Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, May 3, 2009

Semangat yg menggelegak, dinginlah seketika...

N.12 PENANTI:SEMANGAT YANG BERGELEGAK MENDIH, DINGINLAH SEKETIKA.

BERTEMULAH DI SATU TITIK; CARI MUSOH TULIN, LAWANLAH!!!!!.

Menerusi blog sahabat blogger, saya menemui berita kembar sehubungan dengan PRK N.12 Penanti, keduanya dari PAS. Kedua-dua berita kembar tersebut, saya pastekan keperluan sebahagian diantaranya, untuk memudahkan semua pehak mengikuti info berita kembar tersebut. Serta masing-masing menoleh pula kepada titik pandangan saya, Inshaallah. Bacalah dan fahamilah maksud PAKATAN RAKYAT.

Sebagai orang muda yang masih mentah tidak buta mata hati, tidak pekak pendengaran, tidak lompat mengikut paluan gendang. Hatta bergerak dan bertindak tidak bantuan menerusi bunyian tiupan serunai, paluan gong dan rebana, semata-mata semua itu anjakkan untuk menggerak dan untuk kita bangun bertindak.

Sebagai orang muda juga, saya tidak akan taburkan garam kunyit diatas luka yang terperuak, sudah tentulah luka tadi akan bersekali dengan tuannya jeritan menahan kesakitan, sekalipun pandangan kasarnya ianya untuk berubat. Garam kunyit adalah baksin sesuai untuk dibubuh lomoq kepada ikan keli yang dikelar atau ketulan ayam untuk digoreng. Luka terperuak tadi sewajarnya walau sekalipun sakit seketika, wajarlah ia dituangkan dengen spirit, atau tok kita dulu boh gula kopi dan barut cara lama atau di sapu idion atau luka tersebut di jahit oleh doktor pakar, maka akhirnya akan sembuhlah ia, Inshaallah.

Kadang-kadang sesuatu itu menjadi kalut, kerana kaedah dan penyelesainya dilakukan tidak diatas paksi keiklasan sejati tulin. Adakalanya ianya menerima jual beli diatas angin tanpa melihat barang yang akan di beli. Siapa penjual dan taraf qualiti serta standard sesuatu barang kita nak beli itu. Dan kita pula bertujuan untuk menjualnya kepehak yang lain, yakinkah keaslian ketulinannya?

Maka disini kita tidak perlu dengung paluan gong untuk membeli, atau menggunakan tiupan angin topan pula untuk menjual.Sebelum ini, saya cuba membendong diri saya disuut menasehati iri saya sendiri, dan saya panjangkan terus untuk sama-samalah kita membuat penilaian dan muhasabah. Dengan merenung betapa pertelagahan diri dalam sesuatu persatuan atau pasukan, disebabkan matlamat pribadi diletak dipuncak agar pengikut memperjuangkannya di atas nama perjuang dan akar umbi.

Pastilah ianya akan mengundang pertelagahan dan menuju kehancuran bermasam muka dan lebeh jauh dari itu kesannya. Sesiapa sahaja yang bernafsu besar, serta memasang pelana cita-cita tinggi diluar kerezaan Allah menjadikan PAS ditungganginya sendiri atau agen-agennya diatas kejituan perjuangan dan macam-macam gagasan yang harum mewangi berlari sebaris dengan perjalanan politik diluar dari real PAS. Musibahnya dulu, kini dan selama-lamanya, watak-watak tersebut gugur dari kamus perjuangan harakah PAS. Saya saksikan ini kebenarannya.

Dalam sejarah silam tamadun Islam, dapat disaksikan bagaimana pemimpin yang terlibat dengan politik wang, tamak kuasa, mengutamakan puak dan keluarga, dan gila wanita adalah penyebab utama tumbangnya kerajaan Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Persoalan besar timbul ialah jika pemimpin sendiri berpecah belah dan terlibat pula dengan amalan-amalan buruk, maka bagaimana ia mahu menyuruh rakyat bersatu padu dan berakhlak mulia?.

Rasulullah s.a.w menegah umat Islam daripada meminta-minta untuk menjadi pemimpin dalam urusan pentadbiran negara. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa satu ketika Abdul Rahman bin Samurah telah ditegur oleh Rasulullah s.a.w. Mafhumnya: “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta diangkat menjadi penguasa di suatu wilayah. Kerana jika yang demikian diberikan kepada engkau lantaran permintaan, nescaya engkau dibiarkan, tidak diberi pertolongan. Tetapi jika diberikan kepada engkau bukan kerana engkau memintanya, nescaya engkau diberi pertolongan”

Hadith ini menjelaskan bahawa dalam Islam, jawatan pemimpin adalah satu tanggungjawab yang berat. Ia bukan suatu status yang direbut bagi mendapatkan sanjungan dan keistimewaan tertentu. Oleh sebab itu, Islam menegaskan bahawa jawatan kepimpinan tidak boleh ditagih-tagih mengikut desakan naluri dan nafsu semata-mata.

Info menerusi blog semalam Rabu 29 April 2009, berkaitan dengan: PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi. Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:

"Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh".Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini. Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:

"Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi... ada 25 hari lagi. 'Tunggu arahan. "Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)'. Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.Tindakan tatatertib "Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ," katanya.

Kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut. Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: "Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri".

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: "Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya". Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti. "PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh," kata Omar. Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: "Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi".

Di atas apa bahasa sekalipun, apa hujjah bernama alasan yang dikeluarkan untuk kita mempertahankan - defending apa yang telah kita lontar dan cakapkan keluar secara terbuka untuk diketahuai orang ramai serta ditujukan khusus kemana-mana pehak (ibu induk PAS – induk PKR hatta PR). Kadangkala cara kita bertindak dan berurusan itu, ianya macam merupakan gugusan permohonan, peringatan atau lebeh kahadapan menjelma bertukar kepada ugutan. Untuk apa? Untuk bermatlamat mengenggam apa yang dikehendaki dan apa yang dihajat tercapai. Mulanya adalah seperti api dalam sekam, lanie menjadi abu angin.

Janganlah kita bersembunyi dan berselindung di belakang seutas benang hijau diatas alasan, "Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ". PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Adakah PAS Kawasan Permatang Pauh ini terlucut dan terlepas tidak punyai sebarang ikatan dengan perlembagaan PAS?

Atau sudah merdeka anda serta berdaulat terpisah dari Badang Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang hatta lebeh dari itu memisahkan diri dari PAS Pusat PAS Malaysia. Untuk siapakah anda letupkan peluru tersebut? Untuk mencederakan PKR? Atau anda hendak robekkan PAS? Atau anda menggunakan baju PAS Permatang Pauh untuk menghancurkan PR? Semuanya memerlukan jawapan. Kerana tindakkan PAS Permatang Pauh tidak mencermin dan mendapat galakkan dan sokongan dari PAS Pulau Pinang dan PAS Pusat.

Tidakkah lebuhraya sehala PAS Kawasan Permatang Pauh terus menemui Presiden YB TG DS Haji Abdul Hadi Awang, tanpa merujuk atau bersama-sama PSJ negeri ke Jalan Raja Laut. Apakah salur galuran peraturan kita berorganisasi telah kita ikuti dan menjadikan displin di antara penyumbang dan penjana memperkukuh dan memperkasakan harakah PAS kita? Patuh kepada disiplin parti, patuh dan walad kepada pemimpin tidakkah ianya di tuntut? Berkocak air ditelaga, pengalaman pengail lama; dia dah tahu jenis ikan dan jantinanya yang mengkap tadi? Demekianlah apa yang telah dibuat oleh kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh.

Usahlah kita mengambil kesempatan untuk memperaga yang kita adalah jenis tegar mempertahankan tuntutan ahli-ahli PAS untuk bertanding dalam PRK N.12 Penanti tersebut. Kilat dalam kilau pemimpin PAS Pulau Pinang dan Pusat hatta orang lain dapat membaca speed dan coner kita. Tindakkan anda di Permatang Pauh atas nama PAS KPP ianya hakikatnya menjadi barah dan nanah kepada beberapa individu yang cuba menjadikan PAS kuda tunggangan mereka. PAS bukan kuda tunggangan sesiapa, ingatlah peramatan tersebut. Sejak penubuhan PAS sesiapa sahaja hatta mantan beberapa Presiden, Timbalan dan Naib Presiden serta YDP, yang mereka lebeh keras, lebeh hebat perjuangan mereka dari Pas itu sendiri.

Akhirnya mereka terbabas dan lip pok lip pok duduk dalam UM No dan mati dalam UM No, saya boleh peturunkan satu persatu tokoh-tokoh PAS lebeh hebat dari yang memimpin PAS di Permatang Pauh. Semua pemimpin bertaraf itu, sememangnya PAS tidak layak dengan anda, akhirnya saya merasai lambat laung anda terpaksa membawa diri, kerana PAS tidak akan tunduk dengan mereka. Kerajaan, wakil rakyat ADUN atau MP boleh ada dan boleh tiada. Tetapi PAS wajib ada di muka bumi Allah Malaysia ini diatas paksinya. Saya simpulkan untuk penguasa sementara di Permatang Pauh yang macam cuba menjadikan PAS sebagai ladang, hentilah.

Sebilangan besar di kalangan pengikut PAS, ahli-ahli PAS, tidak terkecuali diperengkat cawangan-cawangan dan Kawasan-kawasan, sering mendengar, “Besar sangat ka Perlembagaan PAS tu yang wajib kita ikut dan patuhi?”. Dulu sampai sekarang masalah iru dibangkitkan untuk menghalalkan cara tindakkan dan kehendak suara hati kita sebilangan dikalangan ahli-ahli. Saya pernah menjawab pertanyaan tersebut dalam tahun 1982 di Dewan ZM, 1960 Jalan Dato’ Pati, Kta Bharu kepada suatu pertanyaan dari peserta bersama saya berganding dengan Almarhom Peguam Haji Che Hassan Che Ishak saya menjawab, bagi pehaknya kepada keras keng peserta mangkok hayun dari Pulau Gorek Tumpat (Ianya menjadi sahabat saya yang ikrab selepas itu).

“Kalau anta merasai perlembagaan PAS dan peratoran tidak penting untuk mengurus dan mendidik ahli PAS dalam tatatertib berorganisasi, sekarang sila anta baca Fatehah, ikut suka hati anta, agak-agak boleh tak. Kedua anta sayangkan anak atau adek sunti comea, tak bagi dia kahwin takut punah dapat tok laki rimau, jadi bolehkah anta guna dan pakai sendiri? Atau kertiga, ya sengoti isteri anta, mentang-mentang isteri bini anta segak comea lotea, dah nak tunjuk hebat tahan lama, jadi bolehkan anta melayari, tuntutan sex berahi anta bersama isteri ditempat terbuka disaksikan oleh penonton yang ramai?

Dalam mengiringi tindakkan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta. Dalam permainan berpolitik ianya untuk mendapat nilai, pasaran dan untuk mejadi pahlawan. Semuanya tindakkan PAS Permatang Pauh, kepimpinan PAS Pulau Pinang dan Pusat hatta semua dewan-dewan, tidak akan membela anda. Maruah dan harga perjuangan itu lebeh tinggi dari penentangan, gertak dan sikap negatif yang diambil. Untuk 3 hari ini pemimpin PAS KPP menerima rugi hatta pemimpin Pulau Pinang dan Pusat memedam rasa dengan anda.

Untuk KDP PAS Pulau Pinang yang berkeras dengan selogan Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini. Sukakalah saya bawa cerita dalam tahun 1974 dimana apabila ramai dikalangan pemimpin PAS menyanggah kepimpinan PAS ketika itu, berakhir mereka keluar dari PAS dan mereka bertanding sebagai Bebas Bersatu (tak perlu saya detail dengan peturunkan watak dan aksi) di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Justeru diatas realiti tersebut sekiranya Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mengatakan Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini. Kata mudahnya saya terjermah calun yang layak itu adalah KDPPPP sendiri adalah calun terlayak iaitu Mohd Hafiz Mohd Nordin, maka jalan terbentang luas untuknya adalah bertanding lah anda sebagai calun bebas. Anda akan tahu letak duduknya. Sokongan undi kerana batang tuboh atau kerana PAS yang keramat itu. Fenomina ini bukan saja anda alami lanie tetapi peyakit ini sejak dulu dan saya saksikan dengan mata lendir sendiri dalam PRU 1974.

Pertelagahan diri dalam sesuatu persatuan atau pasukan, disebabkan matlamat pribadi diletak dipuncak agar pengikut memperjuangkannya di atas nama perjuang dan akar umbi, ianya akan mengundang pertelagahan dan menuju kehancuran dan berpecah, masam muka dan lebeh jauh dari itu. Sesiapa sahaja yang bernafsu besar, serta memasang pelana cita-cita tinggi diluar kerezaan Allah menjadikan PAS ditungganginya sendiri atau agen-agennya diatas kejituan perjuangan dan macam-macam gagasan yang harum mewangi berlari sebaris dengan perjalanan politik diluar dari real PAS dulu, kini dan selama-lamanya. Orang sebegini amatlah mudah untuk mereka tanpa merasa malu melantik proksi atau agen dalam usaha mendapatkan penyokong dan kuasa.

Allah s.w.t telah mengingatkan bahawa kepimpinan yang paling berkesan ialah kepimpinan melaui teladan sebagaimana yang dicontohi oleh Rasulullah s.a.w. Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubat ayat 128: Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman.”

Firman Allah s.w.t dalam surah al-A’raf ayat 142:Maksudnya: “Dan berkatalah Musa kepada saudaranya Harun: Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Mudah-mudahan saya mengharapkan kembalilah masing-masing ke pangkal jalan. Demi untuk kita merempuh dan bertentangan dengan musuh pasti kita dalam jaloran politik negara kita dengan wadah PAS diatas keluarga besar bernama Pakatan Rakyat, Alhamdulillah.....KUKUHKAN PAKATAN....MENGUASAI DAN MENGATASI...petikan dari laman blog???


ir.pening.

2 comments:

gua64 said...

Ini adalah pandangan dan pengalaman yg cukup luas yang telah lama bergelumang dengan asam garam pahit manis liku-liku perjuangan. Tengik bengik dan bermacam-macam lagi lurah lembah telah di harungi.

Dalam memperkasakan Pakatan Rakyat. semua organisasi yang di beri mandat harus di hormati. Dari akar bawa ke pucuk dari pucuk bawa ke akar, semuanya adalah berkaitan.

Dakwah dan politik itu cukup luas untuk di terokai. Dalam perjalanan ke destinasi, ada yg tersungkur kerana gopohnya, ada yg sampai walau pun lelah.

Pandanglah diri dengan mata hati. Gagah perkasa bukan lah dengan tegapnya tubuh badan.

Anonymous said...

Tahniah...
satu pandangan yang bernas yang diharapkan dapat dijadikan panduan dalam perjalanan yang berliku ini