Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, May 15, 2014

Mahathir: Anwar Tidak Ada Hak Menyampaikan Kuliah Agama

'Dr M, jadilah orang tua yang segera bertaubat' - Saif

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir.

Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.

Dr Mahathirlah yang mereka (tuduhan) fitnah liwat terhadap Anwar.

Mangsa fitnah



Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang.

Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali!

Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/ BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita.

Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya.

Saya pernah berpergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar?

Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia.

Kupas topik Islam

Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya pada 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi.

Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar.

Pesantren, universiti, badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra.

Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori maqasid syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat.

Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Bunuh karekter

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua.

Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia!

Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80-an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri.

Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenci-Nya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.


Sumber:  Rahsia Anwar Ibrahim terbongkar, ramai orang tidak tahu

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said Cipta Sejarah Baru Di Terengganu

DR AZMAN IBRAHIM

PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri.

Dari awal pagi semalam lagi pelbagai komentar telah kita terima.

Apalah PAS Terengganu ni, lembab, tak bijak berpolitik, tak pandai mengurus krisis, peluang terhidang di depan mata, gi lah bawak Mat Said jumpa Tuanku, putus segera calon MB dari PAS dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari komentar ini menyebabkan kita tersenyum membacanya. Saya selalu ingat pesan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, “Orang yang ikut kita kerana marah, sampai masa bila rasa marah dah reda, dia akan pusing balik… Kalau orang ikut kita kerana faham, dia akan kekal istiqamah.”

 Menteri Besar yang baru waktu bertemu Najib Di Putra Jaya



Kenapa Mat Said and The Gang yang 3 orang tu tulis surat keluar Umno? Tentunya kerana kecewa dan marah sampai tersalah ejaan dalam surat. Sampai bila dia nak marah? Tak kan sampai ke mati! Umno dah jadi darah daging mereka. Rezeki mereka Umno yang bagi! Hati kecik saya dari semalam lagi berkata, mustahil awok-awok ni akan tinggalkan Umno! Ternyata telahan saya tak menyimpang jauh. Surat keluar Umno tersebut tak bertahan lebih dari tempoh 24 jam. Tentunya penarikan balik surat tersebut bukan dengan percuma. Bijak sungguh mereka keruhkan air kemudian tangguk sendiri. Mat Said pun tak ada keluar sebarang kenyataan menyatakan akan sokong PAS. Kita pun tak terhegeh-hegeh.

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Punca mereka keluar Umno pula adalah kerana marah. Marah pula sampai masanya akan reda kembali. Apa yang akan berlaku apabila kemarahan ini telah sejuk kembali? Apakah mereka akan balik semula kepada Umno atau menjadi Adun bebas yang mesra Umno?

Siapa yang boleh beri jaminan mereka akan terus setia dengan prinsip keluar Umno terutamanya apabila poket semakin menipis nanti? Ujian yang paling perit untuk dilalui oleh seorang pemimpin Umno ialah apabila poket mula kosong!

Bahaya dan sangat berisiko membentuk kerajaan dalam suasana sebegini. Kita tak punya RM10 atau RM20 juta untuk memancing kesetian mereka. Tapi Umno memiliki semua ini.

Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Said kerana anda mencipta sejarah baru dalam politik Terengganu. Semoga hanelang Datuk Seri berpanjangan. The game just begining!

Monday, May 12, 2014

Kebuntuan politik di Terengganu, Ahmad Said keluar Umno lepas letak jawatan MB


Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mei, 2014.Surat peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bertarikh 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Mei, 2014. 
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan penyokong PAS pada kempen pilihan raya tahun lalu. Gambar fail.Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersalaman dengan penyokong PAS pada kempen pilihan raya tahun lalu. Gambar fail.Ahmad dan Ghazali meletakkan jawatan daripada parti pemerintah itu beberapa jam selepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar, mengesahkan spekulasi dua menteri besar akan ditukar setahun selepas PRU13.


Salinan surat peletakan jawatan Ahmad disiarkan oleh portal berita Astro Awani. Difahamkan, Adun Kijal itu akan bertemu media hari ini untuk menjelaskan mengapa beliau keluar Umno.

Ahmad dilaporkan kecewa dengan keputusan Najib untuk menggugurkannya semalam.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM kenduri kahwin anak saya pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.
 
"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya dipetik daripada Malaysiakini.

Ahmad menjadi tajuk utama berita baru-baru ini kerana lawatan kontroversinya ke Antartika bagi memperlajari perubahan iklim di kawasan ais itu.

Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.
 
Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.


Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.




Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas. "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.  Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi.
   

Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI.
Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

 
ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.
 

Dengan perkembangan terbaru ini, Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).
 

Maklumat belum rasmi: Terkini YB dari Umno yang telah keluar dari Umno menjadi YB Bebas di Terengganu.. 
Baki 6 lagi kerusi disandang:  

1. YB Dato seri ahmad said Bekas Menteri Terengganu-Dun Kijal
2. YB Ghazali - Dun Ajil
3. YB Dato Mat jidin - Dun permasuri
4. YB ir Rosli - Dun Kemasik
5. YB Nawi - Dun Hulu Besut
6. YB
Roslee Daud - Dun Bukit Besi
 
Semakin menarik perkembangan krisis politik Umno Di Terengganu... Apakah akan terbentuk Kerajaan Pakatan Rakyat di sana... Atau pun hanya sekadar bermain tarik tali tawar menawar dari Abg Mat Said dan Konco2nya selepas di gugurkan dari MB dan keluar dari Umno berkuatkuasa Semalam... 
Sama2 Kita Saksikan... Apapun Umno Bn Terengganu Sudah Goyang
 

Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.
Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar kemungkinan episod yang  berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu.

 

Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP  menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat? 





Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar  (MB), yang kemudiannya keluar dari parti UMNO, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.
Peguam Syahredzan Johan yang mengulas perkara tersebut berkata situasi di Perak membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berulang di Terengganu.

Tambah beliau, jika terdapat undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Namun Syahredzan turut berkata dalam kes di Perak, seseorang Menteri Besar boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.


“Saya masih belum berkesempatan untuk menelaah perlembagaan Terengganu, tetapi saya yakin peruntukannya berkenaaan dengan perlantikan dan kehilangan sokongan seseorang MB dan EXCO-nya adalah sama dengan perlembagaan negeri-negeri lain,” kata beliau.

Berikut adalah antara ulasan Syahredzan mengenai situasi di Terengganu yang dimuat naik di Twitter dan Facebook beliau:

  1. Kedudukan kerusi sekarang - BN 15, PR 15 dan Bebas 2.
  2. Kerajaan Terengganu kini kerajaan minoriti. Kerusi yang dipegang adalah kurang daripada majoriti kerusi dalam DUN. Kekuatan kerajaan BN Terengganu bagai telur di hujung tanduk.
  3. ADUN Bebas tidak perlu masuk PR. Hanya perlu nyatakan bahawa mereka tidak menyokong MB. Sekiranya usul undi tidak percaya dibuat dalam Dewan dan Menteri Besar baru tewas dengan PR + Bebas, maka dia punya 2 pilihan.
  4. Pilihan pertama adalah dengan memohon kepada DYMM Sultan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.
  5. Pilihan kedua adalah untuk meletakkan jawatannya bersama-sama dengan ahli EXCO.
  6. Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN.
  7. Menurut kes Nizar v Zambry, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB itu boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN, tidak semestinya melalui undi tidak percaya.
  8. Juga menurut kes Nizar v Zambry, sekiranya MB dan EXCO tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, maka kedudukan mereka dianggap sebagai kosong dan mereka tidak lagi menjadi MB dan EXCO.
  9. Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN. Dan juga mereka sentiasa punya risiko untuk tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN.
  10. Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang havok, havok.
/krisis-terengganu-sejarah-mungkin-berulang-35720?cp