Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, December 31, 2009

Perutusan Tahun 2010

Warga kerja PR Juasseh/Jemapoh mengucapkan Salam Hijrah & Selamat Tahun Baru.

Selamat jalan 2009 dan kita songsong 2010 dengan setulus hati...

Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan kita untuk menegakkan keadilan, melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan lagi ketelusan dalam urustadbir.




Perutusan Tahun Baru 2010/Hijrah - Pengerusi Pakatan Rakyat Dun Juasseh- Tuan Haji Rosli

Kepada semua pejuang dan pendokong keadilan Kuala Pilah khususnya Dun Juasseh. Bertahun kita bersama didalam mengharung perjuangan dari awal dan penghujung yang belum diketahui kesudahannya, ayuh teguhkan ikatan dan keakraban sesama kita untuk terus berada disaf hadapan semoga ianya menjadi sebahagin amalan yang diterima Ilahi. Beristigamah dan yakinlah dalam perjuangan kerana ianya adalah nikmat awal yang diperolehi.

Sesungguhnya kejayaan sebenar terletak kepada kekuatan peribadi dan ketinggian kesediaan untuk berkorban.

Salam dari saya,

Selamat menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan. Saya berada di Kajang dan akan bertolak ke Kelantan selepas solat subuh.

Insyaallah. Wassallam

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, December 25, 2009

Rebin Birham (Ariffin) AMK NS Di tahan Polis

RAHANG Dis 25 — Ketua AMK Negeri Sembilan iaitu Ariffin Berham bersama rakannya Isma pula ditahan hari ini dengan dakwaan mengedar risalah tanpa permit, meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Angkatan Muda...saudara Rebin Birham (kanan sekali)

Kedua-dua mereka ditahan di pekarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat tadi.

Jumaat lalu, dua pemimpin kanan AMK ditahan polis atas kesalaham yang sama di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

“Mereka ditahan ketika mengedarkan risalah berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar dan mereka sedang diambil keterangan, kami dimaklumkan polis bahawa kemungkinan mereka akan dibebaskan hari ini,” kata ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin, dari Negeri Sembilan ketika dihubungi.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

AMK kini sedang mengadakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara berhubung isu semasa termasuk kes liwat Anwar.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Thursday, December 24, 2009

Jauhi 3 Perkara Yg Merosakan Pas/Pakatan Rakyat







Konvensyen Pakatan Rakyat yang memperuntukkan secara jelas polisi negara termasuk kedudukan Islam dan bahasa Melayu sekiranya berkuasa, menjadikan Umno sawan. Tanpa segan silu, Umno bersedia menjadi ‘penasihat’ PAS supaya tidak menggadai prinsip perjuangan. Macamlah perjuangan Umno punya prinsip…!

PAS bukan parti kebangsaan songsang dan sempit macam Umno. Semenjak tahun 1990 sampai sekarang orang Melayu Kelantan terus dianaktirikan oleh Umno. Hanya kerana di sana PAS berkerajaan. Orang Melayu di negeri Umno berkerajaan juga tidak kemana pun.

Di Pulau Pinang, Umno sibuk untuk mengambil kerusi pengerusi BN negeri. Umno nak buat apa dengan jawatan itu? Nak bela Melayu Pulau Pinang? Melayu di Terengganu, negeri terkaya itu pun Umno tidak terbela, inikan pula Melayu Pulau Pinang.

Justeru, PAS tidak boleh mengikuti jejak Umno. Jejak yang memusnahkan, bukan sekadar masa depan PAS tetapi masa depan kepada harapan rakyat Malaysia.

Pertama, PAS tidak boleh menjadikan agenda Melayu sebagai asas perjuangannya, seperti Umno. Apabila PAS dapat tegak dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan, pasti tiada yang terpinggir dan teraniaya, baik Melayu atau sesiapa sahaja.

Keadilan melangkaui batas bangsa. Teras kepada keadilan ialah memulangkan hak kepada yang berhak. Orang Melayu ada haknya, sama seperti orang lain. Bukan membela namanya, apabila pembelaan itu dilakukan atas nama bangsa dengan mengenepikan nilai-nilai keadilan sejagat.

Paksi PAS adalah keadilan dan keadilan juga adalah paksi Islam.

Kedua, PAS tidak boleh bekerjasama dengan Umno. Mana mungkin PAS bekerjasama dengan parti yang memijak mahkamah, memperkosa sistem demokrasi, melontar jauh-jauh kemanusiaan rakyat.

Institusi utama negara yang mana satu yang tidak pernah dinodai oleh Umno? Sebut sahaja; SPR, SPRM, polis, mahkamah, parlimen atau mufti?

Negara ini hanya mampu menjadi baik apabila dikendali oleh golongan yang menjulang keadilan.

Benar, parti-parti sekutu PAS/DAP/PKR dalam Pakatan Rakyat ada kelemahan dan kesilapan masing-masing. Namun kelemahan dan kesilapan mereka tetap ada batas sempadannya. Memang ada masanya mereka bercakap ‘lepas’, tetapi mereka tidak pernah menzalimi orang lain.

‘Say no to Umno’.

Ketiga, PAS atau DAP/PKR tidak boleh curang terhadap Pakatan Rakyat. Dalam ungkapan lain, kesetiaan PAS terhadap Pakatan Rakyat tidak boleh berbelah bagi.

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, satu persetiaan yang harmonis terjalin seperti persetiaan yang terhasil semasa konvensyen yang lalu. Akui Anwar, BN sendiri tidak mempunyai dokumen persetiaan dasar seperti yang dimiliki Pakatan Rakyat.

Persetiaan itu bukan sekadar helaian kertas, tetapi persetiaan yang tersimpul harapan rakyat. Mencabuli persetiaan itu sama seperti mencabuli harapan mereka.

Agenda Melayu, bekerjasama dengan Umno dan curang dalam persetiaan dalam Pakatan pasti meruntuhkan PAS. Kita yakin, itu tidak akan berlaku kini dan akan datang juga.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Tuesday, December 22, 2009

F5E : Nasib baik kita tak ada Bom Nuklear, jika tidak pasti dijual juga....

.

Dulu....negara di gemparkan dengan kehilangan sejumlah senjata M16 dari stor kem tentera Sauk sendiri -(Dakwaan ke atas kes Al-Ma'unah) (klik)

Seterusnya......perbicaraan pengeboman Altantuya dgn kehilangan bom C-4 . Terkini....penyeludupan keluar negara ..enjin pesawat tempur F-5E.
Waktu itu menteri pertahanan Dato' Najib Tun Razak.

Bukan satu tetapi dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, masing-masing berharga RM50 juta, apabila sebuah lagi dipercayai hilang lima bulan selepas kehilangan enjin pertama.
Sumber (klik)


Dari sudut pandangan optimis, kehilangan enjin jet pejuang itu bukanlah satu hal yang besar, walaupun kes ini telah tersenarai sebagai antara 10 kes paling misteri di dunia, atau mungkin juga ada yang mengatakan kita telah menjadi bahan lawak antarabangsa.


Sebenarnya bukanlah mudah untuk berada didalam senarai 10 teratas dunia, Adakah segelitir kita harus bangga dengan misteri kehilangan enjin jet itu.

Sekurang-kurangnya, ianya telah membuktikan kepada dunia yang TUDM mempunyai anggota – anggota yang berkemahiran kerana mereka mampu untuk meleraikan dan memasang kembali sebuah enjin Jet. Kita mungkin hanya mampu untuk membuka dan memasang tayar kereta tetapi bukan meleraikan dan memasang kembali enjin kereta kita. Yang pasti ianya tidak boleh dilakukan tanpa kemahiran.

Selain dari itu, ianya memerlukan juga kemahiran dalam pemasaran antarabangsa untuk memasarkan sebuah enjin jet ke pasaran antarabangsa. Bagi orang awam, mereka mungkin tidak tahu di mana harus dan boleh dipasarkan enjin berkenaan, jika anda memberikan kepada mereka sebuah enjin Jet. Mereka mungkin hanya membiarkannya berkarat di belakang rumah atau menjualnya kepada seorang peniaga besi buruk.

Dalam rangka untuk menjual sebuah enjin pesawat pejuang F-5E, mereka mesti terlebih dahulu tahu negara mana yang menggunakan model yang sama dan pada masa yang sama mengalami kekurangan stok. Ini melibatkan keupayaan perisikan dalam pasaran.

Tambahan pula enjin jet itu dikatakan telah dijual ke Amerika Selatan, bukan negara jiran. Oleh kerana itu, jika ditakdirkan kita berperang dengan negara jiran di masa depan, mereka dapat memastikan bahawa yang ditentang tidak menggunakan enjin jet yang telah dicuri dari kita.

Ini menunjukkan bahawa TUDM memiliki beberapa orang anggota professional yang mahir dengan dengan etika perniagaan dalam bidang pemasaran antarabangsa.

Enjin jet itu dijual pada harga RM50 juta dan dalam rangka untuk mendapatkan harga yang baik, harus ada pakar perunding bagi pihak TUDM. Hebat!! kita harus menghargai bakat – bakat anggota TUDM tersebut.

Kalaulah kita menghadapi ancaman perang di masa depan, kita boleh menghantar pakar perunding ini untuk berunding bagi menukar suasana permusuhan menjadi persahabatan dan kita tidak perlu berperang sama sekali. Oleh kerana itu, jika pencuri-pencuri enjin jet ini boleh ditangkap mereka seharusnya janganlah dipecat, jadikan mereka sebagai orang – orang penting dalam Kementerian Pertahanan dan lindungilah mereka.

TUDM menyedari enjin jet mereka hilang dalam masa beberapa bulan dan mereka berjaya mengesan yang disyaki hanya dalam masa dua tahu.. Cekapnya mereka.

Lebih buruk lagi jika TUDM hanya menyedari tentang kehilangan enjin jet mereka bila negara kita diserang musuh ketika hendak menerbangkan pesawat bagi menghadapi musuh bilamana pesawat tidak dapat diterbangkan kerana enjin telah dicuri.

Dalam situasi begini dengan pesawat yang masih didarat ketika musuh menyerang, fuselage atau badan pesawat pasti akan habis dimusnahkan oleh pihak musuh.

Sekurang-kurangnya kita masih boleh menjaga fuselage pesawat dan apa yang harus kita lakukan ialah cuma menggantikan enjin. Kita boleh mendapatkan bantuan daripada Proton dan melihat apakah enjin Campro sesuai untuk dijadikan enjin jet.

Jika tidak sesuai, kita boleh membina sebuah kilang untuk mengeluarkan enjin pesawat F-5E dan kesempatan ini harus digunakan untuk memasuki industri pembuatan pesawat terbang pula.

Kita juga harus bersyukur bahawa Malaysia tidak mempunyai bom nuklear. Jika tidak, akan terlalu mudah bagi pencuri-pencuri kita yang berkemahiran itu untuk melarikan dan menjualnya pula.

Jika bom nuklear yang dicuri dari kita dan dijual kepada Al-Qaeda ataupun Taliban di Afghanistan, implikasinya akan terlalu buruk kerana mereka pasti akan melancarkannya ke Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat pasti akan membalas dendam pada Malaysia.

Bukanlah menjadi satu hal yang besar kehilangan enjin jet, tapi kami ingin tahu adakah mereka akan kehilangan sesuatu yang lain di masa depan?
Mungkin ada lagi yang lesap: Tunku Aziz (klik)

Jangan biarkan Menteri Pertahanan juga dicuri sudahlah, kerana ini akan benar-benar memalukan.

diterjemahkan dari sini

@PR Juasseh/Jemapoh@

Monday, December 21, 2009

PR Wajib Berpegang Teguh Dgn Prinsip


Pakatan Rakyat perlu ‘go back to the drawing board dengan membuat post-mortem dan melakukan muhasabah secara adil dan berlapang dada. Pas PR tewas di PRK Bagan Pinang, tapi sememang benar suara rakyat Bagan Pinang yang kecil dari segi jumlah pengundi tidak semestinya mewakili sentimen rakyat Malaysia tetapi Pakatan Rakyat perlu memberikan perhatian serius terhadap suara kecil ini dan tidak melihatnya sebagai keputusan yang terpencil atau isolated case.

Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya perlu berpegang teguh dan menjunjung kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat. Pembentukan Pakatan Rakyat adalah diasaskan kepada prinsip dan isu bersama yang antara lainnya termasuk demokrasi, hak asasi manusia, good governance, ketelusan dan pertanggungjawaban, kebebasan sistem kehakiman dan usaha memerangi rasuah.

Apabila kepimpinan memahami dan menghormati prinsip bersama ini maka tidak timbul watak-watak yang cuba menjadi jaguh dalam mempertahankan ideologi dan kepentingan serta agenda peribadi. Keyakinan rakyat akan terhakis apabila melihat pimpinan bercakaran di dada-dada akhbar. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah berulang kali memberikan peringatan kepada pimpinan untuk tidak ‘washing the linen in public’. Media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah musuh kita. Mereka mengupah ramai ‘spin doctors’ untuk memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat dan membohongi rakyat.

Mengapa segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sukar memahami perkara yang semudah ini ?

Penyelesaian yang terbaik ialah melalui semangat muafakat dan ‘consultation’ dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat. Struktur organisasi Pakatan Rakyat juga perlu dimantapkan bukan sahaja di peringkat Pusat tetapi sehingga peringkat Daerah dan Cawangan.

Dasar-dasar Pakatan Rakyat dalam isu-isu penting seperti ekonomi, pendidikan, agama, budaya, keselamatan dan hubungan antarabangsa juga perlu diperjelaskan kepada rakyat melalui majlis-majlis penerangan dan edaran risalah yang menarik dan berfakta.

Pakatan Rakyat dibentuk bukan untuk memperbetulkan UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi Pakatan Rakyat perlu menjana perubahan total dan mengangkat agenda reformasi dalam sistem kenegaraan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Justeru itu, Pakatan Rakyat perlu mengukuhkan pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini perlu menjual produk kejayaan mereka atau ‘success story’ menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Kepada negeri2 yg belum berjaya, pimpinan seharusnya memberi tumpuan sistem memperkuatkan urus tadbir parti PR dgn berkongsi maklumat dari 4 negeri ini.

Keupayaan Pakatan Rakyat mentadbir dan mengurus ekonomi dan permasalahan rakyat di empat buah negeri ini pastinya akan meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk membawa Pakatan Rakyat di persada Putrajaya. Insya Allah.

Kami masih yakin bahawa rakyat Malaysia khususnya generasi muda mahu perubahan dan akan mendukung usaha Pakatan Rakyat untuk membina Malaysia Baru yang lebih sejahtera dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Mahathir " ROSAKKAN" Partinya sendiri ???


bukumahathir

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Parti Umno sedang menuju kehancuran dan mereka yang bertanggungjawab memusnahkan parti perkauman itu adalah mereka (ahli- ahli Umno) sendiri.

“Yang mengepalai jalan kemusnahan ini ialah bekas presidennya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” (gambar) kata Ahli Parlimen Keadilan – Indera Mahkota, Azan Ismail.

Dr Mahathir yang menerajui tampuk pemerintahan negara merosakkan apa yang beliau bina selama ini dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.

Perang mulut Dr Mahathir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Nazri menuduh Mahathir sebagai ‘bapa’ segala rasis. Mahathir pula mencabar Nazri supaya meletak jawatan jika beliau (Nazri) anti-rasis.

Dalam blog.chedet.com, blog beliau sendiri, Dr. Mahathir menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya.

Dengan berkata demikian, sebenarnya beliau (Dr Mahathir) merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.

Ketika pemerintahannya, Malaysia telah mengalami kerugian lebih RM100 bilion akibat penyalahgunaan kuasa, rasuah, penyelewengan dalam projek-projek mewah, pembaziran awam, tender rundingan terus dan berbagai lagi.

Kesan dari pemerintahannya, Malaysia menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran.

Dr Mahathir yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat, sebenarnya beliaulah yang bekerjasama rapat dengan Amerika.

Dalam buku terbitan terbaru, “Malaysian Maverick” – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan beberapa perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika.

Wain menceritakan bagaimana Dr Mahathir menandatangani perjanjian itu pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor.

Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.

Kata Wain dalam bukunya, dalam usaha Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden maka tidak dinafikan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa.

Untuk mengekalkan kuasa, duduk lebih lama di kerusinya dan menabur bakti kepada mereka yang berjasa kata Wain, beliau mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut “politik wang” dan “rasuah”.

Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali. Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi.

“Bagi Dr Mahathir, matlamat menghalalkan cara”, kata Wain dalam bukunya.

@PR Jemapoh/Juasseh@

Enjin Pesawat Hilang... Sekarang Baru Terbongkar ???

Bagi Umno-Bn yang kuasai kerajaan pusat tidak ada apa-apa nilai bagi isu enjin Pesawat F-5E yang dilaporkan hilang bernilai RM50juta pada tahun 2007. Setelah hampir dua tahun baru timbul isu kehilangan enjin pesawat, kenapa tidak didedahkan kepada rakyat semasa enjin itu hilang pada tahun2007?

Bagi pemimpin Umno-Bn mungkin nilai RM50 juta itu amat kecil sedangkan duit itu adalah duit rakyat yang menjadi warganegara Malaysia. Pada tahun 2007 Pak Lah masih Perdana Menteri dan Najib adalah Timbalan Perdana Menteri , kenapa mereka berdiam diri menyembunyikan isu kehilangan enjin yang dikatakan dibawa lari ke Amerika Selatan. Mantan Perdana Menteri, Pak Lah dan Najib mesti dipertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan enjin tersebut.

Pegawai-pegawai atasan TUDM sudah tentu mendapat arahan pihak tertinggi negara sebelum sesuatu perkara yang libatkan keselamatan negara dilakukan. Jangan hanya mereka saja dikambinghitamkan tetapi jerung besar tidak diambil apa-apa tindakan. SPRM dan pihak Polis mesti siasat Pak Lah dan Najib sama jangan hanya pegawai-pegawai TUDM saja disiasat.

Ketulan Enjin itu dihilangkan dan dilarikan menggunakan pengangkutan apa? Bagaimana dan siapa yang meluluskan 'kehilangan' enjin tersebut. Amat malang rakyat Malaysia yang menjadikan pemimpin Umno-Bn sebagai pemerintah dan amat memalukan bertuankan pemimpin Umno-Bn kerana sanggup menggadai harta rakyat kepada negara luar demi wang dan kuasa yang mereka ada.Mereka curi harta negara dan diamkan diri begitu saja.

Berkaitan;
PM:Tiada Niat Tutup Kes Enjin Jet TUDM-malaysiakini
Kerajaan Tiada Hasrat Tutup Kes Kehilangan Enjin Jet Pejuang TUDM-Najib-Bernama
Enjin Jet Dan C4: Menteri Pertahanan Mesti Ambil Tanggungjawab-Harakahdaily

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, December 18, 2009

KONVENSYEN PERTAMA PAKATAN RAKYAT DI AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM SELANGOR

Pejuang Semua....saksikan live

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT YG PERTAMA



Di http://www.tvselangor.com.........dan clik di Live TV1 Tvselangor......

tt dokumenweb

SHAH ALAM: Kedudukan agama Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang terkandung dalam empat dasar Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, menyedari Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, hak-hak agama lain akan tetap dijamin bagi memastikan keharmonian kaum dikekalkan.

“Agama dan anutan kepercayaan rakyat Malaysia seharusnya menjadi asas kesepakatan berlandaskan nilai murni yang bersifat sejagat.

“Rakyat Malaysia kini hampir tergelincir ka dalam kawah yang mendidih didorong angkara yang menyebabkan perpecahan dan ketegangan kerana berlainan agama,” menurut buku laporan dasar Pakatan Rakyat yang diedarkan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini hari ini.

Konvensyen Pakatan Rakyat itu menyaksikan kehadiran lebih 1,500 orang perwakilan dengan setiap komponennya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP diwakili oleh 500 perwakilan.

Isu agama terkandung sebagai perkara ketiga Dasar Pakatan Rakyat di bawah prinsip keadilan sosial dan pembangunan sosial.

Malah, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga komponen parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP turut bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji isu-isu berkaitan agama dengan mendalam.

“Pakatan Rakyat berikrar untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes-kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah,” katanya.

MALAYSIA/

Selain itu, tiga lagi dasar yang dipersetujui oleh gabungan berkenaan ialah:

Demokrasi Telus dan Tulen

a. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

b. Pemisahan Kuasa.

c. Sistem Pilihan Raya Yang Bersih, Bebas dan Adil.

Memacu Ekonomi Berprestij Tinggi, Mapan dan Adil

a. Ekonomi Kemahiran Tinggi.

b. Ekonomi Demokratik dan Telus.

c. Desentralisasi dan Pengupayaan Pengurusan Ekonomi Negeri.

d. Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan.

e. Tenaga Kerja.

f. Jaringan Perlindungan Sosial.

g. Perumahan.

h. Prasarana dan Kemudahan Awam.

i. Alam Sekitar.

Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara

a. Sistem Persekutuan.

b. Sabah dan Sarawak.

c. Dasar Luar Negara.

@ir Pening@



Salam Maal Hijrah 1431H..IR Pening Kembali...

Dikesempatan ini, IR dan shbt2 blogger IR, ingin mengucapkan selambat menyambut kedatangan tahun baru kepada semua pengunjung blog PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH, KUALA PILAH NS...yang setia memberi komen dan kritikan, dan yang kono maki dan memaki tu lumrah la. Dalam ni je kita berdebat, tapi di luar kena profesional. Hahaha..
Salam Maal Hijrah 1431H
Islam didahulukan, syariat diutamakan, keadilan untuk semua..
ikhlas dari..ir pening.

Saturday, December 12, 2009

Pertanyaan Ng Kor Ming di Putar belit Media

PETALING JAYA, Dis 12 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin (gambar) yang lazimnya lantang dalam isu-isu berkaitan Islam mempertahankan rakannya di Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dari DAP sambil menyifatkan sesetengah pihak termasuk media • Penjelasan Kor Ming tidak cukup (klik) *Nga cuba hasut patut kena dakwa(klik) * telah memutarbelitkan kenyataan wakil rakyat berkenaan.

Nga dan DAP tidak mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, kata beliau.

Tegas Zulkifli, Nga cuma meminta bantuan dan peruntukan bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Saya telah membaca laporan berkaitan kenyataan Nga (DAP-Taiping) yang didakwa mempertikai peruntukan yang diberikan untuk pembinaan 611 buah masjid di Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2008.

“Saya dapati kenyataan beliau tidak seperti yang digambarkan oleh akhbar-akhbar.

“Apa yang beliau katakan ialah mengapa peruntukkan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam terlalu kecil berbanding dengan peruntukkan yang diberi untuk pembinaan masjid,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Sehubungan itu kata Zulkifli dari Parti Keadilan Rakyat, “pada saya tidak ada salahnya beliau sebagai seorang bukan Islam menanyakan soalan tersebut.”

Zulkifli menjelaskan Nga sama sekali tidak menolak hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi tanggungjawab kepada kerajaan pusat untuk membantu dan memberi peruntukkan membina pusat-pusat dan institusi-institusi Islam seperti sekolah agama dan masjid.

Malahan Nga dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain menyedari dan menginsafi bahawa hak umat Islam menurut Perlembagaan Persekutuan adalah dijamin dan mesti dihormati.

“Bagi maksud itulah satu kerangka kerjasama dan persefahaman Pakatan Rakyat telah diisytiharkan dan ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang terang-terang menyebut bahawa kesemua komponen Pakatan Rakyat menghormati hak dan keistimewaan umat Islam seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan,” katanya.

Justeru beliau menambah, kenyataan Nga telah diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu untuk agenda politik sempit bersifat chauvinistik perkauman.

“Malahan kita sebagai umat Islam sepatutnya menghormati hak penganut agama lain untuk rumah ibadat mereka. Saya tidak nampak di mana salahnya mereka meminta sedikit bantuan untuk pembinaan rumah ibadat mereka.

“Di bawah konsep daulah Islamiah, kita akan meraikan dan menghormati keperluan dan kebajikan golongan kafir dhimmi.

“Ia berbeza kalau DAP mempertikaikan hak umat Islam dan tanggungjawab kerajaan persekutuan memberikan bantuan dan peruntukkan kepada umat Islam sebagaimana yang diberikan di bawah Perlembagaan,” katanya.

Jika keadaan itu berlaku, tegas Zulkifli beliau akan menjadi orang pertama mengutuk mereka sekeras-kerasnya tanpa sebarang keraguan.

“Dan sudah pasti saya akan ambil tindakan lebih jelas terhadap mereka.

“Tetapi bukan itu apa yang berlaku dalam kes ini. Nga cuma meminta bantuan dan peruntukan bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

“Beliau tidak mempertikaikan hak umat Islam membina masjid! Walaupun tidak menjadi tanggungjawab kerajaan menurut Perlembagaan dan undang-undang negara, namun kalau kita ada lebihan peruntukkan apa salahnya membantu mereka,” katanya.

Katanya, selagi pembinaannya tidak mengganggu umat Islam seperti apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam, kerajaan patut beri pertimbangan.

“Kalau ada kita bagi sedikit bantuan, kalau tidak ada kita kata sahaja tidak ada... habis cerita.

“Sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam dan institusi Islam dalam negara ini banyak berlaku di tangan orang Melayu sendiri.

“Kalau kafir yang buat kita sedia maklum memang itu kerja dia. Tapi kalau Melayu yang buat, apa label yang kita nak bagi... pengkhianat? Munafik?

“Sebab itu saya menyeru kaum saya bangsa Melayu supaya sedar dan insaflah kita, bahawa nasib masa depan bangsa kita terletak kepada Islam,” katanya lagi.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, December 11, 2009


PR-Conv-logo

19 Disember ini bakal menjadi sejarah penting perkembangan politik negara ini apabila Pakatan Rakyat akan menganjurkan konvensyen pertamanya.

Ia bagi menandakan pergabungan secara rasmi parti-parti PAS, PKR dan DAP dalam satu parti gabungan yang bernama Pakatan Rakyat (PR). PR telah difailkan pendaftarannya oleh enam pemimpin kanan ketiga-tiga parti itu dan kini menunggu ianya diterima dan disahkan oleh Pendaftar Pertubuhhan.

Pendaftaran ini dibuat selepas Ketua Pengarah Pendafatran Malaysia mengakui bahawa pihaknya tidak ada sebarang halangan untuk ketiga-tiga parti itu didaftarkan di bawah satu gabungan.

Padahal sebelum itu, ia telah menjadi halangan utama mereka bergabung secara rasmi. Ini kerana, mengikut peraturan yang ada, tiga parti tidak cukup untuk membolehkan mereka membentuk satu parti gabungan sebagaimana Barisan Nasional.

Konvensyen pertamanya minggu depan akan meletakkan politik Malaysia maju setapak ke hadapan. Ini kerana, ia akan membuka satu lembaran baru ke arah sistem dua parti di negara ini. Rakyat bakal ada pilihan yang seimbang antara pemerintah yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) atau gabungan parti baru, Pakatan Rakyat (PR).

Konvensyen pertama PR akan diraikan secara besar-besaran. Ia melambangkan satu kemunculan kuasa baru dalam politik negara.

"Kita buat umpama kenduri. Kita mahu seramai mungkin orang datang ke kenduri kita dan untuk itu kita akan membuat persiapan terbaik untuk kenduri ini," kata Datuk Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung PKR yang juga Pengarah Konvensyen ini.

Dalam konvensyen ini, semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti yang bergabung dijangka berucap. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz akan memulakannya dengan doa untuk keberkatan majlis dan gabungan rasmi tiga parti politik Malaysia ini.

Ia akan diikuti dengan ucapan para pemimpin ketiga-tiga parti dan juga peserta konvensyen ini. Setiap parti dijangka akan menghantar 500 pemimpin utama mereka menjadikan ia bakal disertai oleh 1,500 perwakilan dari seluruh negara.
Para penyokong juga dijangka akan memenuhi Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, tempat berlangsungnya konvensyen ini.

Di majlis ini, logo Pakatan Rakyat akan diperkenalkan secara rasmi dan dijelaskan rasionalnya (Walaupun ia sudah diperkenalkan kini).

"Kita pilih warna oren, iaitu warna kita bersama. Bukan biru muda PKR, bukan merah DAP dan bukan hijau PAS," kata Salehuddin.

"Logo Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama menggambarkan ketiga-tiga entiti, iaitu Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party/DAP) berpakat dan bermusyawarah dalam semangat bersepakatan untuk memperjuang, menjaga dan memelihara konsep kenegaraan Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan 1957, yang dilambangkan dengan bunga raya berkelopakkan lima kumpulan bangsa menjunjung perlembagaan berteraskan lima prinsip Rukun Negara. Warna oren melambangkan api dan semangat juang yang sentiasa membara sesama ahli parti dalam Pakatan Rakyat," beritahu pihak yang merangka logo ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penaja yang mendaftarkan Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dilantik sebagai ketua atau penasihat atau spiritual leader pertama Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Anwar dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Namun, sehingga sekarang pada dasarnya Pakatan Rakyat bersetuju, orang yang memimpin gabungan ini adalah pemimpin yang memimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen. Sekarang ini, PKR maka pemimpin mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dan sehingga kini nampaknya, isu siapa yang memimpin Pakatan Rakyat tidak akan menjadi isu dalam konvensyen mereka yang pertama ini.

Persoalannya kini, sejauh mana kuatnya gabungan parti baru ini selepas Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan bersama antara PAS, DAP dan lain-lain parti sebelum ini hancur.

Mungkin menyedari hakikat inilah, Pakatan Rakyat didaftarkan. Jika kata sepakat berjaya dicapai dalam konvensyen ini, mereka akan mempunyai logo yang sama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika itu, rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan yang jelas, BN yang sudah lebih 50 tahun memerintah negara atau Pakatan Rakyat yang memberikan tawaran untuk menjadi parti alternatif rasmi kepada mereka.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Monday, December 7, 2009

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Mengakui BTN Itu Mengandungi Unsul Perkauman!!!


Sumber: Sinar Harian
Penulis: Dr. Aisar Yee Abdullah
Tajuk: BTN : UMNO Pertahan, Rakan Lain BN Membisu



Kritikan terhadap BTN sengaja diperbesar: Dr M





CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kritikan mengenai modul kursus Biro Tata Negara (BTN), termasuk yang mendakwa ia berunsur perkauman adalah sesuatu yang diperbesar-besarkan.

Katanya, kursus itu hanya mengajar penjawat awam supaya mempunyai nilai dan budaya yang baru, seperti lebih berdisiplin, jujur dan tidak melakukan rasuah, dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada negara.

“Kita telah mempunyai perkara ini selama 20 tahun. Ketika saya menjadi Perdana Menteri, tiada siapa yang mengadu apa-apa dan mereka yang menghadiri kursus ini juga mendapati ia sangat berguna.

“Apa yang kita cuba ajar mereka ialah mereka mesti mempunyai nilai-nilai yang baru, kerana sistem nilai dan budaya yang mereka ada tidak kondusif untuk kejayaan. Saya tidak nampak apa yang salah mengenainya,” katanya kepada pemberita semalam, ketika diminta mengulas mengenai kritikan banyak pihak berhubung kursus BTN.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecahbelahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

Pada Rabu lalu, Pulau Pinang yang juga di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat, mengikut langkah Selangor dan tidak membenarkan semua penjawat awamnya menghadiri kursus BTN berkuat kuasa serta merta.

Dr Mahathir kelmarin berkata, modul BTN tidak perlu dirombak dan tiada siapa yang boleh menafikan fakta sejarah.

“Sudah pasti apabila anda memperkatakan sejarah negara anda perlu menyebut negara ini dahulunya dipanggil Tanah Melayu, sekarang ia dipanggil Malaysia kerana kita ada kaum lain yang menetap di sini," katanya. - Bernama

Di bawah ini Nazri membidas Mahathir: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Mengakui BTN Itu Mengandungi Unsul Perkauman!!!

Cadangan Dr M ketinggalan zaman: Nazri
KUALA LUMPUR – Menteri di: Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sudah ketinggalan zaman.

:Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.

:“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.

“Bagaimana kita ingin menafikan walhal mereka ini dahulunya adalah orang yang terlibat secara langsung dalam BTN termasuklah bapa mentua Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan dan merasmikan Bas Mesra Rakyat Cosmic Angle and Tours Sdn Bhd, di ibu negara, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Cosm:ic Angle and Tours Sdn Bhd, Abu Hasan Awang; Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli.

:Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menerima aduan yang mengatakan bahawa silibus kursus BTN bukannya menyatukan rakyat tetapi memecah-belahnya.

:“Sindrom menafikan sudah lama tiada dan saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan 1Malaysia. Kursus BTN mesti membawa kepada penyatuan semua kaum di negara ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, December 5, 2009

Di sebalik Akuan Sumpah BALA ke 2

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Bala Menegaskan Akuan Bersumpah Pertamanya dan Mengatakan bahawa Beliau Ditawarkan RM5 Juta untuk Menarik Balik Akuannya Itu (PI Bala reiterates his first SD and says he was offered RM5 million to retract it)








THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

AKUAN BERSUMPAH

Saya, Balasubramaniam a/l Perumal (K/P NO: xxxxxx-xx-6235), seorang warganegara Malaysia yang sudah dewasa dan tinggal di [dipadam], Selangor, menyatakan dengan tegas dan ikhlas seperti yang berikut:

1. Saya adalah pegawai polis dengan Polis Diraja Malaysia, yang mana saya menyertai pasukan polis sebagai konstabel pada tahun 1981, yakni bertugas dalam Pasukan Lapangan Polis. Saya kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan akhirnya berhenti pada tahun 1998, iaitu ketika bertugas dalam Cawangan Khas.

2. Semenjak meninggalkan Pasukan Polis, saya bekerja sebagai Penyiasat Persendirian.

3. Antara bulan Jun dan Julai 2006, saya diupah oleh Abdul Razak Baginda bagi jangka masa 10 hari, yakni bagi melindunginya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara jam 8:00 pagi dan 5:00 petang setiap hari. Dia kelihatan seperti diganggu oleh pihak ketiga.

4. Saya melepaskan tugasan ini selepas 2 ½ hari kerana saya tidak menerima arahan yang tepat.

5. Saya kemudiannya diminta untuk kembali memberikan perkhidmatan saya pada 05-10-2006. Ini kerana dia menerima telefon daripada seorang lelaki Cina yang memanggil dirinya ASP Tan. Lelaki Cina itu mengugutnya dengan arahan supaya membayar hutang-piutangnya. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah seorang penyiasat pensendirian bernama Ang yang diupah oleh seorang perempuan Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

6. Abdul Razak Baginda bimbang bahawa seorang yang bernama Altantuya Shaariibuu, yakni seorang wanita Mongolia adalah dalang di sebalik ancaman itu dan bahawa dia akan tiba di Malaysia tidak lama lagi, dan akan cuba menghubunginya.

7. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa beliau khuatir akan hal ini kerana dia diberitahu bahawa Altantuya Shaariibuu telah diberikan kuasa oleh 'bomoh' Mongolia dan disebabkan ini, dia (Abdul Razak Baginda) tidak akan berupaya melihat wajahnya.

8. Apakah saya bertanya akan identiti wanita Mongolia itu, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa dia adalah kawannya yang diperkenalkan kepadanya oleh seorang VIP. Menurutnya, VIP itu memintanya untuk memastikan segala keperluan kewangan wanita itu terjaga.

9. Saya menyarankannya untuk membuat laporan polis mengenai ancaman seorang Cina yang dikenali sebagai ASP Tan terhadapnya, tetapi dia menolak untuk berbuat demikian kerana menurutnya, individu berpangkat tinggi juga terlibat dalam permasalahan itu.

10. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa Altantuya Shaariibuu adalah pembohong besar. Menurutnya, Altantuya suka mendesak dari segi kewangan dan bahawa dia (Abdul Razak Baginda) telah membiayai pembelian hartanah untuknya di Mongolia.

11. Abdul Razak Baginda kemudiannya membiarkan saya mendengar beberapa mesej suara melalui telefon bimbitnya, yang mana mesej itu memintanya untuk membayar sesuatu yang terhutang olehnya. Jika tidak, dia akan dicederakan dan anak perempuannya akan diganggu.

12. Jadi, selain dirinya, saya juga sepatutnya melindungi anak perempuannya, iaitu Rowena.

13. Pada 09.10.2006, saya menerima panggilan telefon daripada Abdul Razak Baginda pada sekitar 9:30 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Altantuya berada di pejabatnya dan dia mahu saya datang dengan segera. Disebabkan saya sedang melakukan pengawasan, maka saya menyuruh pembantu saya, Suras untuk pergi ke pejabat Abdul Razak Baginda, manakala saya menyusul kemudian. Suras berjaya mengawal situasi dan memujuk Altantuya dan dua orang kawannya untuk meninggalkan tempat itu. Altantuya meninggalkan nota dalam Bahasa Inggeris, yang ditulis di atas kertas tulis Hotel Malaya. Dalam surat itu, dia meminta Abdul Razak Baginda untuk menelefon telefon bimbitnya (nombor diberikan). Dia turut menuliskan nombor biliknya.

14. Altantuya memperkenalkan dirinya sebagai 'Aminah' kepada Suras dan memberitahu Suras bahawa dia berada di situ untuk bertemu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Baginda.

15. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga gadis Mongolia itu sekali lagi datang ke pejabat Abdul Razak Baginda di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada keesokan harinya, iaitu pada sekitar jam 12.00 tengah hari. Mereka tidak memasuki bangunan itu tetapi sekali lagi memberitahu Suras bahawa mereka ingin bertemu dengan teman lelaki Aminah, iaitu Abdul Razak Baginda.

16. Pada 11.10.2006, Aminah datang ke pejabat Abdul Razak Baginda secara bersendirian dan memberikan nota kepada saya, yakni untuk diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Saya menyerahkan nota itu kepada Abdul Razak Baginda. Abdul Razak Baginda menunjukkan nota itu kepada saya, yang mana Aminah memintanya untuk menelefonnya dengan segera.

17. Saya mencadangkan kepada Abdul Razak Baginda bahawa jika dia terus diganggu oleh Aminah, adalah langkah yang bijak bagi mendapatkan bantuan polis bagi menangkap wanita itu. Namun Abdul Razak Baginda menolak karena dia yakin bahawa Aminah akan pulang ke Mongolia apabila dia kehabisan wang.

18. Sementara itu, saya mengarahkan Suras untuk memgawasi Hotel Malaya, dengan tujuan memantau pergerakan 3 gadis Mongolia itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya mengecamnya. Rupa-rupanya, selepas kejadian itu, Suras menjadi kawan mereka, bahkan tidur selama beberapa malam di bilik hotel mereka.

19. Apabila Abdul Razak Baginda mendapat tahu bahawa Suras makin akrab dengan Aminah, dia meminta saya supaya tidak lagi menugaskan Suras untuk mengawasi Hotel Malaya.

20. Pada 14.10.2006, Aminah muncul di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara, yakni ketika saya tiada di situ. Abdul Razak Baginda menelefon saya untuk memberitahu saya tentang perkara itu. Lalu, saya bergegas ke rumahnya. Apabila saya tiba di situ, saya ternampak Aminah di luar pintu pagar sambil berteriak "Razak, keparat, keluar kau dari rumah". Saya cuba menenangkannya tetapi gagal. Jadi, saya menelefon polis yang kemudiannya datang dalam dua kereta peronda. Saya menjelaskan mengenai situasi itu kepada polis, yang kemudiannya membawanya (Aminah) pergi ke Balai Polis Brickfields.

21. Dengan menggunakan teksi, saya mengekori dua kereta peronda itu ke Balai Polis Brickfields. Saya menelefon Abdul Razak Baginda dan peguamnya, Dirren, yakni supaya mereka membuat laporan polis. Tetapi mereka enggan melakukannya.

22. Ketika saya berada di Balai Polis Brickfields, Penyiasat Persendirian Aminah, iaitu En. Ang tiba dan kami berbincang. Saya disuruh menyampaikan tuntutan (Aminah) kepada Abdul Razak Baginda berupa USD$500,000.00 dan 3 tiket (penerbangan) ke Mongolia, iaitu sebagai komisen yang terhutang kepada Aminah ekoran urusniaga di Paris.

23. Disebabkan pada ketika itu, Aminah sudah pun beransur tenang, maka seorang polis wanita di Balai Polis Brickfields menyarankan supaya saya pulang dan menyelesaikan masalah itu secara baik.

24. Saya memberitahu tentang tuntutan Aminah kepada Abdul Razak Baginda. Saya juga memberitahunya bahawa saya sangat kecewa kerana tiada siapa yang setuju dengan syor saya supaya laporan polis dibuat. Kami berbincang panjang lebar tentang situasi itu. Saya langsung menyatakan bahawa saya ingin menarik diri dari tugasan itu.

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

25.2. Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Abdul Razak Baginda bahawa beliau mempunyai hubungan seksual dengan Aminah dan bahawa dia (Aminah) rentan terhadap seks anal.

25.3. Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda menjaga Aminah kerana dia tidak mahu Aminah mengganggunya, yang kini sudah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4. Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah pernah menghadiri suatu majlis makan malam di Paris.

25.5. Aminah menuntut wang daripadanya kerana dia berasa bahawa dia berhak mendapat komisen USD$500,000.00 atas bantuan yang diberikannya bagi satu urusniaga kapal selam di Paris.

26. Pada 19.10.2006, saya tiba di rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara bagi memulakan tugasan malam. Seperti biasa, saya meletakkan kereta saya di luar. Saya kemudiannya melihat sebuah teksi Proton Perdana berwarna kuning berlalu. Terdapat 3 orang wanita di dalamnya, yang mana salah seorang daripadanya adalah Aminah. Teksi itu melakukan pusingan U, lalu berhenti di depan rumah. Kemudian, wanita-wanita itu menurunkan tingkap teksi dan mengucapkan "Selamat Deepavali”. Selepas itu, teksi berkenaan berlalu pergi.

27. Sekitar 20 minit kemudian, teksi yang sama kembali, tetapi dengan hanya Aminah di dalamnya. Dia keluar dari teksi dan berjalan ke arah saya, lalu mula bercakap dengan saya. Saya menghantar SMS kepada Abdul Razak Baginda, "Aminah ada di sini". Saya menerima SMS daripada Razak, "Tahan dia sampai orang saya datang".

28. Semasa kami berbual, Aminah memberitahu saya tentang perkara yang berikut:--

28.1. Bahawa dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda di Singapura dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

28.2. Bahwa dia juga bertemu dengan Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Tun Razak di suatu majlis makan malam di Paris.

28.3. Bahawa dia dijanjikan USD$500,000.00 sebagai komisen atas bantuannya dalam satu urusniaga kapal selam di Paris.

28.4. Bahawa Abdul Razak Baginda telah membelikan sebuah rumah di Mongolia untuknya, tetapi adik lelakinya telah membiayai semula rumah itu. Jadi, dia memerlukan wang bagi menebusnya (rumah itu).

28.5. Bahawa ibunya sakit dan dia memerlukan wang bagi menampung kos rawatan ibunya.

28.6. Bahawa Abdul Razak Baginda telah mengahwininya di Korea, yang mana ibunya berbangsa Korea sementara ayahnya adalah kacukan Mongol/Cina.

28.7. Bahawa jika saya tidak membenarkannya berjumpa dengan Abdul Razak Baginda, dapatkah saya membantunya untuk bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

29. Setelah berbual dengan Aminah selama sekitar 15 minit, sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah tiba dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. Saya kini tahu bahawa wanita itu adalah Lans Korporal Rohaniza, manakala dua orang lelaki itu adalah Azilah Hadri dan Sirul Azahar. Mereka semua berpakaian biasa. Azilah berjalan ke arah saya sementara dua yang lain menunggu di dalam kereta.

30. Azilah bertanya kepada saya sama ada wanita itu adalah Aminah dan saya berkata “Ya”. Dia kemudiannya berjalan pergi dan membuat beberapa panggilan dengan menggunakan telefon bimbitnya. Sepuluh minit selepas itu, sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berlalu dengan perlahan-lahan. Tingkap kereta itu diturunkan dan pemandunya memerhatikan kami.

31. Azilah kemudiannya memberitahu saya bahawa mereka akan membawa Aminah pergi. Saya memberitahu Aminah mereka akan menahannya. Kemudian, dua orang lain yang berada di dalam Proton merah itu bertukar tempat duduk. Ini dilakukan supaya Lans Korporal Rohaniza dan Aminah berada di belakang, manakala Azilah Hadri dan Sirul Azahar berada di depan. Mereka memandu pergi dan itulah kali terakhir saya melihat Aminah.

32. Semasa semua ini berlaku, Abdul Razak Baginda tiada di rumah.

33. Selepas 19.10.2006, saya terus bekerja untuk Abdul Razak Baginda di rumahnya di Bukit Damansara, iaitu antara jam 7:00 malam dan 8:00 pagi keesokan harinya. Ini kerana dia telah menerima beberapa SMS berbau ancaman daripada seorang wanita bernama 'Amy', yang tampaknya adalah sepupu 'Aminah’ di Mongolia.

34. Pada malam 20.10.2006, kedua-dua orang kawan Aminah datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi menanyakan tentang keadaan Aminah. Saya memberitahu mereka bahawa dia (Aminah) telah ditangkap pada malam sebelumnya.

35. Dua malam kemudian, kedua-dua gadis Mongolia itu, En. Ang dan seorang gadis Mongolia lain bernama 'Amy' datang ke rumah Abdul Razak Baginda bagi mencari Aminah. Mereka kelihatan yakin bahawa dia (Aminah) ditahan di dalam rumah itu.

36. Disebabkan kekecohan berlaku, saya menelefon polis. Tidak lama kemudian, sebuah kereta peronda tiba. Sebuah lagi kereta peronda sampai tidak lama kemudian, iaitu yang membawa pegawai penyiasat dari Balai Polis Dang Wangi. Pegawai itulah yang mengetuai siasatan berkenaan laporan kehilangan yang dibuat oleh salah seorang daripada gadis berkenaan. Saya percaya bahawa laporan itu dibuat oleh Amy.

37. Saya menelefon Abdul Razak Baginda yang pada masa itu berada di rumah bagi memberitahunya tentang peristiwa yang berlaku di depan rumahnya itu. Dia kemudiannya menelefon DSP Musa Safri. Selepas itu, dia menelefon saya semula dan memberitahu saya bahawa Musa Safri akan menelefon telefon bimbit saya, dan saya perlu menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu.

38. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Musa Safri dan menyerahkan telefon bimbit saya kepada inspektor dari Balai Polis Dang Wangi itu. Perbualan itu berlangsung antara 3 dan 4 minit. Selepas itu, dia (inspektor) menyuruh gadis-gadis itu beredar dan datang menemuinya keesokan harinya.

39. Pada atau sekitar 24.10.2006, Abdul Razak Baginda menyuruh saya menemaninya ke Balai Polis Brickfields. Ini kerana dia dinasihatkan supaya membuat laporan polis berhubung dengan gangguan oleh gadis-gadis Mongolia tersebut.

40. Sebelum itu, Amy ada menghantar SMS bagi memberitahu saya bahawa dia akan ke Thailand untuk membuat laporan kepada Konsulat Mongolia mengenai kehilangan Aminah. Rupa-rupanya, dia menghantar SMS yang sama kepada Abdul Razak Baginda. Disebabkan itulah maka Abdul Razak Baginda dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

41. Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa DSP Musa Safri telah memperkenalkan DSP Idris kepadanya. DSP Idris adalah Ketua Bahagian Jenayah, Balai Polis Brickfields. Abdul Razak Baginda kemudiannya dirujuk oleh Idris kepada ASP Tonny.

42. Ketika Abdul Razak Baginda membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, iaitu di depan ASP Tonny, beliau diminta untuk membuat kenyataan. Tetapi beliau enggan kerana menurutnya, beliau akan berangkat ke luar negara. Namun begitu, beliau berjanji untuk menyediakan kenyataan dan menyerahkan thumb drive kepada ASP Tonny. Saya tahu bahawa ini tidak dilakukannya, sebagaimana yang diberitahu oleh ASP Tonny kepada saya.

43. Keesokan harinya, ASP Tonny meminta saya untuk memberikan kenyataan. Saya melakukannya.

44. Saya berhenti bekerja untuk Abdul Razak Baginda pada 26.10.2006 kerana itu adalah hari dia berangkat ke Hong Kong secara bersendirian.

45. Pada pertengahan November 2006, saya ditelefon oleh ASP Tonny dari IPK Jalan Hang Tuah. DIa meminta saya untuk berjumpa dengannya berhubung dengan kes Aminah. Sebaik sahaja saya tiba di situ, saya terus ditahan di bawah S.506 Kanun Keseksaan atas ugutan jenayah.

46. Saya kemudiannya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 5 hari. Pada hari ketiga, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

47. Pada akhir November 2006, Jabatan D9 IPK berkenaan menghantar seorang detektif ke rumah saya untuk mengiringi saya ke IPK Jalan Hang Tuah. Apabila saya sampai, saya diberitahu bahawa saya ditahan di bawah S.302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh. Saya ditempatkan di dalam lokap dan direman selama 7 hari.

48. Saya dibawa ke Bukit Aman, di mana saya disoal siasat tentang SMS yang saya terima daripada Abdul Razak Baginda pada 19.10.2006, yang berbunyi, "Tahan dia sampai orang saya datang". Mereka memperoleh SMS ini dari telefon bimbit Abdul Razak Baginda.

49. Mereka kemudiannya merakam kenyataan saya dari jam 8:30 pagi hingga jam 6:00 petang setiap hari, yakni selama 7 hari berturut-turut. Saya memberitahu mereka segala-gala yang saya tahu, termasuklah pernyataan oleh Abdul Razak Baginda dan Aminah tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi maklumat ini tiada apabila saya diminta menandatangani kenyataan saya.

50. Saya telah memberikan keterangan semasa perbicaraan yang membabitkan Azilah, Sirul dan Abdul Razak Baginda di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Pendakwaan tidak mengajukan sebarang soalan berhubung dengan hubungan Aminah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak ataupun panggilan telefon yang saya terima daripada DSP Musa Safri, yang saya percaya adalah ADC bagi Datuk Seri Najib Razak dan/atau isterinya.

51. Pada hari Abdul Razak Baginda ditangkap, saya ada bersama dengannya di pejabat peguamnya pada pukul 6:30 pagi. Abdul Razak Baginda memberitahu kami bahawa dia telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai sebab dia akan ditahan. Walau bagaimanapun, SMS itu tidak dijawab.

52. Tidak lama kemudian, iaitu pada sekitar pukul 7:30 pagi, Abdul Razak Baginda menerima SMS daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menunjukkannya kepada saya dan peguamnya. SMS itu berbunyi, "Saya akan berjumpa dengan IGP pada pukul 11.00 pagi hari ni... masalah ni akan diselesaikan... bawa bertenang.”

53. Saya mendapat maklumat bahawa Abdul Razak Baginda ditahan pada pagi yang sama di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang.

54. Matlamat Akuan Bersumpah ini adalah untuk:--

54.1. Menyatakan kekecewaan saya pada standard penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menyiasat pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.2. Membawa kepada perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tentang kemungkinan besar bahawa ada orang lain selain ketiga-tiga yang tertuduh, yang telah memainkan peranan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

54.3. Meyakinkan pihak berkuasa yang relevan untuk membuka semula siasatan bagi kes ini dengan segera, sehingga bukti baru dapat dikemukakan kepada Mahkamah sebelum penyerahan pada peringkat akhir kes Pendakwaan.

54,4. Menegaskan fakta bahawa selepas menjadi anggota Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun, saya benar-benar yakin bahawa mana-mana pegawai polis pun tidak akan menembak seseorang di kepala dan meletupkan tubuhnya tanpa menerima arahan khusus daripada ketua mereka.

54.5. Menyatakan keprihatinan saya bahawa jika pembelaan tidak dipanggil dalam perbicaraan kes bunuh tersebut, maka Sirul akan Azilah tidak perlu bersumpah dan memberi keterangan tentang arahan yang mereka terima dan siapakah yang memberikan arahan itu.

55. Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa yang disebut di dalamnya adalah benar dan menurut Undang-undang Surat Akuan 1960.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya

Diakui oleh orang yang tersebut namanya di atas

Balasubramaniam a/l Perumal

1 Julai 2008

Di hadapan saya,

Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: GoMalaysia
Tajuk: Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan (Part 5: I Just Want The Harassment to end)

Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula.....

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Q 69. Berapa lamakah anda mengenali ASP Suresh sebelum peristiwa ini?

A. Saya mengenali beliau selama 10 tahun yang lepas. Ketika saya bertemu dengannya, dia adalah seorang pegawai senior Pejabat Siasatan di IPK Kuala Lumpur. Saya adalah seorang penyiasat persendirian. ASP Suresh menggunakan saya untuk membantu dia dalam mengesan sumber dan maklumat penting sesebuah panggilan kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat telekomunikasi dan pantas untuk mendapatkan maklumat berbanding dengan pihak polis kerana mereka terpaksa mengikut jalan yang dikatakan rasmi.

Pada satu ketika, saya pernah bekerja untuk ASP suresh sebagai pengawalnya di sebuah pub di Jalan Imbi.

Dia telah digantung perkhidmatannya sebagai pegawai polis pada tahun 2006 kerana disiasat oleh SPRM dalam kes rasuah.

Q 70. Pernahkah anda berjumpa dengan Deeppak sebelum peristiwa ini?

A. Tidak. Namun saya pernah memberikan perkhidmatan kepada Dinesh pada hari yang lepas. Saya tahu Deepak adalah abang kepada Dinesh.


Q 71. Anda pernah menyatakan anda pernah berjumpa dengan seorang Datuk VIP yang berbangsa Melayu diluar pameran Volkswagen di The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapakah lelaki tersebut? .

A. Beliau ialah Datuk Nazim Razak, adik bongsu kepada Najib. Dia berada disitu bersama isterinya yang sedang mengandung. Bagaimana pun saya tidak berbual dengan isterinya, saya megenalinya kerana dia adalah seorang personality TV. Saya rasa dia adalah seorang hos program 'Nona'.

Deepak adalah orang yang membawa saya bertemu meraka.

Sebab itulah ASP Suresh tidak mahu kami berjuma di tempat yang mempunyai kamera CCTV.

Q 72. Semasa anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral bersama Deepak, Dinesh dan ASP dan selepas anda menandatangani surat sumpah yang kedua, adakah sesuatu yang bermakna dikatakan kepada anda?

A. Ya. Ada dua perkara yang Deepak memberitahu saya.

Dia memberitahu saya bahawa Rosmah gembira kerana saya menarik balik surat sumpah saya yang pertama dan ingin bersarapan dengan saya.

Bila saya bertanyakan kepada Deepak, berapa lama saya harus meninggalkan negara ini, dia berkata kepada saya bahawa saya harus tunggu sehingga Najib menjadi Perdana Menteri yang seterusnya dan saya boleh kembali selepas itu.

Q 73. Bila anda menghubungi peguam anda Americk Sidhu?

A. Saya menghubungi beliau pada pertengahan Julai 2009. Pada masa itu saya masih berada di India. Saya mahu mengadakan perjumpaan dengannya untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas saya dan meohon maaf atas masalah yang disebabkan oleh saya. Americk berada di UK semasa saya mengubunginya supaya kami boleh berjumpa di Kuala Lumpur apabila dia pulang pada permulaan Ogos.

Q 74. Adakah anda bertemunya?

A. Ya. Kami bertemu pada awal Ogos. Americk telah memangil 2 lagi peguam untuk hadir. Saya telah memberitahu mereka apa yang telah terjadi ke atas saya sejak saya meninggalkan pejabat Americk pada petang 3 julai 2008.

Q 75. Adakah anda sedar bahawa perbualan anda telah dirakam secara sembuyi?

A. Saya tidak sedar saya sedang difilemkan. Bagaimanapun saya telah dimaklumkan kemudian dan semua rakaman yang di buat akan disimpan dengan selamat. Saya sedar bahawa ianya dilakukan untuk melindungi keselmatan saya sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya.

Q 76. Bagaiman anda berupaya untuk membayar kehidupan anda semasa berada diluar negara?

A. Deepak telah membayar secara ansuran kepada saya. Sebahagian daripada bayaran dibuat terus ke akaun isteri saya melalui EON Bank di KL.

Yang lain dibayar kepada ASP Suresh dimana dia akan membayar kepada saya atau melalui seorang kawan saya di Malaysia.

Saya ada salinan cek yang dibayar oleh Deepak Jaikishan dan dibayar atas nama syarikatnya Carpet Raya Sdn Bhd.

Saya juga memmpunyai salinan slip bank isteri saya yang membuktikan bagaimana wang didepositkan.

Saya juga memuyai salinan akaun HSBC saya di Chennai.

Q 77. Berapa banyak wang yang diterima sejak anda meninggalkan Malaysia pada Julai 2008 sehingga sekarang?

A. Semuanya kira-kira RM750,000.

Q 78. Berapakah yang masih tinggal?

A. Ya, saya telah melaburkan sebanyak RM 250,000 untuk masa depan saya kerana saya tidak tahu apa akan bakal berlaku ke atas saya.

Saya juga membelanjakan sedikit untuk membaikpulih rumah saya di Rawang dimana isteri dan anak saya berada di sana. Semua ini di buat atas tujuan keselamatan rumah saya.

Selebihnya untuk keperluan saya ketika di Chennai dan wang pendidikan anak-anak saya dan perbelanjaan harian.

Q 79. Bukankah Deepak menjanjikan RM5juta kepada anda?

A. Semua perbincangan ini diaturkan oleh ASP Suresh di Kedai Bak Kut Teh di Rawang pada 3 julai 2008. Saya tidak terlibat dalam perbincangan tersebut kerana saya lebih merisaukan keselamatan keluarga saya daripada wang itu.

Saya kemudianya menyedari bahawa ASP Suresh berminat dengan hal ini dan dia akan menerima bayaran yang sama sperti mana yang diperolehi saya. Tugasnya ialah memastikan saya dikawal. Sebab itulah dia rasa tidak senang kerana saya tidak mengikut arahannya kerana pendapatannya yang datang dari Deepak akan terjejas.

Q 80. Kenapa anda menunggu untuk tempoh yang begitu panjang untuk menjelaskan semua ini?

A. Semasa saya berada di Hotel hilton di KL Sentral, saya bertanya kepada Deepak berapa lama saya harus berada di luar negara. Dia memberitahu saya sehinga Najib menjadi Perdana menteri.

Saya tidak dapat kembali ke Malaysia sebelum Februari 2009 kerana Kumar memegang pasport saya selama 5 bulan di India.

Saya hanya mendapatkan semula pasport saya selepas saya mengadu kepada Deepak ketika dia melawat saya di India dengan ASP Suresh. Deepak kemudiannya memanggil adiknya Rajesh untuk mengetahui apakah yang terjadi terhadap paasport saya dan selepas 2 hari Kumar meminta saya untuk mengambil darinya.

Saya sebenarnya berada di India secara haram kerana visa saya telah tamat pada 5 september 2008.

Dalam usaha memanjangkan tempoh visa, saya terpaksa mendapatkan bantuan dari bapa saudara isteri saya yang menjadi exco melanjutkan tempoh selama setahun. Selepas itu barulah saya dapat pulang ke Malaysia.

Q 81. Apakah yang berlaku apabila anda kembali ke Malaysia pada Februari 2009?

A. Apabila saya tiba di KL, saya telah menghubungi Dinesh untuk meberitahu bahawa saya telah kembali ke Malaysia. Saya dipanggil ke pejabat Deepak di Sungai Besi pada pukul 11:45 pm pada malam yang sama dan memberitahu beliau bahawa saya tidak mahu meninggalkan negara ini lagi secara tergesa-gesa, sebaliknya saya mahu bersama dengan anak isteri saya dengan lebih lama. Mereka tidak tahu saya tidak akan meniggalkan negara ini.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!
[ADS] Earn $$$ From Your Website With Adbrite!!!

Q 82. Kenapa anda kembali ke Malaysia pada April 2009?

A. Hanya kerana mahu bertemu dengan isteri dan anak saya. Tetapi kali ini saya tidak meberitahu sesiapa pun saya kembalik kerana tidak mahu diganggu.

Q 83. Kenapa sekarang ini anda mahu menjelaskan segalanya?

A. Sebab saya mahu menghentikan segala gangguan keatas saya dan kembali ke kehidupan yang normal.


Q 84. Adakah surat sumpah anda yang pertama itu benar?

A. Ya.

Q 85. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah yang pertama?

A. Sememangnya tidak. (Lihat Video di sini: Was PI intimidated or induced?)

Q 86. Adakah anda dipaksa untuk mengeluarkan surat sumpah ke 2?

A. Ya, sebab saya risau akan keselamatan saya dan keluarga saya dan saya tidak membaca isi kandungan surat sumpah ke 2 sebelum saya menandatanganinya .


Bahagian 1: Misteri Terbongkar
Bahagian 2: Penjara Bala Yang Tanpa Besi
Bahagian 3 : Pihak Polis Telah Berjumpa Dengan Bala
Bahagian 4: BALA Merasakan Kehidupannya Semakin Bertukar


Sumer Asal: http://malaysia-today.net/
Terjemahan: http://gomalaysian.blogspot.com/

@PR Juasseh/Jemapoh@

BTN Dah Lama Terpesong



Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.....

(Klik untuk lihat video)




Bekas Pengarah : Biro Tata Negara (BTN) Sudah Lama Terpesong

(Harakah Daily) - Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.

@PR Juasseh/Jemapoh@