Ingatlah.... "Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kita masih belum lupa, Sultan Azlan Shah sebenarnya telah mengulangi kesilapan Tun Dr Mahathir ketika memecat DS Anwar Ibrahim secara kejam yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Tun ketika itu telah di’boo’ oleh ahli Umno dan dilontar dengan kotak minuman dalam premis PWTC. Begitu juga dengan Sultan yang seorang ini. Pada hari Jumaat tatkala dalam perjalanan mencemarkan dulinya, sekongkolan Najib ini telah di ‘boo’ rakyat beliau sendiri dan diunjukkan dengan kasut serta lakonan pentas jari-jari yang kurang manis. Kesannya amat buruk sekali kepada institusi Raja di Perak. Apa yang dilalui Tun Dr Mahathir Mohamed tidaklah sehebat mana kerana ia sekadar orang politik cuma, akan tetapi Baginda Sultan lebih dahsyat tercemar dulinya!!
Jika satu masa dahulu, tentu sahaja hamba sahaya rakyat itu mati ditusuk lembing pengawal ataupun dipancung begitu sahaja oleh Paduka Sultan, akan tetapi zaman sudah berubah. Tuanku hanyalah Raja Berperlembagaan sahaja bukannya Raja Mutlak. Lebih kurang macam maskot gitu. Faham-faham lah dan cermin diri tu. Soalnya, kenapa derhaka menjadi tajuk utama akhbar dan media? Apakah ada yang cuba mereka alihkan serta pesongkan dari perhatian rakyat? Tak ada silapnya dengan ungkapan bahasa istana “Patik sembah derhaka”- kerana itu lah bahasa istana yang menggambarkan patik tidak bersetuju!
Hah, kini sudah mula terdedah tentang kuasa dan kedudukan Speaker yang masih sah menurut undang-undang. Pihak Umno sudah mula sedar kesilapan mereka yang terburu-buru membentuk kerajaan baru haram dengan menaikkan Dr Zamry Mugabe 786! Sebab itu lah mereka umpama perempuan gila meroyan, meracau ikut dan, serta merawit siapa saja yang mampu ‘mengesahkan’ tindakan melulu mereka. Bagai orang yang kelemasan, hatta ketul taik pun mereka paut untuk menjengahkan lubang hidung atas permukaan air! Maka DERHAKA dicanang sana sini.

Ampun Tuanku, patik sembah derhake!!!!
From. IR Pening....
No comments:
Post a Comment