Kini Khairy tidak sedar hujjahnya sudah terbatal, Ketua Pemuda Umno yg kecewa tidak di senaraikan dlm kabinet Najib telah membuat tuduhan berkenaan Pengundi Hantu. Pakatan Rakyat sebelum ini telah mendakwa dengan puluhan bukti Pengundi Hantu ini yang tidak di ambil tindakan. Pas menyifatkan tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengenai pengundi hantu di Permatang Pasir ibarat menepuk air didulang, terpercik ke muka sendiri kerana umum tahu amalan pengundi hantu ini sudah sebati dengan UMNO Barisan Nasional.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan fitnah isu merupakan siri cubaan Khairy dan Umno-BN yang kian Terdesak dan terkini mengugut melalui SMS dalam mengalih perhatian masyarakat bahawa kemenangan yang bakal diraih Pakatan Rakyat adalah kerana faktor pengundi hantu yang menyokong pakatan pembangkang. Khairy sebelum ini menuduh adanya pengkhianat dalam Suruhanjaya Pilihanraya SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara JPN yang bertanggungjawab membawa masuk pengundi hantu semasa hari pembuangan undi 25 Ogos ini.
Apakah pengkhianat yang dimaksudkan Khairy itu bermaksud khianat pada Umno tidak diketahui, namun Mahfuz berkata kehadiran pengundi hantu telah terbukti dalam setiap kali pilihanraya, bahkan Umno sendiri menafikan kewujudan pengundi hantu sebelum ini walaupun Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti. Sebagai contoh, Mahfuz merujuk kepada suatu insiden pada tahun 1999, apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang telah membatalkan kemenangan UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Likas apabila terbukti terdapatnya pengundi palsu. Malangnya etika kehakiman yg di pertahankan oleh Kamil mendapat kencaman hebat oleh BN dan telah di berikan tindakan.
@PR Juasseh/Jemapoh@
No comments:
Post a Comment