Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Monday, April 6, 2009

Perjuangan perlu di Teruskan




Dalam menempuh ertikata perjuangan, sudah pasti bakal menempuh pelbagai rintangan dan ujian. Ketahanan diri dan kekuatan jati diri adalah bekalan untuk mengharungi onak2 menuju keadilan. Semalam 5hb april 2009, Pakteh dan Helmi jentera Pakatan Rakyat terpaksa meneruskan misi Bukit Gantang dan Selambau dengan meninggalkan Bro. Luv dan Ir Janggut Mizan.


Bro Luv di tahan wad 5 Hospital Tuanku Ampuan Najihah KP, di sebabkan kecederaan di kaki kanan beliau akibat letupan kecil sewaktu membakar sampah di rumah beliau pada tengahari sebelumnya. Kaki beliau berlubang dgn tisu dan urat saraf cendera agak menghalang tugasan untuk bersama misi perjuangan. Manakala Mizan kemalangan di lebuhraya Gopeng dlm perjalanan ke Bukit Gantang. Kereta Naza beliau remuk di bahagian depan dan terpaksa di tunda balik semula ke PD.


Sahabat2 yg lain tidak dapat meneruskan kekangan kerja majikan tidak meluluskan cuti masing-masing. Namun Pakteh dan Helmi di teman oleh Abang Udan dari Senaling bersama2 Haq dari Johor dan Pak Long Duan dari Pelangai Ulu. Kesemuanya akan di tempatkan di Rumah Rehat Taiping dan akan bermulalah tugasan meneruskan Misi Perjuangan.


Bagaimana para sahabat2 dari Kuala Lumpur ? Burn, Kamal, Ujang Katek dan yg lain2 ?


Kami mendoakan agar kesemuanya selamat sampai dan selamat kembali dengan membawa bekalan kemenangan.


Cuma berita yg kami terima SPR telah pun memainkan taktik kotor seperti pilihanraya sebelumnya.


Kurang 24 jam sebelum pilihanraya kecil serentak di Batang Ai, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Pakatan Rakyat dihimpit dengan pelbagai kekangan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya. Di Bukit Selambau, Parti Keadilan rakyat dimaklumkan SPR bertindak mengatur susunan calon atas kertas undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.Nombor calon pada kertas undi juga digugurkan atas tujuan sama. Kertas undi sebegini jelas tidak mengikut beberapa prinsip asas untuk memastikan keadilan bagi semua calon terbabit. Bagi PKR, tindakan nekad spr meminda kertas undi adalah bukti badan itu di peralatkan untuk memastikan kemenangan bagi Barisan nasional esok.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan SPR yang condong kepada Barisan Nasional.“SPR ini kerja tak professional..kerja main-main..memihak kepada suatu pihaknya,” kata Anwar. “Jadi sepatutnya dia faham kepada perlembagaan dan sumpah jawatannya. Ini Suruhanjaya Diraja,” tambah beliau Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata tindakan meminda kertas undi itu “menyalahi undang-undang dan menimbulkan kecurigaan.”“Ini muslihat yang cuba dilakukan SPR untuk memudahkan pengundi memilih BN,” tambah Azmin. Undang-undang pilihanraya turut diperlekehkan oleh SPR untuk kerusi parlimen Batang Ai Sarawak.


Peti undi di 14 saluran mengundi di kawasan itu tidak akan di kira dan di perakukan oleh wakil parti-parti bertanding di pusat pengiraan setempat seperti lazimnya.Sebaliknya, kertas undi akan diterbangkan dengan helicopter terus ke pusat perjumlahan undi. Ini menimbulkan persoalan mengenai ketelusan proses pengiraan undi pada pilihanraya kecil Batang aii.


“Langkah SPR macam ini jelas membelakangkan undang-undang dan kami menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah untuk membetulkan keadaan,” kata Azmin. Setakat ini SPR belum memberi sebarang penjelasan terhadap kebimbangan yang disuarakan oleh PKR. Langkah terbaru SPR meyerlahkan kebimbangan bahawa Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan kemenangan esok. Ini dipercayai kali pertama SPR bertindak menafikah wakil parti daripada memantau keseluruhan proses pengiraan dan penjumlahan undi.




No comments: