Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Thursday, February 5, 2009

WAHAI PARA REFORMIS !!! SESUNGGUHNYA



February 4, 2009

RAMPASAN KUASA DI PERAK


Rampasan kuasa. Itulah yang dapat di katakan apabila kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada hari ini cuba digulingkan dengan cara yang paling jijik oleh pihak-pihak yang paling hina. 2 adun PKR (Jamaludin dan Osman) yang tidak mengaku meletakkan jawatan sebelum ini telah bertindak keluar dari parti PKR dan mengisytiharkan mereka sebagai adun bebas. Begitu juga dengan adun jelapang dari parti DAP (hee) yang isytihar keluar parti dan kini bebas.

Jika mereka mengatakan mereka adun bebas (tidak menyertai mana-mana parti), bagaimana pula mereka dengan bangganya berhimpun sekali dengan adun-adun BN semasa sidang media oleh najib? Dan najib pula mengambil kira kerusi adun mereka sebagai BN mempunyai jumlah majoriti? Dan adun bota (Nasarudin) yang keluar umno untuk menyertai PKR telah kembali kepada umno atas alasan untuk bersama sebuah kerajaan yang kukuh. Mungkinkah kemasukannya dulu ke dalam PKR untuk mengkucar-kacirkan parti itu bagi membolehkan 2 adun PKR yang bermasalah melompat keluar parti?

Amat hinalah maruah dirinya sekiranya dia memang merancangkan ini semua. Kemelut ini semua bermula setelah najib mengambil alih jawatan pengerusi badan perhubungan umno perak daripada tajol rosli. Tindakan najib seperti yang kita ketahui begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran. Dia merasa bahawa dia boleh membuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah kerana pada bulan hadapan, tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada didalam genggamannya. Kemenangan kuasa rakyat di Kuala Trengganu tempohari, membuatkan lagi Najib bertambah ganas dengan kuasa duit melobi kerajaan-kerajaan di bawah pentadbiran PAKATAN RAKYAT selepas ini.

Sungguh sedih dengan apa yang berlaku di Perak dan akan bertambah sedih dan malang sekali kepada negara Malaysia apabila najib diserahkan jawatan Perdana Menteri oleh Pak Lah bulan Mac depan. Mahukah orang sebegini dengan perlakuan sekeji ini yang memerintah negara? Amal maaruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran) yang diamalkan kerajaan pakatan rakyat di Perak ditentang dan dikacau bilaukan oleh pihak yang membawa pendirian menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kepada kebaikan. Semoga Allah Taala sahajalah yang menyelamatkan rakyat negeri Perak.

Amin.


Pemandangan solat hajat SELAMATKAN PERAK di Kediaman Rumah Menteri Besar Perak









BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP

Wahai Teman-teman !!!


Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .
Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat...
Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .


Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .
Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .


Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .
Sekali-kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .


Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .


Ahli Politik sekelian !


Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .
Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .


Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt.












No comments: