Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, September 17, 2008

Pakatan Rakyat KP Mencabar Dakwaan Hassan Malek


KENYATAAN YB DATO' HASAN MALEK MEMALUKAN
YB Dato' Hasan Malek yang membuat kenyataan di TV 3 hari ini 16hb. Set 2008 melalui Buletin Utama sangat memalukan seluruh masyarakat Kuala Pilah. Beliau menyatakan bahawa beliau telah disogok untuk meninggalkan UMNO dengan wang dalam PilihanRaya yang lalu bagi kali pertama dan kali kedua baru-baru ini. Beliau menambah, beliau menolak tawaran dari Parti Pembangkang kerana sayangkan UMNO dari dulu, kini dan untuk selama-lamanya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau mempunyai maruah diri dan tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut.Kita melihat kenyataan beliau itu semata-mata kerana bimbang gelombang peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Gelombang haru-biru yang kita sebutkan dalam rencana terdahulu sudah melanda seluruh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional, tidak terkecuali YB Dato' Hasan Malek. Sebab itu kenyataan beliau di TV 3 dilihat sebagai sangat merapu.Bagi mempertahankan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat khususnya di Kuala Pilah kita akan meminta YB Dato' Hasan Malek bertanggung jawab atas kenyataan tersebut."Jikalah benar ada wakil dari Pakatan Rakyat yang cuba menyogok YB Dato' Hasan Malek untuk meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat, yang ini merupakan mempunyai unsur-unsur rasuah, maka YB Hasan Malek diminta segera untuk membuat Laporan Polis dan Aduan kepada Badan Pencegah Rasuah bagi diambil tindakan undang-undang terhadap Perasuah tersebut."Kami amat percaya beliau tidak akan berbuat demikian, kerana beliau bukan tidak berpengetahuan, tetapi oleh kerana budaya yang sudah begitu sebati dan membelit diri begitu lama, maka beliau hanyut dengan permainan kotor tersebut. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kerana pangkat, jawatan dan seumpamanya, beliau tetap mempertahankan sesuatu yang rapuh dan longgar. UMNO sudah tidak relevan lagi, semua sudah mengetahui hakikat ini, sebab itu rakyat mula menolaknya dalam Pilihanraya umum yang lalu, tetapi kerana saki baki pangkat dan kedudukan serta jawatan masih ada, beliau terpaksa juga mempertahankan UMNO dengan hujjah yang kadang-kadang kelihatan sangat dangkal. Dulu, kini dan Selamanya, ayat tangkal azimat yang boleh menakutkan semua orang untuk meninggalkan UMNO yang bersifat mendahului Agama.Dalam situasi Peralihan Kuasa sekarang, bukan sahaja YB Dato' Hasan Malek dilihat membuat kenyataan merapu, malah Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang, bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, merangkap Pengerusi MUBARAK turut menumpang sama. Suatu ketika dahulu beliau turut memberi semangat kepada kita agar terus berjuang bersama DSAI dengan lanskap politik baru. Tetapi suaranya mula berubah apabila dianugerahkan Tan Sri oleh kerajaan tahun lalu.Maka benarlah dalam sebuah hadits Nabi SAW menyatakan bahawa kalungan pingat itu umpama kalungan syaitan yang membelit diri.Rakan-rakan Pakatan Rakyat di Jemapoh tempat berdirinya YB Hasan Malek memanggil kita untuk membincangkan perkara ini. Jumpa lagi.
Posted by Hazman Hashim at 09:46 0 comments

2 comments:

GUA64 said...

HASSAN TOLAK TAWARAN LOMPAT PARTI


KUALA PILAH 16 Sept. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malik (gambar) hari ini mendedahkan usaha pihak pembangkang memujuknya meninggalkan UMNO dan menyertai pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, wakil pakatan pembangkang telah menemuinya beberapa kali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membincangkan tawaran tersebut.

kah kah kah…..sapo budak asan ni….kah kah kah….sapo nak jompot dio…. sapo gi jumpo dio.... pada jumpo asan ni lobeh baik jumpa korbao bala....taik korbao buleh jo buek bajo....

kah kah kah….mamat ini perasaan ...he thinks he is very important and a very influential politician ....kah kah kah…...asan oooi kao paham tak ayat apo yang den tulis ni....tu cakap orang putih…rotinyo dalam bahaso molayu den tanyo …rumah kao kat pilah dimano…..kah kah kah

Togolak member Asan-(Hisyamuddin Rais) yg samo2 kek MU dulu tengok kelentong Tim Montoghi berhujah kek TV3. @@ Ombong asan''' cubo2 lah kok tengok dlm diri sendiri. Tompek sendiri pun, tak dapek nak bolo. Tanah balai rayo pun, menumpang kek oghang PAS. Dah la tu, macam ghoto UMNO di buek eeh. Tak sogan ko, balai rayo untuk oghang ramai, dikibar bendero parti? Oghang luar, bulehlah di kolentong, Kalau nak kona sapo Assan Malek ini, cubo tanyo2 kek Oghang kuek eh sobolum ini, Tok kotuo kampung Jomapoh. Sobab dah lupo diri, sampai lotak jawatan Tok Kotuo dimalukan dopan oghang ramai sobab gagal menghalang AMK KP buek futsal kek Padang Awam Jemapoh dulu. Asan.. Asan..

Anonymous said...

Pak Hasan.................on yourrr markkkk.....gettt setttttt.......lompatttttttt katakkkkkk..........kalau asan masuk PR pun abih kuat dok kat pej joseh (dataran jemapoh) jadi cleaner jerr...gua dah malas nak layan ini orang...manusia yg takut pada bayang2 sendiri...ingatlah wahai PAK HASAN MALEK....""apa yang ada disisi kamu akan musnah...dan apa yang ada disisi ALLAH itu kekal abadi...""