.

Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

1) Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

2) satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

3) menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.


@Bro Luv@

Akta Baru DNA Cuba Mengheret Anwar Ke Penjara

SERUAN DARI ANWAR IBRAHIM CLUB

AnwarIbrahimClub.Com - Untuk sebaran ahli

AIC/07/09

LAGU BUATMU DS ANWAR

Himpunan ahli AIC di Mahkamah Jalan Duta.

Selasa 22hb Julai 2009

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ingin mengajak seluruh ahli untuk turun menunjukkan sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang sekarang berhadapan dengan fitnah licik dan manipulasi undang-undang di perkarangan Mahkamah Jalan Duta bermula daripada hari Jumaat (24 Julai 2009), pukul 8.00 pagi sehinggalah perkara ini diberi keadilan yang sewajarnya.

Rakan-rakan ahli AIC digesa mencari ruang dan peluang untuk berada di sana setiap kali perbicaraan. Untuk memudahkan gerakan dan perhimpunan, rakan-rakan AIC diminta menghubungi sekretariat AIC di talian 012-9300745 (Saudara Farhash) untuk maklumat lanjut.

Rakan-rakan AIC dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut semasa di Mahkamah :

  1. Memakai baju AIC, atau baju bewarna HITAM.
  2. Sampai awal, selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi.
  3. Berkumpul di ruang legar Mahkamah dengan rakan-rakan yang lain.
  4. Mengawal tingkah laku dan tidak termakan dengan provokasi oleh mana-mana pihak.
  5. Ikut arahan sekretariat.

Rakan-rakan AIC akan berpeluang untuk dibenarkan masuk ke dalam kamar mahkamah. Sila hubungi sekretariat untuk urusan ini. Jadual perjalanan mahkamah akan dikemaskini di laman web AIC dari masa ke semasa.

BANGUN DAN TUNJUKKAN SOKONGAN BAHAWA REFORMASI TIDAK PERNAH MATI!

Laungan Reformasi Bergema Lagi

Himpunan ahli AIC di Mahkamah Jalan Duta.

AnwarIbrahimClub

17, Jalan 16/2,
Petaling Jaya
46350, Selangor,
Malaysia

e | info@anwaribrahimclub.com
w | http://www.anwaribrahimclub.com

@@Bro Luv@@

Tuesday, July 21, 2009

Ezam Semakin Melampau dan Mengarut sejak Joint Umno

Di Manek Urai tak muncul dan nampak batang hidung pun.. Tiba-tiba muncul pula di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor pada Ahad malam.

Kalau mereka (DAP) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (DAP) yang bunuh Teoh.

Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM.Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka,jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini. Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.

Di cadangkan DAP(PR) saman segera Ezam.,Dia memang saja nak cari publisiti murahan setelah dia tahu karier politik dan kredibelitinya jatuh merudum.

EZAM PULA TUDUH DAP BUNUH MENDIANG TEO BENG HOCK?(klik disini) http://wfauzdin.blogspot.com

TIBA-TIBA Ezam muncul di tengah kekalutan kita memikirkan misteri kematian Mendiang Teo Beng Hock.

Sunday, July 19, 2009

Pakatan Rakyat Kearah 1 Lambang

TELUK INTAN - Pakatan Rakyat (PR) bercadang menggunakan satu lambang pada pilihan raya akan datang dan mendaftarkan pakatan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memudahkan segala urusan sama ada melibatkan pilihan raya dan urusan-urusan lain.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi PR dan sedang dalam penelitian sekretariat PR serta mendapatkan pandangan dari sudut undang-undang untuk perkara itu.

Beliau berkata, perkara itu masih di dalam peringkat cadangan dan belum diputuskan kerana pihak peguam PR sedang membuat penelitian dan kajian dari sudut perundangan sebelum didaftarkan termasuk penggunaan satu lambang bagi mewakili PR dalam pilihan raya akan datang.

“Kita berharap perkara ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang terdekat memandangkan beberapa masalah dihadapi sewaktu Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang lalu di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan kita mengibarkan bendera selain Pas dengan alasan PR tidak didaftarkan.

“Saya fikir ini masa yang sesuai untuk melaksanakannya di mana kita sedang menuju ke arah sistem politik dua parti yang diamalkan di kebanyakan negara-negara maju dan kita harap pada Pilihan Raya Umum ke-13 kita boleh menggunakan konsep ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Memimpin Harapan Rakyat anjuran PKR Negeri Perak di Dewan Utama Hotel Angsoka, di sini, semalam.

Mengenai usaha untuk mendisiplinkan ahli dan pemimpin PR, beliau berkata, PR akan menyediakan mekanisme yang lebih jelas sebagai panduan kepada ahli dan pemimpin untuk menyelesaikan masalah secara bersama di dalam sekretariat PR di peringkat negeri dan pusat tanpa melibatkan media.

Menurutnya, walau bagaimanapun, pihaknya tidak menghalang mana-mana pemimpin untuk membuat kenyataan melalui media mengenai isu-isu tertentu sebaliknya meminta supaya segala masalah dalaman parti dibincangkan bersama tanpa melibatkan media untuk mengelakkan dimanipulasi oleh media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau berkata, sekretariat itu akan dikembangkan termasuk pembentukan jawatankuasa di peringkat Ahli Parlimen dan di peringkat negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) supaya permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik.

@@Bro Luv@@

Kenapa Saya Menyertai Pakatan Rakyat

Media@TVantara

PAHANG DAILY ONLINE MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA MENDIANG TEOH BENG HOCK Eksklusif: Temubual Dengan Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Chua Jui Meng yang mengumumkan secara rasmi untuk keluar MCA dan menyertai PKR. SIARAN MEDIA ALTERNATIF INI ADALAH EHSAN TV ANTARA [ www.tvantara.com ]

@bro luv@

Sekitar kami di MU tempohari...

Salam semua..ni ado sikit gambar yg sompek di snap maso di MU tempohari....mintk maaf sbb lambek upload...

1)Markas induk MU 2) Interframe jap besamo 3) Warga PR Joseh&Pilah
TGNA...bukan sonang dapek bergambar dgn YB Taufik begambar dgn TGNA ni.. (paroi) & YB Amin (Sikamat)
syukur Alhamdulilah..












Besamo Pak Ngah(hj mat som)
di rumah N9 & Melakoo....










Alhamdulilah...kami bergerak menuju MU 2 kereta (naza ria&wish) menuju MU selepas tamat ceramah di Jemapoh mlm tuh...kalau ikutkan dah pergi awal..tapi kerana ingin turut bersama membantu ceramah di jemapoh maka kami tangguhkan hajat kami untuk pergi awal....sampai di masjid gua musang solat subuh dan mandi bersarapan di felda ciku bersama bro razif yg menanti kami di sana...sampai di MU kurang lebih jam 8.30pg trs menuju ke UPU tpt sukarelawan N9 & melaka bertugas..(UPU Sg Soh)....mmg meriah di sana...siap mkn durian laie...bersama-sama YB Taufik & YB Amin membantu maso hari mengundi....bantu sorak la...di meriahkan lagi oleh bro kamarol sebagai "taiko" pasukan sorak besamo2 warga MU.....UMNO langsung tak melawan...kami sempat juga melawat beberapa UPU spt (chucoh putri, lata rek, laloh, manjor, manik urai baru...) nampak gayo eh mmg harapan monang majotiri lobih dari 1700....walau bagaimanapun PAS-PR menang dgn majoriti 65....alhamdulilah.....seorg peniago ikan dapat menewaskan pengurus kesedar(individu).....pernah tak kito tepikir bondo nih.....tapi itulah kuaso tuhan....kita hanya bulih merangcang..tapi tuhan yg menontukan.....jam 10pm selesai mandi dan makan kami bergerak pulang ke Joseh....selamat sampai di joseh jam 5pg...syukur semuo eh selamat....keputusan terkini PR 6--UBN 1......apo cito nih???sayur yoo....ghuyubbb dah UBN....

ir pening....





Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai-Signal dan Satu Kejujuran

Rabu 15hb Julai 2009

Kemenangan tipis satu peringatan untuk Pakatan (siasah)



Kami tertarik dengan kenyataan Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dalam Malaysiakini yang turut mengulas kemenangan tipis PAS di Manek Urai.

Ubat selalunya pahit dan yang manis tak semestinya baik.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja. Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Kenyataan jujur pimpinan PAS disemua peringkat amat diperlukan tanpa mengira apa jua jenis isu. Tanpa berselindung ahli ahli serta penyokong atas pagar lebih mengetahui arah tuju sebenar parti dari asyik berteka teki dan lebih dahsyat lagi bersandiwara.

Kejujuran amat perlu dalam menilai kekuatan diri kita. Kepahitan harus ditelan jua dalam usaha kita memperbaiki diri. Kenyataan jujur dari Sdr Setiausaha PAS Kelantan ini wajar dikaji.

Katanya, salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN. Menjadi cabaran pimpinan baru sekarang ini, bagaimana mengambil hati anak muda kembali menyokong kita.

Seperti kata DSAI, jangan meremehkan kebijaksanaan rakyat.

Kami tak tau la apa orang kata, tapi tak syok sangat bila alasan alasan seperti rasuah politik la, janji manis UBN la dan berbagai lagi alasan yang diaju sebagai mewajarkan kemenangan tipis PAS di Manek Urai. Masaalah dalaman yang lebih kronik di sepikan. Sebab utama penyokong bebas larikan setia dipandang remeh.

Bagaimanapun kurang setuju pandangan Mohd Zaki mengatakan pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN amat dikesali.

Sikap politik orang muda kritis. Mereka lebih terdedah pada hawa sebenar politik negara. Janji kedamaian jiwa lebih membuai hati muda mereka jika kena dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

Bagaimana mereka boleh pertaruhkan masa depan mereka pada sebuah parti penyatuan yang longgar dan bermusim malah lebih asyik dengan percakaran dari memahami mereka. Mereka mencari kawan yang paham dari ayah yang asyik memerintah dan menghukum. Signal pengundi2 cukup jelas, Semua pimpinan yg telah di beri mandat sewajibnya merapatkan saf dan memberi peluang menjelaskan perbedaan pendapat dengan di tangani secara bijak dan berhemah. Elakan pertikaian siapa parti yang lebih dominan dan pergeseran yg bakal membawa kebosanan pengundi2 dengan sikap yg kurang intelektualnya.

Kerja2 parti dgn menyusun satu sistem pentadbiran yg bersistematik, masih banyak lagi yg tertangguh.

PR adalah satu wadah yg bakal membentuk kearah Malaysia lebih adil dan berperinsip. Satu wadah yg sentiasa diberi perhatian arah tuju dengan pendidikan mematangkan dan merakyatkan.

@@ Bro Luv @@

Saturday, July 11, 2009

IJTIMAK DAKWAH SEDUNIA..300 000 ramainya...ALLAHUAKBAR..


Lautan manusia.

Begitulah suasana yang boleh digambarkan apabila kira-kira 100,000 jemaah tabligh dari seluruh dunia membanjiri Kuarters Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini sempena Ijtimak Dunia 2009 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.

Bilangan jemaah yang hadir dijangka meningkat kerana ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia juga akan hadir sepanjang tiga hari program tersebut.

Bagi tujuan itu, pihak penganjur telah membelanjakan RM2 juta untuk menyediakan 10 khemah besar yang setiap satu boleh menempatkan 10,000 hingga 11,000 jemaah. Selain itu, sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk penyediaan makanan dan minuman yang diuruskan oleh 1,500 tukang masak yang juga dari kalangan ahli tabligh sendiri. AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR ! ALLAHU AKBAR MOGA MELAYU MANGKUK YANG DALAM UMNO KEMBALI PADA ISLAM SEBENAR ,BUKAN YANG PAKAI SETENGAH-SETENGAH AYAT AL QURAN & HUKUM ALLAH ! RASUAH TADAK DALAM ISLAM ! PUTARBELIT & FITNAH TADAK DALAM ISLAM ! SELEWENG HAK RAKYAT MARHAEN TADAK DALAM ISLAM ! KRONISMA & NEPOTISMA TADAK DALAM ISLAM ! AKTA ISA TADAK DALAM ISLAM ! ALIF-MIN- NUN-WAU= SARKIS !

ir pun ado pegi gak...hari jumaat petang lopeh abih kojo dan sabtu pagi...ramai sungguh lautan manusia...sambil dok dengar bayan dari ulamak2 seluruh dunio....dah la ilmu kito ni kurang...marilah sesamo kito mendengar bayan dari sahabat2 kita dari serata dunio....

ALLAHU AKBAR !

JANGAN HINA KAMI....


Kehadiran begitu ramai peniaga dan pemborong ikan di Pasar Laloh petang semalam memberi satu lonjakan baru kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Mohd Fauzi atau lebih dikenali sebagai Abe Uji kelihatan terharu di atas kunjungan begitu ramai rakannya.

Keadaan itu dapat dilihat apabila beliau seketika terkedu dan tidak dapat meneruskan ucapan mungkin terharu di atas sokongan padu kawan-kawan.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Dato' Husam Musa, Presiden Persatuan Pemborong Ikan Kelantan, Ahmad Termizi Mamat.

Hampir 2,000 peniaga ikan dari seluruh Kelantan hadir pada program itu bagi memberi sokongan kepada Abe Uji selepas diperlekehkan Umno, yang disifatkan sebagai peraih ikan.

Terdapat sepanduk yang mengecam pemimpin Umno yang bertulis 'Jangan Hina Pekerjaan Kami' dan 'Pilih Calon Amanah Pilih Abe Uji'.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang juga seorang timbalan menteri menyifatkan Abe Uji sebagai seorang peraih ikan kerana tidak mempunyai pendidikan tingi.

Berucap pada majlis itu, Menteri Besar melahirkan rasa tidak senang terhadap pemimpin Umno kerana melempar fitnah menghina calon PAS sebagai peraih ikan. "Hari ini kita berhimpun bagi melahirkan rasa kecewa di atas penghinaan seorang timbalan menteri terhadap calon kita sebagai peraih ikan. Hina nampaknya pada pandangan mereka," katanya.

Sedangkan katanya, Nabi Muhammad saw pada usia remaja baginda pernah menjadi pengembala kambing.

Menurutnya pemikiran macam itu menggambarkan cara berfikir orang Melayu dan Islam jauh berbeza.

"Mana lebih baik menjual ikan dengan parti rasuah. Parti dia sah parti rasuah. Mana lebih baik terima rasuah berbanding dengan menjual ikan.

"Menjual ikan tentu sah dan halal, manakala rasuah Islam pun kutuk, demokrasi pun kutuk. Tidak kata apa dia, dia berasa bangga boleh rasuah. Kita jual ikan, dia hina,"..Petikan dari Harakahdaily...

ir

JIKA DSAI DIPENJARAKAN??

1. Pembicaraan DS Anwar Ibrahim masih belum selesai. Terbaru, ia ditangguhkan ke 15 Julai kerana peguam Sulaiman Abdullah masih belum sihat sepenuhnya.

2. kITA berdoa semoga kebenaran timbul jua. Samada kebenaran milik Saiful atau milik Anwar, itu soal kedua. Yang penting ia (kebenaran) hadir dalam perbicaraan kali ini.

3. Bercakap tentang Anwar, dia mungkin akan disabitkan bersalah. Kalau itu berlaku apa akan jadi pada Pakatan Rakyat?

4. DAP dan PAS memang punyai dua kutub berbeza. Payah nak bertemu apatah lagi bersama. Setakat ni hanya Allahyarham Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim saja yang mampu mengikat mereka (dengan izin Allah). Tanpa mereka atau pemimpin yang sepintar mereka, barangkali DAP dan PAS akan kembali berseteru.

5. PAS dan DAP yang berseteru adalah rahmat besar buat UMNO-Barisan Nasional (UBN). Pasca PRU 1999, DAP tewas teruk termasuk Kit Siang dan Karpal Singh. Waktu itu keadaan masih harmoni. Sesudah PAS kehilangan Ustaz Fadzil, suhu hubungan mereka semakin membahang. DAP keluar Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan agenda Negara Islam tajaan PAS.

6. Perang mulut mereka di media pun tak kurang hebatnya. Paling parah bilamana Ustaz Hadi melabelkan Kit Siang dan Karpal Singh sebagai ‘ubat tamat tempoh’. Dalam PRU 2004, PAS pula yang menderita. PAS kalah teruk termasuk Ustaz Hadi dan Timbalannya Ustaz Nasha kalah di Marang dan Besut. Pada waktu itu , Anwar Ibrahim belum dibebaskan.

7. Pada tahun 2004, Anwar Ibrahim dibebaskan. Dalam tempoh 2004 hingga 2006, beliau banyak membuat anggangement dengan pimpinan PAS dan DAP. Anwar dihentam juga sebab banyak dilihat keluar ke luar negara. Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menyatukan parti pembangkang terutama PAS dan DAP.

8. Natijahnya, PRU 2008 parti pembangkang tidak bertembung sesama sendiri. Kemenangan besar diraih dalam pilihanraya.

9. Anwar Ibrahim bukanlah faktor mutlak, namun dia juga adalah antara faktor penyumbang. Memang PAS ada sejarah hitam dengan dengan Anwar. Siapa tidak kecewa bilamana beliau memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya meninggalkan PAS yang terkial-kial pada tahun 1982. Pada waktu itu, PAS ibarat melukut di tepian gantang. Tiada siapa berminat. Kaderisasi PAS di kampus-kampus juga pernah tergugat dengan pengaruh Anwar.

10. Namun usah dinafikan Anwar juga banyak berjasa kepada PAS. Kemenangan 27 kerusi dalam PRU 1999 banyak disumbangkan gelombang Reformasi pada ketika itu yang Anwar gerakkan. Begitu juga dengan kemenangan 23 kerusi (tidak termasuk Ibrahim Ali) dalam PRU lepas.

11. Apapun, KITA berharap kebenaran milik Anwar. Tetapi antara Anwar dan kebenaran, saya tetap memilih kebenaran.

lLAWAN TETAP LAWAN@ir pening

Tuesday, July 7, 2009

CERAMAH UMUM


1) Gmbr yg hadir
2&3) Ustz Idris Ahmad berceramah (boleh tahan jugak smash ehh....bisoo....steady ustaz..)












Alhamdulilah, selesai sudah majlis ceramah pada malam sebelum warga PR Joseh bergerak menuju ke MU untuk menyertai PRK N41. Di sini nak upload sikit pics maso ceramah dan sebelum ceramah (makan di rumah salah seorg org kuat PR Joseh)...
4&5) Mkn mlm bersamo utz
Ahmad sebelum mulo
ceramah...sdr yg kek
pintu tu 5x tambuh..

CERAMAH UMUM

Penceramah : Al-Fadil Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
dan wakil-wakil daripada PKR & DAP

Masa : 9.00 malam

Tarikh : 13hb Julai 2009 ( Isnin )

Tempat : Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh
( Taman Jemapoh Indah, Kuala Pilah )

Insya Allah di jemput kepada para penyokong dan hadiran sekelian beramai-ramai ke majlis ceramah umum yang akan diadakan di Pejabat Pakatan Rakyat DUN Juasseh. Antara pengisian adalah kupasan isu-isu semasa seperti kerajaan perpaduan, debat, hubungan PR dan lain-lain lagi. Tolong sebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan membaca mesej ini.
Sekian Terima Kasih.

SYUKRAN PADA SEMUO YG HADIR DAN JUGA PADO AJK2 YG TERLIBAT.....TAKBIR...

Sunday, July 5, 2009

Siapa Yg Di Beri Amaran ??

Semalam 4hb Julai 2009

Akhbar Sinar, N6, menyiarkan tajuk "Amaran kepada ahli Pas". Menurut akhbar itu, amaran tersebut dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS.

Saya memahami bahawa amaran tersebut merujuk kepada kepimpinan parti yang mengeluarkan kenyataan berkaitan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk, termasuk rancangan mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka dengan Pemuda UMNO yang diusahakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS.Betul ke begitu? Jika betul, baguslah. Pemimpin yang buat hal, dialah yang patut diambil tindakan. Jangan ambil tindakan terhadap ahli-ahli pulak.

Wancana Ilmiah ?

Kami lihat dari jauh, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat adalah seorang yang berilmu dan berani, sekurang-kurangnya. Tahniah kerana beliau menjadi Ketua DPP tanpa bertanding. Namun, kami berpendapat usaha beliau untuk berwancana Ilmiah Terbuka dengan Pemuda UMNO bukanlah suatu usaha yang patut atau sesuai pada masa kini.

Beliau, sebagai ketua baru, sepatutnya menyemak kerja-kerja tertangguh dalaman DPP. Tak kan semua kerja dalaman DPP 100% terlaksana, 100% memuaskan dan 100% tamat. Jika 100% terlaksana, memuaskan dan tamat sekalipun beliau perlu merangka banyak lagi program dalaman untuk DPP, PAS dan PR. Sekurang-kurangnya merangka penubuhan Institut Terbuka Siyasah atau Institut Latihan Pentadbiran Negara, sebagai contoh.

PAS dan PR sekarang ini ada negeri-negeri yang dikuasai. Sedangkan, sebagai contoh, tidak semua YB dianggap memuaskan dalam tugas-tugas mereka. Ketua-Ketua Kampung yang dilantik, tidak semua mempunyai tarbiyah untuk mentadbir kampung secara yang betul lagi Islamik. Dan banyak lagi contoh-contoh lain.

Daripada keluar mencabar Pemuda UMNO berWacana Ilmiah Secara Terbuka lebih baik jika DPP menyediakan pelbagai program yang merupakan persiapan untuk PAS dan PR mentadbir negara selepas PRU-13? Saya kira berWacana Ilmiah, walaupun secara terbuka, dengan Pemuda UMNO adalah kerja pembaziran dan banyak mengundang pergeseran antara sahabat2 didalam PR sendiri.

UMNO sudah terdidik dgn sekian lama, taktik pemusnah dan muslihat yg tersembunyi. Rata2 pemimpin Umno Kuala Pilah juga pendendam dan tiada rasa persaudaraan walau pun tangan di sambut bersalaman tetapi jiwa bersarang dengan ombak khianat. Dalam kelompok Umno sendiri, sering bercakaran jatuh menjatuh dan fitnah memfitnah.

DPP dan sekadar hendak menguji taji semata-mata.

@@ PR Juasseh/Jemapoh @@

Ujian Demi Ujian Moga Mematangkan PR

Ahad 5hb Julai 2009

Di kala kita tengah gundah gulana negara di uji menghadapi serangan wabak selesema babi H1N1 yang semakin serius, ada wabak lain pula yang berkaitan dengan babi sedang melanda utara Semenanjung. Nampaknya macam serius dan kalau tak ditangani dengan baik boleh menyebabkan masalah yang agak besar kelak. Ini berkaitan dengan insiden perobohan tempat penyembelihan babi haram di Alor Star, Kedah beberapa hari yang lalu.

Semua orang tahu bahawa memakan daging babi tu haram bagi orang-orang Islam. Tetapi untuk orang-orang bukan Islam, mereka ada pilihan samada nak makan atau tidak. Dan sememangnya menjadi kewajipan pihak pemerintah, tak kira siapa mereka sekalipun, untuk menyediakan segala kemudahan yang bersesuaian untuk makanan rakyatnya. Banyak caranya bagaimana daging babi ini boleh sampai kepada yang memerlukan. Antaranya dengan menternak sendiri, menyembelih dan menjualnya untuk kegunaan tempatan atau mengimport daging tersebut dari negara/negeri jiran kemudian dijual kepada penduduk tempatan. Semuanya boleh dilaksanakan dan kewajarannya bergantung kepada faktor kos dan alam sekitar.

Singapura, sebagai contoh, walaupun ramai rakyatnya memakan daging babi, ia tidak mengizinkan penternakan babi di dalam negara. Ini dibuat bagi menjaga kebersihan dan juga kerana kos penternakan yang tinggi. Mereka lebih rela mengimport daripada Malaysia dengan kos yang lebih rendah dan dalam masa yang sama memulihara alam sekitar mereka.

Kita sedia maklum bahawa penternakan babi merupakan antara penyumbang terbesar pencemaran air dan bau di dalam negara. Langkah-langkah konkrit perlu diambil bagi menjaga kepentingan semua pihak. Kita perlu ingat bahawa industri babi bukan saja melibatkan pemakan dagingnya tetapi juga yang tidak makan daging babi. Bagi orang-orang bukan Islam, mereka perlu memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk mencari jalan terbaik di dalam menanggani masalah ini. Kita lihat saja Kerajaan PR Selangor yang melihat usaha ini dengan positif apabila mencadangkan penternakan babi setempat yang berlandaskan teknologi moden yang bukan saja dapat mengawal penularan penyakit akibat najis babi dan pencemaran air, tetapi juga dapat menjana hasil sampingan melalui pengeluaran biogas.

DAP Kedah sebagai rakan PAS dalam PR perlu lebih terbuka dan berlapang dada di dalam sama-sama berusaha membawa kebaikan kepada rakyat. Jangan sesekali terperangkap di dalam mainan isu remeh temeh yang bersifat perkauman dan keagamaan. Kita telah diberi mandat oleh rakyat untuk melaksanakan pembaharuan dan jika kita masih terperangkap di dalam mindset lama yang penuh prejudis dan syak wasangka maka kita tidak akan dapat maju ke hadapan. Perkara yang salah dan melanggar undang-undang perlu kita ambil tindakan. Cuma bedanya kita dengan BN ialah kita buat cara berhemah. Kita bincang elok-elok, berikan masa dan alternatif kepada pihak-pihak yang terbabit.

Ketahuilah... Sesungguhnya bahawa BN (Mca, Gerakan) cukup terlatih menjadi penghasut memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat dgn mengambil segala ruang dan kesempatan dgn isu2 sebegini. Tetapi jika masih lagi berdegil selepas itu maka tindakan perlu diambil kerana kita perlu ingat bahawa segala kegiatan yang menyalahi undang-undang adalah membawa keburukan kepada rakyat teramai. Itu sebabnya ia diharamkan! Seperkara lagi, tindakan yang serupa bukan saja melibatkan kandang babi dan tempat sembelihannya, malah kandang lembu dan pusat penyembelihan lembu pun jika tidak berlesen perlu diambil tindakan serupa. Perkara ini perlu dimaklumi oleh semua termasuk di kalangan pimpinan PR.

Kami berkeyakinan pimpinan PR akan “come to their senses” tidak lama lagi. Takkan isu sebegini boleh meletup sampai tidak terkawal. Malu kita kalau pimpinan tidak mampu menyelesaikan isu yang kami anggap sangat remeh temeh. Rakyat sedang memerhati, jika kita tak boleh bertolak ansur dalam perkara sekecil ini macamana nanti bila kita diberi peluang memerintah negara? Adakah kita akan bergaduh setiap hari tentang semua benda? Pihak kerajaan perlu lebih peka dan banyak berbincang sebelum melakukan sebarang tindakan sebegini dan DAP pula kena faham bahawa perkara yang haram tidak boleh dikekalkan selama-lamanya.

Jika undang-undang kita gubal, kita sendiri tak ikut, rakyat akan cakap macam ketam ajar anak dia jalan betul

@@PR Jemapoh/Juasseh@@

Sama2 lah Berdoa Agar Raja Katak Cepat Di lamar Umno

Ahad 5hb Julai 2009

SEMPENA PRK Manek Urai ini, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar raja katak yang masih `menenggek' di kerusi Pas di Pasir Mas sekarang memasuki Umno segera. Sebaik-baiknya, dan masa yang paling tepat adalah ketika kempen sedang rancak di Manek Urai sekarang. Malam mengundi nanti, kita doakan agar Umno mengadakan majlis `mengucap' sahadat kali yang entah ke berapa buat raja katak ini. Lagi cepat raja katakberada di dalam Umno sudah tentunya mempercepatkan kehadiran `sakratulmaut' buat Umno di Kelantan.

Pas terpaksa terima hakikat telah membuat satu kesilapan dahulunya apabila bersangka baik terhadap raja katak. Katak tetap katak, katak takkan menjadi kancil yang cerdik. Apa pun, hikmahnya rakyat dapat menilai bahawa Pas sememangnya tidak pernah ingin bersangka buruk terhadap sesiapa, sebab itulah Pas sering menjadi mangsa. Tetapi, Alhamdulillah, berkat itu semua Pas semakin kuat dan dilindungi Allah SWT. Adalah diharapkan selepas ini Pas harus lebih berhati-hati di dalam menerima insan yang mempunyai darah daging katak seperti raja katak ini. Baru-baru ini raja sesumpah pun ada niat untuk sertai Pas tetapi dengan syarat Pas mesti mengetuai PR. Ini lagi jenis yang tak boleh dipakai, ego, sombong dan terasa dia hebat. Sedangkan di dalam Umno pun raja sesumpah hanya dijadikan `kerbau pembajak' sahaja.

Mari kita pastikan Pas benar-benar mentalkinkan Umno di Manek Urai. Biar sejarah melakarkan bahawa seseorang yang dikatakan lebih terpelajar kononnya akan terduduk oleh penangan seorang peniaga ikan. Buktikan kelulusan yang tinggi tidak akan menjamin seseorang itu bertakwa kepada Allah.

@@ PR Juasseh @@