16 September 2008 (11 Hari Lagi) Anggota BN-BBC Cuti Belajar Luar Negara?Dilulus terbit pada Saturday, September. Barisan Nasional, semakin komedi, dan para pemimpinnya gemar buat lawak.
Terkini: A01: "Anggota BN-BBC Cuti Belajar Luar Negara?"Para pemimpin tertinggi Barisan Nasional, mengesahkannya. Benar, ada berlakunya rancangan tersebut. A 02: Apa jadi, mereka belajar apa? Menurut Pengerusi BN-BBC, Tiong King Sing, lawatan ini ialah untuk mendapatkan pengetahuan terkini mengenai maklumat teknologi tinggi pengeluaran makanan dan pertanian, supaya ahli boleh membahaskan Bajet 2009 dengan baik di Parlimen apabila bersidang kelak. A 03:. Tempoh dijangkakan ianya bakal bermula Ahad ini, 7 September, 2008, hingga minggu ketiga, 15 September, 2008. A 04:. Internet di Bulan Ramadhan ini, tidak bolehkah mereka ini secara individu atau kumpulan, duduk di rumah atau di pejabat, atau di bilik mesyuarat, di Malaysia, dan guna Internet sahaja, untuk tujuan dan maksud ini?A 05:. Kaitannya Dengan 16 September, 2008 Abdullah Ahmad Badawi berkata, lawatan sambil belajar ke luar negara, oleh anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), dari Ahad ini 7 September, 2008, sehingga 15 September 2008, nanti, tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 September ini.
"Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN," kata Abdullah Ahmad Badawi.
Program ini, menurut Mohd Najib Abdul Razak, pula, dianggap konstruktif, dan akan diluluskan, supaya barlangsung. Ertinya desas-desus lawatan ini, kini disahkan, benar.
Ini dikatakan tidak ada kaitan dengan 16 September, 2008, ya. Perhatikan terus...
B. MENGADAP AGONG: Abdullah Ahmad Badawi, telah menghadap D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan terkini. Baginda, gembira.
Demikian, pada 5 September, 2008, G Manimaran, mSTAR OnLine, melaporkan, "komponen BN kekal, Abdullah mahu pastikan 16 Sept tidak berlaku."C. ANALISISPenganalisis dan pemerhati politik, menjangkakan: Tinggal 11 hari lagi, 16 September, 2008. C 01:. Kejayaan Semakin Hampir Pemimpin tertinggi Barisan Nasional sudah merasai bahangnya, bahawa Anwar Ibrahim semakin hampir ke PutraJaya, dan pembentukan kerajaan baru berkemungkinan berlaku dan terjadi. InsyaAllah. C 02:. Petanda Pemimpin Gerakan sementara itu, di hari yang sama, Pemangku Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Koh Tsu Koon, dilaporkan berkata, Gerakan kaji kedudukan dalam BN jika tiada perubahan, sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.C 03:. Semakin Yakin Berjaya berdasarkan itu, dan lain-lain faktor, usaha melangsungkan 16 September, 2008, menjadi kenyataan, sudahpun benar-benar hampir. Yakinlah, ianya semakin berjaya. C 04:. Rencana walaupun, ada yang melihat lawatan ini adalah langkah terdesak pemimpin tertinggi Barisan Nasional, namun kekhuatiran akan ianya menggagalkan rencana 16 September, 2008, berkemungkinan sama gagalnya inisiatif Shafie Afdal, ketika mahu mendapatkan tandatangan surat akujanji taat setia kepada Abdullah Ahmad Badawi, dan Barisan Nasional, kelmarin. Sekiranya, wujud sebarang tekanan umpamanya, sedangkan passport yang sedang dikumpulkan, belum memuaskan, tempat lawatan pun belum ditentukan, maka mereka pergi juga. Tidak kiralah ke Alaska kah. Maka, ini membolehkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat, untuk bertemu dengan mereka di sana, dan berbincang dengan lebih mendalam. Tertutama, pihak yang berbincang, bebas dari pantauan dan intipan di Malaysia. C 05:. OnLine, untuk laporan terkini seterusnya. InsyaAllah. Sama-sama, kita saksikan apa perkembangan yang berlaku dan bagi pengiat reformasi pula, teruskan kerja2 peringkat dasar. Teruskan pusat khidmat masyarakat disamping memperkukuhkan hubungan dgn ahli2 UMNO khususnya. Percayalah, mereka sudah lama terbiar untuk kesahihan maklumat dgn isu2 fitnah dan sering di gula2kan. Bangkitlah anak2 muda, dgn mengali ilmu2 tuhan bagi memantapkan kebersihan rohani. Laungan takbir, reformasi belum dapat menentukan hala tuju perjuangan. Bagi yg minat berpolitik, perluaskan ilmu2 pentadbiran, susur galur, dan arah tuju politik agar ianya tersusun dan tertib. @@@@ Berita yg baru di terima dari laman keADILan dan Star: Dr Tan Kee Kwong, bekas pengerusi GERAKAN WP merangkap bekas MP Segambut DAN anak pengasas Gerakan : Dr Tan Chee Khoon telah mengadakan sidang Akhbar, keluar parti dan kini menyertai PKR jam 1pm sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment