Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, December 31, 2008

1hb Jan 2009 SELAMAT TAHUN BARU

  1. 1HB JAN 2009 KHAMIS
    Perutusan Tahun Baru 2009 Ketua Umum & Presiden KeADILan
    Dilulus terbit pada Thursday, January 01 Oleh DS Anwar Ibrahim Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara; merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.Tahun 2008 merakamkan beberapa peristiwa bersejarah. Sekian lama kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno tidak pernah digugat kedudukannya, namun tahun ini rakyat membuktikan perubahan tidak pernah mustahil untuk dilaksanakan. Nuansa politik perkauman yang dipintal bersama ketakutan ditolak rakyat. Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan kerusi milik pembangkang bertambah dan menafikan Barisan Nasional majoriti 2/3. Harapan rakyat begitu besar, perubahan mesti dilakukan, makanya hasil dari persetujuan dan permuafakatan ketiga-tiga parti; Pas, Dap dan Parti Keadilan Rakyat melahirkan Pakatan Rakyat. Sepanjang tahun ini tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang datang untuk menggugat permuafakatan ini. Hasrat Barisan Nasional untuk melihat kehancuran Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu. Mereka lupa, asas kepada permuafakatan ini berpasak kuat dari cita-cita memperjuangkan agenda rakyat dan melakukan perubahan mendasar. Perubahan adalah tuntutan melewati sempadan kaum dan politik kepartian.Negara kita berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang tidak menentu. Kesannya kepada rakyat semain terasa. Kadar Inflasi yang tinggi menyebabkan harga barang melonjak naik. Krisis keyakinan terhadap institusi keselamatan dalam negeri juga terhadap sisten kehakiman ternyata tidak membantu menarik pelaburan bagi menjana ekonomi negara. Kita tidak boleh lagi berada dalam keadaaan penafian. Kepimpinan yang menggalas beban pastinya menghakis kepercayaan rakyat. Pengurusan ekonomi memerlukan kepimpinan yang berpandangan jauh, tegas dan jujur. Sering saya ulangi, negara ini dan rakyatnya yang berbilang kaum sudah mengharungi pelbagai rintangan bersama. Kita yakin dengan berlakunya perubahan, dan bila negara ini mula berada di haluan yang tepat, maka sekali lagi kita akan dapat melepasi cabaran ini.Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua rakyat Malaysia. Ubah sebelum parah, ubah demi maruah.Selamat Tahun Baru 2009ANWAR IBRAHIM & DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Di samping itu juga, PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH mengambil kesempatan, menyorot kembali tahun2 kebelakangan ini, yang telah menjadikan satu pengalaman manis dengan kerjasama yang cukup erat antara masyarakat setempat dan penglibatkan diri dgn beberapa aktiviti2 parti dan khidmat kemasyarakat. Semoga tahun 2009 yg baru terbit ini akan lebih mendewasakan dan mematangkan minda reformasi PR DUN Juasseh dengan menggerakan sistem urus tadbir yang lebih sempurna dan lebih tersusun. Doa kami, kesedaran masyarakat akan perlunya perubahan kearah HARAPAN BARU, dapat bersama2 menawarkan diri dgn penuh keikhlasan membantu membaik pulih Pakatan Rakyat, khususnya di DUN JUASSEH.

> Adat satu pesako datar,

> Gaduh di hulu di hulukan,

> Gaduh di hilir di hilirkan,

> Gaduh di tongah, samo2 di himpunkan.

> Kebukit samo di daki Kelurah samo dituruti.

> Cicir samo rugi Dapek samo labo.

> Semalu Sehino Seaib, Sesopan.

> Kok kochik nan godang, Godang nan tua.

> Biang monombok gonting memutus.

> Hulu menghilir kusut menyolosaikan.

> Gomok bopupuk, di anjak layu

Monday, December 29, 2008

Daulat Tuanku !!!

KERANDA jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman diletakkan kalungan bunga ketika upacara penghormatan terakhir di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. Jenazah Almarhum baginda akan disemadikan selepas solat Asar 29/12/2008
Pengganti antara Putera Yang Empat
28/12/2008 4:43pm

KUALA PILAH 28 Dis. — Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.
Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.
“Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat,” kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.
Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau esok sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.
Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.
Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.
Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.
“Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru,” katanya.
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.
Dan sebentar tadi:Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-11
29/12/2008 4:04pm
KUALA PILAH 29 Dis. – Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).
Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Saturday, December 27, 2008

AL-FATIHAH Yam Tuan Besar Negeri Sembilan Mangkat









  • DYMM Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
    D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), Commander Grand Cross with Collar of the White Rose (Finland), Collar of Civil Merit (Spain), Order of Sikatuna (Philippines), Collar De La Orden Almerito De Chile (Chile), National Order of the Cruzeiro Do Sul (Brazil), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon (Uruguay), Grand Cross with Diamonds the Order "El Sol del Peru" (The Sun of Peru), The Grand Order of Mugunghwa (Korea), Grand Collier De L' Independance (Grand Medal of The Independance) - Cambodia, Grand Cross Special Class of the Order of Merit (Federal Republic of Germany), "ORDE DE LA GRANDE ETOILE" (Djibouti), Knight Grand Commander of the Order of the Bath (With Collar) - U.K
    27hb. Dis 2008 (Sabtu) Berita dari Istana Seri Menanti, Baginda mangkat di Hospital Besar Seremban sekitar jam 11.45 pagi ini. Ketika hayatnya, baginda pernah menziarahi Dato' Seri Anwar di Jerman ketika menjalani pembedahan tulang belakang akibat kezaliman KPN Rahim Noor waktu krisis kepimpinan Negara sekitar tahun 1999. Rakyat turut bersedih pemergian baginda dan turut menghargai akan keperhatinan baginda bagi kesungguhan Pakatan Rakyat kerajaan menunggu untuk mentadbir negeri dan pusat, sewaktu pertemuan bersama2 pimpinan Pakatan Rakyat tempohari. SEBELUM ITU dlm Satu sambutan sempena menyambut kepulangan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan DYMM Tuanku Permaisuri Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ampuan Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin telah diadakan oleh lebih 300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan di Kompleks Terminal Bunga Raya VVIP, KLIA pada 6hb Disember 2008 jam 9 malam.
    Sambutan tersebut telah diketuai oleh Tuan Hj. Muhammad Kamel Yassin (Ketua Bahagian Rasah) yang turut disertai oleh Setiausaha Perhubungan keADILan NSDK, Sabaruddin Mohd Yassim, Ketua Bahagian Rembau merangkap ahli MPT, Badrul Hisham Shaharin, YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), YB Rashid Latiff (ADUN Ampangan), YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat) dan YB Ravi Munusamy (ADUN Port Dickson).
    Pada sambutan itu juga, Baginda Tuanku telah berkenan menerima "Memorandum menyokong Kedaulatan Dan Kekebalan Raja-Raja Melayu Dikembalikan" yang telah diserahkan oleh Tuan Hj Muhammad Kamel Yassin. Penyerahan memorandum tersebut adalah rentetan daripada titah anakanda baginda, YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar yang telah bertitah supaya kekebalan raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan raja-raja melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Memorandum ini juga adalah kesinambungan daripada ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongres Nasional kelima lalu yang telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Malah Ketua Umum Parti Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Nasional itu juga turut menyatakan kedaulatan dan immuniti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada raja-raja.
    Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah merintis jalan pembuka bagi mendaulatkan kuasa Raja-raja sebagaimana saranan Presiden PKR dan Ketua Umum tersebut. Semoga PKR negeri-negeri lain akan menuruti langkah ini demi menjayakan saranan Presiden dan Ketua Umum PKR.
    DAULAT TUANKU!
    MEMORANDUM MENYOKONG KEDAULATAN DAN KEKEBALAN RAJA-RAJA
    MELAYU DIKEMBALIKAN Ampun Tuanku, Bahawa patik Muhamad Kamel bin Yassin mewakili rakyat anak watan Negeri Sembilan Darul Khusus menjunjung kasih mengucapkan selamat kembali ke tanah air dan sayugia hendaknya DYMM Tuanku bersama DYMM Tuanku Permaisuri sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
    Daulat Tuanku,Mohon dirafa’kan sembah bahawa kami rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran DYMM Tuanku menyokong sepenuhnya titah anakanda tuanku YAM Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Ja’afar melalui Ceramah Jamuan Tengahari Diraja di Kuala Lumpur baru-baru ini. YAM Tunku Naquiyuddin bertitah supaya Kekebalan Raja-raja dikembalikan demi kedudukan dan kedaulatan Raja-raja. Mohon patik menyatakan di dalam Kongres Kali Kelima Parti Keadilan Rakyat di Shah Alam pada 28hb November 2008 yang lalu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dato’ Wan Ismail melalui ucapan dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu yang berteraskan semangat Raja Berpelembagaan. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam ucapan penutup Kongres Parti Keadilan Rakyat itu turut menyatakan kedaulatan dan imminuiti Raja-raja Melayu hendaklah dikembalikan semula kepada baginda Raja-raja.Ampun Tuanku,Demi mengembalikan kedaulatan dan kebesaran Raja-raja Melayu patik bersama sekelian hamba rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus mohon perkenan ke bawah duli Tuanku untuk menggerakkan usaha mengembalikan kekebalan dan kedaulatan Raja-raja seluruhnya sesuai dengan konsep Raja Berpelembagaan. Kami hamba rakyat tuanku mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, dan menjunjung kasih di atas kesudian DYMM Tuanku mencemar duli menerima warkah ini.DAULAT TUANKU.
    Muhamad Kamel bin Yassin PJK. PMC. Tarikh : 6 hb Disember 2008



Wednesday, December 17, 2008

SIAPA YG SEBENARNYA YG MERUNGSINGKAN MB SELANGOR

17HB.Dis 2008 (RABU)
Negeri Selangor Darul Ehsan adalah satu-satunya negeri yang pada ketika ini menghadapi tekanan dan mehnah yang tidak pernah berkesudahan. Negeri yang terkaya dan termaju ini tidak seharusnya dilepaskan oleh UMNO/BN kepada pembangkang tetapi takdir telah menentukan bahawa sudah sampai ketikanya rakyat di Selangor menikmati pembaharuan. Selepas negeri kesayangan UMNO ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, UMNO seolah-olah merasakan dunia ingin kiamat. Apakah yang membuatkan UMNO terlalu kecewa dengan kehilangan Selangor di dalam genggamannya? Tidak lain tidak bukan adalah kerana aset-aset dan kepentingan yang terdapat di negeri itu. UMNO telah lama menikmati kemewahan yang diperolehi dari negeri tersebut terutama di kalangan pemimpinnya. UMNO merasakan masih banyak harta dan projek yang perlu diagih-agihkan kepada puak-puak mereka. Kini, setelah kehilangan sebuah negeri yang selama ini `membuncitkan' perut mereka, pemimpin UMNO di Selangor mula bercakap pasal ugama dan ketuanan Melayu. Semenjak bila UMNO begitu sensitif dengan hukum hakam agama Islam ? Tidak terlintaskah difikiran mereka sewaktu memerintah Selangor dahulu untuk berbicara tentang ketuanan Melayu ? Di dalam soal arak dan judi, UMNO kini dilihat lebih lantang bersuara dan kadangkala nadanya melebihi dari suara pemimpin PAS di Selangor. Malangnya, suara yang tidak pernah ikhlas itu apatah lagi kejahilan agama di kalangan pemimpin UMNO di dalam menyuarakan isu tersebut, tidak mendapat sokongan rakyat terutamanya orang-orang Islam di Selangor. Rakyat di Selangor bukan baru setahun dua mengenali UMNO dan mereka tahu apa yang UMNO telah lakukan semasa memerintah dahulu. Apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh pemimpin UMNO di Selangor untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat, terlalu mudah untuk ditepis dan kadangkala memakan diri mereka sendiri. Lebih banyak mereka bersuara, lebih luas pekung di dada mereka yang terbuka. Rakyat Selangor sewajarnya bertuah kerana memiliki MB Tan Sri Khalid yang sentiasa tenang, beretika dan profesional di dalam menguruskan pentadbiran di Selangor. MB Selangor tidak mudah melatah dengan `gertakan' dan `cuitan' dari pemimpin UMNO di Selangor. Berbagai tindakan dan provokasi telah dilakukan oleh UMNO terhadap beliau, namun MB Selangor ini telah masak dengan sikap dan perangai UMNO. Itulah hasil tarbiyah dan didikan yang diperolehi ketika parti beliau berada di dalam kesusahan dan penderitaan sebelum ini. PKR bukan sekejap menerima kesusahan dan penderitaan, semuanya itu banyak mengajar parti ini untuk memperkuatkan semangat dan jati diri. Oleh kerana semangat dan jati diri ini lah yang membuatkan UMNO sentiasa gagal di dalam usahanya untuk meruntuhkan kerajaan negeri yang baru dibentuk ini. Saya percaya UMNO tidak akan berjaya meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat walau dengan apa cara dan muslihat sekalipun. Tetapi, kerajaan baru ini tidak mustahil tumbang angkara tangan-tangan dari dalam. Kita telah diasuh untuk berdepan dengan musuh sekian lama, tetapi kita mungkin tidak diasuh untuk berdepan dengan rakan-rakan kita. Kadangkala merasa pelik dan hairan juga kita, setelah sekian lama kita berjuang dengan titik peluh, air mata dan kadangkala darah yang mengalir bagi menuntut reformasi, bila kita diberi sedikit kejayaan kita mula lupa diri dan tidak kenal siapa musuh dan siapa rakan seperjuangan kita. MB Selangor sebenarnya tidak pernah rasa rungsing dan tertekan dengan mainan politik UMNO, tetapi beliau lebih tertekan dengan tingkah laku rakan-rakan yang dahulunya sama-sama untuk bersusah senang. Sikap tidak memahami dan kurang sabar sesetengah rakan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor kadangkala menjejaskan kelancaran pentadbiran di negeri tersebut. Jika ada sesetengah pemimpin yang agak toleran dan berdiplomasi dengan prinsip rakan-rakan yang lain, pemimpin ini dianggap seolah-olah terkeluar dari jamaah mereka. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa yang memerintah kerajaan Selangor sekarang adalah dari kumpulan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Kerajaan di Kelantan di bawah PAS sendiri pun mengambil masa bertahun-tahun secara beransur-ansur untuk melaksanakan beberapa dasar parti tersebut, sedangkan negeri berkenaan hampir 100 % berbangsa Melayu dan berugama Islam. Sudah tentu Selangor juga perlu mengambil sedikit masa untuk memuaskan semua rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Apa yang penting, negeri berkebajikan dan dasar ekonomikan rakyat di Selangor perlu dijadikan `kepala' untuk menyusuri langkah-langkah seterusnya.

Monday, December 15, 2008

UGUTAN BOGEL GAGAL DAPAT PROJEK



15hb Dis 2008 Isnin
GARA-GARA gagal mendapat projek perniagaan, Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.
Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.
Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau. Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.
Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.
“Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.
Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.
“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.
Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.
“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.
Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.
Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.
“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.
Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.
Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.
“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.
Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat beraparamai yang sokong beliau,” katanya sinis.
.

Saturday, December 13, 2008

PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT UNTUK ISTANA PM & TPM

Dinamakan sebagai kompleks Seri Perdana, kediaman mewah perdana menteri itu dibina oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi penyewa pertamanya pada 1999. Bangunan-bangunannya bertebaran dalam kawasan seluas 16 hektar di tengah-tengah Putrajaya. Ia merangkumi tiga blok bangunan, termasuk sebuah kawasan rehat, kemudahan jamuan dan tempat tinggal. Datuk Seri Abdullah tinggal di kompleks itu bersama isteri, anak perempuan dan menantunya serta anak mereka.' Adalah satu pembaziran untuk membelanjakan banyak wang untuk menyewa rumah bagi perdana menteri sedang negara menghadapi tempoh sukar seperti sekarang,' kata seorang AP pembangkang daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Mohd Hatta Md Ramli. Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti pembangkang Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, pula menyoal tentang pembayaran sewa itu kepada Putrajaya Holdings, anak syarikat Petronas, iaitu syarikat milik syarikat Kementerian Kewangan, Khazanah.'Ia (pembayaran sewa) juga menimbulkan soalan mengenai siapakah pengarah-pengarah syarikat itu dan siapa yang mendapat semua keuntungan yang diraih oleh syarikat itu,' ujarnya. Sumber: Warta Kerajaan."

Rakyat susah tetapi bayar hampir RM10 juta untuk istana PM/TPM
R6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita. Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!
Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.
Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!
Inilah bangunan yang Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Kami tidak tahu tentang anda tetapi kami sendiri tidak terbayangbegitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Jadi apa nak kita lakukan?
Dalam pada itu rakyat ditegur berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.
Sekiranya Pakatan Rakyat berkesempatan menduduki Istana ini, perlu di kaji semula urus tadbir dan penyelenggaraannya, jangan sampai rakyat derita, pemimpin pula yg berdekah2 ketawa.Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.


Manakala di bawah ini adalah rumah rasmi Pemimpin Pakatan Rakyat Tuan Guru Hj Hadi Awang dan Tuan Guru Hj Nik Aziz

Friday, December 12, 2008

CIKGU YUSOF GHANI DLM KENANGAN



12HB. Dis 2008. Jumaat. Cikqu Yusof bin Abd Ghani telah kembali keramatullah sekitar jam 9am pagi tadi di bumi Mekah. Beliau bersama isterinya Kak Ju telah berangkat ketanah suci Mekah pada 1hb Dis 2008 sehari selepas ibu Paktam (Bedah binti Idris) meninggal dunia. Sepatutnya, Arwah dijangkakan kembali semula ke tanah air pada 17hb Dis 2008 setelah kerja2 rukun haji selesai dgn sempurna. Sewaktu di Kelana Jaya tempohari, Bro Burn sempat mengiringi dan berbual panjang dengan Arwah berkisar keagamaan dan politik semasa terutamanya pentadbiran kampong sendiri yg semakin malap. Beliau sempat juga berpesan agar dapat anak2 muda yg ada sekarang, sebagai pelapis untuk mengembalikan semula keceriaan kampong Desa Jemapoh ini seperti tahun2 sebelumnya. Disamping itu juga anak2 muda wajib berilmu dan harus juga berani berjuang dengan landasan keagamaan dan tidak lokek untuk memberi khidmat masyarakat. Tika hayatnya, beliau adalah seorang guru yg di segani terutama keperbadiannya yg lemah lembut. Pada awal 70an beliau telah mengambil pendekatan betapa pentingnya berilmu bersama2 belia kampong, membuka kelas tambahan petang untuk anak2 yg bakal menduduki peperiksaan. Setiausaha UMNO cawangan di bawah Arwah Tn Hj Mohd Pilus dan seterusnya pernah menjadi Ketua Umno Cawangan dan Pengerusi JKKK Desa Jemapoh. Cuma di penghujung 1998, sewaktu krisis kepimpinan pusat dan fiftnah yg melampau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau mula hambar dan mengambil keputusan tidak berminat lagi untuk aktif dengan Umno. Tahun itu juga lah menjadikan satu sejarah bahawa Pergerakan Pemuda Umno Desa Jemapoh lumpuh setelah pemuda keluar beramai2 dari menjadi ahli pemuda Umno dan bergiat aktif dlm ngo ADIL seterusnya semakin aktif setelah parti keADILan secara sah tertubuh. Anak2 muda sering merujuk kepada beliau ilmu berpolitik, sepak terajang politik masa kini dan menjadi penasihat kepada anak2 muda agar tingkah laku jangan tersasar dan hilang pendoman. Surau Desa Jemapoh yg dulunya sunyi, kini semakin mula di isi dengan pelbagai aktiviti semenjak beliau sendiri menjadi Imam. Minat dlm sejarah perjuangan, menjadikan Pak Hamka dan wali songo sebagai idola pembersihan jiwa kerohanian. Sewaktu berita ini di tulis, mungkin beliau telah selamat di semadikan di Tanah Suci Mekah bersama2 dengan orang2 yg bertakwa. Baktimu tetap di kenang.

Sunday, December 7, 2008

SALAM EIDUL ADHA SALAM PENGORBANAN

8hb. Dis 2008 ISNIN
LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK!!!!!!!!!Pengorbanan memerlukan keteguhan dan ketulusan hati. Puncak kepada keikhlasan dan makna dari ketakwaan itu terdapat di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. Surah As-Saaffaat ayat 102
Kedua-duanya tanpa ragu menjalankan perintah Allah S.W.T:
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).- Surah As- Saaffaat ayat 103 Betapa penting untuk kita menyingkap makna dan pengajaran dari peristiwa qurban yang melibatkan Nabi Ibrahim a.s. dan putera baginda Nabi Ismail a.s. Yang terserlah adalah nilai taqwa, hasrat mempertahankan hak dan menolak kebatilan.Pada masa sama jangan kita alpa untuk terus berjuang mengangkat martabat umat dan membela nasib rakyat.
Kesungguhan tanpa kenal erti penat dan lelah merupakan ciri para pejuang penegak Keadilan. Perjuangan untuk memastikan Perubahan di negara ini menuntut kesungguhan dari pendokong kebenaran. Moga kemenangan tiba jua akhirnya:
Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya)- Surah As-Saaffaat 116
Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh/Jemapoh mengucapkan Salam Eidul Adha minal adin walfaizin walmaqbulin kepada seluruh umat Islam.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar. Walillahil hamd. Hayati falsafah & menisfetasi Hari Raya Qurban agar dapat diterjemahkan dalam ertikata perjuangan dan pengorbanan.

Terkorban menjelang Idul Adha


7hb.Dis 2008. Ahad. Menjelang ke tengahari ketika umat islam sedang sibuk dengan persiapan Eidul Adha, kami menerima panggilan mengejut dengan perkabaran anak saudara Edy dan Ujang Katek, terkorban akibat kemalangan jalan raya. Arwah adalah anak yang ke 3 merupakan juga anak cucu saudara kepada Udin Uban (AJK PKR KP) atau di lebih di kenali Acu Udin (panggilan kampung bagi penduduk Jemapoh). Kejadian menimpa di percayai sekitar jam 9am hingga 10 am pagi tadi sewaktu arwah dlm perjalanan ke tempat kerja yg berdekatan dengan rumah beliau di Ampang K. Lumpur dengan menonggang motorsikal. Belum ada kesahihan setakad ini, samada kemalangan tersebut di ketogerikan sebagai langgar lari atau terbabas. Mayat di bedah siasat sehingga jam 4pm petang tadi, Jenazah telah di hantar ke kg halaman beliau Desa Jemapoh dan selamat sampai sekitar jam 6.30pm. dengan bantuan unit ambulan HBKL dan kebetulan pula, ibu arwah bertugas sebagai Ketua Jururawat di hospital yg sama. Arwah sempurna di kebumikan di tanah wakaf Jemapoh setelah selesai sahaja solat Isyak dan di selangi Takbir Raya. Ketika bayi, arwah pernah di jaga oleh pak saudaranya Ujang Katek yg kebetulan tinggal serumah ketika itu Ujang Katek masih bujang. Arwah juga merupakan anak yg pandai memasak, taat akan displin keluarga dan seorang yg cukup pendiam jika dibandingkan dengan abang2 beliau yg lain. Ramai sahabat handai dan sanak sekeluarga yg sempat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Gugurnya seorang anak reformasi tidak bermakna gugurnya perjuangan. Sesungguhnya roh reformasi akan terus berterusan hingga ke akhir hayat. Pejabat Pakatan Rakyat mengucapkan, takziah atas segala dugaan Ilahi moga ada hikmat di sebalik kejadian terutama menjelang Eidul Adha ini. Dengan doa moga roh arwah di semadikan bersama2 orang yg mukmin. - AMIN -

Saturday, December 6, 2008

UJIAN ALLAH MENJELANG IDUL ADHA





06/12/2008 9:01am
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.
Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat.
Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa.
Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.
4 terbunuh tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
Empat terkorban manakala lebih daripada lapan orang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibunegara, tertimbus.
Empat mayat yang ditemui melibatkan tiga wanita dan seorang lelaki, demikian menurut jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di tempat kejadian.
Kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.
Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.
Salah sebuah banglo terlibat ialah milik Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.
Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Opersi mencari dan menyelamat mangsa di tempat kejadian, diketuai oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus. (ULASAN) Di mana pun kita tinggal, kita terdedah kpd bencana alam. Tinggal berdekatan dgn laut terdedah kepada hakisan pantai. Tinggal di tanah daratan terdedah kpd banjir. Tinggal di kawasan tinggi terdedah kpd tanah runtuh.
Tapi bencana alam tidak selalu berlaku. Ia hanya berlaku di kala2 tertentu, di tempat tertentu & kpd org2 tertentu. Ia akan menimpa terutama kpd org2 yg lalai.
Inilah dia tanda2 kehidupan manusia kat dunia ini dipantau oleh Yang Maha Berkuasa (bukan pihak berkuasa!) Ya itu yg memberikan kehidupan & menurunkan rezki kpd sekalian makhluk-Nya.
Maka carilah rezki drp sumber yg halal. Jgn la hidup terlalu menurutkan hawa nafsu & melampaui batas. Ingatlah selalu bahawa kejayaan & kekayaan yg kita miliki bukan tanda kita hebat. Tapi dgn izin Allah semata2.
Tingkah laku, moral & akhlak diri hendaklah dijaga selalu. Hidup jgn terlalu pentingkan diri sendiri sehingga mencemar & merosak alam sekitar.
Apabila manusia tidak mahu bersahabat baik dengan ‘alam maka akan jadi porak poranda lah dunia ini.Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa didiami olih residen yang kaya raya. Mereka tidak menghormati ‘alam…mereka hanya menghormati diri mereka sendiri…apabila ‘alam membantah..maka buruklah padah nya..Sejarah berulang..dan akan berulang lagi…manusia lupa!!

Kenduri Kahwin di Terentang Bt Kikir


Dalam kesibukan persiapan idul adha, dan kejutan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru2 ini, wakil dari Pejabat Pakatan Rakyat sempat memenuhi undangan perkahwinan adik ipar Bro Zainal di Kampong Terentang Padang Lebar. Ketibaan kami di sambut mesra oleh Abang Ruslan dan keluarga Zainal Sendiri. Dan sebelum itu, tengaharinya bersama2 dengan keluarga Acek dalam majlis berkhatan anak beliau. Kami ( Mizan, Suli, Helmi , Chqu Fauzi, Atan) cukup tertarik dengan cenderahati tuan rumah yg di terima iaitu surah Yassin yg terlalu jarang di buat dlm majlis2 perkahwinan sebelum ini. Kepada Bro Zainal, bertambah2 lagi keluarga reformasi yg akan datang. Kepada Acek, agar kami sempat melihat anak bujang beliau ke jinjang pelamin. Insyaallah.

Sunday, November 30, 2008

PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN CUBA DIKEMBALIKAN




PRK Parlimen Kuala Terengganu,DSAI Beri Jaminan Akan Kerja Keras
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat yang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 58 hari dari sekarang.
Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari akhir kongres nasional parti itu di Stadium Melawati Shah Alam sekejap tadi.
Menurutnya, pihaknya akan mematuhi apa-apa saja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung parti manakah yang akan meletakkan calon.
“Di sini saya tegaskan bahawa Kadilan akan memberi sokongan sepenuhnya untuk merampas kerusi berkenaan,” ujarnya.
Beliau memberi reaksi itu apabila ada perwakilan yang mahu supaya kerusi Parlimen Terengganu itu diserahkan kepada PKR.
Tegas Anwar kerana kerusi itu tradisinya adalah hak Pas pihaknya menghormati apa yang akan dipersetujui kelak. “Apa yang penting ialah kita kena rampas kerusi berkenaan,” tegasnya disambut tepukan bergemuruh.
Kerusi Parlimen berkenaan kosong ekoran kematian wakilnya, Razali Ismail 62, Jumaat lepas selepas terjatuh ketika bermain badminton di Institiut Aminuddin Baki di Bentong, Pahang.
Sementara itu beberapa nama telah disebut dari kalangan Pas untuk berhadapan dengan Umno. Dua nama dari kalangan tokoh veteran Pas ialah Mustafa Ali dan Wan Mutalib Embong. Mustafa adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu.
Selain dua nama itu terdapat beberapa nama lain dari kalangan pemimpin muda Pas Terengganu yang dikatakan layak untuk dipertimbangkan. Satu sumber Pas Terengganu menyebut kedua nama pemimpin pelapis itu akan dimasukkan dalam senarai calon Pas.
Disamping itu juga, PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH bersama2 Parlimen Kuala pilah akan cuba menghantar seberapa ramai mungkin jentera2 bagi membantu mengembeling tenaga ke Terengganu. Ketua jentera kami anak2 muda Shidee, Helmi, Suli, Mizan dan sebahagian yang lain telah pun bersiap sedia dengan angkatan mudanya, menyusun agenda untuk mengempur Kuala Terengganu. Bersama2 kita doakan, cahaya kemenangan milik Pakatan Rakyat. Insyaallah.

SELAMAT PENGATIN BARU

Pejabat Pakatan Rakyat Dun Juasseh mengambil kesempatan mengucapkan SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU kepada Bro BUSU berserta isteri yang si sayangi. Terima Kasih juga kepada Bro. Burn yang menjadi tonggak bagi memastikan perjalanan Majlis tersebut berjalan dengan susun atur yang cukup meriah. Kepada Bro BUSU, berkeluarga lebih mematangkan lagi untuk menjadi seorang pejuang keluarga dan negara. Moga akan bertambah2 rezeki dan reformasi akan terus berjalan dengan jayanya. Tambahkan lagi anak2 pejuang dengan kelahiran dari keluarga Bro BUSU. Kami dari Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh akan sentiasa berdoa semoga keluarga Cik Dagho, ibu keluarga Busu sentiasa sihat dan di limpahkan rahmat ALLAH sentiasa. Insyaallah


KONGRES PKR YG KE 5






Assalamualaikum, Semalam kami berkesempatan menghadiri Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai perwakilan dan pemerhati di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, Selangor. kesempatan dan peluang kehadhiran ini juga bagi melihat sendiri mentaliti penyokong dan pemimpin PKR, rakan sekutu rapat PAS. Kami berkesempatan mendengar ucapan pemimpin tertinggi PKR iaitu kesemua Naib Presiden PKR : 1. Y.B Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, Selangor 2. Y.B Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng 3. Y.B Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang 4. Datuk Dr Jeffrey Kitingan Disamping itu juga, Kami berkesempatan juga mendengar ucapan bersemangat Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan akhir sekali mendengar ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim secara 'live'. Ikrar Mengejutkan daripada Y.B Sivarasa Rasiah Ucapan malam ini menarik minat semua jemputan yg berbilang kaum dan ugama apabila Ahli Parlimen Subang, YB Sivarasa Rasiah telah membuka dan membacakan Perlembagaan PKR. Beliau dengan tegas menyatakan komitmen PKR bagi memelihara dan mendaulatkan Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping meminta orang Melayu menghormati masyarakat bukan Islam dan ini benar-benar membuka fikiran sebahagian rakyat yg masih sangsi terutama BN. Sebelum ini berbagai tomahan, kononnya mereka tidak pernah mendengar ucapan daripada pemimpin PKR bukan beragama Islam yang secara terangan menyatakan komitmen untuk mendaulatkan agama Islam dan bahasa Melayu di Malaysia. Ini sesuatu yang baru dan menarik dalam politik Malaysia. Kesan Dakwah Daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim? Kawan2 kami memberi pandangan mungkin ini adalah kesan halus dakwah DSAI kepada ahli PKR yang bukan Islam untuk menghormati kedaulatan Agama Islam dan Bahasa Melayu. Mungkin ada benarnya. Jadi ramai di antaranya sebelum ini telah tersilap sangka kepada PKR selama ini. Ada sebilangan parti2 ingatkan PKR ini sekular tapi sesungguhnya ia adalah sebuah parti yang mahukan perpaduan di Malaysia. Pilihan PAS untuk bekerjasama dengan PKR adalah satu pilihan tepat cuma PAS perlu memantau agar perjuangan PKR sentiasa pada landasan yang betul dan memberi nasihat kepada PKR mana yang silap.




sila klik di sini. 1) http://picasaweb.google.com/GUA1964/29?authkey=VYaV39NsHM8# 2) http://picasaweb.google.com/GUA1964/PKRKongress2008?authkey=YWI8kLWtGrY# 3) http://www.flickr.com/photos/anwaribrahim/sets/72157610381405228/show/

Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan- Shamsul Iskandar Md Akin
Pakatan cuai bersihkan anasir BN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri dengan tanpa banyak alasan segera “membersihkan kerajaan negeri daripada anasir BN”.
“AMK dengan ini memberikan peringatan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.
“Kita tidak boleh terpukau dan terpedaya dengan pemimpin dan ahli BN yang bertukar kulit hanya semata-mata untuk terus membolot peluang, tanpa menghayati falsafah perjuangan kita, tanpa menunjukkan komitmen untuk menghayati prinsip-prinsip perjuangan yang kita dukung.”
Shamsul Iskandar mengkritik kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAS yang didakwanya “cuai melaksanakan janji” untuk membuat pembersihan dalam pentadbiran “sehingga ke akar”.
“Sekarang rakyat telah memilih kita. Rakyat mahu kita melakukan perubahan. Salah satu perubahan yang telah kita janjikan ialah untuk membersihkan kerajaan daripada kebobrokan Umno-BN.
“Kenapa setelah rakyat memberikan kita amanah, kita cuai untuk melaksanakan janji ini?” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar ketua angkatan muda PKR dalam kongres tahun pergerakan itu di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.
Berhubung perkara itu, beliau menambah, kebergantungan kerajaan Pakatan terhadap birokrasi kerajaan dan jentera BN hari ini “menjadi lelucon dan sesuatu yang malang”.
“Pergantungan kepada birokrasi semata-mata, atau lebih malang kepada aparat-aparat BN, sudah tentu tidak memadai. Sudah barang tentu menjadi lelucon untuk kita terus membiarkan anasir-anasir BN berleluasa dan mengakar di dalam kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan.
“Selama ini kita mengkritik mereka sebagai (pengamal) rasuah, khianat kepada amanah rakyat dan sebagainya.
“Kita mengambil risiko, bermati-matian menentang mereka di dalam pilihanraya kerana kita mahu menggantikan mereka dengan pemimpin yang berintegriti di semua peringkat,” kata Shamsul Iskandar di depan hampir 600 perwakilan AMK.
Beliau turut mempersoalkan ahli-ahli parti itu yang diketepikan dalam jentera kerajaan negeri Pakatan dengan “alasan bukan-bukan”, termasuk tiada pengalaman.
“Pemimpin-pemimpin utama PKR terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan yang sangat cemerlang. Profesor dan pakar di dalam pelbagai bidang.
“Kenapa sehingga ke hari ini mereka masih tidak diangkat memainkan peranan utama memberi sumbangan dalam perencanaan dan operasi kerajaan-kerajaan negeri?” katanya.
Dengan nada amaran, Shamsul Iskandar berkata, sekiranya terdapat pemimpin kerajaan Pakatan yang teragak-agak, takut kepada risiko dan perubahan, pergerakan itu tiada pilihan selain menggantikan pemimpin itu.
“Sekiranya ada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pakatan teragak-agak, gentar untuk membuat perubahan, takut kepada risiko; kita tidak ada pilihan selain menuntut perubahan dalaman untuk menggantikan mereka dengan pemimpin yang benar-benar mampu memimpin dan membuat keputusan.
“Kerajaan mesti dipimpin, bukan semata-mata diurus,” katanya.
Beliau dalam ucapannya itu bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin yang dimaksudkannya itu.
Dalam sidang akhbar selepas ucapannya itu, Shamsul Iskandar menjelaskan, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri dibuat Pakatan dapat menilai semula keberkesanan masing-masing selepas lapan bulan memerintah sejak Mac lalu.
Beliau menafikan tuntutannya itu difokuskan kepada peluang perniagaan semata-mata.
“Peluang itu saya buat (gariskan secara) umum. Bukan sekadar peluang perniagaan, (tetapi juga) peluang dalam struktur kerajaan negeri, (dan) peluang dalam institusi-institusi pendidikan.
“Peluang dalam perniagaan itu, apa masalahnya kalau ada keuntungannya kepada rakyat. Yang kita tolak, perniagaan yang ada (unsur) rasuah, penyelewengan dan korup,” katanya.
Ketua AMK itu menafikan pergerakannya terpinggir dalam kerajaan-kerajaan negeri Pakatan.
“Tidak, (desakan) itu hanya penegasan AMK. Saya tidak berasa terpinggir,” katanya.
“Apabila perubahan dilakukan, kita tidak boleh mengelak. Mereka (rakyat) telah memilih kita (dalam pilihanraya umum lalu). Takkan kita hendak katakan tidak boleh buat, tidak ada pengalaman. Kita kena lakukan sesuatu.”

Saturday, November 22, 2008

TURUN JGN TAK TURUN....RM2 boleh turun lagi...

Maso tu den ado kek PP.......Pada 3 Ogos lalu, DSAI ada menyatakan dalam kempennya di Permatang Pauh "Jadi kalau anda semua sayang kita, pakatan pembangkang menang, minyak RM2 seliter, anda sayang Barisan Nasional (BN) minyak RM2.70 seliter,". Maka itu berita penurunan harga minyak hingga ke paras RM2.00 seliter hari ini sesungguhnya amat melegakan rakyat di seluruh negara. Maknanya BN pun sayang kat pembangkang rupo ehh....Terbukti janji itu terlaksana jua akhirnya. Memang sudah lama ia dinantikan, biarpun kerajaan BN nampak begitu liat untuk melakukan tindakan sebelum ini. Kini segalanya sudah terbukti, bahawa harga minyak boleh diturunkan mengikut pasaran semasa global. Tapi mengikut cakap-cakap YB HUSAM MUSA....dio ni pakar ekonomi poitt....mastermind ekonomi kat Kelantan.....kalau mengikut harga minyak mentah dunio masakini...harga minyak boleh diturunkan sehingga RM1.....dan kerajaan pusat masih boleh mendapat keuntungan lagi.....fuhhhhhhh...den pun macam tak percaya....tapi kono yo yakin dgn statement ni....sebab den pun bukan eh pakar ekonomi....si mangkuk hayun Shahril Samad pulak nak bincangkan harga lantai bagi minyak kek malaysia....makno ehhh walaupun harga minyak montah dunio turun dan turun lagi..tapi kerajaan Malaysia akan tetapkan harga lantai dan takkan mengikut lagi trend harga minyak dunio..dengan kato mudah kok hargo RM2 harga lantai maka sampai kiamat lah totap RM2...kato ehhh takut kito rugi......inilah pemikiran yang cetek dan dangkal Menteri UMNO.....bukah ehhh kito rugi..tapi pengusaha minyak rugi...bilo pengusaha minyak rugi maka duit poket tak masyukkkkkk untukkk kroni-kroni UMNO ni....itulah masalah nyaaaa.....
Kenapa ini tidak dilakukan sejak dulu lagi?. Selama ini rakyat terus tersiksa menanggung derita. Terpaksa menerima segala ketentuan tanpa ada sesiapa yang menghalang. Kerajaan begitu rakus menggunakan kuasa yang ada untuk menekan rakyat supaya mengikut telunjuk mereka. Kuasa yang diberikan dalam setiap kali musim pilihanraya telah diselewengkan sewenang-wenangnya. Laungan "Tradisi Membela Rakyat" hanyalah retorik politik semata-mata. sebaliknya pabila sudah berkuasa, maka merekalah raja dan tidak mahu langsung mengambil kira rintihan rakyat jelata. Ini berlaku sejak sekian lama, biarpun berbagai desakan diajukan agar rakyat dibela. Namun mereka hanya pekakkan telinga dan berdiam sahaja...Lawan Totap Lawan.......tapi uwan kat kampung cakapppp.....""UWAN TOTAP YO DGN KAPAL LAYAR""...huuusshhhh payah boto la uwan ni....janggut...

Santai ahad....Umno sakit tuo...PKR dan PAS mudo-mudo dah sakit.....

Salam ahad buek semuo....hari ni kono kojolaaa....projek plant upgrade....kono standby....dlm pado hari ahad ni terniat pulak den nk tulih pendapat den yang raso ehhh elok di baco...bukan eh nak salahkan sesiapo...tapi hendaklah dinilai oleh diri kita sendiri....UMNO SAKIT TUO...sobab ehh ramai orang-orangg lamo kt dalam umno niii takut nak lopeh kan kuasa....kalau boleh nak berkuasa sampai ke lubang kubur....abih taik dan berak di taburkan kat segenap penjuru selagi mereka masih berkuasa....sakit tuo ni kdg-kdg ingat...kdg2 tak ingat.....kdg2 koncing pun dan berak pun tak mampu nak kawal...meratoo berak ehhh......itulah UMNO....biaso ehhh org2 yg sakit tuo nii kito akan berdoa dan bertawakkal agar dio kembali ke pangkal jalan...masuk PR supaya kito dapek menjalankan amanah rakyat dengan baik.....ni takkk bilo dongar PR menggigil badan ehhh....nak pulak YB JEMAPOH...tak di hapik org JEMAPOH khususnya...am nya penduduk pilah...kalau dah terlampau sakit tuo bonar elok lah kito berdoa agar orang-orang tuo UMNO kembali kepada ALLAH dengan selamat dan aman....taubat lahhh........yang jadi mangso ehhh UMNO MUDO.....yang kono basuk taik UMNO TUO....kepada UMNO MUDO diharapkan bersabarlah hendak nya melayan kerenah UMNO TUO yg semakin pupus.....dan kepado UMNO MUDO....berfikirlah sematang2nya kerana UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION....cakap omputih den ni haa boto ko.....UMNO semakin pupus dan taik telah merato2 dibuang ehh.. moh masuk PR...kito bersama memperjuangkan "KETUANAN RAKYAT"......ketuanan melayu dah lamo pupus disebabkan oleh UMNO TUO ni laa......

KISAH PR.....den nak komen jugak pasal PR ni....terutamo ehh gerombolan mudo-mudi PR (PKR,PAS,DAP) yang bawah 40an......anda adalah golongan pelapis yang menjadi sayap kanan parti.....kuasai lah segala ilmu-ilmu perjuangan dalam parti....kata2 ni den petik maso den poie Ihtifal Pasti Peringkat Kebangsaan kat Kedah hari tuh....seseorang manusia akan di hormati dan disayangi apabila.........dia mempunyai...
IMAN YANG KUAT
ILMU YANG PADAT
BERJUANG UNTUK RAKYAT.........
golongan muda PR masakini diperhatikan kurang menguasai ilmu kontemporari...jika ini berlaku PR akan berada dalam krisis kurang ilmu pengetahuan apabila memerintah kelak...apo yang dilihat tahap ilmu tidak berkembang....bak kata TGNA dan Mat Sabu...baru-baru ni dalam muktamar di ipoh.....didapati perwakilan golongan muda tidak dapat mengupas isi-isi dan hujah2 yang mereka usulkan dengan bernas....inikah golongan yang akan memerintah negara pada masa 5tahun lagi....dan juga pemuda PKR dan DAP.....jangan terlalu takut kepada bayang2 sendiri....kerja berpuak-puak....kalau rakan yang cuba memberi pendapat yg membina tapi tidak kena dengan pendapat ketua maka akan dipulaukan....bagaimanakah nanti untuk kita (PR) mentadbir urus kerajaan pusat???saya cukup menekan perkara ILMU...ILMU....ILMU...ILMU......mungkin golongan muda PR selalu mengambil jalan mudah dengan merasa kehebatan ilmu dalam diri anda sudah cukup untuk mentadbir negara kelak.....tetapi pada saya saya akan mengambil jalan yang susah..iaitu dengan cara memperbaiki diri, mengajar diri berfikir dan melihat persekitaran secara analytic dan dialectic berteraskan disiplin ilmu Islam yang ada pada hari ini...Masalah kito ialah puak yang analytic dan dialectic tidak ada disiplin ilmu Islam dan ditimpa pula penyakit perasan bahawa mereka pun boleh menghurai dan mentafsirkan ajaran Islam semato-mato kerana mereka boleh baca terjemahan al-Quran.....pendekatan atau rapoo kito kepada golongan UMNO perlulah berbagai...tapi hendakalah berteraskan AL-QURAN...... Yang ada disiplin ilmu Islam pula asyik jadi tukang hafal dan dogmatic dengan pemikiran orang lain, kelihatan malas berfikir dan kalau bersembang dengan mereka , amat membosankan!.....kito perlukan penguasaan keseluruhan ilmu....ilmu agama.....politik...sosial....ekonomi...sukan.....antarabangsa....saham....pendidikan....barulah kito menjadi bakal pemimpin yang UMMMPH...(bak kato mat sabu).....begitu jugak dgn PR PKR...kuasai ilmu agamo itu penting......jgn berjuang kerana DSAI......tapi berjuanglah kerana ALLAH SWT....kerana segalo yang kita perolehi hari ini kemenangan 5 negeri adalah hanya sementaro.....jika kito gagal memerintah dengan baik....tidak mustahil kito akan kecundang kelak.........TAKBIRRRRRR3X......DEMI ISLAM DAN KEADILAN.....janggut....

Thursday, November 20, 2008

TOLONG BACO ARTIKEL INI....WAHAI PR..BERSATULAH KITA..

OTAK UMNO DALAM PAKATAN RAKYAT....JANGGUT..
Hegemoni ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli PKR.Ketuanan Melayu ini juga "mencelarukan pandangan agama" sebahagian anggota-anggota PAS. Ketuanan Melayu ini juga memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli DAP.Kelemahan ini jelas terpampang dalam kes pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pelantikan ini telah mencarikkan kulit ahli-ahli PKR, PAS dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.Semua ini membuktikan bahawa falsafah ketuanan rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.Ketuanan rakyat ialah falsafah yang tidak menobatkan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan rakyat tidak berpaksikan bangsa atau agama. Ketuanan rakyat melihat keupayaan individu. Ketuanan rakyat melihat keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengungguli dan menobatkan seseorang bukan kerana seseorang ini Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan atau apa sahaja.Ketuanan rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu dibantu bukan berasaskan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasaskan yang paling layak mendapat bantuan.Ketuanan rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan rakyat mengajukan dasar meritokrasi.Kita melihat selama 50 tahun bagaimana dasar ketuanan Melayu telah memporak-perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti, semuanya merosot.Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendak meramaikan Melayu ke pusat pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu dapat belajar tapi nilai ilmunya di bawah sifar.Melantik Melayu menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan keunggulan ilmu. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan, hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan dirasuah.Apabila terjadi sedemikian, yang dinaikkan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Gejala ini bukan lagi satu rahsia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ia Melayu atau Islam. Pandangan ini salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Perlembagaan dan undang-undang diwujudkan untuk menobatkan keadilan, bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.Dalam ketuanan rakyat, keadilan milik semua.Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana seseorang itu Islam, Cina atau Melayu tidak akan menjamin apa-apa. Terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan "hidup Melayu" dan "ketuanan Melayu". Hasilnya elek.Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keislaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak, yang paling berpengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian anggota DAP ini yang masih memiliki faham kecinaan yang tebal. Pandangan kecinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya daripada kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAP-nya, maka muncullah kecinaannya.Pandangan kecinaan ini juga wajib dilawan dan ditentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Kemelayuan dan kecinaan ini buah kelapa berbeza dari tandan yang sama. Kecinaan dan kemelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah ketuanan rakyat.Islam adalah agama yang tidak memandang warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli PAS yang menentang pelantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gendernya, maka amat jelas ia menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli parti jenis Islam ini terhadap agama masih cetek dan amat-amat disangsikan.Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutbah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat. Islam itu tidak memandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar, maka kelihatan kulit kemelayuannya jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam wajah Islamnya.Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep ketuanan rakyat yang berpedomankan meritokrasi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan Islam, malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kepercayaan, bangsa atau gender, maka pandangan agama ini salah dan wajib dilawan.Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.Kejulingan dan kepencongan pandangan daripada satu jalur kabilah PKR, DAP dan PAS ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini memunculkan kulit Melayunya, kenapa kabilah PAS ini mencuak kulit tidak Islamnya, dan kenapa kabilah DAP memunculkan kulit kecinaannya.Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar daripada PKR, PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.Dalam kepala mereka ada fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran seperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah, mereka akan memberatkan saku perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus mengganggu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia baru.Dalam Malaysia baru, ketuanan rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia baru, anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memiliki hak yang sama.Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat.

Friday, November 14, 2008

Futsal Siratulrahim Teluk Kemang & KONVO PASTI Kuala Pilah









KEJOHANAN FUTSAL YB DATO' KAMARUL BAHARIN
Angkatan Muda PKR Bahagian Kuala Pilah dilaporkan akan mengantar 5 pasukan ke Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Kamarul Baharin (Ahli Parlimen Telok Kemang) yang akan diadakan pada 16 November 2008 (Ahad) bertempat di Alam Megah Sports Arena. Pasukan-pasukan tersebut terdiri darti MAA FC (Dun Pilah), 3 pasukan dari DUN Juasseh dan 1 pasukan (NSVK FC) dari DUN Johol. Semoga pasukan tersebut memperolehi kejayaan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Sdr. Nizam Razak di talian 017-2607762 . Sehubungan dengan itu, Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh mengucapkan syabas kepada Helmi Event dengan terbentuknya pasukan ini di bawah penyertaan wakil dari PR DUN JUASSEH. Selamat bersukan dengan harapan kejohanan ini dapat membentuk jati diri yg kental dari kalangan pemuda. Terbentuknya pasukan ini ternyata diatas dasar kesepakatan yg tinggi di kalangan pemuda PR. Ini di lihat sebagai satu usha untuk mengeratkan dan menyatupadukan setiap gerak kerja pemuda serta penglibatan di dalam sukan yang di anjurkan. Sekalung tahniah dari Pejabat PR Juasseh/Jemapoh dgn doa dan harapan perpaduan ini dapat di kekalkan demi memantapkan lagi kekuatan dan halatuju pemuda.MAJLIS KONVO PASTI KUALA PILAH Buat pertama kalinya Majlis ini akan di adakan di Tapak Pejabat PR Juasseh/Jemapoh pda hari Ahad ini 16/11/2008 bermula jam 8.am. VISI Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.MISI Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam. Bukanlah sesuatu perkara yg mudah untuk memikirkan sumbangan yg harus di berikan kepada mereka yg telah berjasa kepada anak2 kita selama ini. Ini kerana tidak semua perkara boleh di hargai dgn wang ringgit dan kebendaan. Atas kesedaran inilah Pejabat PR Juasseh/Jemapoh telah bersama2 dgn AJK Pasti KP mengembeling tenaga untuk mengajurkan Majlis PASTI yg julung-julung kali diadakan ini. Disamping berkumpulnya anak2 bersama-sama keluarga, majlis ini juga bertujuan untuk menemukan ahli-ahli perniagaan, badan swasta, para pendidik dan ilmuan, bertukar2 pandangan dan idea untuk sama2 menobatkan kualiti pendidikan. Harapan dan doa kami agar majlis tersebut menaikan semangat supaya bersedia untuk menaburkan bakti demi kemajuan pendidikan di negeri ini umumnya dan di Kuala Pilah ini khasnya. Insyaallah.... PASTI Jemapoh akan terbentuk dlm masa terdekat ini. Pelbagai khidmat akan cuba di sediakan untuk kesejahteraan anak2 dan keluarga.http://picasaweb.google.com/GUA1964/KonvokesyenPASTI2008?authkey=1lIKbdl0W-g# (KLIK GAMBAR)

Wednesday, November 5, 2008

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI KG KOK TALANG KUALA PILAH N9

Satu ceramah pakatan rakyat akan diadakan seperti tempat dibawah:

Tempat : Kg. Kok Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah NS. (Masuk dekat nak sampai dam talang)
Masa : Ahad - 9/11/08 jam 8.00mlm.
Penceramah : 1) Ustaz Badrul Amin (amt keadilan pusat)
2) YB. Saari Sungib (Adun Hulu Kelang, Selangor), merangkap ketua penerangan
Pas Selangor dan bekas ISA.
3) En. Nordin (Ketua Bahagian PKR Kuala Pilah).
Tajuk Ceramah : Isu ekonomi, Bajet Parlimen, dan Isu Semasa.

Sila hubungi - 013-3938854 (mediaprjoseh)@0716207762(amk Bah. KP)

Sila war2 kan dan jom datang beramai-ramai...........DEMI ISLAM DAN KEADILAN.....reformasi......

Thursday, October 30, 2008

Al-Fatihah


Malam ini Bonda salah seorang orang kuat kita, En Ariffin telah meninggal dunia di Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. ( AlFtihah ) Jenazah akan dibawa ke rumah beliau dan akan di jangka sampai pada pukul 11.00pm malam ini.
Akan dikebumikan besok Jumaat.
Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan para ambia.

Friday, October 24, 2008

DEEPAVALI NAL VALTHUKKHAL !!!!!!!








PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH

ingin merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu.
Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang bakal diraikan pada hari Isnin ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.
Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal!
Pesta Cahaya ini juga memungkinkan, teman2 yg beragama Hindu dan para sahabat yg di tahan ISA sentiasa memperolehi ketenangan
. Seperti kata Dato' Seri Anwar: Jasadku yg terpenjara, namun percayalah, rohku sentiasa merdeka menuntut keADILan.

Wednesday, October 22, 2008

KEJATUHAN EKONOMI GLOBAL & MALAYSIA

Assalamualikum............
Mutahir ini cuaca ekonomi yang amat tidak menentu amat membimbangkan kita. Kejatuhan pasaran saham beberapa negara ekonomi besar dunia seperti US, British, Jepun, EU dan Asia terus memberi petunjuk ketidakstabilan ekomoni global. Ia terus menjunam tanpa nampak alasan untuk naik semula.

"Brazil's benchmark Ibovespa index closed down 10.2 percent at 35,070. Mexico's IPC index sank 7 percent to 18,787, its biggest loss since 2000"
"Chile's benchmark IPSA index fell 5.9 percent to 2,392, while Colombia's IGBC dropped 4.9 percent to close at 7,285."
"Japan's Nikkei 225 stock average fell for the first time in three days, dropping 631.56 points, or 6.79 percent, to 8,674.69, while Hong Kong's Hang Seng sank 5.2 percent and South Korea's main index shed 5.1 percent."
"Earlier, Britain's FTSE 100 index of leading shares closed down 189.84 points, or 4.5 percent, at 4,040.89, while Germany's DAX fell 213.34 points, or 4.5 percent, at 4,571.07. The CAC-40 in France ended 177.22 points, or 5.1 percent, lower at 3,298.18."
"In China, the benchmark Shanghai Composite Index fell 3.2 percent to 1,895.82".
"In currency markets, the dollar surged to multi-year highs against the Canadian dollar, British pound and 15-nation euro Wednesday on anxieties about the deteriorating economies overseas and growing expectations that central banks will cut interest rates.
The euro traded at $1.2866 in late afternoon New York trading. Earlier, the currency bottomed at $1.2736, its lowest point since November 2006. The British pound slumped more than 6 cents to its lowest level in five years after Bank of England governor Mervyn King hinted at further interest rate cuts to come and warned that the British economy is now likely in recession. The pound slid to $1.6337 from $1.6946, after hitting $1.6138 earlier in the session — its lowest point since September 2003."

* Owing to a problem with our vendor, the Hang Seng index is incorrect. We apologize for this error.
World Markets
ADRs FTSE DAX CAC Currencies World Biz Headlines
Asia Pacific & Australia
Index
Change
%Change
Level
Last Update *
Australia
ASX 100
-122.70
-3.59%
3,292.90
10/23 11:02am
Australia
ASX All Ords
-150.80
-3.66%
3,969.30
10/23 11:01am
Australia
ASX Mid-cap 50
-104.50
-2.71%
3,752.60
10/23 11:01am
Hong Kong
Hang Seng
-774.57
-5.15%
14,266.60
10/22 5:59pm
Hong Kong
HSCC Red Chip
-183.38
-6.16%
2,793.73
10/22 4:35pm
Japan
Nikkei 225
-335.76
-3.87%
8,338.93
10/23 9:15am
Europe
Index
Change
%Change
Level
Last Update *
Belgium
Bel 20
-120.72
-5.78%
1,968.63
10/22 6:07pm
Europe
DJ Stoxx
-117.01
-4.99%
2,226.85
10/22 7:00pm
Europe
Euronext 100
-29.93
-5.10%
557.30
10/22 6:08pm
Europe
Euronext 150
-36.88
-3.52%
1,010.18
10/22 6:08pm
France
CAC
-177.22
-5.10%
3,298.18
10/22 6:12pm
France
SBF 80
-132.05
-3.58%
3,557.53
10/22 6:12pm
France
SBF 120
-122.29
-4.91%
2,370.38
10/22 6:12pm
Germany
DAX
-213.34
-4.46%
4,571.07
10/22 6:31pm
Germany
MDAX
-242.60
-4.34%
5,353.69
10/22 6:31pm
Germany
TECDAX
-30.56
-5.44%
530.97
10/22 6:31pm
Netherlands
AEX
-14.28
-5.30%
255.08
10/22 6:07pm
Norway
BRIX
+2.84
+0.07%
3,937.14
10/21 12:00am
Norway
OSE Industry
-17.40
-1.03%
194.53
10/22 5:28pm
Sweden
OMX
-24.61
-3.69%
642.19
10/22 5:43pm
Sweden
OMSX All Share
+1.39
+0.66%
210.82
10/21 12:00am
UK
FTSE 100
-188.84
-4.46%
4,040.89
10/22 4:46pm
UK
FTSE All Shares
-91.03
-4.27%
2,038.43
10/22 4:47pm
UK
FTSE Eurotop
-108.26
-5.43%
1,884.08
10/22 4:45pm
UK
FTSE Techmark
-52.72
-4.38%
1,149.83
10/22 4:47pm
Americas
Index
Change
%Change
Level
Last Update *
Canada
TSE 300
-558.92
-5.71%
9,236.88
10/22 5:05pm
Canada
CDNX
-68.76
-7.09%
900.63
10/22 5:05pm
Canada
S&P/TSX 60
-34.25
-5.81%
554.80
10/22 5:05pm
Open Closed* N/A* N/A

cnnad_createAd("869416","http://ads.cnn.com/html.ng/site=cnn_money&cnn_money_position=628x215_bot&cnn_money_rollup=markets_and_stocks&cnn_money_section=quigo&cnn_money_subsection=homepage¶ms.styles=fs","215","628");


Tentu saja maklumat ini memberi kesan impak dan panik yang amat besar kepada Malaysia, tapi malangnya pemimpin-pemimpin UMNO BN masih berdolak dalih dengan menyatakan ekonomi semasa Malaysia msih baik dan tidak akan terjerumus teruk. Apa punya pemimpin, kau nak tipu siapa? Orang kampung ? Sedarlah kalau ekonomi besar boleh jatuh, apa hebatnya Malaysia yang masih bergantung kepada dunia luar. Tak tahulah kalau selama ni pasaran stok hebat berbanding luar. kalau hebat kenapa nak nak pinjam dari EPF@KWSP duit rakyat ni. 5 bilion bukan angka kecil wahai Najib. Masa senang pun cuma dapat 5.6% pulangan EPF ni, sekarang ?
Tahap kejatuhan sekarang atau akan datang pasti memberikan kesan langsung kepada rakyat, kita tengok pengangguran akibat penutupan kilang-kilang akan berulang. Muhyiddin menyatakan warga Malaysia diberhentikan kerja ( Kira-kira 10,000 orang ) di Singapura boleh kembali meminta bantuan kerajaan. Kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak dulu masih belum menunjukan tanda-tanda penurunan walaupun harga minyak turun akhir-akhir
ini.
Dikhuatiri mungkin lebih hebat dari krisis 1997 nanti. Amaran ini telah dinyatakan oleh DSAI beberapa bulan lalu, tapi mengapa egonya BN menolak idea dan amaran ini ? Mangsa siapa? rakyat juga. Kerajaan minta kita ubah cara hidup, pada hal mereka sendiri berubah tak.
Mari kita lihat lakonan pemimpin kita lagi, disamping itu berhati-hati, berjimat dan berdoa kepada Allah agar negara kita di beri kesejahteraan.