Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, April 18, 2009

Anai-anai Yg Wajib Di Hapuskan dlm Wadah Politik Baru


Adun Penanti akhirnya meletak jawatan sbg ADUN dlm DUN Negeri Pulau Pinang...sememangnya keputusan ini telah dijangka.Namun dengan perletakan jawatan sbg ADUN bukanlah penamat sebuah cerita politik yg sedang bergolak di Pulau Pinang..

Alasan yg dikemukakan oleh bekas Adun Penanti ini cukup membuatkan rakyat berfikir 3 4 kali..betul ke...betoi ka..iye ke...ya ka..tak kan sebab tue kot..?..alasan utk menyambung study ni hanya layak utk kepada pekerja kilang yg ingin melompat ke kilang lain..dlm erti kata dapat kerja lain..tak tau nak bagi alasan apa kalau bos/supervisor tanya "kenapa nak berhenti..?"
Untuk itu amatlah terasa janggalnya bila seorang yg pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri memberi alasan seperti pekerja kilang...

Adun Penanti ini sememangnya bermasalah sejak beliau dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 lagi..dengan terbinanya blog alahaifairus... teguran dari DSAI...laporan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan "Projek Kuari"..sehinggalah perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1..

Dalam pengetahuan kita sebelum ini terdapat 3 ekor Raja Anai-Anai di dlm PKR... Raja Changkat Jering, Raja Behrang dan Raja Bukit Selambau. Namun begitu Raja Changkat Jering dan Behrang ini telah di cipta serta "dibela" dan "terbela" oleh UMNO/BN sebelum meruntuhkan PKR Perak..namun begitu mereka berjaya jua meruntuhkan rumah Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak atas arahan/desakan UMNO/BN. Agak bernasib baik rumah PKR Perak dapat dibaiki dengan bantuan PAS dan DAP ketika berlangsungnya PRK Parlimen Bukit Gantang yg dapat kembali dipertahankan oleh PAS..

Manakala Raja Bukit Selambau diturunkan takhtanya.Setelah Raja itu menyerah kalah atas tekanan dan ancaman yg dipamerkan oleh pihak gerila pembangkang di Negeri Kedah. Sehingga kini urusan baik pulih rumah PKR Kedah sedang berjalan dengan pembersihan Raja Kecil Anai-Anai yg wujud ketika PRK Bukit Selambau baru-baru ini.
Ketika ini juga telah muncul seekor lagi Raja Anai-Anai di dlm rumah PKR dan kali ini di Penanti.Gerakan Raja Anai-Anai ini dapat dihidu awal oleh PKR Pulau Pinang. Sebelum dia berjaya meruntuhkan rumah PKR Pulau Pinang...Raja Anai-Anai Penanti ini diturunkan takhtanya secara terhormat..

Persoalanya kini adakah dengan "diturunkan takhta" Raja Anai-Anai Penanti ini dapat membaiki kembali rumah PKR yang terjejas...? Apatah lagi kali ini dengan penurunan takhta Raja Anai-Anai Penanti di Parlimen ibukota PKR iaitu Permatang Pauh serta alasan yang dikira alasan pekerja kilang..?

Semestinya pemimpin atasan PKR dapat menjelaskan kepada pengundi di DUN Penanti khasnya serta seluruh negara umumnya alasan penurunan takhta Adun Penanti...ceritakan yg sebenar dan jujur...janganlah digunakan alasan pekerja kilang...Kami tahu dari mana datangnya Raja Anai-Anai ini dan mengapa ia wujud..

Wujudnya Raja Anai-Anai ini membuktikan bahawa PKR masih belum lagi bebas dr belenggu BN/UMNO..umum telah tahu PKR adalah serpihan dari BN. Disebabkan itu masih lagi terdapat saki baki BN/UMNO yg wujud dalam diri PKR...Golongan ini sudah diperlihatkan lagi matlamat mereka di dalam PKR...nama-nama seperti Ezam, Roslan Kasim, Lokman Adam, Zahid Mad Arip, Shamsul Bahri, Kalai dan beberapa nama lagi sudah tentu inginkan kuasa dan jawatan utk mengumpul harta serta menjaga tali perut mereka ..

Amat tidak adil hendak disalahkan pemimpin atasan PKR 100% atas kewujudan Raja Anai-Anai ini...kerana pembersihan dari sifat-sifat UMNO/BN akan memakan masa yg panjang dan penelitian yang jitu serta risikan yang tepat...lihatlah barisan pemimpin atasan PKR yg dianggotai oleh Tian Chua, Globalkrishnan, Dr Badrul Amin dan beberapa nama lagi yg suatu ketika dulu menjadi belasahan FRU dan Polis..mereka ini bukanlah dari "perut" BN/UMNO...mereka inilah akan melenyapkan sama sekali kemunculan Raja Anai-Anai yg ingin meruntuhkan PKR. Barisan PKR yg berprinsip kini, muncul dari kumpulan NGO yg "survival" dari kepayahan dan memiliki kekuatan dalaman diri yg terlalu sukar digugat dgn sogokan dan ancaman.

Bagi PRK DUN Penanti ini..sudah semestinya menimbulkan rasa gerun yang tidak terhingga dari peringkat bawahan hinggalah ke pemimpin atasan UMNO/BN...kerana diatas kertas sudah menunjukan bahawa "kekalahan" pasti didakapi oleh mereka...Umno BN telah mengeluarkan pelbagai alasan yg penuh kegelisahan untuk mengelak dari menyertai pilihanraya kecil ini.

SPR telah bersuara dengan menghadkan bilangan kehadhiran penyokong. Rais ingin mengambil tindakan kepada "bloggers". Najib cemas akan kekalahan PRK sebelum ini dgn memberi alasan bahawa PRK adalah satu lagi pembaziran

Harapan UMNO agar Fairuz dapat dibeli seperti terjadinya di Perak dgn mengistiharkan keluar dari PR dan menjadi Adun Bebas serta memberi sokongan kepada UMNO. Untuk tidak di aibkan oleh pengundi-pengundi lagi, maka calon Bebas akan di taja. Sekiranya menang, bebas akan bersama UMNO, jika kalah, nama UMNO tidak lagi dikaitkan dgn kekalahan.

Beginilah harapan rakyat kepada gabungan parti baru, Pakatan Rakyat. Rakyat mahu jika pemimpin yg didapati bermasalah perlu di ganti. Tetapi UMNO dan BN, walau pun di dapati bersalah oleh lembaga displin parti dan terdapatnya tuduhan di mahkamah, tetap cuba di pertahankan. Manakala ketidakpuasan hati rakyat akan diancam unggutan.

Isu paling besar yang akan dimainkan oleh UMNO/BN sudah tentu kegagalan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Bekas Adun Penanti....timbul kembali Saifool Buasir dengan isu punggungnya...dan juga Panglima Ezam Kotak Enam Jahanam..dengan isu kotak atau cerita-cerita lama/lapuk/hapak...cari isu lain la ok..baru seronok sikit nak berkempen...

Kita semua rakyat Malaysia perlu sedar dan menerima kenyataan bahawa ada wakil-wakil rakyat dari PKR yang memenangi PR12 dahulu bukannya dari kalangan mereka yang telah masak dalam politik, yg pernah ditahan dibawah ISA. Mereka-mereka yg tidak perform perlu ditukar demi kesejahteraan rakyat itu sendiri. Rakyat telah buat pilihan dan ia mesti dikembalikan kepada rakyat utk memilih wakil rakyat yg baru. Demi utk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit seperti yg didakwa oleh DS Najib, maka dicabar DS Najib supaya tiada pertandingan diadakan. Calon PKR mesti diberi kemenangan tanpa bertanding.

Rakyat terutamanya penyokong PKR, PAS dan DAP jangan lah gelisah. Tuan-tuan kan ada pendirian terhadap perjuangan. Kes-kes begini dalam nisbah kepartian memang lazim. Ia hanya satu proses pemantapan. Pemantapan dan kejituan ahli, pemimpin dan parti serta gagasan (PR). Kalau ikutkan cerita yang sering kita dengar dan baca melalui berbagai media, dikatakan di dalam BN/UMNO hal begini bersepah, cuma ia dijustifikasikan mengikut keadaan, hal dan dominasi kuasa tertentu...

Dalam sejarah perjuangan apa pun, watak-watak munafik begini memang sentiasa ada... Oleh itu setiap individu di dalam organisasi kena sentiasa saling mantap dan memantapkan. Lambat laun para munafik ini akan terserlah jua dan tertapis akhirnya tinggallah pejuang, ahli dan penyokong yang tegar. Berganding bahulah bersama pemimpin membina kemantapan organisasi, bukan saling salah-menyalah. Bukankah organisasi itu seumpama satu badan. Takkanlah bila jari dijangkiti kudis maka nak dihukum potong bahagian kepala, atau anggota badan yang lain nak berpindah kebadan orang lain

2 comments:

udan' said...

Komen Najib yang menyatakan bahawa wakil rakyat hendaklah memegang amanah rakyat sehingga tamat tempoh penggal berkhidmat kecuali mati, sangatlah dangkal.

Sebab itu bukan raja anai-anai sahaja yang aktif membiak di dalam BN, bahkan segala parasit yang lain... Satu penggal kadang kala tak cukup, nak lagi sepenggal..Agenda tembolok belum cukup...dan tak penuh cukup. Kalau nak pecat, hari-hari ada kes...saban minggu ada PRK agaknya.

Namun tindakkan Fairus meletak jawatan adalah terhormat. Perkara ini biasa terjadi di Jepun atau Korea. Negara bukan pendukung Islam Hadhari tapi ahli politik yang punya wibawa dan kekuatan moral.

Inilah politik baru. Lagi tinggi jawatan kamu, lagi besar tanggungjawab dan aspirasi rakyat yang perlu dipenuhi. Itu mungkin terlalu beban bagi seorang pemuda awal 30 an walau punya dua kelulusan sarjana. Kita hormat keputusan KM PP yang menyerahkan keputusan penuh kepada DSAI walau punya kuasa melantik TKM baru. Kesepakatan ini adalah roh politik baru itu sendiri. Hari ini kita menerima PM baru yang hanya disepakati UMNO. Oh sungguh malang...Malaysia negara ku tercinta.

Jangan lupa Anwar yang sama ini juga dituduh agen Cina...

UMNO atau BN PP boleh mengambil kesempatan dalm PRK Dun Penanti untuk menjelaskan kepada rakyat betapa PKR dipenuhi YB-YB flip-flop atau parachute candidate.

Namun untuk PR menang walk over terhadap BN..satu lagi sejarah Malaysia. Isu pembaziran dan too much politiking dijaja. Apakah ini maksud tersirat kepada kemungkinan pembubaran DUN Perak yang ingin dielakkan oleh PM. Sokongan Melayu katanya sudah meningkat. DUN Penanti punya lebih 70% pengudi Melayu. Atau apakah imej yang tercalar kini lebih penting untuk dipertahankan. Sebab itu takut nak lawan...

Sila rujuk ulasan Hanipa Maidin atas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini atas perlanggaran Undang2 Tubuh Perak.

http://www.marhaen.info/v2/mar_a_pkr_bayanbaru11.html

Sivakumar dengan tersengih berkata "So What?"..

Wakil Rakyat kita peguam, mungkin boleh bertanya pandangannya.

Bro Luv ke Ipoh pulak 7 May??

gua64 said...

Demi tanggung jawab dan cuba mengutip seberapa banyak pengalaman untuk sama-sama kita bawak ke Kuala Pilah PRU 13 nanti, insyaallah kita akan bertemu lagi di Penanti.

Agak kecewa jugak, PRK Bkt Gantang dan Selambau tidak bersama.

Persiapkan bekalan dan jentera.

@@ Bro Luv @@