Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Wednesday, April 8, 2009

Pengundi Tertua di Jemapoh Meninggal Dunia


18hb April 2009 Al-Fatihah

Busu binti Sitam adalah penduduk dan pengundi yang tertua dan nama arwah adalah juga di senaraikan yang pertama di dalam senarai SPR di Kampung Baru Jemapoh atau sekarang lebih di kenali Desa Jemapoh.

Berumur lebih kurang 92 tahun telah kembali kerahmatullah sekitar jam 6.15pm sebentar tadi, ketika suasana kampung ini masih lagi meraikan kepulangan pejuang-pejuang yang baru balik dari misi menawan Bukit Gantang dan Selambau.

Arwah yang lebih senang di panggil Uwan Teh adalah juga nenek sebelah isteri bro Luv. Di beritakan Arwah terganggu kesihatannya hampir sebulan yang lalu kerana sakit tua.

Pengebumian esoknya dan mungkin selepas zohor. Semoga roh Arwah di semadikan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

3 comments:

Hazman Hashim said...

Innalillah wainnailaihi rajiun. Semoga Allah menghimpunkan beliau bersama org2 yang beriman.

A'kum! Ada cadangan untuk mengumpulkan blogger Daerah KP, saya sedang menyusun kearah itu. harap dpt email kepada saya di keadilankp@yahoo.com bagi respon. W'salam. Hazman

Suli & Janggut & Bro Luv said...

Terima Kasih Bang Man....Dan malam tadi tahlil hari ketiga telah selamat.

Cadangan yang cukup bernas susulan pertemuan saya dengan Cucu Mat Kilau di PRK Terengganu dulu.

Salah satu strategi maklumat terkini seperti negeri2 yg telah di tawan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Innalillahi wa innailaihirojiun - moga roh beliau dirahmati Allah. Se cuma nk komen kiraan umur uwan ni..rasanya 81 tahun kan..bukan 92. - hamasjemapoh