Majlis Pakatan Rakyat

Majlis Pakatan Rakyat
Cahaya Keadilan & Kemenangan Pasti Terbit ; Negara ini mesti berubah. Mungkin kita kalah dalam satu atau dua pertempuran, tapi saya yakin kita akan memenangi peperangan ini,"ANWAR IBRAHIM"

Sunday, February 15, 2009

Sokongan UMNO Semakin Merosot





Ahad, 15hb Jan, 2009

Sokongan untuk UMNO semakin merosot ...

Berita yg di terima bahawa suasana politik di Perak mulai tenang. Semakin tenang berbanding minggu lepas. Rakyat telah boleh berfikir secara rasional setelah seminggu emosi menguasai akal dan diri. Kekecewaan penyokong PR dan kegembiraan Melayu UMNO selama seminggu itu, telah mengheret institusi istana kedalam ‘permainan rakyat’ ini. Pemimpin dan penyokong PR dilabelkan sebagai penderhaka oleh UMNO sehingga ada cadangan melarang penderhaka ini daripada memijakkan kaki di bumi Perak. Media milik UMNO surat kabar dan TV, hari-hari cuba mempengaruhi fikiran rakyat dengan mencipta sebaik mungkin isu kononnya betapa derhakanya PR Perak sewaktu ini.


Dan PR pula cuba mempertahankan diri dengan melontarkan idea berfakta, bahawa penderhakaan dimulakan oleh UMNO. UMNO sebenarnya telah awal menderhaka dalam keadaan sedar. PR pula ‘termenderhaka’ tanpa sedar kerana tidak menjangka UMNO sanggup mengelat melanggar batas-batas demokrasi.
Dalam tempoh seminggu, penyokong PR berbelah bahagi adakah benar PR menderhaka? Institusi istana amat dihormati oleh Melayu beraja berbanding dengan Melayu Pulau Pinang dan Melaka. Melayu UMNO semakin gila dan galak berhimpun dengan membuat ratusan laporan polis akan penderhakaan PR ini. Melayu UMNO telah menghangatkan isu penderhakaan sehingga ada di kalangan orang UMNO sendiri begitu jelak dengan pemimpin UMNO. MB Nizar yang dikatakan ‘derhaka’, Karpal Singh pula yang diserbu!

Sekiranya minggu lepas ada di kalangan penyokong PR yang hampir percaya bahawa mungkin benar PR telah menderhaka, hari ini sokongan mereka semakin jitu kembali kepada PR. Seminggu itu juga Melayu UMNO amat percaya bahawa PR memang menderhaka dan mesti dihukum. Hari ini apabila emosi telah kendur, akal mula mengambil tempat di hati Melayu. Akal mula berfikir secara waras. Akal mula membuat keputusan bahawa PR tidak menderhaka. PR telah ‘dikenakan’ oleh UMNO. UMNO kampung telah berani mengakui akan kesilapan UMNO bangsawan. UMNO kampung tidak lagi segembira minggu lepas. UMNO kampung malu berhadapan dan berhujah dengan PR. UMNO kampung rasa bersalah apabila sejarah penderhakaan UMNO sendiri dlm krisis perlembagaan 1986-1996 di bongkarkan semula oleh media PR. Sejarah derhakanya konon Ghazali Jawi ayahanda Tajol Rosli sebagai MB Perak dlm mempertahankan perlembagaan dan undang tubuh PERAK seketika dulu. Video2 dan kain rentang biadapnya penyokong Idris Jusoh perlantikan MB Terengganu. Penyokong UMNO tersentak dan mula berfikir secara normal akan kenapa prinsip Nizar begitu beriya-iya mempertahakan Kerajaan yg dirampas Najib. UMNO kampung percaya PR tidak bersalah. UMNO kampung yang cari makan dengan UMNO sahaja yang percaya UMNO di pihak yang benar. Namun jumlah UMNO yang percaya ini tidaklah seramai jumlah UMNO yang tidak lagi percaya kepada UMNO bangsawan. Inilah natijah yang harus dikesali oleh UMNO bangsawan.
UMNO kampung telah mula percaya dan yakin bahawa UMNO telah tiada masa depan.


Kekalahan UMNO dalam PRU Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebenarnya telah menazakkan nyawa UMNO. Seperti orang sakit tenat. Seminggu koma, kemudian sedar tetapi tetap terlalu tenat. Tidak semena-mena dalam tenat, ia lalu makan, boleh bersembang, boleh senyum walaupun sebelum itu terlantar sakit. Dalam kegembiraan seisi keluarga kerana dia boleh makan dan boleh sembang, lantas segera memberitahu sanak saudara bahawa dia telah sedar. Tetiba esoknya keluarga terkejut kerana dia telah menghembuskan nafas yang akhir. Innalillah hirojiun.

UMNO sedang nazak, tetapi tetiba bangun memerintah Perak. UMNO seluruh negara gembira kerana UMNO telah pulih dan sihat kembali. Tidak mungkin UMNO boleh menjadi rajawali. UMNO tidak akan mampu melakukan transformasi pada tubuhnya. Selepas seminggu UMNO memerintah Perak, tiada apa yang boleh dilakukannya. Tiada apa yang boleh diberikan kepada rakyat Perak, hatta tiada apa yang boleh dihadiahkan kepada ahli UMNO sendiri. Lihatlah betapa lemahnya MB UMNO sehingga memerlukan tiga penasihat bertaraf exco. Memang UMNO sedang sakit tenat, tetapi tidak mahu mengakuinya. Seperti orang sakit tenat akan pergi jua selepas tetiba lalu makan, lalu sembang. Begitulah juga dengan UMNO yang akan pergi selama-lamanya. UMNO mungkin berkubur di Perak.

Pada tahun 1946, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab begitu diingati kerana memperkenalkan UMNO di Perak. Tidak keterlaluan jikalau dikatakan, bahawa tahun 2009 ini, UMNO akan dikuburkan di Bukit Gantang.

No comments: