Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, August 16, 2009

Kejohanan Bola Sepak Bulan Kemerdekaan

Ahad 16hb Ogos 2009

Bulan kemerdekaan telah mula di isi dengan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Tertutup peringkat Kampong Jemapoh hari ini yg telah di adakan Padang Rakyat Desa Jemapoh.

Bermula awal pagi 10am kesemua peserta bediri di tengah padang sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh penghayatan erti sebuah kemerdekaan.

Pasukan-pasukan yg terdiri dari Gugusan Jemapoh ini, telah menamakan pasukan masing-masing dgn nama jenama kereta-kereta keluaran Malaysia.

Lapan pasukan yg menyertai dan bermain format 7 sebelah. Penganjur kejohananan yg terdiri daripada anak2 muda Gugusan Jemapoh sendiri di bawah seliaan Bro. Helmi, menjadikan sukan bola sepak sebagai simbul simbolik erti perjuangan dan kemerdekaan.

Dan sebelum itu Pakatan Rakyat Juasseh/Jemapoh turut bersama-sama ke Rembau Kg Selemak untuk sama-sama menyertai program Pelancaran Hari Ke Merdekaan anjuran PKR Cabang Rembau:

Kesunyian Kg Selemak, di hadiri puluhan ribu menghayati Kemerdekaan

Rembau tempat Khairy dipilih Chegu Bard dan Anwar Ibrahim untuk melancarkan program kemerdekaan ke 52.

Kehadiran rakyat tempatan luar biasa. Hampir 10 ribu rakyat hadir penuh sesak. Ada kenderaan terpaksa diletak sejauh 3 km kerana tiada lagi tempat letak kereta.

Syabas kepada petugas-petugas pkr Rembau yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

Syabas kepada Chegu Bard serta pimpinan Cabang Rembau yg menjayakan program tersebut dgn meriah dan penuh pengertian. Tanpa provokasi dari pihak-pihak yg tertentu, pasukan Polis telah mengawal aturcara majlis dengan mesra dan dgn rasa bertanggung jawab.

Jelas, satu kepuasan dari wajah-wajah pasukan Polis malam tersebut, dengan penerangan Mat Sabu, perlunya memertabatkan Pasukan Polis dan memerdekakan pasukan tersebut dari dibelengu terus oleh Umno Bn sekira PR berjaya memerintah kerajaan Pusat..

Selepas program Chegu Bard tidak bersama Anwar dan jemputan vip ke jamuan makan. Tetapi beliau bersama petugas-petugas selesaikan kerja-kerja membersih tapak ceramah..

Channel Icon
zaidtwitter-Ceramah Zaid Ibrahim




Video clip khas sempena kemerdekaan ditayangkan. Rakyat berdiri sambil mengibarkan bendera Malaysia. Rakyat sebenarnya kini cukup memahami erti patriotik dgn tanahair. Hanya umno Bn sahaja yang ketandusan isu mengelarkan Anwar dan pengikutnya sebagai 'Penghianat Rakyat'.

video

KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

@PR Juasseh/Jemapoh@

1 comment:

Hazman Hashim said...

IzIN MASUK BERITA DI GERBANG KEADILAN. TQ