Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Friday, April 10, 2009

Perang Kabinet Najib Akan Bermula

11hb April 2009


KABINET BARU, PERGOLAKAN BARU

Perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak mengumumkan kabinet pembaharuannya petang tadi. Mungkin inilah kabinet 'glokal' yang pernah diutarakan oleh Najib sebelum ini. Kepada menteri dan timbalan menteri yang lama dan baru yang terpilih tahniah diucapkan. Kepada yang terkeluar mereka perlu menerima hakikat bahawa bahawa mereka tidak menepati kriteria 'pembaharuan' yang diinginkan oleh Najib dalam motto 'keramatnya' satu Malaysia, rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan! Maknanya yang tersingkir tidak lagi menepati citarasa rakyat dan prestasi menurut persepsi Najib.



Tidak ada apa yang istimewa dalam kabinet Najib kecuali usaha beliau untuk kembali menarik golongan agama dengan melantik Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom bekas Pengarah Kagat sebagai Menteri Hal Ehwal Agama Islam. Tetapi ia tidak mampu menggugat pakatan Rakyat dan kembali menarik sokongan rakyat kepada Umno kerana telah terbukti penolakan rakyat kepada Umno adalah penolakan total yang berkait rapat dengan dasar dan idealis Umno yang semakin menyimpang jauh. Malah telah terbukti kemasukan tokoh-tokoh agama dalam Umno sebelum ini seperti bekas Imam Masjid Negara dan Ummu Hadhari, Dr. Mashitah Ibrahim tidak mampu mengubah dasar dan perjuangan Umno yang terang-terang seperti mempermain dan mempersendakan Islam.



Dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian dan pusat tokoh-tokoh agama tersingkir seorang demi seorang atau mula menjauhkan diri daripada Umno apabila Pak Lah 'bersara' sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri. Apa-apapun pembentukan kabinet baru Najib bakal menambah kronik perpecahan yang berlaku dalam Umno hari ini. Bukan sekadar retak menanti belah tetapi hanya menunggu masa untuk bersepai. Tidak melantik Khairy yang menang Ketua Pemuda tetapi melantik Mukhriz yang tewas ibarat halilintar yang bakal menggoncang Umno. Tidak melantik Khairy tidak mengapa jika Mukhriz pun tidak dilantik sama. Tetapi dengan melantik Mukhriz jelas secara terang-terang Najib ingin menunjukkan kuasa dan pengaruhnya. Ini juga satu penghinaan kepada Khairy dan secara tidak langsung kepada Pak Lah dan penyokong-penyokongnya yang masih bertapak dalam Umno.







Terima kasih daddy...Agaknya itu yang diperkatakan oleh Dato Mukhriz selepas selesai mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



KHAIRY ADAKAN PERTEMUAN TERTUTUP DENGAN ALI RUSTAM

Semalam Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno mengadakan pertemuan tertutup dengan Datuk Seri Ali Rustam bertempat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Melaka semalam. Apa yang menarik pertemuan itu melibatkan dua tokoh yang tersingkir dan terbuang daripada 'projek pembaharuan' yang dilakukan oleh Dato' Seri Najib sama ada di dalam Umno atau dalam kerajaan.


Pertemuaan ini dikatakan berkait rapat sebagai perancangan dan perbincangaan survival politik mereka dalam Umno. Telah wujud keyakinan di kalangan pemimpin Umno sendiri bahawa Khairy bakal berhadapan tindakan lebih tegas daripada Lembaga Disiplin Umno berdasarkan penemuaan 'bukti baru' oleh lembaga itu. Walaupun Khairy menjelaskan ia lebih kepada perbincangan untuk menentu dan melantik Ketua Pemuda Umno Negeri yang baru.



Di Melaka pula, rakyat di sini semakin mempercayaai bahawa tempoh jawatan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri agak goyah ketika ini. Menunggu masa untuk digantikan dengan Ketua Menteri yang baru. Beliau mungkin akan melepaskan jawatan sebagai ketua Menteri untuk memberi 'laluan' kepada muka baru.Dalam pemilihan Umno yang lalu, Khairy bergabung dengan Ali Rustam bagi meneruskan legansi Pak Lah dalam Umno dan kerajaan bagi menyekat team Najib-Muhyiddin-Mukhriz. Salah seorang watak utama bagi memastikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tewas dalam persaingan Timbalan Presiden Umno setelah tersingkirnya Ali Rustam ialah Datuk Idris Harun, ahli Parlimen Tangga Batu bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Justeru kita tidak hairan langsung Idris Harun tidak terpilih dalam kabinet Najib.


Kami menjangkakan ada sesuatu yang bakal dilakukan oleh Najib untuk membersihkan saki baki pengaruh Pak Lah dalam Umno dan juga kerajaan. Ini penting supaya Najib memiliki kuasa dan cukup pengaruh agar semua pemimpin Umno dan kerajaan berada di bawah telunjuk beliau.

Umno(baru) sememangnya akan membina kabilah dan akan melebarkan empayar masing-masing.


Terpandangkah rakyat ???

No comments: