Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, January 31, 2009

Exco PKR di rumah Najib

Sabtu 31hb Jan 2009

Kontroversi: Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !

PEKAN - Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini.

Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.

Berita ini di terima dalam suasana kami menganjurkan MALAM AIR MATA PLASTINE di Stadium Mini Kuala Pilah sebentar tadi.. Khabarnya juga, Najib akan membuat liputan media menjelang esok. Jemputan kami saudara ITO blues Gang, Ebby Yus dan pemerhati politik saudara Hisyamuddin Rais turut menerima berita gempar ini.

Dalam kekalutan politik Umno ketika ini, di pohon semua penggerak reformasi bertenang, dan sama-sama berdoa agar di kuatkan semangat 2 exco tersebut dari tekanan dan asakan yang maha hebat oleh UMNO tika ini. Andainya di takdirkan 2 exco tersebut tewas, mari lah sama-sama kita muhasabah diri dan sesungguhnya mungkin ada hikmah di sebaliknya.


Dalam menegakkan keadilan dan kebenaran ni tiada perkara yang mudah dan senang begitu saje. Setiap nabi sehinggalah Nabi Muhammad tak sedikit azab siksa yang ditanggungnya dgn segala macam cabaran dan fitnah yang datang kepada baginda. Namun inilah sebahagian ujian yang akan diterima oleh mereka yang mengikut jejak langkah baginda. Yang wajibnya kita mesti terus bersama yang hak. Baginda Rasul pun pernah ditawarkan kekayaan dunia ini malah diugut agar meninggalkan perjuangannya apatah lagi kita manusia yang kerdil ini. Berdoalah kita kat Allah SWT agar ditetapkan hati kita dan semua rakan2 dan sahabat2 kita agar terus pendiriannya kepada perjuangan ini. Amin....



Sekitar Program Palestine di Pdg Kuala Pilah

kami bersamamu palestine
Hasil kutipan..alhamdulillah....
Kutipan dari masjid tengkek.....

Ebi Yus dgn penuh semangat....

Allahuakbar....

Tetamu jemputan...Ito..Ebi Yus...Hisyamudin rais TT

TT bersama AJK2 kerja palestine.....
Para2 NGO dan tetamu..spt TT..ito...ebi yus..bro zahar..bro halim...

Alamakk..gelap laa...gambar TT dgn bro luv...

Hanya di kuala pilah gambar ini ada...tidak di palestine.....mereka suka dan gembira....syukurrr pada ALLAH....

Bro Arjuna antara org kuat dalam AJK kerja..

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya). Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918. Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British.
Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah.. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera. Mereka Saudara Kita Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.


Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.

Persiapan pada petang hari..... 0ew1AI3Ykfr8Q257tqO4z?previous_view=lt_embedded_url(klik gambar (url) di atas)



Malam Airmata Palestin Di Stadium Kuala Pilah penuh dengan keinsafan

Majlis bacaan doa kesejahteraan Umat Islam Palestin disampaikan oleh En. Mohamed Shahmen. Pimpinan NGO peringkat Negeri turut hadir memberikan syarahan seperti ABIM JIM, TERAS, JERIT,

Aktivis masyarakat terkenal Hishamuddin Rais, artis ITO Blues Gang dan Pelawak Ebby Yus memenuhi jemputan. Pembelaan kepada yang tertindas tidak mengenal kaum turut menarik minat Puan Mithya (JERIT) untuk naik kepentas dan menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin dan menyuarakan supaya dihapuskan kezaliman.

Bacaan sajak dideklamasikan oleh Hisyamuddin Rais bersama Adik Sabith Zaharudin dengan puisi yang meruntun jiwa dan kebencian Zionis. ITO dan Ebby Yus turut sama menyatakan kebencian terhadap Regim Zionis dengan cara tersediri.

Anak-anak muda PR DUN Juasseh/Jemapoh turut bersama-sama membuat persiapan logistik dan kawalan keselamatan, hinggalah majlis tamat jam 11.30 malam. Orang ramai termasuk anggota POLIS dan RELA turut membantu dan menyumbang. Mesjid-mesjid di seluruh Kuala Pilah turut tidak ketinggalan untuk menyumbang dan beberapa Imam dan Nadzir naik kepentas untuk menyerahkan sumbangan ahli-ahli karyah. Pengerusi Bersama Sdr. Zaharudin Othman, En. Nordin Ismail dan En. Halim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.


Friday, January 30, 2009

ADUN-ADUN UMNO NS BERHIJRAH ????



Umno kini ibarat pokok hampir mati
Perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
Kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
“Umno kini tiada daya tarikan atau ‘graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama PAS dan PKR.
Apa yang sedang berlaku dalam Umno merupakan perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, , yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.
Cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, membuktikan barah yg amat kronik masalah dalaman Umno terutamanya menjelang setiap pemilihan UMNO setiap peringkat. Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul.
Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya.



Teka-teki HIJRAH parti di Negeri Sembilan


Jan 30, 09 5:34pm


Jika benar akan berlaku usaha hijrah parti dalam masa terdekat di Negeri Sembilan, hanya 3 wakil rakyat Umno yang berpotensi menyertai Pakatan Rakyat, dakwa ketua bahagian Seremban. Datuk Ishak Ismail berkata calon-calon itu kemungkinannya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serting, Shamsul Kahar Md Deli, Datuk Aziz Shamsuddin (Palong) dan Mustafa Salim (Lenggeng). 2 daripada mereka, Aziz dan Mustafa, bagaimanapun menafikan mereka akan menyertai pembangkang. Datuk Ishak berkata desas-desus itu disampaikan orang kepadanya. "Tetapi daripada bacaan saya, Aziz yang paling berpotensi akan menyertai PKR," katanya. Manakala Aziz pula berkata, beliau tidak ingin campur urusan PKR. "Soal PKR ini saya cukup menyampah, saya tidak mahu," katanya. Mustafa pula berkata, "walau apa terjadi" beliau tidak akan meninggalkan Umno."Saya menolak sekeras-kerasnya spekulasi saya akan menyertai PKR," katanya kepada Malaysiakini.


Ketua Wanita Umno bahagian Jempol, Noraini Idris menjawab spekulasi tersebut, orang yg mengaitkan nama Shamsul Kahar (exco pelajaran dan pendidikan) dan Aziz kerana kedua-dua mereka kalah dalam pertandingan bahagian baru-baru ini. "Orang sengaja nak buruk-burukkan nama mereka. Saya tidak dengar khabar mereka nak masuk parti lain," katanya. Datuk Ishak juga berkata, ketiga-tiga mereka dianggap mempunyai masalah kerana tewas dalam pertandingan peringkat bahagian masing-masing. Aziz kalah di Jempol kepada penyandang jawatan ketua bahagian Datuk Lilah Yassin. Shamsul Kahar pula tewas jawatan timbalan ketua bahagian itu kepada Mohd Salim Shariff, manakala Mustaffa sedang menghadapi tindakan undang-undang.


Ketua Puteri Umno Seremban, Wan Salawati Abdullah berkata, beliau mendengar berita PKR memujuk bekas ketua-ketua cawangan Umno untuk memujuk wakil rakyat mereka supaya menyertai parti pembangkang tersebut.."Ini berlaku di kawasan Seremban dan luar Seremban tetapi saya tidak tahu sama ada benar atau tidak. "Saya baru dengar dari kawan-kawan di sini," katanya. Bekas setiausaha Umno bahagian Seremban, Datuk Md Yusop Hermain Shah pula berkata, cakap Ishak tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemimpin itu "mahu memecahbelahkan Umno negeri".


Difahamkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri satu program PKR di Tampin, bulan depan. MPT PKR negeri Badrul Hisham Shahrin berkata, Insyaallah kiranya penghijrahan ini terjadi, DSAI sendiri akan mengumumkan tiga atau empat wakil rakyat Umno yang akan menyertai parti itu "dalam masa terdekat". Beliau bagaimanapun tidak menamakan wakil-wakil rakyat terbabit. Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan beberapa Adun BN akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan - keputusan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan BN itu. Pada pilihanraya umum lalu, BN negeri memperoleh majoriti mudah dengan meraih 21 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala 15 lagi kerusi dimenangi pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS. Desas-desus isu HIJRAH parti - antara kedua-dua hala BN dan Pakatan Rakyat - muncul kembali susulan penyertaan Adun Bota, Perak Datuk Nasharuddin Hashim bersama PKR hujung minggu lalu.



Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan desas-desus beberapa Adunnya akan menyertai pembangkang.

(ULASAN: Kiranya ini benar-benar terjadi, apakah diantara kita telah bersiap sedia.?
Gerakan setiap jentera-jentera dan organisasi dan jangan terleka dengan buaian kemenangan PR di negeri lain. Perkemaskan kerja-kerja tertangguh. Dan jangan lelah dlm perjuangan. Anak-anak muda harus bangkit. Pakatan Rakyat memerlukan idea2 dan tenaga muda untuk membina lanskap politik HARAPAN BARU menuju keberakatan.)

Sunday, January 25, 2009

Terkini!!!!! C4 akan bergegar lagi di PERAK



Moga selepas ini., Negeri Sembilan akan menyusul. Insyaallah...







TERKINI ! BOM KEDUA UNTUK UMNO PERAK


Isnin, January 26, 2009


KEJUTAN #2

Seorang lagi ADUN Perak bersiap sedia untuk satu sidang media lewat hari ini bagi mengumumkan keputusan meninggalkan BN. Sumber memberitahu ADUN berkenaan akan mengumumkan salah satu daripada tiga pilihan iaitu sama ada meletak jawatan parti (UMNO), meletak jawatan sebagai ADUN atau keluar parti untuk menyertai salah satu parti Pakatan Rakyat.

SIAPA SELEPAS ADUN BOTA?

YANG MANA 2 ANTARA 27?



Pemerhati politik sedang menyiasat khabar yang bertiup kencang di negeri Perak selepas YB Nasarudin Hashim (BN-Bota) memulakan langkah demi hasrat rakyat dengan menyertai PKR petang kelmarin.ADUN-ADUN yang mempunyai rekod keakraban dengan DS Anwar Ibrahim semasa bersama di dalam UMNO dulu disebut oleh banyak pihak sebagai sangat mungkin akan mengorak langkah sehari dua ini.Selain itu, ADUN yang mempunyai latar belakang pendidikan agama atau mempunyai rekod aktif dalam aktiviti keagamaan turut menjadi perhatian ramai.Ketua Pembangkang DUN Perak, Dato' Seri Tajol Rosli diberitakan akan membuat kenyataan resmi berhubung perkembangan ini.

Himpunan Rakyat Untuk Palestine


31/01/2009 Himpunan Rakyat N9 utk Palestin K Pilah
Dilulus terbit pada Monday, January 26 @ 08:18:55
MYT oleh Reformis Oleh bppns


"HIMPUNAN BERSAMA MU PEJUANG PALESTIN "

SABTU 31 Januari 2009
Masa : 8 malam - 11 malam
Tempat : Stadium Kuala Pilah , Kuala Pilah , Negeri Sembilan

ATURCARA MENARIK !-
Tayangan MultiMedia- Sajak- Pidato
Persembahan Khas Dari ITO Blues Gang

SEMUA DIJEMPUT HADIR !
Sila Sebarkan Maklumat Program ini

MASUK PERCUMA

Anjuran : Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin
Maklumat lanjut di
http://suarasenaling.blogspot.com/2009/01/himpunan-bersama-perjuangan-mu-palestin.html








Hari-hari Terakhir "TITANIC UMNO"

26hb Jan 2009-Isnin



Wujudnya Pakatan Rakyat adalah satu lagi wadah untuk membina dan memertabatkan semula negara ini di dalam kancah politik yg semakin tenat di bawah urus tadbir UMNO BN. Kesemua organisasi Pakatan Rakyat sewajibnya mengambil iktibar atas keruntuhan Titanic UMNO ini dan hilangnya kepercayaan rakyat yg terbina kukuh agak sekian lama sebelum ini.



Bina lah satu wadah harapan negara dan kebahagian rakyat setelah memberi mandat atas beberapa kemenangan pilihanraya tempohari .
















Apabila Malayan Union berkubur pada 1948, di atas kejayaan ini, orang Melayu menyerahkan pula tugas rumit merundingkan kemerdekaan kepada Umno.


Mereka melihat kepimpinan Umno di bawah Dato' Onn Jaafar sebagai suatu kepimpinan yang amat sukar untuk dikompromi dan digula-gulakan oleh British. Malangnya, atas sebab visi berbeza, Onn meninggalkan Umno.
Di tangan Presiden keduanya, Umno meneruskan perjuangan dan memasuki era kepimpinan cukup berbeza.
Jika Onn secara sukarela mengetengahkan diri bagi menentang British, Tunku Abdul Rahman pula terpaksa dipujuk untuk mengepalai badan siasah Melayu yang sedang berjuang untuk melepaskan diri daripada penjajahan.
Dalam sebuah tulisan dalam kolumnya 'Looking Back' di akhbar The Star, Tunku, dalam retrospek, menulis pengalamannya di Langkawi semasa menjadi Penolong Pegawai Daerah di pulau itu bahawa apa yang mendorongnya menentang British ialah apabila bumbung rumah kerajaan yang didudukinya bocor sewaktu hujan dan memaksa beliau mengalih katilnya beberapa kali.



Pengorbanan Tunku kemudiannya digambarkan sebagai penuh bermakna apabila beliau sanggup menjual rumahnya bagi membiayai sebahagian daripada kos perjalanan untuk membawa rombongan rundingan kemerdekaan ke London.
Semua ini bertujuan untuk menunjukkan betapa Tunku yang memimpin Umno adalah tokoh paling penting dan begitu instrumental dalam mengemudi bahtera Merdeka Tanah Melayu.
Namun tentu sekali, sejarah dan media arus perdana ketika itu yang dikongkong oleh ordinan tertentu dan telah wujud lama sebelum Tunku menjadi Perdana Menteri tidak membenarkan cerita bagaimana apabila Tunku yang berjawatan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika bersetuju untuk menggantikan Onn untuk jawatan Yang Dipertua Umno ditawarkan elaun tertentu oleh Pentadbir British ketika itu disebabkan Perintah Am yang dipakai untuk pegawai-pegawai kerajaan ketika itu tidak membenarkan mana-mana pegawai kerajaan terbabit aktif dalam politik.



Apakah tujuan British memberikan elaun kepada Tunku bagi menyara hidupnya sedangkan peletakan jawatan itu dibuat secara sukarela? Bukan itu sahaja, ia bertujuan semata-mata untuk mengetuai sebuah badan siasah yang bermatlamat mengusir British selama-lamanya dari bumi Tanah Melayu.
Tidakkah itu merupakan tampak seperti satu kebodohan di pihak British?
Tentu sekali perkara-perkara seperti ini tidak ditonjolkan secara besar-besaran. Demi mengingini sebuah tanah air yang merdeka dan berdaulat, orang Melayu ketika itu hanya berdiam diri dan mengharapkan seorang anak raja yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menamatkan kursus undang-udangnya di United Kingdom melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu untuk Tunku.



Berbekalkan pengalaman ratusan tahun tentang mentaliti dan keupayaan analitikal orang Melayu dan cara menenangani raja Melayu, British tahu apa yang perlu dilakukan.
Tidak memberikan kemerdekaan bererti mengundang kepada kemungkinan berlakunya pemberontakan, rusuhan yang akan hanya merugikan British dari segi ekonomi.
Mahu merdeka, boleh. Tak ada masalah. Tetapi ia perlulah dibuat atas terma dan syarat yang ditentukan oleh British dan bukannya tanpa sebarang terma dan syarat.
Andai kata, desakan dan tuntutan kemerdekaan itu dibuat oleh seorang tokoh seperti Onn atau seorang tokoh daripada kalangan rakyat biasa yang melihat tidak ada sebab mengapa perlunya berkompromi atau menurut sahaja telunjuk British, ia akan menjadi sesuatu yang rumit bagi kerajaan Great Britain.
Namun kehadiran Tunku secara tiba-tiba diterima dengan segala senang hati oleh British. Pucuk dicita, ulam mendatang.
Kepada orang Melayu khususnya dan penduduk Tanah Melayu amnya, Tunku (dan rombongannya) diperlihatkan sebagai bertikam-lidah, memeras sumber pemikiran dan ada kalanya berdiplomasi dalam memujuk British agar memberikan Tanah Melayu kemerdekaan.
Bagi British, apa yang perlu dirundingkan ialah sekiranya Tanah Melayu dimerdekakan apakah langkah-langkah perlu diambil oleh Tunku bagi memastikan British tidak akan hilang satupun sumber ekonomi mereka di Malaya.



Dengan orang Melayu kebanyakannya memberikan sokongan kepada Tunku dan Umno, British tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk memastikan Tunku menjadi Perdana Menteri. Maka dengan itu terselamatlah kepentingan British di Tanah Melayu.
Namun dalam pada itu sudah tentu ada segelintir orang Melayu yang tidak dapat menerima cara ini atau mengesyaki rundingan yang berlansung di antara Tunku dan British. Tapi itu tidak jadi masalah. Ordinan tertentu yang telah sedia wujud itu boleh digunakan untuk mengekang suara mereka yang dilabel sebagai berhaluan kiri ini.
Setelah negara akhirnya mencapai kemerdekaan pada tarikh rasminya 31 Ogos 1957, Tunku yang lebih suka kepada 'looking back', menoleh ke belakang tentang kejayaannya daripada melihat ke hadapan dan mencari jalan bagaimana pendapatan rakyat boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang munasabah.
Namun ini semua tidak berlaku. Cara Tunku yang tidak serius dalam soal ini dan barisan Kabinet Tunku yang tidak mantap dan tidak berkelayakan atau tidak berkemampuan dan tidak dibentuk atas dasar merit, menjadi asas dan ciri Umno yang berkekalan sehingga hari ini.
Prestasi Umno dalam masa 50 tahun mengambil peranan selaku parti yang memerintah kerajaan sebenarnya adalah cukup buruk. Dalam masa 12 tahun pertama Tunku semacam bergoyang kaki dan berpuas hati dengan Merdeka dan akhirnya mengundang kemarahan orang Melayu terhadap Umno sendiri.



Tidak dinafikan selepas itu memang terdapat usaha untuk memperbetulkan keadaan. Namun ia bukan sahaja tidak memadai tetapi penuh dengan agenda politik.
Zaman Tun Razak yang menyaksikan lahirnya usahawan Melayu juga menyaksikan golongan bumiputera yang bergantung kepada hubungan-baik dan jaringan dengan Umno untuk mendapatkan kontrak. Dan lebih lazim daripada tidak, golongan ini mempunyai hubungan dengan orang tertentu dalam bahagian dan cawangan Umno di seluruh negara.
Ia bukan sahaja membentuk satu jaringan kukuh antara masyarakat peniaga bumiputera dengan Umno tetapi melahirkan budaya 'tit-for-tat'. Maka tidak hairanlah jika dalam masa 35 tahun, Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai paling ramai kontraktor di dunia.
Apabila golongan ini gagal mendapatkan kerja dari kerajaan maka ia menjadi masalah kepada Umno sebagaimana yang berlaku beberapa tahun lalu apabila sebanyak hampir 70,000 kontraktor Melayu terutamanya kelas bahawan merungut kerana tidak dapat pekerjaan.
Untuk mengatasi masalah ini, kerja-kerja baru perlu diberikan. Dan inilah yang dilakukan oleh BN sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya Umum-11. Segala macam kerja, termasuk yang tidak perlu diwujudkan bagi memastikan golongan ini mempunyai kerja dan bagi memperlihatkan kepada rakyat, kerajaan BN melaksanakan pembangunan.
Lama kelamaan, ia menjadi barah kepada Umno dan BN sendiri. Kalau tak diberikan kerja, golongan ini yang cukup berpengaruh kerana melihatkan orang Umno sendiri mungkin tidak lagi menyokong Umno. Kalau mahu diteruskan dalam mewujud dan seterusnya memberikan kontrak, maka Umno-BN perlu mengagihkan semula pendapatan negara untuk tujuan tersebut dengan alasan menggunakan sumber dana berkenaan untuk tujuan pembangunan negara.
Inilah sebenarnya ciri-ciri yang dianggap sebagai usaha mempertingkatkan ekonomi orang Melayu dan rakyat Malaysia yang dilakukan oleh Umno selama ini. Ia hanyalah satu usaha yang bersifat 'artificial'.



Hampir dalam setiap agenda membabitkan pembangunan termasuk menyediakan tapak untuk industri termasuk bagi kegunaan pelaburan asing langsung (FDI), projek mega, penswastaan dan sebagainya secara langsung atau tidak akan melibatkan orang tertentu yang ada kaitannya dengan Umno-BN dalam konteks politik.
Tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pendapatan rakyat. Rayuan untuk gaji minimum bagi melegakan sedikit kesempitan golongan tertentu ditolak begitu sahaja.
Langkah membenarkan kakitangan awam berniaga pasar malam hanyalah satu tindakan remeh yang hanya membuktikan betapa Umno-BN tidak mampu menyelesaikan masalah ini di peringkat kerajaan. Barangkali Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu sedar betapa ramai kakitangan kerajaan sudah pun terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan � jualan langsung pelbagai produk, insurans dan macam-macam lagi untuk menampung pendapatan mereka.



Mungkin beliau dan kebanyakan pemimpin Umno-BN begitu sedar betapa mereka sedang menghadapi hari-hari terakhir sebagai sebuah kuasa politik yang dominan.
Tidak dapat dinafikan ada segelintir pemimpin Umno yang ikhlas dalam perjuangan tetapi tidak lagi dapat berbuat apa-apa. Nasi sudah hampir menjadi bubur. Kelekaan yang dimulakan oleh Tunku dan diwarisi oleh Umno kini menampakkan kesan dan akibatnya.



Pemimpin UMNO sudah mula berhijrah?


Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Bota N39)

Dato Nasarudin bin Hashim20 Julai 1950

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Seri Kaya, Bota Kiri
Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit
Sek. Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh
Universiti Malaya ( Ijazah Sarjana Muda Kepujian) Pengajian Sejarah

Politik

Ahli UMNO
Ketua Cawangan Bota Kiri
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit
AJK UMNO Bahagian Parit
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Parit
Bendahari UMNO Bahagian Parit
Naib Ketua UMNO Bahagian
Ahli Parlimen Parit

Perkhidmatan Kerajaan

Pegawai Tadbir Diplomatik
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pegawai Daerah Sabak Bernam
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang
Timbalan Yang diPertua Majlis Perbandaran Melaka
Ahli Lembaga Pengurus Ma’Ahad Al- Aziz, Parit
Presiden Persatuan Bola Tampar Daerah Perak Tengah
Pengerusi Felcra Berhad


Ahad Januari 25, 2009

ADUN Bota dari Umno sertai PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuasa kuasa hari ini.
Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang tadi.
Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.
Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.
Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.
Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.
Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.
Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.
Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.
Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.
"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.






Friday, January 23, 2009

Bersiap Sedia Pula PERSIANGAN SABAH








Kemenangan BN di Pensiangan dibatalkan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pembatalan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup di kawasan Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana ianya tidak sah. Hakim David Wong Dak Wah memutuskan bahawa penolakan terhadap kertas pencalonan pempetisyen dari Parti Keadilan Rakyat Danny Anthony Andipai adalah salah dan melanggar hak perlembagaan petisyen untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu. "Jika apa yang dikatakannya itu benar, ini hanya mencerminkan kelemahan dirinya selaku peagwai pilihan raya yang bertanggungjawab penuh di pusat penamaan calon," kata Wong.


Pada pilihanraya lepas, Pegawai Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu mengumumkan Kurup menang tanpa bertanding dan mengisytiharkan pemilihan beliau atas alasan kertas pencalonan Andipai dan sSabah P182, N37, N38 P182 PENSIANGAN Jumlah Pengundi: 19,712
Peratusan Kaum: B/I: 12.05% B/B/I: 86.01% C: 1.87% L: 0.07%
1. Tan Sri Joseph Kurup (BN) [Menang tanpa bertanding] Jumlah undi: Majoriti: Undi rosak:
Penyandang: Datuk Bernard S. Maraat (BN) (Majoriti: 808 undi) N37 SOOK Jumlah Pengundi: 12,564 Peratusan Kaum: B/I: 13.62% B/B/I: 84.00% C: 2.32% L: 0.06%
1-. Datuk Ellron Angin (BN) (5,496)
2-. Sidum Manjim (Bersekutu) (124)
3-. Suaidin@Shuhaidin Langkab@Langkap (Bebas) (202)
4-. Paul Bunsu Gintang@Paul Gitang (PKR) (3,365) Majoriti: 2,131 Jumlah undi: 9,250 Peratus mengundi: 73.62% Undi rosak: 63 Penyandang:
Tan Sri Joseph Kurup (BN) (Majoriti: 395 undi) N38 NABAWAN Jumlah Pengundi: 7,148 Peratusan Kaum: B/I: 9.29% B/B/I: 89.55% C: 1.08% L: 0.08%
1-. Datuk Bobbey Ah Fang Suan (BN) (3,414)
2-. Gabriel Uwing Agunsung (PKR) (1,327)
3. Alexsius Mangka (Bersekutu) (96) Majoriti: 2,087 Jumlah undi: 4,891 Peratus mengundi: 68.42% Undi rosak: 54
Penyandang: Datuk Bobbey Ah Fang Suan (BN) (Majoriti: 2,621 undi)
eorang calon Bebas, Saineh Usau, diserahkan selepas pukul 10 pagi.


Maka dengan itu, di peringatkan bahawa tugasan perlu di teruskan. Persiapkan jentera2 untuk sama2 membantu PERSIANGAN. Semangat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu masih terus membara. Semoga Allah memberi kekuatan dan cahaya kemenangan.



Saturday, January 17, 2009

UMNO TERSUNGKUR LAGI DI KUALA TRENGGANU


Jentera PR Dun Juasseh berkumpul 15hb Jan 09 (Khamis) sekitar pukul 11.30am di Pejabat PR Jemapoh. Turut bersama2 kami jentera dari PKR bahagian Rembau yg di ketuai sendiri oleh S/U En Norazizi Aziz. Rombongan kami ke Kuala Terangganu kali ini di sertai hampir diwakili semua zon, dari Kg Gentam hingga ke Tengkek. Kami bergerak secara konvoi berehat dan solat di Muadzam Shah. Di Terengganu, kami di

prk K Trengganu

tempatkan di sebuah rumah kenalan Tn Haji Rosli di kawasan perumahan Taman Gong Badak di bawah Parlimen Kuala Nerus. Sebelah malamnya, selepas makan malam, rombongan kami terus menuju ke Pejabat Perhubungan PKR Kuala Terengganu. Para pemimpinan PKR pusat telah berkumpul dengan tugasan penerangan dan siri ceramah di hadiri ribuan rakyat Kuala Terengganu dan padat dengan gerai2 makanan dan cenderahati. Kelipan lampu2 neon menambahkan lagi hiasan Bandar Terengganu yg barisi bendera2 dan poster2 parti. Suasana cukup tenang malah terlalu meriah dengan kerajinan jentera2 yg telah mula melimpah ruah datang dari seluruh pelusuk negeri. Terbayang kami bilakah suasana sebegini akan terjadi di Kuala Pilah dan DUN Juasseh khususnya.

cuma kali ini kami agak terpesona dengan YB Gobala (PKR)akan beberapa kenyataannya yg cukup berani dengan membidas provokasi pimpinan UMNO seperti KJ berkenaan dengan hukum hudud. " Saya seorang Hindu terlalu menghormati hukum2 Alquran dan tidak sepatutnya di debat oleh penganut agama lain. Hukum Hudud adalah Hukum Islam dan bukannya hukum orang Pas, orang Umno. Kalau saya seorang Hindu cukup kagum akan Tok Guru Nik Aziz akan ketakwaannya dan ilmu agamanya, bagaimana orang Islam yg lain. Dlm Hindu budaya tanda hormat dengan mencium kaki, maka saya terlalu ingin cium kaki Tok Guru, tapi beliau tak kasi.



Ini juga mengingati kami satu ceramah YB Gobala bersama2 YB Tian Chua sekitar tahun 1999 di Pekan Juasseh. Saya pernah duduk bersama2 dgn Tok Guru, Kelembutan dan alimnya beliau, seolah2 pintu syurga terbuka untuk saya"

Terpandang juga satu poster ceramah Ezam pada 14hb jan 09. (Pendedahan Surat rayuan Anwar kepada Mahathir 1998) Kehadiran cuma 80 orang termasuk orang2 Pas yg menyangka suara itu adalah DSAI. Sedihnya Ezam sendiri tidak lagi di pedulikan oleh orang2 UMNO dlm meraih simpati. Begitu juga siri ceramah2 pimpinan Umno yg lain. Umno terpaksa merasuah dengan program2 kononnya bantuan dan peruntukan dlm saat2 terakhir melalui kementerian masing2.

10am - Jumaat Di Pejabat perhubungan PKR KT, ruang pejabat penuh sesak dgn kehadiran untuk bersama2 menghayati mandat DSAI bersama2 para akademik, bahaya dan pincangnya Bahasa Melayu dan mundur kualiti matematik, sains ketika ini dlm bahasa penghantar Bahasa Inggeris. Sedangkan Muzaffar sendiri wajib lulus bahasa Rusia ketika bersama angkasawan Rusia ke angkasa ketika dulu. Anwar memperingati para cerdikawan agar perlu berjuang tanpa kenal erti penat dan takut mempertabatkan semula sistem pendidikan yg semakin hilang roh intelektualnya.

12.30am - Kami terlalu berhajat untuk solat jumaat di Masjid Kristal yg kononnya puluhan juta di belanjakan pembinaannya oleh Kerajaan Terangganu sebelum ini. Dan juga kami akui persekitarannya cukup cantik disamping terdirinya beberapa replika masjid2 yg ternama dari seluruh negara. Malangnya hajat kami tak kesampaian, Masjid itu hanyalah untuk perhiasan dan tarikan pelancungan dengan membayar rm10-rm15 bagi setiap kemasukan lawatan. Lebih sedih lagi, di beritakan tunjuk arah kiblat tersasar dari yg sepatutnya. Dengan kesuntukan waktu, kami bergegas ke arah masjid persekitaran kampung tersebut. Khutbah penderitaan Umat Islam Palastine apabila suara dan kelantangan pimpinanan Negara Arab yg kaya telah di sumbat dengan kemewahan yahudi dari memperjuangkan nasib penderitaan dan kemiskinan Umat Islam dan negera Islam. Terlalu malang, indahnya binaan masjid2 hasil dari penderitaan umat tapi kosong dari roh keislaman. Kerisauan kami, adanya masjid2 akan mendatang cuma untuk menunjukan keindahan binaan di samping memungut hasil lawatan sahaja dan terus menyisihkan fungsi dan matlamat asal sebagai balai ilmu dan tarbayiah.

Walau badan cukup letih dan masa tidur tidak menentu, kami gagah juga melawat sekitar Kuala Terengganu dan belajar rakyat Terengganu cara berpolitik. Keazaman, gigih dan bijak mencatur pemimpin, membuatkan kami cukup teruja. Terengganu, bukanya mudah di sajikan dgn janji2 atau di gula2kan dengan retorik pembangunan atau sogokan. Terengganu juga bukannya yg suka mengagong2kan pemimpin. Bagi mereka, menteri2 dari setiap parti politik yg di pilih, cuma sebagai ketua pengurus. Dan meraka akan pilih yg lain sekiranya prestasi pengurus tersebut tidak dapat seperti apa yg sepatutnya.


Rombongan kami telah di bawa berehat di sebuah perkampongan peranginan tepi pantai kenalan Tn Haji Rosli di Penarik. Kebetulan pengusaha tersebut dari Kuala Pilah (atuk kepada ajk Gentam kami) Kami minum teh dgn keropok lekor sambil menghirup udara angin laut cina selatan. Ombaknya cukup kuat dan mungkin tidak sesuai untuk mandi-manda bagi kanak2. Pemandangan semula jadi yg cukup cantik. Terpandang kami sebelum sampai kesimpang masuk, satu poster besar, gambar PM bersama2 Azlina (Menteri pelancongan). Terfikir kami, kalaulah UMNO ini betul2 pejuang bangsa Melayu. Tempat peranginan oleh pengusaha Melayu ini, perlu dibantu dgn sebaik2 mungkin. Bantuan dari mentadbir, promosi, dan memperindahkan landskap agar di kenali dan di kunjungi dari setiap pelusuk. Tapi selalunya, tempat2 ini akan di beri pampasan seterusnya akan di jual oleh towkeh2 luar yg kaya.

Sebelum ini, jentera2 yg telah sampai awal, membawa kabar susasana agak dingin. Cuma persekitaran jalan2 di hiasi bendera2 parti. Kenderaan tidak jam dan tidak seperti Permatang Pauh. Agaknya jentera2 parti telah membuat persiapan awal dari poster dan bendera. Perculaan telah lama siap. Dan siapa yg menang pun telah dapat di tentukan sejak awal. Hari2 yg seterusnya cuma di isi dengan program penerangan di samping menjawab semula tomahan BN UMNO yg semakin rakus dgn provokasi fiftnah melalui media akhbar dan TV.


Hari mengundi barulah susana tenang atau dingin ini, bertukar dengan pesta mengundi. Barisan perayu undi dan kenderaan Parti (PR) telah keluar yg tidak tahu dari mana puncanya memenuhi setiap ronga2 bandar Terengganu. Kuala Terengganu bertukar wajah penuh dgn corak2 hijau bulan. Kenderaan, lampu2 jalan dan pokok2 berkibar bulan hijau dengan tugasan jentera2 perayu undi. Kagum kami, dibawah panas terik, anak kecil muslimah berpusu2 menyambut para mengundi dengan senyuman dan sopan. Insyaallah, semangat ini akan kami bawa ke Kuala Pilah. Cafe2 pula, di jadikan ibu pejabat oleh bloggers yg di ketuai oleh Raja Petra. Kami sempat mendapat khidmat nasihat dari bloger Pahang daily cucu mat kilau dan mencadangkan PR Pilah dan Juasseh mengadakan krusus blog lepas saja PRK KT ini.


Mandat penting DS Anwar dan Tn Guru Nik Aziz: Kita adalah hamba Allah dan bukan hamba Duit.





9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Wahid: "Saya bukan hero PAS, Pakatan"

Ketua PAS Kuala Terengganu, Mohd. Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu semalam menolak andaian bahawa beliau merupakan "hero" mempertahankan maruah parti itu dan Pakatan Rakyat.
"Saya bukan hero, saya tidak menganggap diri saya sebagai hero," kata beliau.Beliau mngucapkan selamat jalan kepada pengundi-pengundi dan penyokongnya yang datang dari luar Kuala Terengganu.
Ia merupakan antara perkara dan 'tugasan' awal dilakukan oleh beliau beberapa jam selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau yang turut diberikan nama sebagai "MAWI" dijadual mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bulan depan.
Ia merupakan percubaan pertama beliau di peringkat kerusi Parlimen.
Mohd. Abdul Wahid, 52, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam berkata, ada banyak pihak yang sepatutnya dianggap sebagai hero.
"Ada satu hari (Ahli Parlimen Seputeh dari DAP), Teresa Kok berkempen bersama saya dan saya mengatakan beliau sebagai hero kerana berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri... saya bukan hero," kata beliau yang dilihat sebagai pemimpin lapisan PAS untuk peringkat pusat.
Wakaf Mempelam merupakan salah satu daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Kuala Terengganu.
Peningkatan dalam undi di DUN itu dikatakan telah membawa kepada kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat menguasai Kuala Terengganu.
Mohd. Abdul Wahid merupakan ADUN Wakaf Mempelam selama lima penggal.
Mengenai keutamannya selepas muncul Ahli Parlimen, Mohd. Abdul Wahid berkata, beliau mahu memberi tumpuan ke atas usaha menguasai keempat-empat kerusi DUN bersama kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
"Apabila Bahagian Kuala Terengganu diketuai oleh Datuk Wan Abd. Muttalib Embong (kini Penasihat PAS Kuala Terengganu dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu), beliau mahu membuat rekod dengan memenangi kerusi Kuala Terengganu dan semua empat kerusi DUN.
"Pada tahun 2004, apabila saya mengetuai Bahagian Kuala Terenggnu kami hanya menang dua DUN dan meningkat kepada tiga pada 2008.
"Sekarang (semalam) kerusi Parlimen diperoleh dan saya mahu mengulangi rekod 1999 dibuat Wan Abd. Muttalib," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd. Abdul Endut juga berkata, pihaknya akan mengatur langkah untuk menawan Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.
Kemenangan semalam menandakan Pakatan Rakyat akan menuju ke Putrajaya dalam waktu terdekat, Insyaalah
pada pilihan raya akan datang... kini ada peluang, tetapi bila akan berlaku tidak pasti... sasaran saya ketika pilihan raya umum akan datang," katanya.





http://picasaweb.google.com/GUA1964/PKRKT?authkey=jcjnH2TpmV8
(klik gambar2 PRK KT)








(klik http: gambar2 PRK KT)
http://picasaweb.google.com/GUA1964/PRKKT?authkey=zndQsQ9ZWh8&feat=directlink






























Saturday, January 10, 2009

Hak Rakyat memilih Pemimpin Umpama Perang



Wakil kami AJK AMK KP saudara Ijam

dan Zali kini berada di "medan tempur" di Kuala Terengganu. Khabarnya, sekali imbas terasa bagai melewati zon perang. Anggota polis, secara rasmi, ditempatkan di kawasan pilihan raya kecil ini, seramai 6,000 orang. Angka tidak rasmi, menurut telahan seorang kawan, mungkin melebihi 10,000.
Malah, ada sebahagian teman2 yang ditugaskan di sana, memberitahu ada sumber memaklumkan jumlahnya mendekati 20,000. Agaknya dicampur dengan isteri kot? Di beberapa balai polis sekitar Kuala Terengganu, termasuk dekat Pantai Batu Burok, kem penempatan sementara rancak dalam pembinaan. Dari jauh khemah-khemah itu nampak memutih.
Pelik memikirkan, apa sebenarnya motif menempatkan begitu ramai anggota keselamatan di Kuala Terengganu? Taktik lapuknya adalah untuk melakukan provokasi kepada saingan BN, yakni PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, atau membentuk suasana persekitaran yang tegang bagi menakutkan pengundi, atau apa sahaja strategi polis yang bertindak pihak pilih bilik gerakan BN.
Apakah Kuala Terengganu kini merupakan kawasan paling tidak selamat di negara ini? Apakah kawasan-kawasan lain lebih terjamin keselamatannya sehingga pasukan polis dari luar Terengganu pun dikerah ke sana? Ketua Polis Negara tentu mempunyai justifikasi sendiri sebab beliau sendiri berada di sana.
Mudah cerita, kehadiran ketumbuhan polis yang melimpah-ruah itu adalah sebahagian daripada strategi BN untuk memastikan undi tidak memihak PAS. Mungkin strategi itu boleh memakan dirinya, sepertimana banyak pendekatan songsang dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, tetapi bagi BN, Kuala Terengganu terlalu mahal untuk diserahkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Pilihan raya ini adalah penentu hidup-mati Umno-BN. Membayangkan kekalahannya sahaja sudah cukup menggerunkan. Tidak seperti mana Permatang Pauh, itu kubu kuat Anwar Ibrahim. Kalah pun tidak mengurangkan jumlah kerusi Parlimen BN yang sedia kritikal itu.
Ada yang menghubungkan pilihan raya ini dengan pilihan raya kecil Parit Raja, Johor yang diadakan selang beberapa bulan dengan pilihan raya kecil Johor Bahru yang mencatat rekod itu. Umno (Baru) ketika itu berhempas-pulas bagi memastikan momentum kemenangan Shahrir Samad di JB tidak melarat ke Parit Raja yang boleh memungkinkan teori domino kejatuhan BN berlaku.
Pejabat Utusan Terengganu, kenyataan Menteri Besar, Ahmad Said bahawa beliau yakin BN boleh menang dengan majoriti meningkat berkali ganda, sehingga 3,500 undi.
Beberapa teman anak jati Terengganu yg membuat penyelidikan dan memantauan mengingatkan, agar tidak pandang enteng kenyataan MB itu. Beliau mengaitkan dengan kehadiran melimpah polis, yang boleh memungkinkan penyusupan pengundi hantu, bukan lagi yang dibawa dari luar, tetapi tidak mustahil ia keluar dari kem penempatan sementara polis tadi!
PAS Terengganu sememangnya menyimpan duka yang cukup pedih apabila dikalahkan dalam pilihan raya 2004 melalui satu kaedah yang tidak pernah terhidu, iaitu bersumberkan senarai daftar pemilih yang menyaksikan peningkatan pengundi baru yang cukup mengejutkan. Kerana itu, Kerajaan PAS Terengganu tumbang.
Kami tidak berhasrat mengulas panjang isu polis ini. Kempen baru berjalan. Segalanya terbuka untuk diteroka. Banyak perkara tertakluk dengan kerja kuat mendekati pengundi, berdasarkan strategi bersesuaian, sambil cuba mematahkan setiap gerak penipuan BN yang dibantu rapat pelbagai agensi rasmi pemerintah. Bagaimanapun, pastinya tiada sesiapa pun dalam Pakatan yang mudah mengalah. Banyak pilihan raya yang dilihat sukar dapat dikuasai parti alternatif.
Apa pun, Doa kami wakil kami yg sedang bertugas di Kuala Terangganu berada didalam keadaan yg sihat dan sentiasa di lindungi Allah yg akan cuba melaporkan perkembangan terkini dari hari ke hari dgn sebaik mungkin. Dalam suasana kempen yang dijangka tegang, ramai yang dahagakan maklumat dan fakta yang benar, terutama berdepan propaganda media di bawah kawalan mutlak BN yang tentunya tidak memberi ruang positif untuk PAS. Itu 'kan fenomena lumrah ketika musim pilihan raya.

Pilihan Ke 2 Pakatan Rakyat

11hb Jan 2009 AHAD
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu menjadi pilihan raya kedua pernah disertai oleh Pakatan Rakyat selepas Permatang Pauh. Walaupun penubuhan Pakatan Rakyat adalah atas kejayaan parti-partinya dalam pilihan raya umum ke-12, tetapi ia menyertai pertandingan itu bukan atas nama Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat ditubuhkan hanya selepas pilihan raya umum itu. Justeru penyertaannya ke dalam pilihan raya berlaku baru dua kali iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Secara rasmi anggotanya ialah Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Dua parti yang bertanding atas tiket Keadilan tetapi belum secara rasmi anggota Pakatan Rakyat ialah Parti Sosialis Malaysia dan Parti Demokratik Malaysia .
Parti Sosialis Malaysia ialah parti serpihan daripada Parti Rakyat Malaysia yang bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Parti Demokratik Malaysia adaah parti serpihan Parti Tindakan Demokratik. Parti ini pula mempunyai asal daripada Parti Tindakan Rakyat cawangan Malaysia . Justeru istilah Rakyat tidak asing daripada Pakatan Rakyat.
Nama-nama lama Parti Rakyat Malaysia ialah Parti Rakyat Malaya dan Parti Sosialis Rakyat Malaya. Sementara nama-nama lama Pas ialah Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PMIP) dan Biro Agama Umno. Justeru sejarah parti-parti Pakatan Rakyat sudah lama, sekurang-kurangnya sama umur dengan Umno sendiri. Tetapi jika dikira bahawa Parti Rakyat mewarisi Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Kesatuan Melayu Muda, maka Pakatan Rakyat mendahului Umno dari segi perjuangan.
Cuba bandingkan Barisan Nasional didaftarkan pada tahun 1974 dan bertanding pilihan raya umum sebanyak lapan kali dan menang kesemuanya. Pakatan Rakyat baru bertanding dua pilihan raya kecil tetapi belum berdaftar. Sebab itu ada pihak yang memusuhinya tidak mahu mengiktiraf kewujudan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mahu menyebut istilah Pakatan Rakyat sebaliknya hanya dinyatakan sebagai pakatan pembangkang.
Tetapi andai kata diusahakan supaya Pakatan Rakyat didaftarkan, maka usaha akan dibuat untuk menggagalkannya. Perkara ini pernah cuba dilakukan oleh Barisan Alternatif yang dianggotai oleh Parti Keadilan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Parti Tindakan Demokratik dan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 1999. Usaha mereka ditolak kerana dikenakan syarat bahawa gabungan parti hendaklah sekurang-kurangnya enam buah parti bukannya empat.
Mengapa pula enam buah parti? Apa rasional syarat itu? Terpulanglah pada mana-mana parti yang hendak bergabung, hatta dua parti sekalipun. Andai kata Barisan Alternatif ada enam buah parti, maka diletakkan syarat 12 pula. Sedangkan Sosialis Front yang didaftar pada tahun 1960-an mempunyai tiga anggota saja iaitu Parti Rakyat, Parti Buruh dan Parti Konvensyen Nasional.
Justeru jika dikirakan bahawa Pakatan Rakyat belum didaftarkan, maka secara rasmi, ia belum wujud dan belum bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Usaha untuk menafikan kewujudan Pakatan Rakyat ini adalah sikap untuk menghalang penubuhan sistem dua parti. Bagi yang berkuasa, mereka mahu supaya hanya satu parti yang dominan iaitu Barisan Nasional untuk selama-lamanya. Yang lain hanya duduk di pinggiran.
Tetapi hakikat politik tidak akan dapat mengelak diri daripada menjadi dua parti. Pakatan Rakyat nampak baru tetapi hakikatnya sejak dari dahulu lagi sudah ada dua pihak yang wujud untuk berlawanan di antara satu sama lain. Secara tidak rasmi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008, penyokong-penyokongnya menyebut mengenai Barisan Rakyat yang terdiri daripada Barisan Alternatif, Parti Tindakan Demokratik, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Demokratik Malaysia. Barisan Alternatif pula terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Keadilan Rakyat.
Maka dalam pilihan-pilihan raya terdahulu, pakatan pembangkang juga bernama Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah-Gagasan Rakyat dan Harakah Keadilan Rakyat.
Malah sebelum merdeka lagi, Perikatan UMNO-MCA-MIC dicabar oleh Pusat Tenaga Rakyat-Majlis Bertindak Bersama Seluruh Malaya (Putera-AMCJA).
Pusat Tenaga Rakyat dipendekkan menjadi Putera. Lawannya ialah Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra. Nama Putra ini kini menjadi begitu berleluasa. Daripada Putrajaya, Universiti Putra Malaysia , Pusat Dagangan Dunia Putra hinggalah kepada nama taman dan Proton Putra.
Maka ketika Perikatan UMNO-MCA-MIC mendokong Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Putera-AMCJA pula menggagaskan Perlembagaan Rakyat. Lihatlah istilah Rakyat ini sentiasa digunakan sebagai melambangkan pihak alternatif kepada parti yang berkuasa.
Barisan Alternatif sudah bertanding dalam pilihan raya umum sebanyak tiga kali iaitu 1999, 2004 dan 2008. Maka pertama kali ia bertanding pada tahun 1999, Barisan Alternatif memenangi negeri Terengganu. Dengan kalah pada tahun 2004 dan 2008 tentu banyak pengajaran yang mampu diperoleh.
Tetapi dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kali ini, kehadiran DAP adalah jelas. Maka semua pendokong Pakatan Rakyat mesti ingat, perjuangan bukannya untuk PAS semata-mata tetapi Pakatan Rakyat menentang Barisan Nasional.

Tuesday, January 6, 2009

6hb. Jan 2008 - SELASA





Pilihan raya kecil Kuala Terengganu saingan 3 penjuru
[DIKEMAS KINI 12 TENGAH HARI] KUALA TERENGGANU: Pertandingan bagi merebut kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan bebas.
Mereka adalah Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endot (PAS) dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Pengesahan calon-calon yang bertanding itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.
Proses penamaan calon selama sejam bermula pukul 9 pagi tadi, diikuti dengan sesi bantahan juga selama sejam berakhir pukul jam 11 pagi.
Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.
Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.
Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah.
Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.
Pengurus pilihan raya kecil, Mat Razali Kasim telah mengumumkan sesi penyerahan borang penamaan calon bermula pukul 9 pagi.
Beberapa minit selepas pengumuman itu, Wan Ahmad Farid yang hadir memakai baju berwarna biru tua diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN memasuki pusat penamaan calon.
Kira-kira pukul 9.20 pagi, Mohd Abdul Wahid yang berbaju hijau tua pula memasuki pusat penamaan calon diiringan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
Kira-kira lima minit kemudian, calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad pula tiba dengan diiringi seorang penyokongnya. Beliau bagaimanapun tidak menyerahkan borang tersebut dan memutuskan untuk menarik diri di saat-saat akhir.
Kira-kira pukul 9.30 pagi, Azharudin yang memakai jubah putih masuk ke dalam pusat penamaan calon untuk menyerahkan borang penamaannya.
Seorang lagi calon bebas yang semalam mengesahkan untuk bertanding, Isma Airfath Hassanuddin bagaimanapun tidak hadir pada proses penamaan calon tersebut.
Difahamkan, rombongan penyokong bagi dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS yang hadir ke Stadium Negeri bagi proses penamaan calon ini dianggarkan mencecah 25,000 orang.
Pemimpin-pemimpin yang bertanding pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini menyifatkan ia sebagai pertarungan ’survival masa depan’ yang paling sengit.
Malam tadi, pemimpin-pemimpin BN mengulangi bahawa cabaran di Kuala Terengganu sebagai tanda kebangkitan semula perikatan itu.
Wan Ahmad Farid berkata: “Jadikan pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai tempat kebangkitan semula BN yang dikatakan tiada lagi masa depan.”
Mohd Abdul Wahid pula memberitahu, pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi permulaan cabaran pada pagi ini.
“Kami sudah bersemangat untuk menghadapi proses penamaan calon esok (hari ini),” katanya ketika ditemui pada majlis pertemuan ahli Kelab Penyokong PAS, di sini, lewat petang semlam.
Sebelum ini, tiga calon telah mengesahkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini termasuk seorang tanpa parti iaitu Isma Airfath Hassanuddin.
Pertandingan pada kali ini dijangka empat penjuru termasuk Harun.
Tinjauan mStar Online pagi ini mendapati, para penyokong sudah mula berkumpul untuk bergerak menuju ke Staduium Negeri - tempat berlangsungnya penamaan calon.
Stadium Negeri terletak bertentangan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon.
Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.
Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.
Bagaimanapun, sehingga pukul 8.20 pagi ini, belum ada pergerakan bagi kedua-dua parti BN dan PAS. Suasana ini agak berlainan berbanding penamaan calon di Permatang Pauh di mana suasana hangat telah dirasai seawal pukul 7.30 pagi.
Penyokong-penyokong BN didapati sudah mula berkumpul di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 6.30 pagi manakala para penyokong PAS pula sedang memenuhi kawasan Bulatan Batu Bersurat tersebut sedikit demi sedikit.
Sebelum ini, pemimpin kedua-dua parti telah berjanji akan menghimpun sekurang-kurangnya 10,000 penyokong di pihak masing-masing.
Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya akan membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.
Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berada di luar pusat penamaan calon.
Kata beliau lagi, sebaik sahaja sesi bantahan berakhir, pihaknya kan mengumumkan status calon yang bertanding, dijangka antara 11.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Cuaca pada pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan. Pakatan Rakyat Dun Juasseh akan turut serta menghantar jentera untuk membantu Kuala Terengganu yg akan di ketuai oleh saudara Mizan, Shidee, Hilmi dan Suli. Moga cahaya kemenangan akan bersinar. Insyaallah

MB CUBA CENGKAM MUFTI


Selasa 6 Januari 2009 9 Muharam 1430 Hijrah
MB cuba cengkam Mufti Negeri Sembilan?
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan didakwa tidak menghormati institusi keagamaan apabila cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri itu, kata bekas Pengarah Pusat Aduan Rakyat KeADILan Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin.

Perkara ini bukan rahsia lagi apabila merujuk kepada surat yang ditujukan kepada Mufti Negeri Sembilan, Dato' Mohd Murtadza Ahmad bertarikh 19 April lalu, kata Badrul Hisham dalam satu komentarnya terhadap perkembangan di Negeri Sembilan itu.
Surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri
Surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato' Norzam Mohd Nor tentunya tidak bertindak sejauh itu jika tidak mendapat `lampu hijau� daripada Mohamad sebagai peneraju pentadbiran kerajaan negeri, katanya.
Menurutnya, surat itu dengan jelas menyatakan bahawa Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri akan dikawal dan dipantau sepenuhnya oleh Pegawai Kewangan Negeri bermula 1 Mei lalu.
Dengan arahan terbaru itu, semua tanggungan atau perbelanjaan yang membabitkan Akaun Amanah Mufti perlu mendapat kelulusan daripada pegawai Kewangan Negeri, katanya.
Selain Akaun Amanah Mufti, semua akaun amanah di jabatan-jabatan kerajaan yang lain turut menerima nasib yang sama, katanya.
Beliau mendakwa, tindakan itu dilihat sebagai usaha Mohamad mendapatkan `sumber kewangan� bagi menampung beberapa `program Mesra Rakyat� dan untuk beberapa agenda peribadi sejak menjadi Menteri Besar pada 25 Mac 2004.
Pandangan serong ke atas MB
Tindakan itu juga mengundang pandangan serong terhadap Mohamad yang didakwa cuba mencampuri urusan pentadbiran agama Islam negeri itu yang mana mufti adalah pihak berkuasa utama selepas Yang Di Pertuan Besar dalam semua perkara yang membabitkan hukum syarak, katanya.
Badrul Hisham berkata, tindakan Mohamad `mengarahkan� Norzam membuat pemantauan dan kawalan ke atas Akaun Amanah Mufti yang diwujudkan pada Ogos 2004 turut didakwa telah mempertikaikan kewibawaan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Mufti Negeri Sembilan sendiri.
Berlandaskan keyakinan berada di pihak yang benar, Murtadza mengatakan perasaan kesal dan membantah `arahan itu� melalui surat bertarikh 23 April lalu, katanya.
Menurut Badrul Hisham Murtadza menjelaskan, bantahan itu berlandaskan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan pada 4 Ogos 2004 dengan jelas menetapkan Mufti Negeri Sembilan sebagai` pegawai pengawal� bagi urusan terimaan dan bayaran berkaitan Akaun Amanah Mufti.
Lapan alasan Mufti bantah arahan
Dalam bantahannya Murtadza turut memberikan lapan alasan mengapa arahan itu perlu dibatalkan atau ditarik semula demi menjamin maruah institusi itu sebagai tembok menjamin kesejahteraan agama Islam pada masa depan, katanya.
Murtadza juga menjelaskan, Akaun Amanah Mufti telah diuruskan dengan baik sehingga mendapat pengiktirafan sebagai penerima anugerah Ketua Audit Negara dalam kategori `penyata terimaan dan bayaran� pada tahun 2005 dan 2006, kata Badrul Hisham.
Dalam surat bantahan itu, Murtadza turut mengatakan perasaan kesal apabila Norzam tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah, tiada sebarang perbincangan dan mempersoalkan keupayaan tenaga kerja pejabat Kewangan Negeri dalam usaha memantau dan mengawal akuan-akaun amanah di Negeri Sembilan, kata Badrul Hisham.
Tindakan melulu itu juga dianggap boleh membawa musibah kepada tadbir urus kewangan kerajaan negeri, katanya.
Sindir Norzam
Ketegasan beliau sebagai mufti juga terpancar apabila `menyindir� Norzam dengan berkata, "pegawai kewangan negeri itu tidak dapat menjiwai perjuangan untuk mendaulatkan Islam kerana tidak memahami sejarah perjuangan dan pahit maung ulama silam khususnya yang berjuang dalam kerajaan dalam usaha mendaulatkan agama Islam di bumi Adat Perpatih."
Menurutnya, Akaun Amanah Mufti tenyata mampu memenuhi keperluan dana untuk menjana generasi terdidik dan berakhlak, selain berkemampuan mengawal pembaziran terutamanya hal yang berkaitan dengan penganjuran `program hiburan� yang melampau yang giat dilaksanakan oleh kerajaan negeri kebelakangan ini, katanya.
Murtadza turut menyindir Norzam dengan ungkapan ayat "Norzam mempunyai potensi yang baik serta berpeluang menikmati kenaikan pangkat, tetapi golongan yang akan terus berdepan dengan cabaran-cabaran yang menimpa umat Islam di negeri itu ialah para ulama, katanya.
Mufti dan ulama benteng masyarakat
Sebagai mufti dan golongan ulama di negeri itu, Murtadza juga berjanji akan terus menjadi benteng dan tempat masyarakat mengadu serta mendapat nasihat.
Murtadza juga dengan tegas menyatakan akan mempertahan dan memperteguhkan institusi mufti kerana institusi itu di bawah naungan Yang Di Pertuan Besar yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, kata Badrul Hisham yang memetik kenyataan Murtadza.
"Pengambilan akaun amanah Mufti oleh pegawai kewangan negeri diangap membawa institusi mufti kembali ke zaman kemunduran. Keputusan itu perlu ditarik balik," tegas Murtadza dalam surat balasannya kepada Norzam.
Berdiri di belakang Mufti
Sehubungan itu Badrul Hisham yang juga Ahli Majlis Tertinggi KeADILan dengan tegas dalam perkembangan ini berdiri di belakang Mufti Negeri Sembilan dan memohon agar beliau terus tegas dan berani mempertahankan kebenaran dan hak.
Ketika zaman penjajah British dan Jepun pun jelas takut untuk menyentuh agama dan adat istiadat melayu kerana menghormati sentimen agama dan bangsa, katanya.
"Namun setelah merdeka 50 tahun satu persatu hak bangsa ini diperkotak katikkan oleh penjajah 'bangsa sendiri'.Adakah Umno lebih gila dari penjajah atau melayu itu sendiri hilang maruah,"tegasnya.