Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, August 21, 2009

Tafsiran & Pengertian

Tafsiran "Jahanam"

Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'. Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.

Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahanam, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam (Umno itu telah rosak).

Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.

Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, "ya". Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.

Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha memperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.

Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mereka sedang berusaha memperbaikinya.

Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.

Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.

Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.

Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.

Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.

Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dosa dan pahala.

Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatan yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.

Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.

Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS atau Keadilan. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS atau Keadilan.

Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.

Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.

Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.

Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.

Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS, KeADILan atau mana-mana parti, mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza.

Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya.


@Nukilan: Abu Firdaus@
HarakahDaily.

@Edit: PR Juasseh/Jemapoh@

No comments: