Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi: Nizar MB Perak Yang Sah



11hb May 2009-Isnin
Nizar Jamaluddin MB Perak Yang Sah

Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.

Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.

Zambry tidak berhak untuk menjalankan apa-apa urusan dan tugas sebagai Menteri Besar. Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidak sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambut dengan penuh kegembiraan.

Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang. Kedua Menteri Besar itu juga hadir di mahkamah.

Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.

Bagaimana pun disebabkan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum ini oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.

Kebenaran itu bak mutiara, di perlimbahan sekalipun duduknya, sinarnya akan tetap memancar-mancar. Benarlah, kerakusan dan kegelojohan itu dapat menjadi kudis dan pekung yang jika muncul di badan dapat disorok, tetapi tumbuh di muka, hendak dihalakan ke mana?Jadikanlah peristiwa ini pengajaran, Syabas kepada yang bersolat hajat dan sebagainya.

Bila Zamry minta rayuan pada Mahkamah Rayuan, ia ibarat seorang perompak yang mempertikaikan hasil rompakannya dikembalikan pada tuan empunya yang asal.
Sudah terang lagi bersuluh...bahawa kebenaran bisa disalahkan tapi kebenaran tidak bisa dikalahkan. akhirnya ia akan tegak di tengfah-tengah kebatilan. akhirnya kebatilan pasti ditumbangkan. kesombongan zambry yang mengatakan kejadian di dun perak tempoh hari adalah kebiadapan pakatan rakyat, akhirnya memakan diri.

MB Nizar pasti segera mengadap Tuanku Sultan Perak memohon perkenan sekali lagi untuk membubarkan DUN Perak. Mungkin hari ni atau malam ini juga. Tak boleh tunggu sehingga esok. UMNO terlalu banyak muslihatnya.
UMNO sudah ada Speaker MIC. Walaupun speaker tu haram, tanpa mengikut peraturan displin dewan dan tanpa mengangkat sumpah di depan Sultan, tapi dalam UMNO yang haram boleh dihalalkan. Esok UMNO mungkin memanggil Sidang DUN, kemudian buat undi tak percaya pada MB Nizar, maka sah lah bagi UMNO yang Zamry MB Perak. MB NIzar kena segera mengadap dan pihak istana pula melalui Tuanku Raja Muda kena mengotakan janjinya yang mahu bekerja bersama PR.

Dan kemungkinan besar juga, 3 Adun bebas tersebut akan diserapkan ke parti Umno dan MCA atau Gerakan.

Keputusan hakim kata MB Umno BN tu tak sah, maknanya tak sah sejak mula dilantik lagi. Apakah yg Umno lakukan dan yang dibuat selama ini boleh pulak dikira sah??? Apakah Sivakumar tu masih speaker yang sah. 10 orang ADUN BN (termasuk si katak 3 ekor tu) yg di gantung, semuanya tak boleh hadir sidang.???. Adapun sultan pun ada muslihatnya. dia tolak pembubaran kali pertama. dah minta dgn bacaan ayat quran untuk bersabar. 'dia di atas politik'. tidak mustahil tetap tolak pembubaran untuk kali kedua.raja muda tiada kuasa selagi sultan masih ada. raja muda datang ke sidang DUN tempohari juga hanya untuk merasmi sahaja. 'juga di atas politik". situasi memang sukar, kecuali dengan izin Allah. Hanya jadi mudah jika Allah Yang Maha Membolak-balik Hati, menjadikan sultan memberi perkenan permohonan pembubaran kali ini.

Sebenarnya rakyat di Perak ramai yang sudah mengetahui siapakah sebenarnya MB Perak yang sah, tetapi secara undang-undangnya belum diperlihatkan. Hari ini semuanya telah diperlihatkan dan kepercayaan rakyat Perak adalah benar. YAB Ir Nizar pertamanya akan menggantung tugas Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat Exconya dan yang yang paling berani akan dilakukan oleh YAB Ir Nizar adalah untuk mengadap DYMM Sultan Perak bagi pembubaran Dun.

Meskipun dari segi politiknya, usaha untuk pembubaran Dun amat-amat ditakuti oleh mana-mana pemerintah kerajaan kerana dikhuatiri akan kehilangan kuasa, namun YAB Ir Nizar bukanlah seorang yang gila kuasa. Apa yang penting baginya kini adalah kestabilan di Perak dan kepentingan rakyat harus didahulukan. Bukan sedikit risiko yang bakal diambil oleh beliau untuk membubarkan Dun, mungkin beliau akan kehilangan kuasanya yang baru dikembalikan semula kepadanya.

Tetapi, jika itu yang rakyat Perak mahukan apakan daya. Begitulah berakhirnya drama politik yang terlalu sadis ini dapat kita lihat. Angkara siapa yang menjadi puncanya biarlah rakyat Perak yang menghukumnya nanti di dalam Pilihanraya Negeri Perak yang bakal diadakan sekiranya mendapat perkenan sultan. Kita penuh yakin, DYMM Sultan Perak pasti turut merasa lega kerana beliau kini punyai pilihan dan alasan sendiri untuk memperkenankan pembubaran Dun. Biarlah demokrasi yang sudah luka parah di Perak ini diubati oleh rakyat Perak sendiri. Bukan Sultan mahu pun mahkamah yang berupaya mengubati luka-luka parah ini, tetapi rakyat Perak sendiri.

Tahniah YAB Ir Nizar dan sama-samalah kita berdoa.

@@ Bro Luv @@

No comments: