Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, May 8, 2009

korang paham tak ni....aduhh pedasnyaa...

sebuah padang bola di sebuah kampung ini sentiasa panas. Bukan sahaja kerana cuacanya, tetapi perlawanan yang berlaku di atas padang itu.

Team Surau yang menjadi belasahan sejak lebih 50 tahun dulu, di padang itu, kini semakin digeruni. Itu pun setelah berhijrahnya para pemain muda, bertenaga, cerdik sejak 1998.

Posisi dan susun atur berubah mengikut alam. Pemain2 muda ini semakin dipilih dan semakin menjadi sebutan.

Cuma, penyerang. Penyerang team Surau memang menjadi bualan hangat penonton. Bahan maki popular para pemerhati. Dengan lembabnya, dengan selalu passing bola kat lawannya, dengan terpinga-pinganya, dengan gemoknya.. entahlah.

Penyerang ini enggan menjadi penjaga gol demi pasukan, apatah lagi menjadi pembancuh air. Tak glamer katanya. Lagi pun masih ada saki-baki penonton dalam lingkungan 50-70 tahun yang suka penyerang lembab ni.

Ketika Hasbullah Awang dan Hasbulah Pit mendapatkan pandangan peminat berumur tua, mereka memberikan pendapat begini :

"Penyerang boroi tu imam masjid. Hormatla sikit. Bukan sedikit jasanya terhadap padang bola ni." Kata seorang tua.

Manakala rakannya pula mengatakan begini.

"Dalam team Surau, penyerang 1 dan penyerang 2 wajib seorang Lebai."

Bukankah pasukan Surau mempunyai para pengarah yang terdiri daripada Lebai dan Imam? Jadi, praktikalkah perlawanan bola diwajibkan penyerangnya juga seorang Lebai dan Imam?

Jika kita lihat pasukan surau di negara berbangsa cerdik, mereka ada sayap untuk perlawanan bola sendiri. Dan sayap bola itu dikawal oleh para pengarah Imam dan Lebai mereka. Serahkan sesuatu bidang itu mengikut ahlinya.

"Ala.. hang ni. Jangan mengarutla. Penyerang tu pewaris nabi la. Haram hukumnya menggantikan beliau. Haram hukumnya penyerang dalam sebuah pasukan bola sepak diberikan kepada bukan Lebai dan Imam."

Apa dalilnya?

"Tu la. Suruh mngaji tak nak. Ayat sekian dari surah sekian yang berbunyi, wahai orang2 beriman, pedaslah siapa yang memakan cili."

Betul ke dalil tu?

"Woi budak.. aku ulama la. Pewaris nabi. Hujung nama aku ni bertitle Tantawi bebb!!!!

korang paham tak baca citer kat atas niii..!!!!!baca byk kali baru pahammm...

2 comments:

gua64 said...

Dalam menuju ke arah ertikata memperkasakan sesebuah organisasi, maka pelbagai pandangan akan lahir dan muncul.

Ada yg lebai yg berkata dia hebat. Ada yg kata budak yg merangkak itu bakal hebat.

Sindiran akan lebeh di popularkan oleh sahabat2 melukut di tepi gantang.

Kurangnya pedas akan di tambah lada, kurangnya masin akan di lambak garam kurangnya manis akan di tuang gula.

Semua kaedah2 yg terlampau akan mengakibatkan kemusnahan.
Bijak bukan kerana tuturnya, Alim bukan pada pakaiannya.

Ketinggian ilmu Allah yg bercabang seni dan erti maknanya, wajib duduk di perdabapan meja perbahasan dgn jujur bijaksana dan berhemah.

Anonymous said...

gua64 nampaknya mcm lepaskan geram je.klu org umno baca pn msti dia tak faham.