Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, July 30, 2011

Pelukis logo 'ADIL' Syed Ahmad meninggal dunia

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam semalam.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedMenurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Allayarham sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedSyed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Tindakan itu menyaksikan penyokong tegar Umno yang tidak berpuas hati dan menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedBeliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

Saturday, July 23, 2011

Negara ini bukan UMNO yang punya! tapi Rakyat yang punya..

Satu pandangan dari seorang bekas Menteri..


KUALA LUMPUR
, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.


“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”

“Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

“Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan),” katanya.

Kata beliau, “sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya.”

“Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

“Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

“Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

Ulasan:

Bila bekas hulubalang Mahathir ni mula bersuara setelah anak Tun Mahathir MARINA sendiri menyertai bersih..maka dengan ini..dirasmikan bahawa..Tun Mahathir telah mula menyerang hendap Najib secara halus seperti mana dulunya beliau menyerang hendap Tuanku Abd Rahman, Hussien Onn dan menjatuhkan Abdullah..bila mana penggantinya tidak mahu meneruskan jambatan bengkang bengkok..sehingga itulah Mahathir akan sentiasa mencari pencacai yang sanggup meneruskan projek jambatan bengkang bengkok itu demi duit kocek Mahathir dan juak juaknya...


Dan yang paling Mahathir marah kepada Najib ialah kerana Najib disahkan menghidap penyakit TB..yakni Takut Bini..Mereka akan menjatuh sesama mereka apabila mereka merasakan parti mereka bakal musnah akibat perbuatan pemimpin atasan.

Rakyat sekarang ni cukup faham sendiwara belati umno, dia up pembangkang lepas tu tekan bawah dan jek kerajaan. Takkan nak telan nasi subsidi hari2 kot....

Tuesday, July 12, 2011

Polis tidak tembak gas pemedih mata dan meriam air ke Hospital Tung Shin ..BETUL KE..???

Doktor bidas polis kerana serangan di hospital (klik)

3 Video diakhir entry sebagai jawapan kepada Menteri dari Barisan Nasional ini..

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

Katanya, dakwaan yang berlegar di Internet berhubung tembakan kearah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.


Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di Internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut. - Malaysiakini











Sunday, July 10, 2011

Himpunan Patriot : Khairy, Reezal , Aziz Terperangkap dgn strategi sendiri


Gambar yang bakal menjatuhkan Khairy, Aziz dan Reezal

Cakap tak serupa bikin, Bikin tak serupa cakap







Apabila bercakap dengan orang UMNO berkenaan himpunan PATRIOT yang berlangsung pada 9 Julai, pastinya mereka tidak dapat menyembunyikan rasa malunya dengan himpunan yang hanya menarik paling tinggi 300 orang pemuda UMNO.


Lebih memalukan mereka apabila Khairy gagal menarik pemuda UMNO dari seluruh negara menghadapi himpunan Bersih. Khairy mungkin menyalahkan Reezal Merican yang nampak bersemangat semasa menyerang Pejabat PKR tetapi gagal kali ini.

Khairy mungkin mengharapkan media pro UMNO seperti Utusan dan TV3 menyelamatkan maruah himpunan itu dengan memberi gambaran kepada rakyat bahawa himpunan itu mendapat sambutan.

Khairy juga mengharapkan Najib memberi pujian kepada Patriot kerana akan mampu menyangkal pandangan bahawa polis tidak bertindak adil terhadap Bersih kerana pemuda UMNO juga ada yang ditangkap termasuk beliau sendiri.

Namun , Khairy tidak sedar bahawa rakyat termasuk orang UMNO sendiri tidak lagi terikat dengan media massa pro UMNO. Melalui Facebook dan Youtube , rakyat dan orang UMNO sendiri dapat melihat bagaimana himpunan Patriot berlaku.

Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat perbezaan ketara jumlah peserta himpunan Patriot dan Bersih. Bukan kecil tapi beribu-ribu kali ganda.

Sudah ada tulisan blogger UMNO yang menghentam Khairy , Reezal dan Aziz yang dikatakan gagal serta memalukan UMNO.

Rakyat dan ahli UMNO dapat melihat betapa terdesaknya tanpa perancangan yang rapi pemuda UMNO mengedarkan secara percuma baju merah Patriot.

Ada dikalangan pemimpin pemuda UMNO jelas terpancar dalam video merayu orang ramai yang menyaksikan himpunan mengambil baju free itu dan memakainya.


Lebih memalukan bukan sahaja pemuda UMNO malah blogger UMNO ialah terdapatnya gambar baju itu diberikan kepada Mat Bangla yang siap bergambar kegembiraan mendapat baju free. Kemana pemuda UMNO, di mana pemuda bermotorsikal yang berarak ke pejabat PKR?

Adakah pemuda-pemuda bermotor ini diupah semasa berarak ke pejabat PKR? Bila kali tiada upah maka mereka tidak datang. Adakah pemuda UMNO seluruh negara hanya akan datang jika mendapat upah? Jelas , Khairy gagal menerapkan semangat berjuang untuk parti secara sukarela kepada pemuda UMNO.

Pemuda UMNO nampaknya gagal menyaingi pemuda PAS,PKR dan DAP yang turun tanpa upah, guna belanja sendiri, sanggup dibelasah FRU, ditahan polis .

Himpunan Patriot juga menampakkan kejahilan pemuda UMNO berhadapan dengan FRU. Terdapat video yang menunjukkan dengan jelas pemuda UMNO sengaja merempuh FRU walaupun bilangan FRU lebih ramai dari peserta Patriot.

Akibat rempuhan keras itulah , polis FRU bertindakbalas dengan menangkap mereka sehingga lari pemuda UMNO lintang pukang dan tak datang-datang lagi. Hanya beberapa orang sahaja yang berhimpun semula.

Sekiranya pemuda UMNO tidak merempuh, pasti tidak ada tangkapan dibuat. Berbeza dengan peserta himpunan Bersih yang tidak pun merempuh polis walaupun bilangan mereka ramai dari FRU , sebaliknya polis yang menyembur pancutan air dan menembak gas pemedih mata .

Walaupun Khairy, Aziz dan Reezal ditangkap namun setakat ini masih belum kata-kata pujian kepada mereka. Yang ada adalah cemuhan akibat kegagalan menarik pemuda UMNO seluruh negara menghadiri himpunan Patriot.

Cemuhan juga kerana himpunan Patriot yang sepatutnya menjadi pembakar semangat pemuda UMNO telah terjadi sebaliknya dengan memaparkan lemahnya pemuda UMNO yang hanya cakap berdegar-degar di hadapan wartawan media massa pro UMNO. Hakikatnya , gagal di medan sebenar.

Khairy, Reezal, Aziz boleh bersiap untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemuda UMNO. Pastinya , rasa tidak puas hati dan malu ini tidak dapat ditutup lagi.

Blogger UMNO yang dulunya begitu megah memaparkan hebatnya Patriot, hari ini malu hendak memaparkan gambar dan video himpunan Patriot.


Jika , ada pun gambar jarak dekat yang tidak menampakkan keseluruhan peserta Patriot. Tapi, selama mana hendak menipu, kerana gambar dan video himpunan patriot sudah tersebar di merata facebook dan blog penyokong PR.

Saturday, July 9, 2011

Kebangkitan Rakyat Semakin Membuak Dan Sukar Di Halang


SIAPAKAH WANITA BAJU PUTIH INI??!!..RUPANYA SEPERTI ANAK BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA: Bersih bukan untuk parti politik tapi tuntutan perbersihan kepincangan sistem SPR































Penangkapan 1,667 orang dalam satu perhimpunan massa semestinya satu rekod baru yang dicipta,kerajaan Najib Razak, malah beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) tercedera semasa polis menyuraikan perhimpunan dengan melepaskan gas pemedih mata, di KL Sentral. Terbaru, seorang peserta yang berusia 59 tahun meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan terhidu gas pemedih.


Hampir semua tokoh utama dalam PAS dan PKR ditangkap, seperti Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Azmin Ali, Tian Chua, Fuziah Salleh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan yang disenarai sebagai 91 orang yang dilarang masuk ke beberapa kawasan di Kuala Lumpur hari ini, juga ditangkap. Senarai ini sudah cukup untuk menjelaskan sikap kerajaan dan strategi polis untuk berdepan dengan perhimpunan ini.

Meskipun dijadualkan secara rasmi di Stadium Merdeka pada jam 2 petang, namun perarakan bermula dengan lebih awal, memandangkan penangkapan telah dimulakan sejak awal pagi lagi. Kira-kira 1,000 orang mengiringi pemimpin PAS Hatta Ramli, untuk berarak dari lorong berhampiran Masjid Jamek, menuju ke Menara MayBank, pada kira-kira 12.50 tengah hari.

Kemuncak: 50 hingga 60 ribu orang

Kumpulan manusia ini semakin mengembang saiznya sepanjang perarakan, dan mereka singgah di depan Menara MayBank berhampiran Pudu Raya. Dua kumpulan lagi, satu dari Pudu Raya dan satu lagi dari Jalan Petaling, bertemu dengan kelompok manusia di Menara MayBank, pada kira-kira jam 1 petang.

Hatta Ramli terus berucap, menyeru mereka yang masih mempunyai T-shirt kuning BERSIH 2.0 untuk memakai baju tersebut. Sebelum ini, polis menangkap mereka yang berpakaian kuning di sekitar pusat bandar, sejak awal pagi, malah mereka yang tidak berpakaian kuning juga ditangkap.

Lautan manusia mencecah antara 50,000 hingga 60,000 pada kemuncaknya, walaupun pihak polis hanya menganggarkan 5,000 hingga 6,000 orang. Pada masa yang sama, satu perhimpunan dengan ribuan orang juga diadakan di sekitar KLCC. Jika dijumlahkan secara keseluruhannya, bilangan orang yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dikatakan lebih besar daripada perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007. Malah, apa yang menarik, lebih ramai peserta Cina dan India, yang rata-rata dari golongan muda terlibat dalam perhimpunan ini, berbanding perhimpunan pada tahun 2007.

Gas pemedih mata dan meriam air berkimia


Polis dan FRU tiba di Menara MayBank pada kira-kira jam 1.30 petang. Meriam air berkimia dan gas pemedih mata ditembak secara bertalu-talu ke arah peserta perhimpunan. Sekumpulannya berlari ke arah Jalan Petaling, dan satu lagi kumpulan berlari menuju ke arah Pudu. Tangkapan dilakukan, tahanan digari dengan tali plastik, malah kekerasan digunakan sehingga terdapat tahanan yang berdarah di bahagian kepalanya.

Pemerhatian wartawan mendapati sesetengah anggota FRU menembak gas pemedih secara mendatar menghala ke kelompok manusia, dan bukannya menghala ke atas jika diikut peraturan. Angin yang berbaur dengan gas pemedih menyebar secara luas dalam masa yang singkat apabila helikopter terbang dengan lebih rendah ketika itu.

Kelompok orang kemudian berlari ke arah Hospital Tong Shin, dan sesetengah pula berlari untuk berkumpul di sekitar Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Bekas Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan Timbalan Setiausaha Agong Ngeh Koo Ham cuba berunding dengan pihak polis. Menurut Sivarasa Rasiah, pihaknya meminta polis membuka Jalan Sultan, supaya peserta boleh bersurai secara aman, dan permintaan ini disetujui peserta perhimpunan.

Bagaimanapun, polis akhirnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malah Sivarasa Rasiah diheret oleh polis. Polis melepaskan meriam air, dan peserta perhimpunan melarikan diri ke dalam hospital. Polis kemudiannya masuk ke dalam hospital untuk menangkap peserta perhimpunan.

Dengan ini, polis semakin menguasai keadaan di depan Hospital Tong Tsin, selepas menguasai kawasan di Menara MayBank pada kira-kira jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan bersurai secara aman pada kira-kira jam 4 petang.

Tiada molotov cocktail


Meskipun dikhabarkan bahawa ada orang yang akan menggunakan senjata dan molotov cocktail untuk mencetuskan huru-hara, namun ramalan ini tidak "menjadi kenyataan". Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, ada peserta perhimpunan yang menghulurkan garam kepada anggota polis, sebagai penawar apabila terkena gas pemedih mata.

Malah, mengikut pengamatan wartawan, peserta perhimpunan yang dibasahi air kimia dan gas pemedih, masih beratur untuk membeli air di sesetengah kedai, yang berniaga hari ini. Tiada huru hara yang berlaku, dan tiada serangan keganasan terhadap polis. Sebaliknya, polis ditemui memukul dan menyepak peserta perhimpunan yang telah ditahan.

Khairy ditangkap


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang mengepalai perhimpunan PATRIOT, juga ditangkap polis. Perhimpunan PATRIOT yang bermula dari Jalan Bukit Bintang, menarik penyertaan kira-kira 200 orang sebagaimana yang dilaporkan.

Sebelum itu juga Polis telah mula membuat sekatan di sekitar jalan utama yang memasuki bandar Kuala Lumpur, sebagai persediaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, mulai jam 11 malam, telah dikhabarkan bahawa polis meronda dan menyemak dari bilik ke bilik di hotel-hotel sekitar Lembah Klang.

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, H.R.Dipendra yang menginap di Hotel Swiss, Jalan Tunku Abdul Rahman, memberitahu bahawa polis mula menyemak dari bilik ke bilik di situ pada kira-kira jam 11, malam tadi.

Menurut H.R.Dipendra, dua orang anggota polis lelaki dan dua orang polis wanita mengetuk pintu bilik di hotel yang beliau menginap. Bilik yang bertentangan dengan biliknya disemak. Bagaimanapun, polis tidak menyemak biliknya, dan beliau juga tidak tahu sebab polis berbuat demikian.

Di samping itu, ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memaklumkan dalam Facebooknya bahawa Hotel Subang Valley yang didiami ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong juga disemak polis. Polis masuk menyemak biliknya, namun tidak berbuat apa-apa. Beliau mempercayai ini kerana biliknya tidak mempunyai baju "BERSIH". Penginapan Chqu Bad juga tidak ketinggalan di buru.

Tian Chua menyanggah hujah jejaskan ekonomi

Demikianlah perbualan dalam rancangan "Soaring Pegasus", Durian FM tempohari. Naib Presiden PKR merangkap ahli parlimen Batu, Tian Chua diundang ke rancangan untuk membincangkan isu perhimpunan BERSIH 2.0, yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2011. Tian Chua juga tersenarai sebagai antara individu yang dihalang menghampiri beberapa kawasan komersial dalam wilayah Kuala Lumpur pada 9 Julai, menurut perintah larangan majistret.

KeyKok membangkitkan hujah bahawa "demonstrasi jalanan bakal menimbulkan ketakutan pelabur, lantas menjejaskan ekonomi negara". Ketika menyanggah hujah sebegini, Tian Chua sebaliknya menuding jari kepada pendekatan polis mengendalikan perhimpunan jalanan. Tian berkata, situasi perhimpunan tidak berbeza dengan Marathon, di mana polis juga menyekat jalan utama untuk perjalanan acara tersebut.

Malah, Tian Chua berkata, seandainya polis tidak menyuraikan perhimpunan dengan gas pemedih mata, meriam air berkimia, maka 300,000 orang yang masuk ke kawasan Kuala Lumpur bakal menambah pendapatan peniaga tempatan. Beliau membuat perhitungan seandainya setiap orang memberi tiga botol air mineral, maka peniaga di Kuala Lumpur akan memperolehi pendapatan RM1 juta dalam sehari. "Itu belum kira nasi lemak, tambang pengangkutan dan sebagainya," selorohnya.

Tian Chua menyindir, apakah Menteri Pelancongan Malaysia Ng Yen Yen yang membuat promosi di seluruh dunia, mampu untuk membawa 300,000 orang ke Kuala Lumpur dalam sehari?

Ini bermakna BERSIH 2.0 petang semalam telah mencapai satu matlamat perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

bersih rally petaling street 090711Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Tetapi, malangnya, seperti kata Pak Samad Said, beliau tidak pernah melihat tindakan Polis yang begitu kejam seperti yang terjadi dalam kejadian 9 julai ini. Dan yang lebih malang, seperti kata YB Nurul Izzah, polis secara sedar dan waras menembak gas pemedih mata betul – betul dihalakan kepada peserta perhimpunan, dan ini yang terjadi kepada DSAI. Baca dan lihat ini dan ini

Soalan
1. Adakah adanya arahan dari pihak atasan untuk menembak terus ke kepala bagi tujuan membunuh DSAI dalam perhimpunan ini ?

2. Siapakah yang membuat arahan tersebut ?

3. Adakah PM Najib yang membuat arahan menembak secara terus ke kepala DSAI ?

4. Adakah Menteri Dalam Negeri Hishamudin yang membuat arahan menembak secara terus ke kepala DSAI ?

5. Adakah KPN Ismail Omar yang membuat arahan menembak secara terus ke kepala DSAI?

6. Adakah TKPN yang membuat arahan menembak secara terus ke kepala DSAI?
Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.”


KUALA TERENGGANU: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he is grateful that the illegal rally in Kuala Lumpur Saturday did no serious harm to people and property.

Inilah semangat BERSIH. Memang tak ganas. Inilah yang kita doakan. Terbukti yang ganas adalah KDN yg memperalatkan polis sahaja.


PHOTO GALLERY

LIVE reports I

LIVE reports II

VIDEOS




Wednesday, July 6, 2011

PM Najib Maruahnya tercalar vs S. Ambiga


"
Kempen BERSIH bergema dalam Muktamar PAS ke 57 tempohari di Taman Melewar. Ucapan para perwakilan menjurus kepada pilihanraya ke 13. Pilihanraya pula ialah salah satu proses dalam sistem demokrasi berparlimen.

Pilihanraya boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi terutama dari pihak pemerintah. Suruhanjaya Pilihanraya boleh sahaja digunakan melalui pelbagai cara dan mekanisme bagi mengekalkan kuasa memerintah walaupun keadaan sebenar di hati majoriti rakyat sudah begitu menyampah denagn pemerintah yang sudah lama korup.

Jangan sampai jadi seperti Mesir, Tunisia dan negara lain yang rakyatnya sudah tidak percaya lagi kepada sistem pilihanraya lalu berdemonstrasi di jalanraya. Pemerintah mesti belajar dari sejarah. ‘atTarikh yu’iidu nafsahu‘ Sejarah akan berulang. Tamak kuasa melalui jalan tidak bermaruah hanya akan mengundang bala bencana besar kepada rakyat dan negara, bahkan seluruh sistem dalam negara itu.

Justru, Pakatan Rakyat serta NGO yang bersamanya menggerakkan kempen BERSIH 2.0 yang memfokuskan kepada 8 tuntutan iaitu membersihkan senarai undi bagi menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dan mendaftar pengundi automatik; mereformasikan undi pos; menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) dari mengundi beberapa kali; masa kempen minima 21 hari; akses media yang bebas dan adil; mengukuhkan institusi awam agar tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang serta demokrasi.

Institusi awam seperti SPR, SPRM, PDRM, badan kehakiman, Peguam Negara harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia; menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

8 tuntutan ini munasabah dan ada justifikasinya. Walaupun SPR telah menjawab sebahagian dari 8 tuntutan ini tetapi ia masih boleh diargumentasi. Bahkan sesetengah jawapan itu dilihat sebagai alasan yang sebenarnya hanya mahu mengekalkan kuasa BN sahaja. 8 tuntutan ini jugalah yang sepatutnya menjadi fokus kita dan fokus kerajaan
.

Namun, kerajaan BN yang fobia, rakus, trauma, gelojoh dan gopoh melalui Menteri Dalam Negeri dan agensi di bawahnya dan agensi lain seperti media utama telah bertindak secara kasar sekali. Tidak berhemah langsung. Ditangkap yang berbaju kuning- dengan logo BERSIH atau tanpanya, ditahan mereka yang disyaki, Polis kaitkan bom petrol, parang atau baju kuning dirampas-kononnya- senjata dan barangan yang berkaitan dengan BERSIH. Digembar-gemburkan BERSIH ini pertubuhan haram. Perhimpunannya ganas dan macam-macam cerita orang yang sudah terlalu takut kepada bayang-bayang sendiri.

Setelah beberapa lama kempen BERSIH ini dibuat sehingga akhirnya terpaksa Titah Khas dikeluarkan, maka ia sebenarnya telah berjaya. Pimpinan Pakatan Rakyat masih waras. Yang tak berapa waras, ialah menteri yang mengugut rakyatnya sendiri. Samada perhimpunannya nanti di luar stadium atau di dalam stadium, kempen BERSIH dari baju kuningnya, logo BERSIHnya di dalam facebook, blog, portal, website, undian di dalam akhbar milik parti pemerintah yang menyokong perhimpunan BERSIH menjadi satu ‘produk’ baharu bagi mengekalkan momentum sehingga pilihanraya ke 13.

Tinggal lagi, 8 tuntutan BERSIH yang mesti diteruskan sehingga peralihan kuasa, jika berlaku selepas PRU 13 nanti berjalan dengan aman dan tenteram. Pemerintah BN mesti memenuhinya sebagaimana Titah Khas Agong: ‘Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.


Jelas "BERSIH" tidak haram, bukan pertubuhan penganas seperti yang sering dilebelkan oleh pemerintah BN/UMNO.

Rombongngan BERSIH DITERIMA MENGADAP Kebawah duli Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sulatan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara tepat jam 1.50 petang.

Pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan Zaid Kamarddin dari ngo's pertubuhan JIM.

Respon dari pertemuan dengan Tuanku Sultan, BERSIH bakal dihimpunkan dalam stadium seperti yang diminta oleh PM Najib. Namum sanggupkah PM Najib membenarkan himpunan BERSIH di stadium?. Sejarah terbukti perhimpunan secara amam di stadium selalunya gagal mendapat kebenaran dari pehak berkuasa terutama pehak Polis.

Kehebatan dan cara diplomasi serta pandangan Tuanku Sultan cukup baik dan tinggi budipekertinya. Sanggup mencemar duli bertemu dengan rombongan BERSIH.

Akur dengan pandangn Tuanku Sultan BERSIH patuh dan dengar. Natijahnya PM Najib tercalar dan kasrisma sebagai perdana menteri jatuh merundum gagal dalam menyelesaikan sesatu isu yang berbangkit.

Syabas pada pengerusi BERSIH Datuk S. Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said serta Zaid Kamaruddin wakil ngos dari JIM, anda adalah pejuang dan berjaya dalam hatu dan jiwa rakyat Malaysia yang perihatin dan tertipi oleh UMNO dan PM Najib.

NONEBerkaitan perhimpunan 09 Jul ini, Datuk S. Ambiga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini. Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Ayuh, sekali lagi kita menyeru agar semua penyokong tuntutan BERSIH agar hadir memberikan sokongan di Stadium Merdeka pada 09 Jul nanti.
Kepada kumpulan Patriot atau Perkasa, jangan berputus asa kerana kita mungkin tiada jodoh untuk diketemukan. ATAU kiranya benar2 ikhlas untuk menuntut menambah baik pulih SPR ini, JOM kita bersama2 ke perhimpunan nanti.

Monday, July 4, 2011

Tutup pintu rundingan, KPN jangan derhakai Agong

Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.


"1) Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

-Bukan Perhimpunan Haram seperti tuduhan Polis dan BN.

2) Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

- Atasi dengan BAIK bukan dengan JAHAT

3) Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

- Agong seru kerajaan (Polis) buat kerja dengan amanah. Bersikap Adil tak kira Patriot, Perkasa, Kimma, Bersih atau sesiapa pun.

4) Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

- Kerajaan bertamadun jangan tutup pintu rundingan. Polis jangan angkuh hingga tidak mahu berunding dengan rakyat.


Tetapi sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini.


Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini.

Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal Contohnya (klik)60 Pengundi Dalam 1 Rumah dan adanya 80 Pengundi Berdaftar Dalam 1 Rumah

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.

Dan kenapa carian WEB SPR jadi begini:- http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/.apa yang tak kena dan kelamkabut ni.

Daulat Tuanku Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong