Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, May 23, 2009

Malaysia Aman Tanpa Umno

Siapa yang selalu membuat provokasi ...???



Maka hari ini terbuktilah pada seluruh rakyat Malaysia akan 1 perkara yang selama ini tak terlihat oleh ramai orang kebanyakan dan jugak orang-orang atasan.

Ramai yang berada di Penanti sejak dari subuh tadi seawal jam 1 pagi lebih kurang. Geng blogger telah meronda banyak tempat. Boleh dikatakan seluruh DUN Penanti dia orang pusing dengan group geng-geng blogger yang hadhir hampir dari pelusuk negeri dan apa yang dilihat jelas dan terang.

Sejak dari subuh tadi, langsung tak ada langsung kekecohan, sikit pun tak dak insiden kalut macam yang selalu berlaku dalam pilihanraya baik DUN mahupun parlimen macam yang lepas-lepas.

Kali ni aman damai, DUN Penanti cukup-cukup tenang tanpa kehadiran UMNO/Barisan Nasional. kalau tak percaya, korang bukaklah mana-mana blog baik pro Pakatan Rakyat mahupun pro UMNO/Barisan Nasional dan korang carilah blog mana yang ada laporkan kejadian kekecohan di Penanti.

Sebab apa jadi tenang?

Sebab UMNO/Barisan Nasional tak de kali ni. tanpa UMNO/Barisan Nasional, anggota-anggota PDRM boleh bersenang-lenang, baik SB, JSJ, FRU, UTK atau mana-mana unit dalam PDRM bertugas dalam keadaan bersenang-lenang hari ni. rata-rata sangat-sangat santai hari ni.

Tak perlu kejar sana-kejar sini.

Air dapat dijimatkan, minyak dapat dijimatkan, tenaga dapat disimpan. Rilex...

Sebab apa jadi lagu ni?

Sebab UMNO/Barisan Nasional tak ada.

Jadi dari apa yang kita lihat dan berlaku hari ini, jelaslah selama ini yang menimbulkan kekecohan ialah UMNO/Barisan Nasional, bukan Pakatan Rakyat. bukti dah jelas dan nyata.

Maka dengan itu, dengan melihat pada apa yang berlaku hari ni, eloklah kita sama-sama membuat satu persepakatan demi keamanan negara Malaysia yang tercinta.

Tolak UMNO/Barisan Nasional secara total dalam PRU-13 nanti. tanpa UMNO/Barisan Nasional di Penanti, dah terasa betapa amannya kehidupan. tu baru di Penanti. kalau UMNO/Barisan Nasional tak de terus di Malaysia macam mana?

Rakyat mulai yakin Malaysia akan lebih aman, damai dan makmur tanpa UMNO/Barisan Nasional di Malaysia.

Korang tak nak ke hidup aman, damai dan makmur?

Kalau nak, bulatkan tekad, tolak UMNO/Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti..!

Tak percaya ke? korang tanya sendiri la sape-sape yang ada di Penanti hari ni.

Aman Bro..!

@@BroLuv@@

1 comment:

awok said...

Hai Suli , tok janggut & bro luv apo khoba , sonang hati nampaknyo bilo bn tak tanding kek penanti.tapi ingat jangan lotakan kuaso kek tangan manusia kerano kita jangan lupo kita bopogang kek yang SATU. setiap keputusan atau kejadian yang dah berlaku .... kita mosti balik kepada cayo kek kada' dan khadar!!! ingat kalau tak cayo mako jadilah kita orang yang tak beriman. fikirkanlah!