Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, May 7, 2009

PR TETAP UTUH DI PERAK...HANCUR BEE END....


Antara tajuk headline berita malam tadi di tv3, seperti apa yg gua sempat tuliskan, siap tulih laiee
"kemana decorum wakil rakyat"

"dipilih suara majoriti"
"DUN Perak ada Speaker baru"
"Pembangkang tak ikut peraturan"
"Pihak Berkuasa campurtangan"
"Undang-undang rimba, sifatkan pembangkang biadap" - Zambry

Hebat dan mantap tajuk2 berita untuk ditelan dan dikunyah rakyat malam ini. Sejauh mana kenyangnya rakyat yg termakan lauk-lauk busuk itu tidak diketahui, apa yg dapat dijangkau oleh kepala otak, rakyat kian cerdik menilai. Telenogila hari ini telah pun berakhir. Nantikan pula sambungannya pada minggu depan bila sidang dibuka semula.

Selagi DUN tidak dibubarkan, gua tak akan fikir, sidang boleh bersidang penuh luhor. Adegan2 jijik hari ini pasti berulang-ulang semula di lantai dewan. Kemuliaan dewan tidak lagi dihormati.

Isnin ini, talian hayat yg dikira penting menjadi kata putus. Siapa bakal dinobat sebagai MB Perak? Andai Nizar kecundang, Zambry akan tertawa. Jika Zambry pula ditimpa petaka, Nizar akan dijulang sekelian rakyat jelata.

Drama ini makin panjang rupanya. Penahanan 64 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini.

Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat. gua nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:..gua pun bukannya pandai sgt buat sajak...

“…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.”

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk.

Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa. (ANWAR IBRAHIM)

Sepanjang hari gua bersiaran secara LIVE dgn geng2 di perak, gua pilih inilah foto TERBAIK yg sangat bermakna untuk tatapan anak cucu cicit gua kelak, bagaimana Speaker yang dilantik dicampakkan dari jawatannya dengan kaedah yg sangat luhor dan cukup bersopan santun. Syabas gua ucapkan kepada anggota2 yang telah cemerlang didalam tugas mereka mengusung Sivakumar keluar.

Diakhir kalam, baca apa yang rakyat macam kami mahukan,

..TAHAP KESABARAN RAKYAT SEPERTI SAYA YANG RASA MACAM TAK BERAPA NAK BOLEH UNTUK BERSABAR LAGI...

NAH..INI LAH PELUANG KEPADA BN...
PIJAK LAH KAMI (RAKYAT)
LUDAH LAH KAMI (RAKYAT)
MAKILAH KAMI (RAKYAT)
SESUNGGUHNYA AKAN DATANG HARI ESOK DIMANA KAMU AKAN MELUTUT KEPADA KAMI MEMOHON RESTU MEMINTA AMPUN DAN MEMINTA UNDI KAMI SEPERTI PEMINTAK SEDEKAH

KAMI TIDAK AKAN LUPA APA YANG TELAH KALIAN BUAT KEPADA KAMI
TUNGGUUUUUUUUUUUUUUUU..tahbirrrrr..AYUHHH KITA LAWANNN MEREKAA WAHAI PEJUANG2 RAKYATT...



2 comments:

khancha2692 said...

Biadap sungguh mereka yang bernaung di bawah payung BARISAN NASIONAL khususnya UMNO. Tunggu, kemenangan pasti hadir walaupun terpaksa menelan seribu satu kepahitan dan kesengsaraan.....Walau tipis harapan menang namun kita mesti berjuang kerana tiada yg mustahil biarpun melastik ke bintang........

Anonymous said...

memang....memang dasar orang yang terdesak ketika penghujung hayat.
Fobia apa kejadah baju hitam!
nasib baik tak kempen sokongan :" sesiapa yang menyokong PR DUN Perak dilarang memakan babi"
Bayangkan, kalau aku pergi sana.....
kene paksa kat Barua UMNO ni makan Babi