Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, August 31, 2009

Hadiah Rakyat Di Hari Kemerdekaan

31hb Ogos 2009

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga minyak sebentar tadi.

RON95 naik dari RM1.75 ke RM1.80 manakala RON97 naik dari RM1.80 ke RM2.05. kenaikan ini berkuatkuasa tengah malam ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub telah terlebih awal mengecam sebarang kenaikan harga minyak tersebut.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," ujarnya.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi. Sewaktu ketika dulu, Rakyat Kuala Pilah pernah menghantar memo kesengsaraan rakyat kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah YB Tuan Hj Hassan Malek untuk di bahaskan diparlimen.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

Tema Hari Kemerdekaan yang ke-52 adalah 'Satu Malaysia Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan'. Tema ini ada sangkut paut dengan naiknya Najib jadi Perdana Menteri gantikan Pak Lah.

Apakah sebenarnya yg di maksud 'Rakyat Didahulukan'. Persoalannya juga, apakah rakyat yg di dahulukan setiap kali berhadapan dengan krisis-krisis begini. Termasuk juga krisis kepimpinan, rakyat lah yg terdahulu berhadapan dengan musibah-musibahnya. "Rakyat didahulukan juga kalau yang kerja susah susah tu rakyat yg ditolak ke depan, biar rakyat yang tanggung akibatnya dulu, bukan pemimpin yang akan kena dulu. Tang rugi rakyat tanggung.

'Pencapaian Diutamakan'
apabila nak kaut untung, nak bela kroni , pemimpin duduk di hadapan. Pemimpin yang akan capai dulu sampai langit pun nak dicapainya kalau bawa keuntungan kepada pemimpin. Yang nak masuk gaung, terjun lubuk dan terpelanting kelongkang adalah rakyat di dahulukan. Yang nak masuk dalam kocek, pemimpin duduk di hadapan." Puluhan juta di gunakan untuk melobi didlm pertandingan UMNO. Ratusan juta pembaziran stadium dan Masjid kristal hanya untuk tontonan. Menggunakan pelobi Yahudi hanya untuk bertemu beberapa minit dgn President Amerika. Mengajak rakyat membeli saham-saham kerajaaan negeri: ASN, Amanah Saham Selangor, Johor akhirnya duit rakyat terjarap. BETUL KE ?

Rakyat yang hadapi krisis gula, menteri yang jaga Hal Ehwal Pengguna kata rakyat jadi punca gula hilang di pasaran dan rakyat boleh beli gula hanya 2 kg seorang. Menteri tak makan gula pun tak apa, nak jaga badan takut kena kencing manis, dan tak pernah bimbang pun pasal gula , yang jadi ketagih gula ni rakyat sebab nak buka puasa nak buat air kena boh gula.Peniaga di bazar Ramadhan nak jual air nak kena ada gula. Pendek kata rakyat mau gula , menteri tak bimbang apa pun tak ada gula, sebab perbelanjaan mereka, anak-bini mereka rakyat yg di bayar.

Kenaikan minyak, rakyat bakal dahulu berhadapan dengan kenaikan barang keperluan. Aidil fitri ini, rakyat akan didahulukan dengan kepayahan, Janji pencapaian pemimpin di utamakan.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, August 28, 2009

INDAHNYA RAMADHAN...MENJADI PESTA IBADAH DI KELANTAN...DI NS BILA LAGI?

Copy & Paste dari Dinsman...

Ramadan sebagai 'pesta ibadah'? Memang mengejutkan. Pertama kali mendengarnya disebut oleh seorang kawan di Kota Bharu, memang saya pun terkejut dengan istilah 'pesta' itu. Kami berbincang mengenai "Ihya Ramadan'. Bukan mengenai maksudnya tetapi mengenai program-program yang dibuat oleh kerajaan negeri di Kelantan, bagi menghidupkan bulan yang mulia dengan janji seribu rahmat dari Allah itu.

Dalam perbincangan itulah kawan saya menyebut bahawa Ramadhan di Kelantan, dengan pelbagai program Ihya' Ramadannya, menjadi umpama suatu 'pesta ibadah'.Pesta ibadah? Ibadah pun boleh jadi pesta? "Umpama," katanya.Kenapa umpama pesta? "Kerana meriahnya," jawabnya pula.Meriah? Macam manalah meriahnya tu? Kalau suasana membeli-belah di bazar-bazar Ramadan untuk berbuka puasa, itu memanglah meriah. Tetapi itu bukannya pesta ibadah. Itu 'pesta makan'. Sesuatu yang tidak seharusnya menjadi kebanggaan kita untuk bulan Ramadan.


Jadi, apakah yang dimaksudkan 'meriahnya ibadah' di bulan Ramadan itu?"Pertama," kata kawan saya itu, "masjid-masjid dan surau-surau menjadi pusat tumpuan orang ramai. Baik di bandar mahupun di kampung. Selepas berbuka dan sebelum azan isya' berkumandang, mata kita akan sejuk melihat manusia lelaki perempuan, orang tua dan juga kanak-kanak, berduyun-duyun menuju ke masjid dan surau. Ada yang berjalan kaki, ada yang berbasikal, bermotosikal, dan ada yang berkereta. Suasananya memang menyentuh sanubari.""Dan suasana yang hampir sama begitu," katanya lagi, "boleh kita lihat dan rasai juga pada waktu malam menjelang subuh.



Di banyak tempat. Terutama selepas pertengahan Ramadan. Mereka berkumpul di masjid untuk qiyamullail dan solat subuh. Sungguh syahdu." Ya, betul, saya pun pernah menunaikan solat subuh di beberapa masjid di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tanah Merah dalam bulan Ramadan tahun-tahun yang lalu, memang kehadiran jemaahnya luar biasa ramai. Hampir seperti solat Jumaat.Hari ketiga Ramadan tahun ini saya dan Qosim berjemaah subuh di Masjid Muhammadi (KB). Waktu kami tiba, masjid masih kosong. Tetapi ketika bangun untuk solat fardu subuh dan menoleh melihat ke belakang, Qosim terkejut kerana orang sudah penuh hingga ke saf belakang. Selesai solat dia masih kehairanan memikirkan bagaimana hal itu boleh terjadi di Kelantan. Maka saya pun berkata: "Inilah hasil kegigihan dan kesungguhan Tok Guru mendidik dan mentarbiyah rakyat. Dia tak serupa dengan Perdana Menteri atau Menteri Besar lain.


"Orang lain mengutamakan urusan ekonomi dan pembangunan material, Tok Guru Nik Aziz lebih mengutamakan tugas dan tanggungjawab membetulkan akidah dan pemikiran manusia, terutama rakyat negerinya."Berbalik kepada cerita 'pesta ibadah' kawan saya tadi. "Di Kelantan," katanya, "bila menyambut Ramadan, semua orang akan sentiasa berlumba-lumba untuk membuat ibadah. Semua orang akan berlumba-lumba bersedekah, berlumba-lumba nak menyumbang untuk juadah berbuka puasa, berlumba-lumba menjamu anak yatim, berzakat dan sebagainya.""Di tempat lain," jelasnya lagi, "orang mungkin berasa seronok tibanya Ramadan kerana ia menandakan tak lama lagi akan tiba pula hari raya.



Tetapi di Kelantan tak begitu. Di Kelantan orang berasa gembira dan tak sabar-sabar menyambut Ramadan kerana Ramadan membolehkan kita berasa seronok membuat ibadah, berasa teruja untuk buat kebaikan, berasa gembira bila dapat bersedekah, dan rasa tak sabar-sabar untuk ke masjid berjemaah, tak kira zuhur, asar, maghrib, isya' mahupun subuh."Ini benar-benar satu dimensi baru dalam ibadah, kata Qosim. Ramadan bukan lagi bulan puasa seperti yang kita faham selama ini. Ramadan ialah bulan 'pesta ibadah'.Seperkara lagi, yang turut memeriahkan Ihya' Ramadan di Kelantan ialah tadarus al-Quran. Bukan tadarus sekadar membaca al-Quran beramai-ramai, tetapi membaca al-Quran dan memahami makna dan maksudnya.Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam pada setiap tahun menetapkan satu surah atau sejumlah ayat al-Quran pilihan, untuk dijadikan Ayat Tadarus rasmi bagi negeri Kelantan.


Sebuah buku Tadarus yang mengandungi ayat Quran tersebut berserta tafsirnya, akan dicetak dalam jumlah yang banyak, untuk diberikan percuma kepada seluruh rakyat yang berkenaan.Bayangkan setiap tahun kerajaan negeri mencetak sebanyak 50,000 naskah buku tersebut, yang tebalnya sekitar 40 halaman. Dan buku itu digunakan di seluruh ceruk negeri, di bandar dan di desa, oleh semua golongan masyarakat.


Mereka sedikit pun tidak menyebutnya sebagai kempen membaca. Tetapi sebenarnya itulah, mereka membuat kempen membaca yang cukup berkesan, tanpa perlu mengheboh-hebohkannya. "Hasrat Tok Guru hendak melihat setiap rakyatnya menghidupkan Ramadan dalam erti yang sebenarnya. Dia hendak melihat rakyatnya sentiasa mengkaji ayat-ayat cinta daripada Tuhan Sekalian Alam, yang kadang-kadang kita alpa dan lalai.
"Biasanya ayat-ayat yang dipilih adalah berdasarkan suasana semasa, supaya rakyat terus kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan." Demikian kawan saya di Kota Bharu itu menjelaskan.

Ya Allah...ku pohon padamu jadikanlah negeri kami ini seperti negeri Kelantan yang meriahnya dengan pesta2ibadah di bulan ramadhan dan bulan2 yang lain..Aminn...

Tuesday, August 25, 2009

Saksikan lahhhhh

Di hari mengundi Permatang Pasir.


kesian makcik.... tengok sampai habiss..




PAS/PR Mempertahankan Kerusi Permatang Pasir

Salleh Man di julang selepas diumumkan menang pada PRK DUN Permatang Pasir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, malam ini.


Mohd Salleh Man
Parti Islam Semalaysia
: 9618 undi

Rohaizat Othman
United Malay National Organisation
: 5067 undi
Total Majoriti: 4551


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Tahun 2008 Umno Bn memperolehi undi lebih kurang 5,500 kekurangan 500 undi. SPR memilih hari bekerja membuatkan lebih 2000 pengundi tidak dapat memenuhi tanggung jawab mereka. Ini bermakna PAS PR telah kehilangan sebanyak 1,500 pengundi. Kami pasti, jika kesemuanya dapat hadir, PAS PR akan menang dgn majoriti 6,000.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Ini kerana beberapa faktor patut di ambil kira: Hari mengundi di waktu kerja dan kengkangan daripada majikan untuk bercuti
menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot(kilk).

Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir, Peratusan Mengundi Hanya Sekitar 75% Sahaja Kerana Kemeriahan Pilihanraya Kurang Terasa !(klik)
. Peperangan kempen dgn asakan yang maha hebat di PRK Permatang Pasir menyaksikan Jentera Kerajaan Pusat berkubu dan berhadapan dengan PR yang serba kekurangan. Manakala Kerajaan masih juga terus menggunakan kempen melalui media konvensioanal menyerang secara terlampau-lampau, salah satu sebab kebosanan kepada pengundi muda.

Umno Bn secara jujurnya gagal meraih kemenangan hati untuk pengundi muda walau pun berjaya menurunkan majoriti undi. Kaedah Umno Bn yg masih berterusan mengekalkan kempen secara begini, bakal mengundang sejarah yg terburuk pada PRU 13 nanti.

Kepada pimpinan PR, pastikan kerja-kerja menapis secara terperinci kewibaan peribadi bakal calon-calon yg bersih dan beramanah dan juga berilmu untuk berhadapan PRU13 nanti.

Ingat''' Jgn terlalu selesa. Kerja-kerja parti dan khidmat masyarakat, perlu berterusan tanpa rasa jemu dan ikhlas (klik).

Kami tidak rela pemimpin2 kami bersifat tidak bermaruah, walau pun menang didlm pilihanraya. Teruskan menerima perbedaan pendapat dan kritikan dan selesaikan secara bijak dan berhemah. Kemenangan bukan untuk peribadi atau agenda tersembunyi tetapi untuk kemajuan ilmu rakyat dan negara. Rakyat semakin bijak dan berfikiran terbuka untuk melihat Parti yg baru ini, bakal mengantikan Barisan Nasional secara matang. Insyaallah

@PR Juasseh/Jemapoh@

PERMATANG PASIR..PAS MENGEKALKAN KEMENANGAN..

KEPUTUSAN RASMI PRK N11 PERMATANG PASIR 2009.
PAS : 9618

BN : 5067

Majoriti : 4551
Rosak : 83
Peratus keluar mengundi 72.78% (14 768 keluar mengundi daripada 20290 pengundi berdaftar)

ANALISIS PRU12 2008 PMTG PASIR
PAS :
BN :
MAJORITI : 5433
PERATUS MENGUNDI : 82.5% (16803 keluar mengundi)

TAKBIRRRRRR............AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YB HAMDAN....TAHNIAH UNTUK USTAZ SALLEH MAN....

Sunday, August 23, 2009

EXCO Pakatan Kedah umum keluar parti, 2 Adun Selangor mungkin menyusul




ADUN Kulim juga dilaporkan sudah berada di Singapura dan dikatakan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sementara itu, dua lagi ADUN PKR di Selangor juga sudah tidak dapat dikesan sejak beberapa hari lalu.

Teori Kami, Mungkin ada kebenaran.

Nampaknya sekali lagi kesungguhan agenda Najib hampir jadi kenyataan.

Exco Kedah Mohd Radzhi Salleh ADUN PKR Lunas bertindak keluar Parti dan isytiar ADUN Bebas (disini). Dengan keluar Mohd Radzhi Salleh Adun kawasan Lunas tersebut daripada partinya PKR membuatkan teori dan rancangan untuk meranapkan kerajaan Kedah dan Selangor hampir lengkap.

Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR Kedah dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dan telah berjaya dengan apa yang berlaku di Perak. Sekiranya taktik dgn meletakan jawatan Adun dan di adakan piliharaya semula, sudah pasti rakyat akan membidas semula dgn protes undian. Gelombang Tsunami reformasi rakyat masih bergegar dan masih berterusan. Ini akan lebih memeritkan Najib. Banyak modal dan sudah pasti juga imej Umno Bn yg akan bertambah rosak.

Satu ADUN DAP pernah mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas. Ini menjadikan komposisi ADUN diKedah ialah BN 14, Bebas 1 dan PR 21. Sekiranya BN berjaya menarik 4 lagi ADUN PKR untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong Umno, menjadikan BN 14, Bebas 5 dan PR 17. Dan dengan itu, apa yang berlaku di Perak…akan berulang di Kedah.

"'RIBUT DALAM CAWAN KE 2 DI KEDAH''(disini) kini terjadi lagi. Beliau menjadi calon bebas di Kedah, dan langkahnya ini menyaksikannya hilang jawatan sebagai exco bagi negeri Kedah.

Beberapa bulan yg lepas adalah hari yang menggemparkan negara. Semuanya kerana dua Exco Perak …Jamal dan Osman. Sehingga hari ini, cerita tersebut masih dimainkan dengan berita terbaru tentang kenyataan Misbahul Munir (disini). Berita kehilangan Jamal dan Osman hanyalah ‘diversion’ kepada satu gelora yang lebih besar. Riuh rendah di Perak tetapi yang bergelora adalah di Kedah.

Sekurang-kurangnya, ada pemimpin Umno yang kelamkabut manakala akhbar dan TV mempunyai cerita untuk disiarkan.

Jamal bukan sahaja tidak akan kembali kepada PKR..malah akan bertindak lebih teruk lagi. Dia sudah jadi seperti Ezam Mohd. Nor.

Ramai orang Umno tak suka kat Jamal…seperti mereka tak suka kat Ezam. Tetapi Jamal berguna untuk individu tertentu dalam Umno…sama seperti Ezam berguna untuk Khairy dan Pak Lah. Dan Jamal berguna untuk Najib..untuk melakukan kerja-kerja Najib. Jamal bersedia melakukannya…mungkin demi duit atau apa saja yg di janjikan. Macam Ezam dulu.

Najib merancang untuk menjatuhkan kerajaan PR (disini) dan Jamal adalah diantara balaci-balaci yang digunakannya. Dan tugas Jamal adalah untuk membuat hubungan dengan ADUN-ADUN PKR Kedah untuk melompat menjadi ADUN bebas tetapi menyokong Umno. Modus operandi mereka hampir sama dengan apa yang berlaku di Perak.

Apakah ini mustahil dilakukan? Tidak. Malah operasi ini sudah berjalan sejak lama. Masalah ini jgn dipandang ringan oleh kepimpinan PR Kedah. Najib cukup berkuasa...SPRM, Polis, Hakim, media dan semua jentera kerajaan adalah di bawah tangannya.

Isu kandang babi bukan lah isu yang besar, tetapi hanya merupakan jerami yang mematahkan belakang unta. Pimpinan PR Kedah mungkin tidak sedar tentang permainan Umno melalui kakitangan kerajaan dibawahnya. Sama seperti di Perak…Jgn leka dan rasa cukup selesa ….sehingga tidak sedar permainan Setiausaha Kerajaan Negeri. Di Kedah…operasi ini dilakukan melalui Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Di Kedah, ada seorang ADUN PKR yang mempunyai sifat-sifat yang hampir serupa dengan Jamal. Kaki joli dan kaki tambah bini. Dan dialah yang di beri tugas menjadi dalang dan PR adarekod… dibayar dengan bayaran yang tinggi (disini) dibelakang konspirasi untuk menjatuhkan PR Kedah.

Langkah awal yang dilakukan oleh Umno ialah memainkan isu perkauman. 50% kuota Bumiputra dalam dasar perumahan negeri…penolakan pelan bangunan Persatuan Buddhist Kedah, cadangan untuk merobohkan kuil Hindu, dan terakhirnya ialah merobohkan tempat sembelihan babi. Sementara di Selangor issu arak. Perbedaan pandangan Exco Pas & Dap, di jadikan bahan Umno Bn untuk membakar hati2 rakyat yg belum berapa celik sepak terajang politik Bn ini.

Semua perancangan ini dilakukan oleh kakitangan kerajaan yang terdiri dari orang Umno…dan Pas mungkin terleka. Dan ini menyebabkan kemarahan kepada bukan Melayu. Sudah pasti ADUN-ADUN bukan Melayu merasa terancam. Kalau orang-orang bukan Melayu marah…masa depan mereka juga terancam. Dan ADUN DAP sudah termasuk dalam perangkap ini.

Dikalangan ADUN-ADUN PKR….hanya seorang sahaja Melayu, itu pun tak boleh harap dan khabarnya telah termakan duit sogokan dan kini takut disiasat. Yang lainya terdiri dari 3 Cina dan seorang India. Maka tidak susah bagi Umno menjalankan konspirasinya. Bagaimana kalau satu Melayu, satu India dan dua Cina menyertai Bebas? Sudah cukup untuk meruntuhkan PR Kedah!!

Dan ini lah yang cuba dilakukan oleh Umno dimana Jamal adalah diantara balaci-balaci Najib untuk meruntuhkan PR Kedah seterusnya Selangor.

Minggu lepas…operasi ini sudah hampir kekemuncak dan gagal ditangani oleh kepimpinan PR negeri sehingga memaksa Anwar sendiri turun untuk menyelesaikan keadaan. Semasa dalam minggu kempenManek Urai, Anwar bertemu dengan kepimpinan PKR Kedah untuk meredakan keadaan.

Seterusnya, Ustaz Azizan bertemu Lim Kit Siang di Kuala Lumpur. (Disini) Hasilnya…positif. Keadaan kembali menjadi normal untuk seketika. Tetapi berapa lama ia akan bertahan?

Pilihanraya DUN Perak bukan lagi fokus penting. Ia akan diadakan..cuma menunggu masa yang sesuai. BN tidak akan membubarkan DUN Perak kalau dia tahu dia akan kalah. Maka, jalan perlu dicari untuk melemahkan Pakatan Rakyat. BN semakin berjaya….dengan isu Kerajaan Perpaduan, Isu Kedah…dan apabila PR lemah..baru lah DUN Perak akan dibubarkan.

Pemimpin Pakatan Rakyat di harap untuk wajib berfikir mencari jalan penyelesaian secara matang dan jgn terlalu ambil mudah maupun memandang ringan ancaman Umno. Tak ada guna kita mengaku lebih cerdik…tetapi sentiasa kena tipu. Tak ada guna menepuk dada mengatakan kita lebih bermoral…tetapi sentiasa diputarbelit oleh Umno Bn yang lebih rendah moralnya.

Dimanakah kecerdikan dan dimanakah tingginya moral …kalau perkara-perkara seperti ini di anggap remeh dan terleka untuk diselesaikan? Lembaga Displin Pakatan Rakyat harus bertindak secepat mungkin sebelum Umno Bn meruntuhkan secara ganas, halus, mau pun teknikal.

Radzhi seringkali mengugut untuk keluar dari PKR kerana ancaman SPRM,...tapi alhamdullillah bersyukur kerana beliau memilih keluar kononnya mengistihar jadi wakli bebas dan juga menyokong penuh kempimpinan Najib. Kenapa perlu berlakon istihar jadi wakil bebas, tidak istihar sahaja masuk Umno, apa perlu berdolak dalih. Strategi Najib untuk tidak membenarkan masuk Umno, sudah dapat di baca.

Radzi atau siapa saja pemimpin Pakatan Rakyat yg tiada hargai diri, tidak layak berada di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, tempat yang layak bagi beliau ialah di dalam Umno, kenapa dikatakan begitu?.

Dalam Umno ni ada banyak pemimpin pemimpinnya terlibat dengan berbagai skandal, rasuah, penyelewengaan, moral yang negatif dan sebaginya . Oleh itu layak lah mana mana pemimpin yg bermasalah seperti Radzi ini keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional

Jelas dan lagi terang kita dapat lihat bagaimana Ketua Pergerakan Pemuda Umno ,Khairy Jamaludin ,walaupun beliau disahkan terlibat dengan rasuah masa pemilihan umno tapi tetap juga dipilih..Begitu juga dengan Ali Rustam yang terlibat dengan rasuah masih kekal menjadi Ketua Menteri Melaka. YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) yang juga telah didakwa oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah juga sebagai ADUN Bebas.

Tiada yang ruginya kepada Pakatan Rakyat jika ada wakil rakyat yang bermasalah melompat ke parti lain.Kita patut berasa gembira dengan berita yang Radzi keluar dari Pakatan Rakyat bebanan yang ditanggung oleh kita sudah berbalik kepada Umno.

Krisis Perak sepatutnya mematangkan pemikiran kita…terutamanya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Bagi pemimpin PAS, PKR, maupun DAP (disini) .....…banyak lagi yang perlu dipelajari dari Nik Aziz dan Anwar.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Ku Li Akan Masuk PR ???


Berita tentang Ku Li akan bersama PKR atau mana-mana parti Pakatan bertiup kencang sekarang. Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Umno Bn Gua Musang ini, pernah berhempas pulas mempertahankan perlembagaan negara yang sewaktu itu tercetusnya krisis raja-raja Melayu dan Mahathir.

Mantan Menteri Kewangan dan juga bekas President Parti Semangat 46 sebelum tewas oleh Mahathir dlm pemilihan President Umno di tahun 1986. Ku Li telah di beri penghormatan sebagai kata penghantar buku yang bertajuk "SAYA PUN MELAYU" karangan bekas menteri Zaid Ibrahim yg kini semakin ligat dgn ceramah-ceramah penerangan Pakatan Rakyat.

Kiranya benar, Pakatan Rakyat akan bertambah mantap dlm urusan pentadbiran atas pengalaman beliau dlm membaik pulih ekonomi negara. Pengasas bank Bumiputera dan bekas pengerusi Petronas ini, akan berganding bahu bersama-sama bekas menteri kesihatan juga bekas calun President MCA dan bekas Naib President MIC SS Subramaniam untuk terus berusaha mengubah lanskap politik di bawah naungan PR.

Kemungkinan mempertahankan prinsip rakyat di dahulukan dan tidak mahu bersama-sama agenda peribadi yg terlampau-lampau oleh pemimpin-pemimpin Umno , membuatkan beliau tidak langsung di beri tempat dlm kabinet Mahathir, Pak Lah dan Najib.

Namun kami juga dapat rasakan, Najib dgn secepat mungkin akan memberi tempat dlm kabinet untuk Ku Li walau pun akan di krtik hebat oleh Sifu Mahathir bagi menghalang beliau menyertai PR. Kiranya Ku Li masih terbiar atau akan bersama-sama PR, Umno Bn akan bertambah malap dan mungkin lebih kritikal menjelang PRU 13 nanti.

@PR Juasseh/Jemapoh@

Saturday, August 22, 2009

PESANAN TOK GURU PADA PENGUNDI PERMATANG PASIR.....

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya.

Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya.

Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.

Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu.

Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak?

Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM.

Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi.

Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar?

Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”..Takbir!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009

Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat...jeng..jeng..jengg..

MK semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan MK menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.

Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.

Apa cerita yang sebenarnya?

Team bloggers semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam MK juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)

Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat..


Panasssssssssssssss...............inilah UMNO....nak kawin 2,3 or 4 no problem.tapi mengaku je la.habis cerita.jangan tipu rakyat.tu belum jadi YB lagi dah kelentong rakyat PP..hancusss...



SPR - Pengundi Hantu ???


Calon BN Permatang Pasir - Mengelabah

Menjadi pemimpin mewakili suara rakyat, bukan lah mudah.... terutama di waktu sekarang..Ilmu yg di raih daripada universiti belum tentu menjamin keselesaan rakyat. Umno BN harus bersungguh-sungguh mencari calon yang mempunyai keperbadian yang tinggi (klik) . Kerap kali membuat keputusan tanpa merujuk dan meyelidik sedalam-dalamnya. Suara akar umbi sering kali di tinggalkan kerana menganggap orang bawahan tiada ilmu perang politik. Pemimpin Umno salah menyalah sesama sendiri.

Ku Li, veteran Umno yg kerap kali menegur beberapa kepincangan pemilihan dan hala tuju parti juga, tidak lagi di dengar. Mungkin sudah beranggapan tidak relevan lagi. Jangan memperjudikan harapan rakyat hanya untuk sebuah kemenangan.

Rakyat yang terdedah dengan maklumat dunia tanpa sepadan kini semakin celik untuk menilai. BN Mula Edar Risalah Hasutan Secara Terbuka. Kalau terlalu sayang dengan parti, berjuang lah dengan sejujurnya dan bersaing secara matang dan berhemah. Kuasa yg di amanahkan, untuk bersama-sama memperbaiki kehidupan rakyat dan negara. Ramai di antaranya,Klik Sini , meletakan amanah rakyat sesudah berkuasa, hanyalah untuk mengaut kekayaan secara songsang dan berlumba-lumba mencipta empayar. Mulut-mulut yang menegur akan di sita dengan pelbagai akta yang menakutkan.

Ku Li: Apakah Umno kurang calon? Tapi percayalah..... rakyat yang sayangkan negara ini akan terus berjuang untuk satu kehidupan yg ditadbir secara bijak , jujur dan cekap dengan berlapang dada mendengar kritikan pandangan. Sesebuah negara yang maju, adalah ditadbir dgn pemimpin dan rakyat yg bersama-sama menyumbang kearah kehormanian tanpa takut dan tekanan.


Selamat Berbuka Puasa dan Solat Terawih

@PR Juasseh/Jemapoh@

Friday, August 21, 2009

Tafsiran & Pengertian

Tafsiran "Jahanam"

Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'. Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.

Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahanam, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam (Umno itu telah rosak).

Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.

Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, "ya". Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.

Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha memperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.

Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mereka sedang berusaha memperbaikinya.

Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.

Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.

Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.

Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.

Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.

Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dosa dan pahala.

Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatan yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.

Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.

Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS atau Keadilan. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS atau Keadilan.

Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.

Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.

Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.

Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.

Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS, KeADILan atau mana-mana parti, mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza.

Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya.


@Nukilan: Abu Firdaus@
HarakahDaily.

@Edit: PR Juasseh/Jemapoh@

Sempena Ramadhan al-Mubarak yang bakal menjelang ini, kami dari Pejabat Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kesalahan samada yang kami lakukan sama ada kami sedari ataupun tidak, sama ada yang kami sengajakan mahupun tidak, begitu juga dengan tulisan dan juga susun atur blog kami selama hari ini.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan lebih kusyuk, diberkati dan dirahmati Allah SWT, InsyaAllah.

@PR Juasseh/Jemapoh@

52 tahun..maaf cakap..UMNO pengkhianat paling bangsat...

Memang YA!!!!!!

52 tahun Umno memerintah Malaysia. Dalam tempoh itu jugalah, Umno telah mengkhianati amanah bangsa Melayu dan umat Islam.
Tak percaya??
Baik kita ambil satu contoh sahaja..
Isu Kampung Berembang...kampung tu ramai Melayu..kena roboh..kalau benar bela Melayu mereka patut pertahankannya.
Tak percaya???
Siapa yang menutup Sekolah Agama Rakyat???tinggal berapa kerat jer SAR di Malaysia ni??
Isu beer...sepanjang 52 tahun memerintah Malaysia...mereka tidak pernah mengambil tindakan yang cukup berani untuk membanteras penjualan beer atau arak di tempat yang majoritinya Umat Islam
Isu KETUANAN Melayu....tolong tanya PEKIDA, PEWARIS, dan penyokong TOTOK Umno..siapa yang merampas kekebalan kekuasaan raja - raja pada tahun 1993. Siapa??
Isu beras untuk rakyat Malaysia...siapa yang telah menjual saham 30 % kepada tauke daripada HONGKONG...siapa??
Isu menghapuskan DEB...siapa yang terhegeh - hegeh nak menghapuskannya kerana nak mendapatkan undi orang bukan Melayu walaupun penghapusan tersebut tetap gagal untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu dan bukan Melayu...
Banyak lagi sebenarnya...
Tolak Umno ke loji TAIK..
PENGKHIANAT BESAR LAGI BANGSAT..
p/s maaf kasar sikit sebab ada orang UMNO yang call IR dan memaki hamun IR...tapi IR tetap sabar.......IR ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada orang UMNO itu dan kepada semuo umat ISLAM....undur setapak tidak sekali...akan ku terus melangkah demi ISLAM dan KEADILAN...

Wednesday, August 19, 2009

Penjelasan Isu Tapak Kuil dari PR

Baru-baru ini, banyak betul yang kita dengar berhubung isu tapak kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Yang tahu, yang tak tahu dan yang buat-buat tahu, semuanya turut sama mengemukakan pandangan masing-masing. Di antaranya, pandangan Noh Omar yang menyatakan bagaimana kerajaan PR tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin tahu, izinkan saya menceritakan serba sedikit perkara sebenar berkenaan isu ini. Tapak Kuil yang dicadangkan adalah di kawasan Industri, lebih 200 meter dari kawasan perumahan. Sebuah Kuil yang sekarang ini berada di Seksyen 19 akan dipindahkan ke tapak baru yang dicadangkan ini.
Di Seksyen 19, kuil berkenaan hanya berjarak 20 kaki dari kawasan perumahan! Buka pintu rumah, seberang jalan terdapat kuil.Sebenarnya, kuil Seksyen 19 telah berada di situ sejak zaman sebelum wujudnya Shah Alam lagi. Pada masa itu kawasan di mana kuil tersebut dibina dinamakan Ladang Sungai Renggam. Apabila PKNS ambil-alih, maka dijadikan kawasan perumahan. Semasa membina dan menjual rumah-rumah di Seksyen 19, PKNS tidak menunjukkan kuil tersebut di dalam pelan mereka. Sebaliknya yang ditunjuk adalah rumah-rumah teres dua tingkat.Maka, para pembeli rumah sekitar kuil tersebut, 80% dari mereka yang merupakan orang Melayu Islam pun terperanjatlah apabila berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati kuil masih berada di situ. Sedangkan mereka diberitahu bahawa kuil tersebut akan dipindahkan.
Malangnya, PKNS di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri UMNO/BN, tidak menunaikan janji mereka dan tidak juga bertanggung-jawab dalam soal ini. Kalau diusahakan pada ketika itu, masih terdapat banyak kawasan lapang, maka perancangan yang lebih sesuai dan tepat dapat dilaksanakan.Seperti yang diduga dan sepertimana biasa, kerajaan BN tidak melakukan apa-apa. Penduduk terpaksa bersabar selama 26 tahun, menagih janji dari PKNS dan kerajaan BN Selangor, sehinggalah naiknya kerajaan PR. Kami mengusahakan dengan serius dan bersungguh-sungguh sehingga terhasilnya cadangan kuil Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23.
Sepatutnya Noh Omar mencerminkan diri sebelum mengeluarkan pendapatnya. Takut-takut meludah ke langit, terjatuh ke muka sendiri. Siap dengan kahak lagi! Sekiranya tapak di Seksyen 23 mahu dikatakan tidak peka dan tidak sensitif, kedudukan di Seksyen 19 mahu dipanggil apa? Mendera? Menyeksa? ataupun derhaka?Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
Tetapi apa boleh buat, nasi sudah pun menjadi bubur, mereka amat menyesal mengundi BN sejak dari dulu lagi. Akhirnya hasil perbincangan yang waras, mereka sanggup bertolak ansur. Sanggup berpindah, asalkan tidak terlalu jauh. Kuil ini dikunjungi penganut Hindu dari Seksyen 19, 20 dan 23.Oleh itu, PKNS ditugaskan untuk mencari tempat yang sesuai. Tapak yang dicadangkan adalah seperti yang dinyatakan. Cadangan dikemukakan kepada MBSA dan seterusnya kepada Exco kerajaan Negeri. Semua menganggap ianya sesuai dan masalah di Seksyen 19 di mana suasana diperhangatkan oleh NGO Melayu/UMNO seperti Pewaris, perlu diselesaikan dengan segera.Ini yang perlu kita perlu fahami.
Tapak di Seksyen 23 bukan untuk kuil baru. Ianya adalah untuk memindahkan kuil yang sedia ada di Seksyen 19. Kedudukannya tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan, di mana terdapat Dewan orang ramai dan juga sebuah padang permainan di antara tapak kuil tersebut dengan kawasan perumahan. Ianya merupakan kawasan Industri. Kalau kilang boleh diletakkan di situ tanpa sebarang bantahan dari penduduk, mengapa tidak kuil? Sedangkan jarak kawasan Industri dari perumahan sudah mengambil kira terlebih dahulu semua aspek yang wajar dipertimbangkan.
Saya faham ada yang ingin mempolitikkan isu ini. Memang suku sakat Ketua Bahagian UMNO duduk di situ. Saya rasa Najib kena ‘mendidik’ ahli UMNO. Kikis semangat perkauman yang sempit yang diasaskan selama ini. Adakah beliau mampu lakukannya? Adakah beliau ingin lakukannya? Najib ke Batu Caves dengan begitu gah ceria, 1Malaysia katanya. Kita ingin lihat sejauh mana falsafah Najib difahami ahli partinya sendiri atau ianya semua hanya satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat?Seorang penduduk Seksyen 23 memberitahu saya, “Jangan layan sangat YB, puak-puak ini, bukan sekadar kuil mereka bantah. Buat kuliyyah di Surau pun mereka bantah juga”.
##PR nak nak tunggu pulak BN K.PILAH/JUASEH nak pindahkan balairayo Kg Kuala Jemapoh ke tompek lain. Dalam kes ni PR mengalu-alukan balairayo tu dipindah ke tempat lain sebab buat balairayo tu menumpang atas tanah orang. Kalau tuan tanah bagi menumpang tu buat la cara menumpang, jangan buat tanah tu macam harta sendiri. Ingat, kami dah bersiap-sedia dengan segala fail dan undang-undang serta standby lawyer yang power, jika pihak2 BN cuba merampas tanah balairayo dari tuan tanah. Surat Dato Lembago pun kami ado. Balairayo itu milik rakyat tak kiro apo parti pun. Silap-silap ular pun dah berkhemah kek dalam tu.
Usah dijolok sarang tebuan,
Kelak disengat oleh sang tebuan..

Tuesday, August 18, 2009

Video Waktu Penamaan Calon Permatang Psir

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnQkOSrtC1GsBCgE51yGSP1Pbd6_Xxxnz1o-uR_SByZZA8sq52YYb1xvE5A_dURl8o45IrgARw4pOzv-1vDZiT_TvUwsk0YlF59GWA7TGD_oGFjvDIyvSYupkaVY87hCbn__KTbG1S8IQ/s330/CalonN11.jpg
Channel Icon
Channel Icon


PRK Permatang Pasir  - Suasana Penamaan Calon 17/08/2009 - 001

Hari penamaan calon PRK Permatang Pasir
Channel Icon


@@PR Juasseh/Jemapoh@@

Peristiwa Hari Penamaan Calon Permatang Pasir

N.GOBALAKRISHNAN MP PADANG SERAI DI TAHAN POLIS @Utusan@ (klik)



Polis menahan N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi,

[gobi.jpg]

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090818121641/Article/


"Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis dan Gobalakrishnan yang mendakwa tangan kirinya patah dalam pergelutan dengan polis itu dibawa ke Hospital Bukit Mertajam dengan sebuah ambulans," kata Ayob.

Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, sehingga jam 1.37 tengahari ini, Gobalakrishnan masih berada di Hospital Bukit Mertajam.

Seorang pemimpin AMK Pulau Pinang (Amizudin Ahmat) yang menemani Gobalakrishnan, memberitahu Malaysiakini bahawa urusan x-ray telahpun selesai.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya tujuh anggota polis di situ.

Gopala Di Tuduh Serang Polis ??

Gobalakrishnan dari (PKR) dikenakan tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Pemimpin PKR pusat itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesnya akan disebut semula pada 28 September 2009
Gobalakrishnan, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir proses penamaan calon di Institut Kemahiran Beliau Negara (IKBN), ditahan di luar pusat tersebut.

Beliau merupakan antara pemimpin Pakatan Rakyat yang keluar untuk memberikan sokongan moral kepada para penyokong mereka yang berkumpul di sebelah kiri IKBN.
Beliau akhirnya dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2000.00. Beliau hadir dengan berkerusi roda serta tangannya berbalut.

Pelik tapi benar..1 malaysia boleh

calon Pas PR Ustaz Salleh Man.


Pimpinan Pakatan rakyat yang mengiringi calon PAS Ustaz Salleh Man

Lim Guan Eng turut hadir

Shamsul Iskandar, Amer Ghazali, Latiff dan Jet Perlis.

Presiden PAS Tuan Guru YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang.

YB Nik Nazmi turut hadir.

Yb Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
Yb Tian Chua memberi ucapan semangat setelah YB Gobalakrisnan dipukul dan ditendang serta terus ditangkap dan di bawa ke Hospital Bukit Mertajam.

Edit @PR Jemapoh/Juasseh@
@Petikan dari Blog Din Bijai@