Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, May 5, 2009

Drama Kematian Altantuya Sudah Terbit

05 May 2009

Stesen TV Hong Kong Terbit Drama Altantuya, SMM hantar kek harijadi
.
KUALA LUMPUR: Sebuah stesen Televisyen di Hong Kong menerbitkan drama bersiri mengenai kisah pembunuhan model terkenal Mongolia, Altantuya Shaaribu yang dibunuh dengan kejamdan diletupkan dengan menggunakan bahan letupan C4 kira-kira tiga tahun lalu di Shah Alam.

Esok merupakan ulangtahun kelahiran model tersebut yang ke 31 sekiranya beliau tidak dibunuh. Bagi mengingati pembunuhan kejam itu, sebuah stesen TV di Hong Kong akan menyiarkan drama bersiri berkisar mengenai cara kematian beliau.

Pembunuhan Altantuya menimbulkan kontroversi kerana kaitannya dengan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Najib Tun Razak dan kaitannya dengan komisyen pembelian kapal selam. Isteri Najib, Rosmah Mansur turut terheret sama dalam kontroversi itu..Dalam kes tersebut, Penasihat politik kepada Najib, Abdul Razak Baginda yang menjadi tertuduh ketiga dalam kes berkenaan dibebaskan oleh mahkamah manakala dua pengiring Najib, pegawai Polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar di jatuhkan hukuman mati.

Drama tersebut berdasarkan laporan siasatan oleh seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus dari akhbar French Liberation. Beliau mendakwa mengetahui mengenai cerita sebenar pembunuhan tersebut dan telah mengelilingi dunia untuk mengumpulkan maklumat mengenai kes pembunuhan berkenaan.

Sementara itu Solidariti Anak Malaysia (SMM) akan menghantar kek harijadi bagi memperingati ulangtahun kelahiran Altantuya di hadapan Pejabat Jabatan Perdana Menteri esok pada pukul 11 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan itu, kemungkinan kenyataan Yayasan Altantuya yang berpusat di Bangkok dan bapa Altantuya juga akan dibacakan dalam acara tersebut.“Kematian Altantuya telah menyebabkan banyak kesan. Antaranya imej negara tercalar.

Altantuya yang terlibat dalam ‘deal’ pembelian kapal selam negara mati di bunuh oleh dua anggota polis di Shah Alam. Perbicaraan kelihatan amat pelik kerana gagal mengemukakan motif dan senjata pembunuhan,”ujar SMM dalam satu kenyataan media.

SMM dalam masa yang sama mendesak Perdana menteri, najib Razak supaya mengambil tindakan saman kepada 19 media yang mengatakan beliau terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.“Media tersebut harus digesa menarik artikel dan memohon maaf. Jangan hanya bertegas dengan media dan blooger dalam negara sahaja. Jika tidak ada tindakan maka rakyat berhak menjatuhkan hukuman,”ujar kenyataan itu lagi.

Selain itu, SMM turut mempersembahkan cadangan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat keseluruhan kes pembunuhan.

No comments: