Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, August 14, 2009

Ceramah KJ di Shah Alam: Puluhan Ribuan Yg Hadir ???

Seksyen 6, Shah Alam.. .

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm) Di Johor.... TPM telah menyeru orang2 Melayu untuk berhimpun melaungkan suara pengkhianat bangsa. Program akan cuba berterusan di seluruh negara.

Satu-satunya parti yang berjaya memperkenalkan agama Islam di Malaysia dengan dgn menghimpun pejuang Melayu menetang penjualan arak sebagai pasaran jualan arak haram ops halam (sebab ada lesen) jenis Martell kedua di Asia selepas negara China...

Kali ni kita ke majlis ceramah anjuran UMNO bersama penceramah tersohornya Khairi J..!Ketua pemuda Umno Malaysia yg selalu di ejek Mahathir budak Tingkat 4 dan didapati bersalah di bawah akta Umno: politik wang oleh Lembaga Displin Umno.

Ternyata kehebatan KJ amat-amat terserlah dgn kepetahan pidato dgn hujah-hujahnya. Tetapi kehadiran cukup mengecewakan. Adakah silap Ezam Md nor (kini, sahabat sejati KJ) ketua penerangan Umno di salah satu cawangan Shah Alam gagal mempengaruhi Melayu untuk bersama-sama mendengar celoteh KJ dgn laungan Hidup Melayu ?
Tahniah UMNO..!!! Tahniah KJ...!!! anda memang pejuang..!

Khairy Jamaluddin kini adalah seperti jaguh kampung, tidak lebih daripada itu. "Kampung Khairy" terletak di mana sahaja, asalkan beliau dapat berucap secara berapi-api, biarpun tanpa hujah bernas atau benar. Tidak apa jika jumlah penontonnya sedikit.

Yang penting, media arus perdana suruhan Umno-BN, harus hadir untuk menelan apa saja yang diluahkan oleh Khairy bagi "dimuntahkan" semula keesokan hari dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3. TPM kini telah dulu di kenali orang Anwar, menjadi Hero menjaja Anwar sebagai “pengkhianat”(klik)

Di "Kampung Khairy", tidak boleh ada perbahasan terbuka mengenai isu-isu bersabit rasuah dan kepentingan rakyat. Kerana isu-isu seperti itu akan menegakkan kebenaran dan mendedahkan siapa Khairy sebenarnya.

Hakikatnya ialah Khairy bukan sahaja pengkhianat kepada kebenaran tetapi beliau juga pengecut yang menarik diri dari perbahasan dengan Ketua Pemuda PAS atas topik yang amat penting: Rasuah dan masa depan Malaysia- di mana peranan pemimpin muda politik?

Setelah menyatakan kesanggupan untuk berdebat dengan Pemuda PAS atas topik yang relevan kepada kelangsungan kaum Melayu dan Islam, Khairy tiba-tiba menarik diri tanpa alasan bernas. Namun, tidak ramai yang terkejut dengan tindakan itu. Sememangnya tidak banyak yang boleh diharapkan daripada Khairy bersabit isu rasuah.

Khairy sendiri didapati bersalah atas amalan politik wang oleh Lembaga Displin Umno pada pemilihan parti yang lalu. Yang lebih menjengkelkan ialah beliau dibenarkan bertanding dan menang, setelah menewaskan seorang lagi calon "bersih" Khir Toyo. Itulah tahap kepemimpinan dalam Pemuda Umno dan politik yang dibawa oleh parti mereka.

Setelah "lari" seperti cacing kepanasan apabila dicabar untuk berdepan dengan Pemuda PAS, apakah yang dilakukan oleh Khairy untuk menutup malunya: Beliau bertandang ke Shah Alam malam tadi untuk mencaci PAS dan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Beliau membawa segerombolan konco-konconya untuk memaki hamun Anwar dan PAS. Malah Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali berkata politik PAS mungkin berkesudahan dengan "babi dijual secara terbuka di Shah Alam."

DSAI PENGKHIANAT MELAYU???(klik) inilah contoh politik murahan yang dibawa oleh Pemuda Umno kononnya untuk menyatukan orang Melayu. Ini "mesej harapan" yang dijaja oleh Khairy dan Pemuda Umno kepada orang Melayu atas nama mempertahankan kesucian Islam.

Pada ceramah malam tadi, Khairy sendiri membuat pelbagai tuduhan melulu dan fitnah terhadap Anwar. Malah kain rentang dengan kata-kata kesat dan biadap anti Anwar dipaparkan untuk ditanda-tangani oleh Khairy dan konco-konconya.

Serangan peribadi tanpa batas ini hanya disaksikan oleh kira-kira 300 orang, sebilangan besarnya ahli Pemuda Umno sendiri. Hanya beberapa kerat sahaja merangkumi penduduk setempat di Seksyen 6 Shah Alam. Mereka tentunya menggeleng kepala melihat celoteh Khairy dan budak-budak suruhannya.

Segala sandiwara Pemuda Umno ini tidak membawa apa-apa makna. Khairy telah lama hilang kewibawaannya apabila disabit atas kesalahan rasuah politik oleh partinya sendiri. Beliau hilang kredibiliti sama sekali apabila tidak menepati janjinya untuk berbahas dengan kepemimpinan Pemuda PAS dalam usaha membina sebuah negara yang bersih daripada rasuah.

Sebaliknya, Khairy lebih ghairah meraih sokongan Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden Umno) dengan menganjurkan ceramah-ceramah untuk membidas dan menfitnah PAS serta Anwar.

Ini untuk menguatkan "saham"nya dengan Muhyiddin sebagai taktik untuk mengimbangi pengaruh kuat Hishamuddin Tun Hussein ke atas Perdana Menteri Najib Razak. Itu pertimbangan utama dalam segala rencana politik Khairy. Bukan sukar untuk membacanya.

Namun, politik fitnah sehingga menyerang keperibadian pemimpin seperti Anwar dan Nik Aziz yang dibawa Muhyiddin dan dijaja oleh Khairy sudah lama ditolak orang Melayu dan rakyat amnya.

Buktinya terserlah pada pilihanraya umum 2008 dan pada enam pilihanraya kecil di Semenanjung di mana Umno-BN tewas pada kesemua pemilihan itu. Dan ia akan terserlah sekali lagi di Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Pengecut dan jaguh kampung yang angkuh tidak mungkin menyedari hakikat ini. Khairy Jamaluddin adalah kedua-duanya sekali.

Di peringkat Negeri Sembilan sendiri, Khairy dikabarkan telah menyenaraikan calon-calonnya pada PRU 12 yg lepas dengan mengenepikan penyandang-penyandang seperti 1) Ketua Umno NS ir Jamlus (Exco) 2) Dun Seri Menanti Ateh Ibrahim 3) Norhayati Omar (exco) 4) Ishak dan beberapa lagi termasuk lah Parlimen Rembau tempat yg beliau bertanding.

Kini, semakin mengelupur memohon kekuatan setelah ayahanda Tun Abdullah meletakan jawatan PM. Khairy juga tidak tersenarai dlm kabinet Najib atas kebencian yg meluap Mahathir.

Ketakutan mungkin di tikam dari belakang oleh sahabat sendiri, Khairy telah melantik Helmi Den, pengikut setia dengan meletakan YB Adnan seorang peguam dan Wakil Rakyat hanya sebagai Tim/Naib Ketua Umno NS.

Sudah pasti kekecewaan yg melampau, Yb Adnan melalui blog PUTERA UMNO KP yg bercita-cita untuk di tabalkan sebagai Ketua Pemuda Umno NS akan memasang strategi bingkas memerangkap Khairy yg sudah kehilangan taring. Itu lah Politik Umno, pancung dan memancung. Agenda peribadi tiada kesudahan dan tinggal lah Hidup Melayu di pentas2 ucapan.

@PR Jemapoh/Juasseh@

No comments: