Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, May 31, 2009

PKR (PR) Mengekalkan Kemenangan




PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

May 31, 09 6:07pm

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

@@Pejabat PR Dun Juasseh@@


Saturday, May 30, 2009

Sukan PASTI Peringkat N. Sembilan



Sabtu 30hb May 2009

Kali ini "PADANG RAKYAT" di Dataran Ilmu dan Islah Jemapoh, menjadi pilihan sebagai tuan rumah untuk menjayakan Sukan Pasti Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2009 anjuran bersama DPPKP dan DPPKJ. Ianya turut di bantu oleh Pas Caw. Kg Kuala Jemapoh dan Pakatan Rakyat Dun Juaseh.

Acara sukan bermula awal pagi 80.30am dan berakhir 12.30pm. Padang Rakyat telah mula dibanjiri oleh semua kontijen Pasti dari setiap daerah dengan deretan gerai-gerai jualan di kiri-kanan jalan Dataran.

Rata-rata ibubapa yang hadir pada hari ini, cukup gembira dengan prasarana tempat yang starategik, persiapan dan susunan jadual yang tersusun membuatkan anak-anak pasti ini cukup gembira untuk bersukan. Ibubapa juga berharap agar pasti akan lebih diterima oleh orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka nelajar di Pasti di tempat mereka.

PASTI mungkin bakal menjadi perintis akademi sukan yg lebih profesional kepada anak-anak ini dengan menerapkan semangat kesukanan yang tinggi disamping memupuk sifat peradapan, kasih sayang dan berhemah. Sukan semestinya dijadikan salah satu riadah kesihatan yang penting dalam membentuk displin kehidupan yang tinggi dan bukan medan pertempuran perkelahian dan perjudian.

Kemuncak kejohanan, menyaksikan Seremban menewaskan Kuala Pilah peringkat final bolasepak dengan kedudukan 1-0 dalam saat-saat terakhir. Bagi acara bola jaring juga menyaksikan pasti kawasan rembau menewaskan pasti kawasan seremban.

Tahniah dan Syabas kepada tenaga pengerak terutamanya ALP pasti negeri, DPPKP, DPPKJ, Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh, Abg Karim, Media Mizan, SU Rusli, Uztaz Muhidin, Bro Arjuna, Pengerusi Tn Hj Rosli dan krew2 Helmi Event.

Kekuatan pakatan dan ilham sumbangan ini telah menjadikan Padang Rakyat salah satu lokasi medan segala aktiviti rakyat tanpa lagi meraih simpati kepada individu yang berkuasa tapi sombong.

Mana-mana pasukan yang mewakili PASTI NS, kami iringi dengan doa moga dapat menempatkan pasukan NS ke salah satu tempat yang terbaik di peringkat kebangsaan Selangor nanti.

Majlis perasmian penutup oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan yang baru Al-Fadhil Ustaz Khairil Anuar Wafa yang menggantikan YB Taufek yang tak berkesempatan hadir kerana tugas-tugas yang bertindih.

@@ Bro Luv @@

Watak "DENDAM" Abdullah mula membayangi Kabinet NAJIB ??


Kegoncangan Umno/BN hari ini semakin parah walaupun kepimpinannya
sudah bertukar wajah dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri
Najib Tun Razak.

Episodnya hampir sama dengan apa yang berlaku di zaman Abdullah yang
ketika itu menerima serangan hebat dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan
sekutu-sekutunya.

Di zaman Abdullah, krisis antara Dato' Md Isa Sabu dan Dato' Seri
Shahidan Shahidan susulan keputusan mengejut istana Arau
membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali
Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat
Dato' Ahmad Said bagi menggantikan Dato' Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan
Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.

Hari ini, Najib pula dihadapkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku
seperti di Terengganu dalam isu berkaitan Idris Jusoh dan Menteri
Besar, Dato' Ahmad Said; isu keretakan hubungan antara Shahidan
Kassim dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu; isu siapa
bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor dan
isu kabinet Najib yang di 'remote control' oleh Tun Mahathir.

Skripnya hampir sama dan watak yang melakonnya tak ubah dan hanya
mungkin akan bertambah dengan beberapa lagi watak yang akan muncul
selepas ini.

Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, kegemparan ini
episodnya sama seperti yang berlaku di zaman Tun Abdullah, namun masa
sahaja yang berbeza yang mana watak tetap melakonkan serangan untuk
pihak yang sedang berkuasa.

Tidak dinafikan, persepsi umum kini terarah kepada tindakan Najib
yang langsung mengesampingkan wajah-wajah Abdullah yang masih ada
dalam kepimpinan Umno seperti Khairy Jamaluddin.

Mahu atau tidak,Najib kini mula dihadapkan dengan watak Abdullah yang
akan berterusan menyerang kepimpinan Najib yang berjiwa Tun Mahathir.

Pelantikan Mukriz Tun Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti) sendiri mencetus satu kegawatan
kepada kalangan kepimpinan Pemuda Umno apabila ketuanya, Khairy tak
menjawat satu pun jawatan dalam kabinet.

Secara jelasnya bak kata beberapa pemerhati politik dan blog,
pelantikan Mukriz hanya menambahkan lagi api permusuhan antara
Abdullah dan Mahathir, namun targetnya pastinya Najib.

Hari ini mungkin krisis sepuluh wakil rakyat BN Terengganu yang
dikatakan tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan
Negeri akan menjadi titik permulaan serangan Abdullah terhadap Najib
melalui watak-watak yang masih ada dalam kepimpinan Umno versi Najib.

Kemelut Umno di negeri Perlis sebagai tambahan kepada corat-coret
adegan yang akan berkesinambungan dalam pemerintahan Najib yang bakal
menyaksikan tekanan yang berlaku kepada Abdulah sebelum ini akan
berlaku juga kepada Najib.

Mungkin ada benarnya kata Mahfuz Omar bahawa hayat politik Najib
mungkin lebih singkat dalam melengkapi teori RAHMAN.

Apakah krisis ini jalan permulaan kepada kehancuran politik Najib,
sama-sama kiota saksikan.

Saturday, May 23, 2009

Malaysia Aman Tanpa Umno

Siapa yang selalu membuat provokasi ...???



Maka hari ini terbuktilah pada seluruh rakyat Malaysia akan 1 perkara yang selama ini tak terlihat oleh ramai orang kebanyakan dan jugak orang-orang atasan.

Ramai yang berada di Penanti sejak dari subuh tadi seawal jam 1 pagi lebih kurang. Geng blogger telah meronda banyak tempat. Boleh dikatakan seluruh DUN Penanti dia orang pusing dengan group geng-geng blogger yang hadhir hampir dari pelusuk negeri dan apa yang dilihat jelas dan terang.

Sejak dari subuh tadi, langsung tak ada langsung kekecohan, sikit pun tak dak insiden kalut macam yang selalu berlaku dalam pilihanraya baik DUN mahupun parlimen macam yang lepas-lepas.

Kali ni aman damai, DUN Penanti cukup-cukup tenang tanpa kehadiran UMNO/Barisan Nasional. kalau tak percaya, korang bukaklah mana-mana blog baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro UMNO/Barisan Nasional dan korang carilah blog mana yang ada laporkan kejadian kekecohan di Penanti.

Sebab apa jadi tenang?

Sebab UMNO/Barisan Nasional tak de kali ni. tanpa UMNO/Barisan Nasional, anggota-anggota PDRM boleh bersenang-lenang, baik SB, JSJ, FRU, UTK atau mana-mana unit dalam PDRM bertugas dalam keadaan bersenang-lenang hari ni. rata-rata sangat-sangat santai hari ni.

Tak perlu kejar sana-kejar sini.

Air dapat dijimatkan, minyak dapat dijimatkan, tenaga dapat disimpan. Rilex...

Sebab apa jadi lagu ni?

Sebab UMNO/Barisan Nasional tak ada.

Jadi dari apa yang kita lihat dan berlaku hari ini, jelaslah selama ini yang menimbulkan kekecohan ialah UMNO/Barisan Nasional, bukan Pakatan Rakyat. bukti dah jelas dan nyata.

Maka dengan itu, dengan melihat pada apa yang berlaku hari ni, eloklah kita sama-sama membuat satu persepakatan demi keamanan negara Malaysia yang tercinta.

Tolak UMNO/Barisan Nasional secara total dalam PRU-13 nanti. tanpa UMNO/Barisan Nasional di Penanti, dah terasa betapa amannya kehidupan. tu baru di Penanti. kalau UMNO/Barisan Nasional tak de terus di Malaysia macam mana?

Rakyat mulai yakin Malaysia akan lebih aman, damai dan makmur tanpa UMNO/Barisan Nasional di Malaysia.

Korang tak nak ke hidup aman, damai dan makmur?

Kalau nak, bulatkan tekad, tolak UMNO/Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti..!

Tak percaya ke? korang tanya sendiri la sape-sape yang ada di Penanti hari ni.

Aman Bro..!

@@BroLuv@@

`DRAMA PERTAMA' PERSEMBAHAN CALON BEBAS


MELUCUKAN, baru sahaja selesai penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Penanti maka seorang calon bebas iaitu Aminah Abdullah mula membuka `panggung drama'. Mungkin beliau merasakan dia seorang tokoh yang hebat, maka dirinya amat bernilai sekali. Bekas pemimpin PKR P.Pinang ini mendakwa PKR telah cuba untuk merasuahnya agar menarik diri. Wah, begitu berharga wanita yang ditolak ketepi oleh PKR ini. Sayangnya, drama yang dimainkan itu terlalu awal bermula apatah lagi jalan cerita drama tersebut sudah basi. Tidak mengapa, mungkin beliau baru belajar bermain politik dan jahil tentang helah dan muslihat politik.

Risik ingin ingatkan beliau bahawa cara sedemikian sudah tidak laku lagi di alaf baru ini. Jangan cepat belajar benda-benda yang bodoh yang mungkin akan memalukan diri sendiri. Jika ada bukti, silakan terus buat laporan sebaik sahaja ditawarkan rasuah tersebut. Mengapa perlu tangguh-tangguh dan hebohkan di merata-rata sedangkan laporan tidak lagi dibuat. Jangan ikut cara Menteri Luar Anifah Aman yang ketiadaan modal dan idea untuk bercakap, maka menuduh DS Anwar menawarkannya jawatan TPM jika PR berkuasa di pusat. Mengapa Anifah selaku menteri tidak buat laporan Polis? Jangan fikir rakyat mempunyai taraf pemikiran serendah kita yang bercakap.

Drama seperti ini risik percaya akan berterusan sehingga hari pengundian. Ketika ini risik yakin setiap calon bebas terutamanya Aminah pasti `glamour' buat sementara waktu di TV3 atau lain-lain media yang haprak itu. Hampir benar tekaan risik sebelum ini yang merasakan ada calon `halimunan' di Dun Penanti. Kita tidak dapat melihat calon Umno di Dun Penanti, tetapi sesiapa yang hadir sepanjang berkempen di sana nanti pasti `terbau' Umno di sana. Bukankah `bau' Umno ini mudah kita kenali. Kepada Aminah risik nasihatkan jangan bimbang, adinda Raja Sesumpah pasti menjelma sehari dua ini kerana Raja sesumpah hanya akan lahir ketika bulan pilihanraya mula mengambang. Sudah tentu sasaran Raja sesumpah tetap sama iaitu DS Anwar. Selamat datang sekali lagi ke Permatang Pauh dan ke Dun Penanti buat Ezam..hausss punyo ezamm..

Risik dengar minggu dopan DUN PErak Bubar...yo ko...??

Ini yang risik dengar dari teman2 risik di merata tempat....Dewan Undangan Negeri Perak diramalkan dibubar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang dijangka berlangsung pada hari Isnin atau Selasa depan.

Menurut sahabat risik...analisis risik mengenai keputusan yang diramal memihak kepada Dr Zambry Abd Kadir telah menjadi kenyataan dan langkah seterusnya seperti beliau nyatakan sebelum ini ialah pembubarn DUN Perak.

“Posting risik tiga hari lalu telah ‘meramalkan’ Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

“Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran DUN Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis BN sekali lagi Isnin atau Selasa ini.

“Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur ‘pre-arranged’ dalam keputusan ini? Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini...kata risik bosar...

“Keputusan ini memberi kesan besar. Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agung atau Sultan boleh melantik PM atau MB yang baru tanpa PM atau MB berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya,” kata risik bosar dalam tulisannya.

Risik bosar mengajukan soalan adalah negara sudah bersedia menerima kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses yang risik sifatkan sebagai “tabung uji di luar rahim” iaitu di luar Dewan Rakyat atau DUN

“Khususnya Najib, sudahkah beliau bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik PM yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?

“Tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka yang dilihat wajar. Apa lagi keputusan mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan,” jelas risik bosar lagi.

Risik bosar meramalkan Dr Zambry akan mengadap Sultan Perak minggu depan bagi memohon DUN dibubarkan atas dasar mahu memulangkan mandat kembali kepada rakyat.

“Memang itu yang dihasratkan oleh PR tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak.... Pembubaran, ya. Proses undang-undang yang adil, juga ya,” kata risik bosar mengakhiri ucapannya......ehhh yo ko Zamry Mamak nak bubar DUN...kito tunggu yo lah....

UMNO SEMAKIN TERTEKAN KINI ....

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan Alfatihah kepada Allahyarham Ismail Yaacob Adun Manik Urai, Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. Beliau yang sejak kebelakangan ini sering dikatakan uzur, namun Allahyarham tetap berusaha sedaya upaya melaksanakan amanahnya selaku Wakil Rakyat untuk berbakti kepada masyarakat di kawasannya. Bukan mudah untuk mencari tokoh seperti beliau yang memikul bakti dan amanah rakyat sehingga ke penghujung nyawa. Kita mendoakan agar beliau ditempatkan di sisi Allah bersama para syuhada' dan Ambia'.

Sudah tentu pemergiannya diratapi oleh rakyat khususnya di kawasan Manik Urai, apatah lagi kesedihan yang dialami oleh kaum keluarga beliau. Di sebalik kesedihan itu, terdapat seorang manusia yang begitu `menggeletar' apabila menerima berita mana-mana Adun dari PR yang meninggal mahupun meletakkan jawatan. Manusia ini yang memainkan peranan penting di dalam mewujudkan kerosakan parah demokrasi di Perak sekarang mulai menerima hukuman dari tindak tanduknya. Peristiwa di Permatang Pauh, K. Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau benar-benar membuat beliau hilang punca dan hilang arah sehinggakan mulai hilang pertimbangan. Pilihanraya Kecil Dun Penanti sedia menanti untuk menambahkan lagi derita pemimpin ini. Mungkin, bayangan roh Altantuya tidak begitu menakutkan beliau daripada ketakutan yang dialami apabila berhadapan dengan pilihanraya.

Kali ini Umno terpaksa menyertai pilihanraya kecil Dun Manik Urai yang bakal diadakan tidak beberapa lama lagi. Jika di Dun Penanti, alasan diberi adalah pilihanraya tersebut merupakan mainan politik PKR, tetapi kini apa pula alasan Umno? Sudah tentu mahu atau tidak, takut atau berani, Umno terpaksa meletakkan calonnya untuk membuktikan bahawa Umno masih releven dan bertambah kuat di bawah Najib. Keputusan di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu adalah seperti berikut:

a. Jumlah Pengundi - 12, 292 b. Melayu (99.25%), Cina (0.44%) , India (0.26%) dan Lain-Lain (0.02%)
b. Ismail Yaacob (PAS) - 5, 746 undi.
c. Muhamed Zulkifli Omar (Bn) - 4, 394 undi.
d. Majoriti - 1, 352

Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, PR sentiasa mengalu-alukan Umno/Bn untuk sama-sama merealiasikan proses demokrasi. Bukan tujuan PR untuk menunjukkan kekuatan jauh sekali untuk bersikap ego, tetapi semata-mata untuk memberi peluang kepada rakyat memilih samada mereka masih percayakan Umno/Bn atau pun mulai yakin dengan PR. Jika selama ini Umno mendabik dada mengaku kononnya parti mereka itu masih releven malah bertambah gagah dan hebat di bawah Najib, PR ingin melihat realitinya. Keinginan PR itu tidak tercapai di Penanti kerana Umno mungkin belum bersedia untuk berpencak di bumi Permatang Pauh. Mungkin nama Permatang Pauh cukup bererti dan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Najib dan Umno.

Negara kita ketika ini nampaknya terlalu gawat dengan situasi politik seperti juga kegawatan ekonomi yang melanda. Kegawatan politik di Perak adalah punca segala-galanya dan Najib tahu siapa yang menjadi dalang semuanya ini. Rakyat di Perak juga tahu siapakah yang menjadi pengkhianat mereka selama ini. Apa yang pasti, tekanan buat Umno semakin hebat.....kepada juak-juak UMNO@BEE END.....hang pa tau tak parti hangpa dah nak karam dah....kudis tak boleh nak diubati lagi....

Sudah lama ku bertahan....kali ini akan ku serang habis-habisan demi ISLAM DAN KEADILAN....




Negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa...

Tiga hakim Mahkamah Rayuan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada bahawa Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.

Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarop tidak memberikan hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang mempunyai implikasi mendalam terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini dan kuasa-kuasa istana sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Mengulas keputusan mahkamah itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, “negara kita mempunyai hakim-hakim luar biasa dengan kebolehan luar biasa.”

Kini Nizar hanya boleh merayu kepada Mahkamah Persekutuan sebagai ruang perundangan terakhir untuk menegakkan mandat rakyat dan perlembagaan negeri Perak.

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tentunya sukar ditelan oleh bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat tetapi juga pendokong demokrasi malah di kalangan peguam sendiri.

Presiden Majlis Peguam Malaysia K.Ragunath berkata keputusan mahkamah hari ini seolah-olah meletakkan kuasa-kuasa Sultan sebagai menjangkau parlimen atau dewan undangan negeri.

Ragunath berkata Mahkamah Rayuan seolah-olah memberikan Sultan kuasa-kuasa yang menjangkaui daripada apa yang diperuntukan oleh perlembagaan. .

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah tanpa penghujahan bernas adalah mengejutkan dan satu penganiayaan proses keadilan.

Namun beliau menjangka keputusan itu akan menjejaskan lagi kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Keputusan hari ini hanya membuatkan rakyat lebih marah dan mempercepatkan kejatuhan BN,” kata Kit Siang.

Ketua Pemuda Angkatan Keadilan Pemuda Samsul Iskandar menyifatkan keputusan itu “memualkan” dan dipengaruhi oleh tekanan politik.

Beliau berkata keputusan tiga hakim itu jelas begitu cetek, tanpa disokong oleh fakta bernas, bukan sebagaimana penghujahan lengkap yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar sah sebelum ini.

Pemerhati politik berpandangan bahawa keputusan ini memang sudah dijangka kerana bibit-bibit campurtangan politik ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri sendiri apabila beliau berkata BN hanya akan menimbang mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat bagi mencari penyelesaian krisis politik Perak setelah selesai proses mahkamah.

Umumnya penyelesaian politik tidak ada kena-mengenai dengan keputusan mahkamah dan kenyataan Najib itu menimbulkan persepsi beliau sudah tahu hala keputusan Mahkamah Rayuan sebelum membuat kenyataan itu awal minggu ini....tunggu yolah..kebenaran pasti akan muncull.....takbirrr

Najib tekejut...dio bukan PM laie.....heheheh..

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung ( YDPA ) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria . Najib yang masih marah dan berang berkata : “ Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana –mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA . YDPA dengan senyum berkata kepada Najib : “ Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif ( Y.A ) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar ( di peringkat Negeri ) atau Perdana Menteri ( PM ) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya ( votes of no confidence ).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan ( 1966 ) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah : “ Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa . Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia."

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan ( Constitutional Monarchy ) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak ( Absolute Monarchy ). Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.

Sketsa di atas adalah , bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari jumaat tempohari.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan ( legitimacy ). Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah , Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan , maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama . Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam . Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari .Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari- saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami ( pasukan peguam Nizar ) adalah meskipun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr .Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan . Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.....

Lawan Totap Lawan....apakah ini akan jd kenyataan???tungguuuuu....



Monday, May 18, 2009

PR berhadapan Altantuya di Penanti.....


18hb May 2009-Isnin


Piliharaya Dun Penanti, bakal mencipta sejarahnya tersendiri. Buat pertama kalinya Umno tidak akan menyertai Pilihanraya kecil seperti yang diumumkan oleh media sebentar tadi sebaik sahaja Najib mempengerusikan mesyuarat khas "PRK PENANTI".


Namun calon bebas telah ditaja Aminah binti Abdullah (Nama Islam Altantuya) dan akan berhadapan dengan PKR. Najib telah memberi berbagai alasan untuk cuba mengelak dari bertembung PRK sejak Dun Penanti dibubarkan walau pun Tok Gurunya Mahathir telah membidas alasan ini.


Alasan untuk mengelak dari pembaziran dan tidak mahu terperangkap mengikut rentak Pakatan Rakyat adalah alasan yang cukup longgar dan bacul.


Yang pasti dan mungkin benar, Najib cukup gelisah namanya akan lagi tercemar dengan turutan kekalahan demi kekalahan semenjak menjadi pengarah piliharaya Umno setiap kali PRK kebelakangan ini. Sudah pasti setiap kali ceramah PR akan berkumandang menyebut-nyebut nama Altantuya, komisen kapal, kehilangan Bala. Dan lebih pasti Najib tidak berusaha langsung untuk membersihkan nama beliau yang tercemar hampir tercetak di seluruh media antarabangsa yang mengaitkan beliau dengan kematian Altantuya.


Sekiranya Umno menyertai PRK Penanti ini, akan berligar-ligar lagi lah keranda, topeng-topeng wajah Altantuya apatah lagi calon bebas yg ada adalah nama Altantuya sewaktu dalam Islam.

Najib pun tidak sanggup lagi menerima kekalahan demi kekalahan. Najib telah memecahkan rekod PM itu sendiri. Mahathir dan Abdullah yg baru memegang tampok Pemimpin Negara dulu, menang besar sewaktu saja di adakan pilihanraya tetapi Najib sebaliknya. Krisis kudeta Perak lebih memeritkan lagi Najib.


Mungkin jangka hayat UMNO BN sudah hampir sampai ke penghujung.


@@Bro Luv@@

Friday, May 15, 2009

Hassan Ohhh Ombong Hassan !!!!

16hb May 2009 Sabtu

Hari kecermelangan dan sukan Tadika Kemas peringkat Parlimen Kuala Pilah telah di adakan di Kompleks Rakan Muda Melang. Seperti biasa, majlis tersebut di hadiri oleh hampir semua Adun.
Ajk Kemas telah mengatur beberapa aturacara, agar majlis tersebut nampak meriah, ini memandangkan ianya bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah Dato' Haji Hassan bin Malek.

(gambar sebelah waktu hari ponggal)

Malangnya..... Hassan tetap Hassan. Seperti di zaman belianya hingga lah telah menjadi Tim. Menteri, setiap ucapannya akan berbaur politik dan provokasi. Dengan tanpa memperdulikan apa jugak majlis. Wajar kah Ombong Hassan bertitah politik dan membelasah kemelut Perak dengan tanpa kajian yang bijak di hadapan anak-anak Tadika. Cukupkah ilmu dan layak kah, berlagak seperti peguam undang-undang dgn hanya membaca sebaris dua perlembagaan.
Lagak...Hassan ini sudah cukup ditertawakan oleh Adun Acu Bujeng dan Ismail Lasim (peguam)

Hassan mungkin lupa, maklumat yang lebih terkini akan jijiknya Umno itu telah lebih di ketahui oleh ibu dan babak anak-anak Tadika tersebut. Hassan tetap Hassan, yang boleh berhujah dengan tanpa bantahan hanya dihadapan Tadika Kemas sahaja.

Tapi percayalah..... sebahagian anak-anak Tadika yang sebelum ini, telah cukup dewasa dan matang sekarang. Mereka cukup kehadapan didalam perkembangan politik dan masalah negara masakini. Anak-anak ini lah yang bakal menghukum Umno Kuala Pilah termasuk Hassan Malek pada pilihanraya yg akan datang. Kesombongan Umno yang terlampau, wajib dikuburkan sebelum terjadinya kerosakan yang terlampau kepada anak-anak bangsa.

Insyallah.... Kuala Pilah bakal cemerlang dgn ilmu dan kebijaksanaan, bila munculnya anak-anak muda yang menuntut reformasi perubahan. Manakala Jemapoh juga akan lebih ceria dengan kunjungan anak-anak muda yang bakal mengubah landskap politik dgn pentadbiran yang tersusun tanpa menagih sedekah orang-orang Umno ini.

Tuesday, May 12, 2009

Mahatma Zamry.....puuuihhh...jgn nak beragan jadi mahatma gandi or nelson mandelaa .....



kahhhhhh.....kahhhh....zamry teh tarikk mengaangap perjuangan dio serupo mcm MAHATMA GANDI..NELSON MANDELA.....cittt...porahhhh.....lu ingat nama lu org boleh panggil Mahatma Zamry......kahahaha..kahah..pocah porut Ir pening golakk..

Sungguh memalukan orang Umno sahaja bilamana Zambry mengibaratkan dirinya sebagai Mathma Gandhi dan Nelson mandela....Jauh bonar jasonya dgn dua tokoh dunia tu.....Syarat tak cukup lang Bang Zam oi(panggilan manja ni)....Kene bertapa 27 tahun dalam penjara tu pun kalau panjang umur ler......Akibat terdesak beginilah kelaku yang tertonjoi.......,mungkin Najib pun gelak bila Zambry mengeluarkan kenyataan sedemikian.......Untuk tak mengecewakan si Zambry terimalah gambo ini seadanya........MATHMA ZAMBRY ...buat tatapan sekalian rakyat..pemimpin ulung dalam bab haram...tiada halal melainkan haram-haram belaka......Nampaknya nak sama mcm Mathma Gandhi kunun...wakakaka

Ir Pening...

mahkamah ohh mahkamahhh...kang gua panggil cik mahh kangg..!!

Intro semangatt untukk pejuang2 PR...

Wahai Pemimpin Pakatan Rakyat!! Tunjukkan Semangat Perjuangan Anda Demi Menegakkan Keadilan Kepada Rakyat Tanpa Mementingkan Harta Atau Pangkat! Tunjukkan Keikhlasan Anda!!

Cik Mah n Ir Pening dah poning pasal mahkamah....

susah boto kalau kiblat manusia yang buat....gua ni dah la amik engineering...kalau dulu gua study law kan ker senang nak ulas...nak cantas org UMNO.... bab2 kuasa-kuasa yang ada kat Malaysia ni. Legislatif la, eksekutif la ntah apa lagi tif pun gua tak reti nak nyebutnye....Ni yang baru nak kena tahu pulak fungsi mahkamah-mahkamah yang bertebaran kat seantero bumi Malaysia ni.... Mahkamah rayuan la, tinggi la, persekutuan la... Tak pandai nak ulas di buatnya..... Kuasa mahkamah ni plak 2,3 minggu ni macam bercangah.... Kejap tolak mahkamah tu kejap tolak kat mahkamah ni..Biol aku di buatnya. Senang-senang tolak kat mahkamah syariah la plak....

Kalau gua dari dulu study ilmu shafel ni mesti tak jadi macam skang, tenang je gua shafel kat tepi-tepi jalan supermarket nun. Tak pun tahun depan gua masuk AF la. Untung-untung ada jugak pak menteri yang undi gua. Tak gitu? Hahahaha

mano gua tau cito politik nak jadi mcm ni....kalau gua tauu skrip politik mcm ni dah lamo gua jd lawyer....guaaa lawan sampai tamat riwayar BEE END..hehehe..tapi walau gua jadi penoreh gotah kerr...jual kuih baulu kt R&R....bukak bisnes khemah kerrr....gua totap lawannn...

Ir Pening....

Bubur jer DUN Perak..maka tamatlah riwayat BEE END....Penanti menanti BN...mano nihh???

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.
Malah ada ‘pemimpin’ yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)..
Imbas kembali ketika dua ADUN ‘katak’ hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.

Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che’GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan ‘kita masih punya majoriti’ malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk….. hahahahahahahahahaaaaa.

Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil. Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.

Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk ‘gangster’ untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.
Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram. Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.

Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang….

Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut. Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku……
Merujuk semula keputusan semalam…..sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.

cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..
Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas. Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.
Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.

Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.
Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008. Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai ‘penghubung’ tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja…. yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP….

Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.
Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan. Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.
Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.
Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak….pandai cakap Inggeris atau tidak…apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja….

Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap. Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam..JANGAN PADAMKAN CAHAYA PR YANG SEMAKIN MENYINAR....AYUH BANGKIT...
Salam dr IR pening...

Umno "bermatian" Untuk Mengelak Pembubaran DUN

Gila Sedang Bawa Lari Speaker


Umno kelihatan bekerja bermati-matian bagi menghalang pilihan raya diadakan sehingga terpaksa mendapat bantuan Mahkamah Rayuan.

Sekiranya pilihan raya diadakan lagi di Perak, Percayalah...seluruh jentera PR telah bersedia menghantar lebih ramai lagi petugas membantu jentera kempen.


Nasihat Sultan bubarkan Dun

"Walaupun menjadi hak kepada mana-mana individu untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tetapi membiarkan kes ini berlarutan akan melahirkan persepsi BN gila kuasa. Oleh itu, saya menyeru Nizar dan Dr Zambry menasihatkan Sultan agar memanggil satu pilihan raya baru."Oh Tong Keong, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum."- Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Parlimen Gua Musang.

@Bro Luv@

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi: Nizar MB Perak Yang Sah



11hb May 2009-Isnin
Nizar Jamaluddin MB Perak Yang Sah

Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.

Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.

Zambry tidak berhak untuk menjalankan apa-apa urusan dan tugas sebagai Menteri Besar. Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidak sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambut dengan penuh kegembiraan.

Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Kedua Menteri Besar itu juga hadir di mahkamah.

Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.

Bagaimana pun disebabkan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum ini oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.

Kebenaran itu bak mutiara, di perlimbahan sekalipun duduknya, sinarnya akan tetap memancar-mancar. Benarlah, kerakusan dan kegelojohan itu dapat menjadi kudis dan pekung yang jika muncul di badan dapat disorok, tetapi tumbuh di muka, hendak dihalakan ke mana?Jadikanlah peristiwa ini pengajaran, Syabas kepada yang bersolat hajat dan sebagainya.

Bila Zamry minta rayuan pada Mahkamah Rayuan, ia ibarat seorang perompak yang mempertikaikan hasil rompakannya dikembalikan pada tuan empunya yang asal.
Sudah terang lagi bersuluh...bahawa kebenaran bisa disalahkan tapi kebenaran tidak bisa dikalahkan. akhirnya ia akan tegak di tengfah-tengah kebatilan. akhirnya kebatilan pasti ditumbangkan. kesombongan zambry yang mengatakan kejadian di dun perak tempoh hari adalah kebiadapan pakatan rakyat, akhirnya memakan diri.

MB Nizar pasti segera mengadap Tuanku Sultan Perak memohon perkenan sekali lagi untuk membubarkan DUN Perak. Mungkin hari ni atau malam ini juga. Tak boleh tunggu sehingga esok. UMNO terlalu banyak muslihatnya.
UMNO sudah ada Speaker MIC. Walaupun speaker tu haram, tanpa mengikut peraturan displin dewan dan tanpa mengangkat sumpah di depan Sultan, tapi dalam UMNO yang haram boleh dihalalkan. Esok UMNO mungkin memanggil Sidang DUN, kemudian buat undi tak percaya pada MB Nizar, maka sah lah bagi UMNO yang Zamry MB Perak. MB NIzar kena segera mengadap dan pihak istana pula melalui Tuanku Raja Muda kena mengotakan janjinya yang mahu bekerja bersama PR.

Dan kemungkinan besar juga, 3 Adun bebas tersebut akan diserapkan ke parti Umno dan MCA atau Gerakan.

Keputusan hakim kata MB Umno BN tu tak sah, maknanya tak sah sejak mula dilantik lagi. Apakah yg Umno lakukan dan yang dibuat selama ini boleh pulak dikira sah??? Apakah Sivakumar tu masih speaker yang sah. 10 orang ADUN BN (termasuk si katak 3 ekor tu) yg di gantung, semuanya tak boleh hadir sidang.???. Adapun sultan pun ada muslihatnya. dia tolak pembubaran kali pertama. dah minta dgn bacaan ayat quran untuk bersabar. 'dia di atas politik'. tidak mustahil tetap tolak pembubaran untuk kali kedua.raja muda tiada kuasa selagi sultan masih ada. raja muda datang ke sidang DUN tempohari juga hanya untuk merasmi sahaja. 'juga di atas politik". situasi memang sukar, kecuali dengan izin Allah. Hanya jadi mudah jika Allah Yang Maha Membolak-balik Hati, menjadikan sultan memberi perkenan permohonan pembubaran kali ini.

Sebenarnya rakyat di Perak ramai yang sudah mengetahui siapakah sebenarnya MB Perak yang sah, tetapi secara undang-undangnya belum diperlihatkan. Hari ini semuanya telah diperlihatkan dan kepercayaan rakyat Perak adalah benar. YAB Ir Nizar pertamanya akan menggantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat Exconya dan yang yang paling berani akan dilakukan oleh YAB Ir Nizar adalah untuk mengadap DYMM Sultan Perak bagi pembubaran Dun.

Meskipun dari segi politiknya, usaha untuk pembubaran Dun amat-amat ditakuti oleh mana-mana pemerintah kerajaan kerana dikhuatiri akan kehilangan kuasa, namun YAB Ir Nizar bukanlah seorang yang gila kuasa. Apa yang penting baginya kini adalah kestabilan di Perak dan kepentingan rakyat harus didahulukan. Bukan sedikit risiko yang bakal diambil oleh beliau untuk membubarkan Dun, mungkin beliau akan kehilangan kuasanya yang baru dikembalikan semula kepadanya.

Tetapi, jika itu yang rakyat Perak mahukan apakan daya. Begitulah berakhirnya drama politik yang terlalu sadis ini dapat kita lihat. Angkara siapa yang menjadi puncanya biarlah rakyat Perak yang menghukumnya nanti di dalam Pilihanraya Negeri Perak yang bakal diadakan sekiranya mendapat perkenan sultan. Kita penuh yakin, DYMM Sultan Perak pasti turut merasa lega kerana beliau kini punyai pilihan dan alasan sendiri untuk memperkenankan pembubaran Dun. Biarlah demokrasi yang sudah luka parah di Perak ini diubati oleh rakyat Perak sendiri. Bukan Sultan mahu pun mahkamah yang berupaya mengubati luka-luka parah ini, tetapi rakyat Perak sendiri.

Tahniah YAB Ir Nizar dan sama-samalah kita berdoa.

@@ Bro Luv @@

Saturday, May 9, 2009

DUN PERAK belum bersidang ???

Setelah meneliti dan menghayati peristiwa di DUN Perak melalui rakaman video Malaysiakini dan TV Pas, juga mendengar berkali-kali rentetan peristiwa oleh MB Nizar, kemungkinan bahawa Sidang DUN Perak belum lagi bersidang. Walaupun kami bukan hakim yang berhak untuk membuat keputusan sah atau tidak sahnya persidangan ini, sebagai rakyat biasa bernaluri bahawa MB Umno DPulaulah punca segala honar dan nanah di DUN Perak. Kedegilan MB Umno DPulaulah yang menyebabkan Tuanku Raja Muda menunggu lebih lima jam.

Speaker Sivakumar telah menyatakan dengan jelas bahawa 10 ADUN yang digantung mesti keluar daripada dewan bagi membolehkan Sidang DUN dimulakan. MB Umno DPulau serta enam exco dan tiga lompat, enggan dan degil dengan arahan speaker. Bentara juga tidak mahu mendengar arahan speaker. Sekiranya mereka keluar, Sidang DUN boleh dimulakan dan Tuanku Raja Muda boleh segera bertitah ucapan. Tuanku tidak perlu menunggu lebih lima jam di Kamar Diraja. Untuk makluman, Mahkamah Persekutuan hanya mengistiharkan bahawa penggantungan mereka dibatalkan tetapi mahkamah yang sama juga telah menolak untuk mengistiharkan bahawa keputusan speaker ini menyalahi undang-undang. Bermakna tindakan dan keputusan Speaker tidak membenarkan 10 ADUN ini keluar adalah tidak menyalahi undang-undang. Speaker masih berkuasa penuh.

Speaker juga telah menyatakan bahawa usul untuk memecatnya telah ditolak di dalam kamarnya sehari sebelum Dewan DUN bersidang. Speaker menolak dengan alasan bahawa usul tersebut diusul dan disokong oleh ADUN yang sedang digantung kehadirannya. Oleh kerana ADUN berkenaan sedang digantung, maka usulnya tertolak secara otomatik.( Kenapa usul tersebut tidak diusul dan disokong oleh ADUN UMNO yang bukan exco? )

Dalam riuh rendah dewan, Timbalan Speaker Hee (DAP yg melompat ke bebas) merampas kuasa Speakernya. Hee tidak mengikuti aturcara majlis. Aturcara majlis sepatutnya dimulakan dengan titah ucapan pembukaan Sidang DUN oleh Tuanku Raja Muda. Tetapi Hee 'membuka' Sidang DUN dengan menerima usul memecat Speaker Sivakumar dan melantik Speaker baru. Kemudian diikuti dengan majlis pakai jubah dan angkat sumpah Speaker baru. Tindakan Hee ini telah menyebabkan Tuanku Raja Muda terpaksa menunggu lebih lama lagi. Tindakan ini secara langsung telah menggambarkan bahawa UMNO telah menghina Tuanku Raja Muda yang sedang menunggu di Kamar Diraja. Kamar Diraja bersebelahan dengan Dewan Sidang. (Kita fikir sedalam-dalamnya, Bukankah Umno yang membelakangi peraturan dan menghina dewan. Melanggar perlembagaan bermakna Umno derhaka kepada Tuanku Raja Muda?)

Tuanku Raja Muda terus dihina apabila Speaker baru menangguhkan sidang selama satu jam. Selepas satu jam Speaker baru telah menerima dan meluluskan pula usul membatalkan Sidang DUN bawah pokok. . (Dulu BN kata sidang ni tak sah. Kalau tak sah, apa hal lak, usul batalkan keputusan Sidang DUN itu? BN tak sedar ke yang mereka dengan sendirinya telah mengesahkan Sidang DUN bawah pokok itu sah sesah-sahnye. Tapi yang peliknya kalau sidang itu sah, kenapa yang digantung itu ada bersama. Sepatutnya duduk di luar dulu dan baru masuk ke dewan setelah usul pembatalan itu diluluskan oleh Speaker baru. Memang skrip kelamkabut dan bakal memakan tuan.)

Selepas itu tangguh lagi sejam. Tuanku Raja Muda terus menunggu. Rupa-rupanya pada waktu ini Speaker Sivakumar dikeluarkan secara paksa daripada kerusi speakernya. Speaker Sivakumar memaklumkan bahawa beliau dikurung dan dikunci di dalam sebuah bilik seperti stor sehinggalah selesai titah ucapan diraja.

Kami berpendapat bahawa Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan Titah Ucapan Perdana DiRaja sahaja. Tuanku Raja Muda tidak merasmikan pembukaan Sidang DUN Perak kerana Speaker Sivakumar belum lagi memulakan sidang. Tuanku Raja Muda hanya menyampaikan amanat serta harapan agar ekonomi dan kesihatan rakyat Perak dapat dipertingkatkan. Baginda tidak langsung menyentuh tentang politik Perak. Satu Malaysia dan Satu Dunia menjadi saksi bahawa Sidang DUN Perak sebenarnya belum lagi bersidang.

Jikalau DUN Perak belum bersidang, apa akan jadi dengan 20 ADUN UMNO dan satu ADUN MCA itu? Setiap ADUN mesti menghadiri Sidang DUN walaupun cuma lima minit dalam tempoh enam bulan. Tempoh enam bulan untuk 21 ADUN itu tinggal beberapa hari lagi. 13 Mei 2009 adalah tarikh akhir untuk mereka hadir sidang. Sekiranya dewan tidak bersidang sehingga tarikh tersebut, Speaker Sivakumar boleh mengistiharkan bahawa jawatan mereka sebagai ADUN telah gugur dengan sendirinya. Tetapi berani ke UmnoBN menghormati peraturan dewan menjunjungi Raja Berpelembagaan dengan mengikuti perintah Speaker Sivakumar ?(yg 0masih sah)

Ramai yang bertanya sah ke Ganesan sebagai speaker pasal tak angkat sumpah pun depan Sultan atau Raja Muda Perak. Ini lagi satu silap besarnya UMNO. Sekarang Hee dan Ganesan atau zambri boleh dituduh penderhaka paling hebat. Soalan orang ramai...semalam dun perak bersidang ke masa Sivakumar diusir sedangkan Raja Muda Nazrin tiada di dewan ?ketika itu pening lagi mahkamah dan dunia akan mentertawakan kita. Najib paling besar menanggung malu.

Setelah selesai Titah Diraja ..Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN. Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat .. MB Nizar

Mengapa begini caranya perlakuan mereka orang2 BN ni yang kononnya golongan yang faham TER amat kepada rukun negara itu?? Kami tidak emosi, bila berhadapan dengan isu politik atau apa2 kejadian politik. Tetapi, kejadian di DUN Perak ini berjaya menitiskan airmata ramai rakyat. Kerana negara kita yang dikenali seantero dunia ini sebagai negara yang utuh sistem kerajaan dan dokumen perundangannya telah menjadi sejarah hari ini apabila satu cabang sistem demokrasinya dicemar dan dihina kemuliaannya sedemikian rupa.

Bagaimana mungkin menjadi sah sidang DUN hari ini pabila perasmiannya pun belum dibuat tapi semua usul oleh pihak BN sudah dilaksanakan. Begitu sekali BN Perak menghina kedaulatan perundangan dan kesultanan Perak, dengan melakukan sedemikian rupa perlakuan pengambilan-alih speaker dewan. Oh! begini rupanya cara menukar speaker dewan!

Pihak Polis terhina oleh arahan politik dan telah mencemar Dewan. Dewan adalah tempat menggubal undang2 dan Polis adalah pelaksana. Polis patut tumpukan perhatian kepada kes2 jenayah yang dah meningkat. kes ragut, kes bunuh bukan kes2 politik...

Kami cuba sedaya upaya bersangka baik... sekurangnya kebijaksanaan Tuanku Sultan telah membogelkan UMNO hingga menampakkan nanah dan busung, lendir dan hanyir bukan hanya kepada rakyat Malaysia malah warga dunia.

@@Bro Luv@@

Friday, May 8, 2009

Lengkapnya Strategi Rampasan Kuasa Merogol Perlembagaan




Di Malaysia Sahaja Polis Menceroboh Dan Mengganas dalam sidang DUN.
Di negara-negara lain kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah perkara biasa di antara wakil-wakil rakyat. Mereka bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan semakin hangat.

Malaysia telah mencipta sejarah dunia.

Yang tidak biasanya hanya berlaku di negara Satu Malaysia di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dan mengheret Speaker. Semua ini dilakukan atas landasan “demokrasi” yang diagung-agungkan BN.

Lihat, banding dan fikir-fikirlah sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan bermaruah.

Sekarang Secara Rasminya Ia Dipanggil “Dewan Yang Hina”

Memang amat memalukan bukan saja rakyat dalam negeri tetapi rasa malu itu juga ditanggong oleh rakyat Malaysia yang berada diluar negara.
Disebabkan gopoh dan gelojoh untuk menguasai kerajaan negeri Perak maka mereka terdesak melakukan pekara yang tidak pernah berlaku sejak UMNO-BN mentadbir Malaysia selama 51 tahun.

Tak guna keluarkan kenyataan didada akhbar atau di skrin tv mengatakan pihak pembangkang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, sebenarnya rakyat yang peka terhadap kemelut politik Negeri Perak tahu dan melihat dengan mata kepala mereka sendiri siapa yang melakukan provokasi. Diharap pihak yang dizalimi tidak akan lemah semangat disebabkan tekanan dari pihak polis dan kerajaan Barisan Nasional. Bila mereka melakukan kebaikan kita patut menghormatinya, bila mereka melakukan kesalahan dan kezaliman maka kita patut menegur dan menentang mereka.

Peristiwa DUN Perak.

Tak kiralah anda sebagai ahli PAS , UMNO ,PKR , DAP KE MIC tapi anda nilailah sendiri pemimpin -pemimpin BN yang gilakan kuasa ini melakukan sewenang-wenangnya terhadap Speaker yang mempunyai kuasa penuh di dalam DUN… undang-undang mereka pijak dengan tapak kaki mereka demi mengekalkan kuasa haram yang mereka perolehi melalui rampasan kuasa di perak…. Kejadian di Ipoh semalam jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN gagal memenuhi kehendak rakyat yang inginkan demokrasi yang segar agar terus bernaung didalam bumi Darul Ridzuan. Bermula dengan pihak Polis yang bertindak dengan ganas sekali dengan menangkap orang ramai yang langsung tidak menimbulkan kekecohan. Akibatnya polis sendiri yang menyebabkan kekecohan dan secara tidak langsung institusi polis akan terus dibenci oleh rakyat.

Kemudian diikuti dengan insiden tarik menarik diantara pihak polis dan ahli-ahli DUN PR didalam DUN Perak semalam. Alangkah bodohnya tindakan Kerajaan BN dengan memanggil polis utk menyelesaikan masalah ini. Hakikatnya rakyat telah melihat bagaimana cara kerajaan BN berhadapan dengan seorang individu! Terpaksa memperalatkan PDRM utk campur tangan dalam perkara ini. Jumaat, Mei 08, 2009


Mesranya Nazrin dengan Nizar, Umno jgn meroyan pulak!

Ulasan Politik Tempoyak pula membidas keanggkuhan BN melacurkan sidang dewan dengan meletakan perlembagaan negara di lantai dan hinjak-hinjak.

Inilah dia Konsep 1 Malaysia : Rakyat didahulukan dan Pecapaian diutamakan”

SATU MALAYSIA rakyat dah ditangkap
SATU MALAYSIA rakyat dah tengok perangai UMNO/Bn sebenar di Dun Perak
SATU MALAYSIA rakyat jijik tengok perangai UMNO/Bn
SATU MALAYSIA rakyat memang ditipu hidup=hidup
SATU MALAYSIA rakyat ditakutkan dengan POLIS
SATU MALAYSIA rakyat kena belasah
SATU MALAYSIA rakyat menyaksikan UMNO/BN cukup rakus dan tidak bertamadun
SATU MALAYSIA rakyat dah saksikan UMNO/BN cukup gilakan kuasa
SATU MALAYSIA rakyat menyaksikan UMNO/BN menyalahgunakan undang2
SATU MALAYSIA rakyat dah tengok betapa ganasnya UMNO
SATU MALAYSIA rakyat dah lihat dengan mata kepala merka sendir iatu UMNO /BN lah merampas perak, merampas kuasa di DUN DAN

SATU MALAYSIA juga rakyat akan bersama-sama tolak UMNO/BN dlm PRK dan PRU 13 nanti secara total…..
SATU MALAYSIA tahu sapa Godam kak Ziana Z kt PD
SATU MALAYSIA tahu sapa C4 kan Altantuya
SATU MALAYSIA tahu sapa sapu komisen kapal selam.
SATU MALAYSIA tahu Rasuah Wajib bagi UBN.
SATU MALAYSIA tahu sapa Najib…

SATU MALAYSIA TAHU SIAPA YANG KITA PILIH JADI KERAJAAN PADA PRU 13………….NANTI…………TUNGGUUUUUUUU….

Krisis Dan Kemelut Politik Di Negeri Perak dan Negara, Terbukti Bahawa Segala Apa Yang Terjadi Kerana Memang PM Najib Yang Punya Angkara !! bermulanya dengan pencolekan 2 ADUN PKR yang didalam siasatan SPRM dan 1 ADUN DAP yang berselisih faham dengan beberapa ADUN DAP yg lain.

peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita - Prof Dr Aziz Bari Pakar undang tubuh dan perlembagaan negara pula turut membidas KDN dengan mempergunakan polis menceroboh dewan dan membelasah wakil rakyat PR mengheret dan mengusir Speaker Dewan untuk melengkapkan rampasan kuasa BN. Sekiranya ini berjaya, cara yg sama juga mungkin akan dilakukan kepada negeri-negeri bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.




Terpandangkah kita lagi...???

.@@bro Luv@@



korang paham tak ni....aduhh pedasnyaa...

sebuah padang bola di sebuah kampung ini sentiasa panas. Bukan sahaja kerana cuacanya, tetapi perlawanan yang berlaku di atas padang itu.

Team Surau yang menjadi belasahan sejak lebih 50 tahun dulu, di padang itu, kini semakin digeruni. Itu pun setelah berhijrahnya para pemain muda, bertenaga, cerdik sejak 1998.

Posisi dan susun atur berubah mengikut alam. Pemain2 muda ini semakin dipilih dan semakin menjadi sebutan.

Cuma, penyerang. Penyerang team Surau memang menjadi bualan hangat penonton. Bahan maki popular para pemerhati. Dengan lembabnya, dengan selalu passing bola kat lawannya, dengan terpinga-pinganya, dengan gemoknya.. entahlah.

Penyerang ini enggan menjadi penjaga gol demi pasukan, apatah lagi menjadi pembancuh air. Tak glamer katanya. Lagi pun masih ada saki-baki penonton dalam lingkungan 50-70 tahun yang suka penyerang lembab ni.

Ketika Hasbullah Awang dan Hasbulah Pit mendapatkan pandangan peminat berumur tua, mereka memberikan pendapat begini :

"Penyerang boroi tu imam masjid. Hormatla sikit. Bukan sedikit jasanya terhadap padang bola ni." Kata seorang tua.

Manakala rakannya pula mengatakan begini.

"Dalam team Surau, penyerang 1 dan penyerang 2 wajib seorang Lebai."

Bukankah pasukan Surau mempunyai para pengarah yang terdiri daripada Lebai dan Imam? Jadi, praktikalkah perlawanan bola diwajibkan penyerangnya juga seorang Lebai dan Imam?

Jika kita lihat pasukan surau di negara berbangsa cerdik, mereka ada sayap untuk perlawanan bola sendiri. Dan sayap bola itu dikawal oleh para pengarah Imam dan Lebai mereka. Serahkan sesuatu bidang itu mengikut ahlinya.

"Ala.. hang ni. Jangan mengarutla. Penyerang tu pewaris nabi la. Haram hukumnya menggantikan beliau. Haram hukumnya penyerang dalam sebuah pasukan bola sepak diberikan kepada bukan Lebai dan Imam."

Apa dalilnya?

"Tu la. Suruh mngaji tak nak. Ayat sekian dari surah sekian yang berbunyi, wahai orang2 beriman, pedaslah siapa yang memakan cili."

Betul ke dalil tu?

"Woi budak.. aku ulama la. Pewaris nabi. Hujung nama aku ni bertitle Tantawi bebb!!!!

korang paham tak baca citer kat atas niii..!!!!!baca byk kali baru pahammm...

kah..kah..kah....kat n pes dari blog TT..jgn marah tt

MENGENAL BAHASA MENGENAL DIRI

Perkataan hari ini lah: Menunggu – ertinya duduk di bangku berjam-jam. Ibu perkataan ini ialah tunggu. Bukan tungku atau tuanku.

Perkataan ini sama ertinya dengan menanti. Menanti jika ditambah dengan perkataan Seri maka perkataan menanti akan menjadi nama tempat – Seri Menanti. Ini bukan Penanti. Penanti ialah nama tempat dimana satu malyasia akan bertemu dengan Siti Aminah binte Abdullah.

Menunggu adalah pekerjaan yang membosankam seperti menunggu durian tak jatuh.

Menunggu juga boleh membawa gila seperti menunggu kucing bertanduk.

Menunggu juga satu kerja bodoh seperti menunggu biawak menjadi buaya.

Menunggu juga satu tabiat yang tidak baik seperti menunggu Ungku Aziz menulis buku.

Menunggu juga satu kerja yang sia-sia seperti menunggu 6 buah kotak Mat Ezam.

Di Ipoh Perak pada pagi Khamis 7hb Mei 2009 Nazrin telah menunggu enam jam sebelum sidang Dewan Dun Perak bermula. Kah kah kah. Padan muka.

kah...kah..kahhh....dah tak sabar MENUNGGU nak poie Penanti ni poitt.....tengah kumpul duit hasil motong.....lawan totap lawan....


kahh..kah...kah....najib penakut...hisamudin pondan...MANOHARAN BEBAS DARI ISA SELEPAS GERTAK NAK LOTAK JAWATAN 19 MEI....

Selepas kira-kira seminggu M Manoharan membuat cadangan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan di situ, Menteri Dalam Negeri mengumumkan beliau akan dibebaskan segera bersama 12 tahanan ISA yang lain.

Manoharan bakal dibebaskan bersama dua lagi pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf). Mereka adalah P Uthayakumar dan K Vasantha Kumar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu hari ini.

"Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.
Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik.

NAJIB DENGAN SEPUPUNYA TAKDO TOLO....penakut....berenti la nk membodohkan rakyat...


Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina.

Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril.

Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Bulan lalu, sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib umumkan pembebasan 13 tahanan ISA termasuk dua pemimpin Hindraf.

Ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

seandainya MANOHARAN bebas atau tidak...dio totap akan lotak jawatan...kito tungguu....inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat...kembalikan undi kepado rakyat....

kalau BEE END niii.....jgn harap nak lotak jawatan....biar pun kono buang kek pulau jerjakkk....kerana apoooo?????kerana DUITTTTTTTT>...PULUSSSSS......MONEYYYYYYY.........itu lah kesudahannya...

akan ku lawan...PR JUASEH/KUALA PILAH dah standby nak membantu PRK N12 Penanti...dan Kota Alam Shah..........

nauzubillahhiminzalik....

100 di tahan sempena bulam pertama najib jd PM...

Polis setakat ini menahan kira-kira 100 orang, termasuk peguam dan ahli pembangkang semalam dalam gerakan besar-besaran terhadap pihak yang membantah apa yang disifatkan sebagai pencabulan demokrasi di Perak.

Hampir 70 orang ditahan di Ipoh manakala 10 lagi di Kucing Sarawak. 5 peguam ditahan di Kuala Lumpur semenatara seorang aktivis di Pulau Pinang. Diantara yang ditahan termasuklah beberapa ahli parlimen pembangkang seperti Salehuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Zuraida kamaruddin dan Tian Chua.

Aktivis berkenaan Ng Ng Kiat dari dari Suara Rakyat Malaysia ditahan kerana terbabit di dalam satu perhimpunan aman di Georgetown. Kira-kira 100 orang di sini membantah tindakan Barisan Nasional menggunakan polis untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari dewan undangan negeri Perak.

Di Kuala Lumpur kira-kira 200 peguam berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta seb
agai membantah penahanan rakan mereka malam tadi. Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.

Memang la najib ni pakai undang2 rimba....demokrasi kita di ragut...kebebasan rakyat untuk bersuara di sekat...tapi ingat ini hanya untuk sementara sahaja...tunggu PRU13 nanti....akan ku lawan demi ISLAM dan KEADILAN RAKYAT....takbirrr....

Thursday, May 7, 2009

PR TETAP UTUH DI PERAK...HANCUR BEE END....


Antara tajuk headline berita malam tadi di tv3, seperti apa yg gua sempat tuliskan, siap tulih laiee
"kemana decorum wakil rakyat"

"dipilih suara majoriti"
"DUN Perak ada Speaker baru"
"Pembangkang tak ikut peraturan"
"Pihak Berkuasa campurtangan"
"Undang-undang rimba, sifatkan pembangkang biadap" - Zambry

Hebat dan mantap tajuk2 berita untuk ditelan dan dikunyah rakyat malam ini. Sejauh mana kenyangnya rakyat yg termakan lauk-lauk busuk itu tidak diketahui, apa yg dapat dijangkau oleh kepala otak, rakyat kian cerdik menilai. Telenogila hari ini telah pun berakhir. Nantikan pula sambungannya pada minggu depan bila sidang dibuka semula.

Selagi DUN tidak dibubarkan, gua tak akan fikir, sidang boleh bersidang penuh luhor. Adegan2 jijik hari ini pasti berulang-ulang semula di lantai dewan. Kemuliaan dewan tidak lagi dihormati.

Isnin ini, talian hayat yg dikira penting menjadi kata putus. Siapa bakal dinobat sebagai MB Perak? Andai Nizar kecundang, Zambry akan tertawa. Jika Zambry pula ditimpa petaka, Nizar akan dijulang sekelian rakyat jelata.

Drama ini makin panjang rupanya. Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini.

Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat. gua nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:..gua pun bukannya pandai sgt buat sajak...

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk.

Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa. (ANWAR IBRAHIM)

Sepanjang hari gua bersiaran secara LIVE dgn geng2 di perak, gua pilih inilah foto TERBAIK yg sangat bermakna untuk tatapan anak cucu cicit gua kelak, bagaimana Speaker yang dilantik dicampakkan dari jawatannya dengan kaedah yg sangat luhor dan cukup bersopan santun. Syabas gua ucapkan kepada anggota2 yang telah cemerlang didalam tugas mereka mengusung Sivakumar keluar.

Diakhir kalam, baca apa yang rakyat macam kami mahukan,

..TAHAP KESABARAN RAKYAT SEPERTI SAYA YANG RASA MACAM TAK BERAPA NAK BOLEH UNTUK BERSABAR LAGI...

NAH..INI LAH PELUANG KEPADA BN...
PIJAK LAH KAMI (RAKYAT)
LUDAH LAH KAMI (RAKYAT)
MAKILAH KAMI (RAKYAT)
SESUNGGUHNYA AKAN DATANG HARI ESOK DIMANA KAMU AKAN MELUTUT KEPADA KAMI MEMOHON RESTU MEMINTA AMPUN DAN MEMINTA UNDI KAMI SEPERTI PEMINTAK SEDEKAH

KAMI TIDAK AKAN LUPA APA YANG TELAH KALIAN BUAT KEPADA KAMI
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU..tahbirrrrr..AYUHHH KITA LAWANNN MEREKAA WAHAI PEJUANG2 RAKYATT...



Tuesday, May 5, 2009

Drama Kematian Altantuya Sudah Terbit

05 May 2009

Stesen TV Hong Kong Terbit Drama Altantuya, SMM hantar kek harijadi
.
KUALA LUMPUR: Sebuah stesen Televisyen di Hong Kong menerbitkan drama bersiri mengenai kisah pembunuhan model terkenal Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dibunuh dengan kejamdan diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 kira-kira tiga tahun lalu di Shah Alam.

Esok merupakan ulangtahun kelahiran model tersebut yang ke 31 sekiranya beliau tidak dibunuh. Bagi mengingati pembunuhan kejam itu, sebuah stesen TV di Hong Kong akan menyiarkan drama bersiri berkisar mengenai cara kematian beliau.

Pembunuhan Altantuya menimbulkan kontroversi kerana kaitannya dengan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Najib Tun Razak dan kaitannya dengan komisyen pembelian kapal selam. Isteri Najib, Rosmah Mansur turut terheret sama dalam kontroversi itu..Dalam kes tersebut, Penasihat politik kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang menjadi tertuduh ketiga dalam kes berkenaan dibebaskan oleh mahkamah manakala dua pengiring Najib, pegawai Polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar di jatuhkan hukuman mati.

Drama tersebut berdasarkan laporan siasatan oleh seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus dari akhbar French Liberation. Beliau mendakwa mengetahui mengenai cerita sebenar pembunuhan tersebut dan telah mengelilingi dunia untuk mengumpulkan maklumat mengenai kes pembunuhan berkenaan.

Sementara itu Solidariti Anak Malaysia (SMM) akan menghantar kek harijadi bagi memperingati ulangtahun kelahiran Altantuya di hadapan Pejabat Jabatan Perdana Menteri esok pada pukul 11 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu, kemungkinan kenyataan Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok dan bapa Altantuya juga akan dibacakan dalam acara tersebut.“Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar.

Altantuya yang terlibat dalam ‘deal’ pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan,”ujar SMM dalam satu kenyataan media.

SMM dalam masa yang sama mendesak Perdana menteri, najib Razak supaya mengambil tindakan saman kepada 19 media yang mengatakan beliau terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.“Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman,”ujar kenyataan itu lagi.

Selain itu, SMM turut mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat keseluruhan kes pembunuhan.