Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, July 29, 2012

Najib Serba tak Kena.....

Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.

Kalau beberapa minggu lalu Pas menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN.
Welfred Bumburing
Penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR. Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada kerajaan UBN.
Perhijrahan atau bangkangan secara fizikal para pegawai kerajaan itu juga menunjukkan transformasi politik dan pentadbiran ditawarkan Ha Najib Razak tidak memberi apa-apa bekas. Ia tidak 'bersera' ke hati. Mereka menyedari bahawa segala perubahan dan janji-janji itu adalah retorik semata-mata. Ketidakpedulian kepada anjakan Najib itu menggambarkan perdana menteri itu tidak ada wibawa dan kredibilitinya lemah.
Kini di Sabah pula berlaku tindakan yang dianggap sebagai drastik dan dramatik. Dua orang pemimpin utama negeri itu yang lebih merupakan pembela rakyat, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing telah melakukan “hara kiri” dalam politik apabila mereka mengumumkan meletak jawatan dalam parti dan keluar dari BN. 

Paling merujakan tindakan mereka ini bukan bersendirian tetapi disambut ribuan rakyat. Rakyat Sabah bangkit bersama mereka. Sebelum ini bekas timbalan menteri kabinet BN, Kalakau Untul juga telah keluar meninggalkan parti dan menyertai PKR.

Tindakan mereka itu benar-benar menjadikan Najib bukan saja terkejut tetapi terlupa waktu berbuka puasa dan sahur. Rambutnya juga yang sudah tipis menjadi bertambah menipis menyebabkan daerah kebotakannya semakin meluas. 

Najib tidak terfikir bahawa akhirnya kedua tokoh rakyat yang berpengaruh itu mengambil keputusan. Mungkin selama ini Najib dan pemimpin UBN lain menganggap mereka hanya mengugut dan bermain dengan kata-kata. Shafei Afdal yang sebelum ini menganggap keluar parti adalah perkara biasa juga mungkin, sudah menjadi loyak dan mumai dengan apa yang berlaku. Pengistyharan rasmi penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dikepalai mereka boleh memabukkan Shafei.

 
Usaha Najib disaat akhir untuk menyelamatkan BN Sabah dari gara-gara goyangan mereka karam tidak berjaya. Sebelum ini katanya Najib terpaksa membatal beberapa majlis di Kuala Lumpur dan terbang malam ke Sabah bagai menyelesaikan kemelut dan ugutan, namun tidak berjaya. Najib pulang ke Kuala Lumpur dengan tangan kosong.

Apa yang berlaku itu bukan salah siapa melainkan salah Najib juga sebagai perdana menteri. Sudah lama mereka berkokok menimbulkan rasa kurang senang baik secara lisan maupun menerusi parlimen tetapi tidak dipedulikan. Najib membiarkan mereka dan menganggap suara mereka hanya suara peribadi dan bukan suara rakyat. 

Najib juga mungkin berfikir mereka berdua dan sekalian rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit. Cara Najib berpolitik dengan mengumpankan wang ternyata sudah tersilap.

Bekas ketua penerangan Umno Malaysia Hussein Ahmad penah menyebut cara Najib berpolitik tidak ubah seperti pemelihara harimau yang suka memberi harimau daging di mana akhirnya pemelihara itu akan dibaham harimau apabila suatu hari dia gagal menyediakan daging untuk harimau. “Politik Najib amat bahaya,” tegas Hussein.

Najib begitu angkuh dengan kekuasaan dan politik tabur janji dan wang. Sudah ratusan billion yang beliau taburkan kepada rakyat. Najib mengira semua rakyat boleh dibeli dan wang adalah kuasa mutlak. Sebenarnya fatwa dan petua itu silap sama sekali kerana bukan semua orang akan lalai dan ralik dengan wang.

Sejujurnya juganya Najib tidak ada cara lain untuk menawan rakyat melainkan dengan memberi wang seberapa sen kepada rakyat. Najib tidak ada modal dan aset peribadi. Dia menyedari akan kelemahannya serta kemampuannya sebagai pemimpin. Najib tidak mempunyai kekuatan diri sebagai pemimpin baik idea, wawasan dan juga  track rekod sebagai pemimpin. Sebagai orang yang tidak pernah diuji dan melalui liku perjuangan panjang Najib kering dengan pengalaman dan sejarah.
Apabila sudah sampai satu tahap di mana ketidakadilan berleluasa, kekejaman berlaku dalam apa juga sudut, penipuan di mana-mana rakyat tidak akan pedulikan lagi kepada wang dan kebendaan. Naluri manusia tidak kira siapa mahukan kepada keadilan dan kebenaran, benci kepada kemungkaran berterusan. Manusia yang sihat boleh ditipu sebanyak dua kali bukan untuk ketiga dan seterusnya melainkan yang otaknya bertompok dengan doktri Umno ala-ala Ahmad Maslan.

Lajim Ukin
Apa lagi bagi orang seperti Wilfred dan Lajim atau Kalakau itu, bagi mereka wang tidak memberi apa-apa makna lagi. Mereka sudah mempunyai wang. Sebagai orang yang ada ehsan dan sisa perjuangan rakyat mereka akan melihat kepada nasib rakyat. Apa yang dilakukan saya melihat kerana mereka ingin membela nasib rakyat negeri mereka yang tidak dipedulikan oleh Kuala Lumpur. Mereka juga sudah mulai sedar dari diperbodohkan oleh pemimpin UBN Semenanjung.

Manusia boleh bersabar, setahun, 10 tahun 20 tahun tetapi tidak selama-lamanya. Dalam kes ini rasa sabar mereka itu sudah pun mencair maka tindakan itu diambil.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah membahayakan UBN. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan Sabah akan bertukar tangan. Kali ini Pakatan Rakyat nampak seperti mendapat keuntungan itu.

Tawarikh telah dicatat di Sabah apabila berlaku perpecahan di dalam parti atau ada pemimpin meninggalkan parti, maka kerajaan yang wujud sebelum itu akan tumbang dan kerajaan baru akan naik. 

Dalam tahun 1967 kerajaan Sabah ketika itu tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmongun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar parti dan bergabung dengan Usno pimpinan Tun Datu Mustapa Harun.

Manakala pada tahun 1976 kerajaan BN Sabah pula tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Salleh meninggalkan parti dan menubuhkan parti Berjaya. Berjaya berjaya memerintah Sabah.

Nasib dialami Usno ikut sama dirasai Berjaya selepas itu apabila Pairin Ketigan dan Mark Koding keluar meninggakan parti dan menubuh parti baru PBS berfeudamental Kristian tahun 1985 berjaya menmgambil alih kerajaan. Bagaimana pun kerajaan BN yang dirampas PBS itu terselamat apabila BN bertindak ‘merampas’ kuasa seperti mana berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Berdasarkan sejarah dan pengalaman serta hukum karma itu sudah pasti apabila ada tiga pahlawan rakyat Sabah bergabung untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, kejadian sama akan berulang di mana kerajaan UBN Sabah akan tumbang dan tergolek jatuh dari gunung Kota Kinabalu dalam pilihan raya ke-13 ini. 

Sesiapa pun jika membelakangkan rakyat akhirnya akan dibalas rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak yang boleh mengugagat mana-mana kerajaan kandatipun sekuat Mahathir maupun Firaun. 
Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. 

Tsunami Politik Sabah Bermula



Video streaming by Ustream

Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)...

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,”
kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI






Video streaming by Ustream



Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar

TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.

Janji Pakatan

Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar.
-HD







Video streaming by Ustream

Semakin Berserabut...Dek terlampau mengampu




Respon 23 bloggers malaysia mengenai logo kemerdekaan 2012


Banyak juga bloggers yang menulis dan mengondem logo kebangsaan tahun neh ek. Sebenarnya logo hari kebangsaan tahun neh dikecam bukan sebab buruk tetapi sebab ;


- versi copypaste

- dipolitikkan

- tiada kesungguhan nak menonjolkan kreativiti


Kita tak masuk lagi bab wang oke. Kita pun tak pasti samada ia dibayar kepada syarikat tertentu untuk me-reka logo tersebut ataupun hanya kakitangan kerajaan jek yang me-reka2 logo tersebut.

Apa pun kat bawah neh pandangan yang dipetik dari 20 blog. Ada macam2 pandangan. Dan korang nilaikan sendiri kenapa logo hari kemerdekaan tahun neh dikritik dengan teruk.


1. "Kalau aku lah dihidangan dengan rekaan seperti ini oleh pereka grafik aku, dah lama aku koyak-koyak… tak kreatif langsung… memalukan kaum-kaum pereka je… jadi kepada pereka serta tukang lulus rekaan logo, takkan tak faham-faham bahasa lagi… bawa-bawa lah tukar, sempat lagi rasanya kalau nak tukar… jangan malukan diri lebih-lebih lagi negara…" - http://www.mr-merlot.com/

2. "Apa kemenda kalu ni dipanggil logo? Naz yang xreti design pun bole buat kalau camni, Copy paste dalam word je kot. Muahaha.. Yang pasti, para designer logo sume cam rasa dimalukan dengan design logo cmni. Adehh, bila hari kemerdekaan dipolitikkan...gini la hasilnya. Janji ditepati? Tu lagi lawak okey!!" - http://yslgalz213.blogspot.com/

3. "Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun." - http://aizatshafiq.blogspot.com/

4. "Apa kejadahnya logo macam ni dipilih jadi logo Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun? Semak dan sarat dengan elemen-elemen yang tak perlu pun. Slogan Janji Ditepati tu memang dah takde masalah pada aku, Tapi logo tahun ni, geleng kepala aku menengoknya. Tapi memang aku perasan sangat pun, tema Hari Kebangsaan sejak akhir-akhir ini memang dikaitkan dengan politik pun, jauh beza berbanding sebelum ini." - http://sembangbincang.blogspot.com/

5. "BUWEKKK!!...dan aku rasa ramai sebenarnya penggiat industri kreatif tak terkejut logo sebegitu diapproved. Ramai yang tak tau kot unofficial code of conduct nak design untuk Jabatan Kerajaan.." - http://cursingmalay.blogspot.com/

6. "Tahu tak perasaan mereka yang bekerja sebagai 'graphic designer' ataupun pereka design lepas mereka tengok logo ni? Cukup saya ambil dua contoh, Imran owner Sifoo.com dan Kukubesi Manipulasi, kedua-dua mereka cukup kecewa dengan design sambil lewa ni. Kesimpulannya logo tahun ni cukup mengecewakan." - http://diari-arif.blogspot.com/

7. "Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan...Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3." - http://www.fizgraphic.com/

8. "Apa dah jadi dengan seni? dalam 55 tahun merdeka maka ini adalah.. secara rasmi, saya katakan.. logo paling tak cantik. 27,000,000 (27 juta) orang ada dalam malaysia, ada berapa ribu graduan lepasan grafik takkan seorang pun tak mampu buat satu logo yang mudah, cantik dan berseni? jangan buat malu negara. terpikir macam mana nak buat formasi budak2 atas padang dengan logo macam ni. kerja gila." - http://lomotech.com/

9. "Sememangnya logo tersebut banyak bantahan serta kritikan terutamanya dari para designer Malaysia. Ia seolah di reka oleh budak higusan dengan menggunakan perisian Micrsoft. Disini adalah menjadi tangunggjawab saya untuk pihak berwajib sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun sesetengah pihak mengatakan ia hanya logo, tetapi bagi kami logo ini menjatuhkan martabat semua graphic designer di Malaysia dan mencerminkan kepada dunia yang Malaysia tidak mempunyai designer yang berbakat." - http://bighandesign.blogspot.com/

10. "Kajian menunjukkan 97% responden menilai logo Hari Kemerdekaan ke 55 ini adalah HODOH dan tidak merupakan sebuah logo melainkan himpunan keserabutan yang jelas tercampur aduk menjadi sesuatu yang memperlihatkan ada yang tidak kena pada negara ini. Tidak salah memasukkan logo 1 Malaysia dan angka 55 hatta jika ingin memasukkan temanya sekali tetapi mestilah DALAM BENTUK LOGO! BUKAN DALAM HIMPUNAN CACA MARBA SEPERTI INI, KEMUDIAN DISEBUT LOGO. INI AMAT MEMALUKAN NEGARA!" - http://ipohmalay.blogspot.com/

11. "Penjelasan mengenai logo ini juga, ianya seperti kerja mudah. Main tampal-tampal saja, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi? Lagi satu, saya percaya, ramai lagi disigner boleh buat yg lebih baik dar logo yg sedia ada tu.. Kalau boleh, usah la mempolitikkan kemerdekaan..Cukup2 lah tu.." - http://dhanian.blogspot.com/

12. "Ini bukan logo...tapi....tak macam logo, abis nak cakap ini apa yerk. Mungkin boleh dikatakan sebagai Logo Penerangan Kemerdekaan kot...Logo-logo kemerdekaan dahulu simple dan mudah sahaja tanpa perlu besar-besar.....tak paham aku...macam logo budak sekolah rendah jer yang buat. Tak menunjukkan kematangan langsung. Sudah 55 tahun...lah..." - http://malaysiascore.blogspot.com/

13. "Saya bukan ahli politik atau ahli kepada mana-mana pertubuhan politik di negara ini. Tapi yang saya tidak faham, kenapakah logo Merdeka untuk tahun ini terang-terangan bermotifkan politik. Adakah kerana pilihanraya semakin dekat? Sewajarnya, motto "Janji ditepati" itu tidak digunakan di dalam logo Hari Kebangsaan. Motto hari kebangsaan sepatutnya melambangkan hala tuju negara pada tahun tersebut. Selain itu, logo hari kemerdekaan pada kali ini juga adalah yang paling buruk didalam sejarah logo Merdeka. Kelihatan logo untuk tahun ini seperti di "copy-paste" saja." -http://www.malaysiancoin.com/

14. "Adakah anda setuju sekiranya benarlah logo ini yang akan diguna pakai sebagai logo sambutan kemerdekaan kite yang ke-55?? secara jujurnya sy merasakan bahawa ini adalah thedak patut. huk huk. dah takde ke pereka yang berkaliber kat Malaysia ni?? hello.. sila la buka mata. sila lihat angka itu. kita sudah 55 tahun merdeka. adakah logo itu cukup menggambarkan tahap kemerdekaan kita?" - http://kelipkelipchumel.blogspot.com/

15. "Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. " - http://hazrilhafiz.blogspot.com/

16. "Pendapat peribadi aku,slogan atau tema kemerdekaan tahun ini adalah yang paling 'buruk' dalam sejarah negara. Aku tak nampak semangat patriotik di dalam slogan tersebut,sejujurnya ia lebih kepada berkempen bagi pihak kerajaan Barisan Nasional...Slogan ‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ masih boleh diterima sebagai slogan patriotik, tetapi slogan pada tahun ini lansung tidak ada semangat patriotik apatah lagi ditambah dengan isu logo ‘Microsoft Word’." -http://cerahjeff.blogspot.com/

17. "Rasanya tema tu tak ada kaitan langsung dengan hari Merdeka. Sedih pun ada juga bila tengok ada logo tu, ramai yang katakan ianya seperti di reka oleh murid sekolah rendah atau bukan seorang pakar yang dibayar dengan harga yang tinggi. Tak faham bagaimana ia dapat kelulusan untuk dijadikan logo rasmi. Mungkin mereka ada penjelasan dan penekanan sendiri dan itu yang rakyat semua nak tahu sekarang." - http://shahrulsite.net/

18. "UGLY MALAYSIA honestly wonders if AH JIB KOR is listening to our pleas for a better Merdeka logo. Stick to the phallic 1Malaysia symbol if you need to. This is an insult to Malaysian Design and its legacy, a disrespect towards the other designs in the Merdeka logo archives. 55th logo will stick out like a sore middle finger if placed together with all the rest. " - http://uglymalaysiana.blogspot.com/

19. "Makkkk oiiiiii..betul ke ini logo kemerdekaan negara kita tahun nih
kelakauuuunyeee.......maca
m main aci redah je tampal gambar macam logo parti politik pun ada..ramai yang tak puas hati lagi2 mereka yang bergelar grafik designer tu.... bedebuk jatuh jantung mereka lihat logo kemerdekaan macam nih..paling best ada yang kata harap-harap ini adalah logo terakhir BN sebelum berkubur iskkkk.....sadis lak aku dengar kikikiki" - http://aiyangdisayang.blogspot.com/

20. "Bebaru ini timbul satu kontroversi hangat di ruangan facebook di mana logo Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dilancarkan oleh kerajaan sangat tidak mencapai tahap profesional. Sehingga dikatakan menjatuhkan maruah designer di Malaysia...Saya juga tidak ketinggalan. Geram! Kerana sambutan ini adalah sambutan peringkat nasional bukan peringkat sekolah rendah." - http://imranabduljabar.com/

21. "sebenarnya banyak menimbulkan isu Logo Kemerdekaan 2012 apabila ia dikatakan dikaitkan dengan politik bagi admin,admin tak nak ipokrit dan ya,memang admin nampak logo ini ada unsur politik,dan tak perlu lah mempergunakan kemerdekaan untuk tujuan politik dan biar nampak terdesak,kalau nak menang guna cara biasa da la." - http://www.berliku.com/

22. "What a waste, speechless, no idea...Tiap tiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Maka datangnya Hari Kemerdekaan ini akan datang bersama logo dan mottonya. Motto hari kemerdekaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Lebih malang lagi ciptaan logo hari kemerdekaan 2012 kali ini sungguh kreatif dan penuh kesenian. Aku tak pasti logo ini dah officially launch untuk hari kemerdekaan atau hanya troll untuk rakyat Malaysia semata-mata." - http://nazrulakram.blogspot.com/

23. "disini penulis dengan rendah diri menyatakan yang Logo Kemerdekaan 2012 boleh dikategorikan sebagai Logo Sampah yang mana penulis boleh ciptanya ketika penulis berusia 4 tahun kerana penulis sudah pun pandai menggunakan ' Paint '...Transformasi perlu dilaksanakan sekarang, jangan malukan negara dengan Logo dan Tema yang begitu sampah sekali dimata dunia. Kononnya negara ingin mencapai negara Maju dalam masa 8 tahun lagi, tapi Logo pun tak boleh buat betul-betul jangan haraplah." - http://seafailed.blogspot.com/