Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Tuesday, February 3, 2009

Kisah 2 ekor badut@berukk....

Hancurr kalau ada orang macam ni....TIADA apa yang boleh dibanggakan oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering), apabila kebodohan yang mereka ciptakan menjadi alat mainan politik Barisan Nasional. ..Media pengampu BN cuba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin goyah.
Media pengampu BN cuba memberitahu rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mempunyai masalah dalaman yang besar.
Hakikatnya, kerajaan yang dibentuk ketiga-tiga parti, PAS, KeADILan dan DAP tidak mempunyai apa-apa krisis. Kerajaan stabil dan aman.
Yang bermasalah ialah kedua-dua Adun yang juga Exco. Mereka menghadapi tuduhan rasuah yang menanti dibicarakan.
Yang bermasalah ialah BN, yang semakin malu apabila Badan Perhubungan Umno Negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Tajol Rosli dikecam hebat kerana campurtangan sehingga merosakkan perpaduan Umno bahagian-bahagian di Perak.
Yang sedang binggung ialah BN, kerana sehingga kini mereka tidak boleh menerima hakikat terpaksa menjadi pembangkang setelah berkuasa sekian lama.
Lalu, dicetuskan drama dengan menggunakan dua orang 'badut politik', yang berpentingan dan bermasalah, guna menjatuhkan kerajaan negeri.
Dua 'badut sarkas' ini didakwa 'dibeli' untuk memasuki Umno-BN, dengan janji 'melepaskan' mereka dari pertuduhan rasuah, dan janji dikekalkan kerusi exco oleh pihak terbabit, jika BN berjaya membentuk kerajaan.
Drama yang tercetus di Perak bukan salah Pakatan Rakyat. Ia berlaku hasil lakonan dua pihak yang mempunyai kepentingan tertentu iaitu di antara BN dengan dua Adun terbabit.
BN menjangka imejnya akan pulih di Perak, jika mereka berjaya menguasai kembali kerajaan negeri dengan 'membeli dua badut yang bodoh' ini. Namun percaturan mereka tersilap.
Imej Umno-BN yang sudah sedia hodoh, sebagai parti yang paling korup dengan pelbagai tuduhan politik wang dan rasuah tidak akan dapat dipulihkan dengan kemasukan dua 'badut sarkas' ini.
Pertama, kerana keduanya terbabit dengan pertuduhan rasuah berat dan kemasukan mereka akan mencetuskan persepsi 'hanya perasuah sahaja yang diterima masuk dalam parti rasuah seperti Umno.'
Kedua, jika keduanya diterima masuk Umno dengan janji kes rasuah mereka akan digugurkan, ini akan mendorong rakyat semakin membenci Umno, kerana Umno jelas mengamalkan 'double-standard'.
Ketiga, jika keduanya masuk Umno dengan pelbagai tawaran lumayan sebagaimana yang disebutkan dalam afidavit Fauzi Muda, maka jelas Umno-BN yang 'meroyan' akibat kehilangan kuasa di Perak, mengamalkan taktik yang paling kotor, melanggari prinsip-prinsip demokrasi.
Keempat, BN mencemarkan imej Sultan Perak. Kerana mereka mencetuskan krisis dalam kerajaan negeri, pada ketika sepatutnya kerajaan dan rakyat merayakan pemerintahan ke 25 tahun Sultan Azlan Shah menaiki tahta.
Harus diingat, ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengalu-alukan kemasukan Ahli Parlimen (MP) BN, yang mahu berhijrah, beliau menerima kecaman yang amat hebat dari kalangan BN.
Apa yang tidak mereka sebutkan ketika 'memaki hamun' Anwar? Beliau dituduh tamak kuasa, gelojoh, merasuah jawatan, tidak demokratik dan sebagainya.
Malah ketika Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim berhijrah menyertai KeADILan, beliau turut dicerca, kononnya beliau tidak bermoral dan tidak beretika.
Tetapi apa kata Presiden Umno yang juga PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengesahkan beberapa Adun KeADILan mahu memasuki Umno-BN dalam sidang media 1 Februari lepas?
"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN.. menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.
Inilah bukti kenyataan dan dasar 'flip-flop' Umno! Mereka boleh perbodoh dan peralatkan kedua-dua 'badut sarkas' terbabit. Tetapi mereka tidak boleh sama sekali memperbodohkan rakyat.
Dalam kes ini rata-rata rakyat Perak tahu menilai, bagi mereka konflik politik yang wujud di negeri ini, hasil ciptaan Umn-BN sendiri. Hampeh betui, kata orang Perak
Reaksi spontan rakyat apabila ditanya isu ini mereka menempelak kedua-dua 'badut sarkas' dan BN dengan ungkapan 'bodoh dan memalukan.'
Kedua-dua 'badut sarkas' ini sudah hilang banyak hari, entah ke mana tidak diketahui. Dimaklumkan ketika 'kehilangan' mereka, kereta kerajaan negeri yang digunakan mereka sebagai exco, pun tidak diketahui di mana.
Namun, apabila kes ini tercetus, kedua-duanya dilaporkan cuti sakit (MC) serentak.
Rakyat Perak tertanya-tanya apa penyakit dihidapi oleh dua exconya (kini bekas exco), sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di luar Perak.
"Kami pun hairan, Perak punyalah banyak klinik 'specialist', banyak bomoh, sampai hospital rawat orang gila di Tanjung Rambutan pun ada, mereka pergi cari tempat lain pasal apa," rungut seorang Ketua Kampung di Tanjung Piandang.
"Kalau MC pun takkan tak tau nak bagi notis sampai satu dunia orang cari tak jumpa, gamaknya depa (mereka) ni bekas posmen, bila posmen sakit tak boleh hantar surat, tunggu sihat dulu," komen seorang pengundi Behrang.
"Gamaknya (agaknya) depa kena penyakit gila babi, atau dijangkiti kuman JE, sebab itu kena kuarantin," perli seorang pimpinan KeADILan Perak.
Apa pun komen dan pandangan kepada Jamaluddin dan Osman, walaupun kini keduanya mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas, namun mereka tidak boleh menolak persepsi rakyat bahawa mereka hanyalah pencacai yang dipergunakan Umno-BN.
Maruah mereka sudah tercemar di kalangan rakyat. Harga diri mereka sudah tidak laku dalam Pakatan Rakyat, jawatan exco habis, Adun pun habis, malah belum tentu mereka akan mendapat pembelaan BN, jika kes rasuah mereka berjalan di mahkamah.
Jika pun ada pilihan raya kecil (jika SPR mengubah keputusan), sudah tentu BN tidak akan mengambil mereka sebagai calon. Pakatan Rakyat sudah tolak mereka, orang-orang Umno pun akan tolak mereka.
Kepada Jamaluddin dan Osman, bertaubatlah, anda berdua sudah terperosok dalam perangkap akibat kebodohan sendiri.
Kes rasuah anda akan berjalan, tanpa pembelaan sesiapa, akhirnya jika anda didapati bersalah, anda berdua akan merengkok dalam penjara dengan penuh kehinaan...

3 comments:

utehdahagak said...

Apa bila budaya UMNO di bawa masuk dalam Pakatan Rakyat ni lah jadinya....Berpolitik kerana wang & kuasa maka kehinaanlah yang bakal di perolehi...Buat beruk 2 ekor ni....perjuangan anda selami ini semata-mata berkiblatkan duit....."apabila sesuatu urusan diberikan kepada bukan ahlinya aka tunggulah saat keruntuhan @ kemusnahan."

khancha2692 said...

pergi mati la 2 ekor berukk ni...

Anonymous said...

rilekla monyet2 oiiiiiiiiii.....