Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Saturday, February 7, 2009

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK

Najib UMNO putar belit-Istana keliru

Perlembagaan Malaysia:


Article 43 (4): “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet.”


Perlembagaan Negeri Perak:

Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

Perbezaan susunan perkataan dan perbezaan penggunaan bahasa antara peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Perak berhubung status ‘hilang majoriti’ seorang Perdana Menteri dan Menteri Besar, telah menyebabkan kekeliruan Istana Perak hingga memutuskan bahawa Perlembagaan Negeri menghendaki MB Nizar meletak jawatan.

Kenyataan Pejabat DYMM Sultan berhubung keputusan memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru yang dikemukakan oleh BN jelas memperlihatkan kekeliruan pihak Istana.
Petikan Kenyataan Media Pejabat DYMM Sultan Perak:

“Selepas bertemu dengan semua 31 ADUN tersebut, DYMM Sultan berpuas hati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.”

Kenyataan ini boleh dianggap sebagai tafsiran perlembagaan yang betul sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Perdana Menteri oleh Yang DiPertuan Agong.

Tetapi ia jadi sebaliknya iaitu sebagai ‘tafsiran yang salah’ sekiranya digunapakai bagi maksud perlantikan seorang Menteri Besar oleh Sultan Perak.

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, ‘hilang sokongan majoriti’ merujuk kepada ‘ahli-ahli Dewan Rakyat’ manakala sebaliknya di bawah peruntukan Perlembagaan Negeri, ia merujuk kepada ‘Dewan Undangan Negeri’ dengan tiada perkataan ‘ahli-ahli’ bersama dengannya.

Ini bermakna ‘hilang sokongan majoriti’ bagi kes peringkat persekutuan melibatkan Perdana Menteri, penentuannya boleh dibuat di luar sidang Parlimen (seperti dengan kehadiran majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat mengadap Yang DiPertuan Agong).

Hal ini berbeza bagi kes di peringkat Negeri Perak kerana peruntukan perlembagaan menghendaki penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ itu dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri melalui undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Kenyataan Media DYMM Sultan menyebutkan perkataan ‘hilang sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri’ sedangkan Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak menyebutkan ‘hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri’.

Kekeliruan timbul antara “the confidence of the majority of the members of the House of Representatives” dalam Perlembagaan Persekutuan dengan “the confidence of the majority of the Legislative Assembly” dalam Perlembagaan Negeri Perak.

Oleh itu pendirian Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah adalah menepati kehendak Perlembagaan Negeri Perak. Dato’ Seri Hj. Mohammad Nizar hanya patut berundur setelah usul undi tidak percaya terhadapnya dibawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan berjaya mendapat sokongan majoriti.

Tiada kaedah lain yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negeri Perak untuk penentuan ‘hilang sokongan majoriti’ bagi seorang Menteri Besar.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN DI PERAK
ciberboron, Saturday, February 07, 2009

SIDANG MEDIA YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDIN BERSAMA YB NGA KOR MING, USTAZ AHMAD AWANG DAN YB ZAINUDIN YUSOF DI KEDIAMAN RESMI MENTERI BESAR.6.30 petang 6 Februari 2009.

YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.

Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato’ Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.

Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:

1. Pembubaran DUN.

2. Undi tidak percaya dalam sidang DUN.

3. Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato’ Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan “Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan”,

Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung ‘lucut jawatan’ Menteri Besar.Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. “I’m still the legitimate Chief Minister of Perak.

Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram” katanya.Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat.

“UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato’ Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK

1. TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.BN – 28 KERUSI PR – 28 KERUSI BEBAS – 3 KERUSI

2. ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELAOMPAT.

3. KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN.

DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

4. DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK.

BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONG. AKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO’ SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.- NIZAR INGKAR TITAH SULTAN- NIZAR DERHAKA- NIZAR SAMAN SULTAN- NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAMFAKTA SEBENAR :-

Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.-

Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu.

TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.-

RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu.

Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.

No comments: