Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, April 30, 2009

Pilihanraya Dun Penanti. Umno semakin Gelisah

Jumaat 1hb May 2009

Umno dilihat semakin gelisah dan berada di dalam keadaan dilema sehinggakan terpaksa Biro Politiknya menangguhkan keputusan untuk mengumumkan samada Umno wajar meletakkan calonnya bertanding di dalam PRK Dun Penanti nanti. Parti yang semakin ditolak oleh orang Melayu ini semakin keliru dengan rentak politik PR terutamanya strategi yang sedang dimainkan oleh PKR di P.Pinang. Pada zahirnya dilihat PR P.Pinang kelihatan berpecah apabila dikatakan PAS Permatang Pauh menolak calon dari PKR sebaliknya inginkan calon dari PAS bertanding di Dun Penanti. Namun dalam situasi begini, Umno masih berhati-hati kerana bimbang akan terjebak ke dalam perangkap PR di P.Pinang.


Najib selaku PM amat teruja dengan tindakan Fairus meletakkan jawatannya sebagai Adun Penanti sekaligus memberi peluang untuk rakyat khususnya di Dun Penanti `menelanjangi' Najib sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini. SPRM secara pantas dan cekap mengumumkan Fairus bersih dari dakwaan rasuah seperti yang didakwa, malang sekali Fairus mempunyai jiwa yang kuat dan moral yang tinggi tidak bercadang untuk menarik kembali keputusannya meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti.


Hajat Najib untuk menawarkan Fairuz sebagai Adun bebas dan memberi sokongan kepada BN saperti strategi Perak, gagal. Digambarkan juga dalam media, bahawa Fairuz akan bertindak membongkarkan pertelingkahan dalaman PKR Penang, juga gagal. Bacaan Najib juga Umno tidak akan menyertai Prk ini, untuk kononnya mengelakan pembaziran duit negara. Anwar membidas Najib, Umno BN lah yg selama ini seringkali mempergunakan dana negara dan menjadikan intitusi kerajaan alat parti Umno tanpa beradab.


Sudah semestinya KJ mempunyai rancangan sendiri setelah menang dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno walau pun dihukum lembaga Displin terlibat dengan politik wang. di aibkan terang-terang oleh Najib dan Mahathir. Keputusan pilihan perwakilan tidak lagi agenda utama dlm menentukan barisan kabinet Najib. KJ telah pun membuat rombakan besar-besaran membariskan ketua pemuda seluruh negeri. Sekiranya Umno turut menyertai PRK Penanti ini, kemungkinan Najib dan Mahathir akan di telanjangi lagi oleh pemuda Umno sendiri. Jika demikian keadaannya, apakah lagi modal Umno untuk berkempen di Dun Penanti nanti sekiranya calon Umno bertanding.


Sebaliknya, PR mempunyai berpuluh-puluh `peluru' untuk dihalakan kepada Umno di Dun Penanti. Sudah tentu`peluru-peluru' yang dimiliki oleh PR nyata jauh lebih banyak dari 6 kotak yang masih terpikul di bahu Ezam. Ezam yg dijanjikan sesuatu dan kembali ke Tun Abdullah melalui KJ, mungkin akan memasang strategi bergambung kuat dengan KJ menghapuskan pengaruh Najib Mahathir.


Suruhanjaya Pilihanraya mulai mengatur langkah kononnya untuk menjadikan pilihanraya ini lebih adil dan telus. Peraturan menghadkan penyokong semasa penamaan calon dan menghapuskan pondok panas semasa hari mengundi adalah kaedah paling `profesional' yang dirasakan oleh SPR bagi menjamin pilihanraya kali ini dan seterusnya adalah lebih adil dan telus. SPR tidak lagi peduli samada media kerajaan seperti TV dan radio memainkan propaganda dan kempen menyebelahi Umno/Bn tanpa ada ruang untuk PR menggunakan saluran yang sama. Kedengaran juga SPR terpaksa menangguhkan senarai pengundi baru yang berdaftar untuk mengelakan Tsunami anak-anak muda yang menyimbah PRK Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Selambau dan Bukit Gantang.


Apakah SPR juga tidak menyedari bahawa terdapatnya jentera-jentera kerajaan dan kemudahan kerajaan yang digunakan oleh Umno/Bn setiap kali pilihanraya diadakan? Mengapa di dalam perkara ini SPR membisu ? Terlalu banyak yang seharusnya SPR fikirkan jika ikhlas untuk menjadikan pilihanraya di negara ini bermutu tinggi, adil dan bersih. Mengapa harus memikirkan tentang penyokong yang ramai dan pondok panas? Apakah dengan pondok panas tersebut benar-benar `memanas'kan Umno/Bn?

Kami tidak mahu mengulas kenyataan bekas MB Selangor, Khir Toyo yang menyatakan PR tidak perlu bertanding jika sudah tidak mempercayai SPR. Kenyataan dangkal dan kurang cerdik dari Khir Toyo sewajarnya dianugerahkan `penyapu'. Sebenarnya Khir Toyo sudah tidak mampu lagi bersuara di Selangor kerana pekungnya telah banyak terdedah sehinggakan baunya menusuk merata-rata di negeri Selangor. Harapan Khir untuk menjadi Ketua Perhubungan Umno Selangor juga musnah setelah Najib sendiri bertindak menamakan nama beliau sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor yang baru setelah membuang Muhammad Taib yg tersungkur dalam pemilihan Umno tempohari.


Kini, rakyat di Dun Penanti ingin melihat sendiri samada Umno yang sering menjulangkan kerisnya itu adalah anak `jantan' atau tidak.


Sekiranya tiada lagi `anak jantan' yang sanggup berpencak dengan PKR di Dun Penanti, kita syorkan Umno meletakkan Puterinya untuk menebus maruah Umno yang hampir tiada itu.

Salam Reformasi memerdekan Rakyat.

Saturday, April 25, 2009

Sambutan Gempak Astro Di Desa Jemapoh... hambar....

Ahad 26hb April 2009



http://picasaweb.google.com/GUA1964/AstroGempakDesa?authkey=Gv1sRgCOPZ4PvfhoTNgAE&feat=directlink (klik melihat gambar)

Padang awam Desa Jemapoh telah menjadi lokasi pilihan Astro dlm program "Gempak Desa" kali ini. Karnival ini bermula awal 8am dan dijangka berakhir 10pm. Pelbagai aturcara telah di susun oleh pihak Astro. Gubahan, pertandingan Azan, mewarna, dan forum keugamaan bersama bekas artis rock dan penceramah bebas Ust Ahkhil.

Melihat dari persiapan khemah dan susunan pentas yg mantap, di samping pameran, cukup hebat dan cukup meriah terutama ini adalah program sejarah kampung Desa Jemapoh yang terbesar pernah di adakan di Padang Awam Desa Jemapoh ini. Tetapi banyak aturcara program yg disusun gagal kerana tiada sambutan. Tiada polis lalu lintas, dan tiada polis cawangan khas seperti program2 kami sebelum ini.

Tetapi sesampai saja di tapak karnival, sambutan cukup hambar dan mengecewakan. Hanya beberapa anak2 kecil berlari2 dan krew2 Astro mundar mandir. Maklumat yg kami diterima, bahawa pihak Astro telah pun memaklumkan karnival ini sejak Jan 09 lagi. Tapi, hanya sebahagian sahaja orang-orang kampung yg dapat maklumat, itu pun dari poster2 yg terpasang 3 hari sebelum karnival ini bermula.

Lebih malang lagi, pengerusi JKKK En Mohammad Lani terperanjat setelah di beritahu oleh bakal pengganti beliau Sdr Zaidi (alang badang) 4 hari sebelum karnival bermula. Beliau telah membuat siasatan ke Majlis Daerah bahawa pembayaran Astro penggunaan padang telah pun di buat awal Jan09 dengan tanpa dimaklumkan kepada beliau. Semuanya telah pun diuruskan oleh Sdr Zaidi bersama pihak Astro. Sedangkan ini adalah Padang kampung bukan di bawah seliaan Majlis Daerah.

Pandangan kami, bahawa AJK JKKK (umno lah tu) tidak ada ilmu dan kejujuran dlm merancang sesuatu program bersama masyarakat dan saling mengunakan kesempatan membuat perjanjian dan meraih bayaran sewaan dengan menutup dari pengetahuan ajk sendiri.

Zaidi adalah bakal pengerusi JKKK Desa Jemapoh yg baru, dan akan di tauliahkan mengantikan En Mohammad Lani yg telah melepaskan jawatan atas rasa emosi yg selalu di malukan oleh Ahli Parlimen KP Hassan Malek kerana pernah membenarkan AMK KeADILan KP menganjurkan program Kejohanan 7 sebelah Bolasepak di padang yg sama. Tocang Zaidi semakin menjadi2 dan selalu membelakangi AJK sendiri walau pun belum lagi di tauliahkan.

Kami membayangkan. satu ajk sepatutnya terbentuk dan ianya terdiri dari orang-orang kampung sendiri, dan dapat bekerjasama dengan pihak Astro dgn lebih tersusun dan lebih tertib dan meriah. Tapi kini, tiada hebahan dan jemputan untuk setiap jemaah surau/masjid yg terdekat. Tiada ajk pemantau dari keselamatan letak kereta dan kebersihan. Tiada penglibatan penduduk kampung sendiri dlm memeriahkan karnival ini. Astro terpaksa bekerja dgn sendirinya tanpa panduan ajk kampung sendiri. Tidak jelas kadar sewaan padang dan cuba menyembunyikannya demi keuntungan bersama2 orang2 kampung. Sah JKKK hanya berfungsi dan berjalan kiranya program ini melibatkan UMNO dan wakil rakyat sahaja dan bukan lah untuk orang-orang kampung.

Kerana emosi, En Mohammad Lani telah tersalah menyerahkan ketua petandbiran ini kepada seorang yg tidak langsung mendapat restu orang-orang kampong. Zaidi adalah salah seorang AJK pemuda UMNO yg masih tertinggal sewaktu krisis Anwar Ibrahim 1998 dan hampir keseluruhan pemuda waktu itu mengistiharkan keluar dari gerakan pemuda Umno. Dan dalam tempoh itulah pemuda Umno Desa Jemapoh lumpuh sehingga saat ini.

Sewaktu dalam pemuda Umno lagi, kami cukup kenal dan faham agenda tersembunyi Zaidi untuk kepentingan peribadi. Sebidang tanah yg bersebelahan stor gas beliau, kini telah menjadi hak beliau dengan membelakangi keputusan mesyuarat. Tanah tersebut sepatutnya bakal di rancang untuk binaan deretan bagi akiviti2 anak -anak yg berminat dgn perniagaan dan program orang2 kampung. Berpuluh tahun lamanya JKKK mempertahankan dari dimiliki oleh orang perseorangan dan telah pun di putuskan pada setiap kali diadakan perbincangan maupun mesyuarat. Dan banyak lagi projek2 menaik taraf jalan2, papan tanda jalan dengan harga yg melampau dikaut beliau sebelum ini. Projek yg di bolot tanpa berkongsi dengan jemaah kampung.

Lebih malang lagi, hampir kesemua ajk JKKK yg di lantik adalah terdiri orang-orang kampung yg tidak tahu langsung hal petandbiran dan pembangunan kampung. Yang tahu angguk/setuju dan tiada bantahan.

Malang JKKK adalah sayap Umno. Maka penggantinya adalah seperti orang-orang Umno dan berfikiran orang Umno, Yang bijak kini telah terpaut dgn Politik Baru, Pakatan Rakyat kini jadi taruhan dan pilihan.. Yg tinggal kini dlm Umno dan JKKK hanya bapak2 dan ibu2 yg semakin di mamah usia.

Ayuh,,,, anak-anak muda. jangan biarkan kampong ini di tadbir selia oleh orang2 seperti ini. Tubuhkan persatuan dan Ajk sendiri dan bergeraklah, berkhidmatlah dengan jiwa yg bersih di samping kekuatan jati diri yg berprinsip untuk kesejahteraan generasi dan kehormanian kampung ini.





@@ Bro Luv @@

Wednesday, April 22, 2009

Kerajaan PAKATAN RAKYAT / Kerajaan BN


Perbezaan pemerintahan kerajaan PR dan Kerajaan BN

Dalam setahun ini.kerajaan BN pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya.. Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi.. Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya Contoh: apabila perbicaraan Kes Natrah yang di bela oleh keluarga melayu dituntut ole keluarganya di England dan memohon mahkamah mengiystiharkan Natrah keluar dari Islam.. orang melayu masa tu bangkit menentang keputusan itu termasuklah Tuanku Abdul Rahman..Tetapi malangnya UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi kepunyaan orang Rome yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta kepada Al-Quran sehinggalah ke hari ini.. Bukan British yang hapuskan tetapi UMNO!!

Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir UMNO berubah daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakanpada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai antaranya.. Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai Projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO yang menyebabkan pencapaian hanya 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini...Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara Bn sahaja sehingga wujud jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya..Sehinggakan yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain..Kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya ..

Malah kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah.. walhal baru setahun memegang jawatan tersebut di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segara...Contoh: Bekas MB Selangor Khir ToyoMempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!! Sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini...Jadi dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.??Memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun belum mendapat kerja..walhal ini adalah hak2orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi Tanggungjawab UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma!! .. kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti...

Memberikan tanah rizab Melayu kepada tokey2 yang banyak duit contoh di bukit bintang, menara Tan&Tan dan UniTAR kepunyaan MCA..Penjualan banyak tanah Rizab melayu ini berlaku di negeri Johor,Melaka,P.Pinang dan perak dan kebanyakkannya adalah kepada taukeh Cina dari Singapura..Dan sekarang ini apabila siap Wilayah Iskandar di Johor nanti sebanyak 70% saham di punyai oleh Singapura dan masa tu nanti bolehlah di gelar Singapura kecil di Johor..

Dasar Kerajaan Mahathir ini diterukkan lagi dengan menjadi negara perindustrian apabila banyak kilang2 didirikan.. pada mulanya tokey2 kilang mengambil pekerja tempatan untuk berkerja tetapi untuk menjimatkan kos tokey2ini tadi mula mengambil pekerja asing dan akhirnya pekerja tempatan dipinggirkan..sehingga kini pekerja asing mencecah 3 juta orang di Malaysia..Dan akhirnya berlakulah gejala sosial yang parah dalam masyarakat apabila pekerja2 asing yang telah ramai ini mula tidak menghormati undang2 negara dan berlakulah jenayah yang semua sedia maklum..

Dalam Zaman inilah UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana perpecahan dalaman dan rasuah, selepas inilah UMNO makin hilang arah perjuangan kepada rakyat yang mana daripada mengurangkan beban kepada menambah beban kepada rakyat dengan dasar2 yang semua sedia maklum...seperti kenaikan harga barang , harga minyak, cukai2 dan tingginya pengganguran dan kerosakkan akhlak di kalangan anak2 melayu...

Hinggalah dalam PRU ke 12 apabila BN kalah di 5 negeri termasuk di wilayah K. Lumpur BN dilihat masih tiada Perubahan dan banyak janji2 dalam manifesto PRU ke 12 langsung tak tepati antara usaha BN tahun ini ialah: Mewujudkan JKKKP yang mana sepatutnya tidak perlu kerana kerajaan negeri mempunyai JKKK sedia ada tetapi kerana hendak menjatuhkan kerajaan PR dan memecahbelahkan masyarakat maka ditubuhkanlah jawatankuasa itu.menaikan harga minyak sebanyak 70sen.menaikan harga Tolhanya mencari silap2 kerajaan PR sahaja walhal kerajaan BN mempunyai banyak masalah semasa berkuasa di 5 negeri.. kerajaan PR cuba tidak membalas tetapi UMNO makin teruk dengan tuduhan2 yang tak berasas langsung dan akhirnya kerana BN mencabar, kerajaan PR membongkar satu demi satu salahlaku pemimpin2 BN terdahulu termasuk khir toyo hanya tahu memfitnah kerajaan negeri PR sahaja tiada usaha2 berbaik dgn kerajaan PR

Merampas kerajaan Perak melalui ADUN lompat yang UMNOBN tuduh sebagai perasuah dan melantik MB sendiri walhal MB pakatan tidak pun Meletak Jawatan. Memainkan sentimen Agama , Raja dan kebangsaan selepas kekalahan untuk meraih simpati undi melayu yang mana kita tahu semasa UMNO memerintah perkara2 tersebut langsung tidak di ambil peduli'' Membuat tuduhan berasaskan Fitnah kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak mahu bekerjasama diantara kerajaan negeri PR dan kerajaan Pusat untuk kepentingan Rakyat..Gagal mengatasi kemerosotan Ekonomi malaysia yang mana rakyat makin terbeban sedangkan bantuan melalui wang rakyat KWSP digunakan untuk Syarikat2 besar sahaja.Gagal menangani kenaikan harga barang sedangkan harga minyak pun sepatutnya turun75sen tetapi apabila di congak2 berapa kali harga minyak diturunkan hanya 50 sen sahaja yang turun manakala 25sen kekal sehingga ke hari ini ..Itu pun kerajaan mencanangkan kononnya harga minyak dah diturunkan.. boleh ke dikatakan harga minyak turun sedangkan masih ada baki 25sen yang tak turun lagi??

Tiada tindakan berkesan dalam menghadapi Jenayah yang meningkat, pendakwaan rasuah pilih kasih dan gejala sosial yang semakin parah.Tidak berjaya mengawal kebanjiran warga asing di malaysia yang mana sekarang ini menjadi penyumbang utama kes2 jenayah di Malaysia.. Sekarang Negro pun dah banyak beb.. Malah kebanjiran ini menyekat peluang kerja untuk rakyat sendiri yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia..Gagal menangani gejala sosial yang makin meruncing dan merisaukan di kalangan anak2 muda, Malah mengalakkan lagi dengan penganjuran Konsert2, pertunjukkan hiburan, Pesta2an dan rancangan TV yang melalaikan dan tak bermoral. Supaya rakyat leka dan tidak tahu tentang perkembangan politik di negara ini. Supaya mudah bagi Bn memperbodohkan rakyat untuk mengekalkan kekuasaan mereka..

Gagal melaksanakan perintah Allah dengan memartabatkan hukum Hudud sebagai perundangan tertinggi sedangkan kuasa mutlak terletak di tangan UMNO yang mengaku Islam, walaupun di beri kuasa memerintah negara sehingga ke hari ini..Dan gagal memberi kefaham yang baik tentang Islam kepada Bukan Islam sebaliknya menakut2kan bukan Islam di negara ini kepada Hukum dan amalan Islam itu sendiri..Pendek kata hampir tiada janji manifesto yang ditunaikan oleh BN walaupun janji cogankatanya iaitu SELAMAT,AMAN,MAKMUR yang berlaku sebaliknya ialah TAK SELAMAT,TAK AMAN DAN TAK MAKMUR makin corot lagi keadaan Malaysia hari ini dan inilah relitinya..-----------------------------------


Kerajaan Pakatan Rakyat

Walaupun baru setahun jagung memerintah telah berjaya mengurangkan beban Rakyat seperti:
Mengurniakan 102 ribu lot tanah kepada kg tersusun yang 90% adalah berbangsa Melayu dan 47 ribu kepada kg baru yang 80% adalah bangsa Cina..yang mereka ini adalah rakyat miskin di Perak tetapi dilaporkan di Utusan dan Berita harian tanah hanya diberi kepada bangsa Cina saja ini satu penipuan dan Fitnah BN

Memberikan hadiah bekalan air bersih percuma 20 meter padu setiap bulan kepada rakyat. yang mana selama 50 tahun Bn memerintah perkara sekecil ini pun tak boleh dihadiahkan kepada rakyat..

Memberikan bantuan RM2.7juta kepada sekolah S.Agama.Rakyat di Pulau Pinang dibawah PR, juga bantuan RM 25 juta kepada SAR dan SRJK(C)di Selangor..

Menganugerahkan Tanah kepada sekolah Melayu dan Cina di Perak Untuk mendidik Sekolah tersebut supaya tidak mengharapkan bantuan kepada kerajaan, sebaliknya mendidik mereka mengusahakan tanah tersebut dan bebas menggunakan hasil yang diperolehi sebagai sumber kewangan sekolah..

Dan menaik taraf sekolah Tamil Juga di negeri Perak. Mewujudkan tabung simpanan kepada bayi baru lahir Yang mana apabila mencecah umur 18 tahun simpanan bayi tadi menjadi beribu ringgit dan berbagai tabung warga emas sebagai usaha menjamin masa depan rakyat di bawah naungan Kerajaan PR

Memberi wang bantuan kecemasan kepada setiap warga emas Selangor yang berdaftar dengan takaful Warga emas dan memberi bantuan RM1,500 apabila berlaku kematian dan baki RM1,000 kepada waris selepas pengebumian untuk menampung beban kos2 pengurusan jenazah..

Memberi Ganjaran RM1000 kepada setiap anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang mana dapat mengurangkan sedikit bebanan pelajar untuk membeli berbagai keperluan Pembelajaran..

Menaikkan elaun Guru Kafa Di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang semua gurunya adalah orang Melayu yang selama di zaman BN memerintah tidak pernah dinaikkan..

Memulangkan semula bantuan perkapita kepada sek agama rakyat yang sebelum ini ditarik diZaman Tun Mahathir dengan menaikkan lagi jumlah bantuan..memberi kebebasan kepada rakyat memilih AJK surau atau Masjid yang selama ini lantikan dilakukan oleh UMNO saja..

Memberi kebebasan melantik Ketua kg mengikut kehendak rakyat sendiri tanpa campur tangan kerajaan

Memakmurkan surau dan Masjid dengan Program2 Keagamaan yang semasa Zaman pemerintahan BN begitu Suram..Membaiki jalan raya contoh di Sg buluh dan Sabak Bernam tanpa perlu menunggu pilihanraya tiba..walhal jalan tersebut dah terlalu teruk dizaman BN memerintah lagi..Zaman BN dulu nak kena tunggu PRK atau PRU baru nak repair jalanraya tu..

Mengiystiharkan harta Ahli Exco dan MB serta Adunnya yang mana sampai ke hari ini Tiada sorang pun pemimpin BN berani membuat pengiystiharan harta..

Membuat Program Keislaman dengan solat di tempat2 awam supaya rakyat mencontohi dan mengikuti program bina Insan tersebut dengan dipimpin MB PR sendiri yang takkan pernah terjumpa dalam Pimpinan Umno..

Menganjurkan Program2 dan bengkel kemahiran untuk belia2 yang ketinggalan dan tiada pekerjaan sebagai persediaan melahirkan pekerja berkualiti pada masa akan datang. seterusnya memberi sinar harapan kepada Belia2 yang ketinggalan ini untuk menjadi insan berguna..Mengiystiharkan Fasa kedua menunaikan janji manifesto PR setelah Fasa 1 telah berjaya dilakukan

Mengaktifkan Lembaga Zakat dengan memberi bantuan kepada yang benar2 miskin... sehingga kini di Sabak Bernam hampir Tiap2 bulan adanya program2 bantuan Zakat diberikan..

Jadi kesimpulannya anda sendirilah menilaikannya perbezaan antara kedua2 kerajaan tersebut Yang mana lebih mementingkan kebajikan dan mengurangkan BEBAN RAKYAT..

fikirlah dengan hati yang ikhlas bukan mengikut emosi kepartian ataupun kekeliruan fikiran..

Ubah Minda Selamatkan Malaysia..Wassalam

April 22, 2009

Saturday, April 18, 2009

Anai-anai Yg Wajib Di Hapuskan dlm Wadah Politik Baru


Adun Penanti akhirnya meletak jawatan sbg ADUN dlm DUN Negeri Pulau Pinang...sememangnya keputusan ini telah dijangka.Namun dengan perletakan jawatan sbg ADUN bukanlah penamat sebuah cerita politik yg sedang bergolak di Pulau Pinang..

Alasan yg dikemukakan oleh bekas Adun Penanti ini cukup membuatkan rakyat berfikir 3 4 kali..betul ke...betoi ka..iye ke...ya ka..tak kan sebab tue kot..?..alasan utk menyambung study ni hanya layak utk kepada pekerja kilang yg ingin melompat ke kilang lain..dlm erti kata dapat kerja lain..tak tau nak bagi alasan apa kalau bos/supervisor tanya "kenapa nak berhenti..?"
Untuk itu amatlah terasa janggalnya bila seorang yg pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri memberi alasan seperti pekerja kilang...

Adun Penanti ini sememangnya bermasalah sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 lagi..dengan terbinanya blog alahaifairus... teguran dari DSAI...laporan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan "Projek Kuari"..sehinggalah perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1..

Dalam pengetahuan kita sebelum ini terdapat 3 ekor Raja Anai-Anai di dlm PKR... Raja Changkat Jering, Raja Behrang dan Raja Bukit Selambau. Namun begitu Raja Changkat Jering dan Behrang ini telah di cipta serta "dibela" dan "terbela" oleh UMNO/BN sebelum meruntuhkan PKR Perak..namun begitu mereka berjaya jua meruntuhkan rumah Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak atas arahan/desakan UMNO/BN. Agak bernasib baik rumah PKR Perak dapat dibaiki dengan bantuan PAS dan DAP ketika berlangsungnya PRK Parlimen Bukit Gantang yg dapat kembali dipertahankan oleh PAS..

Manakala Raja Bukit Selambau diturunkan takhtanya.Setelah Raja itu menyerah kalah atas tekanan dan ancaman yg dipamerkan oleh pihak gerila pembangkang di Negeri Kedah. Sehingga kini urusan baik pulih rumah PKR Kedah sedang berjalan dengan pembersihan Raja Kecil Anai-Anai yg wujud ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini.
Ketika ini juga telah muncul seekor lagi Raja Anai-Anai di dlm rumah PKR dan kali ini di Penanti.Gerakan Raja Anai-Anai ini dapat dihidu awal oleh PKR Pulau Pinang. Sebelum dia berjaya meruntuhkan rumah PKR Pulau Pinang...Raja Anai-Anai Penanti ini diturunkan takhtanya secara terhormat..

Persoalanya kini adakah dengan "diturunkan takhta" Raja Anai-Anai Penanti ini dapat membaiki kembali rumah PKR yang terjejas...? Apatah lagi kali ini dengan penurunan takhta Raja Anai-Anai Penanti di Parlimen ibukota PKR iaitu Permatang Pauh serta alasan yang dikira alasan pekerja kilang..?

Semestinya pemimpin atasan PKR dapat menjelaskan kepada pengundi di DUN Penanti khasnya serta seluruh negara umumnya alasan penurunan takhta Adun Penanti...ceritakan yg sebenar dan jujur...janganlah digunakan alasan pekerja kilang...Kami tahu dari mana datangnya Raja Anai-Anai ini dan mengapa ia wujud..

Wujudnya Raja Anai-Anai ini membuktikan bahawa PKR masih belum lagi bebas dr belenggu BN/UMNO..umum telah tahu PKR adalah serpihan dari BN. Disebabkan itu masih lagi terdapat saki baki BN/UMNO yg wujud dalam diri PKR...Golongan ini sudah diperlihatkan lagi matlamat mereka di dalam PKR...nama-nama seperti Ezam, Roslan Kasim, Lokman Adam, Zahid Mad Arip, Shamsul Bahri, Kalai dan beberapa nama lagi sudah tentu inginkan kuasa dan jawatan utk mengumpul harta serta menjaga tali perut mereka ..

Amat tidak adil hendak disalahkan pemimpin atasan PKR 100% atas kewujudan Raja Anai-Anai ini...kerana pembersihan dari sifat-sifat UMNO/BN akan memakan masa yg panjang dan penelitian yang jitu serta risikan yang tepat...lihatlah barisan pemimpin atasan PKR yg dianggotai oleh Tian Chua, Globalkrishnan, Dr Badrul Amin dan beberapa nama lagi yg suatu ketika dulu menjadi belasahan FRU dan Polis..mereka ini bukanlah dari "perut" BN/UMNO...mereka inilah akan melenyapkan sama sekali kemunculan Raja Anai-Anai yg ingin meruntuhkan PKR. Barisan PKR yg berprinsip kini, muncul dari kumpulan NGO yg "survival" dari kepayahan dan memiliki kekuatan dalaman diri yg terlalu sukar digugat dgn sogokan dan ancaman.

Bagi PRK DUN Penanti ini..sudah semestinya menimbulkan rasa gerun yang tidak terhingga dari peringkat bawahan hinggalah ke pemimpin atasan UMNO/BN...kerana diatas kertas sudah menunjukan bahawa "kekalahan" pasti didakapi oleh mereka...Umno BN telah mengeluarkan pelbagai alasan yg penuh kegelisahan untuk mengelak dari menyertai pilihanraya kecil ini.

SPR telah bersuara dengan menghadkan bilangan kehadhiran penyokong. Rais ingin mengambil tindakan kepada "bloggers". Najib cemas akan kekalahan PRK sebelum ini dgn memberi alasan bahawa PRK adalah satu lagi pembaziran

Harapan UMNO agar Fairuz dapat dibeli seperti terjadinya di Perak dgn mengistiharkan keluar dari PR dan menjadi Adun Bebas serta memberi sokongan kepada UMNO. Untuk tidak di aibkan oleh pengundi-pengundi lagi, maka calon Bebas akan di taja. Sekiranya menang, bebas akan bersama UMNO, jika kalah, nama UMNO tidak lagi dikaitkan dgn kekalahan.

Beginilah harapan rakyat kepada gabungan parti baru, Pakatan Rakyat. Rakyat mahu jika pemimpin yg didapati bermasalah perlu di ganti. Tetapi UMNO dan BN, walau pun di dapati bersalah oleh lembaga displin parti dan terdapatnya tuduhan di mahkamah, tetap cuba di pertahankan. Manakala ketidakpuasan hati rakyat akan diancam unggutan.

Isu paling besar yang akan dimainkan oleh UMNO/BN sudah tentu kegagalan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Bekas Adun Penanti....timbul kembali Saifool Buasir dengan isu punggungnya...dan juga Panglima Ezam Kotak Enam Jahanam..dengan isu kotak atau cerita-cerita lama/lapuk/hapak...cari isu lain la ok..baru seronok sikit nak berkempen...

Kita semua rakyat Malaysia perlu sedar dan menerima kenyataan bahawa ada wakil-wakil rakyat dari PKR yang memenangi PR12 dahulu bukannya dari kalangan mereka yang telah masak dalam politik, yg pernah ditahan dibawah ISA. Mereka-mereka yg tidak perform perlu ditukar demi kesejahteraan rakyat itu sendiri. Rakyat telah buat pilihan dan ia mesti dikembalikan kepada rakyat utk memilih wakil rakyat yg baru. Demi utk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit seperti yg didakwa oleh DS Najib, maka dicabar DS Najib supaya tiada pertandingan diadakan. Calon PKR mesti diberi kemenangan tanpa bertanding.

Rakyat terutamanya penyokong PKR, PAS dan DAP jangan lah gelisah. Tuan-tuan kan ada pendirian terhadap perjuangan. Kes-kes begini dalam nisbah kepartian memang lazim. Ia hanya satu proses pemantapan. Pemantapan dan kejituan ahli, pemimpin dan parti serta gagasan (PR). Kalau ikutkan cerita yang sering kita dengar dan baca melalui berbagai media, dikatakan di dalam BN/UMNO hal begini bersepah, cuma ia dijustifikasikan mengikut keadaan, hal dan dominasi kuasa tertentu...

Dalam sejarah perjuangan apa pun, watak-watak munafik begini memang sentiasa ada... Oleh itu setiap individu di dalam organisasi kena sentiasa saling mantap dan memantapkan. Lambat laun para munafik ini akan terserlah jua dan tertapis akhirnya tinggallah pejuang, ahli dan penyokong yang tegar. Berganding bahulah bersama pemimpin membina kemantapan organisasi, bukan saling salah-menyalah. Bukankah organisasi itu seumpama satu badan. Takkanlah bila jari dijangkiti kudis maka nak dihukum potong bahagian kepala, atau anggota badan yang lain nak berpindah kebadan orang lain

Friday, April 17, 2009

Sukan Pasti Kawasan Kuala Pilah Di Dataran Ilmu Jemapoh

FALSAFAH PASTI

Satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah,keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam,Iman dan Ihsan.

Mengambil kira potensi dan bakat yan sedia ada,pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognotof,psikomotor,bahasa,sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi waarga yang cintakan negara serta berpegan teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredai oleh Allah swt. di dunia dan di akhirat..

OBJEKTIF

Menyediakan proses pendidikan awal yan berorientasikan sistem Pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal
Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis
Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah,akhlak dan cenderung melakukan makruf serta meninggalkan mungkar

Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran,doa dan zikir
Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan dan keupayaan membaca, mengira, menulis dan menghafal..

VISI DAN MISI

VISI
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting

MISI
Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan serta Kuantiti PASTI di Malaysia Bagi Menjadikan PASTI Pilihan Utama Kepada Masyarakat Yang Cintakan Pendidikan Islam.















18hb April 2009

Sukaneka PASTI peringkat Kawasan Kuala Pilah telah berjaya di adakan di Dataran Ilmu & Islah Jemapoh.

Pejabat Pakatan Rakyat mengucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat terutama Krew2 Helmi Event yang banyak membantu dari persiapan khemah2 PA system dan persiapan tapak sukan.
Dengan pelbagai aktiviti2 politik, pendidikan, sukan, perniagaan dan kemasyarakatan, bakal menjadikan DATARAN JEMAPOH tapak bermulanya perubahan.
Mantapkan di setiap organisasi supaya setiap program berjalan dgn tersusun dan tertib.

Sunday, April 12, 2009

Najib Awas ? KJ Akan Bertindak ??


12hb April 2009
Kekalutan Najib kerana mendengar nasihat Dr M, kes KJ terpahat dalam minda sampai terpaksa menjawab dan memperjelaskan dari luar negara. Ini bermakna faktor KJ adalah pengancam kepada Najib. Kalau tidak kenapa dan mengapa beliau mengelabah. Justeru jalan mudah Najib kena 'matikan' atau bantutkan kemaraan KJ dalam UMNO.


KJ: Liabiliti UMNO , Najib awas ?

Faktor Khiary Jamaluddin (KJ) dalam UMNO tidak dapat dinafikan sebagai liabiliti parti itu.Walaupun beliau tidak diberikan peranan dalam kabinet Najib, tetapi dijangkakan beliau akan berperanan dalam UMNO khasnya dalam mencatur dan menguasai sayap Pemuda parti itu.


Permata, KJ adalah seorang pejuang yang idealis dengan perjuangannya. Kedua beliau adalah seorang yang bijak, ketiga faktor sokongan lain berduit, keempat beliau seorang yang pandai berpidato dan berdebat. Dan yang terakhir dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah dan mudah dipercayai oleh orang lain. Walaupun kita lihat semasa kemenangannya sebagai Ketua Pemuda diboo oleh penyokong Mukhriz dan Khir Toyo. Beliau seorang yang strategis dalam merencanakan masa depan dan sanggup berhadap cabaran.

Langkah pertama Najib salah dan sumbang kerana melebarkan jurangnya dengan KJ. Dengan tidak berperanan dalam Kabinet, masa luang KJ lebih luas. Malah beliau diberi peranan pula untuk bergiat memperkuatkan parti. Ini mudah dibaca orang UMNO mudah dikuasai lebih-lebih dengan WANG.


Kekalutan Najib kerana mendengar nasihat Dr M, kes KJ terpahat dalam minda sampai terpaksa menjawab dan memperjelaskan dari luar negara. Ini bermakna faktor KJ adalah pengancam kepada Najib. Kalau tidak kenapa dan mengapa beliau mengelabah. Justeru jalan mudah Najib kena ‘matikan’ atau bantutkan kemaraan KJ dalam UMNO.

Najib jelaskan peranan Khairy
PATTAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.


“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.
Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

“Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.


BERNAMA
http://perantaukite.blogspot.com
Dikirim dalam News & Politics


Ulasan :Waktu joint UMNO, KJ masih mentah berpolitik walau pun bijak. Kini dia terlalu cepat belajar berpolitik cara UMNO yg perlu di lambung dan di hempas. Waktu ini baru KJ cukup faham apa itu UMNO.

Gua percaya… KJ pasti bertekad akan mencari masa yg sesuai untuk membenamkan Najib. Najib tidak ,ungkin dapat bertahan lama dgn Mahathir memandangkan usia Mahathir yg semakin memanjat.

Mentua KJ, Pak Lah adalah PM sebelum ini sudah semestinya menyimpan segala salah laku Najib termasuk kertas siasatan kematian Altantuya. Berita ini panas di media sewaktu ketika dulu. Walau pun Pak Lah dan KJ cuba menafikan.

Cuma barangkali Pak Lah cukup yakin dan kini terperdaya akan kesetian dan perjanjian Najib sehingga penyerahan kuasa. Maklum malu lak Anak seorang Ulamak dituduh dengan pelbagai tomahan tuduhan.

Tetapi bukan KJ. anak muda yg akan berjuang berhabis-habisan untuk mencapai matlamat.
Perang UMNO akan berterusan.

@@ GUA64 @@

Saturday, April 11, 2009

Tahu... Tapi tak mahu sedar jugak ke ???

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.
Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya , BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

Apa yang saya maksudkan adalah :

1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun Abdullah yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tu jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

10. Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO.

Assalamualaikum.

daripada :Mawarku Berduri.
(petikan dari blog: Walk D Talk)


Ulasan Pejabat PR Juasseh: Masih ramai lagi agaknya ahli-ahli UMNO daripada peringkat ahli cawangan hingga peringkat pusat antara sedar dan tidak sedar akan niat yg tersembunyi sejak krisis kepimpinan dan perlembagaan UMNO 1987 sehingga tertubuhnya UMNO(baru) tajaan Tun Dr Mahathir.

Tok Guru Nik Aziz pernah bercakap, tidak dapat di nafikan bahawa Mahathir di anugerahkan Allah pemikiran yg bijak dan tajam tapi malangnya selalu membuang peradaban Islam. Seperti bijaknya Yahudi menjajah dunia.

Malasnya orang2 UMNO membuat rujukan dari pelbagai sumber dan asyik sibuk menjadikan parti untuk kekayaan peribadi, maka kini ramai yg tertipu dan kecewa. Rujuk lah buku2 seperti 1) Sebelum dan selepas 13 Mei 1969 karangan PM pertama Tuanku Abd Rahman 2) Muntah : Proff Shanon Ahmad 3) Delima Melayu: Tun Mahathir 4) Ketika Waktu Berdiri Kaku : Raja Petra 5) Dari Uia Ke Isa: Dr Badul Amin 6) Tersunggkur Di Pintu Syurga: Zabidi Mohamed dan banyak lagi.

Umno(baru) telah didik dengan penuh agenda tersembunyi umpama ternakan. waktu hendak di kumpulkan maka ditaburkan makanan, maka akan di sembelih waktu tidak lagi di perlukan.

Kini PR menawarkan pentas baru dan politik baru di abad ini. Hayati lah dan lapangkan dada tanpa meletakan syak wasangka. Pentas yg menawarkan pelbagai pandangan dan hujah dari setiap sudut perbezaan untuk menjuruskan ke satu pakatan dan keadilan. Insyallah

@@ Bro Luv @@

Friday, April 10, 2009

Perang Kabinet Najib Akan Bermula

11hb April 2009


KABINET BARU, PERGOLAKAN BARU

Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet pembaharuannya petang tadi. Mungkin inilah kabinet 'glokal' yang pernah diutarakan oleh Najib sebelum ini. Kepada menteri dan timbalan menteri yang lama dan baru yang terpilih tahniah diucapkan. Kepada yang terkeluar mereka perlu menerima hakikat bahawa bahawa mereka tidak menepati kriteria 'pembaharuan' yang diinginkan oleh Najib dalam motto 'keramatnya' satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan! Maknanya yang tersingkir tidak lagi menepati citarasa rakyat dan prestasi menurut persepsi Najib.



Tidak ada apa yang istimewa dalam kabinet Najib kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam. Tetapi ia tidak mampu menggugat pakatan Rakyat dan kembali menarik sokongan rakyat kepada Umno kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Malah telah terbukti kemasukan tokoh-tokoh agama dalam Umno sebelum ini seperti bekas Imam Masjid Negara dan Ummu Hadhari, Dr. Mashitah Ibrahim tidak mampu mengubah dasar dan perjuangan Umno yang terang-terang seperti mempermain dan mempersendakan Islam.



Dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian dan pusat tokoh-tokoh agama tersingkir seorang demi seorang atau mula menjauhkan diri daripada Umno apabila Pak Lah 'bersara' sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri. Apa-apapun pembentukan kabinet baru Najib bakal menambah kronik perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini. Bukan sekadar retak menanti belah tetapi hanya menunggu masa untuk bersepai. Tidak melantik Khairy yang menang Ketua Pemuda tetapi melantik Mukhriz yang tewas ibarat halilintar yang bakal menggoncang Umno. Tidak melantik Khairy tidak mengapa jika Mukhriz pun tidak dilantik sama. Tetapi dengan melantik Mukhriz jelas secara terang-terang Najib ingin menunjukkan kuasa dan pengaruhnya. Ini juga satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung kepada Pak Lah dan penyokong-penyokongnya yang masih bertapak dalam Umno.







Terima kasih daddy...Agaknya itu yang diperkatakan oleh Dato Mukhriz selepas selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



KHAIRY ADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP DENGAN ALI RUSTAM

Semalam Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno mengadakan pertemuan tertutup dengan Datuk Seri Ali Rustam bertempat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Melaka semalam. Apa yang menarik pertemuan itu melibatkan dua tokoh yang tersingkir dan terbuang daripada 'projek pembaharuan' yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib sama ada di dalam Umno atau dalam kerajaan.


Pertemuaan ini dikatakan berkait rapat sebagai perancangan dan perbincangaan survival politik mereka dalam Umno. Telah wujud keyakinan di kalangan pemimpin Umno sendiri bahawa Khairy bakal berhadapan tindakan lebih tegas daripada Lembaga Disiplin Umno berdasarkan penemuaan 'bukti baru' oleh lembaga itu. Walaupun Khairy menjelaskan ia lebih kepada perbincangan untuk menentu dan melantik Ketua Pemuda Umno Negeri yang baru.



Di Melaka pula, rakyat di sini semakin mempercayaai bahawa tempoh jawatan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri agak goyah ketika ini. Menunggu masa untuk digantikan dengan Ketua Menteri yang baru. Beliau mungkin akan melepaskan jawatan sebagai ketua Menteri untuk memberi 'laluan' kepada muka baru.Dalam pemilihan Umno yang lalu, Khairy bergabung dengan Ali Rustam bagi meneruskan legansi Pak Lah dalam Umno dan kerajaan bagi menyekat team Najib-Muhyiddin-Mukhriz. Salah seorang watak utama bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas dalam persaingan Timbalan Presiden Umno setelah tersingkirnya Ali Rustam ialah Datuk Idris Harun, ahli Parlimen Tangga Batu bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Justeru kita tidak hairan langsung Idris Harun tidak terpilih dalam kabinet Najib.


Kami menjangkakan ada sesuatu yang bakal dilakukan oleh Najib untuk membersihkan saki baki pengaruh Pak Lah dalam Umno dan juga kerajaan. Ini penting supaya Najib memiliki kuasa dan cukup pengaruh agar semua pemimpin Umno dan kerajaan berada di bawah telunjuk beliau.

Umno(baru) sememangnya akan membina kabilah dan akan melebarkan empayar masing-masing.


Terpandangkah rakyat ???

Wednesday, April 8, 2009

Pengundi Tertua di Jemapoh Meninggal Dunia


18hb April 2009 Al-Fatihah

Busu binti Sitam adalah penduduk dan pengundi yang tertua dan nama arwah adalah juga di senaraikan yang pertama di dalam senarai SPR di Kampung Baru Jemapoh atau sekarang lebih di kenali Desa Jemapoh.

Berumur lebih kurang 92 tahun telah kembali kerahmatullah sekitar jam 6.15pm sebentar tadi, ketika suasana kampung ini masih lagi meraikan kepulangan pejuang-pejuang yang baru balik dari misi menawan Bukit Gantang dan Selambau.

Arwah yang lebih senang di panggil Uwan Teh adalah juga nenek sebelah isteri bro Luv. Di beritakan Arwah terganggu kesihatannya hampir sebulan yang lalu kerana sakit tua.

Pengebumian esoknya dan mungkin selepas zohor. Semoga roh Arwah di semadikan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

Tuesday, April 7, 2009

Pahlawan Ku Selamat Kembali



18hb April 2009 (8.15am)


http://picasaweb.google.com/GUA1964/DariBktGantang?feat=directlink (klik melihat gambar)

sewaktu saya mula mengetuk2 membuka blog ini, saya menerima panggilan dari Bro Helmi yg baru sahaja menurun Bukit Putus. Terpancar kegembiraan bersama-sama para sahabat2 yang lain akan ujian Allah ini telah pun di makbulkan. Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, amat cukup bermakna buat kami.

Saya cukup emosi kerana tidak dapat bersama-sama menyambut kepulangan pahlawanku. Hati ini terlalu sayu dan hiba. Kecederaan kaki masih di tahap yg tidak mengizinkan. Sudah pasti tergambar oleh saya wajah2 ceria Pakteh, Helmi, Ijam, Kamarul, Abg Udan, Haq, Pak long Duan serta beberapa jentera PR Juasseh/Jemapoh serta Senaling dan Kuala Pilah, dengan tempikan REFORMASI reformasi reformasi dan TAKBIR takbir takbir.

Para sahabat akan menyambut pahlawan2 ini di Ulu Bendul. Bro Hazman mungkin telah membuat beberapa program dengan perarakan mengelilingi kampong2 dan bandar Kuala Pilah. Kibaran Bendera Pakatan Rakyat akan memberi signal, bahawa gelombang Tsunami ini akan sampai juga menyimbah ke kawasan kita. PRU 13 sudah pasti akan mengegarkan Kuala Pilah. Pengalaman dan kekuatan diri, sudah pun di kutip oleh anak-anak muda ini untuk di terjemahkan nanti.

Takbir dan Reformasi

@ Bro Luv @

2 bukit menghimpit Batang Ai



Pakatan kuasai dua bukit, BN di Batang Ai
7hb April 2009


_______________________________________________________
9.20pm Maklumat rasmi. PRK BUKIT GANTANG Perak

PAS (PR) memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi.

Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (PR) mendapati 21,860 undi
Manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.
Ini bermakna PAS (PR) mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.
Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.
___________________________________________________________

10.30pm Maklumat Rasmi PRK Bukir Selambau (Kedah)

Calon PKR (PR) Manikumar Menang mendapat 12,632 undi
Calon MIC (BN) Ganesan mendapat undi 10,229 undi
Calon Bebas (13 calon) mendapat undi lebih kurang 1.200 undi

Majoriti Kemenangan PKR (PR) 2,403 undi

_____________________________________________________________



6.30 pm Maklumat Terkini PKR Batang Ai Sarawak
Calon Batang Ai : BN's Malcolm Mussem Lamoh : 3,907 undi

Calon PKR'(PR) : Jawah Gerang : 2,053

majority : 1,854

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.
Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"
-Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.
__________
Tahniah kepada PR yang menang di Bukit Gantang dan Bukit selambau. Tahniah pada BN yang menang di Batang air. Rakyat perak dan Kedah telah memileh siapakah yang layak untuk memimpin dikawasan masing masing. Kemasukan Che det semula ke Umno serta pertukaran Ketua kerajaan yang baru tidak merubah keadaan. Buktinya kedua dua bukit ini maseh dalam gengaman PR. Kerajaan BN kena terima kuasa allah yg menetukan segalanya. Dengan mengunakan segala kekuatan termasuk media massa dan elektronik termasuk samseng2 upahan, mereka maseh gagal mempengaruhi pemikiran pengundi.
Kalau kita tengok TV ni setiap hari dari pagi sampai ke malam rasanya mereka tunjukan yang BN ni mendapat sokongan yang bertambah setiap hari. Kominikasi cara usang dan retorik dgn menyiarkan ucapanan2 Anwar sewaktu dlm kerajaan, menjerat Umno sendiri. Memanggil mereka2 yang memang Pro kepada BN untuk membuat kenyataan. Sampai rasanya rakyat pun dah bosan dan meluat nak tengok TV. Kenapa tak beri peluang kepada pihak yang tak pro pada kerajaan jugak. RTM tu kan hak rakyat malaysia jugak. Tak kiralah UMNO ke, MCA ke, PAS ke, PKR ke , asalkan rakyat malaysia mereka semua layak untuk mendapat berita yang benar dan adil.
Kepada menteri yang terlibat cuba lah buat pembaruan kepada kementerian penerangan ni. Dulu Dato Zainudin Maiden dah buat silap dah, takan nak ikut lagi. Rakyat Malaysia ni dah pandai dah. Da 50 tahun merdeka, maseh nak ikut perangai sempudal lagi. Buka lah Mata dan hati sikit. Malam tadi kat TV adalah penganalisa politik dipanggil untuk membuat liputan pilihanraya yg kita pun dah tahu keputusanya. Penganalisa politik semestinya lah memberi komen yang kita lihat tidak memihak kepada kerajaan atau pembangkang. Mesti memberi komen apa yang sebenarnya berlaku secara jujur. Tapi apa yg lihat mereka2 nie komen ya berat pada kerajaan. Rasanya perlu tukar profesion mereka nie kepada pengulas untuk BN sahaja.Tak perlu panggil jawatan penganalisa politik. Saya percaya ramai yang gelak dan tersenyum bila mereka ni buat komen masing masing.
_______________________________________________

Monday, April 6, 2009

Sekadar Pandangan




TAIPING, 8 April 2009:


Cuaca pada hari pengundian PR059 PRK Bukit Gantang seakan-akan mengalu-alukan para pengundi untuk keluar mengundi awal beramai-ramai untuk memilih calon pilihan masing-masing yang pastinya Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin… bukan Ismail Saffian (Umno) atau Ramizu (bebas).


Siapapun terpulang pada kepercayaan dan selera pengundi masing-masing. Yang tegar Pas akan mengundi Nizar, manakala yang mahukan perubahan.. juga akan mengundi Nizar.. yang mempercayai dan fanatik Islam juga akan mengundi Nizar, yang menolak Umno juga mengundi Nizar, yang atas pagar juga sila lah mengundi Nizar.


Nizar adalah bukan sekadar calon terbaik Pas abad ini, malahan satu bintang yang sedang gemerlapan untuk memancar dalam persada politik negara. Jadi ia wajar dipertimbangkan sebagai de factor yang kukuh.


Memang Bukit Gantang, seketika dulu kubu kuat Umno. Itu cerita lama kerana Umno/BN telah kalah kepada allahyarham Roslan Shahrum pada PRU12 2008. PRK hari ini pula akan memperkukuhkan penolakan rakyat pada Umno/BN. Selain itu, PRK ini akan memperlihatkan sama ada rakyat menerima dan nampak Nizar (kalau celik) sebagai seorang pemimpin yang dicari-cari selama ini, seorang pemimpin yang bersih dan tidak korup, berwibawa, adil dan saksama.


Ia akan bergantung pada sama ada orang Melayu yang berada di kawasan luar bandar termakan dengan kempen “sembah derhaka” dan isu boneka yang dimainkan Umno/BN kerana hanya dua isu ini yang amat ketara cuba disumbatkan ke dalam benak Melayu. Sedangkan pada hakikatnya Umno temberang besar dalam hal ini.


Ataupun orang Melayu sudah memahami apa yang berlaku dengan menyimpulkannya bahawa Umno yang menjadi dalang atau penjual ubat yang sudah basi di era ini. Pengundi Melayu yang merupakan 63 peratus daripada 55,000 orang pengundi di Bukit Gantang tentunya bijak membuat kesimpulan masing-masing.



Umno dengan tagline mohon restu rakyat juga kelihatan memakan diri sendiri. Ia seakan mempermainkan rakyat kerana rakyat sudah sekian lama memberi mandat dan restu pada Umno untuk memerintah. Kini Umno mohon restu lagi daripada rakyat untuk apa? Berkuasa muntuk elakukan rasuah dan jenayah dan segala macam perkara yang pelik dan rumit.
Apapun secara jelas, keberkesanan gerak kerja Pas dan Pakatan Rakyat menampakkan bahawa Nizar terus diterima rakyat sama ada Melayu, Cina maupun India. Ini menakutkan Umno. Kedatangan Tun Mahathir Mohamad (yang dimport kerana DS Najib dan Ts Muhyidin gagal) untuk berkempen selama 40 minit juga tidak memberi banyak kesannya. Yang datang mendengar sekadar meramaikan situasi adalah orang luar dan para penyokong Pas sendiri. Mereka sekadar ingin mengetahui apakah gula-gula yang dibawa.



Bagaimanapun tujuan membawa Tun adalah jelas. Ia untuk menarik pengundi atas pagar. Namun pagar pun sudah dirobohkan, yang ada sekadar tiang-tiang pagar sahaja.
Nizar mempunyai auranya yang tersendiri. Kalau dulu Pas menumpaskan Umno dengan majoriti 1,566 undi, namun pada PRK ini adalah dijangkakan bahawa jumlah majoriti akan meningkatkan kerana calon yang diletakkan telah terbukti berwibawa.
Yang peliknya jentera pilihan raya Umno di bawah Dr Zambry AK menjadi kaku dan kojol seakan tidak bergerak … seakan mengaku kalah awal lagi. Apa tidaknya takda manusia yang mengerumuni majlis anjuran Umno/BN. Sekadar gimik, semua media arus perdana yang terkenal sombong dan bongkak terpaksan dengan gah melaporkan perkara sebaliknya dengan membohongi rakyat.



Bagaimanapun, kemenangan atau kekalahan PR (yang tidak mungkin berlaku) akan memberi gambaran sebenar mengenai sikap dan penerimaan orang Melayu mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kemenangan Nizar akan mengesahkan penolakan rakyat pada kerja-kerja kotor Umno/BN dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat… dan secara langsung juga mengesahkan kemunculan satu ikon yang baru dalam persada politik negara. END

Maruah Di Bukit Gantang




6hb April 2009

Betapa pentingnya pilihanraya kecil kali ini, dan betapa signifikasinya.Pertama, ini adalah ujian pertama buat Najib yang kini digandingkan bersama tok sifunya. Samada Najib berjaya mengembalikan penguasaan UMNO dan seterusnya menjadi 'turning point' kepada barisan penyokong kerajaan sekiranya kemenangan berpihak kepada BN. Dr. Mahathir juga turut berkempen mempertaruhkan penghujung kariernya sebagai mastermind UMNO. Kemenangan BN juga bakal menjulang nama Mahathir sebagai penyelamat dan tak lupa juga nama Najib sebagai pemimpin perubahan.Kedua, signifikasinya pilihanraya kali ini kerana pertembungan di antara rakyat dan sultan sepertimana yang digembar-gembur oleh barisan kerajaan. Rakyat dan sultan tidak bersalah dalam isu negeri perak, malah menjadi mangsa keadaan yang akhirnya beban kesalahan diletak pada bahu Pakatan Rakyat yang kononya menderhaka.

UMNO yang memporak-perandakan negeri perak dan PRK Bukit Gantang menjadi pertaruhan penting betapa UMNO dan BN harus dinoktahkan melalui undi.Pada pihak pakatan rakyat pula, ia nyata lebih penting dari apa yang terlintas difikiran. Walaupun secara positifnya, menang atau kalah itu bukan keutamaan. Namun kali ini apa yang dipertaruhkan ialah kemenangan PRU13. Apa yang dipertaruhkan kali ini ialah samada lulus atau gagalnya matlamat menumbangkan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Najib pada pilihanraya umum akan datang, atau menunggu 50tahun lagi untuk kembali bangkit.

Dengan meletakkan MB Nizar sebagai calon, ini bermakna pentas perjuangan P59 bukanlah calang-calang pilihanraya. Pentas P59 adalah umpama penentu segalanya. MB Nizar adalah satu ikon yang sangat cemerlang di mata kita dan juga di mata musuh. Walaupun musuh melabelkanya sebagai boneka cina, sedangkan mereka sendiri pun tahu label itu adalah penipuan semata-mata. Hebatnya Nizar sehingga dicantas dari meneruskan tugas sebagai MB Perak yang berkaliber.Oleh demikian, apabila PAS meletakkan seorang calon yang sangat cemerlang, segala bentuk ungkapan kekalahan itu harus disimpang dari melalui kem pakatan rakyat. Ini adalah pilihanraya yang harus dimenangkan. Rentetan kemenangan itu harus diteruskan dan akhirnya trend meninggalkan Barisan Nasional akan lengkap sepenuhnya dengan kemenangan pakatan di Bukit Gantang.

Percayalah, Najib tidak harus diberi peluang. Kerangka pemerintahan negara ini akan menjadi sebuah pemerintahan turun temurun yang moden. Daripada Onn Jaafar kepada Hussin Onn, Daripada Razak kepada Najib, Daripada Hussin Onn kepada Hishamuddin, sedarkah kalian semua, Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu sepapat? Jadi siapakah yang akan memerintah Malaysia selepas ini? Adakah anak Najib ataupun anak Hishamuddin? Kepada pengundi yang berkenaan di dua bukit nan sebatang ini, fikirlah baik-baik. Kembali kepada UMNO bukanlah satu jalan yang sihat, ia umpama membenarkan pemerintahan monarki moden. Pemerintahan bapak ke anak, bapak kroni ke anak kroni, akan semuanya berpusing di situ, dan kaya itu bertambahlah kaya, yang miskin bertambah hina. Kembali kepada UMNO bermakna, memberi sokongan sepenuhnya kepada perasuah tegar.

Kami mengambil satu contoh mengenai apa yang berlaku dalam UMNO. Tidak mustahil pemuda yang bernama Khairy bakal menjadi Perdana Menteri termuda. Kerana perwakilan itu boleh dijual beli sepertimana yang berlaku, Khairy dimenangkan walaupun jumlah pencalonan paling kurang diterima, tetapi menjadi pilihan utama perwakilan. Oleh demikian, andaikata Khairy bertanding di jawatan Naib Presiden dan kemudianya Presiden UMNO, maka pemilihan Perdana Menteri Malaysia terletak pada tangan perwakilan yang berisi-risi. Jadi tidak mustahil ini berlaku.Bukit Gantang tetap sebagai penentu. Samada legasi pemerintahan UMNO di negara ini sampai ke penghujungnya, atau talian hayat Bukit Gantang bakal menyelamatkan UMNO dari pupus di dada kerajaan pusat.Bukit Gantang sudah menyeru,

Jentera Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh dan Kuala Pilah telah pun berangkat ke sana lewat malam tadi. Pelan asal untuk tiba lebih awal terpaksa ditunda atas sebab kesihatan beberapa sahabat dan kenderaan. Walau bagaimana pun kami tetap yakin kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat di dua bukit.

Namun trick orang tua Mahathir tu perlu diperhalusi kali ini.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi.TAKBIR !!


Perjuangan perlu di Teruskan




Dalam menempuh ertikata perjuangan, sudah pasti bakal menempuh pelbagai rintangan dan ujian. Ketahanan diri dan kekuatan jati diri adalah bekalan untuk mengharungi onak2 menuju keadilan. Semalam 5hb april 2009, Pakteh dan Helmi jentera Pakatan Rakyat terpaksa meneruskan misi Bukit Gantang dan Selambau dengan meninggalkan Bro. Luv dan Ir Janggut Mizan.


Bro Luv di tahan wad 5 Hospital Tuanku Ampuan Najihah KP, di sebabkan kecederaan di kaki kanan beliau akibat letupan kecil sewaktu membakar sampah di rumah beliau pada tengahari sebelumnya. Kaki beliau berlubang dgn tisu dan urat saraf cendera agak menghalang tugasan untuk bersama misi perjuangan. Manakala Mizan kemalangan di lebuhraya Gopeng dlm perjalanan ke Bukit Gantang. Kereta Naza beliau remuk di bahagian depan dan terpaksa di tunda balik semula ke PD.


Sahabat2 yg lain tidak dapat meneruskan kekangan kerja majikan tidak meluluskan cuti masing-masing. Namun Pakteh dan Helmi di teman oleh Abang Udan dari Senaling bersama2 Haq dari Johor dan Pak Long Duan dari Pelangai Ulu. Kesemuanya akan di tempatkan di Rumah Rehat Taiping dan akan bermulalah tugasan meneruskan Misi Perjuangan.


Bagaimana para sahabat2 dari Kuala Lumpur ? Burn, Kamal, Ujang Katek dan yg lain2 ?


Kami mendoakan agar kesemuanya selamat sampai dan selamat kembali dengan membawa bekalan kemenangan.


Cuma berita yg kami terima SPR telah pun memainkan taktik kotor seperti pilihanraya sebelumnya.


Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil serentak di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pakatan Rakyat dihimpit dengan pelbagai kekangan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya. Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.Nombor calon pada kertas undi juga digugurkan atas tujuan sama. Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prinsip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit. Bagi PKR, tindakan nekad spr meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi Barisan nasional esok.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada Barisan Nasional.“SPR ini kerja tak professional..kerja main-main..memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” tambah beliau Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata tindakan meminda kertas undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”“Ini muslihat yang cuba dilakukan SPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin. Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi parlimen Batang Ai Sarawak.


Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasan itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat seperti lazimnya.Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi. Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang aii.


“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin. Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh PKR. Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok. Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.




Friday, April 3, 2009

Kebangkitan Gelombang Rakyat







BUKIT Gantang bukan Kuala Terengganu! Suasana, hawa dan spirit pilihan raya kecil Bukit Gantang berbeza dengan hawa dan spirit pilhan raya kecil Kuala Terengganu. Kejayaan Pas merampas kerusi Kuala Terengganu tidak boleh dibawa ke Bukit Gantang. Bukan semudah di Kuala Terengganu untuk Pas mempertahankan kerusi P 56 Bukit Gantang. Beberapa perkara yang ketara perbezaan di antara dua pilihan raya itu di mana ia memerlukan pentafsiran dan pengharapan yang berbeza. Lantas itu memerlukan pendekatan, kempen dan tektik pertahanan yang juga berbeza dan lebih fokus.

Bagi Pas mempertahankan Bukit Gantang samalah mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah terlepas itu. Maruah Pas dan Pakatan Rakyat tercermin dalam penghukuman rakyat Bukit Gantang. Kalah Bukit Gantang bermakna kalahlah kerajaan Pakatan Rakyat di Peerak. Pas dan Pakatan Rakyat tidak boleh permudahkan pilihan raya itu. Sekiranya Pas meletakkan Bukit Gantang sama dengan Kuala Terengganu ia mungkin satu kesalahan yang akan menjerumuskan ke dalam lembah bahaya. Boleh jadi kerusi Bukit Gantang akan terpulang semula ke tangan pemilik asalnya, UMNO BN.

Beberapa perbezaan yang nyata antara Kuala Terengganu dengan Bukit Gantang ialah;

(1). Kerusi Kuala Terenggau milik BN, jadi Pas menyertainya untuk rampas kerusi berkenaan. Pas bertindak sebagai penyerang dalam pilihan raya itu manakala BN sebagai pertahanan. Orang yang bertahan debarannya lebih kencang daripada orang yang menyerang. Pas tidak akan kehilangan apa-apa kalau kalah kerana kerusi itu milik BN. Dalam erti kata lain Pas berhadapan dengan suasana selesa dan offensive di Kuala Terengganu.

(2): Sebaliknya di Bukit Gantang, BN yang menjadi penyerang manakala Pas menjadi pertahanan dan bersifat defensive. Semangat yang dirasai Pas di Kuala Terengganu automatik berpindah ke tangan UMNO BN.

(3). Pilihan raya Bukit Gantang berlangsung dalam suasana Umno dikatakan dalam proses perubahan dan bersemangat besar (spirited) apabila baru saja selesai mengadakan perhimpunan agung Umno. Najib Razak baru jadi PM, Manakala Mahathir Mohamad pula turut sama berkempen di mana kehadiran Mahathir tidak boleh dipandang enteng. Golongan setuanya akan bersimpati dan sedikit sebanyak teruja dengan cakap-cakap pisang lemak manis Mahathir itu.

(4). Isu di Perak berbeza dengan isu di Kual Terengganu. Krisis politik di Perak tentu akan menjadi isu utama. Insiden yanfg berlaku itu menyebabkan rakyat berbelah bahagi – ada yang bersama Nizar Jamaluddin dan ada yang bersama Zambry Abdul Kadir. Kesan rampasan kuasa dan alasan-alasan yang ditaburkan mungkin diterima oleh rakyat Perak.

(5). Kuala Terengganu adalah kawasan Melayu, dimana 88.14 peratus Melayu berbeza dengan Bukit Gantang Melayu hanya 63.48 peratus sahaja. Kerendahan peratus Melayu ini sedikit tidak menyelesakan Pas.

(6). Begitu juga Kuala Terengganu pernah menjadi milik pembangkang – Pas dan PKR. Bermakna Kuala Terengganu dirintah sekurang-kurang lapan tahun oleh pembangkang berbanding dengan Bukit Gantang yang baru satu tahun setengah di mana Pas belum sempat berakar tunjang di kawasan berkenaan. Itulah perbezaan semangat dan senario pilihan raya Bukit Gantang yang meletakakan ia bebreza sama sekali dengan Kuala Terengganu. Seperti dikatakan tadi kalau Pas menerima pilihan raya Bukit Gantang sama seperti pilihan raya Kuala Terengganu ia adalah silap besar.Perkembangan hari ini, berdasarkan kepada sambutan pada hari perarakan calon, Pas yakin mereka akan mampu mempertahankan kerusi Bukit Gantang.

Tidak dinafikan sambutan pada hari penamaan calon hebat dan puluhan ribu manusia berhimpun memberi sokongan. Fenomena ini sudah biasa bagi pembangkang. Di mana-mana pilihan raya kecil bilangan mereka mengiringi calon mengatasi UMNO BN. Pun begitu harus diingat sambutan hangat dan hebat tidak menjadi petunjuk sah bahawa pengundi juga akan memberi sokongan padu. Mereka yang mengiringi calon sebahagian besar datang dari luar kawasan mengundi dan bukan penentu. Begitu juga kalau diambil kira kepada aliran pengundi pada pilihan raya umum lepas untuk kerusi berkenaan dan tiga kerusi DUN ia berpihak kepada Pas atau Pakatan Rakyat. Dua daripada kerusi dalam kawasan Parlimen itu menjadi milik pembangkang. Kerusi itu ialah Changkat Jering dimenangi calon PKR, Mohd Osman Jailu dengan majoriti 1,102 undi dan DUN Kuala Sepatang dimenangi PKR, Tai Sing Ng dengan majoriti 564 undi. Manakala DUN Trong dimenangi oleh UBN Rosli Husin dengan majoriti 916. Allahyarham Roslan Shahrum wakil rakyat Bukit Gantang sendiri menang dengan majoriti, 1,566 mengalahkan Abdul Azim Mohd Zabidi calon dari luar.

Berdasarkan fakta dan figure itu secara mudah keputusan akan berpihak kepada Pas. Soalnya apakah aliran pengundi dalam pilihan raya lalu akan kekal? Beberapa peristiwa yang berlaku di Perak ke belakangan ini dikira akan merubah suasana itu. Perubahan itu tentu sekali akan dirasai oleh kedua-dua pihak. Krisis di Perak, rampasan kerajaan, pembugaran pohon demokrasi dan sebagainya dikatakan akan menyebabkan pengundi akan marah dan lebih simpati kepada Pas – Pakatan Rakyat. Terutamanya pengundi Cina dan India kerana mereka merasakan mereka dianak tirikan kerana kerajaan Perak dulu diungguli DAP menyebabkan kaum Cina meresaikan mereka berkuasa! Lantaran itu ada pendapat mengatakan undi Cina dan India akan berpihak kepada pembangkang lebih 80 peratus. Tetapi ada pula yang mengatakan undi Cina itu akan diatasi oleh undi Melayu yang akan bertambah kepada UMNO BN. Melayu merasakan krisis politik Perak memberi kesedaran kepada mereka. Kalangan pengundi Melayu berusia 50 ke atas yang masih ada sentimental value dengan Umno dan istana akan memilih Umno.

Pembahagian undi Melayu ini bergantung kepada pecahan penguni mengikut usia. Pengundi muda yang berusia bawa 35 tahun lebih serasi dengan Pakatan Rakyat kerana mereka tidak ada apa-apa sentimental value dan bergitu obses mahu melihat perubahan. Jikalau jumlah pengundi muda mengatasi pengundi tua di Bukit Gantang, ini memungkinkan Pas akan menang.
Ada tanda-tanda pengundi muda lebih berpihak kepada Pas. Ini dapat dilihat kepada mereka yang bertugas membantu jentera pilihan raya rata-rata golongan muda. Mereka juga lebih bersemangat dan bersungguh melaksanakan tanggungjawab.

Orang muda senang untuk diubah dan berubah. Tetapi tidak pengundi tua susah untuk mereka menukar pegangan asal mereka. Orang tua mempunyai emosi yang lebih berbanding orang muda yang berifkir mengenai masa depan mereka daripada mengenang sejarah yang manis tetapi pahit untuk ditelan.
Kesimpulannya, setakat ini – perkembangan dan mendengar laporan dari kedua pihak, baik Pas dan UBN masih tidak meletakkan harapan besar untuk memenangi pilihan raya itu. Senario dan petunjuk makin jelas akan dapat diketahui sehari dua lagi apabila kempen menjadi semakin rancak. Dakwaan mengatakan pihak itu kuat pihak ini lemah hanya perang saraf sahaja sedang hakikat masih samar dan kabur. Kami dari Pakatan Rakyat Juasseh dan Barisan Kuala Pilah akan berkunjung lagi ke Bukit Gantang untuk membantu tugasan yang di perlukan. Moga Allah memberi sinar di hujung perjuangan.

http://picasaweb.google.com/GUA1964/2902?authkey=Gv1sRgCLeJsorJkszNjwE&feat=directlink (klik gambar)

http://picasaweb.google.com/GUA1964/PenamaanCalonBktGantang?authkey=Gv1sRgCN_B_73s5-GBBw&feat=directlink (klik gambar)

@@ Bro Luv @@