Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan saya mengenai isu tanahair pasca PilihanRaya Umum 12, timbul satu persoalan, andaikata Pakatan Rakyat (PR) mendapat kemenangan pada PilihanRaya tersebut, adakah mereka bersedia untuk memerintah? Jika pendekatan pemerintahan PR tidak jauh berbeza daripada Barisan Nasional (BN), maka tiada masalah untuk PR memerintah, cuma perlu mengubah beberapa dasar sahaja. Tetapi jika Parti Islam SeMalaysia (PAS), berjaya mendapat majoriti dalam Pilihan Raya Umum, adakah PAS dalam keadaan mereka membawa Negara Berkebajikan selari dengan perundangan Islam, mampu membawa perubahan dan pada masa yang sama diterima oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira Islam ataupun bukan Islam ataupun Islam yang tidak memahami Islam?...Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam.Persoalan samada bersedia untuk memerintah seringkali ditimbulkan dalam gerakan-gerakan Islam. Dalam keadaan dunia yang penuh dengan hiburan yang melalaikan, ekonomi yang menindas, politik yang penuh dengan konspirasi, adakah dengan terus membawa cara pemerintahan Islam seperti zaman Khalifah, rakyat boleh terus menerima?Persoalan yang ingin saya timbulkan, jika gerakan Islam berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan, dimanakah artis-artis yang sedia ada akan ditempatkan, apakah rancangan-rancangan yang akan dibenarkan, bagaimana dengan perjanjian-perjanjian ekonomi yang telah dilakukan, bagaimana dengan perkembangan sukan yang sedia ada? Adakah gerakan Islam sudah mempunyai alternatif terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan. Islam itu mudah, tetapi jangan memudahkan Islam. Islam telah ada garis panduannya, syariat-syariat untuk dipatuhi. Kerajaan Negeri Kelantan semasa dipimpin oleh TG Nik Aziz Nik Mat telah menunjukkan bahawa konsert dibenarkan dalam Islam selagimana tidak melanggari batasan-batasan syariat. Ini baru sahaja dalam salah satu bahagian dalam hiburan, tetapi bagaimana pula dengan artis-artis wanita?Untuk mempersiapkan gerakan-gerakan Islam memerintah di masa akan datang, perlunya cadangan-cadangan yang banyak (hebat atau tidak persoalan kedua kerana cadangan-cadangan ini pasti akan diperhalusi diperingkat tertentu) diutarakan kepada gerakan tersebut. Lebih-lebih cadangan daripada ahli bawahan kerana merekalah yang berada bersama-sama masyarakat dan mereka yang tahu apa yang masyarakat mahu. Sama ada boleh atau tidak dilaksanakan akan dinilai oleh mereka yang ahli.....Oleh itu kita perlu mempersiapkan diri kita untuk memerintah dan bukannya kekal menjadi pembangkang sehingga akhir hayat kita. Kita perlu meletakkan diri kita setaraf dengan pimpinan gerakan Islam walaupun kita sekadar ahli biasa, ahli perlu berjiwa besar, berani berubah dan bersedia memimpin massa.
From IR. Pening....
No comments:
Post a Comment