Anwar diiringi dengan laporan polis secara'Maraton'
Mereka akan bertambah hilang sokongan, kepercayaan dan akhirnya gagal meraih undi dalam PRU13 nanti jika taktik kekerasan seperti meng'ISA'kan DS Anwar atau memenjarakan DS Anwar atas kes yang amat rapuh dengan bukti-bukti kes yang orang ramai pun nampak hanya sebagai bukti 'reka-cipta' semata-mata.
Mereka perlu menyediakan satu skrip yang berkemungkinan orang ramai akan percaya. Skrip telah bermula dengan dua laporan polis berhubung pendedahan Zahrain. Untuk menguatkan lagi kepercayaan orang ramai, maka media 'penjilat' UMNO serta penganalisa politik murahan dan profesor kangkung yang memang kerjanya hanya melacurkan keintelektualan mereka akan membantu menjual 'air-liur' mereka.
Skripnya amat mudah, senang difahami, padat, penuh dengan aksi-aksi 'stunt', menghiburkan dan berkemungkinan menjadi 'box-office'.
Eksklusif Tengah Malam
Skripnya bermula dengan menanam beberapa biji 'benih' ke dalam PKR. Apabila nampak Pakatan Rakyat sudah menjadi ancaman kepada mereka, 'benih-benih' yang ditanam tadi akan tiba-tiba membesar dan melonjak keluar. Apabila berada di luar, maka mereka akan mereka cerita kononnya DS Anwar ini akan 'merampas' tampuk pemerintahan dengan beberapa aksi 'stunt' seperti dibohongi oleh 'benih-benih' jahat tadi.Apabila rakyat sebahagiannya sudah hampir terpedaya dengan 'lowyar' benih-benih' jahat tadi maka langkah akhir ialah membuat 'Maraton' laporan polis terhadap DS Anwar. Sila baca juga di sini.
Mereka amat yakin jika DS Anwar di'padam'kan riwayat hidup politiknya dengan penjara, maka Pakatan Rakyat akan bercempera seperti anak ayam kehilangan ibu dan akhirnya merudum.
Episod seterusnya amat teruja untuk diikuti, Apakah kita hanya sebagai penonton dan bersifat tunggu dan lihat.
Kesudahan episod apa yang ingin kita lihat ?? Cukup kah kita hanya sebagai penganalisis ?
@PR Juasseh/Jemapoh@
No comments:
Post a Comment