Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, September 1, 2009

Umno Melayu, Melayu Umno ???




Kami adalah anak-anak yg di lahirkan dlm era 60 an. Mula saja kami mengenal huruf, kami telah didik dengan semangat kebangsaan. Balai-balai raya balai mesyuarat orang-orang kampong waktu itu akan di hiasi dgn geraf2 seperti: statistik tanaman padi, peta2 jln kg yg perlu dimajukan, senarai keluarga yg miskin, plan2 elektrik, pembentongan dan laluan paip utama.

Semuanya ini untuk rujukan dan tindakan dari ajk JKKK untuk di majukan kepada pihak-pihak yg berwajib supaya diberi perhatian dan tindakan. Sebulan sekali, pegawai dari MDKP akan turun bermesyuarat bersama-sama kami bagi mendengar susulan dari mesyuarat yg telah di putuskan oleh JKKK sebelumnya.

Tapi kini, kebanyakan balai-balai raya kampong kami di hiasi dengan poster-poster dan bendera-bendera Umno manakala plan2 statistik tersebut yg mengambarkan sebagai sebuah pejabat pentadbiran kerajaan kecil kampong hilang dari paparan. Kenapa ye ??Dulu... kehadiran wakil2 JKKK cukup ramai. Kami dapat mendengar berbincang secara jujur dgn penuh teliti untuk bersama-sama memberi buah pandangan dan akan berusha mengubah corak kemajuan dan keselamatan kampong dgn lebih baik lagi. Tapi apa dah jadi sekarang ???

Wakil-wakil rakyat waktu itu akan menjadi wakil suara kami bagi memanjangkan apa jua permohonan kami ke peringkat atasan. Hormatnya wakil2 rakyat kepada kami ketika itu kerana orang2 kampong lah yg telah memberi mandat bagi memegang amanah orang ramai.

Dalam parti Umno pula, kami dididik Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu. Ketuanan Melayu melalui parti Umno untuk menjadi landasan mempertahankan dan menuntut hak-hak orang Melayu. Bermakna keahlian orang Umno itu mesti Melayu dan beragama Islam. Malangnya, mungkin kedaifan kami, jarang sekali kami untuk bertanya perlembagaan parti Umno waktu itu, apatah lagi sedikit sekali dibekalkan buku perlembagaan Umno itu sendiri untuk rujukan kami.

Sejak tertubuhnya Umno(Baru), macam-macam yg telah kami dengar dan lihat. Kami sering dilaungkan kehormonian dan perpaduan. Bagusnya, kami akur. Dan kehidupan kami di peringkat kampong cukup hormani walau pun tidak lah berapa senang. Saling hormat menghormati malah akan bergotong royong dlm apa jua program atau permasalahan. Baik dlm mengushakan sawah padi, ladang getah dan mendidik anak-anak sampailah kenduri kendara.

Malangnya, krisis kepimpinan peringkat tertinggi membuatkan kami menjadi mangsa keadaan. Lepas seorang seorang pemimpin dari kumpulan yg berbeza, datang dan memasak ketelinga kami memburukan antara satu sama lain. Meraka telah mencipta kumpulan dlm Umno itu sendiri. Jika terdapat antara kami yg menyerlah dan jujur berjuang, akan di cemburi terutama wakil-wakil rakyat. Kami sendiri tidak faham. Kononnya kebijaksanaan seseorang itu bakal mengugat.

Persoalannya benarkah Umno itu mesti Melayu dan Islam ???

Umno sering melaung "HIDUP MELAYU" "KETUANAN MELAYU"
Benarkah Perlembagaan Umno itu telah berani membuka keahlian bersama-sama bangsa2 campuran dgn menciplak sistem keahlian dari parti2 yg lain seperti DAP, GERAKAN, PPP, PKR? Kalau Benar......!!! Umno itu Melayu dan Islam hanya retorik (klik)

Kini....kami belajar kematangan dan menilai semula dari krisis tersebut.

@PR Juaseh/Jemapoh@

No comments: