Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, April 25, 2009

Sambutan Gempak Astro Di Desa Jemapoh... hambar....

Ahad 26hb April 2009



http://picasaweb.google.com/GUA1964/AstroGempakDesa?authkey=Gv1sRgCOPZ4PvfhoTNgAE&feat=directlink (klik melihat gambar)

Padang awam Desa Jemapoh telah menjadi lokasi pilihan Astro dlm program "Gempak Desa" kali ini. Karnival ini bermula awal 8am dan dijangka berakhir 10pm. Pelbagai aturcara telah di susun oleh pihak Astro. Gubahan, pertandingan Azan, mewarna, dan forum keugamaan bersama bekas artis rock dan penceramah bebas Ust Ahkhil.

Melihat dari persiapan khemah dan susunan pentas yg mantap, di samping pameran, cukup hebat dan cukup meriah terutama ini adalah program sejarah kampung Desa Jemapoh yang terbesar pernah di adakan di Padang Awam Desa Jemapoh ini. Tetapi banyak aturcara program yg disusun gagal kerana tiada sambutan. Tiada polis lalu lintas, dan tiada polis cawangan khas seperti program2 kami sebelum ini.

Tetapi sesampai saja di tapak karnival, sambutan cukup hambar dan mengecewakan. Hanya beberapa anak2 kecil berlari2 dan krew2 Astro mundar mandir. Maklumat yg kami diterima, bahawa pihak Astro telah pun memaklumkan karnival ini sejak Jan 09 lagi. Tapi, hanya sebahagian sahaja orang-orang kampung yg dapat maklumat, itu pun dari poster2 yg terpasang 3 hari sebelum karnival ini bermula.

Lebih malang lagi, pengerusi JKKK En Mohammad Lani terperanjat setelah di beritahu oleh bakal pengganti beliau Sdr Zaidi (alang badang) 4 hari sebelum karnival bermula. Beliau telah membuat siasatan ke Majlis Daerah bahawa pembayaran Astro penggunaan padang telah pun di buat awal Jan09 dengan tanpa dimaklumkan kepada beliau. Semuanya telah pun diuruskan oleh Sdr Zaidi bersama pihak Astro. Sedangkan ini adalah Padang kampung bukan di bawah seliaan Majlis Daerah.

Pandangan kami, bahawa AJK JKKK (umno lah tu) tidak ada ilmu dan kejujuran dlm merancang sesuatu program bersama masyarakat dan saling mengunakan kesempatan membuat perjanjian dan meraih bayaran sewaan dengan menutup dari pengetahuan ajk sendiri.

Zaidi adalah bakal pengerusi JKKK Desa Jemapoh yg baru, dan akan di tauliahkan mengantikan En Mohammad Lani yg telah melepaskan jawatan atas rasa emosi yg selalu di malukan oleh Ahli Parlimen KP Hassan Malek kerana pernah membenarkan AMK KeADILan KP menganjurkan program Kejohanan 7 sebelah Bolasepak di padang yg sama. Tocang Zaidi semakin menjadi2 dan selalu membelakangi AJK sendiri walau pun belum lagi di tauliahkan.

Kami membayangkan. satu ajk sepatutnya terbentuk dan ianya terdiri dari orang-orang kampung sendiri, dan dapat bekerjasama dengan pihak Astro dgn lebih tersusun dan lebih tertib dan meriah. Tapi kini, tiada hebahan dan jemputan untuk setiap jemaah surau/masjid yg terdekat. Tiada ajk pemantau dari keselamatan letak kereta dan kebersihan. Tiada penglibatan penduduk kampung sendiri dlm memeriahkan karnival ini. Astro terpaksa bekerja dgn sendirinya tanpa panduan ajk kampung sendiri. Tidak jelas kadar sewaan padang dan cuba menyembunyikannya demi keuntungan bersama2 orang2 kampung. Sah JKKK hanya berfungsi dan berjalan kiranya program ini melibatkan UMNO dan wakil rakyat sahaja dan bukan lah untuk orang-orang kampung.

Kerana emosi, En Mohammad Lani telah tersalah menyerahkan ketua petandbiran ini kepada seorang yg tidak langsung mendapat restu orang-orang kampong. Zaidi adalah salah seorang AJK pemuda UMNO yg masih tertinggal sewaktu krisis Anwar Ibrahim 1998 dan hampir keseluruhan pemuda waktu itu mengistiharkan keluar dari gerakan pemuda Umno. Dan dalam tempoh itulah pemuda Umno Desa Jemapoh lumpuh sehingga saat ini.

Sewaktu dalam pemuda Umno lagi, kami cukup kenal dan faham agenda tersembunyi Zaidi untuk kepentingan peribadi. Sebidang tanah yg bersebelahan stor gas beliau, kini telah menjadi hak beliau dengan membelakangi keputusan mesyuarat. Tanah tersebut sepatutnya bakal di rancang untuk binaan deretan bagi akiviti2 anak -anak yg berminat dgn perniagaan dan program orang2 kampung. Berpuluh tahun lamanya JKKK mempertahankan dari dimiliki oleh orang perseorangan dan telah pun di putuskan pada setiap kali diadakan perbincangan maupun mesyuarat. Dan banyak lagi projek2 menaik taraf jalan2, papan tanda jalan dengan harga yg melampau dikaut beliau sebelum ini. Projek yg di bolot tanpa berkongsi dengan jemaah kampung.

Lebih malang lagi, hampir kesemua ajk JKKK yg di lantik adalah terdiri orang-orang kampung yg tidak tahu langsung hal petandbiran dan pembangunan kampung. Yang tahu angguk/setuju dan tiada bantahan.

Malang JKKK adalah sayap Umno. Maka penggantinya adalah seperti orang-orang Umno dan berfikiran orang Umno, Yang bijak kini telah terpaut dgn Politik Baru, Pakatan Rakyat kini jadi taruhan dan pilihan.. Yg tinggal kini dlm Umno dan JKKK hanya bapak2 dan ibu2 yg semakin di mamah usia.

Ayuh,,,, anak-anak muda. jangan biarkan kampong ini di tadbir selia oleh orang2 seperti ini. Tubuhkan persatuan dan Ajk sendiri dan bergeraklah, berkhidmatlah dengan jiwa yg bersih di samping kekuatan jati diri yg berprinsip untuk kesejahteraan generasi dan kehormanian kampung ini.





@@ Bro Luv @@

3 comments:

Tuk Ketuo said...

Salam

memang mano mano pun camtu lah perangai orang Umno, mano ado yang semonggah kalau tak belagak tak sah, kalau tak gilo kuaso bukan la Umno

Masalah paling menyakitkan orang bolah Pilah dan Jempol nih tak ghoti dan takut bona nak mencubo kepimpinan baru...

Anonymous said...

tahniah bro, diatas kenyataan yang diberi. apalagi buatlah surat bantahan tentang pelantikan jkkk baru tu nanti. bertindak sebelum parah. ayuh anak muda, bangkit untuk memperkasa kg anda, pimpin lah anak2 muda jemapoh supaya boleh bersuara lebih lantang lg.

TASHADANDUT said...

JEMAPOH MMG TERKENAL SEKRG NI, DGN DATARAN PAKATAN EH, DGN DADAH EH,DGN MAT REMPIT EH, FILEM EH, DAN SATU LAI PALING TOP, ORANG YANG PALING SIBUK SEKALI DALAM JEMAPOH, AJUN.....BUDAK NI MASUK AIR KO,ATAUPUN AIR DAH PONOH KAT KEPALO, JD ORG JEMAPOH TLG TGOK AN LA SKIT BUDAK NI, KOK BUDAK DAH LAMO KONO DAH TU. TP DI FHAMKAN DIA SLALU BERHUBG DLM ALAM GHAIB. BERCAKAP SORG2. APAPUN MEMANG HEBAT ORG JEMAPOH. TAHNIAH N SALAM REFORMASI.