Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, November 28, 2010

Nik Aziz juga akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

November 28, 2010

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”

“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya (gambar).

Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.

“Apa yang tidak pernah dialami oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan dan dihumban ke penjara.

“Sejak merdeka, tidak pernah ada tokoh negara lain yang difitnah, dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama kita,” katanya.

Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.

“Jawapan saya adalah Saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” kata beliau.

Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.

“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.

“Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.

Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.

Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

Elizabeth Wong undi tertinggi MPP

PKR sahkan Azmin timbalan presiden, Elizabeth Wong undi tertinggi MPP

TERKINI @ 06:47:21 PM 28-11-2010
November 28, 2010

PETALING JAYA, 28 Nov - Di sebalik proses pemilihan langsung bersejarah yang turut dicemari dakwaan kecacatan dan kepincangan, Azmin Ali hari ini secara rasmi diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Naib Presiden itu menewaskan pencabarnya yang juga Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub dengan memperoleh undi sebanyak 19,534.

Azmin merupakan timbalan presiden keempat PKR yang ditubuhkan April 1999.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa cabaran.

Awalnya jawatan timbalan presiden ditandingi oleh Datuk Zaid Ibrahim tetapi menarik diri selepas minggu kedua pengundian atas alasan wujud kepincangan dalam proses pemilihan.

Mustaffa juga membuat dakwaan itu tetapi meneruskan saingan dengan protes.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Hishamuddin Ismail ketika Kongres Nasional PKR yang berakhir hari ini.

Sementara itu, bagi jawatan naib presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendahului senarai apabila menerima 13,211 undi.

Ini kali pertama Puteri Reformasi itu bertanding jawatan itu.

Kesemua empat naib presiden yang dipilih merupakan muka baru.

Turut memegang jawatan itu Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mendapat 11,744 undi, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (8,927) dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datu Dr Mansor Othman (8,576).

Bagi 20 jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi dengan menerima 10,897 undi.

Ia diikuti Badrulamin Bahron (9,672), Hee Loy Sian (8,473), Khalid Jaafar (7,889), Johari Abdul (7,719) dan Abdul Rahman Yusof (7,719).

Turut dipilih menjawat ahli MPP yang baru adalah Haniza Talha (7,588), Fariz Musa (7,511), Zakaria Abdul Hamid (7,170), Roland Chia Ming Shan (7,095), Siti Aisah Shaik Ismail (6,876), Ismail Yusof (6,332), Latheefa Koya (6,242), S. Kesavan (6,139), Shuhaimi Shafiei (6,095), M. R. Shamugam (5,964), Yusmadi Yusoff (5,810), S. Manikumar (5,789), Mustafa Kamal Yusoff (5,745), Christina Liew (5,707).

Anwar mahu kumpul semua calon kalah




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.


Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

Saturday, November 20, 2010

perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. Bebas

Berita Oleh Hafiz Yatim

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).
Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

bersih rally 271207 05Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram. [Imbas foto kejadian]

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira

Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir.

Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42.

Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah.

Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

Sunday, November 14, 2010

KHAS Buat Ahli PKR : Jangan Bakar Kelambu

Ini Parti Rakyat...ini parti kita. Ini bukan parti orang-orang kenamaan atau elit. Kita lah yang bakal menentukan halatuju parti dan perjuangan. Pejuang tidak akan berhenti dek kerana ragam2 orang.

Yang nak menentukan pemimpin jugak adalah kita. Dan nak meruntuhkan pemimpin dan parti jugak, adalah kita.

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang turut memberi ucapan dalam pertemuan tertutup Rapat Anak Muda berkata, beliau menasihatkan anggota parti berkenaan supaya bersabar dan "tidak mengikut rentak orang luar."

"Walaupun ada kelemahan saya tengok ini satu keberanian di pihak parti untuk kemukakan cara baru (melalui pemilihan langsung)

"(Memang) ada masalah tetapi itulah sebenarnya kekuatan dia supaya pemimpin itu naik dengan cara yang terbuka yang telus.

Walaupun saya tak nafikan ada pemimpin yang gunakan cara yang tak sihat tapi lama kelamaan orang ini akan terkeluar juga.


"Mungkin sekarang tidak, jadi saya katakan tadi kena bersabarlah, jangan sampai bakar kelambu kerana ada satu dua masalah.

Kena bersabar dan gunakan saluran yang ada, saya katakan tak ada benda yang tak ada kelemahan. Ini kali pertama, kena bersabarlah.

Tambahnya, PKR perlu menghadapi masalah yang timbul dalam pemilihan kali ini "dengan berani."

Friday, November 12, 2010

Demokrasi PKR dan adab

Ibarat pokok kelapa yang ditanam. Pokok menjulang awan, akar mercup menyelirati bumi. Badai dan taufan melanda bagai pucuk mencecah bumi. Namun patah batang di tengah tidak sekali apalagi tercabut dan tungkar menghambat jalanan. Begitulah PKR.

Musim pemilihan merupakan musim bergelora setiap parti yang mengamalkan demokrasi. UMNO lagi maha hebat geloranya berbanding PKR sekarang. Bezanya para pewarta yang berbagai medium mereka pandai menonjol apa yang menunjukkan mereka kuat dan bijak laksana pula menutup dan menyembunyikan aurad dan kelemahan parti.

Ibarat seorang wanita yang hendak melahirkan. Ia hanya terjadi dalam suasana yang terkawal dan tertutup lantaran banyak hal yang tidak membolehkan ia dilakukan dikhalayak dan dipersaksikan secara umum. Keindahannya sahaja yang dapat dikongsikan apabila hasilnya iaitu seorang bayi didukung erat dengan kasih sayang dan mengumbirakan seisi yang hadir.

Lain halnya situasi PKR sekarang. Musin geloranya telah dan sedang dimanipulasi sepenuhnya dan tiada apa yang menghalang untuk diwarkan sama ada secara positif atau negatif.

Para pemimpin dan ahli janganlah melatah dek kerna kuatnya bunyi taufan dan tiupan anginnya serta kruk-kraknya bahan yang berterbangan yang pastinya akan bertaburan juga ke tanah.
Setelah badai dan taufan berlalu, segalanya akan tenang dan tenteram. Masing-masing dapat melihat peri kelakuan diri apabila dibadai sebegitu rupa.

Yang betah bertahan akan mengucap syukur, kerana berjaya melepasi badai. Sedang yang melepaskan pegangan dan diterbangkan si badai juga akan merasakan sakit ngilunya apabila sedar diri telah tersilap dan terhempas ke bumi. Namun Semuanya akan bercarian sesama sendiri serta saling berhuluran tangan untuk meneruskan perjuangan hidup seterusnya.

Itulah PKR sekarang. BERSABARLAH.
Selamat berjuang.

APABILA ZAID IBRAHIM MEMBUKA TOPENG DI WAJAH………

Pembersihan PKR sebelum Memegang Kerajaan Pusat

Barangkali inilah proses pembersihan PKR. Kami bandingkan juga dengan kekuatan BULAN PUTIH dari segi istiqamah, keutuhan memegang prinsip, dan yang paling penting atas dasar apa sesuatu parti politik wujud dan berjuang. Dasar itulah yang menjadi inti dan melatari matlamat perjuangan…

Sambil terus menekan kami, rakan-rakan puak karat biru berkata impaknya besar. KAMI katakan isu politik kebanyakan bersifat sementara dan PKR masih baru. KAMI berikan contoh beberapa kes besar, satu ketika Negara gegar tuduhan kepimpinan utama Negara terlibat pembunuhan Altantuya sehingga keluar perkataan demikian (Segera DNA anak Altantuya untuk pastikan anak Razak atau Cucu Tun Razak). Segalanya bersifat sementara dan akan ditutupi oleh isu baru nanti. Satu ketika isu harga barang naik, kemudian isu perpaduan/penyatuan PAS – UMNO, kemudian muncul pula isu lain.

Cuma sekarang apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam rangka startegik pelan tindakan segera bagi mengelakkan bisul menjadi barah tahap kronik. Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dengan sepak terajang dunia politik yang penuh helah dan taktikal yang pelbagai. Meminjam kata Tun Mahathir “Tiada kawan dan lawan yang kekal dalam politik....”

Pun DSAI ada ketikanya tidak juga dapat membuat penilaian yang tepat. Ya! Sebagai manusia biasa kita ada kelemahan. Ini adalah pengajaran paling berguna buat PKR. Lebih wajarlah PKR kekal dengan reformis tulen yang setia semenjak tahun 1999 (ketika api reformasi membakar Kuala Lumpur). Mereka yang mudah melompat dan bertukar-tukar rupa dan arah, pada pandangan peribadi kami ada sesuatu yang tidak kena dengan jiwa orang seperti ini...

Baik isunya ;

  1. Bagaimana Zaid Ibrahim yang dianggap sudah masak dengan dunia politik boleh memberikan kenyataan akhbar kepada pihak media tradisional yang sentiasa diragui, jaguh putar belit dan tentunya akan menggunakan segala kelemahan Pakatan Rakyat untuk memadam kepercayaan rakyat? Mustahil Zaid tidak tahu natijah perbuatannya itu terhadap Pakatan Rakyat.
  1. Wujudnya kenyataan merapu ini setelah Zaid melihat pertembungannya dengan Azmin, jelas tidak memihak kepada dirinya. Dalam keadaan seperti ini, sekiranya Zaid matang berpolitik dia tidak akan ’meroyan’... Sekiranya ikhlas dengan PKR Zaid tidak akan meraung kepada media perdana.
  1. Ada hikmahnya Zaid tewas di Hulu Selangor. Bayangkan jika takdir memberi kemenangan kepada PKR dan Zaid melepaskan jawatan dalam keadaan Barisan Nasional yang sedang reput bertungkus lumus memulihkan imej mereka di mata rakyat. Kemenangan di Galas tentunya masih menyuntik moral dan kita akan terpaksa menghadapi pilihanraya kecil lagi jika Zaid menang dan meletak jawatan... Sungguh Maha Bijaksana Allah merancang segala-galanya.
  1. Zaid juga dengan bangga mendakwa beliau layak meggantikan DSAI memimpin PKR. Hebat! Sedangkan masuknya Zaid dalam PKR, dek dihukum UMNO kerana rasuah politik. Kalau pemilihan dalaman sudah sukar menerima ketika di ambang kekalahan, macam mana nak jadi pemimpin utama. ( kenyataan awalnya ingin membantu dan mengukuhkan PKR juga tidak bercadang untuk meraih sebarang jawatan, jelas tidak selari dengan apa yang sedang dibuatnya sekarang)
Sejarah politik, Zaid hebat juga. Beliau orang yang pernah menyaman hudud. Ah! Sebetulnya sukar mahu membaca siapa Zaid sebenarnya dan apakah tujuannya menyusup dalam PKR. Allahuakbar! Sesungguhnya apa yang tersembunyi di hati makhluk hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

Kepada DSAI ini pengajaran yang sangat berguna. Sesungguhnya ubat memang pahit, tapi apabila sembuh dari penyakit, nikmat. Terpulang DSAI, kita di kem Pakatan rakyat tidak punya banyak masa untuk menghadapi PRU 13 dalam keadaan Dato Seri Najib senyum lebar melihat huru-hara pemilihan PKR. Lalu siapa pun yang bekasnya dari sana (UMNO) dan berada dalam PKR harus diawasi tanpa mengira agama, bangsa, pengalaman politiknya. Sekarang Zaid sudah membuka topeng di wajahnya... Jangan ada lagi selepas ini yang akan membuka topeng dan memperlihat wajah sebenar.........

Wallahua’lam


Rakyat marhaen sokong bukan koprat keparat

AI44SIMPANG RENGGAM 12 Nov - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan.

Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji,"

Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam.

Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini"

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

"Tokoh korporat yang kaya, bekas menteri yang kaya boleh datang dan pergi dalam parti kita tapi yakinlah kalau parti ini menjaga hak dan kebajikan rakyat bawahan kita akan berjaya, insyaAllah.

"Yakinlah kejayaan adalah hampir jangan kita lupa pada PRU-12 Pakatan Rakyat menang di Semenanjung denga 51 peratus undi, Umno-BN hanya dapat 49 peratus, mereka dah kalah. Kita hanya perlukan 5 peratus lagi dan insyaAllah kita akan ambil alih Putrajaya dan buat perubahan untuk rakyat. Jadi saya menyeru semua anggota parti, pendokong pakatan Rakyat serta rakyat berusaha sikit lagi da bersabar," tegas Anwar bersemangat sambil disambil tepukan gemuruh para hadirin.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.

Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

Menyentuh mengenai keperibadian yang perlu ada kepada anggota KEADILAN, beliau memuji sikap bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang tidak meminta-minta sebarang jawatan dalam parti setelah menyertai perjuangan lebih setahun lalu.

"Saya tanya Datuk Chua samada beliau ingin bertanding, Kata beliau beliau masih baru dalam parti dan mahu membantu mengukuhkan jentera parti terutamanya di Johor sebab kita yakin pada pilihan raya umum akan datang kita yakin mampu mengambil alih Johor. saya lihat beliau menjelajah seluruh negeri Johor dan negara membantu parti tanpa meminta jawatan, kedudukan dan sebagainya. Inilah sikap yang baik sebagai seorang ahli parti. Jadi tidak semua bekas Menteri tidak baik dan ambil kesempatan," sindir Anwar.

Anwar juga sempat menyentuh mengenai Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 dan menggesa agar anggota parti menggunakan hak yang ada pada mereka dengan bijaksana.

"Saya mahu semua anggota parti keluar mengundi. Gunakan hak dengan sebaik mungkin dan jangan cuai. Sekarang kita ada dua calon Timbalan Presiden iaitu Azmin dam Mustaffa, jadi mereka boleh pilih antara kedua-dua calon ini," kata beliau lagi.

Sebelum ini seorang lagi calon bagi jawatan tersebut, Datuk Zaid Ibrahim telah mengumumkan Selasa lalu bahawa beliau menarik diri daripada pertandingan serta melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan.

Anwar sebelum itu mengadakan sidang akhbar bersama Persatuan Koresponden Asing Singapura dan kemudianya mengadakan pertemuan dengan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor pada sebelah petang dan diikuti dengan majlis dialog bersama anggota KEADILAN di Pulai.

Ulasan & Pandangan Kami:

Selepas ini PKR seharusnya meletakkan beberapa syarat terma2 pemilihan. Kelemahan itu tetap ada terutamanya ini adalah permulaan keberanian PKR membuka laluan kepada semua anggota parti memilih calon2 pimpinan tertinggi.

Pandangan kami:

Ahli2 parti yang menawarkan diri sewajibnya telah berada bersama2 parti dalam jangkamasa 3 tahun ke atas.

Tidak di benarkan membuat liputan sidang akhbar yang Pro Umno BN. Kenyataan menghentam parti dengan menggunakan saluran luar, perlu di ambil tindakan displin.

@ Parti jangan mudah tertawan dengan lagak2 orang kaya yang kononnya berilmu tapi nipis dlm ertikata reformasi perjuangan. Banyak sangat langau dah menyelinap masuk dan buat bising dalam PKR sekarang.

@ Kami sangat percaya....masih ramai lagi calon2 diantara kita..tokoh2 pejuang reformasi yang berprinsip dan berilmu boleh menjadi tunggak sebagai pemimpin parti kami.

@ Biduk lalu kiambang pun bertaup @

Wednesday, November 10, 2010

Moga Allah menyimpangkan Zaid kembali ke Zaman Mabuknya



KAMI sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi punca masalah dalam parti berkenaan. KAMI berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid kini ada diantara KAMI melihatnya lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli (masih baru) beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nyamuk membakar kelambu adalah gambaran politik yg nampak bijak tapi bodoh.

Pada KAMI Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. KAMI percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. KAMI yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi Perdana Menteri. ZAID MENGAKU MAHU GANTI ANWAR, Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata telah berjaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya menyarankan agar Anwar, Azmin punca segala masalah PKR. Zaid tiba-tiba angkuh, bahawa dia lah yang lebih layak menerajui PKR. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini akan dilihat sebagai agen pemecah belah?

KAMI rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.

Wednesday, November 3, 2010

RENUNGAN SEBENTAR..........

Assalamualaikum...............

Syukur kehadrat Ilahi dan selawat & salam kepada junjunga kita. Juga tidak dilupakan kepada para berjuang PEMBENCI KEZALIMAN.
Maaf, disini ingin saya mencuri sedikit ruang untuk renungan buat kita bersama - Insyallah

http://haslinj.spaces.live.com/Blog/cns!F2F7103E58B6E63E!226.entry

Wasalam


Monday, November 1, 2010

PRK Galas : UMNO Terima Kejutan, Soberi Keluar Parti

1 Nov: Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 3 hari lagi, UMNO menerima kejutan hebat apabila Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menghantar permohonan itu kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan penerimaannya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing."Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.








Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.



"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi.

Soberi berkata, selepas keluar Umno beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.