Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, August 5, 2009

Bilo Laie UMNO nak faham kehendak rakyat..

Perhimpunan aman Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diadakan pada hari Sabtu lepas di sekitar Kuala Lumpur dianggap sangat berjaya. Ir Pening beranggapan demikian kerana ukurannya mudah saja, pimpinan UMNO melatah-latah berhari-hari lamanya.
Mula-mula Najib dengan katanya ada banyak cara lain lagi untuk menyuarakan bantahan terhadap undang-undang kejam ini, malahan ahli-ahli parlimen pembangkang boleh menyuarakan pandangan mereka di Parlimen (seolah-olah selama ini pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tak pernah menyuarakan langsung pandangan mereka berhubung kebejatan ISA). Muhyiddin pula menuduh pemimpin PR yang mendalangi, malah disebut mengupah rakyat terutama orang-orang Melayu supaya berdemonstrasi bagi menimbulkan simpati kepada perjuangan mereka.
Nazri Aziz pula mempertahankan tindakan pihak keselamatan di dalam “mengawal” perhimpunan “haram” daripada bertukar menjadi ganas. Shafie Afdal, yang dahulu nak jaga gula dan beras pun tak reti, mencadangkan supaya pimpinan PR ditahan dan didakwa kerana mendalangi perhimpunan haram ini. Mukhriz berkokok mendakwa pimpinan PR mempergunakan orang-orang Melayu di dalam mencapai cita-cita perjuangan mereka manakala Reezal Naina Merican mengutuk pembabitan mahasiswa di dalam aktiviti yang tidak demokratik dan menyalahi undang-undang negara. Ada seorang pula kuncu UMNO yang bernama Mohd. Khairul Azam daripada Magaran (entah habuk mana datangnya kumpulan nyamuk ini) mengesa kerajaan menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah ISA. Dan hari ini, tukang ampu UMNO, Ketua Polis Negara pula berjanji akan mendakwa mereka yang terlibat mendalangi perhimpunan haram Sabtu lepas di samping akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa yang membabitkan anak-anak mereka.
IR Pening termenung membaca pelbagai lontaran pendapat dan cadangan pimpinan UMNO dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Nak kata bodoh pun ya, bebal pun ya, bodoh sombong pun ada, pendek kata segala jenis caca-marba penyakit memang cukup banyak pada UMNO yang terus mereput dan tunggu hari nak dikapankan. Isunya mudah saja. Rakyat benci ISA sebab undang-undang ini zalim dan kejam.
Malah dalam Islam sendiri tidak ada tempat bagi undang-undang yang sebegini zalim. Dengan kata lain akta ini haram hukumnya! Janganlah dok kait isu orang-orang Melayu yang ramai hadir dan bukan kaum lain (ada tukang kira ke?), atau minoriti rakyat saja yang hadir, atau kerugian besar kepada peniaga (sapa yang menyebabkan kerugian. Sepatutnya lebih ramai orang maka lagi laris jualan. Yang sembur gas dan air asid bukan peserta demonstrasi tetapi pihak polis, atas arahan pimpinan UMNO), dan segala alasan lain yang tersasar daripada isu sebenar. Mesejnya “simple” dan jelas, rakyat nak beritahu kerajaan bahawa ISA tu zalim dan perlu dimansuhkan. Itu saja.
Selama ini pun demonstrasi yang dianjurkan oleh parti-parti politik pembangkang dan NGO tidak pernah menjadi ganas. Ia menjadi kelam kabut apabila pihak polis masuk campur. Protes jalanan bukan benda baru malah sesuatu yang biasa di negara yang utuh demokrasinya. Negara yang tak benarkan demonstrasi aman ini sebenarnya negara polis atau negara diktator. Jadi fikir sendiri Malaysia duduk di dalam kategori mana.
Seperkara lagi, tolong tunjukkan negara maju mana yang perlukan akta ala-ISA ini (tak usah cerita Singapura kerana perangai pimpinannya lebih kurang macam pimpinan UMNO) untuk menjamin keamanan negara masing-masing. Jadi tak usah nak guna alasan perlu ISA untuk keselamatan negara. Keselamatan UMNO dan BN mungkin! Spesis UMNO ni bukan tau belajar dari sejarah. Dia orang masih menganggap rakyat Malaysia ni bodoh (macam dia orang), sanggup bersusah payah berdemonstrasi kerana dipengaruhi kalangan tertentu, atau diupah nasi lemak sebungkus dan air segelas. Dan kalau betul orang Melayu yang ramai berdemonstrasi, baguslah, kerana kesedaran yang tinggi orang-orang Melayu Islam terhadap isu yang melibatkan kebajikan dan keadilan rakyat.
IR Pening: Kelihatan ramai pulak anak-anak muda Cina dan India berdemonstrasi bersama-sama anak-anak muda Melayu hari tu. Harap pimpinan UMNO tak ada yang juling mata sebab ramai sangat yang hadir berdemonstrasi. Puas hati IR Pening bermandikan water canon dan canister dari FRU.
Bicara Hak Semua,
Utarakan Tanpa Rasa Curiga,

1 comment:

gua64 said...

ir..... saudara lahir dan terdidik dengan kekuatan ajaran Islam dan keadilan. Kehadiran ir ke Jemapoh, banyak sekali mendidik tarbiah kesopanan dan menceriakan semula jiwa anak2 muda yg ketandusan pandangan.

Anak2 kelahiran UMNO waktu itu cukup keliru akan krisis kepimpinan yg pelbagai agenda peribadi disamping beretorik akan perpaduan.

Sewaktu perhimpunan UMNO semakin hampir, maka akan datanglah wakil-wakil pelobi mintak sokongan disamping memburukan antara satu sama lain. Anak2 muda UMNO cukup keliru terpinga2.

Pemimpin dgn agenda peribadi ini, hanya mempergunakan anak2 muda ini untuk terpilih dlm perhimpunan. Diwujudkan kabilah masing2 dan menyematkan permusuhan beberapa kelompok.Disuap lah dgn hadiah bola dan jersey.

Di sinilah bermulanya perasaan anak2 Umno ini bangkit kerana cukup bertentangan dgn naluri kejiwaan yg ketandusan keadilan dan kesopanan.

Cukup lah ibu bapa kami terdidik dgn cara begini dgn sekian lama.

Anak2 muda terpanggil untuk sama2 sebagai penyumbang kehormanian negara walau ianya bertentangan dgn kehendak beberapa pemimpin Umno.

Syabas...ir.. saudara dgn berani meredah segala keganasan dan menanggalkan topeng Umno walau cukup berisiko. Terlalu banyak wayang disebalik kata2 pujangga Umno. Luahan hati anak2 muda ini selalu di layan dengan kekasaran walau pun cukup tertib dgn tindakan. Tapi selalu akan dijulang sebagai hamba yg setia, kiranya akur segala kehendak rancangan walau pun jauh tersimpang dgn etika peradapan.

PR telah memberi semangat baru dan wadah untuk berpolitik. Memberi ruang Kepelbagaian pandangan, membuatkan antara parti semakin akrab dan matang. Pecah dan perintah Umno BN sebelum ini cukup tergugat. Hubungan yg tak pernah kenal antara satu sama lain, kini PR mendidik kejujuran dan hormat.

Teruskan perjuangan dgn doa.

- Bekas anak UMNO-