Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 30, 2010

Jangan Risau....Jasamu dikenang...

Sumber: Sinar Harian: Ezam Senator gugat PKR ?

SHAH ALAM – Pelantikan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor sebagai senator dilihat sedikit sebanyak memberi kesan dan menjejaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Menurutnya, Ezam yang dilihat sebagai ‘musuh ketat PKR’ kini mempunyai platform atau ‘pasport’ yang rasmi sebagai senator di Dewan Negara.

“Saya yakin dengan pelantikan Ezam sebagai senator sedikit sebanyak memberi kesan kepada masa depan PKR dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai pelantikan Ezam sebagai Senator, Atory berkata, Yang di-Pertua Agong di atas nasihat Perdana Menteri berhak melantik sesiapa sahaja yang dirasakan layak untuk menjadi ahli dewan negara.

Malah, menurutnya, sebagai pemimpin muda UMNO yang berpotensi tinggi, mempunyai visi dan ketokohannya, Ezam berkelayakan dilantik sebagai wakil generasi muda di Dewan Negara untuk mengetengahkan masalah dan inspirasi generasi itu.

Ahmad Atory berkata, masa depan politik Ezam dalam UMNO juga dilihat cerah dan tidak mustahil dalam pemilihan UMNO akan datang, beliau juga akan tersenarai memegang jawatan dalam parti.

“Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO. Dalam usianya yang masih muda dan di atas sokongan Perdana Menteri tidak mustahil beliau menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO.

“Apatah lagi dengan kelebihan berpidato, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR menjadikan masa depan politik Ezam cerah,” katanya.

Ahmad Atory juga membayangkan tidak mustahil pada pemilihan UMNO akan datang Ezam akan menerajui jawatan Ketua Pemuda UMNO atau Naib Ketua Pemuda UMNO.

Ezam adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selain Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co., Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini.

Ulasan:

Najib kini sedang melunasi janji dan memberi penghormatan orang yang menyokongnya tanpa sangat mengira jasa mereka kepada nusa dan bangsa.

Apakah habuan itu kerana janji atas sesuatu yang dilakukan oleh individu ini atau individu ini yang menagihnya sebagai gaji atau upah, tak kisah. Yang penting selepas berlalu pilihan raya kecil Hulu Selangor Najib kini menyampai hadiah dan imbuhan.

Antara mereka yang mendapat ‘penghargaan’ dari Najib ialah Presiden Mubarak, Abu Zahar Ujang, yang dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Presiden MIC, Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor yang dilantik menjadi senator bersama dua yang lain.

Selalunya mereka yang dilantik menjadi senator adalah mereka yang cemerlang dari berbagai bidang profesional. Seorang tokoh yang berpengalaman dan ada kebolehan. Apakah keistimewaan orang-orang ini dilantik menjadi senator. Apakah ia bermeritkan kepada ketokohan mereka ataupun kerana apa?

Kami tidak mahu merendahkan mereka. Kesemuanya ada kelebihan dan kehebatan masing-masing. Tetapi jika hendak dilihat bukan saja mereka berempat atau bertiga yang hebat, tetapi masih banyak dalam Umno dan setia dengan Umno juga layak untuk menjadi ahli senet.

Malahan mereka yang lain lebih lama dan besar jasa mereka. Tetapi kenapa mereka?
Inilah yang menjadi pertanyaan atas dasar dan merit apa mereka dipilih? Penyegeraan perlantikan mereka ini juga menyebabkan ada tuduhan mereka telah berjasa besar kepada Najib dan bukan kepada negara, bangsa dan agama.

Perlantikan senetor adalah kuasa mutlak Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Beliau bebas untuk melantik sesiapa saja dan dari bidang apa saja. Perlantikan itu tidak boleh dipertikaikan, kerana itu kuasa prerogatif Najib sebagai PM. Tetapi begitu pun ia tentu ada meritnya.

Siapa dia Abu Zahar Ujang? Dan apakah jasa besar beliau kepada negara dan Najib dalam konteks ini? Sudah pasti ada sesuatu yang istimewa buat Najib untuk melantiknya.

Seorang penganalisis politik yg terkenal mendedahkan satu perisitwa yang berlaku 2 tahun lalu menjelang saat permilihan kepimpinan dalam Umno. Satu pertemuan di KLCC di pejabat Dr Mahathir Mohamad telah diadakan. Dalam pertemuan ini hadir beberapa bekas pemimpin Umno yang skeptikal dengan Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. (Teringat bagaimana Raja Komando di panggil oleh Aziz Shamsuddin, strategi 1997-1998 menjatuhkan Anwar Ibrahim)

Pertemuan itu membincangkan mengenai cara untuk menjatuhkan Abdullah. Ia diadakan selepas Najib yang kelihatan penakut untuk mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri. Perjumpaan itu telah mengambil konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melawan rejim lemah Abdullah Ahmad Badawi. Tengku Razaliegh akan bertanding merebut jawatan presiden manakala Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden.

Katanya, Abu Zahar mengetahui konsensus ini telah memaklumkan kepada Najib. Maklumat itu menyebabkan Najib gelabah dan tergesa-gesa memanggil ahli keluarganya dan juga penyokong setianya bagi membincang konsensus itu. Selepas mendapat maklumat itu kata Najib telah mengubah sikap bersedia untuk mencabar Abdullah Badawi.

Apabila Najib menggerakkan jentera perang sarafnya akhirnya menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membuat pengumuman berundur. Dengan itu juga konsensus untuk meregukan Tengku Razaleigh dengan Muhyiddin tidak menjadi.

Apakah kerana jasa itu maka Abu Zahar diberi penghormatan dengan melantiknya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara? Kalau benar ini bermakna pemilihan Abu Zahar bukan kerana jasa dan kecemerlangannya sebagai seorang tokoh politik tetapi kecemerlangannya kerana telah menyelamatkan Najib Razak dari ditentang oleh Muhyiddin dan Tengku Razaleigh.

Bagaimana pula dengan perlantikan Ezam Mohd Noor? Apakah Ezam telah memberi jasa dan bantuan besar kepada Najib atau lebih besar dari Abu Zahar? . Ezam bukan saja pantas menjadi ahli parlimen atau ahli dewan negara, tetapi jauh dari itu. Ezam seorang yang mempunyai telent untuk jadi pemimpin di masa depan. Ia terserlah sejak menjadi pemimpin muda Keadilan lagi.

Apabila beliau keluar Keadilan dan menyertai Umno, beliau tidak habis-habis menyerang bekas bosnya Anwar Ibrahim. Ezam tidak sangat mengkritik dasar parti PKR yang disertainya, tetapi beliau membelasah Anwar Ibrahim. Di samping belasah Anwar beliau memuji Najib sebagai seorang yang bijak. Hanya dengan menggunakan kredik yang dibuat Anwar kononnya mengatakan Najib sebagai seorang bijak, Ezam menjadikan modal untuk memuji Najib.

Itulah jasa Ezam yang di lihat sehingga beliau diangkat menjadi senator. Ertinya jasa dan kelebihan Ezam bukan pada yang lain tetapi pandai memuji dan mengkosmetikkan imej Najib. Ia ditambah dengan kritikan tidak henti-henti terhadap DSAI. Mungkin atas ketrampilan itulah maka Ezam dikira Najib wajar berada di senat untuk terus menggilap Najib sebagai seorang PM yang bijak. Kalau itulah dasar pemilihan Ezam ini bermakna Ezam akan menambahkan satu lagi rubber stam di dewan negara.

Kepada Abu Zahar Ujang atau Ezam Mohd Noor, perlantikan mereka oleh PM Najib adalah tepat. Stail politik negara ini, seseorang itu akan dikatakan hebat dan cemerlang sekiranya mampu menggilap seseorang yang menjadi ketuanya. Dan ketuanya pula akan menjadi cerah mata untuk melihat orang-orang yang boleh menjaga maruah dirinya, kepentingan peribadinya, walaupun seseorang jasanya kepada agama dan negara masih belum sampai secupak.

Dalam UMNO BN, kepada mana-mana orang dan individu yang ingin menjadi senator atau menteri, jangan tumpukan sangat berbuat jasa kepada agama dan negara, ia tidak akan dinilai untuk diangkat menjadi anggota senat, sebaliknya berlumbalah untuk berjasa kepada PM dan membina kilang ampu yang besar dan lebih canggih. Sesiapa yang dapat menaikan imej perdana menteri ataupun menyelamatkan PM dari ditimpa musibah, mereka akan dinilai dan akan diberi habuah berupa pangkat dan jawatan serta merta.

Padan muka puak2 UMNO..setia bagai nak gila pada parti akhirnya, orang macam Ezam yg dah lumat mengutuk, mengeji, menghina, menuduh macam dengan pelbagai gelaran..akhirnya diberi jawatan SENATOR.

Habis..macamana dgn mereka yg sejak awal sampai hari ini tidak pernah berpaling tadah kepada UMNO tu? Apa hadiah PM untuk para pemuka UMNO yg bergelar dan berpengaruh terutamanya?...Kalau Ezam yg pernah menderhaka kepada UMNO, Rais Yatim pun sama diberi jawapan dan hadiah yg memang dikejar oleh begitu ramai pemuka UMNO tiba-tiba Ezam rampas begitu mudah..Nampaknya, PRU13 nanti, protes rakyat ( ahli UMNO ) akan lebih hebat. Rasanya Ezam bakal calon Parlimen untuk Shah Alam nanti...tetapi bakal tewas dgn pukulan KO kerana ahli UMNO pasti akan menjatuhkannya..

Apapun 'tahniah' buat Ezam , G. Palanivel..orang lain 'berpeluh darah' untuk rakyat mereka ni senang lenang di beri jawatan SENATOR..memang begitu UMNO ni. Kami menyeru kepada semua pemuka UMNO, masuk lah pembangkang kalau nak jawatan dalam UMNO..lepas lanyak, hentam, kutuk, dan fitnah macam2..kemudian isytihar masuk UMNO..barulah UMNO nampak anda ( mereka yg berpaling tadah ) seorang yg hebat...lebih baik berpaling tadah sekarang..sebab dekat PRU13 nanti, tunjukkan kederhakaan anda kepada UMNO..supaya UMNO sedar anda memang orang yg hebat. Buktinya..lihat pada EZAM..RAIS. Dia dapat hadiah lumayan sekarang. Hadiah yang lumayan juga sedang menanti diagih kepada Badrul Klang, Zaharin, Osman, Jamaluddin, Zulkefli Nordin dan mungkin ramai lagi.

Sementara itu di Kuala Pilah saudara Ruslan Kassim dan Shamsol Bahari bekas pemimpin PKN belum cukup bijak dalam rencah politik, dan harus terus menuntut daripada Ezam. ""Cakap tak serupa bikin. Bikin tak serupa cakap""".





Siapa sebenarnya Kickdefella Ni....?



Sumber; Sinar Harian
: Kickdefella sahut cabaran Pas

KOTA BHARU-Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan individu yang memberikan wang lebih RM 4juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang dikenali sebagai Kickdefella bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan akan melakukannya apabila tiba masa yang sesuai.

”Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada ‘pimpinan parti’ dan jika ‘pimpinan parti’ bersependapat dengan Setiausaha Akhbar itu bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya.

“Isu pokok di sini ialah golongan ini mempertikaikan sumbangan saya selepas tiga tahun berkhidmat dengan kerajaan Kelantan dan saya akan dedahkan siapa yang memberi dan bagaimana wang ini digunakan apabila tiba masanya nanti,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Fadhli yang memintanya supaya membuat pendedahan siapa penyumbang peruntukkan untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini, blogger tersebut mengakui menerima peruntukkan sebanyak RM4 juta untuk melakukan operasi gerak saraf Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudah bagi Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bagaimanapun Kerajaan Pas Kelantan sehingga sekarang tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu malah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau belum bersedia untuk menemui Abdullah dalam masa terdekat kerana bimbang ia akan menimbulkan tanggapan negatif.

Ulasan:

Pas Tidak Bangsat Untuk Kumpul RM4 Juta: Sayuti Omar

ISU terbaru di Kelantan kini ialah mengenai pengakuan seorang bloger yang beliau ada menerima RM4 juta untuk belanja operasi perang saraf melanyak Umno dan bekas PM, Abdullah Badawi dalam masa tiga tahun. Perbelanjaan sebanyak itu ialah bagi menjamin kerajaan Pas Kelantan kekal.

Bagi saya isu itu isu terpencil yang tidak perlu diberikan perhatian besar. Akhbar yang memainkan isu berkenaan juga seolah tidak ada modal lain untuk memburukkan kerajaan Kelantan terpaksa mengutip sampah sarap dalam blog-blog tertentu untuk terus memburukkan Pas dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Kata orang kerana tak ada model besar dan konkrit, maka modal angin pun boleh digunakan. Kepada saya isu RM4 juta itu adaah modal angin yang tidak ada asasnya. Ia adalah pengakuan bloger tersebut saja dan tidak ada dokumen mengenai penyelewengan atau penggunaan wang haram dalam membelanjakan membelian peralatan operasi perang saraf itu dikemukakan.

Saya sedikit merasakan pelik apabila bloger itu membuat pendedahan dan beliau meminta orang lain menyiasat. Kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat yang beliau ada. Apakah maknanya ini semua? Hanya beliau saja yang mengetahuinya.

Apabila bloger berkenaan mengakui dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, (untuk membiayai operasi saraf itu) ia menjelaskan ada motif senyap di sebalik pengakuan itu. Bagi orang waras tentu tidak merasakan pengakuan itu pelik, kerana apabila beliau bekerja dengan sebuah kerajaan negeri, tentulah wang itu akan disediakan oleh pihak lain demi kepentingan dan kelangsungan kerajaan berkenaan. Masakan Pas mahukan beliau mencari wang sendiri untuk kepentingan Pas?

Sekiranya benarlah bloger berkenaan menerima peruntukan sebanyak RM4 juta, ia bukan menjadi kesalahan pun. Bahkan wajar kalau wang itu digunakan untuk tujuan yang betul untuk kepentingan Pas atau sesiapa saja yang berusaha untuk mengekalkan kerajaan Pas. Malahan orang Pas boleh angkat jempol kepada mana-mana individu atau pihak yang menyediakan wang berkenaan kerana ia adalah untuk kebaikan parti itu. Tepatlah menghabiskan wang seberapa banyak untuk mempertahankan sebuah kerajaan.

Menurut pengakuannya seperti mana dipetik akhbar, RM4 juta dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun. Ooo... bukan tiga bulan! Ini bererti kira-kira RM1.3 juta setahun. Jumlah itu adalah hama dalam perbelanjaan untuk melawan sebuah parti gergasi seperti BN. Tentunya bloger itu bukan berkerja seorang diri. Tentulah ianya dibantu oleh beberapa orang staf. Jadi RM1.3 kalau dibahagikan kepada beberapa orang staf berapalah sangat untuk satu tahun. Itu belum termasuk untuk sewaan bangunan, pembelian peralatan dan kos-kos lain.

Saya sedikit pun tidak pelik kalau wang sebanyak itu digunakan. Kerana peruntukan untuk perang saraf di pihak Umno lebih besar daripada itu. Angkanya mungkin bernilai ribuan kali ganda dari jumlah itu. Apalah nak hebohkan peruntukan RM4 juta? Cara berfikir ini samalah dengan cara mempersoalkan pembelian sebutir kek kepada Tok Guru satu masa dulu.

Saya nak tanya apakah bagi sebuah parti yang mempunyai ahli lebih 1 juta, yang terdiri dari berbagai bidang dan profesional susah untuk mendapatkan wang sebanyak itu untuk dimanfaat bagi kepentingan mereka. Saya rasa kalau Pas Kelantan nak cari bukan saja RM4 juta, malahan RM40 juta pun boleh. Ahli Pas terkenal sebagai mereka yang ikhlas dan komited dengan parti dan dermawan.

Buka saja 'jabil' atau tadah kopiah duit akan melimpah masuk. Untuk jihad dan agama mereka sanggup menghulurkan seberapa banyak yang mampu sampai kering wang dalam poket. Pernah saya lihat sendiri dalam satu ceeramah perdana di stadium Sultan Muhammad ke-IV tahun 1990 (ketika itu bloger berkenaan belum pun lagi bergelewat di Kelantan) wang punggutan derma dari orang ramai malam itu dipikul dalam guni!

RM4 juta saya rasa kalau tadah guni dalam cermaha Pas di stadium atau di mana-mana pelusuk pun akan boleh dicari. Jadi janganlah cuba hendak memberi bayangan berlaku rasuah atau pengambilan wang haram oleh mana-mana pihak untuk tujuan perang saraf itu. Pas adalah berbeza dengan Umno dan parti lain. Walaupun Pas memerlukan wang untuk membiayai jentera partinya, saya yakin ia dari sumber yang sah dan halal. Ahli dan pemimpin Pas masih belum tergamak untuk melakukan rasuah untuk membiayai projek parti.

Kebanyakan ahli Pas masih dapat membezakan antara ular dengan belut atau babi dengan badak!

Jadi dalam hal ini tidak guna cabar mencabar. Kalau bloger berkenaan merasakan wang itu wang haram, kenapa beliau sedia mengambilnya? Kenapa beliau bersubahat selama tiga tahun menguruskannya? Kalau beliau juga sedia mengambilnya bermakna dia juga sedia bersubahat dengan wang gelap itu. Apa hukumanya bersubahat dengan kejahatan? Celakalah jawabnya.

Janganlah sesudah kita menelan buah yang pahit untuk mengalas perut yang kosong kita menyangka orang mengkhianati kita lalu kita mencercanya sebagai mengkhianati kita. Buruk sangatlah kalau kita menyerang orang yang memberikan kita rezeki untuk anak dan isteri kita.
Kalaupun kita tahu dia jahat tetapi kejahatan itu jangan di pamerkan di billborad untuk tontonan orang lain, cakaplah dengan baik. Juga kalau kita tahu wang itu rasuah tetapi kita tetap juga memakannya maka ternyata kita lebih hina dan bangsat dari orang yang memberi wang itu kepada kita.

Mengenai isu RM4 juta saya rasa bukan nawaitu bloger itu hendak dedahkan dan memburukan orang tertentu. Beliau sekadar menjelaskan keadaan apabila ada tuduhan buruk ke atasnya. Baginya wajar untuk membela diri, termasuklah membuat pengakuan yang meragukan itu.

Seperkara lagi orang yang membangkit dan menyentuh diri bloger berkenana juga kurang bijak. Janganlah kita mudah membuat tuduhan terehadap apa-apa yang didedahkan. Adakalanya ia sengaja membuat provokasi dengan tujuan yang tidak terlihat oleh kita. Dalam keadaan ini kalau kita memberi reaksi, maka buruklah padahnya dan dia hanya akan ketawa gembira. Itulah yang didingininya. Dalam hal ini semua pihak harus bijak.

Kepada Mustapa yang meminta Pas Kelantan mendedahkan dari mana sumber wang itu tidak payah dilayan. Yang pastinya RMN4 juta bukan dari royalti Petroleum Kelantan yang disembunyi dan disekat oleh Mustapa. Mustapa tidak payah risau tentang itu. Ia juga bukan dari wang kontraktor yang mendapat projek buat sekolah atau Maktab Sains Mara di Kelantan. Sesiapa juga jangan cuba meletakkan Pas Kelantan sebagai haprak untuk mengumpulkan dana sebanyak itu sehingga terpaksa melakukan rasuah. Jangan!

Perjuangan Pas perjuangan leluhur bagi ahli dan penyokongnya. Ahli Pas bukan seperti ahli Umno. Ia berbeza. Ahli Pas sedia mengimfakkan harta untuk perjuangan manakala ahli Umno senantiasa mencari peluang kebendaan dari partinya. Perbezaan ini hendaklah difahami sebaik-baiknya.

Dana RM4 juta itu kalau pun benar, ia adalah wang yang diambil dari sumber sah dan halal untuk manfaat perjuangan. Kalau ia dari sumber rasuah sudah lama ada pemimpin Kelantan didakwa oleh SPRM. Tidak salah kalau kita leburkan untuk perjuangan, sebaliknya salah kalau wang disimpan untuk kepentingan diri. Dan dalam politik sekular yang diamalkan di negara ini hari ini apalah salahnya kalau sehelai dua dari jumlah RM4 juta itu termasuk dari wang tumbuk rusuk!

Wednesday, April 28, 2010

PM Dato' Najib bakal disiasat: Kes Scorpene



Peguam Perancis di KL siasat Scorpene(Klik)
Sumber: Malaysiakini

Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Najib Razak supaya harus berhenti memberi gambaran buruk pada karakter dan Parti Keadilan Rakyat melalui taktik licik, termasuk menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan kebohongan dan fitnah. Dia harus berhenti membuat sindiran untuk menyesatkan orang-orang.

Jika Najib mempunyai sesuatu untuk dikatakan, maka ia harus cukup jantan untuk mengatakannya. Hal ini sangat merendahkan bagi seorang pemimpin parti politik, apalagi Perdana Menteri bersembunyi di balik turncoats seperti Zahrain dan Zulkifli.

"Saya telah secara terbuka menuduh Najib menjadi tercemar dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan untuk mengatasi semua soalan yang belum terjawab dalam pembunuhan Altantuya, belum lagi masalah lain yang mengganggu bangsa dan orang-orang. Najib perlu menjawab mereka alih-alih terlibat dalam gosip keji dan rumor mongering".

Sementara itu, Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata selain itu, kerajaan juga harus menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam dari Perancis itu.

"Perdana Menteri perlu bercuti sehingga kedua-dua siasatan itu lengkap agar ia dapat dijalankan tanpa halangan,” kata naib presiden PAS itu ketika lawatannya ke pameran dan sidang Defence Services Asia 2010 di Kuala Lumpur.

Tahun lalu, Suaram meminta tiga peguam hak asasi Perancis untuk menyiasat pembelian kapal selam Scorpene antara kerajaan Malaysian dengan Amaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan Perancis, DCNS.

Dua hakim dengan Jabatan Pendakwaan Paris juga sedang menyiasat kemungkinan ada unsur rasuah dalam pembelian kedua-dua kapal selam kepada Malaysia itu.


Disamping itu Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene, kini berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham , yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.

Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Ia melibatkan pembelian dua buah kapal selam Scorpene-class diesel yang dibina oleh Armaris, anak syarikat kepada syarikat pertahanan milik kerajaan Perancis, DCN.

Breham, salah seorang dari tiga peguam yang memfailkan kes itu kepada Pendakwaraya Paris memberitahu Asia Sentinel, Mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal terhadap kes ini.

Beliau dijangka akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan butiran lanjut mengenai kes ini kepada wartawan tempatan.

Breham, Renaud Semerdjian and William Bourdon, peguam utama kes ini, telah memfailkan permohonan untuk menyiasat tindakan memberikan rasuah terhadap DCN pada Disember tahun lepas. Dokumen tambahan kemudiannya difailkan lagi pada February lepas.

Bagi rakyat Malaysia, kes ini bukan sekadar rasuah tetapi juga pembunuhan kejam terhadap wanita Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Abdul Razak turut didakwa tetapi telah dilepaskan sebelum ini. Dua anggota polis bagaimanapun menghadapi hukuman gantung kerananya.

Sunday, April 25, 2010

Akhirnya PKR (PR) Kecundang di Hulu Selangor

Kebatilan yang Berperancangan telah berjaya mengalahkan Kebenaran yang tidak berperancangan

Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan beza 1,725 undi. P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.

Dengan kata lain, BN berjaya mencapai kemenangan ketiganya dalam 10 pilihan raya kecil selepas PRU ke-12. Juga, kekalahan PKR-PR ini menjadikan bilangan kerusi Dewan Rakyatnya menurun kepada 77 kerusi. Seandainya berlaku lompatan tiga orang lagi dari PR, maka PR akan undur dan bertahan pada paras satu pertiga (74 daripada 222 kerusi).

Pilihan raya kecil Hulu Selangor ini mencatat kadar pengundian setinggi 75.87%, dengan 48,935 orang keluar mengundi, pada hari ini. Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.

Pada PRU ke-12, dengan kadar pengundian 75.24%, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad yang menyarung jersi PKR memenangi 23,177 undi (48.7%), menewaskan G.Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Rujukan:

Undi Melayu Felda Umno: enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5)

Undi PKR:. Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Syabas dan tahniah kepada kesemua jentera Pakatan Rakyat yang berkampong selama seminggu.....Manaka jentera dari Kuala Pilah telah berjaya mengharungi tugasan ini dengan berlapang dada. Kami turut membantu membuat culaan dan merayu undi di Kawasan Kerling Kg Air Panas. Keringat saudara-saudara yg dicurahkan tanpa keluh kesah menjadi satu kekuatan yg bakal di bawa ke kampong halaman sendiri dan pembakar semangat tika PRU13 nanti.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti antara 1,000 hingga 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan itu apabila
peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Sebahagian faktor menyumbang kemenangan BN dgn belanja RM65k setiap pengundi (Klik) lain tak bukan wang besar atau gula-gula yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi melayu. Sekali lagi Melayu Felda Selangor terdedah dengan kemiskinan maruah, ekonomi dan fikiran, dijual beli dengan mudah oleh Umno BN dengan wang ringgit dan kebendaan. Kami teringat buku "Muntah" Prof Shanon bahawa Melayu diumpamakan oleh UMNO BN seperti membela ayam. Ditabur padi waktu diberi makan dan disembelih sesuka hati bila berkehendak.

Sementara itu jelas berlakunya fonomena samseng dimana MPT Chqu Bad dan YB Zuraidah di serang menggunakan parang. Talihayat budaya UMNO BN yg tak mungkin pupus budaya "pengundi hantu" masih berluasa. Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk
”Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”

Kempen BN menyerang peribadi Zaid juga berjaya dan isu hudud, arak dan judi menyukarkannya mendapat undi orang Melayu. Lebih-lebih lagi Melayu UMNO. Di kawasan FELDA ada peneroka yang menyangka pemberian air percuma diberikan oleh kerajaan pusat BN dan bukannya kerajaan PR Selangor.

Sabotaj daripada pemimpin dan ahli PKR tempatan yg kecewa kerana tidak disenaraikan sebagai calon seperti
Dr Halili yang juga bekas bendahari PKR Hulu Selangor dan antara pengasas PKR, juga menyulitkan peluang PKR meraih undi Melayu. Trend melompat pemimpin PKR di negeri-negeri lain juga membantu. BN membentuk persepsi pengundi Melayu bahawa calon PKR tak boleh dipercayai dan jika mereka menang tak mustahil mereka akan lompat parti.

UMNO Shah Alam dan PJ Utara juga berjaya membantu kemenangan calon BN. AJK Pemuda UMNO Shah Alam adalah calon bebas yang kemudiannya menarik diri. Ketua biro politik UMNO Shah Alam adalah mantan pemimpin muda AMK. Kali ini Ezam pasti tersenyum kerana melihat rakan-rakannya di dalam PKR tersungkur dan dia juga turut menyumbang kalau tak banyak sedikit dalam kemenangan BN di Hulu Selangor.

Ketika kaum Cina masih setia dengan PR keadaan yang sebaliknya berlaku pada pengundi India. Ramai yang berpendapat kalau calon Melayu nescaya PKR yang menang dan kaum India mengundi atas dasar calonnya sebangsa dengan mereka. Biarpun 75% undi kaum Cina kepada PKR tetapi belum mencukupi kerana pengundi Cina sekitar 26% sedangkan pengundi Melayu 52%.

Ahli korporat juga turut membantu UMNO dan BN memenangi PRK Hulu Selangor. Tokoh tak asing,Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS yang juga anak peneroka FELDA GEDANGSA. Tak heranlah dana umno menghadapi PRK Hulu Selangor meningkat. Khabarnya beliau juga adalah bendahari UMNO Selangor. Patutlah mat rempit yang terdiri daripada budak sekolah memakai baju yang mempunyai nama SYABAS di depannya.

Budak-budak sekolah inilah yang menganggu kelancaran ceramah PR dengan membuat bising ketika berkonvoi melalui premis ceramah PR dan mereka melakukannya berulang kali. Eloklah SPR menyiasat penglibatan budak sekolah membantu BN dalam pilihanraya yang telah dilakukan dalam siri-siri PRK yang lepas. Apakah mereka ini diupah atau ditaja pihak tertentu? SPR perlu telus dan adil dan jika tidak rakyat akan melihat SPR memihak BN.

Fakta yang perlu diambilkira ialah pengundi di empat gugusan FELDA sekitar 6900 orang. FELDA juga talian hayat terakhir UMNO. 54 kerusi parlimen adalah di kawasan FELDA dan pada PRU12 UMNO hanya menang 78 kerusi parlimen. Pakatan Rakyat kena mainkan peranan lebih membantu PR menarik sokongan generasi kedua FELDA. Kini kerajaan PR Selangor dah ada musuh ketatnya.UMNO Shah Alam dan PJ Utara dan juga Tan Sri Rozali Ismail bos SYABAS.

Benarkah SYABAS membayarnya gaji 425 ribu sebulan. Kalau benar setahun dah dapat RM5 juta lebih. SYABAS juga menyaman kerajaan PR Selangor kerana enggan menaikkan harga air. Apa kata rakyat Selangor kelak. Patutlah gaji bos SYABAS mahal pasal airnya mahal. Itulah persepsi rakyat selangor nanti. Sekurang-kurangnya selangor beri air percuma kepada rakyatnya BN yang memerintah negara beri air percuma kepada rakyat singapura dengan kadar 3 sen seribu gelen.

Kini Hulu Selangor telah dicemari dengan nila berwarna biru. Kerajaan PR Selangor perlu sentiasa bersiap siaga agar setitik nila ini tak menjadi gelombang biru. Itulah harapan kami dan penyokong PR yang lain. Fakta yang perlu diberikan perhatian, parlimen hulu selangor mempunyai 3 dun. Dun batang kali yang dulunya Mat Taib mantan MB Selangor jadi YBnya. Melayu di sini majoriti lebih 60%. Dun Hulu Bernam Melayunya majoriti melebihi 70% dan DUN Kuala Kubu Bharu penduduknya adalah majoriti kaum cina dengan 60%. Bermakna Melayu Hulu Selangor Melayu Umno. PRU12 tempohari mereka undi arwah MP kerana ketokohannya sebagai mantan timbalan MB Selangor dan protes terhadap Palanivel.

Kepada semua pendokong dan penyokong parti-parti dibawah naungan Pakatan Rakyat, terimalah kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jiwa yang besar dan muafakat yang jitu! kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat. Pemimpin dan jentera....dekati pengundi2 selami masalah mereka di samping membuat culaan tanpa hentinya.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.


Adakan selepas ni 'post mortem' yang merangkumi ketiga-tiga parti utama ini, bukan hanya sekadar dalam parti-parti kerana rosak satu parti maka rosaklah keseluruhan gabungan kesayangan dan harapan rakyat Malaysia ini..



Friday, April 16, 2010

Perang Hulu Selangor bermula....












Pakatan Rakyat akan mempertahankan kerusi P94 Hulu Selangor menghadapi cabaran Barisan Nasional dan dua calon bebas.

Pertandingan 4 penjuru. PR dan bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim dicabar Ketua Penerangan MIC Pusat P Kamalanathan, dan calon bebas V.S Chandran dan Johan Md Diah pada hari pengundian 25 April depan.

Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Nor Hisham Md Diah mengesahkan pencalonan mereka dterima tanpa sebarang bantahan.

Seorang lagi anak tempatan, J Anuradha, mendakwa pencalonannya telah dihalang oleh polis dan SPR dan kini melontarkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Anuradha mendakwa bapanya adalah pengasas MIC Kuala Kubu Bharu.

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor adalah pilihanraya kecil tempatan yang pertama di Selangor, dan yang kesepuluh selepas PRU12 dua tahun lalu.

Barisan Nasional meletakkan pertaruhan yang tinggi untuk memenangi kerusi ini selepas kematian Ahli Parlimen Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor yang menang dengan majoriti kecil 198 undi menewaskan Ahli Parlimen empat penggal, Datuk G Palanivel.

Pihak SPR menerima pencalonan dari Chandran awal pagi lagi, yang tampil ke Pusat Penamaan Calon bersama-sama 300 penyokong akar umbi MIC Hulu Selangor, lantas mengesahkan spekulasi MIC telah berpecah kepada calon pilihan Umno dan calon pilihan akar umbi.

Dalam pada masa yang sama, keahlian Johan Md Diah dalam Umno terlucut secara automatik selepas mengambil keputusan menentang calon BN, P Kamalanathan.

P Kamalanathan, yang dilihat hari ini bersongkok dan diiringi 'heavyweight' Umno seperti Timbalan Presiden Muhyiddin Yassin dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, dikatakan tidak menepati kehendak akar umbi Umno yang mahukan calon Melayu.

Lebih 10,000 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat keluar untuk menzahirkan sokongan kepada bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim pada hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Dalam usaha terdesak untuk meraih sokongan Melayu, calon MIC P. Kamalanathan memakai songkok apabila beliau diiringi oleh penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Keputusan itu dilihat sebagai taktik murahan oleh kalangan pengundi Melayu dan mencetuskan rasa tidak senang hati di kalangan pengundi India.

Kamalanathan adalah sebagai calon pilihan Umno. Presiden Umno Najib Razak memilih beliau setelah menolak calon pilihan MIC Datuk G. Palanivel yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Dalam pada itu, kekecohan berlaku apabila polis menggunakan kekerasan ke atas penyokong Pakatan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Badrul Hisham Shahrin.

Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu pula luka di kaki apabila cedera dalam asakan penyokong Barisan Nasional.

Dua calon bebas, iaitu V.S Chandran dan bekas Exco Pemuda Umno Shah Alam Johan Md Diah turut menfailkan borang pencalonan untuk menjadikan persaingan empat penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Hari mengundi ditetapkan pada 25 April.

Keadaan tegang menyelubungi seluruh proses penamaan calon itu apabila penyokong kedua-dua pihak melontarkan slogan-slogan dan saling cabar-mencabar.

Beberapa tangkapan dikatakan telah berlaku namun butiran penuh masih belum di perolehi.

Datuk Zaid Ibrahim di iringi oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk ketua umum Pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi AWang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.


Sementara itu (BN) sendiri terpaksa turunkan calon daripada bukan anak tempatan, mana janji asal dulu? Ini baru peringkat pemilihan calon, janji dah tak tertunai,

Kekecewaan Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandiy lantaran janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menurunkan calon anak tempatan dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Namun sebaliknya berlaku sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal berita internet dua hari lepas.

Raily yang mewakili MIC Hulu Selangor mahukan Datuk G. Palanivel dikembalikan sebagai calon.

Namun hasrat Raily itu terkubur apabila Ketua Penerangan Pusat MIC, P. Kamalanathan diumum sebagai calon BN untuk berhadapan dengan Zaid.

Kamalanathan bukan anak tempatan tetapi menetap di Rawang.

Ekoran keputusan tersebut, Raily secara peribadi mengakui kekecewaannya dengan MIC pusat dan BN.

Pencalonan Kamalanathan sekaligus mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemudanya, V. Mugilan yang menjadi teka-teki bakal calon sebelum ini.

BN tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri, masa kita (Pakatan Rakyat) tentukan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon kelmarin lagi pimpinan Umno Selangor membuat tanggapan kononnya akan memberi kelebihan kepada BN kerana Zaid bukan anak tempatan.

Seperti meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri, Umno-Barisan Nasional (BN) apabila akhirnya terpaksa memilih calon luar untuk dipertaruhkan dalam PRK itu.

Keputusan BN yang memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini, beliau berkata itulah gambaran dilema BN yang pastinya dari luar ia dilihat sebagai satu krisis mencabar kredibiliti MIC.

Ia menunjukkan seolah-olah MIC sudah tidak dihormati dalam Umno,



@PR Juasseh/Jemapoh@

Tuesday, April 13, 2010

Akhirnya Umno BN Terbarai.....dgn penafiannya




Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun
Hazlan zakaria
Apr 13, 10
6:42pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan Apco Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

azlanDalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), jumlah yang didedahkan Nazri itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

NONETian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

"Saya tidak tahu sama ada dia tersilap atau membuat perkiraan yang salah berhubung kadar tukaran asing ringgit kepada dolar. Mungkin dia berfikir bahawa ringgit Malaysia masih kukuh dan nilainya hampir sama dengan dolar,” katanya dengan nada sinis.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.


Lebih malang....kera di hutan di susui...anak di rumah mati kelaparan. Hak petroleum Kelantan dirampas sebaliknya Israel yg ternyata zionis dgn kencaman keganasan terhadap bumi Palestin masih berterusan.

Sebelum ini berbagai cara UMNO cuba menafikan....Sudah pasti kita teringat kisah video Linggam yg menjadi dalang untuk menentukan kedudukan Hakim dan Peguam Negara ternyata benar setelah Suruhan Diraja menyelesaikan siasatan. Mahathir menuduh Anwar kononnya lebam mata adalah Anwar sendiri yg mencederakan dan sebelum itu KPN Rahim Nor memberi jaminan bahawa Anwar sihat di penjara. Termasuk tarikh berlakunya LIwat 1 adalah cadangan dari polis sendiri setelah Azizan sendiri mengaku tiada kejadian liwat sepanjang berkhidmat sebagai pemandu Anwar sewaktu di soal peguam Anwar.

Dan kini APCO ..... bertempik2 Ahli2 Parlimen Umno BN cuba menafikan di waktu persidangan termasuk mencadangkan tindakan undang2 keatas pendedahan Anwar tersebut.

Adakah ini maksud globalisasi dgn mengundang Israel menjadi konsultan perunding mentadbir negara ? Tidak adakah
Malaysia Oh Tanahairku...!!!!bijak pandai negara ini diberi tempat kepercayaan untuk berkhidmat untuk negara sendiri ? Atau ketakutan kiranya anak2 negara ini seperti kisah Hang Nadem menyelamatkan Singapura dilanggar Todak berulang lagi?

@PR Juasseh/Jemapoh@

Monday, April 12, 2010

Nazri Menghina Mahkamah....???

Tindakan hina mahkamah ke atas Nazri
Christine Chan
Apr 12, 10
4:13pm
Keluarga Teoh Beng Hock mungkin memfailkan usul menghina mahkamah ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana menuduh pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

azlanAhli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, yang juga peguam untuk keluarga Teoh berkata di lobi Parlimen hari ini bahawa tindakan itu mungkin diambil pada 20 April ini apabila inkues berkenaan bersambung.

Nazri melabelkan Dr Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia berdepan dengan 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia berhubung pembabitannya dengan inkues itu.

"AdaNONEkah Nazri mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu? Jika tidak, bukankah kenyataannya itu bersifat menghina mahkamah?" soal Lip Eng (kiri).

Ahli parlimen DAP itu juga telah memfailkan notis mengikut Peraturan 18(2) bagi mendebatkan dakwaan Pornthip di Dewan Rakyat sebagai sesuatu yang mempunyai kepentingan umum.

“Rakyat berhak mengetahui jika ada kebenaran dalam dakwaan itu. Mengapa dia dihalang daripada memasuki Kelantan awal tahun ini? Ancaman yang macam mana negara ini akan terdedah jika dia dibenarkan masuk? Adakah dia seorang pengganas atau perisik asing?” soalnya.

gobind and karpal in parliament 160310Seorang lagi peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo (kanan) berkata Nazri seharusnya menjelaskan mengapa dia menudup Pornthip sebagai pembohong.

"Saya cabarnya supaya tampil jika dia mempunyai bukti bahawa Pornthip telah menipu dalam pengakuannya ketika inkues,” katanya sambil menuntut Nazri mengemukakan bukti di mahkamah nanti.

“Jika Nazri gagal membuktikan tuduhan itu, kita akan bertindak. Satu cara ialah mengenakan usul menghina mahkamah ke atas Nazri. Kita akan putuskan tidak lama lagi menjelang 20 April ini.”

teoh 2nd autopsy 221109 teoh lee lanAdik Teoh, Lee Lan (kiri), melahirkan harapan agar Pornthip akan hadir memberi keterangannya.

“Sudah tentu kami mahu dia datang kerana dia adalah saksi penting dan semua orang seharusnya mempunyai peluang untuk memberi keterangan dalam inkues itu,” katanya ketika dihubungi.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong menggesa peguam negara (AG) untuk campur tangan kerana pejabatnya juga terbabit dalam inkues itu.

"Bila seorang ahli profesional dari negara luar mendakwa dia diugut olreh kerajaan, AG sepatutnya campur tangan,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Nazri adalah tidak adil kerana dia membuat kesimpulan sebelum siasatan dijalankan.

NONE“Jika Nazri tidak mempunyai bukti, dia sepatutnya memohon maaf terhadap Pornthip,” katanya.

Pemimpin veteran DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (kanan) bersetuju dengan Gobind.

Menurut Lim Nazri sepatutnya menarik balik kenytaannnya itu dan memohon maaf kepada pakar patologi Thailand itu.

Lim juga menggesa jemaah menteri supaya mengadakan mesyuarat khas untuk memberi jaminan kepada Pornthip bahawa dia boleh memberi keterangan tanapa sebarang tekanan dan keselamatannya semasa berada di negara ini adalah terjamin.

Sementara itu KDN Hisham, AG memberi jaminan Pornthip selamat selama berada di Malaysia sewaktu perbicaraan nanti.


Friday, April 9, 2010

UMNO, APCO, Singapore dan Israel..

Bila terperangkap dengan skandal....gunakan kuasa untuk menutup tembelang


NONE


Karpal Singh diarahkan keluar dari Dewan Rakyat dan dikenakan hukuman gantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk selama sepuluh hari.

NONEIa berikutan tindakan pengerusi DAP itu melabekan speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai seorang diktator apabila usul bagi membincangkan Apco ditolak.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Beliau sebelum itu terus mengasak speaker yang mengetepikan usul Tian Chua (DAP-Batu) yang menggesa kerajaan untuk menamatkan khimat syarikat perunding perhubungan awam Apco Worldwide.

Karpal berulangkali melabelkan Pandikar Amin sebagai 'diktator' dan menuduhnya "membelakangi precedent" apabila menolak usul Chua tetapi membenarkan pula usul daripada Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Bukit Rengas) untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk seri anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada 22 April mengikut Peraturan 17(2).









Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

Anwar: Bukit Aman ada perisik Israel

Akhirnya.... Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

"Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

"Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya," katanya. –Malaysiakini



Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

LATARBELAKANG PROJEK PRS

Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

MAKLUMAT CAWANGAN KHAS

Dalam bulan Mei 2008, Pengarah Logistik PDRM telah menerima maklumat dari Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas pegawai tentera risik Israel dalam projek PRS PDRM yang dilaksanakan oleh Syarikat MPC.

Dalam bulan Ogos 2008, Cawangan Khas telah mengesahkan wujud penglibatan Israel dalam melalui Syarikat Asiasoft(M) Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang telah dilantik oleh MPC sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan projek PRS dan Projek berkaitan dengan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

PENGLIBATAN ASIASOFT (M) SDN BHD DALAM PROJEK PRS

Asiasoft (M) mula terlibat dengan projek PRS sejak 2001 apabila dilantik oleh Sapura sebagai Sub Kontraktor.

Kemudian apabila projek diberikan kepada MPC dan D.G.Kom, Asiasoft juga dilantik oleh kontraktor-kontraktor tersebut bagi melaksanakannya hingga sekarang.

Untuk makluman, Asiasoft (M) Sdn. Bhd. Telah dilantik sebagai sub-kontraktor oleh MPC dan D.G.Kom secara tidak sah bagi melaksanakan kontrak-kontrak PRS. Penglibatan Asiasoft (M) tidak diiktiraf.

KAITAN ASIASOFT DENGAN ISRAEL

Asiasoft (M) dimiliki oleh 2 pemegang saham iaitu:
1- Bee System Sdn. Bhd. Menguasai 70% saham
2- Asiasoft (S) Pte Ltd pula menguasai 30% saham.

Asisoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel.

2 Pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd adalah bekas tentera Risik Israel, mereka ialah :
1- Izhak David Nakar
2- Ido Schechter

Mereka adalah pengarah syarikat, jadi sebenarnya mereka bukan menembusi tetapi mereka menguasai Sistem Maklumat PDRM yang dibangunkan mereka..

Memandangkan isu keselamatan dan kedaulatan Negara adalah satu isu yang tidak boleh dikompromi dan wujudnya penglibatan elemen asing yang mendedahkan negara kepada pencerobohan maklumat keselamatan pihak jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan.

Tujuan mencadangkan penamatan kontrak juga ialah bagi menghentikan kebocoran berterusan maklumat keselamatan Negara dan menghalang pencerobohan kepada system keselamatan Negara.

Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak-kontrak syarikat yang telah tersebut ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

Nampaknya Hishamuddin Tun Hussein cuba memutarkan kembali skrip tahun 2008 mengenai kewujudan perisik Israel dalam Asiasoft..

Pada tahun 2008 juga laporan Polis dan juga laporan kepada SPRM telah dibuat berkenaan isu ini.

Bangkit....Selamatkan Negara Kita.....

Malaysia Oh Tanahairku...!!!!

Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?
Aidila Razak
Apr 9, 10
3:56pm
Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara.

Lebih separuh daripada mereka lulusan institusi pengajian tinggi.

Sebagai reaksi terhadap Model Ekonomi Baru yang memfokus untuk membawa balik bakat-bakat negara itu kembali ke negara,Malaysiakini meninjau pandangan golongan itu untuk mengenal-pasti punca mereka meninggalkan negara.

Berikut luahan mereka.

Kami juga ingin mendengar cerita anda. Emailkannya kepada editor@malaysiakini.com atau bahasa-editor@malaysiakini.com

Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun.

Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu.

Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak. Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana.

Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank.

Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda.

Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik.

Edlina Razak, 34, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Shanghai, China. Berhijrah sebagai pelajar sejak 1993 dan pernah tinggal di Perancis dan Hong Kong.

Saya tidak akan kembali, setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat ini. Keputusan saya ke luar negara kerana saya tidak yakin dengan universiti tempatan dan pada masa yang sama ketika berusia 17 tahun saya mahu kebebasan daripada keluarga dan masyarakat.

Saya masih ingat pada satu malam semasa keluar dengan rakan-rakan, di negara ini, kami ditahan polis. Mereka mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapa kami yang kami keluar sehingga larut malam yang secara tidak langsung polis sebenarnya cuba mendapatkan sogokan.

Saya tidak akan kembali walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi di Malaysia kerana berpendapat hidup lebih bagus di luar negara sekalipun jika gajinya kecil.

Isabel Lee (nama ditukar atas permintaannya), 26, Peguam, Singapura. Menuntut dan bekerja di luar negara sejak 2004.

Saya memilih untuk tinggal di Singapura kerana ia adalah hab perniagaan dan kewangan.

Jumlah kerja serta kualiti projek berskala besar yang kami dapat memberi saya pengalaman yang tidak ternilai yang tidak boleh didapati di Malaysia.

Saya tidak fikir rakyat Malaysia begitu progresif dan mereka tidak begitu agresif kerana sebegitu selesa.

Saya mahu persekitaran yang saya boleh memperbaiki diri saya dan juga cabaran.

Jacqueline George, Akauntan, 26, Brisbane, Australia. Berpindah pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran dan kembali seketika di Malaysia selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia.

Saya percaya bahawa setiap generasi mesti berupaya menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka.

Keturunan saya berasal dari India dan mereka bekerja keras untuk mengubah hidup kami.

Saya berpendapat jika saya terus tinggal di Malaysia, paling tinggi saya cuma boleh berjaya seperti apa yang dicapai oleh ibu bapa saya.

Tetapi jika semua aspek diambil kira, punca meninggalkan negara adalah kerana tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup, keselamatan dan sebagainya.

Khoo Gaik Cheng, 41, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia. Menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Australia sejak 1990.

Tidak seperti di Malaysia, kaum minoriti di Australia dihargai.

Saya tidak akan kembali selagi tidak berlaku perubahaan kepada sistem di negara ini.

Bercakap secara khusus mengenai akademik, saya mahu melihat pemikir yang progresif, mereka yang cekap, tidak mengamalkan rasuah, berwawasan, mengetuai pelbagai jabatan di universiti sebagai dekan dan naib canselor.

Saya tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia.

Sumber: Malaysiakini