Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, October 31, 2009

Bersama Makan Malam PKR Cabang Rembau


JAMUAN MAKAN MALAM KUTIPAN DANA DAN KEBAJIKAN anjuran KEADILAN Rembau

31 Oktober, 2009
8.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban (depan Jusco Seremban 2)

Pendokong reformasi PR Juasseh/Jemapoh malam tadi sempat bersama-sama makan malam anjuran badan kebajikan PKR Cabang Rembau.

Sekalong tahniah barisan kepimpinan Rambau yang membariskan penceramah2 untuk menerangkan secara terperinci pergolakan dan kebuasan Umno BN dlm cubaan merampas kerajaan Pakatan. Tanpa sopan dan salah etikanya, di pergunakan segala kekuatan jentera kerajaan mencipta skrip yang disusun untuk memerangkap Ahli Parlimen termasuk Adun PR.

Kurang yakinnya dlm sistem piliharaya yang telah menelanjangkan Umno BN PRU 12 sebelumnya dan tiada sambutan juga sokongan rakyat semakin longgar dengan perlaksanaan slogan 1M, membuatkan Umno BN mengunakan pakai sistem kitar semula operasi lalang dlm zaman Mahathir.

Tangkapan demi tangkapan dan ugutan yg berterusan bagi memastikan kerajaan PR runtuh sebelum PRU 13.

Tapi percayalah.... reformasi kebangkitan rakyat bukan kerana Anwar, Nik Aziz atau Guan Eng. Tapi rakyat semakin sedar dan celek untuk mengembalikan hak yang semakin terhakis. Menang atau kalah pilihanraya itu hanya sistem demokrasi kerajaan Umno BN.

Anwar, Nik Aziz, Guan Eng serta ramai lagi cuma sebahagian barisan pemimpin yang diberi amanah sebagai peneraju. Mereka kini bertungkus lumus menyusun etika dan peradapan kesatuan supaya lebih berdisplin. Perbedaaan pandangan dlm PR adalah sangat di alu-alukan walau pun dilihat oleh Umno Bn seolah-olah bercakaran. Bezanya mereka bercakaran bagi memastikan hak2 rakyat dapat dinikmati. Manakala Umno BN tunduk takut malah semakin jumut walaupun pimpinannya semakin menyeleweng dan tergelincir daripada perjuangan asal. BN semakin bercelaru bercakaran berebut projek membolot kekayaan peribadi.

Perjuangan refomasi perjuangan rakyat yang akan berterusan. Parti hanya lah landasan. Sesiapa yang takut dgn risiko dan longgar dgn prinsip PERJUANGAN perjuangan ini, berundur lah. Gugurlah seperti pelepah kelapa dan jangan lah sampai seperti pelepah pisang. Dah mati masih melekat di batang hingga ditarik sentak supaya gugur.

Untuk Che'Bard dan Cabang Rembau... kami sentiasa mendoakan perjuangan ini sentiasa di lindungi Allah.

" Biduk Lalu Kiambang Pun Bertaup"

@PR Juesseh/Jemapoh@

Friday, October 30, 2009

Prinsip Keadilan Yang Kami Tuntut.

Keputusan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk keluar dari PKR sememangnya dinanti-nantikan pemimpin tertinggi PKR Selangor setelah beliau gagal menunjukkan prestasi baik dalam memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Tindakan beliau meninggalkan parti dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia sebab kita pun kalau boleh tidak mahu sampai ke tahap macam nie, tetapi dia yang memilih jalan macam ni, kita dah bagi peluang dia menjadi wakil rakyat, bila timbul masalah kita cuba bantu tapi inilah pilihan yang dia ambil”, katanya.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti. Sebaliknya Nik Nazmi berkata PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekiranya beliau hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

“Sebenarnya saya rasa kita yang hilang keyakinan dengan dia dulu, selama ni kenapa dia tak keluar, kalau dah lama dia begitu kenapa dia tak keluar dan dia hilang keyakinan kepada parti tetapi tidak bermaksud dia patut tutup pusat khidmat dia, dia perlu hentikan berhubung dengan rakyat, tak pergi program, program Tuanku tak pergi, program kerajaan negeri jadi sama ada dia percaya kepada parti itu perkara lain. Yang penting dia jalankan tugas sebagai seorang wakil rakyat”, jelasnya.

Tambahnya, Pilihanraya Kecil hanya boleh dibuat setelah Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang sepertimana yang disyorkan Menteri Besar ekoran beliau gagal menjalankan tugasnya.

“Dia belum letak jawatan sebagai wakil rakyat, itulah yang kita nak minta kalau dia tak boleh buat kerja patutnya dia letak jawatan sekarang dia cerita hilang keyakinan pula, jadi itu kena tanya Badrul lah”, tegasnya.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan Badrul bahawa beliau tidak menerima peruntukan kawasannya berbanding wakil rakyat lain.

Katanya, sebaliknya kerajaan negeri sudah menawarkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan kepada Badrul bagi membolehkan beliau menjalankan program untuk masyarakat.

“Kita ambil alih pengurusan peruntukan saya sendiri maklumkan pada dia sebab waktu timbul banyak sangat aduan, rakyat minta tak dapat, ada aduan wujudnya penyelewengan dan sebagainya, kita nak selamatkan dia”, ujarnya.
Mungkin rakyat yang undi Si Badrulhisham, Adun Pelabuhan Klang merasa kecewa dengan sikap pengkhianatannya kepada pengundi dan mungkin juga mereka merasa lega kerana Badrulhisham yang bermasalah itu sejak menang Mac 2008 atas tiket Parti Keadilan telah tonjolkan imej yang sebenar.

Badrulhisham Adun Pelabauhan Klang sebelum istihar keluar daripada Parti Keadilan dikatakan murung dan ada masalah mental dan suka mendiamkan diri. Apabila istihar jadi bebas dan Pro Umno dan 'mesra' Umno nampak bersemangat dan salahkan ketuanya Anwar Ibrahim punca beliau keluar PKR. Selama sidang DUN Selangor beliau tidak pernah muncul untuk suarakan apa saja yang ada kaitan dengan masalah rakyat Dun Pelabuhan Klang. Atas displin yang cukup meragukan maka pengundi2 mendesak Badrul meletakan jawatan termasuk juga AMK Selangor meletak jawatan dgn kadar segera.

B
arisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), demikian lapor Sinar Harian.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN).

Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin.

“Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul.

Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN.

Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan.


Umno pula sudah tentu sambut mesra dan gunakan kesempatan ini untuk ambil Badrul untuk bersama Umno. Tak masuk Umno pun tak apa janji pro Umno. Timbalan Presiden Umno , Muhyidin Yasin dah mula hulur tangan untuk sambut Badrul ke dalam Umno. Baca di sini BN Sedia BantuWakil Rakyat Bebas-bernama

Siapa lagi yang akan jadi bebas pro Umno dan 'mesra' Umno? Hanya masa yang menentukan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, October 29, 2009

Peringatan Kepada Bloggers2

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).



PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

RABU, 28 OKTOBER 2009 09 ZULKAEDAH 1430H

Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).

Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar Jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakana satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu yang berlaku dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.


Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

Sunday, October 25, 2009

Kebakaran Kedai Makan - Karim Suhaimi

Isnin-26hb Oct 2009

Jam 6.00 am pagi ini, warga Kampong Pelangai di kejutkan dengan musibah kebakaran kedai makan & minuman sahabat kita Karim Suhaimi.

Kedai Mara 5 pintu yg di bina di awal 80 an hampir musnah dan punca kebakaran belum di ketahui. Turut terlibat kedai runcit Puan Rahimah yang baru kematian suami (Osman) 4 hari kelmarin.

Saudara Karim Suhaimi adalah aktivis Pas - Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Pilah dan Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Dun Juasseh.

Pakatan Rakyat Dun Juasseh bersama-sama Pas Negeri Sembilan akan melancarkan Tabung Jihad bantuan bagi meringankan bebanan musibah beliau.

Semoga Allah memberi kekuatan segala bentuk ujiannya ini.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar NS









YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, diarak menaiki Tahta Rencana sambil diiringi oleh pembesar istana menuju ke Panca Persada untuk upacara Istiadat Bersiram di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini. Istiadat bersiram ini diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti pada Khamis lalu.

Sahabat kita dari kampong Tengkek Tuan Haji Rahman orang besar adat Perpateh Dato' Lembaga adalah diantaranya yang berada di Istana bagi menyempurnakan adat istiadat pertabalan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor; ahli Exco, wakil rakyat, dan ketua jabatan adalah antara 5,000 yang hadir menyaksikan istiadat itu.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, October 22, 2009

Al- Fatihah


Kelewatan penyiaran berita ini disebabkan gangguan terputus talian streamyx.


Jumaat 23hb Okt 2009


Osman suami kepada Rahimah Othman telah kembali kerahmatullah jam 10-30am sebentar tadi.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak. Arwah telah di masukan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ketika bulan Ramadhan sewaktu umat islam mengerjakan ibadah puasa hari ke lima.

Doktor telah memberikan cuti untuk Arwah bersama-sama keluarga menyambut Eidul Fiftri tempohari. Keadaan Arwah semakin tenat dengan kesukaran bernafas dan masukan semula ke hospital 2 hari lepas.

Malam tadi kami sempat menziarahi Arwah di wad CCU dan telah mendapat penjelasan pihak doktor bahawa paru-paru Arwah di jangkiti kuman. Keadaan cukup kritikal dan pagi ini kami di hubungi oleh Helmi bahawa Arwah telah menghembuskan nafas yg terakhir.

@PR JUASSEH/JEMAPOH@

Monday, October 19, 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Dijatuhkan Kerana......!!!!

Tulisan ini disalin dari sebuah laman yang dikenali sebagai Perak Express.com.....
sejauh mana kebenarannya ?

Jika ia benar sudah pasti ia amat malang bagi rakyat....

1) Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan? (klik)

2) (Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra
Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak" (klik)
disiarkan di Malaysia Today)

Renungkanlah......

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, October 17, 2009

Perbicaraan Osman & Jamaludin bermula..


IPOH, 14 Okt: Mahkamah Sesyen Ipoh diberitahu, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang meminta seorang agen sebanyak RM100,000 untuk membantu meluluskan projek bernilai RMN180,000 di Seri Iskandar.

Agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), Mohamad Imran Abdullah telah menceritakan hal ini dalam perbicaraan kes rasuah terhadap enam orang termasuk dua Adun PKR yang melompat menjadi Adun bebas.

HarakahDaily.Net/(klik) telah menyiarkan sebahagian perjalanan perbicaraan.

Pegawai SPRM kena jelaskan stastus tiga wanita warganegara cina yg digunakan oleh mereka.

1) Mereka dtg ke Malaysia atas visa apa..?
2) Apa hubungan mereka dgn SPRM..?
3) Mengapa mereka bersetuju menjadi alat SPRM..?
4) Apa yg ditawarkan oleh SPRM kepada mereka..?
5) Dimana dan bagaimana SPRM menemui/mengenali mereka..?
6) Apa tujuan mereka dtg ke Malaysia..?

Perempuan Cina tersebut tak semestinya datang dari negara Cina.... mungkin rakyat tempatan.... atau betul2 datang dari Cina tapi masih di tahan di Kem Tahanan Pendatang Asing, dan di bawak keluar sekejap untuk menjadi bahan umpanan.

Ternyata SPRM dilihat menjadi alat penguasa dan di paksa berlakon dengan menjamu mangsa dengan zina...

Ini sebahagian lembaran baru buat semua rakyat 1Malaysia.
Inilah dia sandiwara 1Malaysia yang kita semua nak tengok.

SPRM dengan sengaja mencipta strategi lakonan bertujuan menabur umpan buat tangkapan dan bukan berasaskan laporan awam.

SPRM menggunakan kaedah salah dan bertentangan dengan keselamatan negara dengan menggunakan pelacur negara asing. Kebarangkalian SPRM sudah banyak pengalaman dalam hal ini dan begitu mahir dalam penglibatan pelacur.

Bekas Exco ini juga sudah tahu mereka bersalah dan tidak ada pilihan selain menjadi talibarut Najib untuk menyelamatkan diri. Kiranya didapati bersalah nanti Najib akan isytiharkan pilihanraya umum dan DUN Perak pun dibubarkan. Dua bekas Exco tersebut akan dilayan macam anjing kurap bila mereka tidak diperlukan lagi oleh UMNO Perak.

Rumusan: Keputusan mahkamah hanya akan keluar apabila UMNO Perak sudah yakin boleh menang ATAU dah hampir 5 tahun usia DUN Perak.

Sebab itu jugak imbuhan buat 2 bekas Exco ni pun masih tertangguh2 dan tak dapat semua.
Penguasa sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan kuasa.
@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, October 16, 2009

Umno Mengangkat Martabat Rasuah



Berkumpul lah para pejuang2 keadilan seminggu lamanya hingga malam terakhir. Yang datang dari setiap lapisan dan setiap ceruk rantau untuk sama2 membantu Bagan Pinang dlm membenteras rasuah, kezaliman sistem petadbiran dan keganasan.

Akhirnya Maruah Bagan Pinang Tumpas Tewas. Jadilah Bagan Pinang yg akan sering meminta2 untuk menjadi hamba ternakan dan alat-alat penguasa yg kaya dgn rasuah.

Mengungkap sejarah klasik Tanah Melayu. Rakyat tersungkur jadi hamba jajahan dek perasuah.

Pemimpin Negara akur dgn strategi kekuatan klasik rasuah dan mengguna pakai semula kaedah penjajah. Meletakan dan cuba memastikan semula, agar fikiran rakyat menjadi jumut dan di selubungi ketakutan.

Kaji selidik lah pandangan salah seorang sahabat kita Mohd Rashidi Hassan ini:

Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Teluk Kemang, Negeri Sembilan seharusnya diberikan perhatian yang sangat serius di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat. Penelitian yang serius harus dibuat, bukan kerana calon Pakatan Rakyat 'tewas' atau calon Barisan Nasional menang di situ.

Pakatan Rakyat sudah menang tujuh kali pilihan raya kecil di semenanjung. BN baru menang satu. Dari segi nisbahnya amat jauh. Keputusan Bagan Pinang bukan kayu pengukur untuk mengatakan Pakatan Rakyat semakin lemah atau BN semakin kuat.

Walau apa pun keputusannya, post-mortem harus dibuat bagi mengenalpasti apakah wujud kelemahan untuk diperhalusi dan diatasi.

Namun, Pakatan Rakyat harus membuat pemerhatian yang serius, kerana kebarangkalian besar pendekatan 'ala Bagan Pinang' akan diadaptasikan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sudah tentu hasil pemerhatian tujuh kali kalah dalam PRK, menjadikan BN cukup matang dan cukup bersedia menghadapi Pakatan Rakyat dengan segala taktik yang terancang.

Justeru, BN selaku parti pemerintah yang sudah berkuasa selama lebih 50 tahun, sudah tentu tidak akan sewenang-wenangnya, mahu 'menyerahkan tengkuknya' untuk disembelih Pakatan Rakyat.

Sudah tentu mereka akan bertungkus lumus bagi menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat setelah kehilangan kuasa di lima negeri dan hilang dua pertiga majoriti di Parlimen.

Pendekatan di Bagan Pinang akan dijadikan model utama memanipulasi sokongan rakyat dengan memaksimumkan penyalahgunaan kuasa, memanipulasi media, menyalahgunakan jentera kerajaan, berkempen secara peras ugut dan merasuah rakyat sebagai usaha untuk mengekalkan kuasa pemerintahan BN.

Bagi Umno, keputusan PRK Bagan Pinang amat menggembirakan. Ia seolah-olah memberi signal kepada Umno bahawa, rakyat masih termakan janji dan umpan mereka.

Umno kini merasakan bahawa mereka boleh kekal dan akan kekal ditampuk kuasa kerana rakyat, khususnya kaum Melayu dan India memang boleh dibeli.

Umno-BN harus membiarkan Melayu, India dan sebagainya berada dalam keadaan miskin. Dengan kemiskinan inilah menyebabkan mereka mudah diumpan. Beri sahaja dua tiga ratus, mereka akan menjual undi kepada BN.

Akibat kemiskinan dan kehidupan yang melarat, menyebabkan rasuah berleluasa. Umno-BN merasuah kerana hendak mengekalkan kuasa, manakala rakyat yang menerima rasuah, mengambilnya atas kepentingan tertentu.

Rasuah sudah menjadi amalan yang sebati dalam Umno. Bagi mereka rasuah tidak haram kerana 'yang memberi' dan 'yang menerima', sama-sama melakukannya di atas kerelaan sendiri.

Masalah yang dihadapi Pakatan Rakyat, bukan sekadar rasuah wang ringgit. Menyalahgunakan kuasa juga satu rasuah. Secara tradisinya pemimpin-pemimpin Umno, nampaknya sudah mangli melakukan 'rasuah salahgunakuasa'.

Mengunakan kuasa Umno-BN, selaku penguatkuasa undang-undang dengan mengerahkan polis dan tentera undi mengundi BN. Mengerahkan segala inteligen bekerja keras membuat risikan untuk memenangkan calon BN.

Lebih buruk daripada itu, dengan kuasa kerajaan dan kewangan yang ada, Umno-BN mula melakukan siri kempen yang ganas, dengan mengupah samseng-samseng jalanan mengkasari, memukul dan mencederakan petugas Pakatan Rakyat.

Selain itu, Pakatan Rakyat menghadapi masalah besar akibat ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya mengendalikan pilihan raya secara adil, saksama dan bebas.

Oleh kerana perlantikan peneraju SPR terdiri daripada orang yang dicadang dan disokong oleh Umno, atas jawatan Perdana Menteri dan sebagainya, SPR dilihat tidak bebas kerana berkhidmat untuk kepentingan Umno-BN.

SPR membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya di atas kehendak Umno, SPR dikatakan pernah mengunakan khidmat Puteri Umno untuk membantu tugasnya, SPR menguatkuasakan peraturan-peraturan yang mengawal perjalanan kempen di atas tekanan Umno. SPR sering mengeluarkan senarai pengundi yang berbeza dan meragukan.

Tidak mustahil SPR akan digemblengkan dengan lebih dahsyat lagi pada PRU ke-13, demi untuk melindungi kepentingan Umno.

Semua 'trend' yang dicatatkan di atas, amat merbahaya sebenarnya. Ianya adalah loceng amaran buat Pakatan Rakyat, bahawa demi mempertahankan kuasa Umno-BN sama sekali tidak akan mempedulikan tata etika, peraturan, undang-undang dan kesaksamaan.

Jelas, dengan apa cara sekalipun, Umno-BN mahu terus merajai pentadbiran negara. Maka kepimpinan Pakatan Rakyat tidak harus berdiam diri. Pakatan Rakyat harus segera memperhalusi strategi dan mencari jalan keluar.

Kebobrokan dan keegoan Umno-BN ini, harus dihentikan serta merta. _

Bangkit lah pejuang2 dan tanya lah dgn diri sendiri berapa peratus kah sumbangan anda selama ini dlm ertikata menuntut keadilan jika inginkan negara ini di tadbir bebas dari rasuah dan maju dgn peradapan keadilan.

Kita Belum Terlambat

@ PR Juasseh/Jemapoh @

Selamat Hari Deepavali

Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh mengucapkan SELAMAT HARI DEEPAVALI kepada semua penganut Hindu.

@ PR Juasseh/Jemapoh@


Thursday, October 15, 2009

Bagan Pinang Menilai Ujian Allah

BAGAN PINANG:
ANALISA AWAL USTAZ IDRIS HAJI AHMAD

BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan Umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka.

Sejarah tidak akan boleh dipadamkan Umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan. -Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad.

Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau -Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman. -Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada Umno.

Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang. -Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada Umno. -Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah. -Undi pos yang tidak dipos adalah simpanan tetap Umno dalam pilihanraya -

Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan PAS sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli Umno 3017 orang. -Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada Umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan Umno dalam pilihanraya. -

Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam Umno untuk membodohkan rakyat. -Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar. -

Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno.. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi PAS, tetapi takut menzahirkan diri. -

Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan Umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada PAS. -

Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang. -Sokongan Kelab Penyokong PAS yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008 -

Usaha gigih ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas PAS dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samseng Umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong PAS sama ramai. -

Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli PAS. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan “Kun fayakun” atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Sunday, October 11, 2009

Maruah Bagan Pinang Gagal Mengatasi Rasuah

Sama ada suka atau tidak, kemenangan Umno BN dgn majoriti cukup besar harus di akui. Kesedaran tarbiah maruah belum cukup mengatasi pengundi Bagan Pinang dgn kebiasaan rasuah. Puluhan tahun rakyat terdidik dgn keseronokan sogokan untuk membeli jiwa-jiwa yg miskin dgn maruah. Salah siapa ?

Penduduk Bagan Pinang sama juga seperti Kuala Pilah. Termakan budi dan ketakutan perubahan, masih pekat dihati-hati mereka. Mereka tidak peduli siapa pemimpin samada bermaruah atau pun Perasuah (klik) .

Kita terlalu lama membiarkan mereka dengan rentak-rentak sumbang menari mengikut rentak lantai yg tidak rata. Apa usha kita untuk mentarbiah ? Sudah cukup kah dgn hanya ribuan kehadiran ceramah-ceramah. Memadai kah setakat benih yg di tabur tumbuh tanpa di siram dan di baja ?

Kiranya pendokong2 keadilan dgn roh addinnya Islam, yg mahu meletakan maruah tertegak di bumi Malaysia ini, tugasan ini wajib berterusan tanpa sempadan. Kemenangan sesuatu piliharanya bukan permulaannya dan bukan pula penamatnya. Erti kata maruah bukan hanya dgn ucapan tetapi perlu di terjemah dgn keperbadian kerohanian.

Buang segala sifat2 riak apabila Allah telah menduga (klik) dgn sedikit kemenangan. Meletakan sifat keghairahan pun sudah cukup untuk tergelincir dari landasan asal perjuangan. Bersenang2 dan terleka dgn kekuatan jentera2 yg maha hebat akan menghukum ke alpaan dgn tanggung jawab tugasan. Walau pun keputusan P Raya Bagan Pinang (klik) terlalu banyak kesalahan dgn alasan pemuda samseng, undi pos dan dgg memperalatkan agensi2 kerajaan, tanpa tindakan membenteras dgn kesungguhan tanpa noktah, bakal mengheret Pakatan Rakyat dlm susasana yg lebih mencabar.

Lihat lah diri sendiri, lihat lah organisasi, lihat lah pemimpin2, apakah cukup kita berpuas hati.

Sesungguhnya perjalanan maruah dan keadilan, masih terlalu jauh untuk di kecapi. Buangkan sifat2 tersebut dan jangan terlalu mengharap nama2 besar Nik Aziz, Anwar, Guan Eng, Nizar sampai lelah, sedangkan kita masih menumpang-numpang.

Kita akui juga, Adakah Itu Kemenangan Yang Rasional? (klik) Isa bukanlah pilihan ahli Umno sendiri, malah percalonanya juga mendapat tentangan daripada pimpinan yg masih mahu melihat Umno tidak ditadbir dgn rasuah. Antaranya memberi pandangan:(klik) LEBIH BAIK UMNO KALAH DARIPADA MENANG ulas Tengku Razaleigh. Tapi itu lah hakikat yg sebenar Umno BN.

Tugasan kita terlalu baru bermula, sumbangan kita masih terlalu kerdil. Jurang di hadapan semakin melebar. Setiap orang Allah telah beri kelebihan. Terjemahkan lah secara bijak demi tertegaknya keadilan yg di isi dgn rohani kesyumulan Islam.

Kami menyeru dari setiap lapisan, menjadikan Bagan Pinang satu pengajaran keatas kenikmatan kekalahan yg Allah uji untuk pejuang-pejuang, bangkit dari kelekaan dgn kemenangan yg sebelumnya.

Terima kasih tak terhingga kepada keseluruhan petugas2 PR yg membajiri setiap ruang Bagan Pinang untuk sama2 membantu Prk ini. Kami sesunggguh amat kagum dan cukup terharu sifat2 kekentalan perjuangan saudara2. Kehadiran saudara2 banyak kami pelajari. Semestinya Allah telah menganugerahkan kemenangan membentuk kerajaan keatas susah payah saudara2 selama ini.

Barangkali belum ada diantara jentera2 kami sehebat saudara2. Tidur beralaskan tikar berbatalkan lengan dan berbumbungkan langit. Mengawal anak2 Umno yg ganas dari cuba mencemar maruah PRK. Melindungi saudara2 yg lain walau rasiko cukup tinggi mengadai diri dan nyawa.

Kepada jentera2 Kuala Pilah dan Juasseh/Jemapoh, selamat kembali ke detinasi masing2 dan terus bertugas dgn menyambung kerja2 yg mungkin banyak tertangguh.

Moga Allah sentiasa melindungi dan memberi kekuatan tanpa tercalar jiwa2 kekecewaan.

Gelagat anak2 Umno Bagan Pinang (klik)
Malam Terakhir Bagan Pinang (1) (klik)

Malam Terakhir bagan pinang (2) (klik)



Tugasan kita masih lagi terlalu jauh.


@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, October 8, 2009

Amalan Rasuah Dan Samseng Umno



Para SPR dan intelektual. Kaji isi intipati ucapan ini. Demi untuk melihat maruah dan penguatkuasaan undang2 negara ini berjalan di atas landasan keadilan kemakmuran. Sementara itu Zahid nafi pemimpin BN kempen di kem tentera (klik)

Muhyidin Yasin Timbalan Presiden Umno , nafi Pemuda Umno bertindak samseng serang Markaz Pemuda Pas di Bagan Pinang dan tetak pemuda Pas walaupun kes serangan itu dah ada bukti.

Sinar harian 6 0kt 2009 (N5) mengiakan akan kebenaran apa yang terjadi pada 7-10- 09 itu. Ini apa yang diucapkan oleh anak Megat Junid iaitu Megat Firdouz Setiusaha Pemuda Kebangsaan Umno : pemuda2 gerak gempur Umno ? (klik)

Apa yang dibimbangkan kini benar-benar terjadi, peristiwa petugas-petugas PAS diserang, ditampar,dikejar,dihalau, ditumbuk dan ditetak dengan parang berhampiran balai polis Telok Kemang menyaksikan pihak polis seolah terpaku dan serba salah untuk bertindak setelah kenyataan bosnya Menteri KDN Hishamuddin yg mendakwa 'Taktik kotor Pas (klik) yg memulakan provokasi.

Di seru demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia, dan jgn di lihat seperti bersekongkol untuk memenangkan calon BN di Bagan Pinang, PDRM harus juga bangkit meletakan semula etika persumpahan tugas. Jangan biarkan orang-orang politik yg beragenda jijik mencekam tugasan anda.

Jentera2 PR yg sedang bertugas di PD, merayu dan meminta sahabat-sahabat untuk segera turun membantu jentera calon PAS demi keselamatan semua dalam pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang.

Pagi itu juga tersebar sms :-

Sebarkan, 5 orang pemuda gombak dipukul dan masuk hospital,markas pas dikepung, kita kurang petugas, umno tunjuk samseng, bantuan petugas diperlukan. Sila hadir segera. Bendera pas dibakar ditiang, Bgn Pinang kecoh seketika kerana kita x ramai? Kereta pemuda kelantan dihalau keluar dari pd dan kita simpan dirumah selangor. Kamarul s/u pandan. Doakan keselamatan kami disini. PRK paling panas.

Sejarah ganas pilihanraya kini berulang kembali, peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Gul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Sehingga malam tadi juga samseng-samseng masih bermaharaja lela di Bagan Pinang dengan provokasi melampau dalam keadaan mabuk arak dan bersenjatakan parang dan pisau menakut-nakutkan orang ramai yang lalu lalang dan berani datang kemarkas PAS.

Inilah budaya bacul orang terdesak untuk menang yang diajar oleh pemimpin-pemimpin Umno kepada pengikut-pengikut mereka sehinggakan mereka tidak sedar kejahilan mereka sendiri yang tidak kenal dosa pahala.

Kenyataan yang berunsur mengugut dan cuba bermain kasar dan ganas oleh Pemuda Umno itu mesti disiasat pihak keselamatan tanpa gangguan demi keadilan semua pihak.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Tuesday, October 6, 2009

Umno itu Rasuah. Isa itu Rasuah

Barang siapa yg mengundi Umno Bn, adalah mengundi Isa, dan barangsiapa yg mengundi Isa adalah mengundi rasuah.

Seperti tiada pilihan, ada juga ahli-ahli Umno bn yg berperang ulasan untuk memastikan tiada lagi tuduhan bahawa parti Umno adalah parti rasuah dan melaung pada setiap program2 forum terutama bertempik gagah di setiap perhimpunan Umno untuk membenteras genjala jijik rasuah dari pucuk ke akar umbi. Berhempas pulas mempertahankan Umno dan dalam masa yg sama cukup kecewa dgn pilihan pucuk pimpinan yg masih bergelumang dgn perangai busuk ini.

Layakkah perasuah menjadi pemimpin?(klik)
Apakah ahli2 Umno tidak sedar atau terperdaya helah retorik pimpinan, berhujah dgn buntang merah biji mata, dan kadang hiba dan sayu seolah2 akan berjuang untuk memastikan tiada lagi najis2 rasuah terpalit kepada siapa juga individu yg bernama Umno Bn.

Isa sudah dihukum, dipilih sebab popular: Najib(klik) .
Maka berkokok lah dari PM hingga ke Ketua Cawangan dgn nada yg sama. Tapi.... apa dah jadi dengan Bagan Pinang ?? Apa lagi alasan yg wajib di terima ?? Helah apa lagi yg cuba di sembunyikan. Strategi apa lagi yg cuba di susun ? Benang basah mana yg cuba didirikan ?

Berbaloi kah dgn program2 forum perdana ? Tak penatkah imam2 yg di bekalkan teks setiap khutbah betapa hinanya sesuatu agama dan bangsa itu dgn amalan rasuah ?? Terjamin kah rakyat dan negara ??

Cukup kah dgn tindakan Mahathir lempar batu sembunyi tangan ? Tun Mahathir pulak salahkan Pak Lah(klik)

Bodoh sangatkah Melayu Umno ini ?? Penakut sangat ke nak mengubah aliran jijik ini ke arah keadilan gara ugutan pemuda2 gerak gempur Umno ? (klik)

Dan di seru juga kepada Anggota Tentera kita, saudara adalah benteng kami di barisan hadapan untuk melindungi negara dan kami dari ancaman. Kami tidak rela saudara di perguna sebagai alat orang-orang politik yang mencipta agenda peribadi. Jangan biarkan (Klik) diri, keluarga dan keseluruhan pasukan saudara di putar belit atas bijaknya merayu belas. Ramai di antara anggota tentera terbiar tanpa program yang jelas selepas bersara. Belum lelah reda dengan senjata, masih lagi terus dengan senjata menjadi pengawal keselamatan. Saudara harus bangkit untuk menuntut keadilan.

Bangkit lah ahli-ahli Umno dari jiwa2 yg jumut. Pastikan Wakil yg mewakili suara kita dan yg bakal membawa suara2 rakyat ke dewan undangan adalah yg bersih dari najis rasuah ini. Jangan biarkan anak2 bangsa kita dan negara ini kearah kemunduran. Di injak2 oleh penguasa untuk membolot kekayaan dari peluh jerih kesengsaraan rakyat.

Tak kan lah bila ditepuk manja bahu, di sumbat dgn sehelai dua note dan sepasang batik pelikat, benci pada rasuah boleh mengubah undi mengiyakan rasuah.

Pilihan Raya Kecil (klik): Bersama melakarkan perubahan di Bagan Pinang

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, October 3, 2009

Hujan Pembersihan Rasuah Isa Samad Di Bagan Pinang

3hb Okt 2009




Video Penamaan Calon N31 Bagan Pinang


Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon UmnoBN lawan Pas PR (Klik), Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS PR Zulkefly Mohamad Omar.

Sebelum ini, ...Shahruddin[klik] bekas jurutaip AP Telok Kemang Dato' Kamarol yg di berhentikan kerana masalah displin, tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada pencadangnya yg bukan orang tempatan Bagan Pinang.

Para penyokong seawal subuh telah memenuhi Masjid Bagan Pinang menunaikan solat subuh seterusnya solat hajat memohon agar tanggung jawab keadilan ini di restui.

Mood nasional begitu memuncak di Bagan Pinang. Berdasarkan kehadiran yang kami kira mencecah 20,000 orang dari pelbagai golongan khasnya golongan muda serta pembantu dari luar, kami yakin kemampuan untuk kita goncangkan BN sekali lagi terbuka luas.

Mengulas mengenai lemparan tuduhan bahawa Pakatan Rakyat ketandusan calon adalah membayangkan sikap menepuk air di dulang. Bahkan Umno BN sendiri masih lagi meletakan Isa, calon yang rasuh dan tidak di senangi oleh ahli-ahli Umno termasuk pimpinan tertinggi. Apa yang berlaku membayangkan Pakatan Rakyat semakin matang dalam berpolitik.

Penyokong PAS yang datang dari pelbagai pelusuk tanah air tanpa di bayarkan TAMBANG dan tempat tinggal telah menyerbu kawasan penamaan calun. Mengiringi calun Bagan Pinang.

Kedatangan yang tanpa di undang ini telah sekali lagi memeriahkan hari penamaan calun hari ini..Ia menampakkan sokongan penuh kepada Pakatan,

Hujan yg melimpah lebat pada pagi hari percalonan, ini seolah-olah cuba membersihkan semula Bagan Pinang dari dosa rasuah yg di cemari oleh Isa sebelum ini

Penamaan calon prk Bagan Pinang berjalan dalam keadaan tegang tetapi penuh bersemangat antara penyokong pakatan rakyat dan Umno Bn yg hanya kehadiran sekitar 3000 orang.

Laungan reformasi, Isa Duit!, Isa Rasuah!, Hidup Rakyat, Hidup Islam! dan zikirallah bergema melepasi bukit bangunan MDPD yg ketuai oleh jentera Pkr Kuala Pilah saudara Kamarul, Tim Amk NS Norazizi Aziz, Mpt PKR Chq Badrul, Naib Amk Pkr Pusat Jonah dan beberapa lagi pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP. Masing2 cukup terkenal dgn kelantangan suaranya dan bersilih ganti hingga tamat proses penamaan calon.

Tindakan pihak polis yang berikan laluan kepada penyokong UMNO-BN di jalan utama depan pusat penamaan calon, manakala Pas PR melalui jalan dan belakang bangunan, telah menimbulkan kemarahan penyokong pakatan rakyat yang tidak dibenarkan hampiri jalan depan pusat penamaan calon. Cara ini cuba tidak menampakan puluhan ribu penyongkong Pas PR dari jalan utama yang telah menenggelamkan Umno BN.

Penyokong pakatan rakyat disuruh polis beredar jauh daripada pusat penamaan calon dan agak menimbulkan ketegangan antara pihak polis dan penyokong pakatan rakyat. Kejadian tersebut tidak lama dan polis hilang kawalan bila penyokong pakatan rakyat tidak berganjak dan terus berada depan penyokong Umno-Bn.

Penyokong Umno telah yg membuat provokasi dengan membaling botol minuman dgn tidak diambil tindakan oleh pihak polis, agak mengecewakan kami, malah kumpulan gendang kaum India penyongkong kelab Pas WP pula yg cuba di rampas alat permainannya.

Penyokong2 Umno BN jelas mempergunakan anak2 yg dlm alam persekolahan lagi. Malah diantaranya menonggang motor dgn liar dan membahayakan. Dan ramai diantaranya juga anak-anak kaum India. Mungkin anak-anak kaum India dari parti MIC dan PPP, parti yg hampir pupus ini. Meraka memasang strategi memohon simpati kewangan seperti
penubuhan Makkal Sakthi, kaum India yg baru di terima Najib dgn dakwaan agihan RM30 juta. Dimana sebenarnya orang-orang Umno, begitu juga pemuda Umno ???

Adakah Dato' MB Mohamad dan Khairy memboikot (klik) Prk ini atas rasa kekecewaan yg teramat setelah beberapa nama yg di hantar ke pusat tidak di iktirafkan.

Sesungguhnya hujan rahmat yang turun pada jam 8.30 pagi sedikit pun tidak menjejaskan semangat penyokong pakatan rakyat untuk terus berada di tempat penamaan calon tersebut tanpa berganjak hingga tamat. Manakala penyokong2 Umno telah ditempatkan di khemah yg didirikan didlm kawasan MDPD siap dengan iklan minuman Air Tebu percuma, tajaan Isa atas terpilihnya sebagai calon.

FRU yang begitu ramai berada di sebelah penyokong pakatan rakyat cuba menolak dgn menggunakan perisai untuk menjarakan kami dari mengepong kebiadapan anak-anak sekolah jentera Umno di Bagan Pinang.

Semoga segala kelemahan kami di perkuatkan semula dgn iltizam menjaga kehormanian Islam dan Keadilan.

P
ercalonan Bagan Pinang(Klik)

@ PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, October 1, 2009

Benarkah Umno Pembela Tentera/Rakyat ????