Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, September 24, 2008

Pakatan Rakyat Akan Menghantar Surat Ke Agung


24 September 2008

Peralihan Kuasa: Anwar Semakin Yakin, Pakatan Rakyat Akan Hantar Surat Kepada Agong !!
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa daripada Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang dan permintaan untuk diadakan satu sesi khas Parlimen. Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.
"Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi). "Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini.
Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai. Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan. Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggotaanggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat."Saya ada bilangan majoriti. "Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,"katanya. mStar Online
[Biarpun dianggap gila perihal peralihan kuasa, namun Anwar masih tetap yakin dengan perubahan yang bakal berlaku. Majoriti ahli parlimen BN yang diperlukan kini sudah cukup. Hanya masa sahaja yang akan menentukan bilakah kerajaan baru bakal ditubuhkan].

No comments: