Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, December 31, 2008

1hb Jan 2009 SELAMAT TAHUN BARU

  1. 1HB JAN 2009 KHAMIS
    Perutusan Tahun Baru 2009 Ketua Umum & Presiden KeADILan
    Dilulus terbit pada Thursday, January 01 Oleh DS Anwar Ibrahim Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat. Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini. Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur. Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.Selamat Tahun Baru 2009ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Di samping itu juga, PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH mengambil kesempatan, menyorot kembali tahun2 kebelakangan ini, yang telah menjadikan satu pengalaman manis dengan kerjasama yang cukup erat antara masyarakat setempat dan penglibatkan diri dgn beberapa aktiviti2 parti dan khidmat kemasyarakat. Semoga tahun 2009 yg baru terbit ini akan lebih mendewasakan dan mematangkan minda reformasi PR DUN Juasseh dengan menggerakan sistem urus tadbir yang lebih sempurna dan lebih tersusun. Doa kami, kesedaran masyarakat akan perlunya perubahan kearah HARAPAN BARU, dapat bersama2 menawarkan diri dgn penuh keikhlasan membantu membaik pulih Pakatan Rakyat, khususnya di DUN JUASSEH.

> Adat satu pesako datar,

> Gaduh di hulu di hulukan,

> Gaduh di hilir di hilirkan,

> Gaduh di tongah, samo2 di himpunkan.

> Kebukit samo di daki Kelurah samo dituruti.

> Cicir samo rugi Dapek samo labo.

> Semalu Sehino Seaib, Sesopan.

> Kok kochik nan godang, Godang nan tua.

> Biang monombok gonting memutus.

> Hulu menghilir kusut menyolosaikan.

> Gomok bopupuk, di anjak layu

Monday, December 29, 2008

Daulat Tuanku !!!

KERANDA jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman diletakkan kalungan bunga ketika upacara penghormatan terakhir di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. Jenazah Almarhum baginda akan disemadikan selepas solat Asar 29/12/2008
Pengganti antara Putera Yang Empat
28/12/2008 4:43pm

KUALA PILAH 28 Dis. — Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
“Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat,” kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.
Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau esok sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.
Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.
Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.
Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.
“Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru,” katanya.
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.
Dan sebentar tadi:Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11
29/12/2008 4:04pm
KUALA PILAH 29 Dis. – Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).
Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Saturday, December 27, 2008

AL-FATIHAH Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Mangkat









  • DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
    D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the White Rose (Finland), Collar of Civil Merit (Spain), Order of Sikatuna (Philippines), Collar De La Orden Almerito De Chile (Chile), National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon (Uruguay), Grand Cross with Diamonds the Order "El Sol del Peru" (The Sun of Peru), The Grand Order of Mugunghwa (Korea), Grand Collier De L' Independance (Grand Medal of The Independance) - Cambodia, Grand Cross Special Class of the Order of Merit (Federal Republic of Germany), "ORDE DE LA GRANDE ETOILE" (Djibouti), Knight Grand Commander of the Order of the Bath (With Collar) - U.K
    27hb. Dis 2008 (Sabtu) Berita dari Istana Seri Menanti, Baginda mangkat di Hospital Besar Seremban sekitar jam 11.45 pagi ini. Ketika hayatnya, baginda pernah menziarahi Dato' Seri Anwar di Jerman ketika menjalani pembedahan tulang belakang akibat kezaliman KPN Rahim Noor waktu krisis kepimpinan Negara sekitar tahun 1999. Rakyat turut bersedih pemergian baginda dan turut menghargai akan keperhatinan baginda bagi kesungguhan Pakatan Rakyat kerajaan menunggu untuk mentadbir negeri dan pusat, sewaktu pertemuan bersama2 pimpinan Pakatan Rakyat tempohari. SEBELUM ITU dlm Satu sambutan sempena menyambut kepulangan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan DYMM Tuanku Permaisuri Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin telah diadakan oleh lebih 300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan di Kompleks Terminal Bunga Raya VVIP, KLIA pada 6hb Disember 2008 jam 9 malam.
    Sambutan tersebut telah diketuai oleh Tuan Hj. Muhammad Kamel Yassin (Ketua Bahagian Rasah) yang turut disertai oleh Setiausaha Perhubungan keADILan NSDK, Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Bahagian Rembau merangkap ahli MPT, Badrul Hisham Shaharin, YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), YB Rashid Latiff (ADUN Ampangan), YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat) dan YB Ravi Munusamy (ADUN Port Dickson).
    Pada sambutan itu juga, Baginda Tuanku telah berkenan menerima "Memorandum menyokong Kedaulatan Dan Kekebalan Raja-Raja Melayu Dikembalikan" yang telah diserahkan oleh Tuan Hj Muhammad Kamel Yassin. Penyerahan memorandum tersebut adalah rentetan daripada titah anakanda baginda, YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar yang telah bertitah supaya kekebalan raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan raja-raja melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Memorandum ini juga adalah kesinambungan daripada ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongres Nasional kelima lalu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Malah Ketua Umum Parti Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Nasional itu juga turut menyatakan kedaulatan dan immuniti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada raja-raja.
    Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah merintis jalan pembuka bagi mendaulatkan kuasa Raja-raja sebagaimana saranan Presiden PKR dan Ketua Umum tersebut. Semoga PKR negeri-negeri lain akan menuruti langkah ini demi menjayakan saranan Presiden dan Ketua Umum PKR.
    DAULAT TUANKU!
    MEMORANDUM MENYOKONG KEDAULATAN DAN KEKEBALAN RAJA-RAJA
    MELAYU DIKEMBALIKAN Ampun Tuanku, Bahawa patik Muhamad Kamel bin Yassin mewakili rakyat anak watan Negeri Sembilan Darul Khusus menjunjung kasih mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan sayugia hendaknya DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
    Daulat Tuanku,Mohon dirafa’kan sembah bahawa kami rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran DYMM Tuanku menyokong sepenuhnya titah anakanda tuanku YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja di Kuala Lumpur baru-baru ini. YAM Tunku Naquiyuddin bertitah supaya Kekebalan Raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan Raja-raja. Mohon patik menyatakan di dalam Kongres Kali Kelima Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam pada 28hb November 2008 yang lalu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dato’ Wan Ismail melalui ucapan dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Parti Keadilan Rakyat itu turut menyatakan kedaulatan dan imminuiti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada baginda Raja-raja.Ampun Tuanku,Demi mengembalikan kedaulatan dan kebesaran Raja-raja Melayu patik bersama sekelian hamba rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus mohon perkenan ke bawah duli Tuanku untuk menggerakkan usaha mengembalikan kekebalan dan kedaulatan Raja-raja seluruhnya sesuai dengan konsep Raja Berpelembagaan. Kami hamba rakyat tuanku mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, dan menjunjung kasih di atas kesudian DYMM Tuanku mencemar duli menerima warkah ini.DAULAT TUANKU.
    Muhamad Kamel bin Yassin PJK. PMC. Tarikh : 6 hb Disember 2008



Wednesday, December 17, 2008

SIAPA YG SEBENARNYA YG MERUNGSINGKAN MB SELANGOR

17HB.Dis 2008 (RABU)
Negeri Selangor Darul Ehsan adalah satu-satunya negeri yang pada ketika ini menghadapi tekanan dan mehnah yang tidak pernah berkesudahan. Negeri yang terkaya dan termaju ini tidak seharusnya dilepaskan oleh UMNO/BN kepada pembangkang tetapi takdir telah menentukan bahawa sudah sampai ketikanya rakyat di Selangor menikmati pembaharuan. Selepas negeri kesayangan UMNO ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, UMNO seolah-olah merasakan dunia ingin kiamat. Apakah yang membuatkan UMNO terlalu kecewa dengan kehilangan Selangor di dalam genggamannya? Tidak lain tidak bukan adalah kerana aset-aset dan kepentingan yang terdapat di negeri itu. UMNO telah lama menikmati kemewahan yang diperolehi dari negeri tersebut terutama di kalangan pemimpinnya. UMNO merasakan masih banyak harta dan projek yang perlu diagih-agihkan kepada puak-puak mereka. Kini, setelah kehilangan sebuah negeri yang selama ini `membuncitkan' perut mereka, pemimpin UMNO di Selangor mula bercakap pasal ugama dan ketuanan Melayu. Semenjak bila UMNO begitu sensitif dengan hukum hakam agama Islam ? Tidak terlintaskah difikiran mereka sewaktu memerintah Selangor dahulu untuk berbicara tentang ketuanan Melayu ? Di dalam soal arak dan judi, UMNO kini dilihat lebih lantang bersuara dan kadangkala nadanya melebihi dari suara pemimpin PAS di Selangor. Malangnya, suara yang tidak pernah ikhlas itu apatah lagi kejahilan agama di kalangan pemimpin UMNO di dalam menyuarakan isu tersebut, tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya orang-orang Islam di Selangor. Rakyat di Selangor bukan baru setahun dua mengenali UMNO dan mereka tahu apa yang UMNO telah lakukan semasa memerintah dahulu. Apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO di Selangor untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat, terlalu mudah untuk ditepis dan kadangkala memakan diri mereka sendiri. Lebih banyak mereka bersuara, lebih luas pekung di dada mereka yang terbuka. Rakyat Selangor sewajarnya bertuah kerana memiliki MB Tan Sri Khalid yang sentiasa tenang, beretika dan profesional di dalam menguruskan pentadbiran di Selangor. MB Selangor tidak mudah melatah dengan `gertakan' dan `cuitan' dari pemimpin UMNO di Selangor. Berbagai tindakan dan provokasi telah dilakukan oleh UMNO terhadap beliau, namun MB Selangor ini telah masak dengan sikap dan perangai UMNO. Itulah hasil tarbiyah dan didikan yang diperolehi ketika parti beliau berada di dalam kesusahan dan penderitaan sebelum ini. PKR bukan sekejap menerima kesusahan dan penderitaan, semuanya itu banyak mengajar parti ini untuk memperkuatkan semangat dan jati diri. Oleh kerana semangat dan jati diri ini lah yang membuatkan UMNO sentiasa gagal di dalam usahanya untuk meruntuhkan kerajaan negeri yang baru dibentuk ini. Saya percaya UMNO tidak akan berjaya meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat walau dengan apa cara dan muslihat sekalipun. Tetapi, kerajaan baru ini tidak mustahil tumbang angkara tangan-tangan dari dalam. Kita telah diasuh untuk berdepan dengan musuh sekian lama, tetapi kita mungkin tidak diasuh untuk berdepan dengan rakan-rakan kita. Kadangkala merasa pelik dan hairan juga kita, setelah sekian lama kita berjuang dengan titik peluh, air mata dan kadangkala darah yang mengalir bagi menuntut reformasi, bila kita diberi sedikit kejayaan kita mula lupa diri dan tidak kenal siapa musuh dan siapa rakan seperjuangan kita. MB Selangor sebenarnya tidak pernah rasa rungsing dan tertekan dengan mainan politik UMNO, tetapi beliau lebih tertekan dengan tingkah laku rakan-rakan yang dahulunya sama-sama untuk bersusah senang. Sikap tidak memahami dan kurang sabar sesetengah rakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor kadangkala menjejaskan kelancaran pentadbiran di negeri tersebut. Jika ada sesetengah pemimpin yang agak toleran dan berdiplomasi dengan prinsip rakan-rakan yang lain, pemimpin ini dianggap seolah-olah terkeluar dari jamaah mereka. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa yang memerintah kerajaan Selangor sekarang adalah dari kumpulan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Kerajaan di Kelantan di bawah PAS sendiri pun mengambil masa bertahun-tahun secara beransur-ansur untuk melaksanakan beberapa dasar parti tersebut, sedangkan negeri berkenaan hampir 100 % berbangsa Melayu dan berugama Islam. Sudah tentu Selangor juga perlu mengambil sedikit masa untuk memuaskan semua rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting, negeri berkebajikan dan dasar ekonomikan rakyat di Selangor perlu dijadikan `kepala' untuk menyusuri langkah-langkah seterusnya.

Monday, December 15, 2008

UGUTAN BOGEL GAGAL DAPAT PROJEK



15hb Dis 2008 Isnin
GARA-GARA gagal mendapat projek perniagaan, Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.
Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.
Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau. Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.
Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.
“Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.
Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.
“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.
Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.
“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.
Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.
Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.
“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.
Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.
Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.
“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.
Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat beraparamai yang sokong beliau,” katanya sinis.
.

Saturday, December 13, 2008

PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT UNTUK ISTANA PM & TPM

Dinamakan sebagai kompleks Seri Perdana, kediaman mewah perdana menteri itu dibina oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi penyewa pertamanya pada 1999. Bangunan-bangunannya bertebaran dalam kawasan seluas 16 hektar di tengah-tengah Putrajaya. Ia merangkumi tiga blok bangunan, termasuk sebuah kawasan rehat, kemudahan jamuan dan tempat tinggal. Datuk Seri Abdullah tinggal di kompleks itu bersama isteri, anak perempuan dan menantunya serta anak mereka.' Adalah satu pembaziran untuk membelanjakan banyak wang untuk menyewa rumah bagi perdana menteri sedang negara menghadapi tempoh sukar seperti sekarang,' kata seorang AP pembangkang daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Mohd Hatta Md Ramli. Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, pula menyoal tentang pembayaran sewa itu kepada Putrajaya Holdings, anak syarikat Petronas, iaitu syarikat milik syarikat Kementerian Kewangan, Khazanah.'Ia (pembayaran sewa) juga menimbulkan soalan mengenai siapakah pengarah-pengarah syarikat itu dan siapa yang mendapat semua keuntungan yang diraih oleh syarikat itu,' ujarnya. Sumber: Warta Kerajaan."

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Kami tidak tahu tentang anda tetapi kami sendiri tidak terbayangbegitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat ditegur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.
Sekiranya Pakatan Rakyat berkesempatan menduduki Istana ini, perlu di kaji semula urus tadbir dan penyelenggaraannya, jangan sampai rakyat derita, pemimpin pula yg berdekah2 ketawa.Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.


Manakala di bawah ini adalah rumah rasmi Pemimpin Pakatan Rakyat Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Tuan Guru Hj Nik Aziz

Friday, December 12, 2008

CIKGU YUSOF GHANI DLM KENANGAN



12HB. Dis 2008. Jumaat. Cikqu Yusof bin Abd Ghani telah kembali keramatullah sekitar jam 9am pagi tadi di bumi Mekah. Beliau bersama isterinya Kak Ju telah berangkat ketanah suci Mekah pada 1hb Dis 2008 sehari selepas ibu Paktam (Bedah binti Idris) meninggal dunia. Sepatutnya, Arwah dijangkakan kembali semula ke tanah air pada 17hb Dis 2008 setelah kerja2 rukun haji selesai dgn sempurna. Sewaktu di Kelana Jaya tempohari, Bro Burn sempat mengiringi dan berbual panjang dengan Arwah berkisar keagamaan dan politik semasa terutamanya pentadbiran kampong sendiri yg semakin malap. Beliau sempat juga berpesan agar dapat anak2 muda yg ada sekarang, sebagai pelapis untuk mengembalikan semula keceriaan kampong Desa Jemapoh ini seperti tahun2 sebelumnya. Disamping itu juga anak2 muda wajib berilmu dan harus juga berani berjuang dengan landasan keagamaan dan tidak lokek untuk memberi khidmat masyarakat. Tika hayatnya, beliau adalah seorang guru yg di segani terutama keperbadiannya yg lemah lembut. Pada awal 70an beliau telah mengambil pendekatan betapa pentingnya berilmu bersama2 belia kampong, membuka kelas tambahan petang untuk anak2 yg bakal menduduki peperiksaan. Setiausaha UMNO cawangan di bawah Arwah Tn Hj Mohd Pilus dan seterusnya pernah menjadi Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKK Desa Jemapoh. Cuma di penghujung 1998, sewaktu krisis kepimpinan pusat dan fiftnah yg melampau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau mula hambar dan mengambil keputusan tidak berminat lagi untuk aktif dengan Umno. Tahun itu juga lah menjadikan satu sejarah bahawa Pergerakan Pemuda Umno Desa Jemapoh lumpuh setelah pemuda keluar beramai2 dari menjadi ahli pemuda Umno dan bergiat aktif dlm ngo ADIL seterusnya semakin aktif setelah parti keADILan secara sah tertubuh. Anak2 muda sering merujuk kepada beliau ilmu berpolitik, sepak terajang politik masa kini dan menjadi penasihat kepada anak2 muda agar tingkah laku jangan tersasar dan hilang pendoman. Surau Desa Jemapoh yg dulunya sunyi, kini semakin mula di isi dengan pelbagai aktiviti semenjak beliau sendiri menjadi Imam. Minat dlm sejarah perjuangan, menjadikan Pak Hamka dan wali songo sebagai idola pembersihan jiwa kerohanian. Sewaktu berita ini di tulis, mungkin beliau telah selamat di semadikan di Tanah Suci Mekah bersama2 dengan orang2 yg bertakwa. Baktimu tetap di kenang.

Sunday, December 7, 2008

SALAM EIDUL ADHA SALAM PENGORBANAN

8hb. Dis 2008 ISNIN
LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK!!!!!!!!!Pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati. Puncak kepada keikhlasan dan makna dari ketakwaan itu terdapat di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Surah As-Saaffaat ayat 102
Kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T:
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).- Surah As- Saaffaat ayat 103 Betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.
Kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan. Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran. Moga kemenangan tiba jua akhirnya:
Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)- Surah As-Saaffaat 116
Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd. Hayati falsafah & menisfetasi Hari Raya Qurban agar dapat diterjemahkan dalam ertikata perjuangan dan pengorbanan.

Terkorban menjelang Idul Adha


7hb.Dis 2008. Ahad. Menjelang ke tengahari ketika umat islam sedang sibuk dengan persiapan Eidul Adha, kami menerima panggilan mengejut dengan perkabaran anak saudara Edy dan Ujang Katek, terkorban akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah anak yang ke 3 merupakan juga anak cucu saudara kepada Udin Uban (AJK PKR KP) atau di lebih di kenali Acu Udin (panggilan kampung bagi penduduk Jemapoh). Kejadian menimpa di percayai sekitar jam 9am hingga 10 am pagi tadi sewaktu arwah dlm perjalanan ke tempat kerja yg berdekatan dengan rumah beliau di Ampang K. Lumpur dengan menonggang motorsikal. Belum ada kesahihan setakad ini, samada kemalangan tersebut di ketogerikan sebagai langgar lari atau terbabas. Mayat di bedah siasat sehingga jam 4pm petang tadi, Jenazah telah di hantar ke kg halaman beliau Desa Jemapoh dan selamat sampai sekitar jam 6.30pm. dengan bantuan unit ambulan HBKL dan kebetulan pula, ibu arwah bertugas sebagai Ketua Jururawat di hospital yg sama. Arwah sempurna di kebumikan di tanah wakaf Jemapoh setelah selesai sahaja solat Isyak dan di selangi Takbir Raya. Ketika bayi, arwah pernah di jaga oleh pak saudaranya Ujang Katek yg kebetulan tinggal serumah ketika itu Ujang Katek masih bujang. Arwah juga merupakan anak yg pandai memasak, taat akan displin keluarga dan seorang yg cukup pendiam jika dibandingkan dengan abang2 beliau yg lain. Ramai sahabat handai dan sanak sekeluarga yg sempat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Gugurnya seorang anak reformasi tidak bermakna gugurnya perjuangan. Sesungguhnya roh reformasi akan terus berterusan hingga ke akhir hayat. Pejabat Pakatan Rakyat mengucapkan, takziah atas segala dugaan Ilahi moga ada hikmat di sebalik kejadian terutama menjelang Eidul Adha ini. Dengan doa moga roh arwah di semadikan bersama2 orang yg mukmin. - AMIN -

Saturday, December 6, 2008

UJIAN ALLAH MENJELANG IDUL ADHA





06/12/2008 9:01am
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.
Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat.
Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa.
Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.
4 terbunuh tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibunegara, tertimbus.
Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.
Kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.
Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.
Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Opersi mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian, diketuai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus. (ULASAN) Di mana pun kita tinggal, kita terdedah kpd bencana alam. Tinggal berdekatan dgn laut terdedah kepada hakisan pantai. Tinggal di tanah daratan terdedah kpd banjir. Tinggal di kawasan tinggi terdedah kpd tanah runtuh.
Tapi bencana alam tidak selalu berlaku. Ia hanya berlaku di kala2 tertentu, di tempat tertentu & kpd org2 tertentu. Ia akan menimpa terutama kpd org2 yg lalai.
Inilah dia tanda2 kehidupan manusia kat dunia ini dipantau oleh Yang Maha Berkuasa (bukan pihak berkuasa!) Ya itu yg memberikan kehidupan & menurunkan rezki kpd sekalian makhluk-Nya.
Maka carilah rezki drp sumber yg halal. Jgn la hidup terlalu menurutkan hawa nafsu & melampaui batas. Ingatlah selalu bahawa kejayaan & kekayaan yg kita miliki bukan tanda kita hebat. Tapi dgn izin Allah semata2.
Tingkah laku, moral & akhlak diri hendaklah dijaga selalu. Hidup jgn terlalu pentingkan diri sendiri sehingga mencemar & merosak alam sekitar.
Apabila manusia tidak mahu bersahabat baik dengan ‘alam maka akan jadi porak poranda lah dunia ini.Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa didiami olih residen yang kaya raya. Mereka tidak menghormati ‘alam…mereka hanya menghormati diri mereka sendiri…apabila ‘alam membantah..maka buruklah padah nya..Sejarah berulang..dan akan berulang lagi…manusia lupa!!

Kenduri Kahwin di Terentang Bt Kikir


Dalam kesibukan persiapan idul adha, dan kejutan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru2 ini, wakil dari Pejabat Pakatan Rakyat sempat memenuhi undangan perkahwinan adik ipar Bro Zainal di Kampong Terentang Padang Lebar. Ketibaan kami di sambut mesra oleh Abang Ruslan dan keluarga Zainal Sendiri. Dan sebelum itu, tengaharinya bersama2 dengan keluarga Acek dalam majlis berkhatan anak beliau. Kami ( Mizan, Suli, Helmi , Chqu Fauzi, Atan) cukup tertarik dengan cenderahati tuan rumah yg di terima iaitu surah Yassin yg terlalu jarang di buat dlm majlis2 perkahwinan sebelum ini. Kepada Bro Zainal, bertambah2 lagi keluarga reformasi yg akan datang. Kepada Acek, agar kami sempat melihat anak bujang beliau ke jinjang pelamin. Insyaallah.