Musa Hassan mengeluh di saat-saat akhir atau dikala senja perkhidmatan awamnya.
Katanya, arahan-arahan tangan-tangan ghaib menjelma di dalam pasukan PDRM samada dari orang politik atau orang tertentu.
"Musa, naik dengan cara anda sehingga membuatkan berada di tempat sekarang akan membuatkan anda jatuh dengan cara yang sama lebih-lebih lagi doa orang yang dianiaya tiada hijabnya menuju Allah swt"Bagi manusia biasa, mereka akan berkata habis madu sepah dibuang.
Kalau dah nama anggota polis, perlulah berani buat keputusan. Tambah pula jawatannya sebagai KETUA. Tak malu kah jika ketua di perkotak-katikkan oleh orang ketiga?. Usahlah mengeluh di media meluahkan perasaan sedih simpati sebelum pencen.
Dahulu si ketua ada berkata, jangan persenda agensi polis dan menjatuhkan maruah agensi itu. Namun sekarang si ketua pula kesal dengan sikap orang ketiga ini yang memberi arahan tanpa melalui beliau. Bukankah dengan wujud orang ketiga itu telah mempersenda kewibawaan dan kredibiliti Musa sebagai ketua?.
Malah dengan kenyataan simpati Musa tersebut, timbul pula persepsi yang negatif terhadap kewibawaan agensi polis. Siapa yang sebenarnya ketua yang lebih berkuasa mengeluarkan arahan itu?. Apakah selama ini Musa merupakan ketua polis Boneka yang boleh dipermainkan oleh orang ketiga tersebut?
Jika Musa tidak mahu digelar ketua boneka dan mahu menaikkan kewibawaan agensi polis sebelum hari pencen, beliau harus mendedahkan siapa orang ketiga yang dimaksudkan. Bukan susah pun. Tidak perlu hantar skuad pemusnah dan tembak menembak. Cuma perlu berkata benar siapa orang ketiga itu di sidang media. Senang kan.
Takkan sebagai Ketua Polis pun Musa takut mendedahkan identiti orang ketiga itu. Apakah Musa juga diugut seperti yang pernah anggota polis lakukan kepada mangsa tahanan.. Lu pecah lobang, anak bini lu akan terima balasan.
Akhirnya pengakuan dan pendedahanMusa hasan mengesahkan apa yang telah Pakatan Rakyat nyatakan sebelum ini. "Anggota Polis Menerima Arahan Dari Tangan Ghaib". Baca disni.
@PR Juasseh/Jemapoh@
No comments:
Post a Comment