Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, August 14, 2009

Gula-Gula Akan Bertaburan Lagi Di Permatang Pasir




Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini. Pilihanraya kali ini mencatat sejarah sebagai pilihanraya pertama dalam musim H1N1 mengganas. Namun sepertimana juga pilihanraya kecil lalu, ia terpaksa diadakan pada hari bekerja semenjak BN selalu tewas dalam beberapa pilihanraya sebelum itu. Buat pertama kali juga penamaan calon akan dibuat pada hari bekerja. Ia dipercayai dapat mengelak Umno BN kalah awal dari segi kehadiran penyokong pada hari penamaan calon.

Umno Bn akan dijangka akan terus menggunakan corak permainan dan strategi yang sama sepertimana di pilihanraya kecil Manek Urai lalu. Umno BN percaya kekalahan tipis mereka di Manek Urai perlu diterjemahkan dengan kemenangan kali ini. Mereka perlu membuktikan kata-kata mereka tentang gelombang perubahan di kalangan rakyat bukanlah omong kosong. Jika tidak dibuktikan, ianya akan menjadi temberang di mata rakyat.

Di antara strategi yang akan digunakan adalah seperti projek jambatan, anak angkat, anak emas, kota agropolitan dan sebagainya lagi yang merupakan umpan kebendaan kepada rakyat semata. Pemimpin mereka pula akan berulang-alik menggunakan helikopter semasa tempoh kempen.Tidak dapat dipastikan samada aksi membawa beg besar turun dari helikopter juga akan disaksikan sekali lagi kali ini.


Perlu Umno BN fahami, Permatang Pasir bukanlah Manek Urai dan Manek Urai juga bukanlah Permatang Pasir. Senario politik semasa juga memainkan peranan dalam menentukan siapakah bakal menang di Permatang Pasir. Rakyat di Permatang Pasir sememangnya terdedah dengan isu-isu semasa dan sukar untuk Umno BN meng'ayat' mereka. Selain dari itu, dun Permatang Pasir merupakan kawasan Anwar Ibrahim. Sokongan kepada pemimpin de factor itu masih kuat bagi penduduk kawasan tersebut.

Di atas kertas dan logiknya, amat sukar buat UMNO BN untuk menang kali ini dengan kemenangan PAS PR majoriti 5433 undi.

Lebih mudah untuk kita menjangkakan,
Umno BN mungkin akan tersungkur lagi dan makan pasir di Permatang Pasir.

@@PR Jemapoh/Juasseh@@

No comments: