Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, February 28, 2009

gerai sapeeee ni ?????


Ahad 1/3/2009

Sebelum tapak tanah ini di majukan sebagai tanah perumahan yang di beri nama Taman Jemapoh Indah, ianya pernah di jadikan stor simpanan besi untuk pembinaan menara bekalan letrik merentangi dari pasir Ambor hingga ke Sawah Lebar. Sewaktu dlm pembinaan taman tersebut yg terdiri beberapa lot rumah sederhana dan rumah kedai, ada sahabat kita mencari peluang perniagaan minuman & makanan dengan mendirikan gerai disudut simpang masuk ke taman tersebut. Kebetulan waktu itu tiada gerai makanan & minuman terutamanya untuk orang2 kampong bersantai waktu petang.

Dalam setahun kemudian, sahabat ini dapat peluang kerja yg agak lebih selesa di daerah bandar Jempol. Gerai tersebut di ambil alih dgn dibeli dan di ushakan oleh seorang pemuda UMNO bawah cawangan Tim Menteri Dato' Hassan Malek. Kemungkinan ilmu perniagaan tidak setinggi mana, gerai tersebut tiada pengujung. Dan dalam waktu yg sama beliau telah mendapat satu lot perniagaan di gerai perhentian Jemapoh berhadapan Masjid Lama. Manakala Lot kedai ini pernah manjadi topik hangat dalam media massa, kerana kedudukan plan yang membelakangi jalan raya, semak samun dan jadikan tempat2 maksiat. Entah kenapa lot2 yg beri atas nama Ismail Bliar, dan ajk pemuda ini tidak dapat di ushakan hingga kini.

Gerai Simpang Taman Jemapoh Indah ini akhirnya di sewa oleh seorang peniaga dari Kelantan yang mesra dgn pangilan AWE. Cukup maju dengan pengunjung hingga tengah malam. Lebih2 meriah lagi sewaktu kempen PRU12 tempohari. Gerai ini menjadi tempat pertemuan dan perbincangan berbagai lapisan. Mungkin sudah menjadi dasar UMNO(baru), Awe diugut dan diarahkan pindah dgn dakwaan gerai ini telah menjadi gerai pembangkang. Ada juga kononnya tuan gerai ini hendak berniaga semula, Majlis Daerah hendak meroboh kerana sudah ada Lot2 di perhentian Jemapoh dan bermacam2 lagi alasannya. Akhirnya Awe pindah dan cuba mencari peluang di daerah lain.

Kini gerai tersebut semakin usang dan ditinggalkan agak lama tanpa di ushakan semula. Taman Jemapoh Indah yang dulu malap gersang, kini bertambah indah dan semakin indah dgn namanya. Keberanian dan kesungguhan anak2 muda memajukan taman ini, satu2nya usha yg patut dipuji dan bukan di keji. Lot2 rumah kedai yg dulunya tiada penyewa kini telah penuh dengan berbagai2 peniagaan.

Cuma kami ingin menarik perhatian pihak berkuasa, Majlis Daerah, JKKK, dan pemuda UMNO yg empunya gerai. Tolong robohkan gerai ini secepat mungkin kalau tidak berhasrat lagi untuk mengusahakan. Jangan dek sebuah gerai usang ini, maka pemandangan nama Jemapoh indah tercemar. Untuk pengetahuan, gerai ini sudah menjadi kandang tempat lembu kambing dengan serakan taik2 hancing yg menjadi sungutan orang ramai.

Friday, February 27, 2009

Orang2 Kampong Terpinggir

Sejak menang selesa PRU 12 tempohari, UMNO semakin meminggirkan kebajikan penduduk dan pengundi2. Jambatan yang menghubungi Pekan Juasseh dan Kampung2 Jemapoh, telah runtuh hampir 7 bulan yang lalu. Jambatan simen tersebut yang kami rasa jangkahayatnya baru lagi di bina pada sekitar penghujung 1989 mengantikan jambatan kayu yang semakin reput dan di beritakan juga jambatan kayu tersebut pula di bina semenjak zaman sebelum merdeka lagi. Jambatan kayu ini menjadi laluan keretapi memunggah hasil2 bumi merentasi kampong Jemapoh, Pelangai, Parit Tinggi dan menempatkan stesennya di Bazzar Melayu bandar Kuala Pilah. Bangunan stesen tersebut masih lagi untuh dan kini menjadi gerai peniaga Melayu.

Persoalannya, Dibandingkan jangkahayat jambatan simen yg terlalu baru dan di bandingkan pula dengan jangkahayat jambatan kayu sebelumnya, adalah terlalu jauh. Apakah sewaktu pembinaannya tersebut melanggari garis2 kehendak Jurutera. Siapakah kontraktor yg mendapat laba tersebut dan tidak adakah tindakan untuk memanggil semula pihak2 yang terbabit untuk disoal siasat ?. Mungkinkah Adun dan pihak kontraktor2 terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.? Disarankan bahawa Pegawai Dearah Kuala Pilah bersama2 BPR sewajibnya menyiasat perkara ini.

Kepayahan orang2 kampung yang terutama untuk menghantar anak2 kesekolah semakin sukar. Manakala anak2 yang berbasikal ke sekolah, terpaksa melalui kawasan ladang2 sawit dalam kegelapan dan ketakutan. Terlalu banyak kejadian yang tidak diingini terpapar di akhbar2 berkenaan trajedi ladang sawit. Ungutan, rompakan dan rogol. Apakah jambatan ini akan di bina setelah kejadian yg tidak diingini terjadi kepada orang2 UMNO berkepentingan dgn wakil rakyat ? Orang2 kampong sudah mula bersunggut akan kepayahan ini. Manakala peniaga2 Pekan Juasseh kekurangan pengunjung.

Beginikah sikap kerja wakil2 Rakyat Umno? Akan berkunjung lagi lah hingga kedapur apabila ingin meraih undi sewaktu pilihanraya akan datang. Maka keluarlah suara Ketuanan Melayu, kita bersaudara. Setelah menang, tiada lansung lapuran kepayahan orang2 kampung ini di teliti dan di beri perhatian. Pejabat khidmat masyarakat Wakil Rakyat, hanya lebih tertumpu kepada mana lagi projek hendak dikaut dan cuba memastikan juak2 pengampu dapat agihan. Cuba menguatkan pengaruh untuk membina sebuah empayar terutama menjelangnya pemilihan Parti Umno.

Ingat!!!!!! Pengundi2 yg berumor 60 an semakin berkurangan. Kini anak muda yg lepasan Universiti dan berpendidikan semakin matang dlm permainan politik kotor UMNO. Mereka telah menyertai dan membina pelbagai persatuan dari iltizam dan kepayahan. Mereka2 ini akan bangkit dan membina jati diri ke kampung2 pula. Idea2 kecerdikan telah di terjemahkan di bandar2 besar dan mula menuai hasil. Insyaallah PRU 13 kampung2 akan mula bersinar dengan kematangan.



Monday, February 23, 2009

CERAMAH UMUM DI PEJABAT PAKATAN RAKYAT JEMAPOH, JUASEH, KPNS


DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI MALAM INI......
media pr juaseh...Selasa, 2009 Februari 24

CERAMAH DERHAKAKAH KITA?

Anjuran AMK N. Sembilan bersama, AMK Kuala Pilah dan Pakatan Rakyat Jemapoh

Ceramah tersebut berjaya menarik ramai pengunjung yang ingin mendengar situasi yang berlaku dalam negara khususnya kemelut kerajaan di Perak.

Penceramah terdiri daripada:

1. En. Mohamed Shahman Naib Pengerusi Pakatan Rakyat Juasseh merangkap Ketua Penerangan PKR Kuala Pilah
2. En. Halim Aziz Ketua AMK Negeri Sembilan,
3. Sdr. Teo Kok Siong ADUN Bahau,
4. YB Amiruddin Shaari ADUN Batu Caves dan
5. Ybhg. Mustafa Kamil Ayub Naib Presiden PKR.

YB Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau yang dijadualkan hadir memohon maaf disebabkan masalah yang tidak dapat beliau elakkan dan di beritakan selepas sahaja sidang Parlimen, beliau bergegas ke Pulau Pinang kerana ada masalah kesihatan isteri beliau..
Walau pun hujan renyai2 mulai turun sejak petang lagi, Para reformis tetap tidak berganjak malah semakin bersemangat dan tertumpu jelas akan penerangan demi penerangan dari penceramah2 terutama bagaimana serangan Najib dan UMNO keatas Perak, Kedah dan terkini Selangor.

Kini nyata dan jelas bagaimana jahilnya Umno berpolitik dan jahilnya dengan bahasa Melayu sendiri, tidak faham dan dungu terutama perbedaan bahasa waktu mengguna pakai bahasa adat istiadat istana. "Sembah derhaka" kepada istana oleh YAB MB Perak Nizar sering di putar belitkan kononnya MB Perak kini derhaka kepada Sultan. Mustafa Kamil turut menjelaskan bahawa bahasa Istana " Sembah Derhaka " bermakna sekiranya rakyat ada perbedaan pendapat dengan pihak Sultan.

Begitu juga YB Amirruddin menjelaskan bagaimana serangan Ketua Pembangkang Dato' Khir Toyo mengenai isu sedekah lembu oleh YAB Dato' Khalid kepada rakyat Selangor pada Aidil Adha tempohari, telah menjadi topik utama bagi media kongkongan UMNO BN waktu kini. Di beritakan juga Sultan Selangor turut kecewa akan tomahan tesebut dimana UMNO sering mempolitikkan dlm isu memberi kebajikan kepada rakyat baginda.

Pejabat PR Juasseh/Jemapoh mengucapkan syabas kepada Saudara Nizam yg bertindak sebagai Pengarah Pengelolaan Ceramah (Naib Ketua AMK PKR KP) bersama2 barisan AMK yg lain2 - Helmi (S/U PKR KP) - Shidee (Bendahari AMK KP)

Sesungguhnya ini adalah kesinambungan para reformis yang terdahulu dan ianya akan berterusan tanpa kenal erti lelah dan putus asa dan anak2 muda kini semakin sedar bahawa sesuatu perubahan dan kemelut akan sampai juga ke destinasi noktahnya jika anak2 muda ini sering kedepan mengharung ombak menuntut KEadilAN

http://picasaweb.google.com/GUA1964/CeramahDerhakahKepadaSultan?authkey=HP6lFfguyPk&feat=directlink (klik melihat gambar)

http://www.slide.com/r/oIdrkXiizD-qC80R7UX-yMvdBH3WrIOY?previous_view=lt_embedded_url (klik melihat gambar)

Saturday, February 21, 2009

Bersediakah kita untuk memerintah..???


Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan saya mengenai isu tanahair pasca PilihanRaya Umum 12, timbul satu persoalan, andaikata Pakatan Rakyat (PR) mendapat kemenangan pada PilihanRaya tersebut, adakah mereka bersedia untuk memerintah? Jika pendekatan pemerintahan PR tidak jauh berbeza daripada Barisan Nasional (BN), maka tiada masalah untuk PR memerintah, cuma perlu mengubah beberapa dasar sahaja. Tetapi jika Parti Islam SeMalaysia (PAS), berjaya mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Umum, adakah PAS dalam keadaan mereka membawa Negara Berkebajikan selari dengan perundangan Islam, mampu membawa perubahan dan pada masa yang sama diterima oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira Islam ataupun bukan Islam ataupun Islam yang tidak memahami Islam?...Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam.Persoalan samada bersedia untuk memerintah seringkali ditimbulkan dalam gerakan-gerakan Islam. Dalam keadaan dunia yang penuh dengan hiburan yang melalaikan, ekonomi yang menindas, politik yang penuh dengan konspirasi, adakah dengan terus membawa cara pemerintahan Islam seperti zaman Khalifah, rakyat boleh terus menerima?Persoalan yang ingin saya timbulkan, jika gerakan Islam berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan, dimanakah artis-artis yang sedia ada akan ditempatkan, apakah rancangan-rancangan yang akan dibenarkan, bagaimana dengan perjanjian-perjanjian ekonomi yang telah dilakukan, bagaimana dengan perkembangan sukan yang sedia ada? Adakah gerakan Islam sudah mempunyai alternatif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam. Islam telah ada garis panduannya, syariat-syariat untuk dipatuhi. Kerajaan Negeri Kelantan semasa dipimpin oleh TG Nik Aziz Nik Mat telah menunjukkan bahawa konsert dibenarkan dalam Islam selagimana tidak melanggari batasan-batasan syariat. Ini baru sahaja dalam salah satu bahagian dalam hiburan, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis wanita?Untuk mempersiapkan gerakan-gerakan Islam memerintah di masa akan datang, perlunya cadangan-cadangan yang banyak (hebat atau tidak persoalan kedua kerana cadangan-cadangan ini pasti akan diperhalusi diperingkat tertentu) diutarakan kepada gerakan tersebut. Lebih-lebih cadangan daripada ahli bawahan kerana merekalah yang berada bersama-sama masyarakat dan mereka yang tahu apa yang masyarakat mahu. Sama ada boleh atau tidak dilaksanakan akan dinilai oleh mereka yang ahli.....Oleh itu kita perlu mempersiapkan diri kita untuk memerintah dan bukannya kekal menjadi pembangkang sehingga akhir hayat kita. Kita perlu meletakkan diri kita setaraf dengan pimpinan gerakan Islam walaupun kita sekadar ahli biasa, ahli perlu berjiwa besar, berani berubah dan bersedia memimpin massa.


From IR. Pening....







""BONAMA""= bodek nak mampuss...

Caro salam UMNO yg betulll.....podahhhhhhhhh sama lu BONAMA......

From IR. Pening........

Anak Pengerusi SPRM di tangkap bawa video lucah...

Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students.""Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya. Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini
From. IR Pening.....

Raja Adil Raja disembah..Raja Zalim Raja disanggah...

Ingatlah.... "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kita masih belum lupa, Sultan Azlan Shah sebenarnya telah mengulangi kesilapan Tun Dr Mahathir ketika memecat DS Anwar Ibrahim secara kejam yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Tun ketika itu telah di’boo’ oleh ahli Umno dan dilontar dengan kotak minuman dalam premis PWTC. Begitu juga dengan Sultan yang seorang ini. Pada hari Jumaat tatkala dalam perjalanan mencemarkan dulinya, sekongkolan Najib ini telah di ‘boo’ rakyat beliau sendiri dan diunjukkan dengan kasut serta lakonan pentas jari-jari yang kurang manis. Kesannya amat buruk sekali kepada institusi Raja di Perak. Apa yang dilalui Tun Dr Mahathir Mohamed tidaklah sehebat mana kerana ia sekadar orang politik cuma, akan tetapi Baginda Sultan lebih dahsyat tercemar dulinya!!
Jika satu masa dahulu, tentu sahaja hamba sahaya rakyat itu mati ditusuk lembing pengawal ataupun dipancung begitu sahaja oleh Paduka Sultan, akan tetapi zaman sudah berubah. Tuanku hanyalah Raja Berperlembagaan sahaja bukannya Raja Mutlak. Lebih kurang macam maskot gitu. Faham-faham lah dan cermin diri tu. Soalnya, kenapa derhaka menjadi tajuk utama akhbar dan media? Apakah ada yang cuba mereka alihkan serta pesongkan dari perhatian rakyat? Tak ada silapnya dengan ungkapan bahasa istana “Patik sembah derhaka”- kerana itu lah bahasa istana yang menggambarkan patik tidak bersetuju!
Hah, kini sudah mula terdedah tentang kuasa dan kedudukan Speaker yang masih sah menurut undang-undang. Pihak Umno sudah mula sedar kesilapan mereka yang terburu-buru membentuk kerajaan baru haram dengan menaikkan Dr Zamry Mugabe 786! Sebab itu lah mereka umpama perempuan gila meroyan, meracau ikut dan, serta merawit siapa saja yang mampu ‘mengesahkan’ tindakan melulu mereka. Bagai orang yang kelemasan, hatta ketul taik pun mereka paut untuk menjengahkan lubang hidung atas permukaan air! Maka DERHAKA dicanang sana sini.
Ampun Tuanku, patik sembah derhake!!!!

From. IR Pening....


Lompat si katak lompat..lompattt.....


Kau kenal siapa akuuu???aku lah si katak lompatt....lompatt...lompatt...lompatt.....
Saje je dia menyalak dalam parlimen tu… nak tarik perhatian orang padanya…
macam tu lah kalau barang dah tak laku,terpaksa buat sesuatu untuk menarik perhatian orang… sebenarnya kosong je..Kalau diteliti balik apa yang diucapkannya dalam parlimen tu,satu pun tak boleh pakai… dia buat kelakar bodoh je….

Wasiat ke-6 Hasan Al-Banna...jgn banyak bergurau ketika berjuang...ayuh bangkittt..!!

  1. Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna. Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.
    Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.
    Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
    Bersungguh-sungguhSabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
    Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.
    Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah s.w.t sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.
    Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; "Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.."
    Barangkali.. sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.
    Demikian juga.. kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.
    Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.
    Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.
    Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.
    Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah: 30]
    Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!
    Sikap kesempurnaan tindak tanduk Tuhan inilah yang perlu dicontohi oleh para dai'e, pendakwah dan mubaligh Islam ketika berusaha keras menyebarkan dakwah mereka walaupun ada tekanan penguasa dan pemerintah yang zalim dan kejam.
    Pendakwah yang bersungguh-sungguh dan tekun berdakwah pasti tidak akan mengalah, malahan akan terus berjuang walaupun usaha dakwah mereka akan disekat dan dibantah pemerintah!
    Tuhan sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya penguasa yang sombong dan zalim.
    Tuhan tidak menyukai pendakwah yang mengalah, patah hati, kecewa dan merajuk sehingga meninggalkan usaha dakwah ke atas umatnya. Sebab itulah Tuhan merakam kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun setelah baginda meninggalkan dakwah ke atas kaumnya sebagai suatu pengajaran.
    Namun begitu, perihal taubat Nabi Yunus dalam al-Quran turut dirakam agar para pendakwah segera bertaubat jika mereka mengalah terhadap sebarang usaha pemerintah yang menyekat dakwah tersebut.
    Oleh itu, pendakwah atau mereka yang beriltizam mewakafkan waktu mereka untuk berjuang memansuhkan ISA, Auku, PPSMI dan lain-lainnya janganlah pernah berhenti daripada berjuang, setelah mereka meyakini bahawa telah berada di landasan yang benar dalam perjuangan ini.
    Pemerintah mesti bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyatSekiranya manusia Muslim itu seorang pemimpin negara, maka hendaklah dia segera menyelesaikan urusan rakyatnya sehingga sempurna. Janganlah pemerintah itu suka melambat-lambatkan tuntutan rakyat seperti melewat-lewatkan agihan gaji pekerja dengan memberikan pelbagai alasan.
    Jika penguasa Muslim itu sudah meluluskan peruntukan untuk membangunkan sebuah projek perumahan, maka janganlah dia membiarkan rumah-rumah itu tidak siap atau terbengkalai pada akhirnya. Terbengkalainya sesebuah tapak projek perumahan melambangkan sikap tidak bersungguh-sungguh, tidak tekun dan cuainya penguasa itu ke atas masalah rakyatnya.
    Kerja yang belum beres, tidak selesai atau projek yang tidak sempurna ini adalah simbol, lambang atau kesan daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh atau sikap tidak jujur seseorang penguasa itu. Mungkin pemerintah itu suka bergurau, bercanda, bermain-main dengan wanita di bar, kelab malam dan coffee house serta bermain golf pada waktu lapang.
    Perjuangan belum selesai.. sebuah retorik sifar!Dengan tiba-tiba, pada setiap kali perhimpunan parti, pemimpin jugalah yang kerap bersikap hipokrit dengan melaungkan bahawa perjuangan mereka belum selesai! Ya lah! Nak selesai macam mana kalau mereka asyik bergurau dan tidak bersungguh-sungguh membuat kerja!
    Walhal sikap suka buang masa, tidak peka masalah rakyat kerana suka bermain golf, dan sikap tidak prihatin dengan bebanan rakyat itulah yang menyebabkan 'perjuangan' projek perumahan mereka telah terbengkalai.
    Tapi.. bagi masyarakat yang masih belum terbangkit lagi kesedaran dan pencerahannya, akan mudahlah ditipu dengan ungkapan-perjuangan belum selesai itu. Lalu, slogan perjuangan belum selesai itu, dengan tiba-tiba melonjakkan nama para penguasa itu di mata rakyat, bahawa kononnya mereka itulah pejuang bangsa!
    Perjuangan belum selesai hanyalah retorik sifar, sedangkan masa yang terluang bagi seseorang penguasa itu amat berharga.
    Kisah termasyhur Saidina Umar mengendong gandum ke rumah janda-janda pada waktu malam sepatutnya menjadi pengajaran terhadap para penguasa yang asyik beretorik itu. Diriwayatkan.. tatkala Ali k.w meninggal dunia, ramailah balu dan janda yang menangis. Antara keluhan mereka..
    "Selepas ini, siapa lagi yang akan mengetuk pintu rumah kami dan mengendong gandum," demikianlah raungan mereka itu. Pecahlah rahsia Saidina Ali pada ketika wafatnya itu. Demikianlah Umar dan Ali mewakafkan masa malam guna membuat amal soleh kepada rakyat termiskin.
    Adakah khalifah ini suka membuang masanya untuk bermain golf, berhibur dangdut dan berlibur di luar negeri mengangkut perempuan sedangkan rakyatnya masih menderita kelaparan seperti yang terjadi pada zaman ini?
    Arakian inilah antara sebab kenapa banyak masalah umat hari ini yang masih tidak beres. Sudahlah masalah tidak beres kerana mereka asyik membuang masa di padang golf, tiba-tiba mereka pula mengeluh sambil 'sembang deraih' kepada rakyat dengan menyatakan bahawa 'perjuangan' mereka belum selesai.
    Percayalah.. semua ini berlaku kerana, pemimpin umat Islam tidak bersungguh-sungguh bekerja, cuai dalam pekerjaannya, suka bermain golf dan tidak banyak meluangkan masa dan mewakafkan waktunya untuk membela nasib rakyat.
    Jika 'membela' sekali pun, mungkin mereka cuma membela ahli-ahli partinya kerana mahu imbuhan sesuatu atau mereka membantu dengan sokongan media kerana mahukan publisiti murahan.
    Rakyat wajib menyiasat ke arah mana peruntukan waktu dan jadual ahli parlimen kita itu. Kita perlu bermuhasabah, menghisab ke arah mana menteri-menteri berhibur dan berlibur selama ini.
    Jangan lagi, buat selama-lamanya kita yakin, percaya lalu menganggap bahawa kemiskinan kita berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Mungkin 30 peratus kemiskinan rakyat kita berpunca daripada kelemahan kapital, kekurangan modal dan kebodohan sendiri.
    Tapi, percayalah bahawa antara punca kelemahan kita hari ini, 70 peratus daripada bermuara daripada sikap kealpaan dan kelemahan penguasa dalam menyusun jadualnya untuk bertemu dengan rakyat dalam acara tidak rasmi.
    Hasan al-Banna menyeru umat Islam supaya jangan banyak bergurau. Tapi, kalau penguasa kurang bergurau dan selalu memantau iman rakyat, berusaha keras memimpin kesedaran dan pemerintah sendiri kurang bergurau dan membuang masa, nescaya rakyat pun akan menjadi serius kerana mereka memahami bahawa dunia ini, hakikatnya adalah sebuah jambatan untuk menuju ke akhirat.
    Sekali lagi.. 70 peratus kelemahan umat Islam hari ini bermuara daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan dan tugasnya sebagai pemerintah. Wallahu'alam..

Up skit..kemelut Perak..dari blog YB DS Nizar...baco yoo..

  1. Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib Tun Razak masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaruddin (ADUN Bota yang telah menyeberangi ke PKR) pada 25 Jan 2009, dan ADUN Jelapang YB Hee Yit Fong.Perhubungan dengan YB Jamaluddin dan YB Osman telah terputus mulai 26 Jan 2009. Keluarga dan orang terdekat termasuk ketua umum PKR, DSAI, juga gagal. Hanya setelah surat perletakan jawatan dikemukakan baharulah kedua mereka muncul bersama Najib Tun Razak. Semasa kemelut itu juga YB Dato Nasaruddin (BOTA) dilapurkan hilang dibawa oleh 2 orang ADUN UMNO yang kononya mereka diarah menjemput YB Dato Nasa bertemu Raja Muda. Dia akur dengan pelawaan palsu tersebut dan bersetuju bersama kedua-dua adun umno menaiki pacuan empat roda dan trus hilang entah kemana, khabarnya dilarikan kepada dakapan Najib Tun Razak.Dilaporkan oleh isteri YB Dato' Nasa, Datin UMI bahawa suaminya hilang mengikut dua orang adun umno pergi bertemu Raja Muda tetapi rupa-rupanya untuk dibelutkan oleh umno agar YB Dato' Nasa kembali semula kepada umno-BN walaupun telah bersumpah dikhalayak ramai 10,000-15,000 orang pengundi Bota pada 30 Jan 2009 untuk tidak akan berganjak dan kembali kepada UMNO. Pertemuan YB Dato Nasa denga saya di pejabat MB pada 29 Jan 2009 bersama ahli-ahli exco dan pimpinan PKR Perak juga menjanjikan benda yang sama. Bila ditanya oleh warga media adakah YB Dato Nasa akan kembali kepada UMNO oleh kerana pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO negeri kepada Najib Tun Razak, namun jawab YB Dato Nasa, "Insya Allah, tidak".Ketika itu kedapatan YB Hee dari Jelapang juga turut lesap dan putus hubungan, sehingga YAB ketua Menteri Pulau Pinang selaku SU Agong DAP memberi amaran mana-mana ADUN DAP yang putus hubungan dalam tempoh 24 jam di kira telah meletak jawatan.Ketika itu, keputusan SRP pula menafikan hak dan permohonan YB Speaker untuk diadakan PRK di Behrang dan CGKT Jering. Maka tiada pilihanraya kecil, ini pula atas desakan dan campur tangan UMNO BN mengarahkan pengerusi SPR yang baru dilantik (tetapi diberi amaran kerana bertanggungjawab tersungkurnya UMNO BN di KT ) untuk jangan diadakan PRK di Behrang dan Cgkt Jering. (Bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan 113). Untuk pengetahuan semua, SPR tidak boleh menolak mana-mana permohonan dari mana-mana Speaker di Malaysia untuk isytihar PRK apabila ada surat dari wakil rakyat tersebut yang meletak jawatan. Peranan SPR dalam Perlembagaan Malaysia hanyalah sebagai pelaksana sahaja dan bukanya pemutus untuk tolak atau meragukan mana-mana surat yang pada pandangan Speaker adalah sah.Maka pada 4 Feb 2009, selaku MB serta ketua DUN, saya mengadap DYMM memohon perkenan agar dibubarkan DUN Perak untuk mengembalikan hak rakyat Perak membuat pilihanraya baru dan secara sahnya memilih kerajaan baru. DYMM Sultan menyatakan akan mengkaji dan menghubungi saya kemudian, saya akur. DYMM Tuanku mengucapkan kepada saya, "Innallaha maa Sobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar) dengan senyuman sambil menggoyang-goyangkan kedua tangan Tuanku.Kesokan harinya 5 Feb 2009, (khamis) jam 10.00 saya bersama-sama YAB PM Pak Lah berada di Bgn Serai merasmikan majlis mekanisasi pertanian penanaman padi seluas sekitar 200 ekar secara moden oleh Sime Darby. Namun keseluruhan berita telah digelapkan walaupun ada liputan media meluas. Jam 11.45 pagi saya menerima perintah DYMM Sultan untuk mengadap di Istana Kinta. Maka saya memohon laluan dari YAB PM dan terus menuju Istana . Sesampainya di Istana, DYMM Sultan telah sedia menanti bersama Penasihat Undang-undang, (LA).Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.
    v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT
    vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.
    vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.
    viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.
    ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.
    x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance" (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato' Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, "under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal".
    Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.
    xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.
    xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.
    Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, "Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan".
    Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, "Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka".
    DYMM Tuanku bangun meninggalkan majlis dan seperti biasa, saya bersalam dengan Tuanku sambil mencium tangan Tuanku dan beredar bersama LA. ( Perbualan saya dengan LA selepas insiden ini akan saya lakarkan sedikit masa lagi).
    Maka bermulalah suatu cetusan krisis perlembagaan (Constitutional Crisis) yang amat menyedihkan sehingga kini. Kesemuanya ini berlaku oleh kerana kebiadaban UMNO BN pimpinan Najib altantuya memperkakaskan SPR yang enggan mengisytiharkan PRK di DUN Behrang dan Cgkt Jering dan seterusnya rampasan kuasa ikut pintu belakang oleh Najib altantuya pimpinan UMNO BN. Ini tindakan tidak bermoral UMNO yang merampas hak rakyat.
    Kini kenyataan-kenyatan dari pimpinan UMNO yang menyanggah dan mengecam hebat tindakan jahat Najib altantuya membuat rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak, seperti dari Tengku Razaleigh, Tun Dr Mahathir, Rais Yatim dan ramai pakar perlembagaan seperti Dr Abd Aziz Bari dari UIAM, menyatakan bahawa saya masih MB yang sah disegi undang-undang dan kes seperti ini pernah terjadi kepada Almarhum Sultan Idris pada tahun 1974, yang mana almarhum Sultan tidak boleh menyuruh atau memecat MB ketika itu Allahyarham Tan Seri Ghazali Jawi (bapa YB Tajol Rosli). Tuanku terpaksa bernazar untuk menyimpan misai dan janggut selagi MB ketika itu tidak mahu letak jawatan.Akhirnya Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn terpaksa masuk campur dan mengarahkan MB letak jawatan. MB ikut perintah PM tetapi bersyarat. Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. Krisis ini berpanjangan...........

Friday, February 20, 2009

Strategi Ganas dan Licik Najib






Modus operandi hampir serupa. UMNO akan peralatkan Sultan Selangor pecat MB Selangor atas alasan moral kerana menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah.Khalid juga akan dipenjarakan sebelum menghadapi perbicaraannya untuk mencetuskan ketidak stabilan politik di Selangor dan melaga-lagakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang akan ditahan di bawah ISA sebelum bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan BN di Selangor.


Dr Hassan Ali juga akan dipujuk menyertai UMNO melalui pujukan dan rayuan pihak istana. Dengan itu tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun memiliki majoriti 16 kerusi ADUN. Inilah yang diharapkan oleh Najib sebagai modal untuk melangkah megah ketika pemilihan UMNO pada hujung Mac depan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.Kejayaan merampas Perak dan Selangor akan memaksa Pak Lah akur menyerahkan kuasanya kepada najib mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu pada bulan April ini Najib akan menjadi PM.


Penganalisis politik masih tidak begitu yakin apakah Najib akan menjadi PM mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak mustahil Pak Lah akan berubah fikiran setelah dipengaruhi hulubalang khairi yang menguasai tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri. Inilah yang dirisaukan oleh Dr Mahathir di dalam blognya dan tindakan pakatan rakyat sepakat menyokong kepimpinan Pak Lah akan menyukarkan lagi kedudukan najib. Di kalangan penyokong UMNO sendiri termasuk Kuli tidak bersetuju dengan cara Najib bertindak merampas kuasa kerajaan negeri pakatan rakyat Perak yang telah dipilih oleh rakyat Perak untuk memerintah negeri itu pada PRU 12 yang lepas.


Najib semakin angkuh dan merasakan jawatan PM adalah miliknya telah membentuk kemnya sendiri. Beliau akan melantik Shakar (ADUN Lanchang) menjadi MB Pahang yang baru. Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dilantik menjadi menteri kabinet setelah najib bergelar PM dan berlaku rombakan kabinet. Zahid Hamidi akan diangkat menjadi TPM dan bukannya Muhyiddin Yasin seperti tanggapan ramai pihak.Nasib Khairi pula lebih malap dan karier politiknya akan berkubur kerana Najib lebih memihak kepada Mukhriz.


Khairi akan menyertai Wan Farid dan Norza Zakaria, hulubalang khairi yang dicantas oleh kem Najib melalui perancangan licik UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh yang mana Shakar, Ismail Said dan Saifuddin turut terlibat merancangnya.Pak Lah masih mempunyai opsyen iaitu membuat rombakan kabinet dan memecat Najib daripada jawatan TPM dan Menteri kewangan dengan menyalahkannya sebagai punca kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya yang gagal.


Matawang ringgit kian menyusut dan kadar pengangguran bertambah selain indeks komposit BSKL yang turut merosot. Pak Lah boleh meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 dan memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib. Rakyat bimbang jika lebih lama Najib jadi Menteri Kewangan, Raja-raja Melayu akan cuba dirasuahnya


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor disarankan mengadakan persidangan DUN Selangor segera dan mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan Khir Toyo.Jika tiada pilihan bubarkan saja dun selangor agar diadakan pilihanraya seluruh selangor.

Sunday, February 15, 2009

Sokongan UMNO Semakin Merosot





Ahad, 15hb Jan, 2009

Sokongan untuk UMNO semakin merosot ...

Berita yg di terima bahawa suasana politik di Perak mulai tenang. Semakin tenang berbanding minggu lepas. Rakyat telah boleh berfikir secara rasional setelah seminggu emosi menguasai akal dan diri. Kekecewaan penyokong PR dan kegembiraan Melayu UMNO selama seminggu itu, telah mengheret institusi istana kedalam ‘permainan rakyat’ ini. Pemimpin dan penyokong PR dilabelkan sebagai penderhaka oleh UMNO sehingga ada cadangan melarang penderhaka ini daripada memijakkan kaki di bumi Perak. Media milik UMNO surat kabar dan TV, hari-hari cuba mempengaruhi fikiran rakyat dengan mencipta sebaik mungkin isu kononnya betapa derhakanya PR Perak sewaktu ini.


Dan PR pula cuba mempertahankan diri dengan melontarkan idea berfakta, bahawa penderhakaan dimulakan oleh UMNO. UMNO sebenarnya telah awal menderhaka dalam keadaan sedar. PR pula ‘termenderhaka’ tanpa sedar kerana tidak menjangka UMNO sanggup mengelat melanggar batas-batas demokrasi.
Dalam tempoh seminggu, penyokong PR berbelah bahagi adakah benar PR menderhaka? Institusi istana amat dihormati oleh Melayu beraja berbanding dengan Melayu Pulau Pinang dan Melaka. Melayu UMNO semakin gila dan galak berhimpun dengan membuat ratusan laporan polis akan penderhakaan PR ini. Melayu UMNO telah menghangatkan isu penderhakaan sehingga ada di kalangan orang UMNO sendiri begitu jelak dengan pemimpin UMNO. MB Nizar yang dikatakan ‘derhaka’, Karpal Singh pula yang diserbu!

Sekiranya minggu lepas ada di kalangan penyokong PR yang hampir percaya bahawa mungkin benar PR telah menderhaka, hari ini sokongan mereka semakin jitu kembali kepada PR. Seminggu itu juga Melayu UMNO amat percaya bahawa PR memang menderhaka dan mesti dihukum. Hari ini apabila emosi telah kendur, akal mula mengambil tempat di hati Melayu. Akal mula berfikir secara waras. Akal mula membuat keputusan bahawa PR tidak menderhaka. PR telah ‘dikenakan’ oleh UMNO. UMNO kampung telah berani mengakui akan kesilapan UMNO bangsawan. UMNO kampung tidak lagi segembira minggu lepas. UMNO kampung malu berhadapan dan berhujah dengan PR. UMNO kampung rasa bersalah apabila sejarah penderhakaan UMNO sendiri dlm krisis perlembagaan 1986-1996 di bongkarkan semula oleh media PR. Sejarah derhakanya konon Ghazali Jawi ayahanda Tajol Rosli sebagai MB Perak dlm mempertahankan perlembagaan dan undang tubuh PERAK seketika dulu. Video2 dan kain rentang biadapnya penyokong Idris Jusoh perlantikan MB Terengganu. Penyokong UMNO tersentak dan mula berfikir secara normal akan kenapa prinsip Nizar begitu beriya-iya mempertahakan Kerajaan yg dirampas Najib. UMNO kampung percaya PR tidak bersalah. UMNO kampung yang cari makan dengan UMNO sahaja yang percaya UMNO di pihak yang benar. Namun jumlah UMNO yang percaya ini tidaklah seramai jumlah UMNO yang tidak lagi percaya kepada UMNO bangsawan. Inilah natijah yang harus dikesali oleh UMNO bangsawan.
UMNO kampung telah mula percaya dan yakin bahawa UMNO telah tiada masa depan.


Kekalahan UMNO dalam PRU Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebenarnya telah menazakkan nyawa UMNO. Seperti orang sakit tenat. Seminggu koma, kemudian sedar tetapi tetap terlalu tenat. Tidak semena-mena dalam tenat, ia lalu makan, boleh bersembang, boleh senyum walaupun sebelum itu terlantar sakit. Dalam kegembiraan seisi keluarga kerana dia boleh makan dan boleh sembang, lantas segera memberitahu sanak saudara bahawa dia telah sedar. Tetiba esoknya keluarga terkejut kerana dia telah menghembuskan nafas yang akhir. Innalillah hirojiun.

UMNO sedang nazak, tetapi tetiba bangun memerintah Perak. UMNO seluruh negara gembira kerana UMNO telah pulih dan sihat kembali. Tidak mungkin UMNO boleh menjadi rajawali. UMNO tidak akan mampu melakukan transformasi pada tubuhnya. Selepas seminggu UMNO memerintah Perak, tiada apa yang boleh dilakukannya. Tiada apa yang boleh diberikan kepada rakyat Perak, hatta tiada apa yang boleh dihadiahkan kepada ahli UMNO sendiri. Lihatlah betapa lemahnya MB UMNO sehingga memerlukan tiga penasihat bertaraf exco. Memang UMNO sedang sakit tenat, tetapi tidak mahu mengakuinya. Seperti orang sakit tenat akan pergi jua selepas tetiba lalu makan, lalu sembang. Begitulah juga dengan UMNO yang akan pergi selama-lamanya. UMNO mungkin berkubur di Perak.

Pada tahun 1946, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab begitu diingati kerana memperkenalkan UMNO di Perak. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan, bahawa tahun 2009 ini, UMNO akan dikuburkan di Bukit Gantang.

Wednesday, February 11, 2009

Umno Memperjuangkan Atau Memperalatkan Istana

11/02/09

MENTERI BESAR TANPA KUASA PERLEMBAGAAN BOLEH DIPERTIKAI

Perak kini, adalah sebuah negeri ganjil dalam sejarah, kerana mempunyai dua orang Menteri Besar yang dipandang sah di segi perlembagaan negeri tersebut – seorang disanjung dan seorang lagi dikutuk. Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir (UMNO - Barisan Nasional) telah memegang jawatan Menteri Besar Perak dengan kuasa eksekutif di tangannya dan Dato’ Seri Mohammed Nizar Jamaluddin (PAS - Pakatan Rakyat) masih tetap Menteri Besar negeri tersebut tanpa kuasa di tangannya.Kedua - dua individu berpelajaran tinggi itu telah dikemukakan oleh Ketua Parti politik masing- masing dan dilantik - perkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

DIANGGAP GANJIL

Jika berpandu kepada Perlembagaan Negeri Perak yang diguna - pakai pada sekitar tahun 1970 - an, iaitu pada masa Tan Sri Mohd.Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar negeri tersebut, Mohammed Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah kerana beliau dilantik - perkanan oleh Sultan dan pemecatan ke atasnya tidak sah. Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik - perkenan oleh Sultan Perak, tetapi jika mengikut Perlembagaan Negeri tersebut pada tahun 1970-an, maka pelantik-perkenan ke atas beliau boleh dianggap ganjil. Kedudukan kedua-dua Menteri Besar itu akan bergantung kepada keputusan Hakim (atau beberapa hakim) Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan. Pada masa ini orang ramai masih tertanya - tanya, keputusan menyebelahi pihak mana; pihak UMNO – Barisan Nasional atau PAS – Pakatan Rakyat?

TERPAKSA AKUR

Jika Mahkamah mengakui tindakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (memerintah Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin dan anggota-anggota Exconya meletak jawatan, jika mereka tidak meletak jawatan masing - masing, maka Sultan mengangap jawatan itu tidak ada pada mereka lagi), sebagai sah, maka beliau dan anggota-anggota Exconya terpaksa akur.Tetapi jika Mahkamah memutuskan, bahawa titah - perintah Sultan Perak itu tidak sah, maka terpaksalah Dr. Zambry Abdul Kadir berundur dirinya dari jawatan keramatnya itu.

Mengikut keterangan Ketua DAP, Karpal Singh, bahawa beliau (pihak Pakatan Rakyat) akan mengambil tindakan mencabar keputusan Sultan Azlan di Mahkamah Tinggi, maka, sementara menunggu keputusan perbicaraan itu nanti, Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin dan anggota - anggota Exconya mestilah bertahan tidak meletakkan jawatan dan terus dengan Menteri Besar tanpa kuasa.

HILANG KEDUDUKAN

Beberapa orang yang mahir perlembagaan dan adat istiadat Melayu ( Aziz bahri diantaranya)berpendapat, Jika Ir.Mohammed Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya meletakkan jawatan masing-masing, maka mereka akan hilang kedudukan atau mengalah sebelum ada keputusan mahkamah. Jalan yang baik, ialah mereka tidak meletakkan jawatan masing- masing, iaitu menunggu satu keputusan yang adil dari Mahkamah. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, maka Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin akan kembali ke pejabatnya sebagai Menteri Besar yang berkuasa.

PUCUK PIMPINAN

Pada masa itu Negeri Perak akan berulang kejadian Sultan dan Menteri besar tidak bekerjasama, seperti Sultan Idris Shah dengan Mohd. Ghazali Jawi. Jalan keluar yang lojik, apabila berlaku demikian, Pucuk pimpinan PAS - PKR memberhentikan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan menggantikan dan kemukan muka lain kepada Sultan untuk dilantik - perkenan memegang jawatan Menteri Besar. Sultan Perak juga boleh memilih jalan adil, iaitu setelah melihat kedudukan kerajaan negeri pimpinan PR tidak boleh diharapkan lagi, Baginda boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri dan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan pilihan raya baru.

KRISIS POLITIK

Krisis politik di Negeri Perak sekarang sama dengan yang berlaku dalam krisis politik antara UMNO - Barisan Nasional dengan istana, iaitu Tan Sri Mohd.Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan Menteri Besar walaupun Sultan Idris Shah mahukan beliau berbuat demikian. Mohd. Ghazali Jawi telah mengingkari titah dan kehendak Sultan. Beliau tidak meletakkan jawatan Menteri Besar sehingga Negeri Perak berada dalam krisis yang lama antara UMNO - BN dengan Istana – Sultan Idris Shah.Krisis itu telah bermula kerana Sultan Idris Shah telah enggan melantik - berkenan Mohd. Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar atas sebab-sebab tertentu. Presiden UMNO - BN, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggunakan Setiausaha Kerajaan negeri, Dato Ishak Tadin (Tan Sri) untuk berunding dengan Sultan Idris dan memohon Sultan melantik Mohd. Ghazali Jawi bagi kadar tempoh tiga hingga enam bulan.

MELUCUTKAN JAWATAN

Pada malam diadakan perundingan antara Ishak Tadin dengan Sultan Idris di Istana Firuz, Ipoh, Ishak Tadin menyembahkan janji Tun Razak, lepas tempoh tersebut, seorang tokoh lain dari ahli Dewan Undangan Negeri akan disembahkan kepada Baginda untuk Baginda lantik – perkenan. Baginda percaya kepada janji Tun Abdul Razak, maka baginda telah melantik - berkenan Mohd. Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar bagi Negeri Perak. Sultan Idris telah membilang hari, minggu dan bulan. Hingga lewat bulan yang dijanjikan oleh Tun Razak itu, Mohd. Ghazali Jawi tidak berhenti dari Menteri Besar (kalau sekarang beliau dianggap derhaka).

Presiden UMNO, Tun Razak tidak bertindak memberhentikanya. Allahyarham Hakim Tun Mohd. Sufian Haji Hashim telah memaklumkan kepada Sultan Idris, bahawa Baginda tidak boleh melucutkan jawatan Menteri Besar dari Mohd. Ghazali Jawi, kerana dalam Perlembagaan Negeri Perak tiada artikel yang membolehkan Baginda berbuat demikian.

MEMUKUL GENDANG

Kalangan UMNO Perak seperti memukul gendang di seluruh negeri, menyampaikan ‘khabar derhaka’ (?), bahawa Sultan hanya ada hak melantik - berkenan seseorang dari parti politik yang menang majority untuk memegang jawatan Menteri Besar, tetapi tidak ada dalam Perlembagaan negeri tersebut yang Sultan boleh memberhentikannya dari jawatan Menteri Besar. Krisis antara UMNO - BN dengan Sultan Perak berlarutan. Tetapi Sultan mendapat sokongan sebilangan dari ahli – ahli Pergerakan Pemuda UMNO. Di antara mereka itu, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Muhammad. Sebaga langkah terakhir Sultan Idris Shah telah berangkat ke Pulau Pangkor bersama para pembesar negeri dan penyokong Baginda dan di sana Baginda mengumumkan yang Baginda ber ‘nazar’ menyimpan jambang, misai dan janggut selagi Mohd. Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatan Menteri Besar.

NEGARA DEMOKRASI

Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka Allahyarham telah memberhentikan Mohd. Ghazali Jawi dari memegang jawatan Menteri Besar Perak. Krisis antara UMNO - BN dengan Istana Perak telah selesai. Mungkin ada orang yang terpengaruh akan tulisan pakar undang – undang dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Datuk Rais Yatim, ‘…sultan Perak khususnya boleh membuat kaedah sendiri sejajar dengan artikel 16(4) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.”, tetapi tulisan itu masih samar jika kita kembalikan kepada zaman Sultan Idris Shah dan Tan Sri Ghazali Jawi. Tindakan Ir. Mohammed Nizar dan barisan anggota Exconya tidak mematuhi titah Sultan Perak tidak boleh dianggap ‘derhaka’, kerana sebagai rakyat dalam negara demokrasi ada ruang bagi mempertikaikan titah - perintah Sultan Perak itu menerusi Mahkamah.

BERLAKU ADIL

Bagi kita yang berfikiran secara intelektual, tidak salah bertanya; adakah titah - perintah Sultan Perak itu benar dan adil, apakah pendapat Pakatan Rakyat dan Ir. Mohammed Nizar itu betul dan sesuai dengan perlembagaan Negeri Perak dan adakah pendapat UMNO-BN itu benar. Hanya mahkamah bakal menentukan. Pendapat atau fatwa Mufti Perak, Dato’Seri Harussani Zakaria meletakkan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin sebagai derhaka kepada Sultan Perak, boleh dipandang betul sekiranya tindakan Baginda itu bertepatan dengsn firman Allah agar Nabi Daud ‘berlaku adil antara manusia’. Pendapat Ustaz Haron Din, bahawa tindakan tidak taat kepada keputusan Sultan Perak itu tidak boleh dianggap derhaka, boleh dipandang betul, jika Sultan Perak membuat keputusan tidak selaras dengan firman Allah kepada Nabi Daud. Oleh kerana negara dan negeri Perak tidak mengguna-pakai perlembagaan Negara Islam, maka krisis yang berlaku di Perak tidak boleh dibawa kepada agama Islam, kerana kuasa kuasa perlembagaan dan perundangan mengatasi perlembagaan dan perundangan Islam. Jika tindakan Ir. Mohammed Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya tidak mematuhi Sultan Perak dianggap derhaka, maka apakah yang sepatutnya kita letakkan sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kalangan UMNO yang memansuhkan sebahagian dari kekebalan (immunity) Raja Melayu pada tahun 1990 - an?

Peristiwa enggan lepas jawatan di Perak bukan pertama kali berlaku dizaman Dato Seri Mohd Nizar Jamaludin. Janganlah kerana beliau bukan berparti UMNO maka dia digelar penderhaka , boneka, dan pelbagai lagi . Malah perhimpunan pemuda UMNO yang diketuai menantu Pak Lah sanggup membakar poster gambar Ir Nizar . Rekod membuktikan ,sejarah enggan lepas jawatan di Perak juga bermula dari bapa mantan Menteri Besar Perak DS Tajol Rosli .Beliau merupakan ahli umno berjawatan Menteri Besar ketika itu.

Peristiwa itu berlaku pada 1974 .Tidak ramai yang tahu apatah lagi pemuda - pemuda UMNO yang diimport dengan bas dari beberapa buah negeri . Mereka memekik Nizar Penderhaka malah membuat cadangan agar Nizar dilucut gelaran dan dihalau dari negeri perak .Waraskah mereka ini ? Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan dibawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan oleh Sultan ditarik balik dalam erti kata lain dilucutkan segera kerana didakwa kononnya menderhaka pada Sultan.

.Apalah dihebohkan sangat tentang anugerah . Perangai ugut mengugut sudah jadi darah daging orang UMNO . Inilah wajah sebenar Umno, setelah segala jentera , kewangan , media, agar dikerah siang dan malam dengan harapan sokongan rakyat kembali padu .Ternyata sia - sia . Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan PR perak adalah dipercayai dirancang secara halus . Cita - cita mereka untuk mengheret Istana Kinta agar terbabit secara langsung semakin terserlah . Umno mengangap Raja dan sultan adalah in benteng paling ampuh bagi mereka . Berselindung di sebalik kuasa sultan .Mereka sering melaungkan para sultan adalah benteng umat melayu .

Ya, kita tidak nafikan itu dahulu tapi kini rakyat dapat membezakan . Percayalah ! benteng ini adalah kubu terakhir mereka dalam menghadapi gelombang perubahan rakyat. Jika rakyat sudah bertambah mual dengan gelagat mereka disaat itu imej sistem monarki juga akan tercalar .Mereka bangga melaungkan bahawa umno lah yang mempertahankan kedaulatan Sultan. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat bukanlah sebodoh yang disangka. Malah berbangga dengan hebatnya Hang Tuah yang melulu terhadap perintah .Apakah mereka sedar bahawa mitos Hang Tuah itu tidak pernah wujud ? Apakah demi membuktikan setia hingga sanggup bersandar kepada kisah dongeng ?

Umno bukan penjaga daulat tetapi suka memperalat .



.



Tuesday, February 10, 2009

Jamaluddin & Osman Gagal Hadir Ke Mahkamah

10 Februari 2009

Kes rasuah Jamaluddin dan Osman ditangguh 15 Jun

IPOH: Perbicaraan kes rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta membabitkan dua bekas Exco Perak dan tiga orang lagi hari ini ditangguhkan ke 15 Jun depan. Perbicaraan yang dijadualkan selama tiga hari bermula hari ini terpaksa ditangguhkan kerana Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Looi Heng menghadiri seminar di sini sehingga esok dan kes itu kemudian didengar di hadapan Majistret Sharmila Abdul Samad. Bagaimanapun, dua bekas Exco terbabit, Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi tidak muncul di mahkamah bagi perbicaraan kes itu kerana sakit.

Ekoran itu, Majistret Sharmila mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Mohd Osman kerana gagal mengemukakan sijil cuti sakit dari hospital dan menetapkan 13 April depan sebagai sebutan semula kes waran tangkap itu. Terdahulu, adik Mohd Osman, Noriza Jailu sebagai penjamin beliau, memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh tidak dapat hadir kerana telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam semalam kerana masalah jantung. “Belum dapat MC sebab doktor masih membuat observation,” kata Noriza.“Tertuduh sepatutnya tahu bicara hari ini, kalau dia dimasukkan ke hospital dan memberitahu doktor tentang bicara hari ini, hospital tentu boleh mengeluarkan sijil cuti sakit.

Mohon waran tangkap dikeluarkan,” kata Timbalan Pendakwaraya Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi. Bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Jamaluddin setelah peguamnya, Abdul Roni Rahman, memaklumkan tertuduh sakit dan mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada mahkamah. Sementara itu, seorang lagi tertuduh, ahli perniagaan Usaili Alias, juga dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah hari ini. Bagaimanapun perintah itu dibatalkan setelah tertuduh hadir kira-kira sejam kemudian. Beliau menjelaskan tersalah faham mengenai waktu prosiding dijalankan dan menyangka kes itu akan disebut pada sebelah petang kerana beranggapan dua bekas Exco itu, Mohd Osman dan Jamaluddin, akan hadir ke Istana Iskandariah untuk majlis angkat sumpah barisan Exco baru kerajaan negeri itu pagi ini.

Mohd Osman, Jamaluddin, Usaili dan dua orang lagi iaitu, juruteknik Perbadanan Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di Restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Bandar Ipoh Raya di sini, dan di Aquarias Restaurant & Bar, Tingkat 4, Summit Hotel, Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara 14 hingga 19 Ogos tahun lalu. Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lalu di Sri Sayang Apartment di Pulau Pinang.

Dalam prosiding hari ini, peguambela Mohd Asri Othman memaklumkan mahkamah beliau ingin menarik diri daripada mewakili Mohd Osman dan Jamaluddin atas alasan tidak mendapat apa-apa arahan daripada kedua-dua tertuduh. Mohd Osman dan Jamaluddin kini diwakili peguambela Abdul Roni, sementara Usaili, Ruslan dan Zul masih diwakili oleh Mohd Asri. Bernama.

ULASAN:
Rakyat semakin matang dan sentiasa melihat permainan ini. Terlalu banyak skrip yg di cipta Najib ini sebelum ini dan sekarang, boleh di cabar dan dipersoalkan kesahihannya.
JADI ADUN SAMA-SAMA
MENANG SAMA-SAMA
EXCO SAMA-SAMA
RASUAH SAMA-SAMA
SEX SAMA-SAMA
LOMPAT SAMA-SAMA
HILANG SAMA-SAMA
NAIK COURT SAMA-SAMA
SAKIT PUN SAMA-SAMA
NEXT TRIAL 15 JUN SAMA-SAMA
KITA SAMA-SAMA HEEEEEERANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Monday, February 9, 2009

Perjalanan Terakhir Hj Roslan Ahli Parlimen Bukit Gantang





Berita kematian Allahyarham YB Roslan Shaharum begitu pantas tersebar ke segenap tempat. Ada yang hampir-hampir tidak percaya.Namun begitu, ketentuan Illahi tiada siapa bisa menolak mahupun menahan. Di rumah Allahyarham, kelihatan orang yang begitu ramai telah berkumpul sejak tengahari lagi. Tambahan pula hari ini cuti umum di negeri Perak.


Kehadiran yang dianggarkan melebihi 5,000 orang yang tak putus-putus tiba memenuhi kawasan rumah dan juga masjid.
Suasana pilu dan sebak menyelubungi perasaan setiap yang hadir. Kehadhiran yg cuba menahan sebak akhirnya tewas dengan airmata bilamana melihat kesedihan 4 orang anak-anak Allahyarham yang baru tiba daripada sekolah tahfiz di Kelang.


Solat jenazah buat Allahyarham dilakukan sebanyak 5 kali (3 kali di rumah dan 2 kali di masjid) kerana terlalu ramai yang berhajat untuk menyembahyangkan jenazah Allahyarham. Suasana di masjid Kg Changkat Larang penuh sesak dengan kunjungan orang ramai.


Ramai pimpinan Pas negeri dan Pusat yang hadir. Antaranya Dr Mujahid, Dr Hatta Ramli, Dr Mariah, Dato Mahfudz Omar, Sdr Salahuddin Ayub, Ust Ahmad Awang dan ramai lagi. Manakala DS Anwar Ibrahim bersama Azmin Ali tiba semasa jenazah dibawa masuk ke masjid.
Masyarakat India dan Cina juga tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada seorang wakil rakyat yang mereka kenali sebagai berjiwa rakyat.


Menteri Besar Perak, Dato Seri Haji Nizar bersama isteri telah sudi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan DS Nizar juga telah membacakan talkin untuk Allahyarham manakala Tuan Sheikh Mohd Nor Al-Hafiz membacakan tahlil dan Ustaz Zulkarnain Ibrahim membacakan doa.


Pengakhiran seorang insan yang beriman dan beramal soleh pasti dikurniakan keberkatan oleh Allah Taala. Dan keberkatan yang disaksikan hari ini adalah simpati dan penghormatan terakhir daripada segenap lapisan masyarakat serta sahabat dan saudara mara.
Kenangan manis bersama-sama Allahyarham pasti akan terpahat kukuh diingatan bagi mereka-mereka yang mengenalinya.


Semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke-atas rohnya, Allahyarham Roslan Shaharum.
Al-Fatihah.





http://www.slide.com/r/fPtNjQx4xz-cET2E5p5esxozvvyzM5Vm (klik gambar)














Umno Yang Menggadai Tanah Melayu


Melayu kehilangan tanah kerana Umno
Mahfuz Omar Mon Feb 09, 09 2:39:22 pm MYT

TIDAK seperti di Permatang Pauh yang kecoh dengan isu liwat, suasana di Kuala Terengganu lebih �geger� dengan isu hudud dan pemberian hak milik tanah kepada orang bukan Melayu oleh Kerajaan Perak.


Kenyataan Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa bahawa melaksanakan hudud adalah agenda perjuangan PAS dibesar-besar oleh media untuk menakutkan pengundi bukan Islam di bandar raya warisan pesisir air itu.
Di kalangan pengundi Melayu pula, mereka digemparkan dengan tindakan Kerajaan Perak yang dipimpin PAS memberikan hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang dianggap merugikan orang Melayu.

Saya tidak nampak apa relevannya isu-isu perkauman seperti ini terus dibangkitkan sedangkan dalam masa yang sama kita bercakap tentang kontrak sosial yang mengiktiraf bangsa bukan Melayu sebagai warga negara.

Memang menjadi senjata politik Umno semenjak zaman pramerdeka lagi untuk menajamkan isu-isu perkauman supaya Umno terus relevan. Mereka membangkitkan isu-isu kepentingan Melayu dan mengangkat keris apabila berhadapan dengan pengundi Melayu, kemudian membesarkan isu-isu agama apabila menemui pengundi bukan Melayu. Inilah kejahatan politik

Umno yang sudah ditolak oleh rakyat!

Umno mungkin berterima kasih kepada Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak apabila baginda membangkitkan isu kampung baru ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga baru-baru ini. Memang satu realiti bahawa Raja-raja Melayu tidak senang dengan Rancangan Briggs yang membuka kampung-kampung baru untuk menempatkan orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan. Tujuannya untuk mengelakkan orang Cina dipengaruhi komunis.

Tetapi Raja-raja Melayu melihatnya dari aspek hak tanah orang Melayu yang terjejas kerana dasar ini dilaksanakan oleh Hendry Gurney, Setiausaha Negara British di Palestin. Raja-raja Melayu takut negara ini menjadi seperti Palestin jika bangsa asing diberikan hak ke atas tanah.
Isu ini bukan hanya isu Raja-raja Melayu, tetapi isu parti-parti Melayu ketika itu juga.

Malangnya, ketika orang-orang Melayu mempertahankan hak ketuanan Melayu di negara ini sebelum merdeka dahulu, siapakah yang mendesak hak sama rata diberikan kepada orang bukan Melayu? Bukankah Umno dahulu bermati-matian mahu orang bukan Melayu diterima kerakyatan mereka secara jus soli?

Dato� Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan dalam Umno apabila ada ahli Umno menolak dasar jus soli ini dan akhirnya beliau keluar Umno apabila cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu ditolak. Kemudian, dalam National Convention yang dipimpin oleh Umno pada 1954, cadangan PAS tentang kerakyatan dan hak mengundi untuk orang bukan Melayu telah ditolak kerana Umno mahu orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat negara ini.

Suasana politik pada masa itu dalam semangat kebangsaan telah membentuk kesedaran orang Melayu ke atas hak ketuanan mereka. Parti-parti kiri berjuang terus supaya hak ini dibela, tetapi dinodai oleh Umno. Raja-raja Melayu sendiri tidak berpuas hati dengan pendekatan Umno ketika itu sehingga Umno bermasalah dengan beberapa istana. Tetapi segalanya telah selesai apabila kita menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat negara ini secara sah melalui Perlembagaan 1957.

Ini adalah 'kontrak sosial' yang memberikan kedudukan sama taraf antara orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun dalam hal tertentu orang Melayu diberikan hak keistimewaan. Inilah realiti yang mesti dan terpaksa kita terima hari ini. Kerana Umno telah menyerahkan hak ini, maka kita perlu melayani rakyat bukan Melayu sewajarnya.

Memang senang untuk kita mempersoalkan tentang kewajaran Kerajaan Perak memberikan hak milik kekal kepada penduduk Kampung Baru di Perak yang tidak berbangsa Melayu. Soalnya, mereka adalah rakyat negara ini dan mereka berhak. Ia bukan tanah baru yang dibuka untuk mereka, tetapi tanah yang didiami berpuluh tahun sejak Rancangan Briggs diperkenalkan.
Apakah kerana mereka berbangsa Cina, maka kita merasakan orang Melayu terancam.

Mengapa Umno tidak berfikiran demikian 50 tahun dahulu ketika semua orang Melayu berfikir begitu. 50 tahun dahulu Umno merasakan orang Cina dan India perlu diberikan hak kerana mereka adalah penyokong Perikatan. Tetapi ketika semua orang Melayu sudah terbuka menerima hakikat negara ini adalah Malaysia, mengapa Umno begitu kolot untuk terus mengapikan isu perkauman yang sempit? Kerana Cina kini telah bersama Pakatan Rakyat mungkin!

Jika Umno mahu mempolitikkan apa yang dititahkan oleh Raja Muda Perak itu, mereka harus mencermin diri dahulu. Sedar atau tidak kita bahawa hak ketuanan Melayu ke atas tanah telah dijamin melalui Tanah Rezab Melayu. Saya ingin bertanya kepada kerajaan BN berapakah luas tanah rezab itu sekarang berbanding 50 dahulu? Mengapakah tanah-tanah-tanah milik Melayu di Pulau Pinang sudah hampir pupus?

Kerana DAP-kah? Atau kerana pengkhianatan Umno?

Tanah rezab di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan negeri-negeri lain masih banyakkah? Bukankah telah adalah peraturan supaya setiap tanah rezab yang diambil alih harus diganti tetapi mengapa ia telah berkurangan?

Lupakah Umno bahawa 139,409 hektar tanah rezab Melayu di negeri-negeri tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan BN dahulu dan hanya 77,208 hektar sahaja yang diganti semula. Masih terdapat baki 62,201 hektar yang perlu diganti oleh kerajaan BN dan ini menunjukkan kerajaan BN gagal untuk mempertahankan tanah rezab Melayu sebagai benteng akhir kekuatan politik Melayu.

Sekarang ini pun, Umno sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur
supaya mereka dapat menjadikannya Bukit Bintang kedua. Upayakah orang-orang Melayu menguasai pusat-pusat perdagangan jika ia diwujudkan di Kampung Baru?

Dulu kita pernah digemparkan oleh tindakan salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dikatakan menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada bangsa asing termasuk bukan rakyat negara ini di Johor.

Kalau tanah di Johor boleh sahaja dijual kepada warga Singapura dan Hong Kong, mengapa tanah di Ipoh tidak boleh diberi hak milik kepada warga sendiri?-

Sunday, February 8, 2009

Politik Lama Karpal






Maka Pengerusi DAP itu pun meluahkan keterbukuan hatinya.Seperti biasa Karpal Singh menghalakan laras senapangnya kepada pemimpin parti sahabat dan kali ini turut menerima hamunan Karpal teman-teman pimpinan beliau dalam parti. Seperti biasa Karpal menggunakan media arus perdana untuk membebelkan kesebalan hatinya. Seperti biasa Karpal berjaya mendapatkan apa yang diingininya-publisiti didalam tv di waktu perdana-kerana bukan mudah pemimpin pembangkang mendapat siaran tv diwaktu sebegini.
Itulah Karpal Singh.

Kami akur adalah menjadi hak Karpal untuk bercakap dan mengkritik sesiapa sahaja, dimana dia suka, dengan siapa dan kepada siapa. Itu hak dia, tak ada siapa yang boleh menahan. Bukankah Karpal ahli politik veteran dan peguam tersohor? Cuma, apakah tindakan Karpal membebel didalam sidang media dengan kehadiran media arus perdana suatu tindakan bijaksana?

Kami fikir Karpal tidak naive kerana bukankah pengalaman selama ini menunjukkan bahawa media milik UMNO/BN tidak pernah berlaku adil kepada pembangkang waima Karpal Singh sendiri. Bab ini yang kami tidak faham. Apakah keperluannya untuk memanggil sidang media yang diketahui tidak pernah berpihak kepada Pakatan semata-mata untuk membelasah Anwar Ibrahim dan yang lebih memeranjatkan, turut membelasah teman-teman pimpinan dalam DAP.`Washing dirty laundry in public’, begitu lebih kurang bunyi pepatah Inggeris.

Soalnya bukankah ada venue yang boleh melahirkan kesebalan di hati dengan cara berhemah-jika berkaitan dengan batang tubuh DAP sendiri bukankah ada panitia tertinggi iaitu CWC manakala berkaitan Pakatan Rakyat ada Jawatankuasa peringkat tertingginya-namun Karpal dengan sebab-sebab sendiri memilih sidang media. Kami pasti Karpal tahu media perdana `will have field day’ memperbesar-besarkan berita ini untuk mencalarkan Anwar Ibrahim vis-a-vis Pakatan Rakyat.

Apakah `game plan’ Karpal sebenarnya? Dan apakah yang akan beliau perolehi? Apakah yang akan diperolehi oleh perjuangan menegakkan demokrasi di Malaysia dengan tindakan tersebut? Apakah hegemoni UMNO/BN akan runtuh atau sekurang-kurangnya goyah dengan tindakan Karpal? Kepada kami jawaban mudah ialah Karpal memberikan `ammunitions’ kepada UMNO/BN untuk membelasah Pakatan Rakyat. Seikhlas dan sejujur mana sekali pun teguran Karpal didalam sidang medianya itu, kerosakan yang dibawanya lebih banyak dari kebaikkan dan saya khuatir kelak para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menilai tindakan Karpal sebagai `mala fide’. Karpal ada pilihan tetapi beliau dengan sengaja enggan menggunakan pilihan itu.

Kami juga melihat watak Karpal ini bukanlah seorang team player. Beliau tidak nampak sebagai seorang pemimpin yang bekerja dalam satu pasukan.`loose canon’, begitu agaknya label yang paling tepat untuk menggambarkan perwatakkan Karpal Singh ini. Justeru itu,Karpal wajar menginsafi bahawa tuntutan zaman dan perubahan persepsi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat bagi membebaskan Malaysia dari kongkongan regim BN turut menuntut kesemua pimpinannya berjiwa besar, berhemah, saling menghoramati dan berpandangan jauh. Kerangka pemikiran lama bukan sahaja sudah tidak relevan malah bimbang menjadi baggage kepada perjuangan yang lebih besar.

Mungkin juga setelah sekian lama parti-parti pembangkang di Malaysia bergerak secara sendiri-sendiri-PAS dengan caranya, DAP dengan pendekatan tersendiri-malah bukan menjadi keluarbiasaan bertembung sesama sendiri dalam perlawanan 3 penjuru sewaktu pilihanraya, maka budaya bermuafakat dikalangan pembangkang belum mengakar. Mungkin juga Karpal Singh masih belum dapat menyisihkan selimut propaganda divide and rule BN. Mungkin di luarsedar Karpal masih menilai arus politik mutakhir dari kacamata lama yang dibentuk oleh BN dan diluar sedar juga gagal mengarifi kehendak dan aspirasi rakyat.

Kerana itulah Karpal menjadi tukang kritik yang setia mengecam PAS berkaitan isu Hukum Hudud dan Negara Islam. Kali ini Karpal meneruskan pula dengan kecaman terhadap Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang dilihat bersifat peribadi.

Demikian itu kami berpandangan, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan sekiranya semua pihak berlapang dada dan berjiwa besar. Keperluan politik hari ini tatkala Pakatan Rakyat sedang memacu seluruh kekuatan untuk membebaskan rakyat dari petaka ciptaan UMNO/BN menuntut kesemua pimpinan berhemah dan membuat keputusan dengan kepala dingin. Sesungguhnya mana-mana pemimpin yang cengeng wajar menilai diri sendiri atau kelak disisihkan rakyat.

Ini adalah tuntutan zaman dan kita berhak menggapainya.


Saturday, February 7, 2009

Perutusan YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya. Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan. Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan.

Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat.

Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa. Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO. Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan. Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit. Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil. Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah. http://mt.m2day.org/2008/content/view/17810/84/

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Najib UMNO putar belit-Istana keliru

Perlembagaan Malaysia:


Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”


Perlembagaan Negeri Perak:

Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status ‘hilang majoriti’ seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.
Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

“Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.”

Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong.

Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai ‘tafsiran yang salah’ sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ‘hilang sokongan majoriti’ merujuk kepada ‘ahli-ahli Dewan Rakyat’ manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada ‘Dewan Undangan Negeri’ dengan tiada perkataan ‘ahli-ahli’ bersama dengannya.

Ini bermakna ‘hilang sokongan majoriti’ bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan ‘hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri’ sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan ‘hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri’.

Kekeliruan timbul antara “the confidence of the majority of the members of the House of Representatives” dalam Perlembagaan Persekutuan dengan “the confidence of the majority of the Legislative Assembly” dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ bagi seorang Menteri Besar.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK
ciberboron, Saturday, February 07, 2009

SIDANG MEDIA YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA YB NGA KOR MING, USTAZ AHMAD AWANG DAN YB ZAINUDIN YUSOF DI KEDIAMAN RESMI MENTERI BESAR.6.30 petang 6 Februari 2009.

YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1. Pembubaran DUN.

2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.

3. Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan “Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan”,

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak.

Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat.

“UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK

1. TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.BN – 28 KERUSI PR – 28 KERUSI BEBAS – 3 KERUSI

2. ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELAOMPAT.

3. KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN.

DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

4. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.

BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG. AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO’ SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.- NIZAR INGKAR TITAH SULTAN- NIZAR DERHAKA- NIZAR SAMAN SULTAN- NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAMFAKTA SEBENAR :-

Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.-

Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu.

TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.-

RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu.

Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.