Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, June 28, 2011

Kalau Anak Jantan bebaskan SPR dan Jentera Kerajaan dari cengkaman waktu pilihanraya

Kalau Anak Jantan Bertanding di Pilihanraya - Najib


Najib berkata keadaan tersebut tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.

"Jika kamu ada keberanian, lawanlah (dalam) pilihan raya. Jika tidak berani, apa saya boleh buat, buatlah di jalanan, (dan) anda perlu hadapi akibatnya," katanya.

“Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

“Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

“Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP).


Kalau Najib anak jantan...masuk bertanding pilihanraya bebaskan polis dan Spr dari cengkaman, tanpa guna dana kerajaan, tanpa guna ejensi2 kerajaan, tanpa monopoli TV3, Utusan dan RTM..

Dan ikut seperti mana pilihanraya di negara-negara maju;

Pilihanraya Umum Turki baru-baru ini..

Pilihanraya di Turki dan keadilan pilihanraya di Malaysia, cuba anda bandingkan.
Maklumat dipetik dari tweeter YB Saifuddin Nasution.

Perkara pertama;

Kebebasan Media.

"Pru turki-capaian media kpd semua parti, election board benarkan semua rapat umum, pemerhati antarabangsa diizinkn ...tiada FRU berlegar! Malaysia?"

Perkara kedua;

Kerjasama Pihak Polis.

"Rapat umum Pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas, tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu"

Perkara ketiga;

Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan.

"Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan untuk kempen, election board akan batal kemenangan jika berlaku pelanggaran.Tiada "u help me i help u!"

Perkara keempat;

Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan

"Election board tak benarkan umum projek kerajaan sepanjang tempoh kempen!"

Perkara kelima;

Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV.

"Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, Parti Has, Parti Saadet dan Parti chp melalui siaran tv ...terangkn manifesto masing2 ...RTM,TV3 ???"

bersih rally 271207 01Kenyataan perdana menteri itu tersasar kerana Pakatan sememangnya akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan “anak jantan”, mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya namun pelawaan itu ditolak.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang BERSIH sebagai kononnya forum pembangkang untuk mencetuskan huru-hara.

Dalam ucapannya semalam, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti “momentum” atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi dalam pilihan raya Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun BN menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan dikatakan menabur wang ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

NONEWalaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihanraya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya sepertimana yang didakwa Pakatan Rakyat.

“Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

“Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat,” kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini mudah dijawab.

azlanTsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan menerima ganjaran lumayan.

NONEOleh itu penguasaan Pakatan di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan bersih dan berkecuali ataupun dakwaan BN tidak pernah memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatar belakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa, justeru sokongannya kepada BERSIH 2.0.

Pada masa sama “kejantanan” Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, kami yakin penganjur BERSIH tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.




Ada berani Najib?

Monday, June 27, 2011

Alhamdulillah-Syabas Wardina

Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, pengacara terkenal di TV3 menambahkan lagi senarai selebriti yang menyertai atau menunjukkan sokongan terbuka kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Selepas Bob Lokman, Wardina yang mula popular selepas kemunculan dalam rancangan sitkom Spanar Jaya akan menjadi satu lagi wajah popular yang bakal memeriahkan dunia politik Malaysia.

Parti-parti pembangkang dan Barisan Nasional kini dilihat berlumba-lumba untuk menarik selebriti menyertai parti mereka secara terbuka untuk membina imej popular dan menarik pengundi.

Beberapa tahun lalu, peserta rancangan realiti, Mawi menjadi rebutan Umno dan PAS untuk ditonjolkan sebagai penyokong parti terbabit.

Perkembangan melibatkan Wardina ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sedia diketahui mempunyai pandangan-pandangan politik yang jelas dan mempunyai hubungan rapat dengan individu-individu dari PKR.

Wardina telah disebut-sebut bakal menyertai parti pembangkang secara terbuka bersama beberapa orang lagi selebriti, termasuk bekas peserta program realiti.

Wardina telah menunjukkan kecenderungan politiknya melalui mesej-mesej di Facebook dan Twitter sekurang-kurangnya sejak beberapa bulan lalu, walaupun mengacarai sebuah rancangan popular di stesen televisyen paling pro-Umno, TV3.

Beberapa bulan lalu, ekoran satu balasan mesej Twitter kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau dispekulasi akan bertanding di kerusi Lembah Pantai menentang menteri wanita itu.

Wardina baru-baru ini muncul dalam program kerajaan negeri Selangor, yang dikaitkan sesetengah pihak sebagai program mempromosi perhimpunan Bersih kedua 9 Julai nanti.

Beberapa blog pro-Umno telah mula menerbitkan tulisan-tulisan berbentuk serangan peribadi terhadap beliau melibatkan gaya hidupnya sebelum bertudung dan pada masa sama menggesa Media Prima mengambil tindakan terhadap pengacara itu.

Bob turut menerima nasib yang sama apabila beberapa kenyataannya dilihat sebagai penghinaan kepada dunia hiburan tempatan dan dikecam di ruangan seni akhbar tempatan, terutama halaman hiburan Mingguan Malaysia.

Sesetengah blog pro-Umno ketika Bob baru menyertai PAS secara terbuka cuba membalas dengan memperbesarkan laporan pelakon dan pengacara AC Mizal bersama Umno. AC walau bagaimanapun berdepan imej agak negatif berhubung beberapa isu termasuk perniagaannya.

Perkembangan ini bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik.

Sunday, June 26, 2011

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

UMNO BN cukup tertekan....Rakyat semakin matang dan bijak dengan haq yang telah diperuntukan dalam perlembagaan negara. Taktik lama peras ugut semakin tidak berkesan,

Malah Khairy dengan pemuda UMNO nya akan berhimpunan sama untuk bersama-sama himpunan "BERSIH" walau pun KDN Hishammuddin telah memberi signal amaran.

Rakyat bukan nak berperang dengan kerajaan,,,,cuma nak bersama-sama rasa tangung jawab menghantar memorundum membaiki sistem SPR yang semakin cacat dan untuk menambah baik sistem yang sepatutnya lebih pratikal untuk di lihat dan berjalan dengan lebih adil.

Apakah berhimpun di negara ini hak mutlak UMNO BN sahaja...Apa bezanya himpunan sejuta belia tempohari di benarkan, disamping pemimpin2 beliau mengambil ruang mengkritik dan mencemuh Pakatan Rakyat. Atau Umno BN sendiri tidak faham haq2 dalam perlembagaan dengan tidak langsung menghina perlembagaan tersebut.

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Friday, June 17, 2011

BERSIH-Hisham kata jangan, Khairy kata terus

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEKetuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.

Menyalahi undang-undang

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

azlanHishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Sesiapa sekali pun

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

umno youth rally 090209 khairy 02“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

ULASAN: Apa jugak niat yg tersirat atau yang tersurat Khairy....itu perkara no 2. Tetapi sepatutnya UMNO BN seharusnya bersama2 dlm himpunan ini. Kerana sebelum ini ada jugak pimpinan mereka mengkritik SPR sewaktu beberapa siri pilihanraya sebelum ini.

Dan kalau benar SPR ini adalah badan bebas seperti yang pernah mereka laungkan, kenapa berkeras sangat hendak menghalang himpunan ini. BERSIH & rakyat cuma berhadapan dengan SPR atas ketidak puasan pihak SPR mengendalikan sistem pilihanraya sebelum2 ini, disamping memberi beberapa idea & pandangan untuk menambah baik sistem tersebut.

Rakyat dan wakil2 parlimen telah membuat bantahan & pandangan dengan tertib mengikut saluran yg ditetapkan. Telah terjumpa beberapa bukti senarai pengundi yg bertindih, yg telah meninggal dunia dan senarai pengundi hantu dan pernah dihukumkan mahkamah oleh hakim Kamil membatal kemenangan Yong Teck Lee di Sabah kerana kemenangan menggunakan projek KDN & pendaftaran mencipta kad pengenalan untuk warga asing. Ada mereka kisah bantahan & lapuran tersebut...???

Sekiranya Umno BN bising dan beriya-iaya sangat membantah dan menghalang BERSIH ini. Telah ketara sangat bahawa SPR bukanlah badan bebas seperti yg diwar-warkan. Sesungguhnya dan sememangnya SPR, SPRM, Hakim, Polis adalah dibawah ketua yang sama yang diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bosnya tetap boas yg sama - Dato' Najib Razak.

Wednesday, June 15, 2011




ENAM bulan lalu kerajaan Malaysia mencipta sejarah sebagai satu-satunya negara yang menggantung ketua pembangkang daripada meghadiri sidang parlimen. Hal ini tidak pernah berlaku di mana-mana negara komanwel, Anwar Ibrahim digantung selama 6 bulan oleh Parlimen Malaysia.

Perkara yang pelik tetapi benar telah berlaku di dalam negara kita, malah negara kita telah menjadi bahan lawak jenaka masyarakat antarabangsa di atas penggantungan ini. Turut sama digantung bersama-sama dengan Anwar selama 6 bulan ialah Azmin Ali, Sivarasa, dan Karpal Singh

Bagaimana pun esok, tamatlah sudah penggantungan yang penuh dengan kontroversi dan menjadi bahan gelak ketawa masyarakat antarabangsa ini. Anwar Ibrahim, seorang individu yang dilihat terus menjadi ketakutan gerombolan penyebar video lucah, UMporNO kembali mengaum di parlimen untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat yang dibawanya.

Anwar Ibrahim dijangka akan kembali dengan penuh bergaya ke parlimen esok untuk meneruskan agenda perjuangan rakyat pada jam 9:30 pagi. Bagi anda yang mempunyai kesempatan, jom turun ke parlimen sebagai tanda simbolik memberi sokongan terhadap harimau rakyat ini.

"Demi rakyat, suara rakyat suara keramat"!!!!!!

Monday, June 13, 2011

Umno Semakin tertekan

Oleh Aspan Alias

Pakatan Rakyat sedang mengintai peluang untuk memenangi kerusi-kerusi tahttp://www.dromoz.com/image/sketch/sk44ab5857e85ba196626947.jpgmbahan di Negeri Sembilan. Ketua Umum PKR, Anwar telah melakukan lawatan ke Negeri Sembilan untuk memperkuatkan usaha PKR menambah kerusi di dalam PRU yang akan datang ini. PAS juga jika mendapat kerusi tambahan PR Negeri Sembilan merasakan yang komponen PR akan berjaya memenangi pilihanraya yang akan datang ini.



Setakat ini BN sedang diwakili oleh 21 kerusi dan PR mempunyai 15 kerusi. Jika dibuat perkiraan PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk memenangi pilihanraya ini untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan. DAP hanya kalah di Chennah di dalam pilihanraya yang lalu tetapi memenangi kesemua 10 kerusi yang lain. PKR telah memenangi 4 kerusi dan PAS memenangi 1 kerusi. Jika kelima belas kerusi ini masih mampu dikekalkan oleh PR maka PR hanya memerlukan 4 kerusi lagi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan ‘simple majority’.

DAP seperti juga di mana-mana kerusi di bandar-bandar parti itu tidak mempunyai masalah untuk memenanginya. Malahan Chennah yang satu-satunya kerusi yang dimenangi oleh MCA akan jatuh ketangan DAP jika ada calun Melayu diletakan di kawasan itu. UMNO di kawasan ini juga berpecahan diantara Ketua Bahagian Rais Yatim dengan beberapa ADUN yang ada dalam kawasan itu. Rais di katakan tidak lagi mempunyai pengaruh seperti dahulu kerana orang Jelebu inginkan muka baru dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Banyak pemerhati politik yang menghubungi saya tetap mengatakan yang DUN Pilah akan dimenangi oleh PR kerana perpecahan di dalam UMNO dan pimpinan tempatan selain dari kelemahan ADUN kawasan itu sekarang. Ketua UMNO Bahagian itu dikatakan tidak berkemampuan untuk menyatukan pemimpin-pemimpin tempatan kerana beliau hanya menumpukan perhatian terhadap kontraktor-kontraktor tempatan yang menguasai barisan kepimpinan Bahagian tersebut.

Kawasan DUN Kelawang, Lenggeng, Linggi dan beberpa Kawasan lain seperti Jeram Padang merupakan idaman PR dan tidak terkejut jika PR boleh menembusi kawasan ini dengan adanya perasaan tidak berpuas hati dengan UMNO dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan pada hari ini. Di Dalam pilihanraya yang lepas BN diselamatkan kedudukannya oleh kawasan-kawasan yang mempunyai peneroka FELDA. Harus difahami bahawa NS mempunyai kawasan FELDA yang luas sekali selain dari Pahang dan Johor.

Kalaulah tidak ada kawasan FELDA yang banyak di Negeri Sembilan setengah pihak berpendapat N Sembilan memang kepunyaan PR secara mutlak di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Di Negeri Sembilan kata ramai orang yang menghubungi saya, keadaan memang 50/50 dan pengundi di atas pagar ‘can go either way’. Ianya bergantung kepada sejauh mana usaha PR berjaya menembusi kubu UMNO dan juga bagaimana UMNO bertindak menyelesaikan keadaan di Negeri Sembilan yang agak lemah kepimpinannya. Jika benar yang dirungutkan oleh rakyat ramai terhadap MBnya, saya rasakan menggantikan beliau dengan seorang pemimpin yang lain adalah jalan yang terbaik untuk dilakukan oleh UMNO. Sesungguhnya satu persoalan yang ada dalam setiap pilihanraya ialah, siapa yang akan menjadi MB selepas sahaja pilihanraya nanti? Ramai orang berpendapat Mohamad tidak boleh menjadi jawapan kepada masalah itu, kerana Mohamad adalah isu yang besar kepada pengundi-pengundi di negeri adat ini.

Mohamad Hasan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kerjasama yang kuat dari kepimpinan Bahagian-bahagian UMNO dari Negeri Sembilan dan ini merupakan kekurangan yang sangat jelas menjadi penghalang kepada kemampuan UMNO untuk bertahan. Mohamad telah tewas di dalam pertandingan MKT kerana tidak di dukong oleh perwakilan dari NS sendiri. Malahan kedengaran ‘soksek-soksek’ dari pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian NS tentang Mohamad dan ini amat membahayakan prestasi UMNO di dalam PRU nanti.

Kali ini tidak ada cukup masa dan ruang untuk menyatakan sebab-sebab kenapa Mohamad tidak mendapat kerjasama pimpinan-pimpinan UMNO bahagian. Elok dinyatakan di dalam posting-posting yang akan datang untuk mengetahui sebab yang menyebabkan MB ini tidak mungkin berjaya mempertahankan Negeri Sembilan di dalam PRU nanti jika beliau masih tidak mendapat sokongan padu dari pimpinan bahagian-bahagian di NS.

Seperti juga di negeri-negeri lain, NS juga tidak dapat lari dari isu nasional yang boleh menjejaskan prestasi UMNO yang sudah sedia terjejas di NS. PR akan memainkan isu ‘bread and butter’ kerana ini menyentuh naluri rakyat yang sudah sedia susah. Kenaikan harga bahan mentah seperti harga getah tidak boleh di jadikan isu yang menambah prestasi parti pemerintah.

Isu rasuah dan salah guna kuasa tetap menjadi isu pokok di dalam kempen pilihanraya dan ini merupakan isu nasional yang sangat mudah diterima oleh rakyat yang mengundi. Di tambah pula dengan ketiadaan kegiatan di cawangan UMNO sejak beberapa tahun yang lalu menyebabkan UMNO di rasakan amat jauh dari pandangan rakyat. Keadaan ini dirasakan di mana-mana di seluruh negara.

Dalam pada itu beberapa pemimpin bahagian telah memberitahu yang Mohamad masih merayu untuk kekal satu penggal lagi sabagai MB NS. Dalam isu ini ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa keputusan berhubung dengan siapa yang bakal menerajui kerajaan NS.

Tentunya persoalan siapa yang akan menjadi MB penggal yang akan datang adalah persoalan yang lazim kerana siapa yang akan memegang jawatan yang penting itu boleh mempengaruhi sokongan rakyat di dalam PRU itu nanti. Mohamad sudah pasti wajar diganti. Tetapi persoalan lain pula yang timbul. Jika Mohamad dialih dan dianjak, siapa pula yang akan menggantikan beliau yang agak ‘viable’?

Di dalam pilihanraya yang lalu 50 peratus dari penyandang ADUN telah diganti oleh Mohamad dan kebanyakkan yang diganti merupaka mereka yang secara relatifnya lebih baik dari mereka yang dikekalkan. Tindakan Mohamad menggantikan ramai yang berpontensi itu tentulah didasarkan kepada politik peribadi beliau sendiri. Ramai pemimpin-pemimpin yang mendapat sambutan ramai dihindar oleh Mohamad untuk dijadikan calun. Mohamad lebih cenderung untuk mengambil mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas dan dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula.

Itu sebabnya kerajaan Negeri Sembilan mengikut pandangan orang ramai di bawah merupakan satu kerajaan yang lemah dan tidak berkemampuan. Dengan barisan Exco yang ada ianya hanya menampakan Mohamad sahaja yang celik dan yang lainnya hanyalah dijadikan sebagai ‘yes man’ semata-mata. Mohamad kekurangan sisik politik kerana beliau merupakan seorang ahli korporat.

Itu sebabnya beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang datang dari ‘paradise’ dan dengan mudah sahaja beliau memandang rendah pada pemimpin lain yang ada di sekeliling beliau. Itu sebabnya kita mendengar ayat-ayat yang melambangkan sifat sombong beliau seperti orang itu dan orang ini tidak ‘mendalamkan air’. Hanya beliau sahaja yang boleh mendalamkan air. Orang lain semuanya bodoh dan tolol pada pandangan beliau. Memang benar kata orang tua-tua dahulu, ‘kerana mulut badan binasa’.

Saya menyebut ini kerana perkataan seperti ini tidak sepatutnya keluar dari mana-mana pemimpin apatah lagi jika perkataan itu di dengar oleh mereka yang mempunyi asas adab dan adat. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya meletakan diri beliau sebagai pemimpin yang tidak boleh dialih dan dianjak kerana beliau telah membuat persediaan dengan menurunkan calun-calun ‘lame-duck’ di dalam pilihanraya umum yang lalu.

Samada calun-calun pilihan beliau itu mampu untuk bertahan di dalam PRU yang akan datang sama-samalah kita lihat. Tugas kita ialah untuk memberikan kemenangan kepada mereka walaupun kita tahu meletakan kembali calun-calun pilihan beliau itu merupakan risiko yang amat berat untuk dipikul oleh pekerja-pekerja dan pembantu pilihanraya itu nanti.

PR di sebelah sana bijak menggunakan isu-isu tempatan ini. Isu kemampuan Mohamad sebagai MB merupakan isu yang begitu laris dan nampaknya diterima oleh rakyat semua kaum. Isu dan slogan ‘welfare state’ anjuran PAS juga telah menunjukan banyak respon yang positif bagi parti itu. Itulah sebabnya pemimpin UMNO tidak berhenti-henti memainkan isu perubahan wadah PAS itu setiap hari dan waktu.

Isu yang dibawa oleh PAS ini merupakan isu yang ‘islamic’ dan ianya tidak lari dari asas memperjuangkan islam itu. Hanya pihak yang merasakan ketakutan sahaja yang akan terus menggunakan isu ini terhadap PAS. Bagi PAS isu yang dimainkan terhadap mereka ini tidak membuatkan mereka mengelabah kerana bidasan terhadap parti itu memang lumrah sejak parti itu wujud dahulu.

Malahan jika ada pihak yang membidas parti itu tentang isu ini ianya akan menambah keyakinan ramai terhadap parti itu kerana rakyat beranggapan jika PAS dikatakan tidak baik itulah sebenarnya yang baik. Ini merupakan perang psikologi UMNO yang sentiasa gagal. Jika buruk kata pemimpin kita terhadap PAS rakyat akan mengambil persepsi sebagai baik.

Isu negara berkebajikan ini setidak-tidaknya akan membawa peralihan atau ‘swing’ terhadap sokongan rakyat terhadap PAS dan ianya sudah pasti memberikan impak yang lebih terhadap kaum bukan Melayu. Dalam piliharaya yang lepas BN telah mendapat 52 peratus sokongan dan PR pula mendapat 48 peratus dari 1.02 juta rakyat NS.

Bagaimana pucuk pimpin untuk melakukan perubahan di NS hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kepada pucuk pimpinan, pandai-pandailah membuat pertimbangan yang boleh meletakan BN di NS dengan seimbang untuk mencari ‘point of reconciliation’ di antara mengekalkan Mohamad dan menggantikan beliau di dalam pilihanraya nanti.

Jika tersalah langkah bersedialah kita untuk hidup di bawah pentadbiran baru yang belum tentu buruknya. PR telah mempunyai pengalaman memerintah dan prestasinya tidak pula banyak kekurangannya. Melayu, Cina India nampaknya berpuas hati di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Hanya kita di dalam BN yang menafikannya kerana kepentingan politik kita. Saya faham memang perit untuk menerima hakikat yang kemampuan kita bukan tidak boleh di gugat oleh pihak lain. Saya pun merasakan keperitannya tetapi sebagai sebuah negara yang demokratik apa pun kehendak rakyat mesti kita turuti.

Tentunya ramai yang marah dengan pandangan saya ini, tetapi apakan daya, saya ini seorang yang lemah dan tidak mampu menolak hakikat yang benar yang berlaku di hadapan mata kita.

That’s it.

Tahniah......Sdr Adly Zahari..

Sdr Adly Zahari antara Pesuruhjaya negeri yang termuda yang pernah dilantik oleh PAS. Berlatar belakang bidang kejuruteraan, sdr. Adly Zahari sebelum ini adalah YDP PAS Alor Gajah dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka.

"PR Jemapoh/Juasseh mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan Pesuruhjaya PAS negeri yang baru di lantik pada Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang di pengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini. Sebagai warga PR Jemapoh juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Adly Zahari sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka yang baru menggantikan Ustaz Ghani.

Sdr Adly Zahari sememangnya rapat dengan dengan kami dan kerap memberi ceramah di "Dataran Rakyat Islah Jemapoh" Dan secara kebetulan pejabat perniagaan beliau di Simpang Pelangai/Beting adalah terlalu hampir dengan pejabat kami.

Tidak keterlaluan jikalau dikatakan Sdr. Adly Zahari adalah di antara calon yang layak memegang jawatan Ketua Menteri Melaka yang baru sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti di Melaka. Dengan kredibilitinya memimpin PAS Melaka dan sifat karismatiknya, ia tidaklah mustahil...

Monday, June 6, 2011

PAS & Pakatan mampu mengubah Negara







Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan penyandang asalnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Kesemua mereka akan menerajui kepimpinan PAS bersama Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013:

1) Mazlan Aliman (804)
2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765)
3) Datuk Kamarudin Jaafar (739)
4) Hanipa Maidin (735)
5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721)
6) Dr Zulkefly Ahmad (702)
7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651)
8) Khalid Samad (643)
9) Abdul Ghani shamsuddin (579)
10) Amiruddin Hamzah (576)
11) Abdul Wahid Endut (556)
12) Abu Bakar Chik (527)
13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470)
14) Dr Siti Mariah Mahmud (445)
15) Datuk Mahfodz Mohamed (449)
16) Datuk Hassan Ali (437)
17) Abdul Ghani Abd Rahman (430)
18) Nuridah Salleh (416)

Perwakilan pada Muktamar PAS ke-57 telah melunaskan impian untuk membentuk satu pasukan yang baru dalam kepimpinan tertinggi PAS Pusat bagi sessi 2011-2013 yang dikepalai Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang.

Pemilihan aktivis dan golongan profesional serta gandingan mantap ulama dalam saf kepimpinan PAS mencerminkan satu wajah baharu setelah aktivis berjaya mendominasi pucuk kepimpinan tertinggi di peringkat Timbalan dan Naib-naib Presiden.

Malah keputusan pemilihan kali ini memperlihatkan bahawa perwakilan PAS tidak mudah termakan dengan propaganda Umno melalui media mereka seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Perwakilan lantas bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS dengan kepimpinan yang sentiasa merasai perjuangan dan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Walaupun Timbalan Presiden yang baru, Mohammad Sabu (Mat Sabu) akan dilabel dengan pelbagai tuduhan oleh media Umno, namun ia sebenarnya menunjukkan naiknya Mat Sabu akan membuatkan Umno 'pening kepala'.

Semasa muktamar berlangsung, terutamanya apabila ada sidang media, maka ada sahaja wartawan akhbar arus perdana yang datang dengan soalan yang jelas mahu menjerat kepimpinan PAS.

Dakwaan demi dakwaan dilontarkan, kononnya Presiden PAS 'pening kepala' dengan saf baharu yang dipilih perwakilan kononnya akibat tidak sehaluan.

Apa yang pasti, soalan demikian telah dirancang oleh kehendak 'pemilik' akhbar iaitu Umno-BN agar apa yang bakal disiarkan dalam laporan mereka akan berjaya memupuk minda masyarakat kononnya PAS menuju kepada detik mencemaskan.

Tidak kurang komen-komen kepimpinan Umno termasuk Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin; menteri-menteri yang kononnya melihat PAS meninggalkan kepimpinan Ulama.

Walhal seperti kata Presiden PAS, kepimpinan yang ada hari ini adalah saf terbaik dan kabinet yang mantap untuk berdepan Umno pada pilihan raya umum ke-13.

Barangkali telahan Dato' Mahfuz Omar ada benarnya, bahawa Umno cukup bimbang dengan keputusan pemilihan PAS kali ini yang mana bakal menunjukkan jalang penamat kepada parti nasionalis itu daripada terus menerajui pentadbiran negara.

Kebimbangan ini jelas ketara dengan akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno setiap hari sebelum, semasa dan selepas pemilihan menyerang Mat Sabu.

Lebih menghairankan, Utusan Malaysia seolah-olah cukup lunak dengan Ulama, sedangkan majikan (Umno) merekalah yang mencaci, menghina golongan Ulama setiap kali pilihan raya berlangsung.

Tuan Guru Nik Aziz sering menjadi bahan hinaan mereka, malah ulama berkecuali seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjadi sasaran Umno untuk dihentam.

Umno sebenarnya 'rimas' dengan ulama, namun terpaksa menggunakan jalan berpura-pura memuji ulama bagi memecahbelahkan perpaduan jitu dalam PAS.

Pada pemilihan kali ini, nyata usaha itu gagal kerana bak kata Mahfuz, PAS memiliki dinamisme baru dalam menentukan kepimpinan dengan sikap perwakilan yang jauh lebih terbuka.

Utusan dan Umno barangkali terlupa, Mat Sabu adalah antara pihak yang mengagaskan konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an.

Mat Sabu adalah pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, yang masak dengan ujian perjuangan termasuk dihumban ke tirai besi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang bersama Mahfuz yang juga Naib
Presiden PAS.


Mat Sabu dan rakan-rakannya akan menjadi pemimpin yang turun ke bawah kerana latar belakang perjuangannya yang sentiasa bersama 'rakyat marhaen' adalah aset utamanya.

Beliau cukup terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan dan memiliki hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO). Lebih penting, pasukan yang terbentuk pada muktamar kali ini akan menggegarkan dunia politik tanahair dengan himpunan BERSIH
2.0 9 Julai ini bersama Jawatankuasa BERSIH 2.0 yang dipimpin Dato' Ambiga Sreenevasan.

Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini.

Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu kemasukan semula Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa juga membawa satu senario yang menarik dalam saf baru kepimpinan PAS Pusat kali ini.

Husam yang tewas dalam persaingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden bersama Mat Sabu dua tahun lalu di Shah Alam kembali mewarnai politik PAS dengan berada di barisan depan kepimpinan.

Dengan watak 'brilliant' yang dimilikinya, serta mempunyai iltizam yang kuat, Husam mampu menjadi tulang belakang kepada Mat Sabu dan rakan-rakan lain termasuk Salahuddin Ayub untuk menelanjangkan Umno pada pilihan raya umum ini.

Kemenangan besar Mazlan Aliman yang terkenal dengan perjuangan NGO Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) memangkin kekuatan PAS, kerana beliau cukup digentari oleh Umno.

Resepi lengkap ditambah dengan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Muslimat, kewarakan Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda; dan 'keulamakan' Dato' Harun Taib mampu memandu PAS ke lapang sasar yang menjanjikan agenda PAS menggantikan Umno akan tercapai.

Saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan Umno dan yang jauh lebih penting ialah untuk mengusung Umno ke Muzium Negara seperti kata Husam.

Wednesday, June 1, 2011

Khairy ,,,,Oh....Khairy..!!!!!.

Kahiry kini semakin galak menggunakan pentas2 wancana begini...
Adakah cuba meletakkan diri semula setelah ditolak oleh Mahathir & Najib dlm Kabinet???

ATAU semakin terasa dan ternampak bahawa keterbukaan minda dlm PR...?

Namun apa jua niatnya...tika ini. Kami seharusnya mengucapkan syabas kepada Khairy atas keberanian berhujah pendapat seperti forum ini.

Adakah pemimpin2 UMNO yg lain berani.....

Cukupkah hanya setakad menghantar Saberi dlm kes minyak bersama Anwar dlm media TV seketika dulu.

Siarkan forum2 wancana ilmu ilmiah di media2 perdana dan TV bersama2 panel2 dari pelbagai bidang untuk dinilai rakyat. Buat siaran lansung...Kalau perhimpun UMNO, Parlimen, hiburan dan sukan dibenarkan...Kenapa program begini disorokan...?

Kita sama2 angkat budaya politik yg matang dan berilmu...

UMNO BN berani ???