Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, November 19, 2012

Bila Rakyat Asing Penentu PRU13 nanti..??

Agak sekian lama pemerintahan negara ini, kemenangan atau undi penentu selain dari undi pos, bahawanya rakyat asing juga turut menjadi penyumbang. 

Di Sabah di awal 2000, kemenangan Yong Tek Lee dari BN terbatal oleh hakim Kamil kerana terbuktinya di penuhi oleh undi2 pendatang. Atas kejayaan yg terlampau itu, maka Umno BN dengan projek menghalalkan kad pengenalan yg diilhamkan oleh Mahathir dan telah di susun oleh arwah Megat Joned ini, kini ianya telah meluaskan ke Semenanjung dan menjadi taktik terpenting pada setiap PRU. 

Lambakan bukti melalui program beberapa siri BERSIH, tidak diendahkan oleh pimpinan kerajaan. Malah bantahan BERSIH tersebut disekad dengan provokasi dan tindakan ganas kejam yg melampau. 

PRU13 yg akan tiba bila2 sahaja dari sekarang. Sekali lagi projek Mahathir akan diguna pakai dan ianya akan lebih dasyat dengan ratusan ribu yg telah didaftarkan. 

Di Jemapoh/Juasseh juga tidak ketinggalan. Sebuah perkampongan Myanmar telah agak lama terbentuk. Deretan rumah-rumah batu mereka agak lebih hebat dengan kereta yg canggih2. Cumanya kita mungkin terlepas pandang dan mungkin diantara kita tidak pernah ziarah ke perkampongan tersebut.  

Apakah mereka juga salah satu projek Kad Pengenalan Biru Mahathir/Megat Jonet????  

Sila beri perhatian kepada semua Jentera. Perkampongan tersebut terletak di belakang Stor JKR dan Tangki air antara jln utama Jemapoh-Juasseh berhadapan projek perumahan terbengkalai yg sedang baik pulih semula. 

 





 




Monday, November 5, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya

Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.

Dalam  pada yang sama di padang MPS Seremban  telah di adakan Konsert Perpaduan yang di hadiri oleh Artis yg ternama Hattan, M Nasir dan beberapa artis tempatan. Seawal lagi merujuk kepada kata2 janji Najib  sewaktu Bersih 3.0 ingin berhimpun ,  kerajaan bersedia membenarkan digunakan dalam stadium. Tapi tidak kerajaan NS yang memberi alasan bahawa padang MPS telah ditempah awal oleh penganjur Konset Perpaduan. Sedihnya....khabarnya konsert yg di belanjakan hampir RM300-500 ribu itu hanya di datangi cuma 120 orang.

Untuk mengelakan rakyat berhimpun di Seremban Jaya, mungkin konsert diadakan.....Sesungguhnya Umno BN...hiburan hanya sampingan...Rakyat kini bangkit untuk bersama-sama beberapa pimpinan berkongsi mandat yg bakal disampaikan. Hujan bukan penghalang. UMNO BN semakin gagal dengan sogokan..





Thursday, November 1, 2012

Al Fatihah. Alang Cha ah. Bakal Calon DUN Johol Nahas jalan raya.


 

Shaharudin Md Isa atau lebih di kenali Alang Cikgu Chaah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya berhampiran Rumah Rakyat Senaling, Kuala Pilah pada 1hb Nov jam 11.15 pg. Takziah untuk seluruh ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

 Innalillah wa inna ilaihi raji'un

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ


“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang 

 terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Sebaik sahaja dapat berita musibah, penulis terus ke  Hospital Tuanku Ampuan Najihah K Pilah. Waktu itu Ambulan baru saja sampai dan sempat membantu menurunkan usungan jenazah ke bilik mayat. Terdapat kecederaan seolah2 berlubang di bahagian antara kepala dan tengkuk belakang yang membuatkan darah terus mengalir. Sebelum itu arwah Alang Cha ah melalui jalan rumah rakyat senaling berhadapan rumah Chegu Hamzah dengan bermotosikal.dan terlanggar boggol jalan. Arwah tercampak dan kepalanya terhentak ke jalan raya. Arwah meninggal di tempat kejadian,

Sewaktu di bilik mayat. beberapa rakan ada mengatakan kemungkinan arwah Alang Cha ah diserang jantung sebelum merempuh bonggol jalan. 

Arwah mendapat pendidikan menengah di Sek Men Sains Tuanku Jaafar K Pilah 1976 dan berpindah ke Sek Men KGV di awal 1979 hingga 1981. Bersama-sama Abang yg tua Along Zainal, Angah Tajuddin dan penulis aktif dalam sukan Ragbi mewakli Squad sekolah, Negeri Sembilan sehingga peringkat kebangsaan.

Melibatkan diri dalam poltik Umno hingga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah sebelum di tewaskan oleh Dato' Ismail Lasim (juga rakan di KGV). 

Maklumat daripada rakan-rakan Umno, bahawa Arwah turut tersenarai bakal calon untuk DUN Johol di PRU13 nanti.
Maklumat
Mengenai
  • Menetap di 2846, kg. lending, Johol, Negeri sembilan. 
  • Guru Besar sk. Dato' Inas johol. 
  • Pkpgb di uthm, parit raja, batu pahat 
  • hp - 013 6601384
  • Menetap di Johol
  • Lahir pada 7hb Mac 1962
  • Berbahasa Melayu, English
  • Lelaki

Hilangnya seorang rakan sekolah, rakan ragbi dan rakan berhujah. Alang....kita pernah bersama-sama dalam wadah Umno. Cuma kini kita hanya berbeda parti siasah. Moga Alang aman disana dan terhimpun bersama-sama orang yang soleh.






Monday, October 8, 2012

Lajim & Aspan membuka Gelanggang Dun Juasseh

 
From Ceramah7hb Oct 12





Aspan mantan Parti Semangat 46 dan AJK Umno Bahagian Kuala Pilah DAN Lajim Ukin yang baru sahaja melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri, membakar semangat DUN Juasseh ke arah perubahan PRU13 nanti.

Aspan yg berasal dari Kg Padang Lebar adalah mungkin anak Melayu pertama memberanikan diri menyertai DAP yg cukup digeruni Melayu suatu ketika dulu. Ketakutan Melayu terhadap DAP yg tertutup lama oleh pecak silat UMNO selama ini telah membuka mata Melayu khususnya Di Kuala Pilah dasar perjuangan yg ingin menghapuskan rasuah, salahguna kuasa dan kini bersama2 PR untuk membentuk sebuah negara berkebajikan,

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebelum ini juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menjadikan Juasseh lawatan & ceramah yg pertama di N Sembilan. Keberanian dengan  Mengenggam prinsip untuk melihat terteggaknya keadilan di negara ini telah melepaskan jawatan dan keistimewaan setelah UMNO gagal dan sering bersifat retorik..

Atas sifat keberanian ini lah mungkin membuka semangat warga Juasseh telah hadir membanjiri Dataran Islah Jemapoh untuk sama2 berkongsi maklumat dan semangat Panglima Datuk Seri.

Simpanan Tetap Umno semakin susut di SABAH

Daripada 60 kawasan DUN di Sabah... 10 kerusi Cina dalam tangan PR.

Daripada 20 kerusi Kadazan Dusun Murut, 15 kerusi di tangan PR

Dan 20 kerusi daripada 30 kerusi majoriti muslim akan ditawan PR.

InsyaALLAH... PRU13 nanti Sabah bakal ditawan PR....



Atas slogan SABAH " Ini Kali Lah" untuk sama - sama kita bina dan bentuk jentera gerak kerja yg mantap untuk berhadapan dengan jentera UMNO yg serba canggih tetapi penuh putar belit. 


Sunday, September 16, 2012

MATC Yg Ke Sebelas Cabang Kuala Pilah


Syabas & Tahniah....!!! 

Dalam kesibukan diakhir Syawal dan dalam kesibukan jemputan kenduri....pendokong Keadilan tetap hadir demi tanggung jawab kepada Parti. 

Hari demi hari...gabungan Orang Lama dan baru, selang seli dengan bahas dan hujah yg cukup mematangkan ahli dan Parti. 

Lagak2 pendebat dalam emosi dan tawa...dapat dirasai kemeriahan dewasanya PKR. 

Diakhirnya....gerak jentera pilihan raya perlu diperkemaskan...perlu pertajamkan dan perlu diperkemaskan. Kerana kejayaan tidak terjadi dengan sendirinya tanpa usha dan kesungguhan.

Friday, September 7, 2012

RANTAU Kawasan MB NS Semakin Terancam





Ribuan rakyat Negeri Sembilan hadir ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Rantau (kawasan DUN yang diwakili MB NS).Angin perubahan makin kencang bertiup di bumi Negeri Sembilan! Jom jatuhkan BN.
 
 

Sebelum itu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah.
 
Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M. 
 
Maksudnya ialah UMNO BN akan berkubur apabila rakyat sudah celik mata dan memilih Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Putrajaya.

Dalam erti kata lain juga, Mahathir cuba mengugut agar rakyat memilih BN lagi untuk PRU akan datang ini.

Mahathir tahu bahawa kerosakan yang telah dilakukan pemerintah UMNO BN terhadap rakyat dan negara ini terlalu teruk, dan dengan sebab itu rakyat tidak akan lagi memberi peluang kepada UMNO BN memerintah jika PR berkuasa kerana nanti rakyat dapat membezakan "keadilan" kerajaan PR sepertimana yang telah ditunjukkan di negeri-negeri ia sedang berkuasa seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Mahathir resah gelisah segela kebobrokan pemerintahan UMNO BN akan terbongkar apabila PR berkuasa, terutama kekejaman dan kezaliman yang bermula di era pemerintahannya sendiri. Menganaktirikan pembangunan bagi negeri-negeri yang diperintah oleh PAS dengan merembat royalti kerajaan-kerajaan negeri tersebut melalui penghapusan Perjanjian royalti dengan menggantikan wang ehsan.

Pembelakangan konsep "federalisma" yang dilakukan bermula di era pemerintahannya sudah pasti akan ditamatkan dan ini cukup meresahkan Mahathir dimana beliau boleh didakwa di mahkamah dan dihukum lantarannya.

Dan banyak lagi penyelewengan serta salahguna kuasa oleh pemerintahan UMNO BN akan terbongkar sebaik saja ia turun dari takhta yang menyebabkan tak mungkin lagi UMNO BN dapat bernafas di dalam gelombang "kebenaran dan keadilan" yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Dan Allah pun telah berfirman:

“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap” ( Al-Israa’:81)

Sunday, September 2, 2012

PR N Sembilan Bersama Rakyat



 
Walau pun kehadiran Naib Presiden Nurul Izzah Anwar agak lewat.,..namun Dataran Melang tetap di banjiri oleh orang ramai. 

Beberapa barisan pimpinan PR NS termasuk Cabang dan kawasan Kuala Pilah turut menyampaikan Salam Eidul Fitri. 

Dalam kemeriahkan Syawal ini, sama-sama lah kita memohon kemaafan di samping memperkasakan jentera dalam PRU 13 yg datang dan semestinya juga tercetusnya  pilihanraya yg tersengit dalam sejarah Melaysia.

Sepanjang pemerintahan UMNO BN, mereka kerap kali telah melanggar adab2 demokrasi tanpa menghormati bulan Syawal yg mulia ini. Moga Syawal tahun ini adalah tahun terakhir untuk sebuah barisan Parti yg korup dan zalim.

Saturday, September 1, 2012

Jelajah Merdeka Disabotaj

Walau pun jasad terpenjara, roh perjuangan terus meresap di setiap sanubari rakyat. Seboyan keadilan cuba dipatahkan berbagai cara. Gelombang dan Badai sebagai ujian yg terus ditempoh. Onak dan duri terus dirempuh. Namun mengangkat tangan tidak sekali. " Membujur Lalu...Melintang Patah "
 

Walau diserang, Bas Merdeka Rakyat tetap meneruskan program gelajahnya
Serangan samseng ke atas bas Merdeka Rakyat berkenaan gagal mematahkan kemaraan jelajah tersebut.

Bas tersebut telah mula bergerak menuju ke distinasi jelajah seterusnya, Grik.
Pagi tadi kira-kira jam 4.30 pagi Bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.
Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan Bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.


Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam dua pagi selepas ceramah perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.

Ia disedari pemandu bas berkenaan, SP Raman, 39, yang kemudianya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Bharu dan siasatan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fazillah.
Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsulkamar dipetik berkata kos membaik pulih bas berkenaan dianggar lebih RM10,000.
Sementara itu, pemandu bas SP Raman pula berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang tidur di tingkat atas bas.

“Saya dengar ada bunyi kaca pecah. Saya segera keluar bas dan nampak ada sebuah kereta Proton Wira dengan bunyi bising, laju meninggalkan tempat ini. Kemudian, saya nampak ada dua batu dan dua plastik cat berwarna merah di tepi bas,” katanya seperti dilapor Keadilandaily.

Saturday, August 25, 2012

Mahathir Menyusun Strategi...Rampas Kuasa...???


www.malaysiakini.com

 Najib Razak/Rosmah terus terkedul dan sakit kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasana dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.
Mahathir Mohamad

Kemunculan Najib sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.

Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang. Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.

Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.

Apakah Mahathir memahami erti syaitan dan malaikat? Apakah dia membaca sejarah dan biografi kedua mahkluk Allah itu. Syaitan dan malaikat jauh bezanya umpama langit dengan bumi. Syaitan telah terang-terang memperakui akan melakukan tipu daya ke atas manusia bahkan dia berjanji untuk menggoda manusia dari syurga hingga ke atas muka bumi sampai kiamat. Berapa kali di dalam Quran menyebut Allah s.w.t. mengutuk dan mengecam syaitan (sama ada dikenali atau tidak) berbanding dengan malaikat. Inilah kesongsangan dan kejahilan Mahathir dalam agama yang cukup bahaya kalau tidak ditegur.

Berlainan dengan malaikat, tugasnya ialah membawa rahmat, menjaga manusia zahir dan batin. Dalam konteks fungsi dan peranan kedua makhluk ini lebih baik mendekati malaikat yang tidak kenal sebab fungsi dan tugasnya membawa rahmat dan tidak akan mempedayakan manusia.  Malaikat sama ada kenal atau tidak dia tetap akan membawa rahmat.

Syaitan walaupun baik dengan berbagai bentuk penyamaran ia tetap jahat dan kerja-kerjanya membimbing manusia ke arah jahat. Apakah selama ini Mahathir mengambil syaitan yang dikenali untuk menjadi kawannya menyebabkan hidup dan karektor politiknya rencam dan songsang seprerti hari ini? Menghentam Pas, menghentam Anwar tanpa ada henti-henti. Menghentam juga Abdullah Badawi yang cuba membawa malaikat ke dalam raga Umno? Begitukah. Begitulah agaknya.

Perumpamaan dan bidalan Mahathir itu tidak kena. Rakyat yang ada latar belakang agama dan pengetahuan serta tahu mengenai rukun-rukun imam tidak akan mudah terpengaruh dengan gesaan Mahathir itu. Melainkan mereka yang jahil mengenai rukun imam akan menerimanya, akan merasa senang hati dan menganggap syaitan itu sebagai sahabat manakala malaikat yang baik itu musuh yang perlu ditinggalkan jauh.

Mahathir juga perlu meralatkan kata-kata berbunyi; "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya seperti dilapor.

MasyaAllah tergamak Mahathir bermadah demikian mengatakan malaikat juga melakukan kehilafan? Di sini Mahathir menafikan akan penjelasan dan pengakuan bahawa malaikat itu adalah makhluk suci yang tidak ada nafsu amarah. Kata-kata Mahathir itu boleh dianggap dia menyamakan malaikat dengan syaitan. Sebenarnya kata-kata jahil murakab begitu tidak menghairankan kerana sebelum ini Mahathir banyak kali mempersendakan agama dan batang tubuh Nabi kita Muhammad s.a.w. dengan kata-kata yang sikir telinga untuk mendengarnya. Bahkan hudud juga menjadi bola mainan di mulut rapuh Mahathir.

Satu masa beliau pernah mempersendakan orang yang simpan janggut dan memakai jubah. Apabila orang yang cuba meniru sunnah Nabi itu dengan menyimpan janggut, beliau memberi helah kononya Rasulullah menyimpan janggut bukan ada apa-apa keberkatan dan hikmah di sebaliknya, tetapi kerana waktu itu tidak ada gillate (pisau cukur) untuk Nabi mencukur janggutnya.

Begitu sekali tohor dan jahilnya Mahathir dalam memahami sunnah dan perbuatan Rasulullah. Mempersendakan amalan Rasulullah begitu ia boleh meletakkan akidah Mahathir dalam keadaan sengget kalaupun tidak jatuh dan tercelup lumur hanyir.

Mengenai Mahathir ini banyak yang menghirankan kita dan sama sekali tidak sangka orang dianggap bijak, membangun Malaysia, bapa pembangunan moden Malaysia atau Kamal Altartuk Malaysia masih bermain dengan politik ala-ala budak. Misalnya beliau terus mempertikaikan dan memperkecilkan janji-janji atau agenda politik Anwar. Beliau membuat jahil mengenai janji politik.

Katanya politik Anwar macam Barak Obama di mana banyak berjanji tetapi tidak ada jaminan untuk melaksanakannya. Apakah Mahathir masih bangun awal dari tidur dan membuka internet membaca blog-blog pro pembangkang? Kalau Mahathir bangun lewat dan hanya membaca Utusan, Berita Harian, tonton tv RTM dan TV3 serta hanya membaca blog-blog pembodek dan pentaksubnya beliau tidak akan menemui jaminan dimaksudkan itu.

Tidak payah pergi jauh Mahathir cuba baca kenyataan-kenyataan dikeluarkan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli. Di situ sahaja kalau Mahathir ikhlas beliau dapat jaminan terhadap janji yang dibuat oleh Anwar itu. Tetapi kalau beliau ralik dan asyik baca media PB beliau akan menemui bidasan mengatakan semua agenda yang diperkenalkan Anwar dan PKR hanya akan membankrupkan negara? Tidak sepatutnya orang sebijak Mahathir terus membaca pendapat dan pandangan orang yang berfikiran sempit penuh emosional yang disiarkan media PB itu.

Duhai Mahathir belajar bangun pagi dan buka internet selepas Subuh. Jangan hanya menulis blog tetapi diisi oleh orang lain kita sendiri buta dan tutup mata, telinga dan hidung kepada syarahan orang lain dalam internet. Ambillah sdedikit keadilan untuk mengseimbangkan diri.

Kalaupun hendak ambil tugas Najib dalam menyerang Anwar ambillah secara baik dan lakukan kerja yang diamanahkan Najib itu dengan baik. Jangan pula kita menjadi tikus yang cuba membaiki labu. Kalau diperhatikan banyak pandangan Mahathir dalam hendak membela Umno terjadi sebaliknya, bela membawa celaka.  Sikap Mahathir menegur Najib daripada mengumumkan (bentuk) suruhanjaya bebas RIC di Sabah telah mencalarkan imej Najib sebagai seorang perdana menteri. Sebagai bekas PM Mahathir tidak sepatutnya menghalang Najib dan berikan peluang kepadanya.

Tindakan atau sikap merasakan diri sendiri pandai dan bijak seperti mana dilakukan ke atas Abdullah Badawi dulu tampaknya dihala pula kepada Najib. Apakah Mahathir mahukan Udin anak Yassin mengambil alih kepimpinan Umno dan tidak yakin pilihan raya ke-13 Umno akan menang dua pertiga kalau ia dinokhodai Najib. Nampak-nampkanya begitulah?

Ada pertemuan sulit di antara Mahathir dengan Muhyiddin paling baru mengenai agenda ini masih belum terdedah lagi?

Sunday, July 29, 2012

Najib Serba tak Kena.....

Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.

Kalau beberapa minggu lalu Pas menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN.
Welfred Bumburing
Penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR. Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada kerajaan UBN.
Perhijrahan atau bangkangan secara fizikal para pegawai kerajaan itu juga menunjukkan transformasi politik dan pentadbiran ditawarkan Ha Najib Razak tidak memberi apa-apa bekas. Ia tidak 'bersera' ke hati. Mereka menyedari bahawa segala perubahan dan janji-janji itu adalah retorik semata-mata. Ketidakpedulian kepada anjakan Najib itu menggambarkan perdana menteri itu tidak ada wibawa dan kredibilitinya lemah.
Kini di Sabah pula berlaku tindakan yang dianggap sebagai drastik dan dramatik. Dua orang pemimpin utama negeri itu yang lebih merupakan pembela rakyat, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing telah melakukan “hara kiri” dalam politik apabila mereka mengumumkan meletak jawatan dalam parti dan keluar dari BN. 

Paling merujakan tindakan mereka ini bukan bersendirian tetapi disambut ribuan rakyat. Rakyat Sabah bangkit bersama mereka. Sebelum ini bekas timbalan menteri kabinet BN, Kalakau Untul juga telah keluar meninggalkan parti dan menyertai PKR.

Tindakan mereka itu benar-benar menjadikan Najib bukan saja terkejut tetapi terlupa waktu berbuka puasa dan sahur. Rambutnya juga yang sudah tipis menjadi bertambah menipis menyebabkan daerah kebotakannya semakin meluas. 

Najib tidak terfikir bahawa akhirnya kedua tokoh rakyat yang berpengaruh itu mengambil keputusan. Mungkin selama ini Najib dan pemimpin UBN lain menganggap mereka hanya mengugut dan bermain dengan kata-kata. Shafei Afdal yang sebelum ini menganggap keluar parti adalah perkara biasa juga mungkin, sudah menjadi loyak dan mumai dengan apa yang berlaku. Pengistyharan rasmi penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dikepalai mereka boleh memabukkan Shafei.

 
Usaha Najib disaat akhir untuk menyelamatkan BN Sabah dari gara-gara goyangan mereka karam tidak berjaya. Sebelum ini katanya Najib terpaksa membatal beberapa majlis di Kuala Lumpur dan terbang malam ke Sabah bagai menyelesaikan kemelut dan ugutan, namun tidak berjaya. Najib pulang ke Kuala Lumpur dengan tangan kosong.

Apa yang berlaku itu bukan salah siapa melainkan salah Najib juga sebagai perdana menteri. Sudah lama mereka berkokok menimbulkan rasa kurang senang baik secara lisan maupun menerusi parlimen tetapi tidak dipedulikan. Najib membiarkan mereka dan menganggap suara mereka hanya suara peribadi dan bukan suara rakyat. 

Najib juga mungkin berfikir mereka berdua dan sekalian rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit. Cara Najib berpolitik dengan mengumpankan wang ternyata sudah tersilap.

Bekas ketua penerangan Umno Malaysia Hussein Ahmad penah menyebut cara Najib berpolitik tidak ubah seperti pemelihara harimau yang suka memberi harimau daging di mana akhirnya pemelihara itu akan dibaham harimau apabila suatu hari dia gagal menyediakan daging untuk harimau. “Politik Najib amat bahaya,” tegas Hussein.

Najib begitu angkuh dengan kekuasaan dan politik tabur janji dan wang. Sudah ratusan billion yang beliau taburkan kepada rakyat. Najib mengira semua rakyat boleh dibeli dan wang adalah kuasa mutlak. Sebenarnya fatwa dan petua itu silap sama sekali kerana bukan semua orang akan lalai dan ralik dengan wang.

Sejujurnya juganya Najib tidak ada cara lain untuk menawan rakyat melainkan dengan memberi wang seberapa sen kepada rakyat. Najib tidak ada modal dan aset peribadi. Dia menyedari akan kelemahannya serta kemampuannya sebagai pemimpin. Najib tidak mempunyai kekuatan diri sebagai pemimpin baik idea, wawasan dan juga  track rekod sebagai pemimpin. Sebagai orang yang tidak pernah diuji dan melalui liku perjuangan panjang Najib kering dengan pengalaman dan sejarah.
Apabila sudah sampai satu tahap di mana ketidakadilan berleluasa, kekejaman berlaku dalam apa juga sudut, penipuan di mana-mana rakyat tidak akan pedulikan lagi kepada wang dan kebendaan. Naluri manusia tidak kira siapa mahukan kepada keadilan dan kebenaran, benci kepada kemungkaran berterusan. Manusia yang sihat boleh ditipu sebanyak dua kali bukan untuk ketiga dan seterusnya melainkan yang otaknya bertompok dengan doktri Umno ala-ala Ahmad Maslan.

Lajim Ukin
Apa lagi bagi orang seperti Wilfred dan Lajim atau Kalakau itu, bagi mereka wang tidak memberi apa-apa makna lagi. Mereka sudah mempunyai wang. Sebagai orang yang ada ehsan dan sisa perjuangan rakyat mereka akan melihat kepada nasib rakyat. Apa yang dilakukan saya melihat kerana mereka ingin membela nasib rakyat negeri mereka yang tidak dipedulikan oleh Kuala Lumpur. Mereka juga sudah mulai sedar dari diperbodohkan oleh pemimpin UBN Semenanjung.

Manusia boleh bersabar, setahun, 10 tahun 20 tahun tetapi tidak selama-lamanya. Dalam kes ini rasa sabar mereka itu sudah pun mencair maka tindakan itu diambil.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah membahayakan UBN. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan Sabah akan bertukar tangan. Kali ini Pakatan Rakyat nampak seperti mendapat keuntungan itu.

Tawarikh telah dicatat di Sabah apabila berlaku perpecahan di dalam parti atau ada pemimpin meninggalkan parti, maka kerajaan yang wujud sebelum itu akan tumbang dan kerajaan baru akan naik. 

Dalam tahun 1967 kerajaan Sabah ketika itu tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmongun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar parti dan bergabung dengan Usno pimpinan Tun Datu Mustapa Harun.

Manakala pada tahun 1976 kerajaan BN Sabah pula tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Salleh meninggalkan parti dan menubuhkan parti Berjaya. Berjaya berjaya memerintah Sabah.

Nasib dialami Usno ikut sama dirasai Berjaya selepas itu apabila Pairin Ketigan dan Mark Koding keluar meninggakan parti dan menubuh parti baru PBS berfeudamental Kristian tahun 1985 berjaya menmgambil alih kerajaan. Bagaimana pun kerajaan BN yang dirampas PBS itu terselamat apabila BN bertindak ‘merampas’ kuasa seperti mana berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Berdasarkan sejarah dan pengalaman serta hukum karma itu sudah pasti apabila ada tiga pahlawan rakyat Sabah bergabung untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, kejadian sama akan berulang di mana kerajaan UBN Sabah akan tumbang dan tergolek jatuh dari gunung Kota Kinabalu dalam pilihan raya ke-13 ini. 

Sesiapa pun jika membelakangkan rakyat akhirnya akan dibalas rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak yang boleh mengugagat mana-mana kerajaan kandatipun sekuat Mahathir maupun Firaun. 
Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengistyharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN nanum dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai. 

Tsunami Politik Sabah Bermula



Video streaming by Ustream

Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)...

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,”
kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI






Video streaming by Ustream



Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar

TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.

Janji Pakatan

Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar.
-HD







Video streaming by Ustream

Semakin Berserabut...Dek terlampau mengampu




Respon 23 bloggers malaysia mengenai logo kemerdekaan 2012


Banyak juga bloggers yang menulis dan mengondem logo kebangsaan tahun neh ek. Sebenarnya logo hari kebangsaan tahun neh dikecam bukan sebab buruk tetapi sebab ;


- versi copypaste

- dipolitikkan

- tiada kesungguhan nak menonjolkan kreativiti


Kita tak masuk lagi bab wang oke. Kita pun tak pasti samada ia dibayar kepada syarikat tertentu untuk me-reka logo tersebut ataupun hanya kakitangan kerajaan jek yang me-reka2 logo tersebut.

Apa pun kat bawah neh pandangan yang dipetik dari 20 blog. Ada macam2 pandangan. Dan korang nilaikan sendiri kenapa logo hari kemerdekaan tahun neh dikritik dengan teruk.


1. "Kalau aku lah dihidangan dengan rekaan seperti ini oleh pereka grafik aku, dah lama aku koyak-koyak… tak kreatif langsung… memalukan kaum-kaum pereka je… jadi kepada pereka serta tukang lulus rekaan logo, takkan tak faham-faham bahasa lagi… bawa-bawa lah tukar, sempat lagi rasanya kalau nak tukar… jangan malukan diri lebih-lebih lagi negara…" - http://www.mr-merlot.com/

2. "Apa kemenda kalu ni dipanggil logo? Naz yang xreti design pun bole buat kalau camni, Copy paste dalam word je kot. Muahaha.. Yang pasti, para designer logo sume cam rasa dimalukan dengan design logo cmni. Adehh, bila hari kemerdekaan dipolitikkan...gini la hasilnya. Janji ditepati? Tu lagi lawak okey!!" - http://yslgalz213.blogspot.com/

3. "Yang terbaru berkaitan dengan Logo Kemerdekaan 2012. Yang aku rasa sangat-sangat bermotifkan politik. Sampaikan Logo Merdeka 2012 pun boleh dikatakan amatlah bermotifkan politik. Tambahan pula, logo macam terlalu simple. Sampaikan bila aku tengok penjelasan logo tersebut macam tak melambangkan kematangan kita yang dah pun merdeka selama 55 tahun." - http://aizatshafiq.blogspot.com/

4. "Apa kejadahnya logo macam ni dipilih jadi logo Hari Kemerdekaan negara ke-55 tahun? Semak dan sarat dengan elemen-elemen yang tak perlu pun. Slogan Janji Ditepati tu memang dah takde masalah pada aku, Tapi logo tahun ni, geleng kepala aku menengoknya. Tapi memang aku perasan sangat pun, tema Hari Kebangsaan sejak akhir-akhir ini memang dikaitkan dengan politik pun, jauh beza berbanding sebelum ini." - http://sembangbincang.blogspot.com/

5. "BUWEKKK!!...dan aku rasa ramai sebenarnya penggiat industri kreatif tak terkejut logo sebegitu diapproved. Ramai yang tak tau kot unofficial code of conduct nak design untuk Jabatan Kerajaan.." - http://cursingmalay.blogspot.com/

6. "Tahu tak perasaan mereka yang bekerja sebagai 'graphic designer' ataupun pereka design lepas mereka tengok logo ni? Cukup saya ambil dua contoh, Imran owner Sifoo.com dan Kukubesi Manipulasi, kedua-dua mereka cukup kecewa dengan design sambil lewa ni. Kesimpulannya logo tahun ni cukup mengecewakan." - http://diari-arif.blogspot.com/

7. "Logo kemerdekaan dari 2009 mula dipolitikkan...Bukan ke komputer designer kerajaan beriban2. Software canggih2. Tahap nie jer ke graphic designer kerajaan. Alahai. Memalukan betul graphic designer kat luar sana. Aku sendiri pown malu. Alahai. Malaysia oh tanah airku. Kuang3." - http://www.fizgraphic.com/

8. "Apa dah jadi dengan seni? dalam 55 tahun merdeka maka ini adalah.. secara rasmi, saya katakan.. logo paling tak cantik. 27,000,000 (27 juta) orang ada dalam malaysia, ada berapa ribu graduan lepasan grafik takkan seorang pun tak mampu buat satu logo yang mudah, cantik dan berseni? jangan buat malu negara. terpikir macam mana nak buat formasi budak2 atas padang dengan logo macam ni. kerja gila." - http://lomotech.com/

9. "Sememangnya logo tersebut banyak bantahan serta kritikan terutamanya dari para designer Malaysia. Ia seolah di reka oleh budak higusan dengan menggunakan perisian Micrsoft. Disini adalah menjadi tangunggjawab saya untuk pihak berwajib sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun sesetengah pihak mengatakan ia hanya logo, tetapi bagi kami logo ini menjatuhkan martabat semua graphic designer di Malaysia dan mencerminkan kepada dunia yang Malaysia tidak mempunyai designer yang berbakat." - http://bighandesign.blogspot.com/

10. "Kajian menunjukkan 97% responden menilai logo Hari Kemerdekaan ke 55 ini adalah HODOH dan tidak merupakan sebuah logo melainkan himpunan keserabutan yang jelas tercampur aduk menjadi sesuatu yang memperlihatkan ada yang tidak kena pada negara ini. Tidak salah memasukkan logo 1 Malaysia dan angka 55 hatta jika ingin memasukkan temanya sekali tetapi mestilah DALAM BENTUK LOGO! BUKAN DALAM HIMPUNAN CACA MARBA SEPERTI INI, KEMUDIAN DISEBUT LOGO. INI AMAT MEMALUKAN NEGARA!" - http://ipohmalay.blogspot.com/

11. "Penjelasan mengenai logo ini juga, ianya seperti kerja mudah. Main tampal-tampal saja, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi? Lagi satu, saya percaya, ramai lagi disigner boleh buat yg lebih baik dar logo yg sedia ada tu.. Kalau boleh, usah la mempolitikkan kemerdekaan..Cukup2 lah tu.." - http://dhanian.blogspot.com/

12. "Ini bukan logo...tapi....tak macam logo, abis nak cakap ini apa yerk. Mungkin boleh dikatakan sebagai Logo Penerangan Kemerdekaan kot...Logo-logo kemerdekaan dahulu simple dan mudah sahaja tanpa perlu besar-besar.....tak paham aku...macam logo budak sekolah rendah jer yang buat. Tak menunjukkan kematangan langsung. Sudah 55 tahun...lah..." - http://malaysiascore.blogspot.com/

13. "Saya bukan ahli politik atau ahli kepada mana-mana pertubuhan politik di negara ini. Tapi yang saya tidak faham, kenapakah logo Merdeka untuk tahun ini terang-terangan bermotifkan politik. Adakah kerana pilihanraya semakin dekat? Sewajarnya, motto "Janji ditepati" itu tidak digunakan di dalam logo Hari Kebangsaan. Motto hari kebangsaan sepatutnya melambangkan hala tuju negara pada tahun tersebut. Selain itu, logo hari kemerdekaan pada kali ini juga adalah yang paling buruk didalam sejarah logo Merdeka. Kelihatan logo untuk tahun ini seperti di "copy-paste" saja." -http://www.malaysiancoin.com/

14. "Adakah anda setuju sekiranya benarlah logo ini yang akan diguna pakai sebagai logo sambutan kemerdekaan kite yang ke-55?? secara jujurnya sy merasakan bahawa ini adalah thedak patut. huk huk. dah takde ke pereka yang berkaliber kat Malaysia ni?? hello.. sila la buka mata. sila lihat angka itu. kita sudah 55 tahun merdeka. adakah logo itu cukup menggambarkan tahap kemerdekaan kita?" - http://kelipkelipchumel.blogspot.com/

15. "Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. " - http://hazrilhafiz.blogspot.com/

16. "Pendapat peribadi aku,slogan atau tema kemerdekaan tahun ini adalah yang paling 'buruk' dalam sejarah negara. Aku tak nampak semangat patriotik di dalam slogan tersebut,sejujurnya ia lebih kepada berkempen bagi pihak kerajaan Barisan Nasional...Slogan ‘1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ masih boleh diterima sebagai slogan patriotik, tetapi slogan pada tahun ini lansung tidak ada semangat patriotik apatah lagi ditambah dengan isu logo ‘Microsoft Word’." -http://cerahjeff.blogspot.com/

17. "Rasanya tema tu tak ada kaitan langsung dengan hari Merdeka. Sedih pun ada juga bila tengok ada logo tu, ramai yang katakan ianya seperti di reka oleh murid sekolah rendah atau bukan seorang pakar yang dibayar dengan harga yang tinggi. Tak faham bagaimana ia dapat kelulusan untuk dijadikan logo rasmi. Mungkin mereka ada penjelasan dan penekanan sendiri dan itu yang rakyat semua nak tahu sekarang." - http://shahrulsite.net/

18. "UGLY MALAYSIA honestly wonders if AH JIB KOR is listening to our pleas for a better Merdeka logo. Stick to the phallic 1Malaysia symbol if you need to. This is an insult to Malaysian Design and its legacy, a disrespect towards the other designs in the Merdeka logo archives. 55th logo will stick out like a sore middle finger if placed together with all the rest. " - http://uglymalaysiana.blogspot.com/

19. "Makkkk oiiiiii..betul ke ini logo kemerdekaan negara kita tahun nih
kelakauuuunyeee.......maca
m main aci redah je tampal gambar macam logo parti politik pun ada..ramai yang tak puas hati lagi2 mereka yang bergelar grafik designer tu.... bedebuk jatuh jantung mereka lihat logo kemerdekaan macam nih..paling best ada yang kata harap-harap ini adalah logo terakhir BN sebelum berkubur iskkkk.....sadis lak aku dengar kikikiki" - http://aiyangdisayang.blogspot.com/

20. "Bebaru ini timbul satu kontroversi hangat di ruangan facebook di mana logo Hari Kemerdekaan Ke-55 yang dilancarkan oleh kerajaan sangat tidak mencapai tahap profesional. Sehingga dikatakan menjatuhkan maruah designer di Malaysia...Saya juga tidak ketinggalan. Geram! Kerana sambutan ini adalah sambutan peringkat nasional bukan peringkat sekolah rendah." - http://imranabduljabar.com/

21. "sebenarnya banyak menimbulkan isu Logo Kemerdekaan 2012 apabila ia dikatakan dikaitkan dengan politik bagi admin,admin tak nak ipokrit dan ya,memang admin nampak logo ini ada unsur politik,dan tak perlu lah mempergunakan kemerdekaan untuk tujuan politik dan biar nampak terdesak,kalau nak menang guna cara biasa da la." - http://www.berliku.com/

22. "What a waste, speechless, no idea...Tiap tiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Maka datangnya Hari Kemerdekaan ini akan datang bersama logo dan mottonya. Motto hari kemerdekaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Lebih malang lagi ciptaan logo hari kemerdekaan 2012 kali ini sungguh kreatif dan penuh kesenian. Aku tak pasti logo ini dah officially launch untuk hari kemerdekaan atau hanya troll untuk rakyat Malaysia semata-mata." - http://nazrulakram.blogspot.com/

23. "disini penulis dengan rendah diri menyatakan yang Logo Kemerdekaan 2012 boleh dikategorikan sebagai Logo Sampah yang mana penulis boleh ciptanya ketika penulis berusia 4 tahun kerana penulis sudah pun pandai menggunakan ' Paint '...Transformasi perlu dilaksanakan sekarang, jangan malukan negara dengan Logo dan Tema yang begitu sampah sekali dimata dunia. Kononnya negara ingin mencapai negara Maju dalam masa 8 tahun lagi, tapi Logo pun tak boleh buat betul-betul jangan haraplah." - http://seafailed.blogspot.com/