Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, August 16, 2009

H1N1 - Serangan Yang Semakin Serius

Gejala "Selsema Babi" kini nampaknya semakin berbahaya dan serius. Berpuluh rakyat Malaysia yang mati akibat virus Influenza A H1N1, dan kemungkinan besar jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa.

Persoalannya, kenapakah majoriti yang mati akibat gejala ini adalah terdiri dari kalangan orang Melayu?. Apakah kerana bangsa Melayu kurang penjagaan kesihatan, lantaran memudahkan kuman tersebut merebak dengan cepat. Lebih parah lagi, Baca seterusnya di sini.....SELSEMA BABI tersebut juga kinitelah menyerang Tengku Puan Pahang serta anak-anaknya (klik) .. Statistik terus meningkat, baik dari segi kematian mahu pun mereka yang dijangkiti penyakit tersebut.

Apakah kerajaan sedar bahawa penyakit ini cukup berbahaya, malah begitu dasyat sekali. Soalnya, apakah langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini berkesan untuk menghalang kuman itu dari terus merebak?. Kenapa langkah yang diambil seolah-olah sambil lewa sahaja?.

Sedangkan rakyat yang tidak berdosa semakin ramai yang terus teraniaya. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hanya sekadar memaklumkan yang statistik terus meningkat semata-mata. Kenapakah tiada tindakan tegas dan drastik dilakukan, demi menyelamatkan lebih banyak nyawa terkorban akibat gejala ini.

Sewaktu ketika dulu, Marina Mahathir yg menjadi presiden salah satu persatuan, kalau tak silap Sisters & Sisters dan Persatuan Aids Malaysia, pernah menggesa kerajaan untuk memberi kondom dan jarum percuma bagi mengelak dari merebaknya jangkitan Hiv yg semakin berluluasa. Jadi, di sarankan, kerajaan juga wajib membekalkan topeng penutup secara percuma, memandangkan virus H1N1 ini semakin pantas menyerang sehingga di anggarkan 5 juta berisiko dijangkiti H1N1(klik)

@PR Jemapoh/Juasseh@

No comments: