Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, January 27, 2010

Pandangan & Bancian Rakyat Terhadap Pakatan Rakyat

Kebelakangan ini, media massa banyak memainkan isu2 yg seolah2 PR berada dalam kacau bilau dan pentadbiran negeri di bawah PR berada dalam masalah besar.

TGNA diuji bertubi2 di Kelantan. Lim Guan Eng juga diuji di Penang. TS Khalid saban hari dikacau di Selangor. Kedah juga dianggap tidak perform di bawah PR.

PAS di war2kan mempunyai pemimpin yg bertelagah. PKR pula dalam keadaan gawat dan ahli2 yg tidak mempercayai parti kerana pentadbiran yg tidak cekap. DAP dgn isu perkauman dan menjadikan PAS & PKR sbg boneka atau alat utk kepentingan mereka.

TETAPI
di sebalik segala isu di atas, saya dan beberapa rakan membuat sedikit bancian secara rawak tentang persepsi rakyat kepada isu2 yg dimainkan.

Berikut adalah pandangan yg saya dapat. Pada anda sekalian, terpulanglah untuk menerimanya atau tidak dan mungkin anda sendiri boleh membuat bancian yg sama dgn bertanyakan pendapat2 kawan2 di pejabat, jiran2 dan juga saudara-mara di mana sahaja di Malaysia ini.

1) 75% sample size dr kalangan rakyat Selangor tidak kisah dgn apa yg berlaku di Selangor dan tetap menyokong PR kerana komen mereka, kerajaan PR di Selangor tidak boleh dihakimi selagi menerima tekanan dari kerajaan pusat. Kecuali kerajaan pusat juga PR, barulah boleh menghakimi mereka.

2) 65% sample size dari kalangan rakyat Selangor yg di atas pagar, merasa simpati dgn nasib kerajaan PR Selangor yg ditekan. Perasaan simpati ini mungkin akan diterjemahkan ke atas kertas undi pada PRU ke 13 nnt.

3) 80% sample size dari kalangan rakyat Selangor merasa lebih selesa di bawah PR dari kerajaan terdahulu. Negeri Selangor terus maju & YB2 kerap turun padang. Isu2 di media massa nampak bercanggah dengan situasi sebenar. Jadi, secara tidak langsung isu2 yg dimainkan sebenarnya memberi lebih undi kepada PR bukan sebaliknya.

4) 80% sample size dari kalangan rakyat Kelantan akan tetap mengundi PAS untuk memimpin kerajaan negeri.

5) 95% sample size dari kalangan rakyat Kelantan yg berada di luar Kelantan memberi sokongan kepada parti PAS utk terus menerajui kerajaan negeri.

6) 70% sample size dari kalangan rakyat Penang masih memberi peluang kpd PR utk terus memimpin kerajaan negeri.

7) 50% sample size dari kalangan rakyat Kedah memilih PR pada PRU ke 13 nanti.

Dari bancian peribadi saya dan rakan2, kesimpulan yg kami dapat:

1) PR di Selangor perlu mengekalkan dan mempertingkat performance dan insyaAllah sokongan rakyat Selangor akan kekal kepada PR.

2) Kerajaan Kelantan PAS perlu mengurangkan percakaran sesama sendiri dan terus memimpin seperti biasa dan sokongan rakyat Kelantan tetap utuh dan jitu.

3) Kerajaan Penang pula perlu lebih banyak mendekati rakyat untuk memberi penerangan dan mendengar permasa'alahan mereka dan perlu diselesaikan secara professional.

4) Kerajaan PR di Kedah tidak mendapat begitu kuat sokongan dan perlu bekerja lebih kuat & lebih agressive lagi untuk menarik sokongan pengundi atas pagar. Kerajaan PR di Kedah perlu belajar & meniru serba sedikit pentadbiran di Selangor. Negeri Kedah di Pantai Barat, jadi rakyat Kedah lebih gemar membuat perbandingan Kedah dgn negeri2 lain di pantai barat seperti Penang, Perak & Selangor dan bukannya Kelantan.

Akhir sekali, dari setiap sample size yg ditanya, 90% menyatakan bahawa isu kes liwat DSAI akan memainkan peranan penting dlm PRU ke 13. Kalau DSAI tidak bersalah, rakyat mungkin tidak ambil kisah dan mengganggap ianya selesai dan isu2 baru perlu dicari utk PRU ke 13.

Tetapi sekiranya DSAI bersalah, 90% mengatakan gelombang reformasi ke 2 mungkin akan tercetus & akan dimainkan semasa PRU ke 13, maka undi simpati, undi kemarahan & undi tidak percaya akan diturunkan di atas kertas undi nanti. Siapa yg akan dipilih, anda semua sudah ada jawapannya.

Nota: Bancian ini dibuat secara rawak ke atas kenalan, rakan2, jiran2, saudara mara & masyarakat sekeliling sewaktu urusan persendirian seperti menunggu giliran di pejabat kerajaan, pejabat pos, kedai kopi, bank, percutian di negeri2 terbabit, driver taxi/limo dan lain2. Bancian ini adalah bancian peribadi dan tidak boleh digunakan sebagai bancian rasmi. Tetapi anda semua boleh memikirnya, membuat bancian sendiri dan kemudian membuat kesimpulan sendiri. Mungkin boleh dikongsi bersama bancian peribadi anda dengan yg lain.

@sumber:fatamorgana71 Prebet

Friday, January 22, 2010

Negara Akan Bankrap Jika .................

Nash Array Sumber: Harakahdaily

Negara akan terus lingkup di bawah Umno/BN (UBN). Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas!

Apa tidaknya, pada pertengahan tahun lepas (2009), perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing. Bank Negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 tahun.

Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM363 bilion pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi, sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak’ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku Li.

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula, minyak dan sebagainya. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara Rosmah Najib sebanyak RM32 bilion. Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.

Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan dipotong dan minyak naik (selepas pilihan raya semula di Perak) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. RM270 bilion + RM100 billion yang berjumlah RM370 bilion dan yang terkini RM32 bilion itu; berjumlah sekitar RM400 bilion. Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka, tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrap. Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut tetapi rakyat bagaimana.

Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka, golongan Umnoputra Korporat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan korupsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Jui Meng, bekas menteri kabinet yang berpengalaman luas yang kecewa dengan sikap kerakusan Umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.

Satu Malaysia ditipu oleh UBN dalam program JMR (JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba dialih fokus oleh UBN dengan perihal isu kalimah Allah yang diperbesarkan dan dieksploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.

Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakonan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama dalam isu kalimah Allah di negara ini setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno. PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang dibawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA di negara ini.

Bahkan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu khilaf dan boleh mengucapkan salam. Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘Rahmatan lil alameen” ertinya rahmat kepada sekalian alam, manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya: “Peace Be Upon You“ ( sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.

Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya, insyaAllah yang setaraf, sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini.

PAS di bawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan reformasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU 13, insya Allah di samping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme, racialisme dan ekstremis agama.

UBN akan bertambah gusar dan fobia lagi apabila PAS sendiri akan meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam yang sesuai untuk menentang calon BN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu, perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu disegerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat.

Justeru bilik gerakan bagi semua UPU (Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi di bawah telunjuknya (JPN dan SPR) khususnya penggunaan ‘Mycard’ di kalangan anggota polis dan tentera.

Friday, January 15, 2010

Apa Yg Sebenarnya Klinik 1Malaysia ni...???

Klinik 1 Malaysia Hanya Propaganda

Penubuhan klinik 1Malaysia yang dianggap memberi faedah kepada rakyat berpendapatan rendah dengan bayaran hanya RM1.00 tidak lebih dari propaganda kerajaan semata-mata.

Menurut Naib Presiden Keadilan dan bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, (gambar) bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.00 yang dikenakan klinik 1Malaysia tidak berbeza dengan kos rawatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini yang mengenakan caj pada kadar yang sama.

“Ini adalah satu propaganda sahaja untuk menawan hati rakyat. Saya perkuatkan sistem itu bila saya menjadi menteri kesihatan selama sembilan tahun,” ujarnya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.

Beliau juga mempertikai klinik tersebut kerana tidak diselia oleh doktor atau pakar perubatan bertauliah, sebaliknya pemeriksaan kesihatan hanya dijalankan oleh pembantu perubatan dan jururawat biasa.

Malah katanya, adalah amat memalukan apabila klinik 1Malaysia yang tidak mempunyai perkhidmatan doktor itu diwujudkan di tengah-tengah bandaraya.

“Sepatutnya mana ada klinik di Lembah Kelang tanpa perkhidmatan doktor, tanpa perkhidmatan pakar perubatan. Mana ada klinik di bandar besar yang pemeriksaan kesihatannya dilakukan oleh pembantu perubatan dan jururawat. Ini hanya menjadi bahan ketawa saja,” ujarnya.

Katanya lagi, klinik tanpa doktor kebiasaannya hanya wujud di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman kerana ia tidak boleh dielak akibat kekurangan doktor terlatih di kawasan terbabit.

Mengulas lebih lanjut, Chua berkata, sepatutnya kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sedia ada, dan bukan dengan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik seumpama itu.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak tepat, sepatutnya lebih baik kerajaan perbaiki mutu perkhidmatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan yang mempunyai doktor dengan dibantu jururawat dan pembantu perubatan. Saya tak nampak logik kewujudan klinik 1Malaysia ini” ujarnya.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Menurut Presidennya, Dr David K L Quek, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

“MMA percaya klinik-klinik sedemikian dalam kawasan bandar bakal menjadi terlalu banyak dan membazirkan wang rakyat.

Tambahan pula, pegawai perubatan yang tidak berdaftar sebagai doktor yang menyeliakan klinik ini juga menjadi satu kesalahan, melemah dan merendahkan standard perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan. -FMT


MMA slams 1Malaysia clinics
(The Sun)

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.

Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.

A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.

However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.

"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.

“The standard of medical care should not be compromised."

Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.

Sumber: Kelab Greenboc



Thursday, January 7, 2010

Dah Mula Buat Hal....PR waspada skrip ini...



Gereja di pinggir di ibu negara dibakar tengah malam tadi (klik) Sumber:The Malaysian Insider

Gambar di sebelah merupakan berhala UMNO. Setiap tahun akan diadakan upacara khas memuja dan memuliakan berhala bekenaan. Walau pun Majlis Fatwa mengatakan amalan yang dilakukan itu adalah bertentangan dengan Islam kerana terdapat unsur-unsur syirik, namun semua itu tidak dipedulikan oleh pembesar-pembesar UMNO.

Berhala ini akan terus dimuliakan pada tahun ini, 2010. Tak percaya? tunggu dan lihat sendiri nanti.

Kemudian, gologan yang memuliakan berhala ini juga cuba muncul untuk menjadi juara memperjuangkan nama "ALLAH" dari disalah guna , kononnya.

Keputusan mahkamah di Malaysia akan dibuat selari dengan kehendak UMNO. Sudah banyak kes yang dibuat penghakiman oleh mahkamah bukannya berdasarkan undang-undang yang ada.

Rakyat juga mempunya persepsi yang sama dalam kes membenarkan majalah Herald menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Hakim mungkin diarahkan berbuat demikian.

Maka riuh rendahlah UMNO dan ulamak yang sewaktu dengannya memainkan isu. Maka lalailah rakyat dengan isu kenaikkan harga gula dan kehilangan injin jet TUDM. Berita polis Perancis akan panggil Najib untuk beri keterangan berkenaan pembelian kapal selam telah menjadi terlalu kecil untuk di lihat oleh rakyat.

UMNO akan merayu ke Mahkamah Rayuan. Keputusannya sama dengan Mahakamah Tinggi, perkataan "ALLAH" tetap dibenarkan penguaannya oleh Katolik di Malaysia dalam majalah Herald. UMNO terus berlakon, membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Orang Melayu dan ulamak separuh masak akan diheret bersama.

Masa berlalu. Pilihan Raya ke 13 menjelang tiba. Tiba-tiba Mahkamah Persekutuan, dengan hakim-hakim yang telah dicucuk hidungnya oleh UMNO, akan istiharkan, membatalkan keputusan Mahlamah Rayuan. Herald tidak dibenarkan guna "ALLAH" dalam sebarang penerbitan.

UMNO menang. UMNO akan mendabik dada merekalah pejuang Islam sebenarnya.

Kemudian, Pilihan Raya ke 13 pun di adakan.

UMNO mahu orang Melayu berada dipihaknya, menjadi pejuang mempertahankan "ALLAH". UMNO mahu orang bukan Islam menganggap orang Melayu adalah anti mereka. Dengan ini akan lemahlah Pakatan Rakyat. UMNO akan menang lagi dalam PRU13.

Itulah isu yang direka oleh UMNO, seperti mana yang di nasihatkan oleh Yahudi.



@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, January 2, 2010

Pertikaian Nama Allah..... Awas Perangkap UMNO

Mereka telah menggunakan 'Allah' ratusan tahun,
kenapa kini tiba2 saja isu ini hangat (klik)
Sumber: Malaysiakini

Mungkin ada yang tersirat....???

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya menjadi berita dan isu hangat yang mewarnai kedatangan tahun 2010.

Siapa yang menang dalam masalah ini adalah perkara kedua yang perlu diperkatakan terlebih dulu. Yang lebih utama dan menjadi kekesalan serta rasakan mendapat perhatian banyak pihak ialah Hakim bukan Islam Lau Bee lan yang mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini.

Tidak adakah lagi hakim berbangsa Melayu dan beragama islam yang boleh diputuskan oleh pihak yang terbabit untuk mendengar dan memutuskan perkara tersebut. Sedangkan Implikasi yang sangat besar kepada agama Islam. Bila ianya diputuskan oleh hakim yang bukan Islam tentunya kita melihat sesuatu yang tidak kena sekali lagi dalam sistem kehakiman di negara kita..

Modus operandi
:

Penggunaan nama Allah oleh kristian tak akan berjaya walau bila2 pun di Malaysia ini. Dalam rayuan nanti puak kristian juga akan kecundang...namun apa sebenarnya di sebalik isu ni...Malaysia akan mendengar apa org penting UMNO bagi tau kat member2 dia..

1- Arah hakim bukan Islam buat keputuan memihak kepada kristian, kalau hakim islam nanti akan jadi isu besar dan maut hakim tu nanti...

2-Maka org2 terpilih akan berkokok..ikut keperluan untuk bersihkan imej, dah disusun dgn rapi...Pemuda UMNO, Mahathir, Rais Yatim dll..

3- Ini akan membuatkan rakyat terasa bahawaUMNO lah yg sebenar2nya pembela Islam...

4- Kaitkan Mahkamah Syariah, Raja-Raja Melayu...ini akan menunjukkan pembelaan UMNO kepada mahkamah syariah dan tanggungjawab kepada raja2 Melayu..( sebenarnya meraka lah yag hancurkan kedua2 institusi ini)

5-Kutip pendapat Pakatan dalam hal ini..terutama dari pemimpin Islam PR yang kurang sedar isu ini untuk menyebelahi Kristian...dari situ PR akan dituduh pembelot terhadap Islam. (pemimpin PR kena hati2 dan berwaspada)

6- Desakan bagai nak rak dibuat tunjuk pembelaan untuk Islam dan Allah. Demo Umno sudah bermula dan mula mencabar PR untuk menunjukan kejaguhan

7-Arah mahkamah rayuan batalkan keputusan mahkamah tinggi..

8- Diharapkan kepercayaan terhadap UMNO dari sudut islam akan kembali...

Isu ini samalah seperti UMNO menaikkan harga barang. Kemudian UMNO perjuangkan agar harga itu turun kembali ...dan rakyat nampak UMNO perjuang nasib rakyat..walhal ..harga barang tu memang tetap macam tu...

Nama ALlah memang tidak akan diredai oleh semua masyarakat Islam kalau berlaku juga Muslimin tak akan berdiam diri...UMNO tahu itu semua...tapi UMNO ingin jadi jaguh dalam isu ini...

Silakan UMNO.....
kerana Hakim, SPR, SPRM, KDN dan banyak lagi ...adalah Ketua yg sama...di bawah Jabatan Perdana Menteri.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Hakim Tidak Relevan...Augustine Paul .... Meninggal

[agustine+paul.jpg]

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini pada jam 3.15 petang tadi di Hospital Selayang pada usia 64 tahun.

Beliau meninggalkan isteri, Datin Seri Dr Mary Paul dan dua anak, Dr Juliana Sharmini 29 dan Alan John, 27 tahun . Mayatnya akan dibawa jam 2 petang hari ini ke Parish of St Peter bagi upacara pengebumian. Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.

Bermakna ramai yang terlibat dalam konspirasi tahun 1998 itu ditimpa pelbagai misteri dan bala serta musibah.

Masih ingat lagi apa yang berlaku kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, Dr. Qistina, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin.

Masihkah lagi ada yang beranggapan semua ini secara kebetulan? Tak relevan?

Ingatlah mereka yang kini merancang konspirasi kedua dalam kes liwat terhadap Anwar tentang doa orang yang dizalimi. Wallahualam.

Jan 2, 2010 5:42PM
augustine paul BREAKING NEWS Federal Court judge S Augustine Paul passed away today at 3.15pm at Selayang Hospital. He was 65

@PR Jemapoh/Juasseh@

Akhir Sebuah Impian....Mohamed Rahmat

Buku yang baru dibaca :

UMNO : Akhir Sebuah Impian

“..tetapi biarlah saya katakan bahawa krisis politik yang kita lihat sekarang ini banyak bermula dari tahun 1976 ini.

Hussein sendiri dicabar oleh seorang ahli UMNO yang tidak begitu terkenal, Sulaiman Palestin dari Pulau Pinang pada 1978. Dari situ Hussein sudah sedar ada mainan politik dalaman yang cuba menjatuhkan beliau.

Apabila Hussein meletak jawatan pada tahun 1981, Dr Mahathir menggantikannya. Dengan itu mereka yang sudah lama mengidam jawatan terus sahaja menggerakkan jentera untuk menjatuhkan Dr Mahathir pula. Itulah yang berlaku sejak lebih tiga dekat yang lalu dalam UMNO.

Ironinya ialah pengganti Dr Mahathir, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah dicabar sewaktu memegang jawatan Presiden UMNO tetapi semua orang tahu dia terpaksa melepaskan jawatan kerana tekanan dalaman parti”.

“Tetapi tidak ramai orang tahu bahawa saya secara peribadi telah menemui Hussein Onn memujuk beliau berkali-kali untuk menyertai UMNO Baru. Dengan gaya beliau yang sentiasa gentlemen itu, beliau menolak pelawaan saya. Sampai ke akhir hayatnya, beliau enggan memberitahu saya sebab beliau tidak mahu menyertai UMNO Baru".

Mungkin ada sesuatu yang pedih di antara beliau dan Dr Mahathir.. ...Saya juga menemui Tunku Abdul Rahman untuk mengajak beliau menyertai kami.

Saya juga bertanya beliau sama ada beliau sudah memaafkan Dr Mahathir (yang mengecam Tunku pada akhir tahun-tahun 1960-an sehingga Dr Mahathir dipecat dari UMNO).

Jawapan Tunku : “Macam mana I nak maafkan dia? Dia tu jenis manusia yang tak boleh dipercayai langsung!”

****** 01/01/2009

Mantan menteri penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau dilahirkan pada 1938 di Johor Bahru, buku ini adalah hasil tulisan pertama beliau yang menceritakan pengalaman politiknya dalam pergolakan UMNO sejak zaman Tunku lagi.

Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas setiausaha agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.

Beliau, yang lebih popular dikenali 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum enam tahun kemudian.

Kawasan parlimen itu kini dinamakan Pulai dan dikuasai anaknya Datuk Nur Jazlan selama dua penggal mulai 2004.

Disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika isterinya Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Pemimpin veteran Umno itu menjadi menteri penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung BN dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi menteri penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) sewaktu kepemimpinan Dr Mahathir sedang menerima kritikan hebat susulan pergolakan teruk dalam Umno.

Ketegasannya dapati dirasai antaranya dalam isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di RTM.

Mereka yang mematuhi arahan itu antaranya kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, January 1, 2010

Rakyat Didahulukan.....


"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan... satu slogan yang nampaknya sangat cantik pada pendengaran halwa telinga...tetapi bukan realiti di alam hakikat. Slogan yang memang nampaknya cantik namun penuh kepalsuan dan penipuan.

Dengan slogan yang bersifat bombastik, rakyat terus ditipu dan ditindas serta diperkudakan dengan maksima. Dengan menggunakan media, rakyat terus dipaparkan dengan kebaikan Kerajaan pimpinan Najib...namun hakikatnya ... dusta semata-mata. Namun rakyat terus terlena dengan momokan palsu.

Penipuan Najib Bermula dengan penipuan Ron 95 & Ron 97. Samada secara sedar atau tidak, Najib sebenarnya telah menaikkan harga asal minyak berkualiti daripada RM 1.80 seliter kepada RM 2.05 seliter. Tetapi bagi mengaburi niat asal kenaikan minyak, rakyat ditipu dengan mengekalkan harga RM 1.80 tetapi sebenarnya kualiti minyak yang digunakan adalah pada kualiti minyak merah pada masa sebelum kenaikan.

Kenaikan minyak menyebabkan beberapa kenaikan lain seperti makanan. Namun para peniaga akhirnya yang dipersalahkan kerana kononnya tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan. Sekali lagi rakyat ditipu ....

Kini, malam tahun baru dan menjelan tahun baru, rakyat akan sekali lagi diperkudakan dan ditindas. Gula pasir akan dinaikkan 20 sen sekilo dan para pengguna kad kredit akan dikenakan caj sebanyak RM 50 setahun bagi setiap kad yang mereka ada.

Apabila gula pasir dinaikkan sebanyak 20 sen... betul.... apalah ada pada 20 sen. Namun kesan yang akan dirasai oleh rakyat adalah akibnat dan kesan kenaikan harga gula tadi. Air pasti akan naik harga, kuih muih pasti akan naik harga, bahkan makanan harian pun pasti akan naik dengan alasan kerana gula naik. Satu alasan yang sangat baik dipergunakan keran mereka telah diajar oleh Kerajaan Rakyat kita. AKhirnya nanti, kerajaan akan kata " Kita akan membuat pemantauan untuk memastikan pada peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikan harga makanan" KPHDN... hahaha...lawaknya... satu skrip yang telah dihafal dialognyaoleh seluruh rakyat Malaysia.

Kad kredit akan dicaj sebanyak RM 50 bagi setiap kad yang mereka ada. Kalau sekiranya anda mempunyai 4 kad, bermakna anda akan di caj sebanyak RM 200 setahun oleh Kerajaan Bertanggungjawab pimpinan Najib.... Ini tidak termasuk caj tahunan yang dikenakan oleh bank. Mengikut statistik, di Malaysia terdapat kira-kira 3 juta orang pengguna kad kredit.... cuba kita bayangkan berapa banyak DUIT BUTA yang diperolehi oleh Kerajaan Najib... Siapa yang menjadi Mangsa.... RAKYAT diDahulukan untuk menjadi mangsa...... Ini tak termasuk sekiranya daripada 3 juta orang tu, ada yang menggunakan lebih daripada 2 kad.... bayangkanlah berapa banyak pulak DUIT BUTA yang diperolehi oelh Kerajaan NAJIB....

Maka betullah slogan yagn digunakan dan diterapkan oleh Kerajaan Najib.... Rakyat diutamakan...TETAPI untuk DIPERGUNAKAN..... Mungkin slogan baru yang lebih tepat dan sesuai adalah ... RAKYAT DIPERGUNAKAN.... "


Sumber:Oleh: cucuhangtuah

Ulasan: PR Juasseh/Jemapoh: Bahkan rakyat akan lebih tertekan dgn penambahan yuran2 persekolahan. Peruntukan pendidikan ditarik hampir 2B. Ini akan menyaksikan aktiviti2 dan program2 pendidikan tersekat dan guru2 panik bagi memikirkan bagaimana untuk mengendalikan pentadbiran sekolah. Berita yg di dengar hinggakan bill2 air dan letrik turut bakal dibiayai pihak sekolah. Kiranya ini terjadi....tidak mustahil ibubapa akan bertambah lagi perbelanjaan untuk menampung kos penyelenggaraan.

2009... Tahun Yg Cukup Mencabar Bagi PR

Pelbagai isu besar muncul sepanjang tahun 2009, tahun yang tidak jauh dramatiknya berbanding tahun sebelumnya, 2008, yang menyaksikan kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Tahun 2009 bermula dengan rakyat menyaksikan krisis di Perak apabila Umno dan Barisan Nasional merampas pemerintahan negeri Perak daripada PR melalui tindakan lompat parti tiga Adun PR, dua daripada PKR (Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu) dan satu DAP (Hee Yit Foong).

Ketiga-tiga mereka keluar daripada parti masing-masing dan mengisytiharkan diri bebas dan menyokong BN. Usaha Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin membubarkan dewan untuk mengadakan pilihan raya melalui pertemuan dengan Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak berjaya.

Umno dan BN berjaya merampas Perak dan menubuhkan kerajaan dgn meletakkan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baharu, menerajui kerajaan yang terus dipertikaian penyokong-penyokong PR sehingga kini.

Perjuangan PR walau bagaimanapun diteruskan, dengan mengadakan perhimpunan di bawah pokok, mendesak pembubaran dewan dan pelbagai kempen politik terhadap kerajaan diterajui Zambry.

Pada Februari, kerajaan PR Selangor menerima tekanan apabila gambar bogel exco Elizabeth Wong muncul dan disebarkan di internet. Tekanan ini walau bagaimanapun ditangani dengan tenang oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wong meneruskan tugasnya sebagai exco dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi pendedahan gambar itu menunjukkan satu standard yang sangat rendah yang mula menular dalam politik negara.

Pada bulan Julai, negara melihat satu lagi kecelakaan apabila seorang pembantu Ean Yong Hian Wah wakil rakyat di Selangor, Teoh Beng Hock ditemui mati di bangunan menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.

Kematian yang penuh misteri itu mencatat sejarah hitam dalam kisah politik Malaysia tahun 2009, kerana tempat kejadian itu berlaku dan pelbagai spekulasi dan dakwaan yang timbul ekoran kematian Teoh.

Sehingga hari ini, keluarga Teoh masih mencari keadilan untuk mendiang. SPRM dan kerajaan BN menerima kritikan hebat banyak pihak akibat kejadian ini, kerana usaha menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dilihat sebagai satu agenda besar yang membawa kepada siasatan terpilih SPRM.

Pada akhir Ogos, sekumpulan peserta demonstrasi terdiri daripada kumpulan bukan kerajaan dan penduduk tempatan di Seksyen 23 Shah Alam mengarak kepala lembu sebagai protes terhadap pembinaan kuil di kawasan itu.

Mereka mengarak kepala lembu itu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam, mengatakan kepala lembu itu ditujukan kepada pemimpin-pemimpin PR negeri Selangor.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai disebabkan kaitan antara lembu dengan agama Hindu. Tindakan itu jelas mengemukakan sesuatu yang boleh disalah tafsir dan membawa kepada provokasi.

Kumpulan-kumpulan Hindu dan PR mengecam tindakan itu dan enam daripada peserta demonstrasi itu kemudian didakwa di bawah Akta Hasutan.

MB Selangor menasihati Adun Badrul Hisham agar melepaskan jawatan sekiranya tidak berminat lagi untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Prestasi Badrul Hisham cukup merosot dan kesempatan ini di gunakan oleh Umno Bn untuk memujuk menyertai BN hingga Badrul mengistihar keluar dari PKR dan bertindak sebagai Adun Bebas.

Sepanjang 2009, secara berterusan PR dan PAS di Selangor menghadapi pelbagai tekanan dan permainan politik pihak tertentu, yang terbaharu demonstrasi oleh 20 orang yg mendakwa ahli Pas mendesak PAS keluar daripada PR.

PAS dengan tegas menyatakan terus bersama PR dalam kerajaan negeri Selangor, walaupun menerima tekanan dan kritikan.

Memasuki tahun 2010, cabaran dihadapi PAS dan PR dijangka akan lebih hebat lagi, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Umno dan BN pasti akan melakukan pelbagai usaha untuk melemahkan gabungan PR supaya lawan mereka dalam pilihan raya umum nanti lebih lemah berbanding pilihan raya umum lalu.

Dengan terjalinnya kerjasama PR dengan lebih rapat selepas konvensyen Pakatan Rakyat pertama berjaya diadakan, PR mempunyai potensi untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sepanjang 2009.

PR kini boleh memasuki tahun 2010 dengan menanam azam untuk bergerak dengan lebih bijak.

Kecelakaan yang dialami sepanjang 2009 perlu dijadikan pendorong untuk sentiasa bersedia sepanjang masa menghadapi cabaran yang bakal muncul.

@PR Juasseh/Jemapoh@