Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, May 31, 2010

Keadilan - Parti Masa Depan Negara


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan pimpinan dalam beberapa jawatankuasa dengan tujuan memantap serta mengukuhkan perjalanan parti.

Kata beliau penyusunan tersebut akan dibuat dalam kadar segera sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang berakhir petang tadi.

"Penyusunan semula ini akan dibuat dalam kadar segera yang akan mengadunkan tenaga lama dengan yang baru. saya lihat penyertaan Angkatan Muda dan Wanita lebih terserlah pada Kongres kali ini dan penyertaan kedua komponen ini akan diterapkan dalam barisan pimpinan pusat," kata Anwar semasa ucapan pengulungan beliau petang tadi.

Beliau berkata permerhatiannya terhadap Kongres sejak 2004 telah memperlihatkan kematangan dalam mutu perbahasan dan peningkatan pemikiran perwakilan dalam membahaskan usul dan isu yang dibangkitkan semasa Kongres.Tanggungjawab Pemimpin

"Saya mahu semua barisan pimpinan yang duduk di atas pentas ini supaya turun padang ke setiap cabang dan bertemu dengan ahli-ahli".

Selangor

"Semua cadangan dan kritikan terhadap Menteri Besar dan pentadbiran kita dengar dengan sikap terbuka. Bandingkan Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional dan bezakan dengan banyak perubahan yang dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Di bawah BN, negeri rosak kerana Menteri Besar rampas hasil mahsul negeri, rasuah dan rakus mengambil hak rakyat. Apabila kita ambil alih sumpah dan janji kita kepada rakyat ialah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan. Ini yang berjaya dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya menaruh kepercayaan kepada kepimpinan samada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan".

Unisel

"Saya beri tempoh dua minggu kepada Rektor supaya hormati suara pelajar. Berikan sedikit ruang dan perbezaan pendapat kepada pelajar untuk menegur universiti. Kalau dia tidak menukar sikap sata akan pastikan di keluar dari Unisel".

Projek

"Antara isu yang dibangkitkan ialah kelembapan dalam kelulusan projek untuk manfaat rakyat di Selangor. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor supaya dipercepatkan kelulusan projek tetapi dengan syarat ia mesti mengikut peraturan".

GLC

"Calon yang dikemukakan untuk menyertai atau menerajui anak syarikat kerajaan negeri mestilah layak, profesional dan punyai 'track record' dan hanya mengambil elaunnya sahaja dan tidak rasuah. Calon itu juga mesti ikrar ketaatan kepada parti dan kerajaan negeri dan mesti dibenarkan dipantau dan dihukum jika sedikit menyeleweng".

KEADILAN

"Umno-BN boleh cakap apa saja, nak runtuh, nak reban, nak karam, 'wahtever' tetapi satu yang mesti saya nyatakan di sini KEADILAN telah berjaya mentransformasikan budaya politik negara ini. Mana pernah kita terfikir pemimpin Cina memetik hadis dan Al-Quran dan menerima pelbagai budaya dengan cara terhormat".

"We are a great party with a great future. We are a democratic party". Oleh kerana itu Umno-BN lanyak Anwar dan media mereka serang kita tidak henti-henti. Kita adalah sebuah parti bersikap terbuka. Bandingkan dengan Umno dan BN pemimpin samada Menteri Besar, Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan parti boleh dikritik hebat dan kita menerima segala kritikan dengan sikap terbuka dan dada yang lapang.

"Bagi pemimpin yang berkiblatkan wang roinggit dan kebendaan biarlah mereka lacurkan diri kepada Umno-BN".

Subsidi

"Dari dahuku kita sudah nyatakan bahaya apabila melihat keadaan defisit yang semakin membengkak. Yang biasa ialah defisit 1, 2 tahun tetapi apabila masuk lima tahun mula ada 'orange effect' dan tujuh tahun 'red effect' dan kita punyai 12 tahun berturut-turut maka ia kekal sebagai red effect'. Ekonomi negara rosak di bawah Umno-BN sebab pemimpinya rakus dan rasuah.

"Kita cadangakn tiga perkara asas untuk perbaiki ekonomi negara - tarik subsidi orang kaya, banteras rasuah dan jangan boros, selepas itu barulah kita minta rakyat semua supaya berkorban. Ini tidak pemimpin Umno-BN mahu rakyat berkorban sekarang sebab mereka mahu terus 'enjoy'".

Khianat

"Kepada Tian Chua dan Gobalakrishnan saya beri jaminan parti akan tetap mempertahankan anda daripada konspirasi Umno-BN. Kita akan pertahankan hak anda. kita beri amaran kepada Najib, biarlah mereka buang, guling sebagai ahli parlimen atau buat pilihan raya baru, kita akan tetap lawan tindakan zalim mereka".

Kongres Terbaik - Masa depan yg cerah ke Putra Jaya

Kongres Nasional KEADILAN kali ini disulami dengan perbahasan dan displin yang baik memberi petanda harapan cerah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat melangkah menuju ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Naib Presiden, Azmin Ali semasa mengulung perbahasan menyifatkan perjalanan kongres petang tadi oleh perwakilan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sebagai yang terbaik di antara kongres pernah diadakan sebelum ini.

"Kita lihat kali ini, penyertaan Ramli Logan yang mewakili Orang Asal telah menyampaikan hujah yang cukup baik dan bernas dan ini sama sekali tidak berlaku dalam persidangan yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional umumnya.

"Kita juga bangga dengan sayap baru KEADILAN, Srikandi yang dibarisi wanita muda yang berani tampil ke depan menghidangkan perwakilan dengan perbahasan yang hangat," ujar beliau.

Dalam pada itu, Azmin turut menyokong usul yang dikemukakan oleh Wanita dan mahukan tindakan susulan berhubung usul tersebut.

Beliau juga meminta supaya keempat-empat kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat menghantar ketua-ketua jabatan mendengar dan mencatit segala usul perwakilan tanpa mengharapkan Menteri Besar dan barisan exco yang merekodkan maklumat itu.

"Kita merayu kepada perwakilan yang hadir ini memastikan KEADILAN sentiasa kuat namun pada masa yang sama, kita juga berharap agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat membantu anggota parti.

"Bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim difitnah, bukan pengarah anak syarikat kerajaan negeri yang tampil membela tetapi anggota KEADILAN yang ke depan membela pemimpin mereka," tegasnya.

Azmin turut memberi cadangan supaya anggota parti melakukan perubahan dengan menggantikan ketua-ketua di peringkat cabang yang tidak aktif.

"Mana-mana ketua cabang yang tidak berfungsi, saya minta anggota parti melakukan perubahan.

"Perkemaskan 'delivery system' negeri masing-masing dan jika ini dapat dibuat dengan cepat dan pantas, rakyat akan hantar kita ke Putrajaya," tambahnya lagi.

Justeru itu, beliau turut meminta supaya tanggungjawab itu tidak hanya digalas kepada pegawai kerajaan negeri sahaja tetapi juga diagihkan kepada anggota KEADILAN untuk melaksanakan sistem tersebut.


Thursday, May 27, 2010

Sempena Kongres PKR - Kelantan

"Lompat Katak" Lebih memperkukuhkan PKR

Timbalan presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali meminta perwakilan parti supaya bersikap positif ke atas tindakan "lompat katak" yang dilakukan beberapa pemimpinnya sebelum ini.

Berucap semasa merasmikan kongres sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) parti itu malam ini, Syed Husin bagaimanapun mengakui bahawa sebahagian daripada pemimpin tersebut berbuat demikian kerana kecewa dengan PKR.

"Kita akui di antara mereka yang keluar itu memang ada sebilangan kecil yang merasa kecewa dengan parti

"Akan tetapi, perlu ditegaskan kebanyakan mereka yang melompat mempunyai masalah peribadi.

"Ada yang terbelenggu oleh masalah kewangan, ada yang marah kerana tidak mendapat apa yang mereka mahu dari parti ataupun kerajaan yang dipimpin parti," katanya di kongres keenam PKR di Kota Bharu.

Tambahnya, ada di kalangan pemimpin itu juga tidak dapat bekerjasama dengan anggota dan pemimpin bawahan parti.

"Selain itu ada pula yang gagal menjalankan tugas sebagai "wakil rakyat" dan sebagainya. Mereka mudah dibeli," katanya lagi.

Beliau juga cuba meredakan kebimbangan di kalangan perwakilan berhubung perkembangan itu dengan mengatakan, jumlah pemimpin yang keluar parti itu tidaklah seramai yang didakwa.

"Bilangan yang keluar itu tidaklah seramai yang dibesar-besarkan... Kita tidak perlu bimbang sangat dan harus menghadapinya dengan sikap positif.

"Tiap-tiap bulan parti menerima sekitar 5,000 permohonan anggota baru. Beberapa bulan lalu, dalam tempoh tiga bulan (diterima) sebanyak kira-kira 50,000 permohonan," katanya dengan disambut tepukan kira-kira 500 hadirin.
Kesan baik dalam jangka panjang

Tambahnya, perbuatan "lompat katak" itu juga diakui memberi kesan buruk namun dalam tempoh panjang ia sebenarnya dapat menyucikan parti tersebut.

"Saya selalu mengatakan ini satu proses yang positif, iaitu sebagai proses penyucian walaupun bukan akibat dari tindakan parti sendiri pada permulaannya," katanya dengan memberi contoh pengalaman yang dialami PAS dan DAP.

Jelasnya, PAS dianggap akan "gulung tikar" oleh Umno apabila pemimpin kanannya meninggalkan parti itu, termasuk yang dipertuanya Asri Muda dan setiausaha agungnya Othman Abdullah.

"Umno dengan gembira mengisytiharkan PAS akan gulung tikar. (Kemudian), apa yang berlaku? PAS menjadi bertambah kuat," katanya lagi dengan disambut tepukan.

"Jadi mulai sekarang kita harus tegas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas anasir-anasir yang merosakkan parti," tegasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata peristiwa "katak lompat" itu saja tidak mencukupi untuk menguatkan PKR.

"PKR akan menjadi benar-benar kuat dan mantap hanya sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin dan anggota yang berpegang teguh kepada ideologi atau dasar perjuangan Parti.

"Kita perlu bergerak cergas dalam parti dan di kalangan massa rakyat; jikalau tidak boleh setiap minit, setiap jam dan setiap hari, sekurang-kurangnya setiap minggu dan setiap bulan berterusan," katanya lagi

Kita tidak terlalu gusar pemimpin2 yg hilang prinsip daya juang dan hilang maruah ini keluar dari gerakan Pakatan Rakyat, tetapi amat bahaya ahli2 termasuk yg menganggap diri mereka pemimpin, masih berada dlm jemaah yg menjadi musuh dlm selimut dan gunting dlm lipatan.

PR Juasseh/Jemapoh sentiasa mendoakan perwakilan kami yg ramai terdiri dari anak2 muda, sentiasa dilindungi dalam perjalanan ke Kota Bahru & selamat pulang dgn misi semangat juang yg kental. Negara dan masa depan Malaysia ini adalah tanggung jawab bersama. Generasi kita kini berhadapan dgn onak, yg wajib dirempuh.

" Selamat berkongres dan penuh adab dan tanggung jawab "

Monday, May 17, 2010

PR Atau BN Yg Runtuh..??

Oleh Mohd Sayuti Omar

MUHYIDDIN Yassin menganologikan PKR sebagai 'parti kian runtuh'. Begitu angkuh dan sombong sekali nada kata-kata Muhyiddin. Beliau membuat anologi atau assessment itu berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan parti berkenaan.

Saya tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment berhubung perkembangan politik

Apakah beliau sedar dan tahu punca kenapa beberapa kerat pemimpin PKR yang membuat pengumuman meninggalkan parti itu? Sudahkah beliau mengkajinya sedalam-dalam. Kalau beliau sudah membuat kajian secara adil, tidak salah beliau membuat andaian itu. Umno dan BN bernasib baik kalau kenyataan itu benar. Tetapi macam mana kalau kajian itu meleset dan lebih kepada kenyataan gatal mulut saja?

Muhyiddin (foto) boleh jumlahkan berapa ramai pemimpin PKR yang meninggalkan parti berkenaan. Biar rakyat semua tahu? Dan biarlah rakyat juga kenal siapa mereka yang berpaling tadah itu. Apakah mereka ada kualiti sebagai seorang pemimpin atau hanya pengikut cabuk saja?

Kalau Muhyiddin hanya bersenandung dengan tindakan itu dan lebih kepada tujuan untuk perang saraf, rasanya Muhyiddin akan terjerat dengan kenyataan dan pandangannya sendiri. Muhyiddin dan UBN akan jadi syok sendiri saja.

Apakah yang Muhyiddin maksudkan itu pemimpin PKR yang keluar sambil mengencingkan denai perjuangannya sebelum ini seperti, Ezam Mohd Noor? Atau Nalakarupan atau Sallehhuddin Hashim? Ataupun mereka itu ialah Zahrain Mohd Hashim dan Tee Beng? Ataupun apakah mereka itu Zulkefli Nordin. Itukah pemimpin yang Muhyiddin maksudkan itu.

Atau mereka itu serangkai yang lain? Mereka yang terawal dari Ezam yang bertindak mencaci Anwar dan PKR, iaini sekumpulan anak muda serigala yang terhidu bau bangkai di Putrajaya dan ramai-ramai cuba menerkamnya dulu? Itukah yang Muhyiddin maksudnya sebagai pemimpin PKR?

Muhyiddin perlu sedar mereka yang dikatakan pemimpin oleh media massa itu hanya pengikut berketurunan Pak Pandir dan Pak Kadok saja. Malahan mereka itu setengahnya lebih oportunis daripada Lebai Malang, yang malang itu. Orang-orang yang meninggalkan parti dan memburukkanya apa lagi beliau sendiri menubuhkannya, mereka adalah politician tidak siuman.

Untungkah bagi BN menerima orang yang tidak siuman ini. Pada saya ia menyusahkan kerana UBN kena sediakan kandang khas untuk mengurung mereka kalau tidak mereka akan menganggui ketenteraman orang lain. Kebanyakan yang tinggal PKR itu bukan kerana prinsip tetapi kerana umpan yang diletakkan di muka jerat!

Kalaulah itu yang Muhyiddin maksudkan maka beliau membuat penilaian yang silap. Kalaulah itu Muhyiddin menerima mereka sebagai pemimpin ianya salah. Jauh lagilah politik Muhyiddin Yassin dalam mengenali lurah-lurah dan jalur-jalur politik.

Bagi Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail (foto) dan rakan-rakannya yang lain dalam PKR kini mereka tidak hairan dengan tindak tanduk mereka itu semua. Sebabnya mereka bukanlah dari kalangan pemimpin PKR yang ulit dan utuh. Yang berjiwa besar dan semangat juang yang tinggi.

Mereka ini sudah lama diketahui Anwar, adalah talibarut yang dipasang oleh Umno sejak reformasi lagi. Mereka ini menyertai reformasi dan PKR kerana yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri. Mereka adalah pencari makan di tepi-tepi tong sampah politik tidak lebih dari itu. Mereka tidak banyak bezanya dengan anjing dan kucing yang menyelongkar tempat pembuangan sampah.

Saya tidak merasakan PKR sebagai parti kian runtuh seperti mana anggapan Muhyiddin itu. PKR tidak akan runtuh malahan PKR akan menjadi semakin kuat pada masa akan datang. Selagi PKR bergantung hayat dan menyatukan diri dan perjuangan bersama DAP dan PAS, serta SNAP selagi itulah PKR akan menggegar Malaysia ini.

Sama ada PKR semakin runtuh atau semakin lemah, tunggulah pilihan raya ke-13 nanti. Rakyat Malaysia hanya perlu bersabar kira-kira setahun saja lagi untuk mengetahui hakikat ini. Bila datangnya pilihan raya ke -13 kelak maka akan tahulah semua orang termasuk Muhyiddin apakah PKR semakin runtuh atau sebaliknya.

Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sibu semalam, nampaknya yang makin runtuh dan lemah bukan PKR dan Pakatan Rakyat, sebaliknya, BN. BN sudah ada tanda-tanda akan menjadi Barisan Naas pada pilihan raya umum akan datang. Kalau Umno tidak kawal dan berbuat sesuatu kenyataan ini akan berlaku.

Orang Cina dari pelusuk mana saja sudah jelas menolak BN. Dalam masa sama peranan MCA dan Gerakan pula semakin mengecil. Orang Cina yang mempunyai citarasa dan cara berpolitik tersendiri. Mereka tidak terikat dengan syarat dan setiap masa ingin membebaskan diri dari ikatan lapok. Begitu juga orang Cina bukan orang Melayu yang terus bernostalgia dan berbangga dengan sejarah. Orang Cina suka mencipta sejarah manakala orang Melayu suka membaca sejarah. Ini perbezaan.

Tidak mustahil kalau MCA dan Gerakan akan bergabung dengan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya akan datang, orang Cina akan mencipta satu sejarah baru yang agung buat mereka. Nah, kalau ini berlaku ibarat kata Umno akan menjadi yatim piatu di negara ini.

Kepada Muhyiddin jangan terlalu mempersendakan PKR. Apa yang baik baginya ialah memperkuatkan Umno. Menyakinkan orang Umno supaya terus bersama parti berkenaan. Politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat juga harus dihalangi dengan agenda dan manifesto yang lebih menyakinkan. Kelemahan Umno mengatasi ini semua menyebabkan Muhyiddin tidak akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Paling malang lagi kalau-kalau selepas Najib Razak ini, PM ialah dari kalangan orang China?

Pada saya daripada Muhyiddin 'mengatuh' mengata dan mencercakan PKR dan Pas, lebih baik beliau berfikir bagaimana ingin membawa orang Melayu berada dalam satu wadah baru untuk menghadapi cabaran globalisasi sekurang-kurangnya dalam negara ini.


Sunday, May 16, 2010

Peringatan kepada yg rasa sebagai Pemimpin PR

Setelah lebih 2 tahun Pakatan Rakyat memimpin Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, ada satu pengajaran besar yang wajar diambil, pada waktu sama ia mendatangkan keuntungan pada rakyat khususnya mereka yang menolak keras korupsi.

Masakan tidak, rakyat keempat-empat negeri itu akan memiliki kerajaan yang bersih kerana sentiasa dipantau secara teliti oleh pelbagai pihak, dengan tanpa teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana tumpuan banyak pihak, termasuk dalam Pakatan Rakyat adalah membongkar sebarang tanda-tanda berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa hinggakan sukarnya kerajaan negeri itu untuk bergerak secara selesa.

Justeru kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati dan tidak memandang remeh segala tindakannya yang walaupun perkara kecil, boleh mendatangkan masalah besar.

Ini berbeza dengan apa yang telah berlaku sejak 50 tahun lalu di mana kerajaan Barisan Nasional, baik di peringkat pusat dan mahupun negeri melakukan pelbagai perkara yang banyak pihak mencakapkannya tetapi tidak ada usaha secara khusus dan konsisten bagi membersihkan imej korupsi ini.

Maka menjelang pilihan raya umum tahun 2008, imej kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat persekutuan, apatah lagi di peringkat negeri dirundung pelbagai tuduhan dan syak wasangka.

Apa yang rakyat boleh melakukan hanyalah dengan mengundi untuk menolak Barisan Nasional, dan itulah yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada Mac 8 tahun lalu mengakibatkan gabungan parti itu kehilangan lima negeri.

Maka apabila SPRM ditubuhkan, banyak di kalangan rakyat pula berasakan bahawa ia merupakan kemajuan besar bagi negara ini tetapi apabila ternyata tumpuannya, walaupun atas aduan adalah kepada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat, maka timbul rasa syak bahawa adakah usaha membersihkan korupsi ini dibuat kerana kepentingan politik kepartian, dan bukannya benar-benar mahu membanterasnya?

Akibat daripada perkara ini, Pakatan Rakyat juga bertindak balas. Kalau di Selangor pada awalnya dahulu, ada aliran pemikiran bahawa biarlah perbuatan kerajaan negeri Barisan Nasional yang lalu tinggal saja dalam lipatan sejarah. Apa yang perlu adalah pandangan ke depan.

Langkah banyak dialu-alukan oleh sebilangan rakyat yang mahu melihat transisi antara Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat berlaku secara licin dan tertib. Biarlah sistem politik negara berbentuk dua parti dan persaingan antara kedua parti wajar dilakukan secara sihat. Maka apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu biarlah berlalu. Bermula daripada Mac 8, Malaysia yang baru diharapkan muncul dengan sistem dua parti.

Tetapi perkara itu tidak berlaku. Gangguan secara yang tidak menghormati semangat sistem demokrasi berlaku sejak awal lagi, hingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan itu saja, usaha terus dilakukan untuk mengganggu perjalanan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Seperti mana parti-parti pembangkang sebelum ini pernah berusaha mengganggu kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional.

Maka adalah suatu yang naif bagi penyokong Pakatan Rakyat untuk menjangkakan bahawa kerajaan-kerajaan negeri mereka tidak akan diganggu. Bagaimanapun gangguan oleh pihak pembangkang ke atas kerajaan, sama ada di peringkat pusat, atau negeri adalah suatu perkara yang dijangka.

Tetapi cara gangguan itu perlu diteliti. Ia harus dibuat bukan saja mengikut lunas-lunas undang-undang, tetapi semangat demokratik dan beretika. Parti-parti politik sama ada dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat bukannya badan samseng. Ia merupakan institusi suci untuk memenuhi harapan rakyat. Inilah yang perlu diingati oleh ahli-ahli politik baik dari kalangan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Apa yang mereka wajar ingat ialah mengapa pada Mac 8 lalu, rakyat menolak Barisan Nasional di banyak tempat. Antaranya ialah perasaan meluat rakyat terhadap gelagat ahli politik Barisan Nasional khususnya Umno. Maka sekarang setelah 2 tahun berlalu, mereka juga ada melihat ciri-ciri yang boleh mendatangkan meluat ini di kalangan Pakatan Rakyat. Janganlah hendaknya akhirnya rakyat menolak semua ahli politik.

Setakat ini, harapan masih ada bagi kewujudan sistem dua parti. Tetapi tentunya perkara ini tidak diinginkan oleh pihak Barisan Nasional yang berasa mereka mahu bangkit kembali dan terus mendominasi politik negara, 50 atau 100 tahun lagi. Sementara di pihak Pakatan Rakyat pula, mereka mahu memastikan Barisan Nasional benar-benar lumpuh dan tidak mampu bangkit semula. Tentu apa yang diinginkan oleh Pakatan Rakyat ialah untuk mendominasi politik bagi 50 tahun akan datang. Giliran mereka pula, demikian setengahnya berpendapat.

Tetapi ada satu lagi pandangan dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat sendiri, khususnya segelintiran pemimpin PAS. Mereka mahu kuasa dominan pada diri sendiri dan bukannya dibahagi-bahagi di kalangan parti gabungan. Umpamanya kalau Barisan Nasional dilihat sebagai didominasi oleh Umno, maka PAS mahukan kedudukan itu. Kalau Pakatan Rakyat tidak boleh memberikan kedudukan itu, ada antara mereka yang mendokong gagasan kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan mempunyai banyak versi, tetapi antaranya ialah pakatan antara Umno dan PAS dalam penyusunan semula struktur politik kepartian negara. Barisan Nasional dibesarkan untuk meliputi Pakatan Rakyat dan PAS yang akan menjadi ketua, bukannya Umno. Tentu keadaan ini tidak dapat disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Bagi PKR, kedudukannya dalam Pakatan Rakyat adalah jelas. Walaupun ia bukannya mendominasi Pakatan Rakyat, tetapi kedudukannya adalah sebagai ketua kerana kedua-dua PAS dan DAP tidak boleh dijadikan pusat kuasa utama dalam gabungan itu. Walaupun kaedah Pakatan rakyat berbeza daripada Barisan nasional kerana tidak ada parti yang mendominasi, maka dapat difahami PKR adalah ketua.

Bagi menghalang kerajaan perpaduan Umno-PAS, apa yang boleh dilakukan oleh PKR ialah ajakannya terhadap PAS untuk sama-sama mengetuai Pakatan Rakyat. Namun begitu, keadaan seperti ini tentunya tidak dapat diterima oleh DAP.

Dalam sibuk memikirkan perkara-perkara seumpama ini, Barisan Nasional terus mengasak Pakatan Rakyat dan kerajan-kerajaan mereka terdedah dengan pelbagai isu, yang akhirnya menyedarkan bahawa kuasa persekutuan mesti diambil dahulu sebelum sistem dua parti dapat benar-benar dilahirkan.

Sementara itu lebih banyak pihak menyuarakan desakan menuntut MP PR yg melompat keluar dari PR, supaya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen.

Terbaru Wee Choo Keong MP - Wangsa Maju- Desakan dari pengundi termasuk Naib Ketua PAS Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, Wee Choo Keong telah hilang kepercayaan pengundi, ahli-ahli PKR serta Pakatan Rakyat apabila dia berpaling tadah.

“Jawatan sebagai ahli parlimen adalah amanah dari parti, pengundi serta petugas Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memenangkan beliau dalam pilihan raya umum ke 12 yang lepas.

“Alangkah murahnya maruah serta harga diri seorang pemimpin seperti beliau. Dengan sedikit tawaran atau ugutan, beliau mudah berpaling tadah. Lupakah beliau siapakah yang berjuang bersungguh-sungguh menaikkan nama dan diri beliau sehingga mampu memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Suhaimi berkata sebagai ahli parlimen, Wee sepatutnya menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal rakyat dan pengundi beliau, bukan sibuk dengan kepentingan peribadi.

Wee Choo Keong dari dulu lagi seorang ahli politik yang tidak beretika. Dia dulu tinggalkan DAP atas sebab yang sama kononnya “tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti” lalu membentuk parti satu-orangnya bergelar Malaysian Democratic Party (MDP). Wee tewas dengan teruk di kerusi Parlimen lamanya di Bukit Bintang, kalau tak silap hingga hilang wang depositnya. Bila dia sedar dia tak boleh menang atas kekuatan peribadinya, dia sertai PKR. Kalau Wee betul-betul berani & yakin pengundi menyokongnya, dia patut letak jawatan sebagai MP dan bertanding sebagai calon bebas berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat.

“Beliau seharusnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik dengan menunjukkan kredibiliti serta maruah yang tinggi sebagai wakil rakyat. Dalam keadaan parti memerlukan beliau, Pakatan Rakyat yang sedang diperkukuhkan, tergamak beliau mengambil langkah dengan meninggalkan PR. Tindakan beliau ini telah menghilangkan rasa hormat rakyat kepada beliau serta mengkhianati kepercayaan rakyat,” katanya.

Justeru, menurut Suhaimi PAS merasakan tidak wajar Wee masih bergelar ahli parlimen Wangsa Maju. Ini termasuk juga Ahli Parlimen dan Adun PR yg keluar dari Pakatan Rakyat sebelumnya.

“Kerusi beliau perlu diserahkan kembali mandatnya kepada rakyat supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat.

“DPPWP dengan ini mencabar Wee Choo Keong meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Wangsa Maju dan bertanding semula sebagai calon bebas bagi menentukan benarkah beliau masih mempunyai pengaruh dan menang dengan kekuatan beliau sendiri atau kerana kerja keras semua petugas Pakatan Rakyat!” katanya.

Wee 'pengkhianat'

Dalam pada itu, dewan pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) pula menyifatkan tindakan , Wee yang mengistiharkan keluar daripada PKR sebagai 'pengkhianat'.

“Beliau sepatutnya malu dengan para pengundi di Parlimen Wangsa Maju yang telah memilih beliau

Fajar Kebangkitan Rakyat Sarawak- PR-DAP Menang dlm kesengsaraan



Pengundi SIBU boikot media perdana yg kerap dgn unggutan dan fitnah dan mulai beraleh ke media internet sumber terkini. Mungkin ini sumber terkini dan kemenangan PR.



Parlimen Sibu titik permulaan PR di Bumi kenyalang.

PR-DAP Wong Ho Leng 18,845 undi
BN-SUPP Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi.
Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

SYABAS diucapkan kepada DAP, dan syabas juga kepada Pakatan Rakyat dan terutamanya syabas juga kepada pengundi Sibu di atas kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil Sibu. Kemenangan itu seperti mana dikatakan ia adalah satu kejutan. Kejutan itu bukan saja kepada DAP tetapi juga kepada BN.

DAP harus terkejut kerana mungkin mulanya mereka merasakan sukar untuk menang apabila BN telah sedia menurunkan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memenuhi apa saja kehendak rakyat. Najib tanpa merasa malu dan segan menawarkan RM18 juta untuk sekolah Cina. Masyarakat Cina bijak dan arif segala pemberian instant itu, mereka menerimanya sebagai tanggungjawab tetapi bukan untuk mengikut heretan Najib dan BN. Dalam erti kata lain orang Cina tidak sedia menjadi lembu.

Ternyata janji untuk menatahkan bumi Sibu dengan intan berlian ditolak oleh pengundi di Sibu khasnya orang Cina. Dalam pada itu kemenangan itu memberi gambaran bahawa politik baru yang mengemukakan harapan baru oleh Pakatan Rakyat mula 'menjelira' ke dalam hati masyarakat di sana.

BN harus berwaspada dengan apa yang berlaku. Kekalahan mengejutkan dan di luar dugaan itu perlu diberi tumpuan yang mendalam. BN tidak boleh cuba mencari helah-helah lain untuk tidak menerima kekalahan itu. Segala janji yang telah ditaburkan dan termasuk replika cek yang diberikan harus ditunaikan.

Kekalahn itu memberi peringatan kepada BN bahawa politik wang yang diagungkan selama ini bukan menjadi modal dan penentu kepadanya. Rakyat tidak dapat menerima projek dan wang untuk melindungi keburukan pentadbiran kerajaan BN yang lain.

Kepada Taib Mahmud pula kekalahan calon SUPP-BN itu mungkin memberi ilham kepadanya untuk membuat penilaian semula bagi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sudah pasti kemenangan DAP dengan meraih 398 undi itu memberi isyarat yang parti itu akan menjadi parti alternatif bagi masyarakat Cina terbaik di Sarawak untuk masa akan datang.

Sudah pasti persepakatan DAP bersama PKR dan Pas ia juga akan turut memberi keuntungan bersama kepada Pas dan DAP di negeri Bumi Kenyalang itu. Pas yang bertungkus lumus untuk mempengaruhi undi Melayu Melanau khasnya di Dun Nangka itu tentu tumpang bergembira dengan kemenangan itu.

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONEDAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu. Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi. Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.


Sebelum itu, Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur

Sementara itu Zunar Kartunis mendakwa PENIPUAN TERKINI: Pegawai2 SPR mengunci diri dalam bilik dan tidak mahu menandatangani 'borang 15', iaitu keputusan rasmi undi pos walau pun keputusan telah diketahui BN 2287, PR 87, Bebas 27. Dalam masa sama, SPR buat pengumuman peratus pengundian mungkin meningkat di saat-saat akhir.

Inilah keputusan pemilih yg keluar pada asalnya 59.9% keluar mengundi - 32,742 pengundi

Tiba-tiba jadi 37, 292 pengundi, yg mencatitkan 70% keluar mengundi...

Andaian kami 37,292 - 32,742 = 4,550

4,550 undi datang saat akhir apabila lihat BN hampir kalah... Pakatan Rakyat kena siasat...

DAP tetap menang sbb DAP menang besar yg kami jangka 7,500 majoriti... ia amat sukar memenangkan BN di saat akhir sbb DAP menang terlalu besar...

Arena politik Sarawak sudah mula menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.

Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang semasa meraikan kemenangan ini menjelaskan Barisan Nasional perlu sedar dan jangan lagi mengharapkan Sarawak mahupun Sabah dapat membantu mereka pada pilihan raya yang akan datang.

"Barisan Nasional perlu sedar dengan mesej yang telah dilakukan oleh rakyat Sibu pada hari ini, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ingat dan ambil iktibar atas kekalahan ini, jangan ingat Sarawak atau Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka selama-lamanya.

"Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil. Mereka terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.

"Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.

Beliau juga memberitahu ia juga menunjukkan bahawa perubahan yang besar akan berlaku dalam arena politik di Sarawak.

"Kemenangan yang kita perolehi ini menunjukkan politik di Sarawak akan berubah sepenuhnya pada pilihan raya yang akan datang.

"Kita harapkan momentum sokongan rakyat ini akan berterusan sehingga pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilakukan di sarawak," kata Kit Siang lagi.


Friday, May 14, 2010

Salah siapa jika rakyat tumbangkan BN di Sibu

Harus diingat, trend kekalahan di saluran mengundi dalam Pilihanraya Negeri 2006 dan Pilihanraya Umum 2008n meningkat daripada 31 kepada 61. Harus diingat, BN menang 75 dalam tahun 2006 sebelum menjunam kepada 48. Malah 61 kalah berbanding 48 kemenangan bukan suatu angka yang cantik walaupun BN memenangi pilihanraya itu dengan majoriti 3,235 undi. Itu semua UNDI POS!!




oleh Abdul Hakim Bujang

Secara ilmiahnya, 45% daripada pengundi berdaftar yang layak membuang undi dalam pilihanraya kecil Sibu ini nanti tergolong dalam kumpulan muda-mudi yang berusia di bawah 40 tahun.

Kumpulan ini boleh disifatkan sebagai pengundi atas pagar yang membuat keputusan berdasarkan isu semasa serta pengaruh persekitaran. Faktor seperti parti politik yang dianggotai atau kesetiaan terhadap pihak-pihak tertentu bukan jaminan siapa yang bakal diundi oleh manusia pada usia sebegini.

Mereka cenderung untuk meluahkan fikiran atau perasaan yang terbuku dengan cara yang terbuka, dan implikasinya cukup serius jika ada pihak yang berjaya meyakinkan mereka bahawa pilihanraya kecil Sibu ini tidak memberikan sebarang makna besar terhadap lanskap politik negara.

Siapa pun menang, pemerintahan tetap kekal di tangan Barisan Nasional (BN) manakala Pakatan Rakyat (PR) pula tetap akan memainkan peranan selaku pembangkang.

Jika dilihat dari dekat 5,760 pengundi di Bawang Assan atau 32% daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar merupakan kumpulan anak muda berdarah panas ini. Di kerusi Nangka pula seramai 8,003 atau kira-kira 60% manakala di Pelawan seramai 10,501 orang atau 44% merupakan pengundi muda.

Harus diingat, BN menang tipis di Pelawan dengan majoriti cuma 263 undi. BN juga harus berjaga-jaga kerana Nangka bukan lagi jaminan undi automatik meskipun Datuk Awang Bemee Ali Basah pernah menang besar dengan majoriti 4,815 undi dalam tahun 2006.

Petugas-petugas barisan hadapan pemuda BN yang dihujani dengan bedilan-bedilan penduduk, merayu Ketua Menteri supaya menasihati ADUN Nangka supaya jangan turun padang. Semolek-moleknya ADUN Nangka diberikan tiket untuk melawat Uganda selama seminggu sehingga pilihanraya kecil ini selesai.

Belum jam 9 pagi, hari ini, Khamis 6 Mei 2010, saya menerima satu pesanan ringkas menyatakan bahawa pengundi Nangka akan menggunakan pilihanraya ini sebagai medan untuk meluahkan protes terhadap ADUN mereka. Saya mendengar omelan sebegini dari tiga sumber berbeza – Pemuda PBB, Perisik Kerajaan dan muda-mudi professional yang berasal dari Sibu.

Mungkinkah sumber saya sekadar berkomplot dan ingin menabur fitnah bagi memburuk-burukkan ADUN Nangka agar digugurkan, kita lihat nanti.

Luahan anak-anak muda Nangka melalui Facebook tentang masalah asas di kampung-kampung mereka cukup jelas menggambarkan betapa kecewanya mereka terhadap tahap khidmat wakil rakyat mereka. Selaku kaum minoriti di bumi sendiri, sudah semestinya rasa terkilan itu berbaur cemburu melihat peruntukan sekadar melimpasi kampung mereka menuju perkampungan bukan Melayu atau kawasan bandar.

Sewaktu menikmati sarapan pagi bersama saudara Henry Ling, pengerusi Sarawak United People Party (SUPP) pada Ahad yang lalu, saya bertukar maklumat dengan beliau.

Luahan beliau serta hasil risikan kawan-kawan saya yang berada di barisan hadapan tidak jauh bezanya. Semua orang tahu masyarakat Cina cukup berdikari. Mereka berasa kecewa kerana polisi kerajaan yang mendiskriminasi mereka. Segala keutamaan membelakangkan mereka baik dari segi peluang berniaga, berkerja mahupun belajar.

Kekecewaan itu menurut Henry, membuatkan mereka tidak lagi mahu menyokong SUPP yang dilihat sebagai “Sarawak Useless People Party”.

“Kami dilihat sebagai Pak Turut, tidak dapat berbuat apa-apa, lemah maka dalam erti kata lain tidak berguna (useless),” luah beliau.

Henry juga mengakui SUPP masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah dalaman dan idea-idea baharu daripada generasi muda yang ingin menolong parti itu seringn ditolak mentah-mentah oleh kumpulan tertentu sehinggakan anak muda berkebolehan kecewa dan bertindak keluar parti atau menjauhi mereka.

Isu tanah yang gunakan oleh DAP

Henry berkata beliau telah berbelanja besar membeli buku undang-undang tanah seluruh kerajaan negeri di Malaysia bagi membuktikan kadar premium yang dikenakan di Sarawak jauh lebih murah daripada negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Saya masih membaca kesemuanya dan akan menulis mengenainya tidak lama lagi. Bahasa undang-undang terlalu teknikal dan saya perlu mempermudahkan laras bahasa supaya rakyat faham,” kata beliau.

Menurut Henry, apa yang dikemukakan oleh DAP tentang isu tanah tidak betul namun mereka berjaya mempengaruhi rakyat dan berjaya mendapat populariti serta sokongan dengan memperbesarkan isu itu.

“Isu tanah sangat sensitif, mereka berjaya memanipulasi isu tanah dengan undang-undang Zaman Brooke tentang pemilikan tanah adat dan tanah untuk kediaman. Anehnya, negeri yang ditadbir oleh Pakatan sendiri tidak mengamalkan dasar itu malah cukai tanah di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang lebih tinggi dari kita,” kata beliau.

Isu tanah ini dijangka hangat di Sibu kerana penduduk bandar itu beranggapan mereka sekadar menyewa seumur hidup dengan sistem pajakan 60 tahun yang diamalkan di Sarawak.

Keengganan kerajaan Sarawak memberikan pembaharuan secara automatik atau pemberian hak pemilikan kekal membuat rakyat marah. DAP pula mengapi-apikan bahawa premium untuk pembaharuan hakmilik suatu hari nanti sudah semestinya mahal.

Tiada IPTA di Sibu?

Isu pusat pengajian tinggi ini kadang-kadang membuat kita ketawa berdekah-dekah kerana perkara yang berbangkit jauh melangkaui imaginasi kita.

Siapa boleh menyangka kewujudan pusat pengajian tinggi di Sibu boleh mendatangkan masalah kepada kaum ibu yang sudah berumur tetapi mempunyai suami yang ingin kekal remaja?

Mungkin ramai yang sudah lupa bagaimana pusat pengajian tinggi milik SUPP suatu ketika dahulu dikaitkan sebagai pembekal perempuan simpanan oleh DAP. Kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa yang cantik molek membuatkan ramai ibu-ibu veteran berasa tergugat apabila melihat suami tiba-tiba “gap” semacam.

Isu itu membuatkan sidang Dewan Undangan Negeri menjadi sangat panas suatu ketika dahulu apabila pengerusi DAP Sarawak, merangkap bakal calon di Sibu nanti membongkar kes “China Doll”.

Tidak cukup dengan itu, tindakan SUPP yang membelakangkan para penderma yang membangunkan kolej impian kaum Cina Sibu ketika menyerahkannya kepada Yayasan Sarawak juga melukakan hati ramai pihak.

Ketika penduduk Mukah yang dahulunya cuma sebuah pekan koboi yang hanya terkenal dengan umai dan tebaloi tersenyum sinis memiliki dua buah Institut Pengajian Tinggi Awam – UiTM dan Politeknik – Sibu masih terus berbangga dengan menara Tua Pek Kong di kawasan Pulau Babi.

Kita tidak tahu di mana silapnya, atau mungkin ada pihak terlepas pandang. Kuching sudah punya begitu banyak IPTA dan institut pengajian tinggi swasta dan Miri sekurang-kurangnya sudah ada Curtin University. Sibu masih menunggu universiti pertama mereka.

Hubungan suram SUPP dan pengundi Iban

Kenyataan pedas Datuk Dr Soon Choon Teck bahawa ahli-ahli Iban SUPP merupakan kumpulan murahan yang dapat dibeli membuatkan masyarakat Dayak Sarawak begitu marah. Ditambah lagi dengan isu berhubung tanah NCR yang belum selesai BN mungkin panas punggung apabila memasuki sesetengah rumah panjang.

Statistik pengundian di kawasan majoriti Iban di Bawang Assan dan Nangka jelas menunjukkan ada trend bahawa rasa tidak puas hati kini dibawa ke peti undi. Kegagalan kerajaan menyukat tanah NCR dan memberi surathakmilik tanah membuat ramai pihak marah. Ada juga yang mendakwa tanah mereka diceroboh tetapi tidak mempunyai bukti hakiki dalam bentuk geran tanah untuk menuntut hak mereka.

Dengan sokongan padu NGO Dayak, SNAP dan aktivis PKR, DAP yang dahulunya hilang banyak undi Dayak kepada BN atau PKR kini mungkin menikmati lebih banyak sokongan dan ini boleh menyebabkan BN kalah terduduk jika SUPP masih berterusan mengambil sikap sambil lewa.

BN perlu buka mata

Harus diingat, trend kekalahan di saluran mengundi dalam Pilihanraya Negeri 2006 dan Pilihanraya Umum 2008n meningkat daripada 31 kepada 61. Harus diingat, BN menang 75 dalam tahun 2006 sebelum menjunam kepada 48. Malah 61 kalah berbanding 48 kemenangan bukan suatu angka yang cantik walaupun BN memenangi pilihanraya itu dengan majoriti 3,235 undi. Itu semua UNDI POS

Dalam tahun 2008 BN kalah di Engkilo, Lan, Kunyit, Dassan, Ensurai, Lower Island, Upper Island, Tanahmas,Disa, Sungai Merah, Pelawan, Bandong, rejang park, Sungai Antu, Gambir, Camar, Oya Lane dan Merdeka.

Dalam tahun 2006 BN menang di Selalo, Dassan, Ensurai, Lan, Rejang Park,Sungai Merah, Disa, sungai Antu dan Engkilo yang menunjukkan kemerosotan jelas dalam bentuk sokongan kepada BN.

Kemenangan besar BN di Bahagia Jaya dan Teku dengan kelebihan 417 undi dan 218 pada tahun 2006 menjunam jauh menjadi sekadar 106 dan 66 pada tahun 2008, apabila pengundi memberikan undi protes kepada DAP dan PKR.Mungkinkah mereka kalah kali ini di dua perkampungan Melayu/melanau ini?

Jumlah kelebihan undi di Rassau, Penasu, Ma’aw dan Seduan juga berkurang masing-masing 995, 712 618 dan 424 pada tahun 2006 kepada 985, 528, 482 dan 389 undi pada tahun 2008. Malah undi pos yang menjadi aset utama BN juga berkurang daripada 2,664 pada tahun 2006 kepada 2,525 pada tahun 2008 apabila 187 undi diberikan kepada pembangkang.

Kekuatan calon BN dan kesungguhan SUPP

Calon BN kali ini merupakan seorang peguam muda yang berasal daripada keluarga terhormat di Sibu. Robert Lau Hui Yew merupakan anak kepada Lau Swee Nguong, pengerusi kumpulan KTS.

Beliau aktif di barisan hadapan dan merupakan ahli Majlis Perbandaran Sibu yang begitu dekat dengan masyarakat bawahan di Sibu.

Berbeza dengan sesetengah calon SUPP Sibu yang mempunyai skandal peribadi, Robert Lau Jr merupakan seorang anak tempatan yang tidak mempunyai kes peribadi.

Malangnya beliau tidak fasih berbahasa Melayu atau bahasa Iban, apalagi hendak bertutur dalam dialek Melanau. Anehnya, ramai anak Melayu, Iban dan Melanau boleh berbahasa Foochow dengan baik.

Sokongan padu yang diberikan oleh kepimpinan SUPP Sibu terhadapnya bakal membantu beliau untuk meraih undi di kalangan masyarakat Cina.

Beliau bagaimanapun mungkin memerlukan pertolongan pemimpin BN yang lain untuk mendapatkan sokongan masyarakat Iban, Melayu dan Melanau.

Dalam konteks pilihanraya Sibu yang dilihat sebagai perlawanan antara Cina melawan Cina, Foochow melawan Foochow, kemungkinan besar penduduk bukan Cina akan mengambil sikap berkecuali kerana menganggap diri mereka tidak relevan.

Siapa pun yang menang nanti, ada yang berpendapat untungnya cuma Cina. Sikap sebegini sekiranya tidak diperbetulkan akan menyebabkan BN mengalami tamparan hebat kerana trend pengundian masyarakat Cina semakin menjauhi SUPP.

Sikap sambil lewa pemimpin SUPP terhadap pengundi Cina di alam siber juga begitu ketara. Kami cuba mencari blog-blog berbahasa Mandarin yang pro BN, malangnya Ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong dan exco beliau Sim Poh Giap yang merupakan bekas ketua pemberita sebuah akhbar Bahasa Mandarin, langsung tidak berkerjasama.

Sih mulanya dengan yakin berkata berapa blog yang saya mahukan dan apa larasnya, anehnya sehingga hari ini tidak menghubungi saya kembali. Begitu juga dengan Sim.

Saya menghubungi seorang wartawan kanan yang berkhidmat dengan International Times, Lim Kak Chiang beliau dengan jujur berkata SUPP mungkin cuma punya satu blog berbahasa Mandarin yang dikendalikan oleh seorang moderator di Sibu. Apabila ditanya, apakah SUPP Kuching punyai jentera blog mandarin, Lim jujur berkata, “tidak”.

Saya juga menghubungi Henry Ling untuk mendapatkan pengesahan, beliau berkata tidak pernah mendengar tentang blog pro BN dalam Bahasa Mandarin di Sarawak. Nampaknya SUPP masih mengamalkan perang zaman kuno ketika DAP sudah menggunakan tentera-tentera siber. Apakah ini bermakna ketua publisiti SUPP Alfred Yap akan menghunuskan Kwangtao untuk menawan Sibu ketika Jeff Ooi, Tony Pua dan Chong Chieng Jen tenang merangka strategi “massa” yang boleh mendekati pengundi jauh untuk ‘dekat di hati’ dengan laman mudah seperti www.facebook.com/sibu4change

Wong Ho Leng

Jika pengundi hendak menilai siapa yang lantang bersuara serta bijak mencuri perhatian, tidak ramai yang dapat menandingi kepetahan Wong Ho Leng. Saya cukup suka mengusik beliau dan dia juga sangat mesra media walaupun pengamal media berkenaan sering menyusahkan beliau.

Beliau pernah beberapa kali marah terhadap saya kerana tulisan saya yang membuatkan beliaus eakan bercanggah dengan pemimpin DAP pusat. Namun, beliau tetap menghubungi saya jika ada isu atau kes yang memerlukan saya untuk menghebahkannya.

Sebaliknya, sehingga hari ini saya masih belum dapat menghubungi Robert Lau Jr. baru menjadi calon sudah sukar untuk dihubungi. Bagaimana pula nanti sesudah bergelar YB? Keadaan yang sama saya lalui dalam pilihan raya 2008 di Bandar Kuching dengan calon SUPP, Alan Sim. Telahan saya betul, beliau kalah teruk.

Selaku wartawan yang selalu menghubungi pemimpin tertinggi BN dan PR secara terus, saya dengan mudah melihat siapa yang akan dapat pergi jauh atau tersungkur di bahu jalan. Jika belum menjadi YB pun seolah-olah kita hendak menghubungi Perdana Menteri, jangan haraplah rakyat hendak mengundi.Mungkin faktor ini dilupai oleh SUPP, jangan bongkak untuk mendapat undi!

Isu setempat yang bakal menghantui BN

Penduduk-penduduk di Kampung penempatan semula di Sibu cukup vokal melontarkan masalah mereka kepada media, namun kita tidak melihat reaksi daripada ADUN mahupun MP Sibu. Khabarnya, mereka mahu mengajar BN kali ini dan mangsanya tiba lebih awal dari jadual.

Tidak banyak yang dapat BN lakukan dalam masa seminggu ini selain berjanji. Siapa mahu kepalanya dijadikan cagaran? Kalau si ADUN Nangka, DAB yang turun padang, maka makin banyaklah undi protes yang bakal diterima DAP.

Pentadbiran di Sibu yang dikuasai oleh SUPP tidak sensitif kepada masalah masyarakat Islam. Isu seperti tanah perkuburan masih belum diselesaikan. Punca utama ialah ADUN yang mewakili masyarakat Islam lemah. Ini membuatkan penduduk marah dan kecewa. Mereka melihat orang Islam diperkotak-katik oleh SUPP.

Selain itu, beban membayar tol serta kadar bayaran parking membuatkan rakyat ingin memprotes kali ini supaya BN lebih prihatin dengan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kadar tol yang tinggi di semua jambatan Sibu serta kadar bayaran tempat letak kereta melampau juga membuatkan mereka sangat marah kepada SUPP yang dilihat tamak, menindas serta sombong.

Kegagalan SUPP memacu pertumbuhan ekonomi di bandar Sibu membuatkan DAP mempunyai kelebihan. Nasib bandar Sibu dijangka bertambah buruk sekiranya Halal Hub Tanjung Manis berkembang pesat nanti kerana segala tumpuan perniagaan mungkin menghala ke sana.

Sibu dilihat sebagai bandar mati yang tidak mempunyai apa-apa industri yang membolehkannya membangun atau menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

Malah ramai juga orang Sibu yang kini berhijrah keluar kerana takutkan empangan Bakun. Mereka menyifatkan Sibu sudah tidak selamat semenjank Bakun dibina dan apabila berlaku kecelakaan, Bandar Sibu akan tenggelam.

Seorang pengamal perubatan ketika bertukar SMS dengan saya secara jujur menyatakan undi masyarakat Melayu mungkin bertukar arah jika kepimpinan BN tidak melakukan sesuatu yang drastik.

Beliau berkata sokongan kepada BN mungkin dapat dipulihkan jika anak-anak Sibu yang berjaya kembali berkempen dan meyakinkan rakyat bahawa aduan, protes serta bantahan mereka akan didengar.

“Tokoh-tokoh tempatan Sibu perlu meyakinkan pengundi bahwa masalah mereka didengar, namun jika berjanji mesti ditunaikan,” kata beliau.

Sebagai rumusan, berasaskan sejarah pengundian di Sibu, cuma sekitar 40% hingga 45% pengundi Cina menyokong SUPP. Saya dapat merasakan bahawa BN mungkin kalah jika pemimpin parti komponen masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat. Faktor undi protes masyarakat Melayu/Melanau terhadap ADUN Nangka dijangka mempermudahkan lagi kejayaan DAP. Kecenderungan BN untuk membuat generalisasi bahawa undi Melayu/Melanau/Iban untuk BN akan membawa padah.

Bicara Liwat2 yg berserabut.....Aneh....


Kita tak perlukan seorang pakar sains roket untuk mengetahui bahawa perbicaraan kes tuduhan Saiful Bukhari terhadap DS Anwar Ibrahim adalah satu perbicaraan yang amat memalukan negara.

Peguam terkenal yang juga Ahli Parlimen untuk beberapa penggal dan kini untuk Bukit Jelutong dengan tiket DAP-PR, YB Karpal Singh kini berpeluang menyoal balas Saiful Bukhari selepas penangguhan dibuat mahkamah. Tentu saja ini mengingatkan kita kepada arwah peguam Aris Rizal Christopher Fernando. Al-Fatihah untuk arwah.

Permintaan untuk mendapatkan senarai saksi dan kenyataan Saiful Bukhari kepada polis dinafikan kepada barisan peguam bela DS Anwar Ibrahim. Ini tentulah satu hal yang luar biasa dan satu lagi imej ‘Malaysia boleh’ yang cuba disampaikan oleh institusi kehakiman negara kepada masyarakat dunia.

Sebab itu kami mengatakan bahawa ada beza besar seorang pengamal undang-undang sama ada peguam, hakim dan lain-lain yang lulus peperiksaan semata-mata berbanding mereka yang mendalami keluasan isu keadilan dalam falsafah dan amalannya.

Saiful dalam kenyataan di bawah sumpah di mahkamah mengakui beliau pernah dan telah bertemu dengan beberapa ‘tokoh yang didakwa sebagai penggerak konspirasi terhadap DS Anwar’ beberapa waktu sebelum dan selepas laporan polis dibuat terhadap DS Anwar.

Ini sebenarnya sesuatu yang aneh.

Saiful bertemu DS Najib Tun Razak di rumahnya pada 24 Jun. Kata Saiful, beliau dibawa oleh Profesor Datuk Mohd Khairil Annas. Kami tidak tahu berapa banyak kertas kajian yang dia pernah buat dan dibentang, berapa banyak kuliah dan berapa lama beliau pernah mengajar sehingga mendapat gelar Profesor penuh. Bagaimana dia kenal Saiful harus dikaji. Mungkin bukan Saiful sahaja ‘mat jambu’ yang rapat dengannya.

Apa yang pelik ialah Saiful mengatakan DS Najib skeptikal dengannya dan tidak memberikan apa-apa nasihat. Kita tahu sebelum ini DS Najib ada mengatakan bahawa beliau menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis. Kita belum terlupa DS Najib mengatakan Saiful ada membuat permohonan biasiswa kepadanya. Jika tidak Saiful, barangkali DS Najib yang berbohong. Tidak mustahil kedua-dua berbohong. Kesemua tokoh2 ini wajib hadir ke mahkamah sebagai saksi penting untuk soal jawab setelah nama2 berikut dibaca saiful. Adakah kuasa mahkamah terhalang dengan kuasa tangan ghaib seperti kenyataan KPN tempohari???

Saiful mengatakan beliau dihubungi ACP Mohd Rodwan Yusof (dah jadi SAC II, pun dah bergelar Datuk!) pada 24 Jun selepas bertemu DS Najib. Pertemuan dan kenyataan diambil di Hotel Melia. Wah, layanan kelas pertama!

Kata Saiful, dia dan ACP Rodwan sepatutnya bertemu semula pada 25 Jun tetapi dibatalkan. Lucunya, Saiful menelefon terus kepada Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan untuk ‘mengadu masalahnya’. Sekali lagi, layanan kelas pertama!

Kata Saiful, beliau merekodkan nombor TS Musa Hassan ketika DS Najib menyebut nombor telefon Ketua Polis Negara itu kepada seseorang yang beliau tidak ingat. Lawak apa yang sedang diperbuat ini? Memang Saiful sambil sembang dengan DS Najib dah sedia untuk rekod nombor telefon TS Musa secara impromptu? Mungkin sebenarnya Saiful sudah beberapa kali membuat panggilan kepada ramai pihak sebaik sahaja mendapat maklumat yang dirasakan perlu disampaikan untuk menggagalkan perancangan politik DS Anwar.

Apa yang menarik ialah berdasarkan keterangan Saiful di mahkamah kini seolah-olah cuba untuk ‘menyucikan’ pembabitan DS Najib dan TS Musa. Sebenarnya kami mengesan kempen rakan-rakan UMNO kini cuba untuk mengatakan bahawa kes Saiful dan Anwar adalah kes peribadi, tidak melibatkan parti atau kerajaan. Untuk kami yang sekian kali mendengar tohmah dari mulut busuk mereka yang berharap tuduhan kepada Anwar sebagai satu kebenaran, tentulah peralihan sikap ini sesuatu yang pelik.

Ada sesuatu yang perlu diberi penegasan iaitu dakwaan Saiful bahawa beliau pernah beberapa kali diliwat oleh DS Anwar di dalam dan di luar negara. Beberapa kali. Dalam tempoh singkat tersebut, kami percaya Saiful tentu ingat bila dan di mana. Kita mahu pertuduhan yang jelas. Kita nak tahu berapa kali dan rekodkan sebagai rekod dunia bagi kategori punggung suci yang tidak ada kesan diliwat meskipun beberapa kali melaluinya. Merujuk lapuran 3 doktor pakar-tiada kesan tusukan.

Saiful juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor, mantan Ketua Pemuda PKR yang kini diangkat menjadi Senator oleh kerajaan Barisan Nasional pada 27 dan 28 Jun.

Ezam dan konco-konconya seperti SD Johari kini mengaku percaya bahawa DS Anwar ada melakukan perbuatan terkutuk itu. Tidak dapat dipastikan sama ada selepas ini beliau pula akan mengangkat sumpah mengaku pernah diperlakukan begitu oleh DS Anwar. Apa yang pasti, dakwaan Ezam ini hanya diasaskan kepada panggilan DS Wan Azizah dari luar negara kepada Ezam (sebagaimana yang dikisahkan mereka) untuk memastikan tidak ada sesiapa tinggal berdua dengan DS Anwar, wanita atau lelaki.

Kami mengesan kebebalan di sana. Tidakkah Ezam dan konco-konconya tahu bahawa pesan DS Wan Azizah itu tidak lebih daripada mengelakkan DS Anwar difitnah sekali lagi dan mereka sekeluarga terpaksa menelan kepahitan dengan hempedunya sekali?

Tidakkah Ezam, dengan segala sumpah yang beliau titipkan selama ini mahu pula mengisahkan bahawa beliau tidak pernah tahu ada tokoh yang terlibat dengan kes Norita dan Altantuya atau setidak-tidaknya tidak pernah mendapat maklumat apa-apa berkaitannya?

Tiba-tiba beliau hilang minat mencari kebenaran, begitu?

PRK SIBU - Laluan Sukar bagi DAP

Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, ramai bloggers yg menulis tentang ramalan bahawa PR akan tewas dgn majoriti tipis.

Ada diantara artikel tersebut ditulis bloggers dua hari sebelum hari mengundi. Selama 3 hari kami telah dihubungi bertubi2 dari rakan2 yg tak berkesempatan hadir untuk mengetahui keadaan semasa. Jam 5.30pm dan sebelum keputusan rasmi diumumkan, kami telah merasakan PR akan tewas walau pun sewaktu itu 40% peti undi telah diumumkan, PR sedang mendahului dgn majoriti 2000.

PR tewas akhirnya apabila peti undi dari Felda diumumkan. Sepanjang itu juga biro media Juasseh/Jemapoh saudara Mizan sentiasa update keputusan terkini melalui SMS. Syabas....Tn Hj Mizan...bersemangat walau pun tak berkesempatan hadir kerana kesihatan anak yg baru lahir terganggu.

Dalam perjalanan balik dari Kuala Kubu Bharu, kami mendapat panggilan telefon dari , rakan blogger. “Hey bro…your prediction came true la.”

Apa yang mereka tulis bukan lah ramalan Nujum Pak Belalang. Tapi mereka tak boleh tulis secara terus kerana masih dalam keadaan perang. Meraka tulis selepas membaca, mengira dan melihat apa yang berlaku dilapangan. Zentrum Studies dan Merdeka Center juga berbuat demikian.

Sebaik sahaja selepas Penamaan Calon, Prof. Dr. Abu Hassan dari Zentrum Studies membuat unjuran bahawa BN mendahului PR 60:40. Merdeka Center memberikan angka 55:45. Hakikatnya, PKR mengekori sepanjang masa.

Bloggers juga bukan meramal dengan melihat cahaya dalam air. Dia melihat angka-angka dan petunjuk dari lapangan sebelum membuat ramalan. Dia bukan melihat berapa ramai jumlah yang datang ceramah atau berapa banyak poster dan sepanduk direntangkan. Dia mempunyai data bagi setiap Daerah Mengundi, setiap lokaliti dan setiap saluran. Dia tau berapa lelaki dan berapa perempuan. Dia juga tau berapa anak muda dan berapa orang tua.

Dan sebaliknya kami juga meneliti berapa ramai samseng2 yg menganggu pengundi dan perayu undi. Dan betapa angkuhnya secara terang2an pemimpin negara samada dlm media atau siri2 ceramah2, yg merasuah dan melanggar akta SPR dgn menggunakan jentera2 kerajaan secara meluas.

Dia juga tau berapa orang yang sudah mati dan berapa orang yang sudah berpindah atau dipindahkan sejak PRU 2008. Dan dia juga tau berapa ramai pengundi baru yang pertama kali mengundi.

Berapa ramai pemimpin parti yang mempunyai maklumat dan menubuhkan jentera culaan seperti bloggers tersebut?

Bila mereka minta bloggers membuat ramalan PRK Sibu, ada yang berkata merepek. Tetapi ada sebahagian bloggers yg membuat kajian secara statistik lengkap dan penelitian secara jujur. Bukan macam sebahagian pemimpin PR NS/Selangor yang masih menggunakan data 2008 untuk PRK Hulu Selangor dan masih mengharapkan gelombang 2008 tanpa memperdulikan data-data semasa.

Bagaimana penganalisis pilihanraya membuat ramalan tentang Sibu?

Kita tengok sebahagian penganalisis dan bandingkan dengan kajian-kajian yang dibuat oleh badan-badan bebas yang lain.

DUN N47 Bawang Assan


Rassau, Penasu dan Bawang Assan merupakan kawasan yang paling ulu dalam Parlimen Sibu. Sama macam Kawasan SKC dan juga Felda di Hulu Bernam. Lagi ulu dan mundur kawasan tersebut, maka makin kuat lah BN. Tidak ada bezanya Melayu Ulu di Hulu Selangor dengan Iban Ulu di Sarawak. Semuanya tunduk kepada BN hasil dari proses pembonsaian minda yang dilakukan oleh Umno dan BN.

DAP mampu meningkatkan prestasi mereka di kawasan-kawasan yang bermajoriti Cina, tetapi masih belum cukup setakat ini untuk memintas BN. DAP memerlukan 70% undi Cina untuk menang, sekaligus mampu bersaing dengan BN di DUN Nangka.

N48 Pelawan.

Ini adalah kubu kuat DAP. DAP menang dengan majoriti 3132 dalam PRU 2008 yang lalu. Apa yang perlu dilakukan oleh DAP ialah meningkatkan lagi majoriti. Kalau setakat unjuran yang ada diatas, masih belum mencukupi. Tetapi adakah DAP mampu berbuat demikian? Terpulang kepada pakar-pakar strategi DAP yang berada disana.

N49 Nangka.

Ini pula kubu kuat BN. Majoritinya Melayu dan berfikiran bahawa kalau tidak ada Taib Mahmud, Melayu Sarawak makan ubi kayu. Disinilah juga tempat dimana terdapat 2529 pengundi pos yang mana hampir 90% daripadanya akan pergi ke BN. DAP mungkin boleh menang di Bawang Assan dan Pelawan, tetapi jumlah undi yang akan diperolehi oleh BN di DUN Nangka akan meranapkan jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh DAP.

Dibawah adalah unjuran keseluruhan yang mampu diperolehi oleh DAP…kecuali DAP mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.

DAP mampu mengimbangi kekuatan BN di Bawang Assan dan menang dengan bergaya di Pelawan tetapi terpaksa tunduk kepada BN di DUN Nangka. Undi Pos akan memainkan peranan untuk memenangkan BN dan sudah pasti BN akan menggunakan peluang ini semaksima mungkin.

Jumlah diatas adalah unjuran selepas ditolak undi yang akan diperolehi oleh calon Bebas. Dianggarkan, calon Bebas akan memperolehi sekitar 1000 undi, dan sekiranya ini berlaku, maka calon Bebas memainkan peranan penting untuk menewaskan DAP.

Bagaimana kalau undi yang diperolehi oleh calon Bebas itu memihak kepada DAP?

Fuh!!! Perhatikan kajian dari masa kesemasa yang dibuat oleh Zentrum Future Studies disini.

Kami turut mendoakan Tuan Haji Adly (Tim PJ PAS Melaka/penceramah tetap PR Juasseh) sentiasa dilindungi dan dianugerah kan keberkatan yg kini berada di SIBU dlm siri membantu kempen PRK.

PR Juasseh/Jemapoh masih tertunggu2 sistem lengkap dan taklimat culaan dari pakar IT kami Bro..Burn


Gopala didenda RM3000-00 - Dendam BN Semakin menjadi2

Gobala: ‘Hukuman RM3,000 motifkan politik, diamkan saya’

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat mendakwa kesalahan disabitkan hari ini bermotifkan politik dan bertujuan “mendiamkan” beliau.

Wakil rakyat penggal pertama ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang.

Beliau dikenakan hukuman ini ketika seorang lagi Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Wee Choo Keong dari Wangsa Maju meninggalkan PKR.

Sejak Februari lalu PKR sudah kehilangan enam kerusi Parlimen termasuk seorang dipecat dan gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor bulan lalu.

“Ini (hukuman) sesuatu yang karut dan tidak boleh percaya,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Gobalakrishnan berkata beliau sebenarnya pergi untuk membantu 27 lelaki yang ditahan polis ketika insiden beliau ditahan.

“Saya merayu bagi pihak mereka kepada polis tetapi saya ditahan bersama mereka,” katanya.

Lelaki-lelaki lain tidak didakwa di mahkamah.

Gobalakrishnan bukan sahaja didakwa dan didapati bersalah, kemungkinan hilang kerusinya di Parlimen.

“Saya akan merayu dan berlawan dengan menggunakan semua ruang yang ada,” katanya.

Gobalakrishnan juga berkata tindakannya itu satu usaha pihak berkuasa untuk mendiamkan beliau.

Beliau bertekad untuk mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberitahu rakyat apa yang terjadi.

Mahkamah Majistret mendapati Gobalakrishnan bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada 2002.

Majistret Ainol Bashirrah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap anggota Parlimen itu.

Gobalakrishnan dituduh dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 12.20 tengah malam 29 Jan 2002.

Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR daripada menari ketika sambutan Thaipusam di George Town.

Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Malaysia, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Ahli Parlimen itu diberi tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu dan dikehendaki membayar denda pada hari ini juga.

Monday, May 10, 2010

Liwat 2 - Saiful mengesahkan Najib terlibat




KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan Liwat II: Karpal soal balas Saiful (klik) dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sunday, May 9, 2010

SIBU - Jom Ubah








Sibu, Jom Ubah!

Sarawak bersama Malaysia kini berada di persimpangan.Kita sepatutnya dan perlu mempunyai kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang lebih baik. Sibu mempunyai peluang yang unik dan bersejarah untuk menjadi tapak permulaan bagi masa depan yang lebih baik dan obor harapan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Sarawak, dengan tanahnya yang paling luas di Malaysia dan mempunyai banyak sumber alam seperti minyak dan gas, kini tercorot di bawah bersama-sama negeri lain di Malaysia yang berada dalam tahap kemiskinan.

Pada tahun 2009, anggaran hasil negeri adalah RMRM3.726 bilion. Kita ada balak, minyak kelapa sawit, emas dan banyak lagi sumber alam. Tetapi, lebih dari 70% rumah panjang tidak ada bekalan elektrik dan banyak pula yang tidak mempunyai air paip bersih yang dirawat.

Sehingga hari ini, tidak ada jalan tar menuju masuk ke kampungkampung Sarawak. Rakyat Sarawak adalah antara mereka yang paling miskin di Malaysia kerana gaji yang rendah, tidak banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan pula dibolot oleh segelintir individu.

Hanya satu kesimpulan boleh dibuat. “Politik pembangunan” BN selama 47 tahun telah gagal teruk, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi lebih penting lagi, dari segi politik.

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana hanya satu keluarga sahaja yang menguasai kegiatan ekonomi dan politik negeri.

Sarawak bersama Malaysia amat memerlukan perubahan. Dengan itu pilihan raya kecil Sibu bukan soal siapa menang tetapi ia adalah soal masa depan anak-anak kita di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.


Demi Anak-Anak Kita,Sarawak, Malaysia

Alangkah baik jika anak-anak kita dapat tinggal di Sibu dan di Sarawak di mana mereka boleh menetap bersama keluarga, bermain dengan anak-anak jiran dan bekerja apabila sampai peringkat umur mencari Nafkah.

Hari ini ramai anakanak muda kita meninggalkan kampung halaman dan negeri untuk mencari nafkah di luar. Sesetengah dari mereka hanya mampu balik kampung sekali dalam beberapa tahun. Ramai pula yang tidak pulang-pulang setelah meninggalkan kampong halaman.

Ada lebih 300,000 anak muda Sarawak yang terpaksa bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada peluang pekerjaan di negeri sendiri.

Kerajaan yang baik menyediakan peluang peluang di negeri sendiri dan memupuk keluarga bahagia. Rakyat Sarawak mesti mempertahankan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan dalam soal kebebasan beragama dan perlu menolak gejala ektremisme agama.

Hak rakyat Sarawak untuk mengamalkan agama masingmasing dalam bahasa masing masing kini telah dicabar oleh kerajaan pusat BN yang mengharamkan kalimah “Allah” dalam kitab Injil Bahasa Malaysia.

Ramai rakyat Sarawak telah menjadi setinggan di tanah sendiri. Banyak pemilik tanah di Sarawak kini mengalami masalah besar dalam memperbaharui pajakan tanah kerana kerajaan negeri boleh menolak mana-mana permohonan tanpa sebarang sebab.

Jika kerajaan negeri enggan memperbaharui pajakan, tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada pemilik tanah. Sebaliknya jika pajakan diperbaharui, pemilik tanah terpaksa membayar premium yang tinggi.

Bagi kaum Bumiputera Sarawak, tanah mereka adalah jati diri mereka. Di bawah “politik pembangunan” BN, tanah hak adat Bumiputera (NCR) telah menjadi asset ekonomi untuk dijual atau dipajak kepada syarikat syarikat balak dan perladangan serta pihak swasta yang lain.

Malah, pemilik tanah NCR tidak diberi peluang pekerjaan di kawasan-kawasan “projek pembangunan” ini kerana pihak syarikat lebih suka menggajikan buruh asing yang murah.



Bukan mencabar sekadar tafsiran undang2 negara - Zaid Ibrahim

Zaid sedia menghadap




PETALING JAYA – Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim bersedia menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah bagi memperjelaskan maksud sebenar kenyataan yang dibuat di laman blognya jika baginda berkenan menerimanya menghadap.

Menurutnya, beliau sentiasa taat dan hormat kepada pemimpin tertinggi, termasuk Sultan Selangor dan tidak pernah terlintas langsung untuk menghina sesiapa.

"Saya sekadar membuat tafsiran mengenai undang-undang negara. Saya bukan mencabar sesiapa, tetapi sekadar mahu mendapatkan kesahihan undang-undang serta penjelasan mengenainya,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, semalam.

Baru-baru ini, Zaid yang juga Ketua Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), melalui kenyataan terbuka di laman blognya berkata, titah Sultan Selangor agar masjid dan surau tidak digunakan sebagai gelanggang politik hanya sebagai pandangan peribadi baginda dan bukannya arahan.

Kenyataan itu menimbulkan tidak puas hati beberapa pihak, termasuk Pengerusi Majlis Agama Islam (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Mohamad Adzib berkata, pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang ingkar dan mempertikaikan perintah Sultan Selangor.

Susulan kenyataan Zaid itu, UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kelmarin, membuat laporan polis supaya menyiasat sama ada ia dianggap menghina atau berbaur hasutan.

Seramai 30 ahli Pemuda UMNO dan Selangor serta Perkasa mengadakan perhimpunan aman di hadapan Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, sebagai protes terhadap kenyataan Zaid itu.

Zaid menjelaskan, beliau menulis artikel itu bahawa kuasa Sultan dalam membuat arahan dan perintah tentang hal-hal agama Islam mesti tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Majlis Agama Islam sesebuah negeri.:

“Keputusan tersebut perlu diwartakan sebelum ia dikuatkuasakan sebagai undang-undang negeri yang sah,” katanya.

Zaid berkata, Mohamad Adzib memberitahu dalam surat kepadanya bahawa menjadi kesalahan jika sesiapa mengingkari dan mempertikaikan arahan dan perintah Sultan Selangor merujuk Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

“Saya faham mengenai perkara itu (Seksyen 12 Enakmen), namun sebagai peguam saya tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah itu adalah kuasa mutlak yang tidak perlu dirujuk kepada DUN.

“Jika kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal agama Islam itu boleh dibuat Raja-Raja Melayu, tanpa merujuk DUN dan berkuat kuasa sebagai undang-undang serta-merta tanpa diwartakan, maka ia bererti kita kembali ke zaman khalifah dulu,” katanya.:

Beliau tidak bertujuan menghina dan mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu dan menyifatkan itu adalah tuduhan pihak tertentu.

GEMPAR lagi - Remaja ditembak Polis-Ampangan



TAMPIN - Seorang remaja cedera parah pada perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang konstabel polis peronda dalam kejadian di Jalan Seremban-Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak kerana enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

“Berikutan itu, polis melepaskan satu das tembakan dan kena pada perut sehingga tembus ke bahagian usus,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.

Menurutnya, mangsa kini selesai menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit menembak tanpa justifikasi yang ditetapkan Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,” katanya.

Menurutnya, anggota polis terbabit dikenakan tindakan penahanan kerja serta-merta dan sedang menjalani siasatan kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

Osman berkata, mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala mangsa melarikan diri Jalan Seremban-Jelebu.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran, tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan dilepaskan dan selepas kira-kira 2 kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan pada perut.

Mangsa kemudian dihantar ke HTJS.

Mengulas kejadian itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

“Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

“Dalam kes ini, kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit ditahan kerja,” katanya.

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir, Osman dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata, beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya dihubungi pihak hospital jam 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

“Saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital, mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam adik-beradik,” katanya. - Bernama

Ulasan:

Sedikit terkejut dengan berita ini, kerana ia sedikit sebanyak akan menjadi bahan media dan rakyat untuk mempersoalkan kredibiliti Polis yang kini dilihat seperti KOBOI. Sebagai rakyat yang melihat hal ini dari pelbagai sudut, kami memikirkan bahawa Konstabel ini cuba melakukan tugasnya sebaik mungkin.

Kita juga kena akui bahawa tindakan remaja yang agak mencuriga mengundang kepada tragedi ini. Budak-budak zaman sekarang, walaupun baru usia belasan tahun sudah pandai bawa motor sendiri.

Malah ada yang terjun ke dunia rempit. Ibu bapa harus memerhatikan anak-anak mereka, khususnya bila mereka sering keluar malam. Kena pula anak-anak yang sudah diberikan motosikal, panjanglah kaki mereka.

Kita kena jaga bukan sebab apa, kita tak mahu anak-anak yang remaja ini bercampur dengan budak-budak nakal, atau jadi macam ini.

Juga dingatkan kepada pihak Polis agar melakukan tugas dengan bijaksana dan tidak tergopoh-gapah menembak rakyat hanya dengan mengunakan alasan bahawa mereka mencurigakan.

Dalam kes ini pun, Polis jelas terburu-buru kerana mangsa tidak memberikan apa-apa ancaman kepada mereka.

Kita semua kena ingat, Malaysia ini bukan negara koboi. Negara ada undang-undang, sama ada rakyat biasa atau polis, semua kena patuhi undang-undang.

Tuesday, May 4, 2010

Keadilan Terus di perjuangkan


RAKAN Aminulrasyid Amzah, Azamudin Omar menceritakan kejadian yang berlaku pada beliau



Siapa dia adik Aminulrasyid :

- berumur 15 tahun
- bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di Shah Alam
- menurut guru2 dan rakan2 beliau yang ada di dalam group ini, arwah tiada langsung masalah disiplin di sekolah dan aktif dalam bidang sukan hingga menjadi wakil daerah

Apa yang berlaku kepada arwah Adik Aminulrasyid :

-Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.

-Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

-Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.

Bagaimana laporan media pengampu :
- tunjukkan seolah2 arwah jahat dan penyamun
- laporan bercanggah satu sama lain
- laporan yang menyinggung hati keluarga arwah

Sementara itu KPN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.